01 August 2009

Selamat datang Ogos....

Cina Islam menulis :

Ogos datang lagi, berarti kita semakin melangkah ke penghujung tahun 2009. Yang pasti bila bercakap mengenai Ogos teringat peristiwa besar iaitu sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia dari penjajahan. Yang lebih jelas dari penjajahan British kepada penjajahan kuasa sekian lama oleh BN dan UMNO sehingga negara kita berada ditahap yang tidak sepatutunya, dalam semua segi dan bidang.

Bercakap mengenai bahasa, UMNO sendiri yang mengimport bahasa inggeris sehingga PPSMI dilihat oleh saya sebagai usaha untuk mematikan penguasaan bangsa Melayu sebagai bahasa ibunda . Menggunakan Bahasa Inggeris dalam PPSMI adalah pennjajahan bentuk baru kepada satu sistem yang sekian lama dibuktikan boleh menggunakan Bahasa Melayu, malah lebih berkesan, efektif dan berhemat . maksud saya tidak memerlukan bajet tambahan.

Rakyat terus dijajah dengan pemikiran kuno dan khurafat kononnya hanya BN yang mampu mentadbir negara ini, seterusnya dikaitkan dengan pembangunan kebendaan. Walaupun beberapa negeri telahpun dikuasai oleh pakatan Rakyat, sikap bebal ingin mempengaruhi rakyat terus berlangsung dengan tetap melebalkan kami sebagai pembangkang walaupun sudah memerintah negeri tersebut. Misalnya di Kedah disebutkan oleh media UMNO sebagai pakatan pembangkang yang memerintah negeri Kedah.."kepala otak dia"!!

Itulah gambaran bahawa rakyat ingin dibodohkan bahawa hanya BN layak dipanggil kerajaan walaupun sudah kalah teruk dalam PR ke 12 dan yang malunya dalam 6 pilihanraya kecil BN mampu menang satu sahaja di Batang Ai.

Sekarang Permatang Pasir menuntut rakyat memilih sekali lagi, meninggal dunia Hj. Mohd. Hamdan Abdul Rahman awal pagi semalam menggempar seluruh negara, dan ternyata satu kehilangan besar kepada PAS. Dia telah menang sejak 1999 dan bertahan pada 2004 dan dalam PR Umum yang lepas menang untuk kali ke 3. Allah lebih menyangi Hj. Hamdan dalan kita semua redha dengan setiap kematian yang telahpun dijanjikan kepada setiap insan yang bernyawa dan berjiwa.

Ogos yang datang menggamit satu suasana politik baru di Malaysia bila saya jangkakan hampir pasti PRK Permatang Pasir akan berlaku sebelum Ramahdan iaitu sekitar 22 Ogos. Kalau diperhitungkan 60 hari dari isnin ini setelah mendapat pengesahan kekosongan di situ maka selewat-lewatnya hari mengundi mestilah pada atau sebelum 3 oktober 2009.

Jika mengabil kira kemungkinan PRK diadakan pada selepas hari raya berarti , Saya perkirakan waktunya sangat sempit dan dijangka ia tetap belaku pada 0gos 2009.

Mengenai pilihanraya pada bulan ramadhan, saya lihat ianya tidak akan berlaku dan diperkirakan SPR dan tokenya BN tidak memilih pada bulan itu. Sangat tidak sesuai dalam bulan yang mulia dan bulan ibadah itu kita kena berkempen. Namun semuanya sanggup turun padang sekiranya itulah kemahuan BN dan SPR.

Apa pun BN sudah umumkan dia akan bertanding. Pengerusi UMNO negeri yang diimport dari Perak, Zahid Hamidi mengumumkan jentera BN akan digerakkan pada bila-bila masa.

Lupakah Zahid bahawa Pematang Pasir masih dalam Parlimen Permatang Pauh dan adik beradiknya adalah Penanti yang kamu tidak bertanding dalam PRK lepas. Kalau menolak bertanding di Penanti dengan katanya helah politik, membazir dan kalau menangpun tidak dapat rampas pulau pinang. Apakah alasan Zahid sehingga gelojoh sangat mengumumkan bertanding di Permatang Pasir.

Yang pasti UMNO cuba mendekati kubur besar yang sedia digali oleh pemimpin BN di Permatang Pauh. banyak janji BN masih merupakan pembohongan di PRK Permatang Pauh. Semuga Rakyat siap sedia untuk sekali lagi menumbangkan calon BN yang akan diwakili oleh UMNO.

Ogos akan menyaksikan BN dan UMNO sekali lagi dimalukan...InsyaAllah.

ADAKAH GURU DINILAI DENGAN SEPATUTNYA?

Naninu Sakun

ADAKAH GURU DINILAI DENGAN SEPATUTNYA? Fenomena ini sering bermain dilubuk sanubari seseorang guru tatkala keputusan siapa dapat APC( Anugerah Khidmat Cemerlang ) keluar. Ketika itu bermacam2 pendapat keluar sama ada guru sedemikian layak ataupun tidak? Teringat saya ketika era melintang dan menegak berlaku satu ketika dahulu sebelum skim ssm ini diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ada seorang guru pernah berkata kepada saya tahunni kena kerja semua cantik untuk dapat melintang menegak. Spontan saya menjawab, kalau nak harapkan demikian bermakna tidak ikhlas dalam mendidik anak murid kita. Mungkin cemerlang dan gemilang di dunia tetapi diakhirat kita tenggelam. Terkedu guru berkenaan.

Bukan niat nak jatuhkan beliau tapi nak menyedarkan dia erti perjuangan seorang guru! Ketika saya menuntut ilmu dahulu, saya memuji guru2 saya yang tidak pernah kenal erti jerih perih mendidik anak2 komando. Cikgu Wan, ya nama itu begitu sinonim dengan pelajar di kem Komando. Beliau dan beberapa orang guru lagi sehingga jam 10 malam mengajar kami. Sistem kem askar ketika itu, guru2 diberi rumah guru berdekatan dengan sekolah. Justeru, tidak timbul anak2 guru akan terkorban dalam menuntut ilmu.

