23 July 2009

Kebesaran Ilahi

Oleh : Zailina Mahmud

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.

Vilus pada usus kecil

Telur/Ovum dengan sel korona

Sperma di atas telur / ovum

Sel kanser paru-paru

Sel darah merah

Sel bulu-bulu halus dalam telinga

Saraf perasa pada lidah

Salur darah dalam saraf optik

Neuron Purkinje (lapisan pada otak)

Plak Gigi

Hujung rambut yang pecah

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

Alveoli Pada Paru-paru


ADUN tinjau Pasar Awam Parit Buntar yang di perbaiki



PARIT BUNTAR : Untuk meninjau keadaan Pasar Awam Parit Buntar yang telah dilakukan pembaikan oleh pihak Majlis Daerah kerian (MDK),ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim mengadakan lawatan kerja untuk meninjau apakah rungutan dari para peniaga dan pengunjung setelah pembaikan itu. Lawatan itu diadakan pada selasa (21/7) lepas dengan ditemani oleh pegawai dari pejabat beliau.

Drs. Khalil berada disana selama hampir satu setengah jam dengan meninjau semua gerai dan mendengar rungutan dari semua pihak yang ditemuinya.

Antara rungutan yang diterimanya ilah :

1. Keadaan palong cucuran air besar disekeliling cucuran atap bangunan utama masih dalam keadaan belum sempurna penukaran yang baru atau pembaikannya.

2. Terdapat bahagian tiang tempat jualan ikan yang mengalami kebocoran akibat pemasangan atap bangunan yang tidak sempurna.

3. Keadaan wayar elektrik yang membahayakan ditinggalkan oleh kontrakter perlu mendapat perhatian sebelum mengancam keselamatan .

4. Keadaan longkang berhampiran pusat pembuangan sampah yang perlu ada pembaikan sama.

Kebanyakan peniaga memohon jasa baik pejabat ADUN berkenaan untuk menyampaikan rungutan tersebut kepada pihak MDK, dan beliau berjanji untuk berusaha dalam bidang tugas yang ada untuk menyampaikan rungutan tersebut.




ADUN Titi Serong lawat pemilik premis sewaan untuk Kelab Penyokong PAS yang meninggal dunia.

ADUN Titi Serong pada pagi Selasa lepas telah meluangkan masa sekitar 1 jam untuk melawat dan berada di kediaman Bapa Dr. mahes yang meninggal dunia di Pekan Baru Parit Buntar. Mendiang adalah pemilik kepada peremis yang digunakan untuk Kelab Penyokong PAS. Meninggalkan 5 orang anak (3 lelaki, 2 perempuan). Dr. Mahes (berdiri di belakang ADUN gambar atas adalah anak lelaki mendiang yang sedang melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dalam bidang pakar kebidanan.

Apa yang tak kena dengan SPRM ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Kematian Teoh Beng Hock dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu membuka pelbagai pekung Barisan Nasional.

Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan isu teknik siasatan SPRM yang secara jelas bersifat satu seksaan ( torture ) ke atas mereka yang disiasat oleh badan itu. Teknik “torture” ini juga dilakukan oleh pihak polis ke atas mereka yang ditahan di bawah ISA. Yang menghairankan Nazri Aziz tidak segan silu menyokong teknik penyiasatan SPRM tersebut.

Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa rakaman CCTV menunjukkan Teoh iaitu mantan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun siasatan hanya berakhir jam 3.45 pagi Khamis.

Siasatan untuk tempoh yang lama tersebut dengan menafikan hak Teoh untuk tidur adalah semata-mata bertujuan menyiksa mental dan emosi Teoh bagi memudahkan SPRM mendapatkan pengakuan dan maklumat-maklumat tertentu dari Teoh.

PAS menentang cara penyiasatan yang berbentuk penyiksaan sebegini kerana Islam melarang sebarang bentuk “dhorar” berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w “ La dhorar wala dhiror fi al-Islam” ( tidak boleh menyiksa dan tidak boleh disiksa dalam Islam” ).

Al-Quran sendiri secara jelas menyatakan bahawa “ Allah telah memuliakan Bani Adam” ( Al-Isra’ : 17 : 70 ).

