30 July 2009

Teladan: Kisah Anak Derhaka

Email Oleh : ct abd

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

WaALLAHu'alam. .

PERAK - NAIK TURUN MAHKAMAH, JANGAN LUPA NAIK TURUN RUMAH RAKYAT

oleh Fauzi Irwan Shah

Bubar dewan...tapi dewan mana yang hendak dibubar sebenarnya? Di terengganu ada kekalutan yang sebut MB kini tertekan. Di Perak, sekadar suara bubar DUN yang akan terus berkumandang, paling kuat pun pada 2 Ogos ini bertempat di Markas PAS Kawasan Bagan Serai.

Program anjuran Pemuda PAS Perak mulai jam 11 pagi sehingga 6 petang itu dijangka memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, Perak yang ditumbangkan dengan kuasa politik, bukan dengan suara rakyat.

Tidak banyak sebenarnya yang boleh dilakukan untuk memperhebatkan mesej kepada kerajaan BN Perak sekarang, selain ceramah...dan ceramah jua akhirnya. Mereka hanya boleh mendesak dengan membakar semangat rakyat, mengulang ketidakadilan yang hempapkan ke atas kerajaan PR.

Nasib sehingga kini belum menyebelahi mereka atau dengan lain kata, "kuasa raja" belum nampak mahu berubah arah.

Laungan, baju T, ikatan di kepala dengan kata-kata Bubar DUN Perak terus menjadi slogan yang entah bila akan hilang hangatnya kerana masa untuk "merubah" sudah terlalu lama, malah masa yang lama itu semakin mengukuhkan kerajaan BN Perak menerusi pelbagai program rakyat.

Sejarah tetap terpahat, kuasa mentadbir bukan sekadar datang dari suara rakyat kerana terbukti suara rakyat sekadar memilih parti bukan membentuk kerajaan. Kuasa menentukan kerajaan rupanya ditangan kuasa mutlak Raja. Inilah titik hitam politik Perak, raja tidak bersalah kerana enggan bubarkan DUN ,baginda memang ada kuasa demikian.

Jika bersandar alasan itu, si Katak lompat terutamanya Hee juga tidak bersalah kerana dia berhak atas dirinya selepas diangkat jadi YB oleh rakyatnya. Jika benar ada habuan mega untuknya, dia akan bersalah pada dirinya kalau tidak "ngap".

Lagi....kerajaan PR Perak juga tidak bersalah kerana mereka masih pengantin baru yang sedang belajar hidup bersama, maka kelonggaran tersebutlah yang membina peluang buat BN menggoda iman sang katak puru, katak pisang dan katak Ong Ang.

Tumbangnya kerajaan PR Perak, walaupun mengejut dan menimbulkan banyak reaksi tidak senang terhadap Raja, Umno dan BN tapi hikmahnya cukup berkesan, kerajaan PR di lain-lain negeri mula sedar kelemahan yang ada, perlu perbetulkan segera struktur kerjasama yang masih kurang ampuh. Inilah pengalaman kejatuhan (dijatuhkan)kerajaan PR Perak yang paling berharga iaitu diri terkorban rakan terselamat.

Kerajaan PR negeri lain, malah parti-parti dalam PR sendiri sudah mengambil pelbagai usaha membenteng diri daripada turut menjadi korban suatu hari nanti. Mereka sudah belajar memperkukuhkan kuasa yang sudah tergenggam, sudah mula bertindak menutup mana-mana kebocoran undang-undang yang bakal menjahanamkan mereka sebagaimana di Perak.

Sesuatu yang malang di Malaysia ialah rakyatnya pemurah dan mudah memaafkan, malah mudah lupa. Semakin lama usaha bubad DUN tidak menampakkan hasil, semakin nipislah harapan untuk pulih, semakin reda kemarahan rakyat, semakin hilang rasa benci dari ingatan dan semakin terpinggirlah perjuangan menuntut keadilan yang dicanang PR Perak itu.