Pergi sekolah, guru2 berjalan kaki bersama murid2. Asuhan mereka yang mempunyai berbagai2 pendekatan dapat mendidik kami menjadi insan yang berguna. Dari pendekatan keras hingga lembut semua ada tetapi bapa2 kami tidak pernah memaki hamun guru kerana mereka tahu guru2 di situ mengajar sebagaimana KOMANDO dilahirkan. Mungkin pendekatan ini boleh dipraktikkan sekarang. Namun. ini adalah cadangan bagi membendung gejala2 negatif sekaang yang begitu menular berlaku. Waktu itu melintang, menegak tidak ada, terlentang kita dibuatnya adala.

Para pentadbir kadangkala lebih mengutamakan guru2 perempuan yang cantik untuk cemerlangni. Minta maaf jika saya timbulkan isu ini. Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang dilalui. Didepan saya seorang guru perempuan, pagi2 lagi dah menunggu pentadbir datang ke sekolah dengan muka yang bermekap cantik semata2 hendak mengucapkan good morning sir! Nampakje pentadbir ambik cat terus mengecat dan bermacam2 lagi. Tahu apa beliau dapat bila keluar keputusan? Menegak! Walau UPSR merundum kerana bahasa Inggeris yang diajarnya dikelas UPSR, beliau masih mendapatnya.

Patutkah? Di sini dapatlah kita lihat apa yang dinilai oleh pentadbir sedemikian. Kadangkala perkara ini melemahkan semangat guru2 untuk mengajar. Ada positif dan ada negatifnya. Situasi yang lain disekolah yang lain, saya belajar melihat pengalaman seorang pentadbir yang ramai mengatakan beliauni seorang yang tegas. Saya suka menguji apabila bertemu situasi ini, kerana saya mengamalkan prinsip berani kerana benar takut kerana salah. Boleh rujuk rekod di JPN Melaka siapakah guru yang pernah buat laporan tentang karenah guru besar? Dah tentu saya. Sebab saya berpegang jika sekali maruah kita dipijak kita jangan biarkan orang terus memijak kita. Tahu kenapa saya buat laporan? Guru Besar tersebut telah memaki saya di depan anak2 murid saya dan guru kerana saya bagi idea sikit dalam perbahasan. Patutkah ini? Boleh rujuk etika perguruan kerana dengan membawa etika perguruan nilah saya membuat laporan ke JPN. Tahu apa yang dikata oleh orang JPN, kami tak percaya! selang beberapa bulan kemudian guru besar tersebut telah disaman oleh seorang guru kerana mengatakan dia MONYET!

Berbalik kepada pentadbir yang dikatakan tegas itu, atas nasihat presiden KPPK ketika itu, beliau menyuruh saya memahami dan menyelami diri pentadbir sedemikian dan cuba bertindak secara berhemah. Alhamdulillah saya berjaya. Bukan berjaya membodek tapi berjaya menegurnya mengeluarkan setiap hati para guru di bawahnya. Rupa2nya guru besar ini suka org bercakap dan meluahkan setiap yang terbuku kepadanya tanpa risau diambil tindakan negatif. Selama saya dibawahnya, saya lihat beliau sebenarnya cukup mengenali kaki2 bodek ataupun tidak. Walaupun beliau nampak tegas tetapi sebaliknya beliau menilai setiap kerja yang kita buat dengan penilaian yang positif. Akhirnya ramai guru2 mulai seronok dengan pendekatan yang dilakukan. Dia biasa berkata kepada guru2, cikgu2 buat kerja kita sebagai guru, kalau ada ibubapa atau org2 jabatan hendak menyerang cikgu, saya akan pertahankan kerana saya yakin guru2 saya adalah yang terbaik.

Perkara ini jugalah pernah saya lalui ketika di Sarawak apabila seorang bapa datang ke pejabat Guru Besar mengadu kepada pentadbir tentang guru yang memarahi anaknya. Tahu 1Malaysia apa yang dibuat oleh guru besar tersebut? Menulis satu surat dan di dalamnya mengandungi kata2 anak anda ditukarkan ke sekolah lain serta merta. Terkejut bapa tersebut. Tau apa kata guru besar berkenaan, SAYA PERCAYA GURU2 SAYA, MEREKA MENGAJAR NAK DIDIK MENJADI INSAN YANG BERGUNA..Merayu2 bapa pelajar tersebut tapi guru besar tersebut tetap dengan keputusannya. Seandai dan sekiranya setiap pentadbir mengamalkan kisah 2 pentadbir yang positif ini saya yakin setiap guru tidak akan rasa takut dalam mengajar anak2 didik mereka dengan lebih bersemangat lagi. TERIMA KASIH GURU2 YG IKHLAS. Anggap sahaja kita juga pejuang sempena Hari Pahlawan ini...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Presiden PAS rakam takziah, rakyat beri penghormatan terakhir

Mohjd Sabri Said

PULAU PINANG, 31 Julai : - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman menerusi telefon kepada menantu Allahyarham, Hizamudin Jamaludin pagi tadi.

Semasa ucapan trakziah itu, Dato' Seri Abdul Hadi meminta semua keluarga Allahyarham bersabar dan meminta semua ahli PAS mengiringi doa ke atas pemergian Dato' Hamdan ke rahmatullah.

Harakahdaily yang berada di Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir mendapati ramai rakan taulan, kenalan dalam perjuangan, termasuk Adun Seberang Jaya, Dato' Arif Shah Omar Shah dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Helmi Yahya, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli serta rakyat di Dun berkenaan menziarahi jenazahnya buat kali terakhir.

Jenayah yang sampai daripada Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur jam 1.30 tengahari tadi akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Permatang Pasir pada pukul 5 petang .

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dikatakan dalam perjalanan pulang menziarahi Allahyarham

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan barisan Exco Kerajaan Negeri akan mengadakan penghormatan terakhir sebelum jenazahnya di bawa ke Masjid Permatang Pasir untuk disembahyang dan dikebumikan.

