27 July 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK PAS KAWASAN SIK

Oleh : maktar hashim




Warkah Dakwah dari Masjid 'Ubudiah Mei 2009

Oleh : yahya lukman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pada hari Ahad ( 31.05.2009 ) jam 7.00 malam saya menghadiri suatu forum yang membincangkan mengenai dakwah Islam yang memfokuskan sasarannya kepada orang bukan Islam khususnya kaum India. Majlis diadakan di Masjid Ubudiah, Seksyen 19. Shah Alam bermula sebaik sahaja solat Maghrib selesai dilaksanakan, ahli-ahli panelnya terdiri daripada tiga pendakwah dan seorang daripada mereka memeluk Islam ketika berusia 25 tahun. Saya tidak menyebut atau memanggil mereka sebagai muallaf kerana pengetahuan Islam mereka telahpun melapaui sempadan tersebut dan sekarang telah pun mampu berdakwah.

Istilah muallaf hanya sesuai digunakan kepada mereka yang baru memeluk Islam dan pengetahuan Islam mereka masih di peringkat rendah atau mereka yang perlu diperjinakkan lagi dengan ajaran Islam tetapi malangnya orang Melayu telah salah guna istilah tersebut dan menggunakannya secara borong kepada semua mereka yang asalnya bukan Islam kemudian memeluk Islam.

Bagi saya perbuatan ini adalah tidak baik dan tidak manis serta tidak cermat dalam menggunakan sesuatu istilah penting. Sikap orang Melayu yang tidak cermat menggunakan bahasa ibundanya pernah saya sebutkan di dalam topik yang terdahulu. Sikap ini menjadikan bahasa Melayu lambat berkembang dan mencapai taraf global.

Tidak wajar sesuatu istilah atau perkataan yang mempunyai kuasa makna yang perkasa dilemahkan penggunaannya oleh warisnya sendiri tanpa memikirkan akibatnya. kekadang perkara yang dilihat kecil itu bukanlah sebenarnya kecil, sebaliknya amat besar kesan baik buruknya pada ketika tertentu.

Senario dan rasionalnya;
Di Malaysia , Singapura, Thailand, Berunai dan Filipina bahasa Melayu digunakan secara meluas sebagai bahasa pengantar pendakwah dan di negara kita bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi . Berhubung dengan perkara itu sepatutnyalah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu bersikap secara lebih matang dan menguntungkan serta menjurus kepada melebarkan lagi penggunaannya, bukan menyempit dan menjumudkannya.

Pada pendapat saya terdapat beberapa tanggapan yang salah di dalam minda orang Melayu terhadap beberapa perkataan yang memberi kesan yang buruk terhadap kefahamannya yang sebenar.

Di antara contoh-contohnya;
Apabila disebut Melayu, tanggapan orang Melayu, Melayu itu adalah Islam, mengikut perlembagaan Malaysia tanggapan itu adalah betul dan benar dan pada amnya juga betul dan benar tetapi pada perkiraan halusi dan istilah aqidah Islamnya tidak tepat, Kerana Islam seseorang itu bergantung pada aqidahnya atau kepercayaannya terhadap rukun iman dan rukun Islam. Penafsiran Melayu dan Islam mengikut perlembagaan ialah tafsiran bagi menunujukkan kedudukan orang Melayu di dalam negara, manakala penafsiran Islam mengikut istilah aqidah ( Ilmu Tauhid ) ialah tafsiran yang memperjelaskan kedudukan seseorang itu sama ada Islam atau kafir.

Apabila disebut sahaja perkataan agama, orang Melayu terus menafsirkan sebagai Islam, pada hal perkataan tersebut membawa makna umum di mana perkataan agama itu boleh membawa maksud Islam, Kristian, Budha dan lain-lain, tentulah kurang sesuai kalau kita gunakan rangkaikata seperti " Sekolah Menengah Agama Batu Bercabang" kerana perkataan agama yang tercatat itu masih umum.