Buktinya, masihkah terasa hangat perjuangan "menuntut bela" dari kalangan rakyat untuk mengembalikan kuasa kerajaan PR selepas kejadian "bawah pokok" dan Siva diheret keluar dewan? Kian hari kian menurun suhunya, maka amat perlu ada usaha untuk terus memastikan hati rakyat tidak terbeku. Dalam konteks ini, langkah '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak' adalah tepat.

Jika mereka mahu kekalkan ingatan rakyat terhadap "penganiayaan" yang berlaku ke atas mereka, maka tidak seharusnya kempen seperti ini berhenti begitu sahaja, kempen harus ada kesinambungannya, dipanjangkan ke kawasan lain, dilebarkan ke seluruh ceruk Perak dari masa ke semasa.

Ada suara yang cakap pasal bekas-bekas anggota Kerajaan PR Perak kurang minat jenguk mereka di kampung mahu pun di warung. Katanya, mereka lebih memberikan keutamaan mencari dalil untuk meraih semula kuasa kerajaan. Lama sudah tidak jumpa YB, kata mereka.

Dalam kesibukan usaha menuntut semula kuasa tadbir, ADUN-ADUN nampaknya sedikit lalai dengan tugasan untuk rakyat, jangan asyik melaungkan keadilan tetapi lupa kebajikan. Rakyat masih menanti sesuatu yang terbaik dari para YB dan bekas MB.

Jangan kerana sibuk naik turun mahkamah, lupa naik turun rumah rakyat. Lebih dampingilah rakyat kerana rakyat Malaysia lembut hati, mudah rasa simpati. InsyaALLAH....

Mengapa Influenza A(H1N1) menyerang orang Islam?

AHMAD BAEI JAAFAR

Wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei dan sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia, tetapi hingga 28 Julai ini terkumpul 1219 kes dengan kematian tiga orang. Dan pada hari ini satu lagi maut disahkan di Hospital Melaka. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung.

Bermula dari beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina ditutup, tapi dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan. Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?

Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam berkata, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu tidak akan kena wabak itu.

Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelaknya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.

Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.

Rencana ini bukan hendak menuduh universiti, kolej, dan sekolah agama itu tidak bersih dan tidak menghiraukan kesihatan tetapi lazimnya anak-anak Melayu terlalu meremehkannya. Bukti jelas dapat kita saksikan pengakuan ayah mangsa keempat. Katanya, anaknya mengalami selesema pada 16 Julai, tetapi tidak mahu pergi ke hospital. Setelah ayahnya melihat keadaan anaknya semakin teruk pada 26 Julai baru dibawanya ke hospital. Ayah mengaku menyesal dengan kejadian itu. Tetapi sesal kemudian itu tidak berguna lagi.

Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.

Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara. Baca doa ini sebanyak tujuh kali setiap kali lepas solat:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاء اَلحُطَمَة

مُصْطَفَى مُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah.

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.

Yahudi masuk Masjidil Aqsa

Oleh : mohd naim mohd zain

REMAJA Palestin melaungkan slogan anti Israel ketika berhimpun di depan Masjid Kubah Batu bertentangan Masjidil Aqsa, baru-baru ini.

Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam

BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.

Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa.

Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj).

Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin.

Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'.

Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.

SEORANG wanita Palestin duduk di rumahnya sebagai memprotes rancangan Israel menempatkan penduduk Yahudi di kawasan Sheikh Jarrah, timur Baitulmaqdis.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini.

Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa."

Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa.

Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa.

Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang.

Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu.

Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab.

'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin. Agensi


Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Julai : - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'. Iklan

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Demikian seperti yang diumumkan melalui Harakahdaily hari ini.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu , Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu. Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, Zon 2 di Sungai Siput, Zon 3 di Lumut dan di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim .

Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak.

Saman Kerajaan Negeri

IPOH – Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, SPA Perak, Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Malaysia berikutan penamatan khidmat enam ahlinya baru-baru ini.

Seorang ahlinya, R Manickam, 68, berkata, surat penamatan khidmat diterimanya pada awal Julai lalu dengan ditandatangani oleh kakitangan bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Asri Saad bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Manickam turut menyuarakan rasa terkilan berikutan kesalahan yang terkandung dalam surat berkenaan berhubung tempoh perkhidmatannya dengan pihak SPA.