Bangga & Kagum !!!

Email : anuarani
http://hjazhar.blogspot.com

Aku berada di Sg Petani hari ni ( Sabtu & Ahad ) . Mesyuarat. Exit je tol Sg Petani utara, aku menuju ke pusat bandar. Aku merancang untuk menginap sekitar tempat aku bermesyuarat. Alhamdulillah, sebagaimana yang aku harapkan ........ dah siap rupanya. Masa aku datang sekitar 4 bulan yang lalu, ianya masih under renovation. Kini .... ianya baru sahaja dibuka ( baru 4 hari !! ). Itulah el-zahraa inn hotel berkonsepkan Islamik milik rangkaian HPA satu nama yang cukup sinonim dengan " mai se cawen " kopi radix !

Alhamdulillah , memang cukup menarik. Disambut dengan ucapan salam, alunan zikir dan nasyid menyelubungi ruang legar serta di setiap tingkat ..... sangat menghiburkan.

Lebih mengkagumkan ....... lambang HPA boleh dilihat cukup banyak khususnya di Lagenda Height. Sebelah hotel, ada Restoran Organik , RFC yang mampu menyaingi KFC, Radix Oriental Cuisine ala Cina , Radix Bakery House, HPA Multimedia , HPA Homestay dan banyak lagi ( ada 15 syarikat ) ........ bangga rasanya bila melihat lambang HPA terpampang di bangunan kedai milik HPA ......

Tahniah kpd Abg Haji Mail ( Pengarah Urusan HPA ) yang cukup terkenal semasa kami dalam Dewan Pemuda dulu. Harap-harapnya akan muncul ramai lagi usahawan berjiwa Islam yang cukup gigih yang akan menguasai dunia ekonomi ummah.

So nak promosi sikit kat sahabat2 ..... sokonglah produk kita !!!!

Lagi kelulusan Judi di Malaysia

Mohamed Inmran Sahul Hamid

KUALA LUMPUR, July 30 — Last week, number forecast operator Multi-Purpose Holdings told the stock exchange that its subsidiary Magnum Corporation had received government approval for a new four-digit (4-D) game that would incorporate a jackpot element.

This follows Kuala Lumpur's decision last October to award all three 4D gaming companies — Berjaya Sports Toto, Magnum and Tanjong plc — 10 more special draws a year. Each draw typically adds about RM20 million to total sales.

Such decisions demonstrate Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's unusual pragmatism. He doubles as finance minister and thus oversees the gaming sector and such decisions leave Najib vulnerable to attack from the opposition Islamic party which could easily accuse the government of being unIslamic.
business times singapore

H wang N wang


Perhimpunan 1 Ogos aman

ZAMRI kecik's

BUKIT MERTAJAM, 30 Julai - Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang akan diadakan pada 1 Ogos ini adalah suatu perhimpunan aman yang tidak akan menimbulkan provokasi atau huru-hara oleh peserta perhimpunan kecuali jika ia ditimbulkan oleh pihak polis sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada perhimpunan ini dengan turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) yang telah disalahgunakan untuk mempertahankan rejim pemerintah sudah tidak sesuai lagi untuk diguna pakai.

"ISA yang menahan seseorang tanpa bicara ini perlu dimansuhkan bukannya dipertahankan. Ramai di antara mereka yang tidak dibawa ke muka pengadilan atau mahkamah untuk dibicarakan. Ada antara mereka yang dipisahkan dengan anak dan isteri sehingga lapan tahun. Ini adalah satu akta zalim yang menganiayai rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Taman Impian, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Turut hadir dalam majlis anjuran PAS kawasan Bukit Mertajam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Halizal Allias.

Bagi Mujahid, perbuatan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Malah, katanya, ia juga jauh daripada dasar dan perjuangan yang dituntut oleh Islam.

Oleh kerana itulah maka PAS sedia untuk mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional dan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang bagi memberi keadilan kepada semua, katanya.

"Hanya dengan dasar dan perjuangan yang berlandaskan Islam sahaja dapat memberi keadilan kepada semua rakyat," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua penyokong dan pendokong yang mahukan ISA dimansuhkan untuk turut serta beramai-ramai dalam perhimpunan GMI yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu, 1 Ogos ini.

PAS jamin himpunan secara aman - Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak.

"Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, dipetik dari Malaysiakini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengamalam menganjurkan perhimpunan aman.

Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu.

Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza � GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit.

Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu.

"Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu. Image

"Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.

Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.

Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.- azm

HarakahDaily.Net/-

Umno bertanding di Permatang Pasir

Umno Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya daripada PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang, lapor Bernama

Mengulas lanjut mengenainya, Ahmad Zahid menganggap "ini sebagai ujian Allah kepada saya dan untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar Umno."

Mohd Hamdan, 63, meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) di ibunegara kerana sakit jantung.

Allahyarham merupakan wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang, dan menyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, sejak pilihanraya umum 1999.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan kononnya terdapat masalah dalaman jentera Umno di Permatang Pauh dan menyifatkannya sebagai "khabar angin."

Naib presiden Umno itu juga berkata beliau akan turun padang untuk memantau keadaan dan memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Beliau percaya masalah yang didakwa wujud itu sengaja ditimbulkan dengan didalangi pihak membangkang bertujuan untuk mengacau-bilaukan Umno bahagian berkenaan.

MalaysiaKini/-

SPR umum tarikh p'raya kecil selewat-lewat 10 Ogos

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata pilihanraya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu dari Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini kerana sakit jantung.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Sementara itu Abdul Halim ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukakan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.

MalaysiaKini/-

Sekatan jalan menjelang demo ISA esok

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

MalaysiaKini/-



Video muslimat sg Perial di baling batu.

Oleh : zulkarnain hamzah

video



HIDUP perlukan 5 perkara

Oleh : JUNHAIRI BIN ABD JALIL

5 Perkara Yang Kita Mahukan

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

sabda nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak



بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi muhammad (saw) itu walaupun satu ayat





Roh dan Jasad

Oleh : Zailina Mahmud

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku"".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan" .