Jenayah penyiksaan ( torture ) pemerintah ke atas rakyat telah dinyatakan di dalam Al-Quran melalui kisah Firaun . Di dalam Surah Tho Ha, Allah s.w.t menyatakan

"Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya ( Firaun ), kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka” ( 20 : 47 )

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad di dalam sanadnya , Rasulullah s.a.w menyatakan “ Sesungguhnya Allah s.w.t akan mengazab mana-mana orang yang menyiksa manusia di dunia ini.” ( lihat Sunan Abu Dawud Vol 1V m/s 865 dan Musnad Ahmad b.Hanbal Vol 111 m/s 404 al-Maktab Al-Islami , Cairo )

Dalam satu lagi Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ( radiyallah ‘an huma ) , Rasulullah s.a.w menyatakan bagaimana seorang wanita akan masuk neraka kerana penyiksaan yang perempuan itu lakukan ke atas seekor kucing .

Rasulullah s.a.w menyatakan “ Telah masuk seorang wanita ke dalam neraka kerana beliau mengikat kucingnya dengan tidak memberi makan kepada kucing itu dan tidak melepaskannya untuk makan makanannya yang melata di muka bumi” ( lihat Sahih Bukhari , Vol 1V m/s 337 )

Dalam Kitab Al-Kharaj karangan Abu Yusuf dilaporkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz telah menulis kepada pegawai-pegawainya dengan melarang mereka mengikat para banduan dengan rantai atau gari dan memerintahkan mereka member makan secukupnya kepada para banduan dari wang Baitul Mal ( Lihat Abu Yusuf, Kitab Al Kharaj m/s 314-315 )

Imam Ibn Hazam pula menyatakan di dalam Al-Muhalla bahawa Al-Quran atau Al-Sunnah atau Ijma’ tidak membenarkan sebarang penyiksaan dalam bentuk elemen pukul, pemenjaraan , ancaman atau penghinaan bagi tujuan mendapatkan pengakuan seseorang kononnya beliau melakukan jenayah . Ibn Hazam menyatakan bahawa larangan penyiksaan tersebut adalah berasaskan bahawa kulit, darah dan kemuliaan insan adalah suatu yang suci dan tidak boleh dicabuli melainkan dengan satu nas yang terang dan jelas atau dengan satu ijma’.

Berdasarkan nas-nas di atas , PAS menentang sekeras-kerasnya teknik dan gaya penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atas mendiang Teo kerana ianya adalah satu kaedah yang tidak menghormati kemuliaan manusia tanpa mengira kaum atau agama mereka.

PAS meminta mereka yang didapati terlibat dengan penyiasatan ala Gestapo tersebut atau mereka yang mengizinkan teknik penyiasatan tersebut di bawa ke muka pengadilan . Seksyen 331 Kanun Keseksaan mungkin boleh digunakan ke atas mereka yang terlibat dengan penyiksaan ke atas mendiang Teo sehingga membawa kepada kematian beliau.

Kes Teo juga menunjukkan satu amalan diskriminasi yang ketara di pihak SPRM. SPRM seperti biasa agak cepat bertindak jika tuduhan rasuah atau salah guna kuasa dibuat ke atas ahli-ahli politik Pakatan Rakyat . Bagaimana tahap kelajuan penyiasatan kes rasuah dan salah guna kuasa akan berubah dengan drastik jika ia melibatkan para pemimpin Umno.

Dalam kes di Selangor , SPRM cepat menyiasat Mentei Besar Tan Sri Khalid dalam kes korban lembu di mana Pengarah SPRM dengan sombong dan bongkak menyatakan “ kita ada bukti yang kuat untuk mendakwa Tan Sri Khalid” . Dalam kes penyiasatan ke atas Teo kita juga dapat melihat ketergesaan SPRM. Namun apabila terdapat aduan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Khir Toyo kita tidak melihat kelajuan yang sama.

Untuk peringatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah sebelum ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apartmen di Mekah “untuk tujuan yang meragukan”.

Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Mekah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Dan yang terbaru adalah pendedahan Adun Sekinchan ke atas kos banglo mewah Khir Toyo yang didakwa terlalu tinggi.

Kita ingin bertanya apa yang SPRM telah lakukan ke atas Khir Toyo?

Kematian Teoh: PM umum tubuh inkues

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

"Pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis juga telah diarahkan bagi menyelesaikan siasatan kes ini dengan secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diumumkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.

Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh, Najib berkata langkah-langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian tersebut agar keluarganya dan masyarakat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya kerajaan akan melakukan apa saja yang perlu untuk mencari kebenaran itu dan beliau sendiri akan memaklumkan kepada keluarga Teoh hasil siasatan itu nanti.

"Saya sebagaimana anggota Kabinet yang lain ingin mengetahui punca sebenar kematian Teoh.

"Oleh itu, saya harap semua pihak agar bersabar dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi yang salah, mengelirukan rakyat atau menjadikan isu ini bermotifkan politik.

Beliau berkata untuk mencari kebenaran kematian Teoh, ia tidak seharusnya dicampur adukkan dengan kepentingan atau unsur-unsur politik tetapi apa yang penting adalah untuk mencari kebenaran. Mstar.

Kelantan berhak terima Royalti - Razaleigh Hamzah

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Ehsan: Suara Keadilan

H1N1: UiTM Permatang Pauh ditutup 7 hari

Sebahagian penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh, meninggalkan kampus berkenaan untuk pulang ke rumah masing-masing berikutan 10 penuntut universiti itu disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1). UiTM berkenaan ditutup selama tujuh hari mulai hari ini bagi mengelak penularan wabak itu. --fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh dekat sini ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata arahan penutupan sertamerta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.

Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah diambil.

Sementara itu tinjauan Bernama di kampus UiTM itu tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing. BERNAMA-mStarOnline-

Ciuman terakhir seorang ibu.....

Ciuman terakhir seorang ibu buat puteri kesayangan yang kembali ke Rahmatullah setelah cedera parah melencur seluruh badan dalam satu kebakaran dirumahnya di Kulim Khamis lepas. Setelah anak kesayangan berada dalam rawatan rapi Hospital Alor Setar selama 4 hari. Puteri kesayangan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.00 petang Isnin lepas.


Jenazahnya sampai di Mesjid Parit Tok Ngah dalam DUN Titi Serong pada jam 12.20 pagi selasa,lalu disembahyangkan . Setelah itu suasana sayu menyelubungi malam yang semakin dingin dengan ciuman terakhir tersebut. Jenazah juga dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran mesjid.

Keluarga seorang pesara itu cuma memiliki dua anak perempuan, yang meninggal berumur 13 tahun dan kakaknya yang setahun lebih dewasa juga cedera parah dan masih di Hospital Alor Setar. Bapa kepada dua puteri itu yang juga cedera dalam kebakaran itu.

Saya yang berada disitu sejak jam 12.00 malam sejak awal melihat betapa raut muka "si Ibu" yang begitu tabah menghadapai musibah tersebut. Seingat saya inilah solat jenazah yang paling larut malam saya ikuti, apapun itulah yang paling "afdal".

Puteri Kesayangan sudah mati syahid, semuga rohnya di rahmati oleh Allah SWT...

Al Fatihah kita sedekahkah kepada almarhummah.



Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?

Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.

Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.

Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.

Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.

Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato� Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.

Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.

SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).

Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.

Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.

Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat. - azm-HarakahDaily.Net-

Kematian Teoh pelik, tubuh segera Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyifatkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock adalah satu peristiwa pelik yang tidak pernah berlaku terhadap individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai BPR.

"Ini adalah satu yang tak pernah berlaku, menimbulkan tandatanya dan persoalan besar kepada wibawa SPRM itu sendiri dalam menguruskan saksi-saksi yang disiasat," katanya.

Kematian Teoh baru-baru ini yang mengundang misteri perlu disiasat secara telus dan jujur oleh satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya, ujar Mustafa yang ditemui Harakah semalam di Jalan Pahang.

Beliau melihat, isu ini memberi satu gambaran negatif keada SPRM yang baharu sahaja ditubuhkan selepas rakyat tidak yakin dengan kredibiliti Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurut Mustafa, ini adalah kes pertama membabitkan kematian dibawah SPRM, walhal sebelum ini negara hanya dikhabarnya dengan kematian di dalam tahanan reman polis sahaja.

"Ini satu yang pelik atau ganjil, apa puncanya ia perlu satu siasatan.Ada yang mula menyebut bahawa ini satu tindakan di pihak mangsa.

"Tapi jika kita lihat kes mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.Masa itu kerajaan yang dipimpin Tun Dr Mahathir kata ia tindakan Anwar sendiri yang menumbuk mata sendiri.

"Media arus perdana memainkan propaganda bahawa Anwar tumbuk mata sendiri.Tetapi selepas ditubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat kes mata lebam, didapati Anwar ditumbuk.

