19 July 2009

Himpunan memperingati kematian Teo Beng Hock di ganggu polis.

Oleh : http://alhusseyn51.blogspot.com/

18 Julai, Ipoh : Sebagai memperingati dan memprotes diatas trajedi kematian penuh misteri seorang pembantu Exco Negeri Selangor,mendiang Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009 , Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan suatu perhimpunan menyalakan lilin berhampiran dengan Wisma DAP disini malam tadi.

Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh misteri.Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa.

Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.

Dalam ucapannya mengenai isu kematian misteri tersebut Lim Kit Siang berkata, “ Siapa yang akan percaya , Teoh, 30 , akan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM , sedangkan dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang guru, Soh Cher Wei, 28 pada keesokannya dan Soh sedang mengandung dua bulan?”

“Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan Negara”

Lim berharap dapat menemui PM Najib Tun Razak sekembalinya dari luar negeri dalam masa yang terdekat ini.

Perhimpunan yang sederhana itu turut dikawal rapi dan dipantau oleh pasukan keselamatan yang membenarkan majlis tersebut berjalan sehingga jam lebih kurang 10.30malam.

Menangis itu indah

Al-Irsyad Surabaya"

Sahabat, Ada sepenggal cerita dari sahabat Ibnu Mas’ud. Suatu saat Rasulullah saw berkata kepadanya, “Bacakan padaku Alquran!” “Bagaimana mungkin kubacakan Alquran untukmu, bukankah ia turun kepadamu?” jawab Ibnu Mas’ud. “Benar, namun aku ingin sekali mendengarnya dari orang lain,” jawab Rasulullah saw. Lantas Ibnu Mas’ud pun membaca surah An-Nisa’ hingga ayat (41) berikut: Bagaimanakah jika dari tiap umat Kami datangkan seorang saksi dan Kami bawa engkau sebagai saksi atas mereka.

Mendengar ayat tadi, Rasulullah pun bersabda, “Cukup, cukup sampai di sini…” Dan sekonyong-konyong air bening berleleran dari dua kelopak mata Beliau, menangis (HR. Bukhari).

Boleh jadi Sahabat, karena kita terlalu sering mendengar tangisan atau menyaksikan linangan air mata, sehingga peristiwa menangis dipandang biasa-biasa saja dalam kehidupan kita.

Padahal, menangis, sungguh, merupakan salah satu simbol dari tingkatan spiritualitas seorang hamba, yang tidak hanya terbatas sebagai ekspresi dari rasa sedih, kecewa, dan menyesal, tapi juga sebagai luapan rasa rindu yang menggebu dari seorang hamba kepada Khalik-nya.

Menangis adalah ungkapan paling jujur tentang suara batin manusia, yang melambangkan kepasrahan total seorang hamba pada Rabbnya.

Itulah sebabnya isak tangis gampang sekali menetes ketika ada kematian seseorang. Menangis adalah fenomena universal yang menghinggapi manusia sejagat; menangis juga merupakan peristiwa yang sangat manusiawi sekali, yang tidak hanya menimpa kita selaku manusia biasa, tapi juga seorang Nabi — sebagaimana terekam dalam kisah di atas.

Bahkan Sahabat, Rasulullah dikenal sebagai orang yang mudah sekali melelehkan air mata, yang juga ketika ditinggal mati istrinya tercinta Siti Khadijah dan anaknya Ibrahim dengan, tanpa meraung dan menjerit-jerit. Sebab, memang dilarang.

Sebagaimana halnya Rasulullah, bagi kita umat Islam menangis tidak hanya terhenti pada aspek manusiawinya belaka, tapi bagaimana ia juga tetap berdimensi agama, yang memantulkan ketaatan seorang hamba kepada Khalik-nya. Maka menangis menjadi amat sakral, yang semestinya tak pernah ada sebutan “air mata buaya”. Sebab, buayapun belum tentu pernah menangis. Karena menurut Abdullah Yusuf Ali — penulis The Holy Quran, menangis adalah ungkapan dari perasaan yang benar-benar khusyuk yang mudah tersentuh oleh kebenaran halus dan agung yang datang menyelinap ke dalam kalbu.

