28 July 2009

Tiga trak FRU halang ceramah ISA di Gua Perahu

PULAU PINANG, 27 Julai: Ceramah Mansuhkan ISA yang dijadualkan diadakan di Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, baru-baru ini telah dicemari dengan kehadiran tiga trak berwarna merah siap dengan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menghalang ceramah yang telah diatur.


Segala persiapan yang telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berjalan seperti yang direncanakan.

Namun begitu setelah sampai waktu untuk memulakan ceramah yang akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maka pihak polis telah memulakan operasi mereka dengan membariskan anggota FRU siap dengan belantan bagi menghalang ceramah diteruskan.

Suasana hiruk-pikuk apabila tindakan pihak FRU itu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan dan orang ramai yang telah membanjiri padang tersebut untuk mendengar ceramah sepertimana yang dijadualkan.

Walaupun cuba dibincangkan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Yusni Mat Piah bersama dengan barisan kepimpinan PAS dengan pihak polis, polis tetap tidak membenarkan ceramah diadakan di situ.

Namun begitu ceramah dipindahkan ke kediaman salah seorang penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan yang sama tanpa kehadiran FRU.

Dalam ceramah beliau, Mohamad Sabu menegaskan bahawa tindakan pihak polis itu tidak mencerminkan sikap One Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan negara.

"Bentuk demokrasi bagaimana yang mereka amalkan sehingga menjadikan ceramah oleh Pakatan Rakyat dengan mudah dihalang dan disekat walaupun rakyat begitu ramai mahukan demokrasi diamalkan dengan cara telus.

"Ini melambangkan bahawa kepimpinan Barisan Nasional dalam negara ini tidak harus dibiarkan terus menguasai negara.

"Selagi mereka berkuasa maka akta zalim seperti ISA yang mereka amalkan selama ini akan disalahgunakan untuk memenuhi aspirasi politik parti mereka.

"Takut dengan kebangkitan rakyat maka Barisan Nasional akan terus menjadikan ISA sebagai senjata mereka untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dipersada politik negara," katanya.

SiasahDaily/-

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

"Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi.

"Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".

Laporan media

Sabtu lalu, pihak melaporkan bahawa Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, laporan tersebut memetik menteri besar Kelantan itu berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Manakala Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini Muhyiddin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz berhubung kesediaannya melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO menjadi isu panas dalam PAS serta di kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang menentang keras cadangan tersebut sehingga beliau menggesa Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menyokong cadangan tersebut, supaya melepaskan jawatan dalam parti dan selaku ahli Parlimen Bachok.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan.

MalaysiaKini/-

Korban kedua H1N1 di Malaysia

kemaskini 5.18pm Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.


Si mati kemudian mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai dan pemeriksaan dada menunjukkan korban mengalami pneumonia, kata ketua pengarah kesihatan.

"Kes dirujuk ke hospital swasta yang lain di Subang Jaya pada 19 Julai untuk rawatan di unit rawatan rapi.

"Ujian sampel tekak buat pada 22 Julai dan sahkan positif influenza A (H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada 23 Julai," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Menurut kenyataan rasmi Dr Mohd Ismail, daripada 49 kes terbaru hari ini, 29 kes daripadanya di sembilan gugusan penularan baru dan 13 lagi kes daripada empat gugusan sedia ada.

Tujuh kes selebihnya, termasuk satu kes kematian itu, dikelaskan sebagai kes terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A (H1N1) hingga kini 1,124 kes, termasuk 550 kes jangkitan tempatan.

Maklumat berkaitan kes terbaru di sembilan gugusan penyakit seakan-akan selesema (ILI) seperti berikut:

Lima kes di kalangan pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Kuala Sungai Baru, Melaka. Seramai 58 dari 1,477 orang pelatih dan kakitangan institut berkenaan dikesan mengalami gejala ILI sejak 23 Julai.

Kolej tersebut ditutup Sabtu lalu sehingga 1 Ogos.

Dua kes di SMK Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Terdapat 18 pelajar daripada keseluruhan 625 pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala ILI bermula dari 23 Julai.

Sekolah ini ditutup bermula Khamis lalu sehingga 30 Julai.

Empat kes melibatkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Terdapat 282 pelajar bergejala ILI bermula 21 Julai. Universiti tersebut ditutup dengan memberikan cuti semester lebih awal sejak Sabtu lepas hingga 2 Ogos.

Tiga kes di SMK Bako, Kuching, Sarawak. Terdapat 41 orang daripada 1,549 warga sekolah mempunyai gejala ILI sejak 17 Julai. Pejabat Kesihatan Daerah sedang memantau kejadian ILI di sini.

Tiga kes positif di sebuah kelas di SMJK Cina Katholik, Petaling Jaya, Selangor. Terdapat empat daripada 49 pelajar mempunyai gejala ILI sejak 21 Julai.

Lima kes di SM Teknik Perdagangan Johor Bahru, Johor. Terdapat 59 daripada 994 pelajar dan guru mempunyai gejala ILI bermula 22 hb Julai.

Akibatnya, sekolah ini telah ditutup mulai Jumaat hingga 30 Julai.

Empat kes didapati positif di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat 23 daripada 240 pelajar asrama mempunyai gejala ILI sejak 25 Julai dan sekolah ini ditutup mulai semalam hingga 2 Ogos.

Satu kes didapati positif di SM Agama Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat enam daripada 470 warga sekolah mempunyai tanda ILI dari 25 Julai dan sekolah ditutup mulai semalam hingga 2 Ogos.

Dua kes di SM La Salle, Tanjung Aru, Sabah. Empat daripada 800 pelajar mempunyai gejala ILI dari 21 Julai.

Pejabat Kesihatan Daerah sedang memantau sekolah ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Kementerian Pelajaran merancang mengedarkan alat mencegah jangkitan virus wabak itu ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.

"Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga merupakan sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid," beliau dipetik berkata selepas taklimat perkembangan H1N1 di Johor Bahru hari ini.

MalaysiaKini/-

Khir Toyo: Tuduhan untuk nafi kelemahan Pakatan

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menganggap tuduhan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri itu - yang mendakwa BN Selangor merancang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - sebagai satu tuduhan yang memalukan.