Apabila disebut Cina, orang Melayu akan beranggapan Cina itu bukan Islam, ini adalah tanggapan yang salah. Orang Cina Malaysia juga telah ramai menjadi penganut Islam, Orang Islam Melayu perlu menyedari bahawa orang Cina Malaysia (Tionghua ) menganut berbagai agama dan bercakap dalam berbagai loghat ( bahasa) seperti Kantonis, Hakka, Tewchew, Hokkien dan seumpamanya. Bahasa Mandarin adalah bahasa rasmi atau bahasa persuratan atau baku mereka.mereka juga mewarisi adat yang berbeza.

Apabila disebut India, ramai di antara orang Melayu beranggapan Hindu. Selain daripada itu terdapat juga di sesetengah tempat orang Melayu menggunakan perkataan Hindu membawa maksud orang India tanpa menyedari bahawa terdapat ramai di kalangan orang India menganut Islam dan selain daripada itu mereka menganut agama Hindu, Kristian, Budha dan lain-lain.

Di antara sebab perkara ini boleh berlaku sedemikian rupa kerana sebahagian orang Melayu menganggap Islam itu agama orang Melayu, minda mereka tidak menganggap Islam itu sebagai suatu cara hidup yang Allah sediakan untuk semua manusia di dunia ini. Dalam hal ini suatu anjakan pradigma perlulah diusahakan supaya penggunaan bahasa Melayu dapat diperkasakan lagi dan bergerak selari dengan adab dan akhlak yang mulia.

Sebagai contoh tambahan yang sesuai untuk direnungi;
Sering juga murid bertanyakan gurunya dengan soalan seperti di bawah ini yang menggambarkan penggunaan bahasa Melayu di dalam masyarakatnya;

(1) Apakah hukum orang Cina menjadi imam solat ?.
(2) Apakah hukum orang India membaca khutbah ?.
(3) Apakah hukum orang Siam mengerjakan haji ?.

Bagi murid tersebut makna tersirat untuk perkataan Cina, India dan Siam ialah bukan Islam (kafir), sekiranya guru mengesahkan tanggapan itu bermakna lagi kuatlah minda murid itu akan membuat tanggapan seperti itu dan minda jumud itu akan berterusan sehinggalah mereka dewasa.
Guru sepatutnya tidak memandang ringan terhadap tiga perkataan itu, lantas menjelaskannya bahawa Cina, Siam dan India ramai di antara mereka yang beragama Islam dan mungkin lebih ramai daripada orang Melayu, Ini bermakna guru mengarahkan minda murid tersebut supaya berfikir dengan betul dan tepat. Kemudian memberi jawapan bahawa sekiranya mereka Islam ibadat mereka itu insya Allah akan diterima oleh Allah Taala.

Orang Melayu Islam sepatutnya bertanggungjawab menyampaikan seruan Islam ini kepada orang India dan Cina dan lain-lain kaum yang bukan Islam sejak dari dahulu lagi iaitu sebaik sahaja selepas merdeka. Hakikatnya pihak berwajib tidak melaksanakannya secara serius pada ketika itu, mungkin disebabkan tiada kepakaran atau tenaga mahir bagi melaksanakan tugas yang berat itu. Alasan tersebut memang boleh diterima pada zaman tersebut, tetapi pada zaman sekarang kita telah mempunyai ramai orang yang memiliki kepakaran yang diperlukan untuk tujuan tersebut dan boleh dimanfaat dan digemblingkan tenaga mereka ke arah tujuan baik itu, oleh itu tiada lagi alasan untuk kita menolaknya. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan hendaklah digerakkan supaya inisiatifnya lebih teratur dan tersusun.

Sekiranya orang Islam tidak mengindahkan atau terus mengabaikan dakwah tersebut bermakna kita juga turut mengabaikan perintah Allah yang tercatat maksudnya di bawah ini.