"Begitu juga bagi saya dalam kes ini perlu adakan siasatan bebas diraja bagi menyiasat puncanya, jika telah terbukti barulah dibuat tindakan," katanya.

Mengulas soal keyakinan rakyat kepada SPRM tercalar, beliau melihat satu usaha keras perlu dilakukan badan itu yang baru setahun jagung usianya dalam memulihkan imej mereka.

Persoalan rasuah yang meluas belum lagi dapat ditangani, kini SPRM dilanda isu integriti dalam kes kematian Teoh, justeru satu siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan, ujar Mustafa lagi.

Mengulas soal keanggotaan suruhanjaya, beliau menyatakana bahawa amalan sebelum ini seperti dalam kes Anwar, lantika dibuat kepada mereka yang ada 'basic' undang-undang seperti bekas Hakim dan hakim yang benar-benar telus dan tidak memihak. - mks-HarakahDaily.Net-

Kes liwat Anwar: Pendakwa berjaya tangguh sementara serah dokumen

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya berjaya mendapat penangguhan sementara (interim) terhadap perintah mahkamah agar menyerahkan sebahagian besar dokumen bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi selepas membenarkan pendengaran permohonan itu ditunda ke Jumaat ini bagi membolehkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan.

Pada prosiding hari ini peguam pihak pembelaan, Amer Hamzah Arshad memohon mahkamah memberikan sedikit masa kepada pihaknya untuk menyediakan afidavit berkenaan.

Amer memberitahu mahkamah pihaknya hanya menerima notis permohonan daripada pihak pendakwaan pada Selasa lalu.

Isnin lalu pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan.

Pada 16 Julai, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari.

Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya, bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.

Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Mahkamah menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu.-mStarOnline-

Suruhjaya diraja siasat kematian Teoh?

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini akan membincangkan desakan pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Keputusan kabinet itu akan diumumkan dalam satu sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya jam 4 petang ini.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.-MalaysiaKini-

Penyokong ISA juga ke Istana Negara

Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu malam tadi, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka dan kemudian ke istana.

Ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH buat pertama kali bersemuka di jalanan dengan penyokong ISA yang mengadakan perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu."-MalaysiaKini-

Construction awards 2009

Oleh : Zamri Keciks

PENGHARGAAN CONSTRUCTION 2009

CALON CALONNYA ADALAH....


1) Kamera CCTV
(NENGOK PER NIH ...)
2) Anak Tangga
(ARAH MANA ... ?)
3) Jembatan Penyeberangan
(KOMPEM KENE LOMPAT NIH..)
4) Jendela Kaca
( SENII.... ...)
5) Balkoni
( pintu mannna ...)
6) Pintu
(SAPA BERANI DIRI KT SITU ... )
7) Lampu Jalan
( X NAK KALAH ... )
8) Eskalator ?
(awas kepala..)
9) Pintu Masuk
(dah lama tutup ...)
10) Mesin ATM
(khAS buat spiderman ...)

DAN PEMENANGNYA ADALAH ......

(MAU BELANGGAR BONTOT NIH ... ?)

hehehehehe..........

Waspada Dgn Pinggan Jenama "BONE CHINA"......

Oleh : Zamri Keciks

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SELAHTERA...

Dlm menghadapi zaman akhir zaman ini,musuh2 islam telah merangka bermacam2 strategi utk memesongkan serta menyesatkan akidah dan iman umat islam... Bersama2 lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita.. Berwaspada la dlm apa jua perkara & perbuatan kita,semoga kita selamat dunia & akhirat.. Ameen...

*******************************************************************

Pinggan daripada tulang babi

(berita harian 22 julai 2009)

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label ‘kasut diperbuat daripada kulit babi’ di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

“Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.

“Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set,” katanya.

Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.

Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.

“Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal,” katanya.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.

Masjid Al-Ghufran

Oleh : Mar Dheeya

Kamar, kafe bak hotel
Masjid Al-Ghufran bukan masjid biasa. Ada kamar musafir dengan kemudahan bertaraf hotel dan lebih menarik, sebuah kafe yang digerakkan oleh jawatankuasa masjid turut tersergam indah.

MASJID kini bukan sekadar tempat untuk beribadat. Seiring dengan peredaran zaman, peranan masjid juga berubah mengikut kesesuaiannya yang tersendiri.