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kenyataan Media : Kenapa Halang ADUN PR masuk SUK ?

Setakat kelmari telah dua kali pihak Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Perak yang dipengerusikan oleh Speaker Sivakumar dari memasuki bangunan SUK untuk melakukan mesyuarat. Kali pertama pada Isnin 27hb Julai lepas dan sekali lagi kelmarin iaitu pada 30hb Julai.

Bagi menjayakan halangan itu pintu pagar dan sejumlah polis dikerahkan dipintu masuk bangunan itu-
Ekoran dari itu saya suke mengeluarkan beberapa kenyataan.

1. Atas nama Ketua Penerangan PAS Perak dan ADUN Pakatan Perak yang diamanahkan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan saya dengan ini membantah dengan sekeras-kerasnya tindakan yang saya anggap tidak beretika bila berlaku penafian kepada Jawatankuasa tersebut yang hanya memohon untuk masuk bermesyuarat bukannya untuk membuat kekecohan, huru-hara dan sebagainya.

2. Bukankah dalam bangunan itu ada sebuah bilik yang dikosongkan yang letaknya bersebelahan dengan bilik Timbalan Speaker. Bilik itu adalah untuk kegiatan ADUN khususnya "pembangkang". Kenapakah kami dinafikan untuk memasuki bangunan SUK termasuk ke bilik itu?

3. Menafikan ADUN masuk ke dalam bangunan SUK macamlah menafikan hak seorang ADUN untuk menjalankan fungsinya,walaupun ianya tidak sehaluan dengan prinsip BN sebetulnya tidak ada hak sesiapapun boleh menghalang kami masuk selagi apa yang dilakukan kami tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada.

4. Tindakan BN sehingga kini memperbanyakkan lagi tindakan pelanggaran undang-undang yang sah di Negeri Perak.

5. Sekiranya dakwaan jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker Sivakumar sudah tidak relevan dan tidak sah, kenapakah halangan perlu dibuat ke atas mereka untuk masuk bermesyuarat. Biarkanlah mereka masuk bermesyuarat walau untuk ribuan kali. Inilah satu bukti bahawa BN takut pada bayang-bayang "kerja haram" sebelum ini sehingga apa saja tindakan kudeta pada 6hb Feb adalah pelengkap kepada menghalalkan kesilapan itu.

6. Oleh itu tidak ada alasan kepada SUK dan polis untuk menghalang sesiapa dari ADUN Pakatan Rakyat termasuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk keluar masuk bangunan Dewan Negeri tanpa apa-apa halangan kerana kami dipilih oleh rakyat secara sah.

Tindakan yang prejudis kepada apa saja yang kami akan lakukan di dalam Bangunan Dewan Negeri adalah tindakan yang menyalahi kebebasan kami sebagai warganegara Malaysia sesuai dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan 4/2009 (31hb Julai, 2009)
Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Penerangan PAS Perak/ Pengerusi BBC PR Perak/ ADUN Titi Serong.



Melayu Tak Wujud Sebenarnya

Email Oleh : izdihar baharin

Zaidel B or Sinatra_Z is an electronics engineer and he blogs at Catatan Seekor Lipas.http://www.lipassep i.blogspot. com/

Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China.
Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah.

Penulis telah beberapa kali juga terserempak dengan sesi perbincangan atau perbualan mengenai bagaimana sebenarnya konsep atau orang “Melayu” itu sendiri tidak wujud. Jangan kata Hang Tuah bukan Melayu, Melayu itu pun bukan Melayu. Dikatakan sebenarnya Melayu itu adalah ciptaan atau rekaan penjajah British yang hendak memudahkan pemerintahan di Malaya (Tanah Melayu tidak wujud ye dalam konsep ini).

Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata. Hujah ini banyak digunakan apabila sesetengah pihak hendak mempertikaikan atau mendebatkan mengenai Dasar Ekonomi baru atau hendak memarahi suatu parti politik tertentu. Penulis tidaklah mengatakan yang hendak memperdebatkan Dasar Ekonomi Baru itu salah, tapi janganlah sampai adat resam dan keturunan terus dipertikaikan dan dipersoalkan atau diperlekehkan. Hanya kerana kegiatan berpolitik berlebihan dan taksub marah terhadap sesuatu tak tentu pasal habis dijahanamkan dan dikorbankan adat resam dan kebudayaan yang umurnya bekurun-kurun lamanya. Maka terpaksalah sejarah ditulis semula yang Hang Tuah pernah mengatakan yang “Takkan Bugis, Jawa, Minang, Acheh, Bali, Baweyan dan sebagainya (bukan Melayu) hilang di dunia.” Penat tu nak sebut.

Itu yang membuatkan penulis rasa terkedu sedikit sejak kebelakangan ini kerana seolah-olah persepsinya bahawa segala yang penulis dibesarkan dengan, diajar dan bahasa ibunda sendiri adalah penipuan semata-mata. Rupa-rupanya segala adat resam seperti pantun, gurindam, Bahasa Melayu, baju Melayu, sepatu, kuih raya dan sajak malah sejarah sendiri adalah rekaan British semata-mata. Malah kalau nak diikutkan terpaksalah kita mengubah Rukun Negara nampak gayanya. Ini adalah kerana orang Melayu itu tidak wujud. Maka atas dasar itu terpaksalah kita mengakui yang Raja-Raja Melayu bukanlah pemerintah yang hak negara ini, masakan ada kesultanan Melayu kalau Melayu itu sendiri tidak wujud. Maka Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara terpaksalah dipinda, maka tak gunalah kita memakai baju kuning berarak ke Istana Negara dan menjerit Daulat Tuanku sambil menyerahkan memorandum.