“Saya telah menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung deklarasi pada surat berkenaan yang mengatakan tempoh perkhidmatannya adalah hanya selama enam bulan dan bukannya tiga tahun seperti yang terkandung pada surat pelantikan saya.

“Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang reaksi daripada pihak berkenaan dan bercadang untuk mengutus surat sekali lagi berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Alam Sekitar dan Sumber Manusia, A Sivanesan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar serta bekas ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak yang juga bekas Ahli Parlimen Kampar, Ngoi Thiam Woh.

Sementara itu, Sivanesan turut meluahkan kekesalannya terhadap perkara berkenaan dan berharap agar ianya dapat diselesaikan segera.

Beliau yang juga ADUN Sungkai berkata, pihak yang berkenaan juga perlu meneliti semula surat pelantikan serta surat penamatan perkhidmatan tersebut yang ternyata mengelirukan.

“Saya tidak pasti sama ada perkara ini disengajakan atau tidak, tetapi ianya perlu ditangani segera,” katanya.

SinarHarian/-

UMNO/ BN CELARUKAN AKIDAH ISLAM

Email Oleh : mohd hafez sabri

Setiap tahun, pada hari dan tarikh tertentu, patung besar di Taman Tasik Perdana, berhampiran bangunan Dewan Rakyat, akan menerima jambangan bunga untuk mengenang jasa patung-patung yang telah berjuang untuk negara. Setiap kali tiba pelawat rasmi kerajaan, patung-patung itu akan menerima jambangan bunga penghormatan. Walaupun perbuatan itu janggal, tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu dan ditolak bulat-bulat oleh Islam sebagai amalan syirik, namun kerana sudah dibudayakan, nampaknya sudah diterima rakyat. Kata orang yang tahu, sudah ada fatwa mengharamkan perbuatan itu, tetapi masih diteruskan kerana menghormati patung adalah sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Adakah ini cocok dengan One Malaysia yang oleh seorang ustaz tentera yang jadi menteri dikatakan telah berfatwa memang One Malaysia itu cocok dengan Islam, ertinya mengikut ustaz ini One Malaysia itu serasi dengan Islam? Baik-baik bagi fatwa, tuan ustaz, supaya ustaz tidak keliru. Kami yang jahil tak mengapa kerana ramai tok guru yang boleh kami tanya fatwanya yang betul. Kalau ikut kata seorang tok guru, perbuatan tunduk hormat kepada patung di Tugu Negara itu samalah dengan Firaun menyembah patung-patungnya. Cuma bezanya yang disembah Firaun itu patung anjing, kucing, sphinx (berkepala Singa), dan lain-lain yang dianggap mulia oleh Firaun. Pendahuluan ini penting kerana ada kaitannya dengan cerita berikutnya.

Membangkitkan penyembahan patung di Tugu Negara. Perbuatan itu tidak syirik bagi mereka kerana dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia dan kerajaan sendiri sudah berbelanja banyak berhubung penyembahan patung di Tugu Negara itu. Sebenarnya orang tidak sedar, di bawah slogan One Malaysia, memberi penghormatan kepada pahlawan negara yang banyak berjasa itu merupakan salah satu amalan penting negara, oleh itu Tugu Negara bukan patung yang disembah, tetapi hanya batu-batu yang diukir berwajah manusia sedang mempertahankan Negara

Kata kerajaan, rakyat sudah terima amalan itu sebagai amalan yang digalakkan dalam Rukunegara, oleh itu tidak timbul soal syirik atau tidak. Tidakkah dalam One Malaysia yang membenarkan perbuatan itu, meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi negara? Kata mereka, termasuk para mufti mereka, Rukunegara dan Perlembagaan Negara adalah lambang kekuatan One Malaysia, yang telah menerima kedudukan Islam sebagai agama orang Islam yang mendapat simpati kerajaan, oleh itu ditulis dalam Perlembagaan Malaysia bahawa “Islam adalah agama rasmi Malaysia