Namun, ia bukan bermaksud untuk menukar masjid menjadi tempat yang tidak sepatutnya sehingga mencemari kesucian rumah Allah dalam kalangan penganut agama Islam.
Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengimarahkan masjid yang kebiasaannya hanya dianggap sebagai tempat untuk bersolat semata-mata.

Menyedari hakikat pentingnya meningkatkan peranan masjid ke arah tujuan yang lebih besar, jawatankuasa pentadbiran Masjid Al-Ghufran di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur boleh dicontohi oleh kebanyakan masjid di Malaysia.

Di masjid itu, terdapat pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan, selain daripada menyediakan kemudahan tertentu yang boleh disewa atau digunakan oleh pihak yang berkenaan.

Antaranya adalah Sekolah Rendah Agama Balai Islam (SERAMBI) yang mempunyai 200 pelajar dari darjah satu hingga darjah enam, kemudahan kamar musafir untuk penginapan, dewan persidangan bagi majlis rasmi, bilik mesyuarat, dewan makan dan sebagainya.

Terbaru, jawatankuasa masjid itu melancarkan pembukaan Cafe Al-Ghufran sekali gus menjadi kafe pertama di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kafe itu diwujudkan bagi mengumpul dana masjid dan dibina dengan kos bernilai RM180,000. Ia mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.

KIRI: SALAH satu kamar musafir yang terdapat di masjid.
TENGAH: CAFE Al-Ghufran diwujudkan untuk menambah dana pendapatan masjid.
KANAN: RUANG untuk mimbar dan tempat solat imam dipenuhi ukiran.

Berkonsepkan tradisional Melayu, kafe itu menyediakan pelbagai menu istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung, masakan tempatan dan kuisin barat.

Kafe itu telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 9 Mei lalu.

Dalam ucapannya, Raja Nong Chik memuji langkah yang diambil oleh pihak pengurusan masjid untuk mengumpul dana melalui pembukaan sebuah kafe.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali, 68, berkata, semua itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa fungsi masjid kini semakin meluas.

"Bagi saya, setiap masjid perlu diimarahkan dan sentiasa mempunyai aktiviti. Selain itu, ia juga perlu berdikari dan dalam hal ini, sesebuah masjid seharusnya mempunyai dana sendiri yang boleh digunakan untuk menyemarakkan lagi fungsinya.

"Justeru, Masjid Al-Ghufran ini perlu menjadi sebuah masjid yang sentiasa aktif dalam menyediakan pelbagai kemudahan terkini untuk ahli kariah dan orang luar yang mahukannya.

"Masjid ini mempunyai enam aras lantai. Setiap aras dilengkapi dengan kemudahan seperti pejabat, dewan solat, rumah kakitangan (imam, siak dan lain-lain), sekolah, dewan persidangan, bilik mesyuarat, kamar musafir dan juga restoran atau kafe," jelas Hassanuddin ketika ditemui Kosmo! di Masjid Al-Ghufran baru-baru ini.

KIRI: SUASANA kafe yang dilimpahi cahaya pada waktu malam.
TENGAH: DEKORASI kafe ini bercirikan Melayu tradisional.
BAWAH: KAMAR musafir disediakan untuk golongan berpendapatan rendah.



Menurut Hassanuddin lagi, kelengkapan dan kemudahan yang disediakan itu secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan masjid dan ia banyak membantu jawatankuasa untuk melaksanakan sesuatu program.

"Syukur, setakat ini Masjid Al-Ghufran tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk menerima tempahan daripada pihak luar yang menyewa kemudahan seperti kamar musafir, dewan persidangan, bilik mesyuarat dan sebagainya.

"Hasil yang diperoleh akan disimpan sebagai dana untuk keperluan masjid pada masa hadapan," ujar Hassanuddin yang dilantik menjadi Pengerusi Masjid pada tahun 1998.

Untuk penginapan kamar musafir, terdapat 24 bilik disediakan dengan empat daripadanya adalah jenis suite, lima bilik VIP, empat bilik keluarga dan 11 kamar bujang.

Suite Al-Firdaus yang mempunyai tiga bilik contohnya, boleh memuatkan 10 orang dan kadar sewanya adalah sebanyak RM220 semalam. Suite An-Naim juga mempunyai tiga buah bilik, tetapi untuk penginapan lapan orang berharga RM180.