Pembaca sekelian kalau hendak dikatakan Melayu itu tidak wujud atas sebab-sebab di atas maka bolehlah kita pertikaikan macam-macam. Kita bolehlah mengatakan bahawa orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Mandarin adalah ciptaan pemerintah kejam yang memaksa mereka ini berada dibawah pemerintahan Maharaja dan menghapuskan susur galur etnik. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya. Bahawa India itu juga adalah ciptaan British. Maka atas dasar itu buat apa diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin kerana Bangsa Cina itu tidak wujud, sepatutnya di Pulau Pinang diajar dalam bahasa Hokkien manakala di Kuala Lumpur diajar dalam bahasa Cantonese. Malah kalau nak diikutkan juga konsep bangsa Malaysia itu juga adalah ciptaan British kerana sebelum ini tidak wujud Malaysia sehinggalah pihak British mencadangkan untuk menggabungkan Semenanjung Tanah… Malaya dengan Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kini Melayu sudah tidak wujud maka timbul juga persoalan tentang Brunei nanti, ye lah orang Brunei ini orang apa? Jawa? Bugis? Yahudi?

Seperti biasa pastinya banyak yang akan mengatakan bahawa semua ini adalah salah sebuah parti tertentu yang mempunyai nama Melayu didalamnya. Bahawa segala sejarah yang kita belajar ini adalah rekaan agenda politik tersembunyi dari mereka. Kalau anda berpendapat begitu itu adalah hak anda akan tetapi berfikirlah sebelum berkata-kata. Sesungguhnya kalau nak diikutkan begitu, orang yang paling berdosa adalah ketua pembangkan sekarang kerana suatu ketika dahulu dia adalah Menteri Pelajaran dari tahun 1986–1991 ketika mana banyak dasar-dasar dan buku teks sejarah ditulis ketika itu. Malah jangan lupa ketika itu dialah jaguh ketua pemuda yang hendak mengumpulkan setengah juga umat Melayu di Dataran Merdeka yang mencetuskan Operasi Lalang 1989. Tapi ye lah, itu dulu, masa bersongkok berbaju Melayu menjerit hidup Melayu. Sekarang dunia politik sudah berubah, lain padang lainlah belalang. Tapi betullah kalau hendak dikatakan semua masaalah politik sekarang berpunca dari satu parti, mana taknya kerajaan dan pembangkang sekarang semuanya berasal dari tempat yang sama.
Tidak salah kalau kita hendak mengkritik, berdebat atau kita hendak membincangkan tentang konsep kenegaraan dan hal-hal melibatkan politik. Demokrasi membenarkan ini semua dan ianya adalah suatu aktiviti pembetulan yang menyihatkan. Tapi janganlah sampai dikorbankan, dibunuh dan dipijak adat resam dan keturunan yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun hanya kerana aktiviti politik taksub yang berlebihan. Mungkin ini adalah perasaan penulis semata-mata tapi sejak kebelakangan ini banyak dilihat anak muda Melayu sendiri malu hendak mengaku Melayu.

Saya terus-terang mengatakan bahawa saya bukan anak Bangsa Malaysia, saya rasa saya tidak perlu malu, takut ataupun merasa berdosa mengaku diri saya ini orang Melayu. Saya adalah seorang Melayu yang merupakan warganegara Malaysia. Malah kalau nak diikutkan perlembagaan sesiapa sahaja tidak kira keturunan boleh mengaku dirinya Melayu, pergi baca. Dan kalau anda hendak mengaku diri anda Bangsa Malaysia, Iban, India, Cina, Hakka, Kadazan atau apa sekalipun saya tidak mempunyai masaalah, kita semua rakyat Malaysia. Suka hatilah janji anda bahagia, tapi janganlah hendak memadamkan identiti saya — itu salah dan tidak patut.

Saya hanya mempunyai masaalah dengan orang-orang yang dengan bangga dan lantang mengaku dirinya Bangsa Malaysia tapi sepatah haram Bahasa Malaysia pun tidak tahu. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang digunakan hanya ketika hendak memesan nasi lemak dekat gerai makcik depan rumah. Tatabahasa yang ada cumalah nasi lemak, satu, bungkus, rendang daging, sambal kurang dan thank you. Yang kelakar apabila orang-orang ini dilihat lebih “Englishman” dari “Malaysian”. Saya ingat lah kan, tak perlulah kita buang identity Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa-apa sekalipun kalau kita hendak bersatu dan mencapai perpaduan. Anggaplah macam kita ni semua rojak, lain rasa lain warna tapi bila campur dalam satu kuah sedap rasanya. Kalau semua sama pun bosan jugak kan. Nak tulis panjang lagi tapi tak pelah saya simpan lain kali.

Jangan terkejutlah kalau artikel ini masuk dalam artikel popular dibaca di dalam The Malaysian Insider, almaklumlah tajuknya sendiri memang dekat di hati pembaca TMI.

http://www.themalay sianinsider. com/index. php/opinion/ zaidel-baharudin /33632-melayu- tak-wujud- sebenarnya

Pedoman untuk Para Suami...

Oleh : Zailina Mahmud

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak0- budaknan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"
"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka
seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".
www.familiazam. com
"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".

Protokol Yahudi Siri 4

Oleh : AMEER ABDULLAH

PBB sebagai Wasilah

Jadi bagaimanakah mereka akan sampai kepada tujuan mereka untuk menguasai dunia itu?. Caranya ialah melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations. Kuasa PBB akan semakin bertambah dan mereka akan memerintah dunia melalui PBB. Semua kerja-kerja mereka akan dilakukan atas nama PBB dan tidak ada negeri lain yang akan dapat menghalang mereka.

Ada banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka akan memulakan ini pada tahun 2000 dan pemimpin pertama mereka akan naik selepas Boutros Ghali atau selepas orang yang naik selepas Boutros Ghali. Pemimpin mereka yang akan naik pada masa itu ialah orang yahudi.

Salah satu dari tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka ingin menjadikan PBB semakin kuat ialah baru-baru ini Boutros Ghali meminta tiap-tiap negeri di dunia ini menghantarkan 1,000 orang tentera kepada PBB (Jumlahnya ialah 160,000) dan semua tentera ini akan diletakkan di bawah kuasanya. Ini akan menjadikan beliau salah seorang dari orang yang paling kuat di dunia dan ditambah pula dengan kekuatan moral yang ada di belakang PBB kerana semua tindakannya akan dilakukan atas nama PBB, bukan atas nama sesebuah negeri. Dan ini hanyalah sebagai permulaannya sahaja. Ada banyak lagi tindakan-tindakan lain di dalam perancangan mereka untuk menguasai dunia.