*****************************************

Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".
Surah Ali Imran (104)


*****************************************


Ahli Panel Forum.
Tuan Hj.Muhamad Abdullah Nicholas ( Hidayah Centre ).
Bro. Karul Zaman Nur Muhammad. ( Hidayah Centre )
Tuan Hj.Abd.Latif Santharan Abdullah ( Presiden ACCIN )

*********************************************************

Dalam forum tersebut disarankan supaya pendakwah-pendakwah atau orang Melayu Islam hendaklah mengenal terlebih dahulu latar belakang orang India sebelum mendekati mereka dan mengajak mereka kepada Islam. selain daripada itu orang Melayu Islam juga perlulah terlebih dahulu membuang tanggapan negatif terhadap orang India, sebagai orang Islam mereka hendaklah bersangka baik terhadap orang bukan Islam, mereka juga hendaklah mengamalkan akhlak yang baik yang mampu memberi teladan kepada mereka yang bukan Islam, jangan sampai orang India bukan Islam beranggapan terhadap orang Melayu dengan menyatakan agama Islam adalah agama yang baik tetapi orang Melayu bukanlah orang yang baik.

Hidup berbaik-baik dengan jiran adalah juga salah satu pendekatan dakwah yang berkesan iaitu dengan cara mengenali secara yang lebih mendalam tentang kehidupan dan agama anutan mereka, disamping kita menerangkan kepada mereka mengenai Islam.

Bahasa kesat yang ditujukan kepada orang India, walaupun hanya digunakan sekali sekala ketika bergurau dengan kawan-kawan, namun demikian perlulah dihentikan, dengan cara itu dapat merapatkan lagi jurang bergaulan yang sedia ada, pendekatan tersebut akan memudahkan kita menyampaikan sesuatu maklumat kepada mereka, khususnya mengenai ajaran Islam.

Di antara maklumat yang diperolehi pada malam tersebut mengenai orang India Malaysia, Orang India Malaysia sebenarnya menggunakan enam loghat (bahasa) termasuklah bertutur dalam bahasa Tamil dan mempunyai tiga golongan atau kaum yang berhijrah dari India ke Malaysia. Di India mereka mempunyai lebih enam ratus loghat (bahasa) dan enam belas loghat (bahasa) diterima sebagai bahasa rasmi negara.

Menguasai bahasa kumpulan sasaran adalah cara yang terbaik untuk berdakwah, sekiranya tidak mampu berbuat demikian memadailah para pendakwah mengetahui latar belakang mereka supaya lebih mudah didekati.

*******************************************

Pendakwah yang dimaksudkan di dalam artikel ini ialah semua orang Islam khasnya orang Melayu .

*******************************************

Kekurangan dan kesilapan yang berlaku berhubung tulisan ini, semuanya atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Setiap orang adalah unik...

Oleh : Zailina Mahmud

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurang an yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH

Buruk Sangka

Oleh Jarjani Usman

“Hati-hati kalian dari buruk sangka, karena itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kalian mendengarkan ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cela orang lain. Jangan kalian berlomba-lomba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling hasad, saling benci, dan saling membelakangi” (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Negeri kita saat ini sedang diselimuti buruk sangka, Orang-orang penting saling menuding. Aib dicari dan dibongkar. Salah sedikit menjadi besar.

Pada semasa hidup Rasulullah s.a.w., tak henti-hentinya beliau mengajak umat manusia untuk menjauhi buruk sangka. Sebab, telah terbukti bahwa buruk sangka berakibat fatal terhadap hubungan antar manusia. Buruk sangka bisa menghancurkan persatuan. Bila sudah menggelegak buruk sangka, maka kebencian akan merajalela. Padahal tak mudah meraih kemenangan dalam hidup ini meskipun oleh pihak yang benar, bila tidak ada persatuan. Sebaliknya, akan mudah mencapai kemenangan, meskipun oleh orang-orang bersalah yang bersatu.