TERDAPAT pelbagai menu yang boleh dinikmati di Cafe Al-Ghufran

Suite Al-Ma'wa dan Suite Al-Adnin, masing-masing mempunyai dua bilik dan boleh memuatkan enam dan lima orang. Kedua-duanya berharga RM160 dan RM140 untuk penginapan satu malam. Bagi kategori VIP, keluarga dan bujang pula, masing-masing berharga antara RM90 hingga RM60.

Semua bilik penginapan itu mempunyai kemudahan penghawa dingin, bilik mandi, alat pemanas, tuala, televisyen, meja makan, meja solek dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan sistem wifi yang membolehkan penyewa mengakses Internet secara percuma.

Tambah Hassanuddin, masjid tersebut juga memiliki empat bilik persidangan yang berbeza saiz untuk disewa kepada orang luar yang berminat.

"Dewan paling besar boleh memuatkan 140 orang. Ini diikuti dewan persidangan yang boleh mengisi seramai 50, 40 dan 30 orang. Semuanya berharga antara RM100 hingga RM400 satu dewan.
"Terletak di aras dua pula adalah dewan dan bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan kemudahan projektor LCD, sistem PA, meja dan kerusi," katanya sambil memaklumkan bahawa pada setiap minggu, ada sahaja pihak yang menyewa kemudahan di Masjid Al-Ghufran untuk mengadakan seminar atau kursus.

Ditanya mengenai sejarah awal penubuhan masjid itu, Hassanuddin berkata, ia telah didaftarkan dengan nama Surau Balai Islam di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 6 April 1993.

"Dengan hasil sumbangan individu tertentu terutama golongan korporat, Surau Balai Islam telah diubahsuai sejajar dengan peningkatan peranannya mulai tahun 1998.

"Pada 4 April 2000, surau ini dinaik taraf sebagai masjid dan diberi nama Masjid Al-Ghufran. Nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan, telah diberikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Hashim Yahya," jelas Hassanuddin yang juga bekas ahli korporat sambil menambah bahawa, masjid ini didirikan di atas tanah yang diwakafkan seluas 26,000 kaki persegi.

Sebarang maklumat mengenai kemudahan sewaan di masjid ini, sila layari laman web www.masjidalghufran.com.my atau http://masjidalghufran.tripod.com.



HADITH HARIAN: Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Oleh : Amier Selamat

Tajuk :
Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

BAB:
Akhidah usuluddin

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:" Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?"

(dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?"

(Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian";

(Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian";

(dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya." [Abu Hurairah r.a]

MARUAH UMAT ISLAM DI MANA?

Oleh : amri el wahab

Umat Islam hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri selaku seorang Islam.Pun tidak serius dalam menjaganya.Bahkan lebih dasyat daripada itu ada umat yang rasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar benar beriman, mengamalkan hukum hukum yang wajib dan sunat, dan malu untuk berakhlak sebagai seorang Islam.Mereka takut untuk dituduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud, sekiranya mereka benar benar mengamalkan Islam.

Mereka turut membenarkan fitnah fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan jadi jumud dan ketinggalam zaman. Mereka tidak yakin bahawa dengan Islamlah, umat Islam akan benar benar menjadi maju dan berjaya di dunia dan akhirat.Mereka tidak faham bahawa tamadun Islam yang agung yang telah pernah menggemparkan dunia satu masa dulu adalah dibina atas dasar Iman, Islam dan Akhlak. Itulah yang di ajar olih Allah dan Rasul.Dan itulah juga yang di katakan maruah tadi.Mereka tidak sedar bahawa umat Islam pada abad ini sebenarnya merempat dan terhina di bumi sendiri.Hatta makanan yang di suap kemulut pun bukan bikinan sendiri, terpaksa menadah tangan pada hasil buatan orang kafir.Pakaian yang di gayakan sebagai ciri kemodenan itu pun di ambil dari kilang orang kafir.Demikianlah juga halnya dalam apa jua aspek hidup, umat Islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha orang bukan Islam. Umat Islam tidak ada identiti sendiri. Umat Islam tidak ada maruah sendiri.Mana dia kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu hingga kerana itu tergamak menggadai maruah agama.

