22 July 2009

Cinta Akan Terus Memberi..

Oleh : Zailina Mahmud

Cinta terlalu kompleks untuk ditafsirkan melalui kata-kata. Tetapi perasaan mampu mentafsirkan satu-satunya kalimah keramat ini. Terkadang perasaan ini memberikan penderitaan yang begitu melukakan, tetapi perasaan ini jugalah yang mampu memberikan kekuatan kepada insan. Dan yang pasti cinta akan terus memberi tanpa henti.

Cinta pertama berputik di hati Rasulullah s.a.w terhadap Saidatina Khadijah menjelaskan cinta sememangnya tidak berhenti memberi. Rasulullah dilamar Khadijah ketika mana baginda menjadi duta dagangannya ketika di usia mudanya. Sekalipun perbezaan usia mungkin menjadi nilaian oleh sebahagian mata, namun Rasulullah s.a.w mencintai Khadijah ikhlas hanya kerana Allah.

Oleh kerana cinta yang mendalam, pemergian isteri baginda Khadijah begitu memberikan kesan pada kehidupan baginda. Kesedihan sering bersama baginda sehinggakan isteri-isteri baginda yang lain cemburu melihat dalamnya cinta Rasulullah terhadap Khadijah.

Tetapi perasaan cinta akan terus memberi kasih sayang yang terbaik sekalipun Khadijah sudah tiada. Kerana terkenangkan Khadijah, Rasulullah selalu mengasihi anak-anak yatim dan selalu memberikan sedekah kepada anak-anak yatim untuk menyatakan kerinduan baginda kepada Khadijah.

Mungkin juga anda memahami cinta Rabiatul Adawiah yang agung. Kerinduan bertemu Allah SWT menjadikan dirinya memberikan sepenuh rasa cintanya di hamparan sejadah. Sehinggakan beliau sanggup mengetepikan keindahan dunia, dan memberikan cinta sucinya hanya untuk Allah. Cinta sejati tidak akan putus memberikan yang terbaik untuk yang dicintainya. Terpulanglah kepada siapa yang dicintainya.

Nak Buat Maksiat?? Kalau Berani Terima Syarat Ni, BUATLAH!!

Oleh : Zailina Mahmud

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangka n kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? " "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya. ?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

Kongsi : Panorama

Oleh : tok_busu

Cantiknya tempat2 ni.....
Boleh hilang segala stress.....
Damai dan mengasyikkan.



INDUSTRI GERAGAU

Posted in bebas by Rudy

http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Himpunan Pekerja 2009.

Seminar Pemikiran Dr. Burhanuddin.

ISA 'penyelamat' pemimpin pemerintah, bukan keselamatan negara - Presiden PAS

ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. - azm-HarakahDaily.Net-

Gerhana matahari separa di Malaysia esok

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA-mStarOnline-

Kuala Selangor, Sri Manjung catat kualiti udara tidak sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara sedikit merosot pagi ini dengan dua kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Bacaan IPU yang disiarkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi ini menunjukkan Kuala Selangor, yang berada dalam zon tidak sihat dengan bacaan IPU 106 semalam, kekal pada bacaan yang sama, manakala Sri Manjung yang berada dalam zon sederhana petang semalam, kini mencatat bacaan tidak sihat pada 104.

Bacaan IPU juga menunjukkan sebanyak 40 (80 peratus) daripada 50 kawasan yang dipantau di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU antara 51100, iaitu dalam zon sederhana, berbanding hanya 32 kawasan (64 peratus) petang semalam.

Antara kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Muar, Johor (81), di Selangor Petaling Jaya (84), Country Height, Kajang (87), Pelabuhan Kelang (94) sementara di Kuala Lumpur Batu Muda (94) dan Cheras (86).

Lapan kawasan lagi mencatat kualiti udara sihat termasuk Kangar, Perlis (36), di Sabah Keningau (42), Kota Kinabalu (39) dan Tawau (27), Limbang, Sarawak (32) dan Wilayah Persekutuan Labuan (41). BERNAMA-mStarOnline-

40 orang awam akan dipanggil bantu siasatan kematian Teoh

KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam akan dipanggil untuk membantu siasatan kes kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lepas, kata kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.-MstarOnline-


Jangan benci PAS kerana mengikut Norman

Oleh : Zamri Keciks

Norman Fernandez adalah seorang peguam dan beliau sebagaimana ramai rakyat Malaysia hari ini memiliki blognya sendiri. Saya tidak pernah mengunjungi blog beliau sehinggalah dimaklumkan oleh kawan-kawan tentang posting terbarunya yang dikira “panas”.