"Yang sebenarnya, ia adalah masalah dalaman Pakatan Rakyat, iaitu terdapat konspirasi dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"YB Azmin Ali juga mahukan rombakan exco dalam kerajaan Pakatan di Selangor. Dalam Pakatan ada perebutan kuasa," kata Khir yang ketua pembangkang DUN Selangor, ketika dihubungi Malaysiakini.

Khir mengulas dakwaan kelab tersebut bahawa siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat, seperti di Perak.

Sehubungan itu, Dr Khir juga berkata tuduhan kelab tersebut terhadap BN adalah usaha untuk menafikan kelemahan Pakatan mentadbir di negeri itu.

"Ada perebutan kuasa dalam PKR dan dalam parti dalam Pakatan. Kita tak mahu jadi seperti Perak, kita ada moral," katanya.

Sebaliknya, Khir mendakwa, mereka gagal menjalankan tanggungjawab, tetapi menyalahkan orang lain.

Petang tadi, dalam sidang akhbar - bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

MalaysiaKini/-

'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor'

kemaskini 7.35pm Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.

"Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya.

Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.

Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Isu lembu korban

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.
Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.

Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek "people-centric" oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.

'Guna jentera kerajaan'

Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.

ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).

"Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai," katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kelab itu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Sementara itu, membandingkan dengan ADUN Pakatan, Lau pula menyelar peruntukan kepada wakil rakyat BN – termasuk ahli parlimennya – yang didakwanya tidak jelas jumlah dan pembahagiannya.

"Sampai sekarang kami tidak tahu saiz peruntukan, kepada siapa (diberikan), di mana wang ini dibelanjakan oleh ADUN dan ahli parlimen BN, ketua bahagian (Umno), penyelaras yang dilantik BN dalam menangani peruntukan RM2 juta (di setiap parlimen).

"Saya meminta, kalaulah BN (anak) jantan, kalaulah Umno ini jantan, sekurang-kurangnya umumkanlah untuk rakyat," katanya.

MalaysiaKini/-

Abdul Hadi saran Umno undur diri

KEPALA BATAS, 27 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.

Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.

Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.

"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin.

Posted by Siasah at 8:40 PM

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Julai :- Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.

"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.


"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.

Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.

Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.

"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.

Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.

Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.

"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.

"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.

Sumber : Harakahdaily/-

‘Salafi’ di Yaman masuk politik

BINGKISAN DARI YAMAN
Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)


Salafi adalah satu istilah yang merujuk kepada golongan tertentu yang beriltizam mengamalkan sunnah dan mengikut jalan dan manhaj salafus-soleh dalam perkara akidah, fiqh dan tazkiah al-nafs (akhlak).

Hal ini adalah sangat baik kerana kita sedang hidup pada satu zaman yang cukup mencabar dan seruan untuk kembali kepada manhaj salaf adalah satu perkara yang dirasakan sangat perlu.

Akan tetapi, kita juga perlu melihat realiti zaman yang sudah banyak berubah. Maka, seruan untuk kembali kepada manhaj salaf dan berhadapan dengan realiti zaman di mana kita berada perlu diimbangi dengan kaedah-kaedah syarak demi maslahah umat dan menolak mafsadah serta kerosakan yang lebih teruk.

Kembali kepada istilah ‘salafi’, berpunca daripada salah faham dan kejahilan umat, maka gelaran yang mulia ini telah mendapat reaksi yang agak negatif dari kalangan masyarakat muslim di mana-mana negara dan Malaysia juga tidak terkecuali.

Ini kerana, apabila disebut gelaran ‘salafi’ atau ‘wahhabi’ atau golongan ‘sunnah’, kebiasaan yang tergambar dalam pemikiran masyarakat ialah golongan ini menolak berpegang dengan satu-satu mazhab, amalan tahlil, bacaan Yassin pada malam Jumaat, talkin di atas kubur dan lain-lain perkara yang disifatkan sebagai furu’ iaitu cabang dalam agama.

Saya tidak ingin terjun dalam membincangkan fitnah ini. Terlalu banyak kontroversinya. Lagi pun sudah ramai ilmuwan agama di negara kita yang telah menghuraikannya dari sudut pro dan kontra. Bahkan, hari ini ramai juga yang sudah faham hakikat sebenar istilah ‘wahhabi’ yang dituduh sesat dan menyeleweng dari akidah Ahlul-Sunnah wal-Jamaah.

Satu perkara yang kurang diketahui tentang golongan ‘salafi’ ini ialah tentang pegangan mereka dalam bidang politik yang mengharamkan pilihanraya untuk memilih pemimpin negara kerana ianya dibuat mengikut acuan demokrasi. Sedangkan demokrasi adalah suatu yang bukan berasal dari syariat Islam.

Pengamal demokrasi atau kepartian sering dituduh sebagai sesat, menyeleweng, malah dikafirkan oleh golongan yang agak keras. Bukan sekadar itu, mana-mana golongan yang menentang pemerintah dalam pilihanraya akan dihukumkan sebagai bughah yang menderhaka dan memerangi pemimpin kaum muslimin. Perbuatan ini adalah haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar.

Kerana itu, akhbar-akhbar berhaluan bebas di Yaman mula mempersoalkan pendirian kelompok ‘salafi’ di Yaman yang sudah mula terjun ke dalam medan politik dengan menyokong parti pemerintah secara terang-terangan.

Dalam pilihanraya presiden tahun 2006, ramai para pemerhati melihat bahawa mereka telah dipergunakan oleh pihak pemerintah supaya mengeluarkan fatwa melarang rakyat Yaman mengundi calon-calon daripada parti pembangkang terutamanya Parti Islah yang berhaluan Islam. Kerana perbuatan itu termasuk menentang pemerintah muslim dan dikira sebagai dosa besar.

Ketika itu, mereka menyebarkan buku-buku yang menerangkan haramnya menentang pemerintah dengan dana yang cukup besar. Malah mereka juga mempergunakan mimbar khutbah untuk memberi amaran kepada rakyat agar tidak menyokong pihak pembangkang.

Di pihak pemerintah pula, fatwa golongan ‘salafi’ ini telah disebarkan melalui SMS Yemen Mobile. Maka dengan jelas, golongan ini telah masuk ke dalam kancah politik demokrasi yang dahulunya dikecam sebagai sesat, kufur dan syirik.