Umat Islam hari ini kerana inginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta, wang ringgit dan kuasa telah menggadai maruah selaku umat Islam. Mereka kebelakangkan iman dan hukum hukum Allah semata mata kerana memburu apa mereka istilahkan kemajuan tadi.Mereka kira dengan cara itu mereka lebih terhormat, mulia dan terpuji.Mereka menjual sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya.Mereka lupakan Allah dan Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemuliaan dan kebahagiaan yang di cari makin hilang. Umat Islam makin tidak dipedulikan oleh dunia, malah tiada harga.Ada macam tidak ada.Yang ada tinggal nama, sedangkan kemuliaan , keagungan, dan kegemilangan Islam dan Umat Islam telah terlucut daripada manusia manusia bernama Islam!

"Kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini bukan sahaja disebabkan karenah musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh remehkan persoalan Iman, Syariat dan Akhlak ia itu tunggak maruah dalam Islam.Jika Iman kuat, Syariat kemas dan Akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjdai tuan di dunia sebelum menjadi tuan di Akhirat".


Salaam & Regards

Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com/

Kematian Teoh Beng Hock: Surat terbuka kepada Berita Harian

Email Oleh : roslan mohd
Posted by admin
Tuesday, 21 July 2009 13:38

(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)

Sedikit muak dan patah akal saya tadi tatkala membaca rencana anda berjudul 'Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik' [yang diterbitkan di suratkhabar Berita Minggu] kemarin.

Penyiaran rencana yang rasis dan membatu api itu adalah ukuran kebobrokan nilai moral kamu (akhbar yang indah khabar dari rupa). Dalam laman sesawangmu, digembar-gemburkan Berita Harian sebagai "akhbar yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi". Namun pemerhatian saya ialah: Disiarkan olehmu sepiak lidah pengarang yang terang-terang benyot.

Akan tetapi mengakui yang bahtera Berita Harian seangkatan dengan kapal NST, saya kira kedangkalan pemikiran penulis [iaitu pengarang kumpulan NSTP] tidaklah menghairankan sangat. Sebaliknya, pengutaraan media arus perdana – yang mahu menghasut – sudah memang dijangkakan.

Pertama sekali, para pembaca terhutang budi kerana sekarang ini barulah kami disedarkan bahawa kecelakaan yang menimpa Teoh itu satu "peristiwa malang". Kamu berkata, dan saya petik:

"Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. "

Saya mengucapkan terima kasih atas penjelasan anda sebab sebelum ini, kami diberitahu entah-entah Teoh cuba membunuh diri.
Rasanya kami kurang tahu-menahu babak sebalik tabir manakala kamu lebih arif. Maklumlah, pada lazimnya pembaca mudah diperdaya. Betul, saya bersyukur sampailah ke akhir hayat (minta maaf sekirannya saya sedikit sinis) kerana anda menerangkan dan mencopkan kejadian tersebut sebagai satu 'kemalangan'. Baiklah, saya tunggu penjelasan anda mengenai bagaimana kemalangan itu sebenarnya terjadi, siapa yang terlibat dan mengapa ianya berlaku? Apakah mendiang berjalan dalam tidur ketika ia dikatakan berehat di atas sofa pada jam 6:30 pagi?

Anda tampaknya kurang puas hati bilamana perkembangan semasa ekoran kematian Teoh telah dipolitikkan. Anda juga berpendapat tidak harus orang menggunakan peristiwa tersebut untuk mengaut keuntungan politik. Walaupun saya akur saudara seorang wartawan yang tajam deria penglihatan, namun saya terpaksa nyatakan di sini bahawa huraian kamu kurang teliti.

Izinkan saya membidas hujah anda bahawa perkara ini tidak sepatutnya berbau politik. Dan saya akan menaip huruf besar demi memberi penekanan kepada pesanan saya. INI SEMEMANGNYA PERKARA POLITIK. Mendiang merupakan setiausaha politik kepada seorang wakil DAP. Kalau DAP bukan parti politik, apa agaknya? Lebih-lebih lagi, bos Allahyarham adalah seorang ahli dewan undangan negeri Selangor.

Jadi, pada pucuk pangkalnya, rentetan peristiwa kematian Teoh berciri politik dan pasti ia akan terus berciri persoalan politik sehinggalah ke penghujungnya. Anda tidak bisa lari dari hakikat ini. READ MORE HERE

Gerhana matahari.

GERHANA... Kejadian gerhana berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini. Gambar menunjukkan cerapan proses gerhana matahari yang dirakamkan di utara India