Adapun membina tugu dan tunduk hormat kepada patung manusia yang tidak pun berwajah Melayu adalah amalan Malaysia dan sesuai dengan semangat One Malaysia yang mengikut fatwa ustaz menteri sesuai pula dengan Islam, yakni One Malaysia itu, yang menerima dengan baik pemujaan tugu dan amalan tunduk hormat kepada patung itu adalah sesuai dengan Islam dan telah pun dipraktikkan oleh Islam sejak sekian lama menurut pandangan ustaz menteri. Itulah ajaran para pemimpin UMNO yang telah memerintah Malaysia selama 52 tahun. Ada lagi satu persoalan yang kita persoalkan ragui dan inginkan jawapan, mengapa UMNO/BN masih sembah tugu,beranak pinakkan rasuah kroni dalam UMNO/BN, tangkapan dibawah ISA dan tumbangkan kerajaan PR Perak, semua yang disebutkan ini sangat zalim dan terpesong jauh dari akidah serta Agama.

Satu terjahan persoalan yang hendak dilontarkan pada mufti kerajaan umno/bn dan ulama’ serta ustaz yang berkepentingan serta penakut dalam umno/bn ,MENGAPAKAH isu sure heboh di Perak yang masih berterusan dibawah kerajaan haram UMNO/BN Perak masih segar diteruskan tidak ditegur mufti dengan alasan, dia tidak tahu-menhu akan konsert sure heboh tersebut (satu pembohongan yang jelas dari seorang mufti), dan terbaru isu isteri Perdana Menteri Malaysia rosmah yang baru sahaja balik dari bumi mulia Mekah dengan mengerjakan umrah namun apabila balik ke Malaysia masih lagi menjaja auratnya sana sini, tudung dan aurat hanya dipakai dan dijaga semasa di Mekah sahaja, bukankah ini fahaman sekular yang sedang menyaluti pegangan hidup perdana menteri malaysia dan isterinya, mana perginya mufti umno dan ulama’ berkepentingan dalam umno yang fatwa mereka ditunggu oleh rakyat?

UMNO-BN diingatkan jangan putar belitkan fakta dan pergunakan Agama untuk kepentingan politik. Jika tidak faham Agama jangan berbincang soalnya dan berdusta tetapi belajar dan bertaubatlah. -


Mohd Hafez Sabri

(Coordinate Institute of Critical Youth)

Islam sedia panduan hubungan antara bukan mahram demi menjaga kebaikan masyarakat

Email Oleh : JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Islam sedia panduan hubungan antara bukan mahram demi menjaga kebaikan masyarakat

Saya sudah berkahwin dan tugas memerlukan saya bergaul dengan orang ramai, termasuk bukan muhrim. Saya tahu batasan antara wanita dengan lelaki seperti tidak boleh duduk berdua-duaan. Apakah adab lain yang perlu diamalkan oleh wanita dan lelaki Muslim .

Hamba Allah,
Putrajaya.

Jawapan:

Hukum bekerja bagi perempuan adalah harus. Namun, kita perlu merujuk penjelasan syarak dalam kebenaran itu. Sayyid Qut membuat ulasan berkaitan pertemuan Nabi Musa AS dengan dua anak perempuan hamba yang salih di Madyan. Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib AS. Lihat firman Allah dalam ayat 23 surah al-Qasas bermaksud: "Dan ketika dia sampai di telaga negeri Madyan, didapati di situ sekumpulan lelaki memberi minum (ternakan) dan di sebelah mereka dua perempuan yang menahan kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing) sehingga pengembala itu membawa ternakan masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua.

Musa memberi minum kepada binatang ternakan mereka, kemudian dia ke tempat teduh lalu berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki yang Engkau berikan." Kemudian seorang daripada dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan tersipu-sipu sambil berkata: "Bapaku menjemputmu untuk membalas budi memberi minum ternakan kami."

Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Dia terpaksa keluar mencari rezeki seperti dinyataka 'ayah kami sudah terlalu tua.'