Janji Allah Pasti Berlaku

Tetapi, apa yang harus kita ingat ialah janji kemenangan dari ALLAH untuk orang-orang yang beriman. Sama ada kita akan mengalahkan mereka sebelum mereka membina kerajaan mereka, atau mereka akan dapat menubuhkan kerajaan mereka dahulu dan kita akan mengalahkan mereka selepas daripada itu hanya ALLAH sahajalah yang Maha Mengetahui.

Ada banyak ayat-ayat ALLAH di dalam Al Quran yang menceritakan tentang kerja-kerja jahat orang yahudi. Kerja-kerja jahat mereka itu adalah besar dan bercorak antarabangsa, bukan untuk merosakkan tempat-tempat tertentu sahaja.

Firman ALLAH, maksudnya:
“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu (Lauh Mahfudz): ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’

Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu. Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti tertaksana.

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) , nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman.’ (Al Israa’: 4-8)

Dalam bahagian yang lain pula, ALLAH berfirman, maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Musa sembilan buah mu’jizat yang nyata, maka tanyakanlah kepada Bani Israil, tatkala Musa datang kepada mereka, lalu Fir’aun berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku sangka kamu, hai Musa, seorang yang kena sihir’.
Musa menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan mu’jizat-mu’jizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata; dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Fir’aun, seorang yang akan binasa’.
Kemudian (Fir’aun) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikut-pengikutny a) dari bumi (Mesir) itu, maka Kami tenggelamkan dia (Fir’aun) serta orang-orang yang bersama dia seluruhnya, dan Kami berfirman sesudah itu kepada Bani Israil: ‘Diamlah di negeri ini, maka apabila datang masa berbangkit, nescaya kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur (dengan musuhmu).”
(Al Israa’: 101-104)

Manakala hadith pula, ada satu sabda Rasulullah (saw), yang maksudnya:

“Hari Qiamat tidak akan datang sebelum umatku berperang dengan orang-orang yahudi. Orang-orang Islam akan membunuh orang-orang yahudi. Bahkan pada masa itu, batu-batu dan pokok-pokok pun akan memberitahu orang-orang Islam, “Wahai Muslim, wahai hamba ALLAH, ada yahudi bersembunyi di belakangku, datang dan bunuhlah dia,” kecuali ‘Al Gharkat’. Sesungguhnya Al Gharkat itu adalah pokok yahudi.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekarang ini kita boleh dapati banyak sekali pokok-pokok gharkat ditanam di Israel. Jadi kita dapat lihat bahawa yahudi pun percaya kepada hadith-hadith Rasulullah (saw).

Ada satu kejadian yang berlaku di Israel pada tahun 1967, setelah mereka berjaya menawan Al Aqsa. Menteri pertahanan Israel pada masa itu, Monshe Dayan, pergi melawat salah satu tempal yang baru mereka tawan. Ada seorang budak muda di situ yang melaungkan kepada Moshe Dayan bahawa mereka akan melawan dan mengalahkan Israel. Lalu dijawab oleh Moshe Dayan,

“Bukanlah kami tidak mempercayai Nabi kamu, tetapi bukan kamu yang akan kalahkan kami.”

Maksudnya, orang-orang Palestin sahaja tidak akan dapat mengalahkan Israel, tetapi orang-orang Islamlah yang akan dapat mengalahkan mereka kelak, Insha ALLAH.

Para mufassirin dahulu tidak ada yang meramalkan bahawa yahudi akan naik kembali setelah mereka dikalahkan oleh orang-orang Islam. Mereka menafsirkan ayat yang mengatakan yahudi akan berkuasa dua kali dan kemudian dikalahkan itu sebagai, yang pertamanya, ketika Babylon menyerang orang-orang yahudi dan menawan tiga puak yahudi (daripada 12 puak) dan membawa mereka ke Babylon. Kali kedua pula menurut mereka adalah ketika Babylon atau Rom memusnahkan Palestin. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa Islam akan dijatuhkan setelah ia naik untuk kali pertamanya dan yahudi akan dapat menguasai Palestin kembali.
Tetapi para mufassirin sekarang berpendapat bahawa kali pertama yahudi berkuasa itu adalah ketika sebelum kenaikan Islam di Madinah dahulu dan kali keduanya ialah sekarang dan InsyaAllah kitalah yang akan memusnahkan mereka pada kali ini seperti yang telah disebut di dalam hadith Rasulullah (saw) itu tadi.

Protokol Yahudi Siri 3

Oleh : AMEER ABDULLAH

Objektif Yahudi

Tujuan kaum yahudi itu ialah untuk menubuhkan satu kerajaan yang akan menguasai seluruh dunia dan mereka sendiri menguasai kerajaan tersebut. Kerajaan itu akan diketuai oleh seorang ‘dictator’ atau pemimpin kuku besi, dan doa akan dibantu oleh dua orang penolong.

Mereka akan menukar sistem cukai daripada cukai pendapatan (income tax) kepada cukai harta atau simpanan (property tax). Sistem cukai ini adalah bersamaan dengan sistem zakat kita tetapi mungkin kadar yang akan mereka gunakan adalah jauh lebih tinggi daripada kadar zakat. Mereka akan gunakan sistem cukai itu kerana mereka tahu sistem zakat Islamlah yang paling baik, dan sistem yang ada sekarang ini hanya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Jadi apabila mereka memerintah kelak, walaupun penuh dengan kekejaman dan pemerasan, orang akan berkata bahawa sekurang-kurangnya sistem yang ada sekarang ini adalah lebih baik daripada sistem yang ada dahulu.