Syeikh Abu Hassan al-Ma'rebi adalah di antara tokoh ulama salafi yang dilihat rapat dengan presiden dalam jangka masa kempen pilihanraya di Ma'reb. Mereka hanya berpegang bahawa menentang pemerintah adalah haram tanpa menyedari bahawa pemerintah yang dipertahankan itu juga lahir daripada sistem demokrasi yang haram sebagaimana dakwaan mereka.

Sebenarnya terdapat ramai para ulama berhaluan ‘salafi’ yang mengambil pendirian sederhana dalam persoalan ini. Malah terdapat di kalangan mereka yang berada dalam Parti Islah walaupun mereka kurang percaya pada ketelusan sistem demokrasi dan pilihanraya. Syeikh Muhammad as-Sodeq Abdullah Mughlis adalah salah seorang tokoh ulama salafi dalam Parti Islah dan beliau pernah berperanan sebagai ahli parlimen.

Di antara tokoh-tokoh salafi yang dikenali keras menentang pilihanraya dan demokrasi ialah Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Imam, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan Syeikh Muqbil bin Hadi – rahimahullah Ta’ala.

Dalam sebuah buku karangan Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Imam berjudul Tanwir al-Zhulumat bi Kasyf Mafasid wa Syubuhat al-Intikhabat, beliau telah menyenaraikan 45 kerosakan dalam pilihanraya. Di antaranya ialah perbuatan keluar menentang pemerintah muslim adalah haram dalam agama Allah (hal.171).

Beliau mendatangkan dalil daripada hadis-hadis yang sahih bagi menyokong pendapatnya. Di antaranya ialah, hadis Ummu Salamah r.anha tentang golongan pemerintah yang tidak dibenci oleh rakyatnya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah boleh kami memeranginya? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak, selagi mana mereka masih bersolat.” (Riwayat Imam Muslim, al-Tirmizi dan Abu Daud).

Dalam hadis Ibnu Abbas pula, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat sesuatu yang dibencinya pada pemerintah, maka hendaklah dia bersabar. Maka sesungguhnya sesiapa yang memecahkan jamaah sebanyak satu jengkal, lalu dia mati dengan kematian jahiliyyah.” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Kedua-dua hadis ini melarang umat Islam daripada memerangi pemerintah selama mana mereka masih solat dan hendaklah bersabar ketika menghadapi perbuatan zalim daripada pemerintah.

Tetapi, adakah boleh dikiaskan hadis ini dengan tindakan menukar pemerintahan melalui pilihanraya? Di mana pihak pemerintah sendiri yang membuka jalan agar jawatan pemerintah ini dipertandingkan. Malah pemerintah itu juga turut sama bertanding untuk menyandang kembali jawatan tersebut. Dalam keadaan pemerintah itu sendiri redha jawatannya itu dipertandingkan, adakah tindakan parti pembangkang meletakkan calon untuk bertanding mendapatkan kerusi pemerintahan dikira sebagai bughah, fasik, berdosa besar atau kafir?

Persoalan ini akhirnya menjerat kembali golongan ‘salafi’ dengan fatwa-fatwa mereka dan pendirian mereka berhubung dengan pilihanraya dan demokrasi. Sekiranya mereka sudah iltizam bahawa ianya adalah sesat dan keluar daripada sumber-sumber Islam, maka mengapakah mereka kini semakin menzahirkan diri dalam kancah politik di Yaman?

Menurut tokoh-tokoh salafi yang sederhana dalam Yayasan al-Hikmah dan al-Ehsan di Yaman, mereka juga menyeru dan menyokong Presiden Ali Abdullah Saleh kerana beliau telah dipilih oleh rakyat dalam pemilihan pada tahun 1978. Tetapi mereka sendiri terpaksa menyedari hakikat bahawa proses pemilihan itu juga bukanlah bersifat syura yang dianjurkan dalam Islam.

Yang jelas, golongan ‘salafi’ di Yaman ini terpaksa berhadapan dengan realiti negara republik ini dan dalam masa yang sama mereka perlu bersikap berkecuali sekiranya benar-benar berpegang dengan prinsip mereka.

Bukanlah suatu yang pelik, di negara saya sendiri terdapat golongan yang mengaku berpegang dengan manhaj salaf begitu keras menolak pilihanraya dan demokrasi, akan tetapi sangat kuat juga menyokong dan berdampingan dengan pemerintah yang berhaluan sekular dan kebangsaan. Pastinya, mereka juga berdalilkan hadis-hadis di atas sebagai hujah. Lalu adakah tindakan menentang pemerintah dalam pilihanraya umum di Malaysia juga dikira sebagai bughah dan berdosa besar?

Kalimah sihir Obama

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)


Telah banyak yang diulas tentang ucapan Presiden Barack Obama di Kaherah pada 4 Jun 2009 lalu. Ramai yang memuji ucapan beliau yang ditujukan kepada dunia Islam. Kelihatannya mahu memperbaiki hubungan AS dengan dunia Arab dan Islam seluruhnya. Saya membaca teks penuh ucapannya itu beberapa kali, malah berulang kali pada beberapa titik penting.

Kemudian tahulah saya bahawa ucapan ini hanyalah ‘kalimah sihir’ yang memperdayakan. Bahkan lebih hebat lagi, ianya dimulakan dengan ucapan salam dan diselitkan petikan ayat-ayat al-Quran.

Apabila Obama bercakap tentang latar belakang hidupnya yang dekat dengan komuniti Islam, memuji sejarah peradaban Islam serta jasanya kepada dunia Barat, mengiktiraf sumbangan masyarakat muslim sepanjang sejarah Amerika Syarikat sendiri, malah beliau menegaskan pentadbiran AS juga mempertahankan hak-hak muslim di negara itu, mungkin ramai yang tersentuh dengan keluhuran bicaranya.

Kata Obama, “Saya menjelaskan bahawa Amerika tidak dan sekali-kali tidak akan memerangi Islam.” Ternyata Obama mahu memulihkan imej AS yang sudah hodoh di mata umat Islam akibat serangannya terhadap Afghanistan dan Iraq serta bantuan berterusan kepada pentadbiran Israel termasuklah serangan terakhir ke atas Gaza .

Kata-kata yang indah diteruskan lagi dan lagi dan lagi.. sehinggalah bagi orang-orang yang berakal sahaja dapat menghidu bahawa ucapan Obama ini sebenarnya membawa mesej yang sama dengan pentadbiran Bush yang terdahulu.