Perkara kedua ialah jangan ada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat menerusi ayat: "Kami tidak memberi minum (kambing) sehingga pengembala itu membawa balik binatang ternakan masing-masing" dan syarat ketiga walaupun keluar. ia masih menjaga adab seorang Muslimah. Ini jelas dalam ayat: "Kemudian seorang daripada dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu. " Wanita bekerja wajib menjaga maruah agar tidak menjadi wanita murahan, mudah bergelak ketawa dengan rakan sekerja lelaki. Jangan mudah menawarkan diri berdua-duaan makan tengah hari.

Wanita beriman perlu memelihara diri daripada menjadi alat hiburan lelaki liar. Firman Allah SWT dalam ayat 31 surah an-Nur bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala; dan jangan memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami atau bapa atau bapa mentua atau anak mereka, atau anak tiri, atau saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentak kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah SWT, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Merujuk soalan kedua, lazimnya masyarakat Melayu menggunakan perkataan muhrim untuk merujuk golongan haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat ialah mahram. Muhrim dalam bahasa Arab bermaksud orang berihram. Ajnabiula ialah lelaki asing bukan mahram, contohnya jiran atau rakan sepejabat. Ajnabiyyah pula ialah perempuan bukan mahram. Inti pati larangan kepada lelaki dan perempuan ialah jangan berdua-duaan dalam suasana mencurigakan. Hadis Nabi SAW menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan jadi yang ketiga.

Lelaki juga diharamkan bermusafir bersama wanita bukan mahram dan menceritakan masalah peribadi kepada wanita ajnabiyyah. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat memelihara hubungan ini demi kepentingan nasab. Amat benar kata ulama seperti Ibnul Qayyim iaitu pensyariatan undang-undang Islam demi keadilan dan kebaikan mutlak. Justeru, menegakkannya menyebabkan kehidupan teratur dan selamat daripada persengketaan.

Bersedekah

Ditulis oleh Adam Yew Abdullah
http://damsithoh.blogspot.com/


Mungkin ada orang yang tidak mengetahui, amalan sedekah dalam islam adalah suatu amalan yang sangat terpuji. Sehingga ulama-ulama mengatakan bersedekah adalah sunat yang dituntut, wajar dilakukan oleh setiap muslim. Dan Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah.

Untuk pengetahuan muslim semua, ini pengalaman saya ketika saya menganut agama nenek moyang dahulu, orang-orang cina suka bersedekah kepada tokong-tokong mereka.

Kerana apa? Kerana orang-orang cina mempercayai bahawa sedekahnya itu akan menjadi berkat dan kekayaan mereka akan bertambah. Tidak kira tua atau miskin pun mereka tetap akan bersedekah walaupun seringgit atau dua ringgit. Bersedekah adalah menjadi amalan budaya orang-orang cina. Maka tidak hairanlah, kalau kita lihat kebanyakkan tokong-tokong cina di Penang semuanya berbesar-besar. Cuba anda semua lihat bertapa besarnya dan hebatnya bangunan seperti ‘Kek Lok Se’ di Air Itam. Semua itu dibangunkan dengan menggunakan duit sumbangan orang-orang cina. Dan sumbangan yang terbesar direkodkan adalah dari masyarakat negara cina itu sendiri. Malah setiap duit yang disedekah oleh mereka dicatat pada setiap tiang-tiang dan bumbung-bumbung bangunan. Untuk apa semua ini? Ini adalah untuk menunjukkan bahawa ini adalah amal jariah yang dilakukan oleh penderma. Dan setiap kali sami membaca doa, nama-nama yang menderma disebut sebagai tanda penghormatan. Bagi orang cina bersedekah adalah semacam periuk nasi mereka. Ketahuilah…!