Posting terbarunya itu berbunyi: “Bila kerajaan PAS robohkan gereja”.

Dimuatkan beberapa keping gambar gereja orang asli di Kg Jias, Gua Musang, Kelantan. Kemudian ditulis dalam postingnya itu:

“Pada 16 Julai 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Tuan Mohd Azlan Hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah Orang Asli. Mahkamah telah memerintahkan bahawa ketiga-tiga Defendan membayar ganti-rugi.”

Gambar dari blog Norman

Kes ini merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh Pejabat Daerah Gua Musang pada 4 Jun 2007 lalu iaitu merobohkan sebuah binaan haram dalam kawasan pentadbirannya setelah memberikan notis dan makluman.

Norman menulis lagi:

“Alasan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan ini adalah kerana Orang Asli Kg Jiras yang beragama Kristian telah membina bangunan ini sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa. Tetapi hakikat sebenarnya ialah bangunan itu dirobohkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana ia adalah sebuah gereja.”

Sebagai seorang peguam saya pasti beliau berhati-hati dalam penulisannya tetapi saya yakin ayatnya yang kedua itu agak provokatif dan cuba membuat tohmahan dan memanaskan hati dan telinga pembacanya.

Hakim tidak pula memutuskan bahawa PBT Gua Musang didapati bertindak jahat sehingga sewenang-wenang merobohkan bangunan gereja itu semata-mata kerana ia gereja! Malah Norman menambah lagi pandangannya dengan menyebut:

“Adakah pihak berkuasa tempatan akan merobohkan bangunan tersebut jika Orang Asli Kg Jiras mendirikan rumah ibadat agama lain yang disenangi pihak berkuasa dan kerajaan PAS? Malahan apabila pihak berkuasa menyatakan kesedian untuk membina sebuah balai raya (dan bukannya membina gereja) menggantikan gereja yang diroboh ditempat lain untuk Orang Asli Kg Jiras, ini menunjukkan dengan jelas betapa kurang senang PAS melihat kehadiran sebuah gereja.”

Sebenarnya semasa saya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Presiden PAS dahulu, semasa kejadian ini sejurus mengetahuinya saya segara menghubungi SETPOL Tuan Guru MB Kelantan untuk emndapatkan penjelasan selain rakan-rakan lain dalam PAS Kelantan. Ternyata tindakan PBT Gua Musang itu adalah tindakan pentadbiran yang tidak ada kena mengena dengan apa-apa tekanan politik. Saya malah ditujukkan notis-notis yang telah dikeluarkan oleh pihak PBT Gua Musang.

Norman ternyata cuba menggambarkan seolah PAS benci kepada gereja dan akan merobohkan apa sahaja binaan gereja sekiranya ia berpeluang. Gambaran ini sudah pastilah tidak tepat dan sangat tidak adil terhadap PAS.

Saya juga punya maklumat tentang persengketaan antara masyarakat Orang Asli yang beragama Islam (yang khabarnya majoriti di sana) dan yang beragama Krisitian di sana. Tetapi menulis dan mengadu-domba hal ini hanya akan mengeruhkan hubungan dan mencetusdkan perasaan syak wasangka dikalangan rakyat Malaysia yang berbeza agama.

Mahkamah telah membuat keputusan, ia dapati tindakan PBT Gua Musang salah dan ia perlu bayar pampasan. Mengapa kita bangkit dan heretkan sentimen agama dalam hal ini? Mengapa kita perlu kaitkan kononnya inilah tindakan PAS yang sememangnya benci pada Krisitian?

Saya pernah menulis dalam satu posting saya tentang satu cerita yang dibawa oleh sahabat saya Sdr Hu Pang Chau dari Kelantan. Ia tiada kaitan dengan kejadian di Gua Musang di atas tetapi sekadar mahu menzahirkan kebenaran.

Hu pernah menceritakan saya tentang satu insiden di Kota Bharu yang melibtakan Tok Guru MB Kelantan dan sebuah gereja di Kota Bharu. Saya ingat gereja itu kerana saya pernah menghadiri tadikanya ketika kanak-kanak dahulu (sekitar tahun 60an). Gereja itu adalah The Church of Our Lady Fatima. Di atas bagunan komplek gereja ini terdapat satu binaan salib yang besar.