Cuma pada kali ini, cara penyampaiannya berbeza, seolah-olah ianya menepati ajaran Islam dan mementingkan maslahah dunia Islam.

Obama menjustifikasikan peristiwa 11 September 2001 untuk mengharuskan serangan di Afghanistan. Kata Obama, “Kami tidak punya pilihan, kami pergi kerana terpaksa. Saya sedar masih ada yang mempertikaikan atau malah mewajarkan serangan 9/11. Tetapi kita perlu jelas, Al-Qaeda telah membunuh hampir 3000 orang pada hari itu.”

Obama menghiasi ucapannya dengan petikan ayat al-Quran: “dan sesiapa yang membunuh satu nyawa bukan kerana ia membunuh orang lain, atau membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan sesiapa yang memelihara satu nyawa, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah: 32)

Obama mungkin tidak sedar, ramai rakyat AS sendiri sudah menafikan kaitan serangan itu dengan al-Qaeda atau mana-mana kumpulan muslim, malah banyak hujah dan bukti yang menunjukkan serangan tersebut sudah dirancang oleh AS sendiri untuk memulakan perang ke atas Afghanistan kerana kekayaan sumber gas asli dan serangan terhadap Iraq bagi menjaga kepentingan Israel, mengaut kekayaan minyak dan menamatkan riwayat hidup Saddam yang dilihat sudah tidak berfungsi lagi menurut kepentingan AS.

Micheal Moore, seorang pengarah dokumentari bebas telah memenangi anugerah filem terbaik Cannes Film Festival (2004) dengan pendedahannya melalui filem Fahrenheit 9/11. Seorang anak muda, Dylan Avery telah menafikan penglibatan Osama bin Laden dan al-Qaeda dengan bukti-bukti yang terlalu jelas dalam Loose Change 2nd Edition.

Bagaimanapun, Obama mengakui kesilapan AS dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq. Menurut Obama, serangan di Iraq adalah berbeza kerana ia dilakukan dengan pilihan dan beliau bersetuju isu di Iraq telah mengundang pertentangan dalam AS sendiri dan masyarakat antarabangsa.

Obama juga mengakui kehadiran tentera AS tidak diperlukan lagi di kedua-dua negara itu. Katanya tentera AS akan berundur sepenuhnya pada 2012 (mengapa lama sangat?).

Kerana itu saya tidak berminat mengulas lanjut tentang itu. Sebenarnya saya memerlukan ruang yang lebih banyak untuk menghuraikan satu-persatu kalimah sihir Obama ini.

Pada kali ini, cukuplah saya memetik kata-kata beliau mengenai isu Palestin. Kata Obama, “Hubungan kuat Amerika dan Israel sudah diketahui umum. Hubungan ini tidak dapat dirungkaikan. Ianya berasaskan ikatan budaya dan sejarah serta pengiktirafan bahawa aspirasi untuk (mewujudkan) tanahair bangsa Yahudi yang bersusur galur daripada sejarah tragik tidak dapat dinafikan.”

Kemudian Obama berbicara tentang peristiwa Holocoust di mana 6 juta orang Yahudi terbunuh dan anti-semitic di Eropah yang membawa kepada keperluan wujudnya sebuah negara Israel di bumi Palestin pada ketika ini.

Namun begitu menurutnya, rakyat Palestin dari kalangan Muslim dan Kristian juga turut menderita selama 60 tahun akibat pendudukan Yahudi di bumi suci itu.

Kata Obama, “Jangan ada keraguan, situasi yang berlaku pada rakyat Palestin tidak boleh diterima. Amerika tidak akan membelakangi hak aspirasi orang Palestin untuk mendapatkan kehormatan, kesempatan dan negara mereka sendiri.”

Tidakkah Obama sedar, tindakan AS menyokong Israel dan polisi negara haram itu adalah sangat bertentangan dengan ucapan beliau di atas? Adakah tindakan AS yang membantu ketenteraan Israel termasuklah serangan terakhir yang dilancarkan terhadap Gaza juga sangat bertentangan dengan ucapan ini?

Ucapan ini bukan baru, Clinton dan Bush juga pernah berbicara dengan nada yang sama. Cuma ucapan Obama lebih berkesan sihirnya.

Kata Obama lagi, “Penyelesaian yang ada ialah aspirasi kedua-dua negara harus ditemukan, di mana rakyat Israel dan Palestin masing-masing hidup dalam aman damai.”

Sudah lebih 60 tahun AS memejamkan mata daripada pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh regim Zionis demi meluaskan wilayah Israel. Walaupun dari segi politiknya, rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat memiliki kurang 20% dari keseluruhan bumi Palestin, namun hakikatnya mereka langsung tidak berkuasa dalam wilayah mereka.

Dalam keadaan ini adakah layak bagi Obama untuk mencadangkan supaya rakyat Palestin dan Israel mesti hidup bersama dengan aman damai?

Ini lebih jelas lagi, apabila Obama bercakap tentang keganasan. Katanya, “Rakyat Palestin mesti menolak keganasan. Penentangan melalui keganasan dan pembunuhan adalah satu kesalahan dan ia tidak akan berjaya.”

Semua mengetahui bahawa ucapan ini ditujukan kepada HAMAS. Menurut Obama, kaum hamba kulit hitam di Amerika yang ditindas tidak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan hak mereka. Tetapi beliau lupa, kemerdekaan Amerika Syarikat dari British pada 4 Julai 1776 juga dicapai melalui peperangan dan kekerasan. Mengapa Obama mesti mempertikaikan perjuangan rakyat Palestin menghalau penjajah Zionis dengan kekerasan?

Obama mengulas, tindakan melancarkan roket kepada kanak-kanak yang sedang tidur atau meletupkan wanita tua di dalam bas bukanlah tindakan yang berani. Tidakkah beliau terfikir bagaimana kanak-kanak dan wanita Palestin dibunuh di jalanan juga bukan satu tindakan yang bermoral? Tetapi, bukankah sebelum ini beliau menyatakan simpati kepada nasib rakyat Palestin? Benar, begitulah kalimah sihir.

Kata Obama, “HAMAS memiliki sokongan dari kalangan rakyat Palestin, tetapi mereka juga perlu mengakui mereka mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan memenuhi impian rakyat Palestin, menyatukan mereka, HAMAS mesti mengakhiri keganasan, mengiktiraf perjanjian-perjanji an terdahulu, mengiktiraf hak kewujudan Israel.”