Pandangan Terhadap Manusia Lain

Mereka cukup memandang rendah dan hina kepada manusia-manusia lain. Mereka memandang manusia sebagai haiwan yang hanya mengikut hawa nafsu mereka. Melalui analisa psikologi yang mereka lakukan, Protocols itu mengatakan bahawa manusia lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada kebaikan.. Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengikut Islam, manusia adalah lebih cenderung untuk melakukan kebaikan daripada kejahatan. Hanya apabila dipaksa, baru mereka akan terpesong dari jalan yang benar. Protocols itu juga menyebut bahawa manusia bila berada dalam satu kumpulan, kelakuan mereka akan berubah mengikut kumpulan itu. Kuasa dari satu kumpulan itu adalah satu kuasa yang cukup kuat dan boleh memusnahkan apa saja jika kita pandai menguasainya.

Kandungan Risalah Freemason

Jika dibandingkan dengan Protocols, risalah-risalah Freemason adalah lebih umum dan tidak sejelas seperti Protocols. Ini adalah kerana Protocols itu hanya untuk bahagian atasan sahaja, manakala risalah Freemason pula adalah untuk mereka-mereka yang masih di peringkat bawah. Mereka tidak mahu mendedahkan tujuan jahat mereka kepada ahli-ahli yang masih baru. Jadi, risalah-risalah Freemason ditulis dengan lebih berhati-hati, ditulis seolah-olah mereka bertujuan baik dan sebagainya.

Contohnya: Mungkin dalam risalah Freemason, ditulis bahawa manusia akan jadi lemah dan tidak dapat bekerja selepas daripada peperangan demi peperangan, dan tamaddun akan musnah melalui peperangan. Dari sudut ini kita akan nampak seolah-olah mereka bersimpati dengan nasib manusia, tetapi hanya bahagian atasan sahaja yang memahami akan maksud sebenar tulisan itu; iaitu peperangan ialah cara yang boleh mereka gunakan untuk mencapai tujuan mereka untuk menguasai dunia, negeri yang sedang berperang akan terlalu sibuk untuk memikirkan masalah lain dan selepas perang pula mereka akan jadi lemah. Jadi peperangan akan memudahkan lagi mereka mencapai tujuan jahat mereka.

Menyembunyikan Manusia dan Sejarah Kegemilangannya

Satu lagi cara ialah mereka menyembunyikan manusia dari sejarah manusia itu sendiri, dari sejarah mengenai kejayaan dan pencapaian manusia di zaman silam. Ini adalah kerana sebuah negeri yang tahu bahawa mereka dahulu adalah sebuah negeri yang kuat akan tebih yakin dengan diri mereka dan dengan sendirinya akan menjadi lebih kuat dan sukar dikalahkan.

Begitulah sebaliknya dengan negeri yang tidak tahu akan sejarah kekuatan mereka Apabila kita tidak tahu sejarah kita, kita juga tidak akan tahu tentang pencapaian atau kekuatan kita di masa dahulu. Contohnya dari segi penulisan buku. Kita tidak akan tahu bahawa orang-orang Malaysia dahulu ada menulis buku-buku seperti seerah, fiqah dan Iain-lain. Bila kita membaca buku-buku seperti itu, kita akan merasakan bahawa ia datang dari luar. Perkara seperti ini akan membuatkan kita merasa rendah berbanding dengan kalau kita tahu bahawa kita mempunyai sejarah yang gilang-gemilang.

Wajib pertahan hak Islam

Oleh : mohd naim mohd zain


Mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Bagaimanapun, ada ketikanya, berlaku krisis apabila umat Islam mempertahankan hak-hak tertentu dengan sebilangan orang bukan Islam.

Antara pertikaian yang biasa kita dengar ialah perebutan mayat orang mualaf, perebutan anak apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam dan juga penyebaran agama lain kepada umat Islam.

Walaupun setakat ini, pertikaian yang berlaku berjaya diatasi namun, adalah penting bagi kita mengetahui apa sebenarnya peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan umat Islam.

Allah berfirman yang maksud-Nya: Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. (al-Maidah: 3)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto BAIZURA HARUN menemu bual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Md. Ralip bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah maksud Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Negara?

MOHAMAD ISA: Di dalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 : (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dalam teks asal bahasa Inggerisnya disebut Islam is the religion - ini bermakna hanya Islam agama Persekutuan bukannya Islam itu agama Persekutuan. Dengan yang demikian, segala perkara yang dibuat mesti berteraskan kepada agama Islam.

Bila disebut sebagai agama Persekutuan, maka kedudukannya adalah lebih tinggi daripada agama yang lain. Maka, kita boleh meminta kerajaan untuk mempertahankan Islam.

Memang ada kes yang menyebut Islam itu sebagai ritual dalam kes Suzi Teoh sebagaimana yang diputuskan oleh Hakim Salleh Abas. Tetapi hujah tersebut berlaku sebelum pindaan Akta 121(A) pada 10 Jun 1998.

Perlembagaan Persekutuan ditulis supaya ia boleh dilaksanakan. Ia adalah dokumen organik yang perlu diterjemah, diaplikasi dan disediakan untuk mentadbir mengikut perkembangan dan keperluan semasa masyarakat.

Ia adalah perisytiharan dan tujuan Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama Persekutuan yang perlu diaplikasi apabila membenarkan dan mengguna pakai undang-undang Islam kepada orang Islam.

Ia perlu diketahui bahawa peruntukan ini terdapat dalam Perkara 3(1) dan tidak ada halangan bagi orang bukan Islam di Malaysia mempraktikkan agama mereka berdasarkan Perkara 11(1).

Pihak yang mempersoalkan peraturan Islam selalunya bersandarkan pada hak asasi manusia orang bukan Islam. Apakah hak orang Islam dalam hal ini?

MOHAMAD ISA: Apa yang kita mahu adalah sebagai mana yang termaktub dalam Jadual 9, Senarai 2 iaitu bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kita mahu apa yang ada itu dikekalkan, bukannya nak minta lebih. Ini yang perlu difahami oleh orang bukan Islam. Malah, dalam hal sebegini, kita tidak patut kompromi dengan mana-mana pihak sekali pun.