Apa yang saya cuba membuatkan anda semua faham adalah amalan sedekah seharusnya mencontohi amalan seperti orang-orang cina yang menjadikan ia sebagai sebahagian budaya mereka. Budaya bersedekah harus diterapkan dalam setiap diri muslimin dan muslimat. Tidaklah kira tua atau muda, miskin atau kaya. Semuanya wajar bersedekah kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada muslim semua sekiranya kita melakukan sedekah. Allah berfirman dalam surah al-baqarah, ayat 261 iaitu,

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Lihatlah betapa ganjaran pahala yang banyak dijanjikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membelanjakan harta mereka itu ke jalan Allah SWT. Allah mengumpamakan setiap seringgit yang kita sedekahkan kepada orang-orang yang layak menerima sedekah di dalam jalan Allah, akan seperti sebiji benih yang ditanam akan tumbuh menjala tangkai-tangkai pokok itu memperolehi hasil-hasil daripada tanaman itu. Begitulah lebih kurang maksud ayat di atas. Apabila kita bersedekah kepada anak-anak yatim umpamanya, setiap wang ringgit yang dibelanjakan dan barangan keperluan digunakan oleh mereka, kita yang menyumbangkan itu akan memperolehi keuntungan ganjaran pahala dari Allah SWT. Setiap satu atau setiap sen yang kita sumbang akan mendapat kepujian dari Allah SWT. Tidakkah mahu kita mengejar semua itu yang terbukti dan ternyata disebut dalam al-quran? Kita sebagai muslim yang percaya dan yakin dengan kepercayaan kita sewajarnya sekurang-kurang menghayati ayat di atas dan cuba hulurkan sedekah walaupun ianya sedikit.

Pernah saya ditanya oleh seorang hamba Allah, adakah sedekah ini hanya dalam bentuk wang ringgit dan kebendaan sahaja? Saya kata tidak. Sedekah itu banyak bentuknya. Di antara bentuk sedekah yang disebut oleh Nabi SAW ialah,

Dari Abu Dzar al-Ghaffari r.a., Nabi SAW bersabda:

“Pada setiap hari yang disinari oleh cahaya matahari, diwajibkan bagi setiap orang bersedekah untuk dirinya sendiri.”

Lalu saya bertanya : “Ya Rasulullah, dari mana saya dapat menunaikan sedekah itu, padahal kami tidak mempunyai harta?”

Nabi menjawab : “Karena di antara pintu-pintu sedekah ialah membaca takbir, subhaanallah, alhamdulillaah, laa ilaaha illallaah dan astaghfirullaah. Juga bila anda menyuruh berbuat baik dan mencegah yang jahat, menghindarkan duri, tulang dan batu dari tengah jalan, membantu orang yang buta, mengajar orang tidak tahu membaca dan bisu hingga orang itu pandai, menunjuk orang yang menanyakan sesuatu keperluan yang anda ketahui tempatnya, dengan kekuatan berjalan membantu orang yang malang meminta tolong, dan dengan kekuatan lengan mengangkat barang orang yang lemah, semua itu merupakan pintu-pintu sedekah, yakni dari dirimu untuk dirimu sendiri. Juga dalam mencampuri isterimu, kamu akan beroleh pahala”.

Riwayat Muslim dan Ahmad

Jadi, inilah bentuk-bentuk sedekah yang boleh disumbangkan oleh kita walaupun kita adalah orang yang tidak berupaya mengeluarkan wang ringgit mahupun barangan. Walaupun dengan perkataan yang baik-baik itu juga disebut sebagai sedekah dan sudah memadai.

Namun kita perlu berhati-hati ketika melakukan amal ibadah bersedekah ini. Perlu dijaga tata tertib kita ketika bersedekah. Orang yang bersedekah dinasihati supaya jangan mengungkit-ungkit atau menyebut-yebut sehingga didengari oleh orang yang menerima sedekah itu. Sehinggakan menyakiti hatinya dan berbangga-bangga dengan sedekahnya. Dan paling jelik sekali ialah bersifat riak dengan sedekahnya itu, bertujuan menunjuk-nunjuk keupayaannya dan bongkak dengan hartanya yang banyak. Orang-orang seperti ini dilaknati dan tidak sukai oleh Allah SWT. Akan terbatal pahala amalan sedekahnya. Malah mendapat dosa besar kerana menyakiti hati sipenerima. Ini adalah sesuatu perbuatan yang seharusnya tidak wajar berlaku bagi seorang pemberi sedekah sama ada bercakap dari belakang, tetap terbatal amalan pahala sedekahnya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang diucapkan mahupun diucapkan di dalam hati. Allah SWT berfirman….