Sekali lagi, Obama menegaskan sebagaimana hak kewujudan Israel tidak boleh dinafikan, begitu juga dengan Palestin. Beliau menolak pendudukan Israel yang terus meluaskan wilayahnya. Kerana tindakan ini melanggar perjanjian-perjanji an sebelum ini untuk mencapai keamanan.

Jika begitu, maka jelaslah bukan HAMAS yang melanggar perjanjian. Mereka hanya mempertahankan nyawa dan kehormatan mereka. Kata Obama lagi, “Krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza tidak membantu keselamatan Israel..”

Obama perlu sedar, polisi luar dan bantuan ketenteraan AS juga yang menyebabkan krisis ini berterusan. Menurut beliau, “Terlalu banyak airmata dan darah yang telah tumpah.”

Obama mencadangkan bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk bersama melihat ibu-ibu di Israel dan Palestin boleh melihat anak-anak mereka membesar tanpa perasaan takut. Katanya, “Apabila Jerusalem menjadi tanahair yang selamat untuk kaum Yahudi, Kristian dan Muslim.. serta tempat untuk semua keturunan Nabi Ibrahim hidup aman damai sebagaimana dalam peristiwa Israk – di mana Nabi Musa, Isa dan Muhammad bersama-sama dalam solat.”

Satu impian yang menarik disebut oleh Presiden Obama, tetapi beliau perlu ingat polisi AS menyokong dan mempertahankan kota Jerusalem (al-Quds) menjadi ibu negara bagi Israel, sekaligus menafikan hak rakyat Palestin padanya. Bagaimana umat Islam di kota itu ditindas dan ditekan malah dihalau keluar secara halus dan sistematik. Masjid suci al-Aqsa al-Mubarak juga terus menghadapi ancaman untuk dirobohkan.

Semua ini adalah persoalan utama yang mesti difikirkan oleh Obama sebelum mengeluarkan kata-kata sihir yang indah itu.

Majalah pro-HAMAS, Filisteen AlMuslima, keluaran Julai 2009 (hal.46-47), mendedahkan bahawa ucapan Obama itu disampaikan di Kaherah setelah beberapa perjumpaan dibuat di Washington antara Raja Jordan - Abdullah II, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Israel Benjamin Nentahayu dan lain-lain.

Maka lahirlah ucapan yang menarik dan penuh sihir itu. Mesej yang tersembunyi masih sama seperti polisi AS-Israel sebelum ini. Nasib rakyat Palestin tidak akan berubah melainkan dengan cara yang telah ditulis di sisi Allah S.W.T.

Ceramah YB Salahudin Ayub 28 Jul 09 Jelebu

Oleh : Suara N9

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 28 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya PAS Cawangan Kg Jerang, Simpang Durian, Jelebu
Penceramah :
YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)
Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua Angkatan Muda PKR)

CERAMAH UMUM
Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : PASTI Al-Ikhlas, Felda Lui Barat, Sg Lui, Jelebu
Penceramah : Ustaz Nasaruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
Sempena perasmian PASTI Al-Ikhlas Felda Lui Barat

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Maklumat lanjut di http://pasjelebu. blogspot. com

Sebenarnya Cinta

Oleh : Tembun budak Nakal

seringkali kulewati sepi perasaan
bagai tersesat haluan dihalam sendiri
tiap kali kucuba mencari cinta
dihati sering berkata
cinta setulusnya tiada...

apakah suratan tiada pengharapan
didalam gembira ku keresahan
bagai bunga tak berbaja
akhirnyakan layu
menunduk kebumi...

haruskah ku bersimpati
pada hati yg sepi
atau hidup melara
meranalah jiwa

berikanlah aku tanda
untuk memula cinta
ku pasti masih ada
kasih sebenarnya...
sebenarnya cinta...

telah tiba lamunan sekilas terhenti
hati sayu tersentuh seakan mengerti
pada doa semalam kusandar harapan
semoga kau menjelma setulus cahaya
oh cinta....
hadirlah dikau segera cahaya
hidupkan lebih bermakna...


Majlis ilmu - 27 Julai - Awal Ogos

Oleh : dunya wal akhirah

1) Majlis khataman kitab hadits al-Muwattho karangan Imam Malik bin Anas - dipimpin oleh al-Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim al-Aidarus dari Pondok Pesantren Darul Hadits al-Faqihiyyah, Malang, Jawa Timur, Indonesia

(a) Tarikh: 5 Sya'ban 1430/ 27 Julai 2009 (Itsnain)
Lokasi: Lorong Kubu Gajah 10, Sg Buloh
Jadual pembacaan: 9 pagi - 11pagi; rehat; selepas asar - 1/2 jam sebelum masuk waktu maghrib; selepas maghrib.

(b) Tarikh: 6 Sya'ban 1430/ 28 Julai 2009 (Selasa)
Jadual pembacaan: 9 pagi - 11 pagi.

[Terhad kepada 100 orang peserta. Bagi yang berminat sila hubungi Tn. Haji Ahmad - 0122600160. Penyertaan percuma]

2) Majlis haul al-Habib 'Abdullah al-Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran
Tarikh: 10 Sya'ban 1430/ 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: bermula dari jam 5.30 petang
Lokasi: Masjid 'Abidin, Jalan Emas, Taman Sri Skudai, Johor

Aturcara:

(a) Bacaan Maulid Daiba'ie di pimpin al-Habib Zain al-Habsyi (Imam Masjid Wadi Hasan)

(b) Ceramah oleh Habib Novel bin Sholeh al-Aidarus (penjaga makam Habib Hussin al-Aidarus - Keramat Luar Batang, Jakarta) - Tajuk ceramah: Fadhilat Majlis Haul

(c) Ceramah oleg Ustaz Zaki Yusuf (Imam Masjid Salleh @ Makam Habib Noh, Singapura). Tajuk ceramah: Contoh Tauladan Auliya'.