Contohnya dalam hal berkaitan perebutan anak antara orang Islam dan bukan Islam. Yang menjadi masalah, apabila ini berlaku, orang Islam kena mendapatkan hak penjagaan (hadhanah) anak mereka di mahkamah sivil sedangkan ia sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Mengikut perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini merujuk kes Moorthy lawan S. Kaliamal. Moorthy meninggal dunia pada 25 Disember 2007 dan dikebumikan secara Islam pada 28 Disember 2007.

Mutakhir ini, kita diserang dari pelbagai penjuru oleh golongan bukan Islam antaranya isu penggunaan kalimah Allah. Soalnya, apakah hak orang Islam bagi mempertahankan diri dalam keadaan ini?

MOHAMAD ISA: Sebenarnya, kita sudah ada enakmen tentang hal ini. Penggunaan perkataan seperti kalimah syahadat, Allah dan Kaabah telah dikanunkan sebagai suatu hak istimewa untuk Islam sahaja.

Sepatutnya, bangsa dan agama lain memahami dan menghormati hal ini. Kita patut berpihak di bumi nyata dan mengikut pepatah yang sebut “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”.

Kita bukan seperti Indonesia yang negaranya liberal dan boleh berkongsi kalimah Allah dengan agama lain.

Ini bukan bermakna kita tidak boleh bertolak ansur dengan bukan Islam. Islam benarkan kita bertolak ansur dalam hubungan sesama manusia ataupun furuk (cabang).

Namun, perkara qatie seperti akidah, mempertahankan agama anak-anak, kita tidak boleh kompromi.

Siapa yang patut dilibatkan dalam perundingan menjelaskan tentang Islam kepada golongan bukan Islam?

MOHAMAD ISA: Apa yang berlaku ada pertubuhan bukan kerajaan seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba membangkitkan polemik ini melalui undang-undang.

Sebabnya, cubaan mereka menerusi politik gagal. Jadi, mereka cuba menggunakan mahkamah untuk mencapai hasrat itu. Kelompok ini bukannya besar tetapi mereka sengaja mahu menguji sejauh mana sensitifnya umat Islam mempertahankan hal-hal berkaitan agama kita.

Namun, pada masa yang sama, kita perlu memberi penerangan kepada orang bukan Islam tentang indahnya agama kita. Demikian yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu kisah, baginda selalu disakiti oleh seorang wanita tua dengan diletakkan duri dan sebagainya di jalan yang dilalui baginda. Bagaimanapun, pada suatu hari, tidak ada lagi duri-duri dan halangan lain menyebabkan Rasulullah tertanya-tanya di manakah wanita tua itu.

Apabila diberitahu wanita itu sakit maka baginda menziarahinya dan akhirnya wanita berkenaan menyedari kesilapannya dan memeluk Islam. Ini adalah antara dakwah bila hal yang perlu kita jadikan contoh dalam kehidupan kita yang bersosial dengan masyarakat berbilang kaum.

Dari segi keanggotaan dalam forum tentang Islam ini, perlulah dilibatkan pakar undang-undang dan para mufti. Ini supaya stigma negatif tentang Islam dapat diatasi.

Keadilan Islam adalah untuk semua. Kes Nyonya Tahir adalah antara buktinya. Malangnya, masyarakat masih skeptikal tentang undang-undang syariah?

MOHAMAD ISA: Keadilan Islam adalah agama keadilan untuk sejagat. Menjadi impian para pengamal undang-undang syariah di negara kita untuk melihat bidang kuasa institusi kehakiman syariah diakui bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga oleh yang bukan Islam..

Mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui perlu ada keterbukaan di peringkat Mahkamah Syariah untuk mengizinkan mereka yang bukan Islam hadir sebagai saksi di Mahkamah Syariah dan diwakili oleh peguam pilihannya sendiri.

Yang perlu ditegaskan adalah berdosa bagi orang Islam mengkebumikan mayat orang bukan Islam mengikut cara Islam. Sebab itulah dalam kes Nyonya Tahir misalnya, apabila disahkan dia bukan lagi Islam, maka kita tidak ‘berebut’ untuk menguruskan pengkebumian itu.

Dalam kes Nyonya Tahir yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Seremban, hakim yang berkenaan telah belajar daripada episod duka Moorthy dan membuka ruang yang luas kepada keluarga Nyonya Tahir untuk hadir.

Artikel 121 (1A) telah menyelesaikan isu-isu berkaitan pertindihan bidang kuasa jika kedua-dua pihak yang menuntut adalah orang Islam. Bagaimanapun isu yang masih lagi belum diselesaikan ataupun terdapat ruang kekosongan dalam perundangan yang masih terbuka bagi tafsiran adalah kes-kes yang melibatkan salah satu pihaknya adalah seorang yang bukan Islam.

Isu utama berlaku hal ini adalah kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya melibatkan bab keluarga. Apakah jalan penyelesaiannya?

MOHAMAD ISA: Sebahagian masalah ini adalah berpunca daripada umat Islam sendiri yang merendahkan Mahkamah Syariah. Golongan ini yang memperlekeh dan tidak menghormati perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Menyebabkan mahkamah tersebut dihentam dan dicemuh.

Bagaimanapun, kini kita termasuk PGSM sudah merangka pelan tindakan berhadapan dengan hal-hal begini.

Pada masa yang sama, kita juga akan lebih kerap bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen Islam untuk sentiasa memberi maklumat terkini dalam hal-hal berkaitan.

Yang penting, kita semua bersatu dalam hal-hal berkaitan agama jika tidak kita akan mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain.

Lagipun, Mahkamah Syariah usianya hanya 18 tahun berbanding mahkamah sivil yang sudah berumur lebih 50 tahun.

YB Hamdan dalam Kenangan

BIODATA

MOHD HAMDAN ABD RAHMAN

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pendidikan/Latihan.

* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.

Pengalaman Berkerja :

* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Jawatan Dalam NGO :

* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan Dalam Politik:

* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12).