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir

Apa yang patut dan mampu kita sumbangkan kita lakukan dengan niat yang ikhlas.. Bersedekah mengikut kemampuan kita dapat menghindari dari mengungkit-ungkit kerana itu adalah harta lebihan setelah menolak sedekah keatas dirinya, isteri dan anak-anaknya dan kaum kerabatnya. Setelah selesai itu, maka barulah disedekah wang lebihan itu kepada orang yang memerlukan saja jika mampu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tiga golongan manusia yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak akan dipandang dan tidak akan dihargaiNya, serta bagi mereka disediakan siksa yang pedih”. Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?”

Jawab Nabi “Orang yang berbangga-bangga dengan pakaiannya, orang yang menyebut-yebut pemberiannya dan orang yang menawar-nawarkan barang dagangannya dengan sumpah palsu”.

Maka janganlah kita tergolong dalam sifat-sifat yang seperti di atas. Adab bersedekah harus dijaga ketika bersedekah. Jangan mengungkit-ungkit sehingga menyakitkan hati orang yang menerima. Kalau rasa tidak mampu bersedekah atau tidak bersedia, maka jangan sekali-kali memaksa diri untuk bersedekah. Kerana itu boleh menyebabkan penyakit ungkit-mengungkit dalam hati kita.

Alhamdulillah, setakat ini mampu saya mengongsi pendapat dan pandangan saya tentang amalan bersedekah ini. Saya rasa amat penting setiap orang muslim bertanya untuk diri sendiri, adakah saya sudah bersedekah? Jika belum, lakukanlah sekarang, mulai hari ini. Terutama pada bulan Ramadhan ini, bersedekah dalam bulan ini sangat baik kerana dijanjikan amalan pahala yang banyak, insyaAllah, kalau kita niat kerana Allah SWT. Oleh itu, bagi yang mampu, mulakanlah sedekah anda dengan menyumbang walaupun seringgit kepada tabung anak yatim. Semoga apa yang disumbangkan itu membawa berkat pada anda semua. InsyaAllah.

Wallahu a’lam

Tattoo Ayat Kursi - Sgt Kurang Ajar!

Email Oleh : Zamri Keciks





Gadis Iran kini lebih terbuka.

Email Oleh : roslan mohd

















Virus H1N1 semakin serius, korban ke 4 hari ini.

Wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) nampaknya semakin serius dengan seorang lagi wanita berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia pagi semalam di Hospital Melaka, kata ketua pengarah kesihatan. Menurutnya kes tempatan itu dimasukkan ke hospital Ahad lalu, 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut.


Bercakap di Putrajaya hari ini, Dr Mohd Ismail menambah wanita itu mengalami masalah kegemukan dan mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Sedikit Info Mengenai Wabak H1N1 (selsema babai)

Oleh : Zailina Mahmud

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak.
Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc. gov/swineflu/ investigation. htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh. gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan
Laman Web Pusat Maklumat Rakyat


Pada Suatu Malam

By: agussyafii

Pada suatu malam seorang tamu hadir di Rumah Amalia. Kami berdiskusi tentang Tazkiyah. Anak muda ini bertanya, 'bagaimana kaitan penyucian jiwa dengan mengeluarkan harta? Saya menjelaskan bahwa penyucian jiwa itu tujuannya adalah melepaskan semua bentuk kecintaan kita terhadap urusan dunia dan juga harta sehingga kita hanya mencintai Alloh SWT semata.

Selanjutnya saya menerangkan kepadanya, sesungguhnya kita sebagai Khalifah Alloh dilengkapi dengan berbagai kelebihan, tetapi sebagai hamba Alloh SWT, ia juga memiliki berbagai kelemahan.