3) Pengajian kitab Sairus Salikin karangan Syaikh 'Abdus Shamad al-Falimbani - Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Makili An-Nadwi

a) Tarikh: 11 Sya'ban 1430/2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor

b) Tarikh 25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
(dengan perbahasan khusus mengenai Rahasia Puasa dari kitab Sairus Salikin)



4.) Program Nisfu Sya'ban di Pusat Pengajian Ba'alawi, Kemensah

Tarikh: 14 Sya'ban 1430/5 Ogos 2009 (Rabu)
Masa: Maghrib
Jemputan: Habib Dr. Ahmad Abdullah al-Kaf


5.) Jadual Pengajian Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

(a) Tarikh: 15 Sya'ban 1430/ 6 Ogos 2009
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Bakar Arang, Sungai Petani
Kitab: Hadits Qudsi

(b) Tarikh 16 Sya'ban 1430/ 7 Ogos 2009
Masa: 9 pagi - 11 pagi
Lokasi: PAKSI Sungai Petani

(c) 17 Sya'ban 1430/ 8 Ogos hingga 20 Sya'ban 1430/ 11 Ogos 2009
Lokasi: Masjid al-Bukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah
Masa pengajian: 9 pagi - 12 tengahari dan selepas sholat Maghrib.
Kitab: Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah dan Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat 10 Shahabat - Jilid 2

(d) 21 Sya'ban 1430/ 12 Ogos 2009 - 23 Sya'ban 1430/ 14 Ogos (Mini Daurah)
Lokasi: Masjid Bakar Arang, Sungai Petani
Jadual:
12 Ogos 2009 : 9 pagi - 12 tengahari dan selepas 'Asar - kitab Umdatus Salik; selepas Maghrib kitab Hadits Qudsi
13 Ogos 2009 : 9 pagi - 12 tengahari dan selepas 'Asar - kitab Umdatus Salik; selepas Maghrib kitab Hadits Qudsi
14 Ogos 2009 : sebelah pagi di PAKSI dan sebelah malam Majlis Penutup Daurah di Masjid Bakar Arang.

(e) 24 Sya'ban 1430/15 Ogos 2009
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

(f) 25 Sya'ban 1430/ 16 Ogos 2009 - Majlis di Seremban, N9 (akan dikemaskinikan)

(g) 26 Sya'ban 1430/ 17 Ogos 2009 dan 27 Sya'ban 1430/ 18 Ogos 2009 - Majlis di Kuantan, Pahang (akan dikemaskinikan)

Bersangka baiklah kepada pemimpin

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)

Tiada sebarang isu di Yaman yang boleh saya ulas pada minggu ini. Maka saya mengambil peluang pada minggu ini untuk menulis suatu perkara yang masih berlegar-legar dalam kotak fikiran ini. Rasanya seperti ada hutang yang belum dilunaskan selagi mana saya tidak meluahkannya.

Perkara ini sudah lama berpusing-pusing dalam kepala saya sehinggalah saya menerima emel dari Hj.Roslan (LanH) yang mengatakan suasana di tanahair sedang ‘panas’. Saya tidak hairan tentang ‘panas’ itu kerana saya faham tentang puncanya.

Saya menunggu masa yang agak lama sehingga keadaan menjadi reda agar tulisan ini dapat dibaca dengan lapang dada oleh semua ahli dan penyokong PAS. Tulisan ini boleh diterima dengan akal yang sihat dan boleh ditolak dengan hujah syarak jua. Saya tiada masalah sedikit pun tentang itu.

Tujuan saya hanya satu; agar suasana ‘panas’ dalam jemaah ini tidak akan berulang lagi akibat salah faham dan kejahilan dalam adab-adab berjemaah. Paling penting, semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dalam perjuangan ini.

Tahun lalu saya bertugas mengiringi para delegasi luar sempena Muktamar PAS ke-54 dari K.Lumpur ke Ipoh. Semasa mengiringi Muraqib al-Am al-Ikhwan al-Muslimin Jordan, Syeikh Dr. Hammam Said ke KLIA untuk pulang ke negaranya, saya sempat berbual-bual dan mengambil mutiara-mutiara ilmu daripada beliau.

Katanya, “PAS sebagai sebuah gerakan Islam perlu meluaskan aktiviti dakwah dan tarbiah bagi melahirkan para pendokong dan penyokong yang mempunyai sahsiah Islam dan akhlak yang mulia. PAS tidak sepatutnya hanya menumpukan aktiviti-aktiviti politik semata-mata.”

Seingat saya, perkara yang sama sudah disebut berulang-ulang oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi bin Awang pada hampir setiap kali muktamar untuk memperkasakan tarbiah. Mengapa perkara ini begitu penting? Kerana apabila tiada sahsiah dan akhlak pada diri sesetengah pemimpin dan pendokong, maka berlakulah apa yang telah berlaku.

Tunggu… biar saya jelaskan maksud saya. Ust. Nik Abduh Nik Abdul Aziz sudah meluahkan pendiriannya dalam blog dan ahli-ahli PAS juga sudah menzahirkan pendirian mereka dalam pemilihan parti dalam Muktamar ke-55 yang lalu. Pada pemerhatian saya, rata-rata penyokong PAS sudah bernafas lega.

Berbalik pada persoalan sahsiah dan ahklak, dalam sebuah kitab yang berjudul al-Ummah, Syeikh Hammam Said menyatakan: “Apabila seseorang pemikir mengeluarkan satu pendapat berkenaan suatu isu, maka sesungguhnya kewajipan bersangka baik mendahului hukum terhadap pendapat tersebut. Begitulah sekiranya satu parti, jemaah atau perkumpulan menetapkan satu pendirian (keputusan) yang tertentu, maka mesti bersangka baik dengannya (keputusan itu). Kerana asal dalam saling bekerjasama ialah bersangka baik,” (hal.16).

Kata-kata ini mengingatkan saya pada isu muzakarah-muqabalah dengan UMNO pada tahun lalu, akibat tiada sifat bersangka baik, berapa ramai ahli PAS yang mengecam usaha ini yang juga merupakan keputusan yang lahir daripada Majlis Syura Ulamak yang mengizinkan Presiden dan Timbalan Presiden untuk bersemuka dengan UMNO?

Itu belum dikira dengan maklumat yang kurang tepat yang disampaikan kepada Tuan Guru Mursyid al-Am oleh para pembantunya sebagaimana yang telah didedahkan oleh anakanda beliau Ust. Nik Abduh sekitar isu tersebut dan isu ‘Unity Government’. Inilah juga yang berlaku dalam isu ahli Parlimen Bachok.. dan entah apa lagi selepas ini.