Buruk sangka juga mengangkangi kebenaran. Kebenaran yang disampaikan oleh seseorang yang kita benci akan sulit diterima sebagai kebenaran. Meskipun benar, salah rasanya. Padahal setiap manusia senantiasa membutuhkan kebenaran, yang datangnya dari siapa saja. Kita diajak untuk menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Negeri ini hanya akan kuat bila atli persaudaraan kita jaga. Sebaliknya, akan lemah dan hancur terobok-obok negeri yang konon mayoritas muslim ini, bila kita selalu menyemai benih-benih buruk sangka.

Bloggers perlu etika dalam membuat laporan

SHAH ALAM, 26 Julai :- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Pesta buku negeri Selangor pada tahun ini bakal menarik 200,000 orang pengunjung dan 114 buah penerbit bakal menyertai Pesta Buku yang diadakan sejak 24 Julai lalu hingga 3 Ogos ini.

"Penyertaan para penerbit buku menunjukkan peningkatan yang berlipat kali ganda pada Pesta Buku ini. Di mana pada tahun 2006, tidak lebih daripada 40 penerbit yang menyertai Pesta buku," ujarnya.

Katanya, dengan cara ini, usaha kerajaan Negeri untuk memningkatkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negeri ini menunjukkan peningkatan khasnya masyarakat di sekitar Shah Alam terutamanya di Selangor.

Harakahdaily/-

Jalam mendap....

JALAN MENDAP..Sebatang jalan mendap teruk petang semalam mengakibatkan 22 keluarga yang tinggal di kawasan Kuarters DBKL dan JKR Jalan San Peng, Kuala Lumpur dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran. Foto SIN CHEW.

Kes H1N1 cecah 1,000

Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

Katanya, daripada jumlah kes baru itu, 43 kes merupakan kejadian dari tujuh kluster baru, lima daripada kluster sedia ada manakala enam lagi adalah kes terpencil termasuk satu kes import.

"Sehingga kini, 1,075 kes dicatatkan dengan satu kematian, dengan 574 kes atau 53 peratus adalah kes import manakala 501 kes atau 47 peratus kes jangkitan tempatan.

"Hanya empat kes atau satu peratus sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak Kementerian akan terus memantau kejadian kes H1N1 mahupun "Influenza-like illness"(ILI) yang dimasukkan ke hospital.

Beliau menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan institusi pendidikan dan tempat kerja supaya lebih peka dan berinformasi mengenai penyakit berjangkit ini.

Ismail juga meminta orang ramai melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan terdekat sekiranya terdapat tanda-tanda orang di sekeliling mereka menampakkan simptom yang menjurus kepada jangkitan H1N1 dan ILI.

"Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," katanya

Penularan wabak

Mengenai langkah untuk memperlahankan penularan wabak itu, Ismail berkata orang ramai perlu patuhi beberapa peraturan yang digariskan termasuk mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan secara rutin serta mengamalkan duduk berjarak sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain di samping mengurangkan majlis perjumpaan.

"Kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah tetapi perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum dan memakai topeng mulut dan hidung dan jika gejala bertambah teruk, segeralah mendapatkan rawatan," katanya.

Mengenai kes kedatangan yang berkurangan disebabkan demam, batuk dan selesema sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja, Dr Ismail berkata perkara itu perlu dilaporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

"Bagi pelajar yang sekolah dan institusi mereka terlibat dengan arahan penutupan sementara, adalah dimaklumkan hanya mereka yang bebas dari tanda-tanda H1N1 atau ILI sahaja yang dibenarkan pulang.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ada tanda penyakit itu, kita nasihatkan mereka untuk terus berehat kerana mereka masih mempunyai risiko untuk menularkan virus di kalangan rakan masing-masing," katanya.

Di LABUAN, lapan pelajar dari dua sekolah menengah yang baru pulang dari Melaka mengikuti program kadet pertahanan awam anjuran Jabatan Pendidikan Labuan dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas didapati positif H1N1.