Di samping potensi untuk kebaikan, pada diri kita juga terdapat potensi yang menjerumuskannya ke lembah kehinaan. Di satu sisi, kita memiliki fitrah berketuhanan seperti yang disebut dalam surat al-Rum / 30:30 yang menyebabkan ia rindu untuk mendekatkan diri (taqarrub dan taraqqi) kepada Alloh, tetapi pada sisi yang lain, kita memiliki hawa nafsu yang cenderung suka mengejar kenikmatan sesaat yang sifatnya rendah yang jika diturut, akan menjauhkan hubungan kita dengan-Nya.

Dalam surat Alu 'Imran / 3:14 dijelaskan bahwa kita memiliki kecenderungan untuk mengikuti dorongan syahwatnya menyangkut sexualitas, anak-anak, perhiasan emas perak, kendaraan, ternak dan tanah ladang. Semua itu bagi kita mengandung makna kenikmatan, kebanggaan dan manfaat, dan kesemuanya itu merupakan harta yang bersifat duniawi.

Salah satu penghambat hubungan kita dengan Alloh adalan cinta harta atau hubb al-dunya, mencintai hal-hal yang berskala dekat. Untuk mendekat kepada Alloh SWT, terlebih dahulu kita harus bersih jiwa, dan cinta harta merupakan salah satu daki yang mengotori jiwa. Salah satu bentuk orang yang cinta harta adalah kikir, dan ia benar-benar merusak jiwa ketika dipatuhi, seperti yang dikatakan dalam hadits Nabi Riwayat Thabrani bahwa satu dari tiga hal yang merusak manusia adalah sifat kikir yang dipatuhi. Oleh karena itu metode melawan kekikiran adalah tidak mematuhinya yakni dengan cara mengeluarkan sebagian hartanya untuk shodaqoh, meski hawa nafsunya menyuruh yang sebaliknya.

Perlawanan terus-menerus terhadap sifat kikir itu merupakan proses tazkiyah, dan karena kuatnya pengaruh hawa nafsu maka al-Qur'an mengisyaratkan perlunya campur tangan kekuasaan untuk melakukan perlawanan terhadap sifat kikir manusia dalam bentuk perintah mengambil zakat bagi yang sudah berkewajiban seperti dipaparkan dalam surat al-Tawbah / 9:103. Al-Qur'an sangat konsisten dalam menganjurkan pengeluaran harta, baik yang diwajibkan (zakat) maupun yang dianjurkan (shodaqoh), sampai nafs yang sudah tercemar dapat kembali menjadi nafs zakiyah, seperti pendapat Abu Amr ibn al-A'la yang dikutip oleh al-Razi, yakni nafs yang tidak lagi terbelenggu oleh dorongan-dorongan syahwat.

Apa yang dilakukan aleh Abu bakr al-Shiddiq ketika beliau mengeluarkan harta untuk membebaskan Bilal, seorang budak Muslim yang sedang disiksa oleh majikannya karena keislamannya dipandang sebagai perwujudan dari jiwa yang sudah bersih. Seperti yang banyak disebut oleh para mufasir bahwa turunnya surat al-Layl / 95:18 adalah berkenan dengan perbuatan Abu Bakr tersebut.

Puncak tazkiyah adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ketika beliau siap melaksanakan perintah Alloh SWT menyembelih putranya, Ismail, karena posisi Ismail bagi Ibrahim adalah harta yang tidak ternilai, melebihi nilai seluruh hartanya.

Sebagaimana halnya kodrat manusia di hadapan kekuasaan Alloh SWT, manusia tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya melakukan tazkiyah, sebagaimana Rasul juga tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya berdakwah sampai-sampai pamannya sendiri tidak beriman seperti yang disebut dalam surat al-Qashashsh / 28:56. Dalam hal ini al-Qur'an di samping memuji orang yang berusaha melakukan tazkiyah juga menyebut tentang adanya hak otonomi Alloh SWT. Surat al-Nur / 24:21 dan al-Nisa' / 5:49 menyebutkan bahwa Alloh menyucikan jiwa dari orang-orang yang dikehendaki- Nya.

Wassalam,
agussyafii

Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-mel Seseorang

Email Oleh : Insyira Arman

Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@ yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@ yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..


Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Oleh : hamdy

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:

(Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan dengan lebih jelas)