Tetapi saya kagum dengan para ulama dalam PAS, mereka hidup dengan ilmu dan hujah. Kadang kala perbezaan faham pada istilah menyebabkan berlakunya perbezaan sikap dalam menerima atau menolak. Jika kita pelajari ilmu usul-fiqh, berapa banyak perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan para ulama berpunca dari perbezaan faham pada istilah dan usul mazhab mereka?

Akhirnya, Tuan Guru Mursyid al-Am dan Tuan Guru Presiden saling berpelukan serta berkongsi senyuman yang sama. Begitu juga dengan tindakan tepat Ust. Nasaruddin Mat Isa bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kerana mereka adalah para ulama yang dapat menemukan titik faham dalam perbezaan pendapat berhubung takrif dan istilah. Sedangkan ramai yang bukan ulama tidak memiliki akhlak yang sebegini. Asas kesemua ini adalah bersangka baik dan sedia menerima kebenaran apabila telah zahir perkara yang sebelumnya itu kabur.

Ada banyak lagi perkara yang disebut oleh Syeikh Hammam Said dalam perjalanan dari Ampang ke KLIA, tetapi belum sesuai untuk saya coretkan di sini. Semasa mengunjungi beliau kira-kira 7 bulan kemudian di Amman-Jordan, ada lagi beberapa pesanan beliau yang sempat saya kutip. Tetapi tidak semua yang dapat saya tuliskan dalam temuramah yang tersiar dalam Harakah.

Di antara yang penting berhubung dengan kepimpinan ulama telah disebutkan oleh beliau. Perhatikan kata-kata ini: "Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.

Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu." (Harakah-Fikrah, 23-26 Feb 2009, m/s F14)

Yang penting jangan dipertikaikan lagi tentang kepimpinan ulama, kerana pimpinan PAS dan para perwakilan sudah memilih teraju kepimpinan parti Islam ini. Saya ada membaca komentar-komentar yang kurang sopan bahawa slogan kepimpinan ulama tak perlu dicanangkan lagi; masanya sudah berlalu.

Tidak perlu lagi diperselisihkan peranan ulama dan professional dalam PAS. Saya bersetuju dengan Dr. Syed Azman, bahawa pemimpin bertaraf ulama amat diperlukan untuk memimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam seperti PAS, tetapi pada masa yang sama PAS juga tidak pernah menafikan kebolehan dan kapasiti pemimpin lain yang bukan terdiri dari kalangan ulama (Harakah-Fikrah, 8-10 Mei 2009, m/s F21).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyeru usah bezakan ulama dan profesional. Saya sangat bersetuju, asalkan kepimpinan ulama terus didokong dan peranan profesional tidak diketepikan. Yang menjadi masalah apabila terdapat golongan yang mahu melampaui peranan dan kapasiti yang ada pada diri masing-masing.

Kami para pelajar agama dididik oleh para ulama di sini agar tidak bercakap mendahului orang yang lebih berilmu daripada kita. Apatah lagi apabila wujudnya para ulama di hadapan mata kita, adakah kita lebih layak untuk menghuraikan nas-nas syarak dan mengistinbat hukum hanya dengan membaca beberapa buah buku?

Kita sepatutnya lebih yakin dan bersangka baik dengan pemimpin kita, kerana kepimpinan parti ini adalah dari kalangan ulama dan segala keputusan penting mesti melalui Majlis Syura Ulamak. Apakah mungkin mereka bercakap secara semberono sebagaimana kebanyakan orang?

Ingatlah, asal hukum dalam berta’amul adalah husnu al-zhon (bersangka baik). Jangan biarkan ‘tangan-tangan’ di luar mempengaruhi sikap kita dan mencorakkan akhlak kita dalam berjemaah. Kita hanya ada pemimpin yang dilantik secara sah dalam pemilihan parti. Wajib taat dalam perkara makruf selagi tidak disuruh dalam perkara maksiat.

Jika berlaku lagi isu-isu seperti ini, harapnya kita bersangka baik terlebih dahulu dan kurangkan bercakap jika tiada maklumat yang jelas. Saya tidak rela melihat suasana ‘panas’ berlaku lagi kerana salah faham dan kejahilan.

Suka saya mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian, agar kita mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Kerana Allah S.W.T sudah menjelaskan kepentingan ilmu pengetahuan dalam firmanNya (yang bermaksud): “Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Al-Zumar: 9)

Drs. Khalil : Perbetulkan niat berjuang dalam jemaah Islam


Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ceramah dalaman kepada Kepimpinan PAS Kawasan Mersing Johor, melibatkan Pemuda, Muslimat dan cawangan pada 26 July 2009 . Program anjuran PAS Kawasan Mersing itu mendapat perhatian hampir 100 orang kepimpinan disemua peringkat.

Pemimpin Umno benar-benar kemaruk isu perpaduan Melayu

KUALA KRAI, 27 Julai (Hrkh) - Lain yang dicakap, lain pula difahami. Itulah gambaran apabila pemimpin Umno tiba-tiba mengharap salam dihulur PAS benar-benar mencetus ke arah perpaduan Melayu.

Sedangkan apa yang diharap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerajaan pusat benar-benar memahami konsep federalisme, di mana menghormati hak negeri di bawah kerajaan persekutuan.

Itulah isu sebenarnya yang dinyatakan Menteri Besar Kelantan sebelum ini, jauh sekali daripada membicarakan soal hubungan di antara pemimpin Umno dan PAS.

Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

"Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

"Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan," katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Padang Majlis Daerah Dabong di Laloh penuh sesak dengan orang ramai mengikuti ceramah tersebut. Pada sebelah petang penduduk menikmati gulai kawah apabila enam ekor lembu dikorbankan.

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya KeADILan berkata, pemimpin Umno amat mengharapkan kerjasama di antara parti dan bukan sekadar antara kerajaan negeri dan pusat sehingga sanggup menyelewengkan kenyataan Menteri BEsar.

Di KOTA BHARU, Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Harun berkata, pemimpin Umno memahami di luar konteks kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Katanya, tidak pernah berbangkit soal kerjasama di antara PAS dan Umno kerana apa yang disebut Menteri Besar mengharapkan kerajaan pusat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

"Hak kerajaan negeri sebelum ini banyak dinafikan sejak hampir 20 tahun. Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan secara jelas bagi menafikan hak-hak kerajaan negeri.