Mereka adalah antara 17 pelajar dari Sekolah Menengah Pantai dan 17 dari Sekolah Menengah Sungai Bedaun yang menaiki penerbangan Air Asia AK5177 dari Kuala Lumpur yang tiba di lapangan terbang Labuan 10.40 pagi ini.

Baki 26 pelajar bersama dua orang guru yang mengiringi mereka diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari mulai hari ini.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Zaini Hussin memberitahu Bernama bahawa lapan pelajar itu dimasukkan ke hospital selama tujuh hari.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menasihatkan pelajar dan ibu bapa mereka jangan panik tetapi sentiasa mematuhi prosedur perubatan.

Malaysiakini.

Laporan polis terhadap blog 'Beng Hock'

Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menuduhnya terbabit dalam rasuah dan rakan sejawatannya, Ronnie Liu melesapkan dana kerajaan negeri pada 2008.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Shah Alam, Ean berkata, blog tersebut "mahu mengalih perhatian rakyat dari kematian kontroversi pembantunya, Teoh Beng Hock".

Blog itu menuduh Liu dan Ean ada kaitan dalam kematian Teoh dan mendakwa mereka terbabit dalam rasuah, khususnya dana kerajaan negeri untuk DUN Sungai Pelek yang diwakili MCA.

Ean berkata, blog itu juga cuba mengaitkan beliau dengan kematian Teoh, dengan menuduh beliau dan Liu memaksa Teoh berpakat dalam aktiviti haram.

"Semua itu bohong kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu dan dia juga tidak pernah terbabit dalam urusan peruntukan (DUN) Sungai Pelek," katanya.

Ean, yang sedang untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, juga mendakwa blog tersebut cuba "memecah belahkan perpaduan di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat".

Liu, yang pada mulanya tidak bersetuju untuk membuat laporan polis terhadap blog tersebut, berkata beliau bersetuju kemudiannya atas nasihat dari rakan-rakan dalam DAP".

Malaysiakini.

Tips Berkahwin Awal

Email Oleh : baha asri

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Bersambung …
sumber http://www.terataionline.net/

ADAKAH GURU BIASA SELAMAT?

Email Oleh : Naninu Sakun

Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.
Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.

Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?

Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu..........

Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? ..............Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula......... Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban...............

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Posisi seks ketika isteri hamil

Email Oleh : mohd naim mohd zain

SAYA sudah mendirikan rumah tangga hampir setahun dan isteri saya sedang hamil dengan usia kandungan mencapai empat bulan.

Soalan saya, bolehkah kami bersetubuh pada peringkat kehamilan ini? Apakah saya boleh melakukan ereksi ke dalam rahim dan apakah posisi yang sesuai? Pada usia kandungan berapakah kami masih boleh melakukan hubungan seks?

Apakah proses persetubuhan boleh memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan?

Bakal Ayah

MENGIKUT pandangan pakar perbidanan dan sakit puan, secara umumnya tidak ada masalah untuk saudara melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau mengandung.

Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri saudara akan menjadi lebih hebat.

Bagaimanapun, akan timbul kebimbangan mengenai hubungan seks ketika mengandung yang dikatakan membahayakan kandungan. Perubahan hormon dalam badan isteri anda akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.

Seseorang wanita juga akan merasa tertekan apabila berlaku perubahan dari segi bentuk badan yang makin membesar. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan segan untuk melakukan hubungan seks.

Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan.

Apa yang penting, saudara perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika beliau tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.

Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman dan mutual masturbation. Paling penting, keputusan perlu dibuat bersama dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Jika hubungan fizikal tidak menjadi masalah bagi pasangan anda, saudara perlu mengubah posisi hubungan seks terutama sekali apabila abdomen isteri saudara menjadi semakin besar.

Ada beberapa posisi yang boleh dipraktikan termasuk:

Posisi wanita di atas (woman on top).
Spooning iaitu kedua-dua berada dalam keadaan mengiring dengan lelaki di belakang wanita, zakar dimasukkan ke dalam vagina dari belakang.
Hands and Knee iaitu kedudukan wanita seperti merangkak.
Isteri duduk atas riba.