Tok Guru MB Kelantan akan melalui jalan gereja ini setiap hari bagi menuju ke pejabatnya. Ringkas cerita satu hari Tok Guru perasan bahawa binaan salib itu telah tiada. Menurut Hu beliau segera memanggil para pegawai termasuklah tak silap salah seorang EXCOnya. Beliau arahkan untuk disiasat adakah pihak PBT telah bertindak menurunkan salib itu dan jika betul mengapa.

Akhirnya setelah disiasat pihak gereja memaklumkan bahawa salib itu diurunkan oleh mereka sendiri kerana komplek gereja melalui proses pengubahsuaian.

Moralnya begitulah prihatinnya seorang MB PAS terhadap kebajikan rakyatnya termasuklah penganut agama lain. (bukan hanya di Kelantan malah di Kedah dahulu Terengganu termasuklah Selangor dimana sahaja PAS punya kuasa) Bagi saya Norman keterlaluan dalam menuduh secara umum bahawa PAS memang bencikan agama lain dan akan bertindak sesuka hatinya jika berpeluang.

Janganlah membantu pihak yang bencikan PAS dan Islam. Dapatkan gambaran sebenarnya tambahan sebagai seorang profesional sepatutnya fakta dan bukan emosi yang dijadikan bahan hujah dan tulisan.

Misteri Batu Hajar Aswad

Oleh : Wan Sanusi Wan Ali

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian
Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : "Planet
Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet,tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

JEMPUTAN KE SEMINAR KEPENGGUNAAN 2009

Oleh : Zamri Keciks

Sempena sambutan Pelancaran Perayaan Hari Pengguna Malaysia Di Padang MPK, Kuatan, Pahang Pada 23hb Julai Hingga ke 26hb Julai Tahun 2009, Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) akan menganjurkan beberapa siri seminar khas bagi berkongsi maklumat penting dan pendedahan Isu - Isu utama dan amat penting.

Antara isu yang akan didedahkan adalah berkaitan penipuan yang dilakukan oleh para peniaga terhadap para pengguna. Isu yang dimaksudkan antanya adalah penipuan:-

a) MLM Sindikit Nigeria, duit US
c) Parcel dari luar Negara
d) Wasiat dari luar Negara
e) Pembelian debu emas
f) Gores dan Menang
g) Cabut dan menang
h) Mesin Vending air, kad telefon
i) Kad kredit Kad ATM
k) Ceti Haram
l) Percutian
m) Workshop kereta Ubat-ubat Barang tiruan
p) Bahan gantian tiruan
q) Penipuan harga barang di supermarket
r) Barang-barang impot tidak berkualiti
s) Barang makanan haram
t) Perkhidmatan tidak bermutu

Jika anda merasakan anda memerlukan maklumat dan tip dalam perkara di atas, ikutilah seminar yang akan dianjurkan ini. Para pelajar juga harus mengambil peluang bagi meningkatkan ilmu kepenggunaan sebagai melindungi mereka dalam urusan harian. Sesungguhnya, setiap hari pengguna diperguna dan ditipu. Maklumat penting mengenai perkara-perkara berkaitan kepenggunaan begitu banyak memperdayakan ramai para pengguna Malaysia. Datanglah ke seminar yang dianjurkan oleh PPIM. Untuk maklumat lanjut hubungi 019-359 1000 atau 019-238 4000 atau layari laman web PPIM http://www.muslimconsumer.org.my//ppim/news.php

Seminar peringkat Wilayah Persekutuan akan berlangsung pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 ( 29 Rejab 1430H )
Tempat : Dewan Bunga Raya, Tingkat 25,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
100 Putra Place, Jalan Putra, KUALA LUMPUR

Seminar Alam Sekitar Peringkat Negeri Sarawak akan dijalankan pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 ( 29 Rejab 1430H )
Tempat : Dewan Pusat Kemahiran Pembangunan Sarawak, Kuching
(International College Of Advance Technology Sarawak – ICATS)

Kepada yang berminat, hubungi urusetia seminar En Adnan di talian 012-8554976.


Seminar Kepenggunaan 2009 peringkat Putrajaya akan dijalankan sekitar bulan Ogos 2009 pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian. Hubungi sekretariat 019-238 4000 atau 019-359 1000 untuk tempahan tempat.

CHINA FROM THE SKY

Email Oleh : allysha nadia