"Dan terbaru pula royalti minyak kepada Kelantan cuba dinafikan kerajaan pusat secara sewenang-wenangnya, sedangkan sudah ada perjanjian royalti dibayar sebanyak 5 peratus kepada mana-mana negeri yang ada sumber petroleum dan gas," katanya.

Namun kata beliau apa yang berlaku sekarang pemimpin Umno cuba melencongkan kenyataan tersebut lebih jauh dengan menguar-uarkan kerjasama antara parti kononnya bagi mencapai matlamat perpapaduan Melayu.

Ramai pemimpin Umno mengharapkan kerjasama lebih terarah di antara parti dengan parti dan bukan sekadar antara kerajaan.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dilaporkan mahu pemimpin PAS melupakan sengketa dengan Umno.

Menurutnya beliau yakin Presiden dan Timbalan Presiden Umno bersedia berbincang mengenai perpaduan cuma bentuknya itu kita tidak tahu kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi. - mj

HarakahDaily.Net/-

Umno diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Umno diingatkan tidak memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerjasama yang ingin dijalinkan yang bersifat antara kerajaan dengan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyangkal kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin mengalihkan perhatian daripada isu pokok yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Aziz.

"Ini bukan masalah antara parti Umno dengan PAS, jangan alihkannya isu sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mempertegaskan bahawa hubungan yang dimaksudkan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bukan hubungan parti yang cuba diputar belit oleh Umno.

"Saya percaya tindakan Tok Guru adalah untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan pusat yang merupakan hak kerajaan negeri Kelantan seperti royalti minyak dan gas.

"Sebagai Kerajaan Pusat, mereka perlu tunaikan tanggungjawab kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan konsep federalisme atau persekutuan, bukan memutar belitkan fakta," ujarnya.

Kerajaan Pusat di bawah teraju Umno-BN seharusnya memainkan peranan membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam Malaysia tanpa mengamalkan dasar diskriminasi terhadap pihak yang berbeza parti.

"Mereka sepatutnya membantu kerajaan negeri dan bukannya memberikan tekanan khususnya kepada negeri Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mempertegaskan bahawa ia suatu kerjasama yang mesti dilaksanakan dalam prinsip kerajaan kepada kerajaan.

"Ia tiada kena mengena langsung antara PAS dan Umno," katanya lagi.

Beliau turut membidas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Muhyiddin yang ingin membawa hal ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti itu.

"Kalau benar pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ikhlas dan jujur dengan konsep rakyat diutamakan maka usahakan agar dialog antara kerajaan negeri.

"Segala bentuk bantuan kepada kerajaan, ianya perlu dilaksanakan tetapi tanpa amalan diskriminasi," tegasnya.

Beliau yang juga ahli parlimen menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada usaha dialog tersebut antara kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit demi kepentingan rakyat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno memandang positif kesediaan Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini. - mns

HarakahDaily.Net/-

Ramli bebas kes salah guna kuasa

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff atas tuduhan mengarahkan penggunaan pesawat polis untuk kepentingan peribadinya dua tahun lalu.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh layak untuk dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Supang Liang dalam penghakimannya.

Ramli, 56, didakwa pada 19 November 2007 atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira 7.50 pagi pada 15 Jun 2007 di Unit Udara Polis Sabah, Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu, lapor Bernama.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum RM10,000 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah, dan telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan selama 59 hari antara 13 Mei tahun lepas dan 6 Julai tahun ini.

Ramli diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai.

MalaysiaKini/-

PAS: Muhyiddin putar belit niat Nik Aziz

dikemaskini PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

Reaksi Muhyiddin itu susulan kenyataan Nik Aziz kelmarin yang dilaporkan sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan persekutuan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Mengulas lanjut dakwaan manipulasi itu, Salahuddin berkata kenyataan Nik Aziz dibuat atas prinsip hubungan negeri dan persekutuan dalam sistem federalisme di Malaysia.

"Kita bercakap soal 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan). Saya tegaskan, PAS sedia berdialog berhubung isu Kelantan dan kerajaan pusat atas prinsip 'G to G'.

"Kenapa hendak sebut dalam mesyuarat MT, sepatutnya (disebut) dalam mesyuarat kabinet," katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang timbul - terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu - dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan Islam.

Muhyiddin pula dilaporkan memberikan reaksi bahawa mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.

MalaysiaKini/-

Pro-ISA marah Khairy larang demo

kemaskini 12.30pm Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.

Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.

Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari (lihat peta di bawah).

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.



MalaysiaKini/-

Remuk, 5 sekeluarga mati dalam kemalangan

REMUK... Keadaan kereta Kenari dan lori kontena yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan lima sekeluarga terbunuh di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berdekatan bandar Maran di sini, hari ini. --fotoBERNAMA

Terkini 10.45 : Speaker Sivakumar dan Ahli Jawatankuasa Hak dan kebebasan tidak dibenar masuk bangunan SUK.

IPOH : Ahli Jawatankuasa Hak dan kebebasan yang diketuai oleh Speaker V. Sivakumar sekarang ini masih berada dipintu masuk Bangunan Setiausaha kerajaan Negeri Perak dan mereka dihalang untuk memasuki bangunan itu atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri seperti satu SMS yang saya terima dari ADUN Kepayang, Loke Chee Yan yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa itu.

Saya juga menerima pengesahan yang sama dari ADUN PAS dari Selingsing, Hj. Hussin Din yang juga menganggotai Jawatankuasa itu dan beliau baru mengesahkan mereka masih terhalang dimuka pintu masuk bangunan SUK dan satu sidang akhbar sedang dilakukan.

Semua mereka pada hari ini telah membuat ketetapan dengan memanggil Speaker BN "Haram" Ganesan untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa itu berhubung tindakannya yang telah menceroboh ke dalam dewan negeri Perak dan dilantik sebagai speaker haram.

berita lengkap akan menyusul

CERAMAH UMUM (ALI JAGA)

Oleh : azizan wahab





Panggil mereka ini, SEGERA.....

Oleh : Mr. President
Dari Laman Nurani

Kami harapkan pihak berwajib supaya mendapatkan mereka yang di atas ini bagi menyiasat kes kematian Teoh. Harap dapat tindakan segera.