Posisi ini akan mengurangkan tekanan kepada abdomen yang sedang membesar. Selain itu, ia boleh mengelak rasa takut jika hubungan membahayakan kandungan. Saudara boleh meneruskan hubungan seks hingga isteri mencapai tahap akhir mengandung.

Ada beberapa keadaan di mana hubungan seks akan membahayakan kandungan. Ini termasuk:
Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
Isteri mengalami pendarahan.
Saudara atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.

Sebagai kesimpulan, hubungan seks semasa mengandung tidak membahayakan malah boleh menjadi lebih menyeronokkan.

Namun jika saudara tidak pasti, saya nasihatkan anda dan isteri berbincang dengan pakar sakit puan sebelum melakukan hubungan seks. Ini penting supaya tidak berlaku kemudaratan kepada kandungan.

Ulasan baru mengenai H1N1: Politeknik Sultan Mizan Dungun ditutup.

Oleh : al amin ahmad

Salam YB, saya ni tak la pandai sangat..sebab SPM pun pangkat 3 ja...tapi saya nak memberi cadangan yang heharap dapat di kaji semua mengenai H1N1 ni..mana tau...YB kan doktor jugak..boleh bagitau saya apa yang saya nak explore ni betui ka berkaitan dengan H1N1 ni.

Saya ada di beri penerangan ringkas oleh seorang doktor pakar kanak-kanak mengenai HEPATITIS A. Kanak-kanak yang memasuki umur 2 tahun secara optional nya perlu di beri vaksin HEPATITIS A. punca penyakit ni banyak berkaitan bila kita dok pi bawak anak2 kita pi makan kat luar seperti KFC, MCDONALD atau jugak kedai2 makan biasa di luar sana.pinggan,sudu,garpu,cawan atau gelas berkemungkinan dapat memberi penyakit HEPATITIS A dekat anak2 kita ni. Salah satu punca maybe pihak yang mencuci bekas2 ni tidak bersih sepenuhnya.

Hampir 10% kanak2 kena jangkitan ni yang bila di rawat, terpaksa manghabis ribuan ringgit untuk melakukan pembedahan. Dan mengikut penerangan doktor pakar tersebut, vaksin HEPATITIS A ni tak mampu di subsidikan kerajaan MALAYSIA kerana kos nya yang mahal. Alangkah baiknya jika kerajaan MALAYSIA dapat mengsubsidikan vaksin ini...

mengikut pengamatan saya dengan semua kes2 yang berkaitan H1N1 ni banyak terkena dekat orang/pelajar/mahasiswa dan mahasiswi yang makan dekat kedai2 di luar sana..macam keracunan makanan plak jadinya...bila kena ja..satu kampus kena tutup..kalau pi makan kat kantin sekolah ja..satu sekolah kena tutup...

Sepatutnya kebersihan perlu di jadikan satu misi utama jabatan yang berkenaan untuk menyiasat punca bebudak ni kena H1N1 ni..pi serbu kantin/kedai2 makan yang telah di kunjungi mereka yang terkena kuman merbahaya ni.

Soalan saya untuk YB :
1. adakah vaksin HEPATITIS A mampu mengubat penyakit H1N1 yang kian menular di dalam negara kita ni?

2. Kenapa kerajaan MALAYSIA tak mampu subsidikan vaksin HEPATITIS A ni dekat rakyatnya? Sedangkan habis duit dekat pilihanraya boleh plak?

itu sahaja pandangan dan soalan saya untuk YB..mana tau YB dapat membetulkan keadaan ni dan dapat mencipta sejarah pasai H1N1 ni..saya ni mungkin tak layak (cam ADUN MANIK URAI yang baru-tak mengaji tinggi), tetiba nak pi sebut pasai vaksin..bueknya kena gelak dek orang2 gomen...

wassalamu alaikum...
terima kasih