Suami terbaik.

Oleh : Udin

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Zina itu biasa?

Email : OraNg KaMpoNg

Hamil sebelum perkahwinan "perkara biasa, tolong jangan pandang serong,"

Ini adalah petikan kata-kata ayah kepada seorang setiausaha politik yang meninggal kerana terjatuh di bangunan SPRM selepas ia mengetahui bakal menantunya itu sedang mengandung dua bulan hasil perhunbungan dengan anaknya.

Sememangnya perhubungan seks sebelum perkahwinan bagi masyarakat cina sudah menjadi kebiasaan dan tidak dianggap menjadi kesalahan yang besar. Malah tiada batasan dalam pergaulan lelaki dan perempuan yang tanpa hubungan perkahwinan.

Budaya pergaulan bebas ini bukan hanya menular di kalangan masyarakat cina sahaja, malah ianya sudah menjangkiti masyarakat Islam. Di mana-mana kita dapat melihat remaja-remaja kita berpeleseran dengan pasangan masing-masing tanpa rasa segan silu. Bahkan ramai yang merakam perhubungan intim mereka melalui telefon dan menyebarkannya kepada orang lain tanpa rasa malu dan bersalah.

Berkasih sayang sebelum kahwin ini sedikit demi sedikit telah menjadi budaya kita umat Islam di Malaysia. Ianya seolah-olah diterima sebagai sebahagian lumrah hidup yang tidak dapat di elak. Ini dapat dilihat melalui arus perkembangan media semasa. Kebanyakan drama dan filem sekarang dilihat mempromosikan budaya cinta dan kasih sayang, begitu juga rancangan-rancangan realiti, iklan-iklan, majalah dan sebagainya.

Allah Taala telah memberi panduan melalui firmannya:

ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا

Jangan kamu dekati zina (perbuatan yang menjurus kepada zina) sesunggunya (zina) itu adalah perbuatan yang keji dan jalan kehidupan yang buruk

Budaya zina ini telah diingatkan oleh Allah sebagai budaya buruk dan hubungan seks tanpa kahwin itu adalah perbuatan keji dan berdosa besar. Tetapi malangnya ianya telah semakin berakar umbi dalam masyarakat kita. Sudah ramai yang tidak segan silu mengamalkan budaya zina ini di mana sahaja.Bahkan kita sendiri yang sedar tentang kemungkaran ini pun tidak dapat melakukan sesuatu untuk mengubah budaya ini. Hanya dengan sekadar mengadakan ceramah dan kuliah agama yang hanya terbatas dalam kelompok kecil sahaja.

Sedangkan promosi budaya zina amat meluas dan tidak terkawal malah memasuki rumah-rumah kita meresapi jiwa anak-anak muda kita setiap masa dan ketika.

Apakah yang perlu kita lakukan? Kita sebagai umat Islam perlu melakukan sesuatu lebih ampuh untuk mengatasi masalah ini. Bukan hanya sekadar mengeluh dan meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.

Marilah kita sama-sama mengerah fikiran kita

Dari web sahabat lama abi : abmuaz

Pengeboman di Jakarta : PAS utus takziah kepada Presiden Susilo

KUALA LUMPUR, 18 Julai :- PAS menghantar perutusan takziah kepada Kerajaan Indonesia dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berikutan kejadian pengeboman di Hotel Ritz-Carlton dan JW Marriot Jakarta hari ini.

Serentak dengan itu, Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, PAS mengutuk pengeboman yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan 53 yang lain.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terbabit dengan pengeboman tersebut.

"Tindakan (mengebom orang awam) tanpa perikemanusiaan bertentangan dengan ajaran Islam, membunuh serta mencederakan orang awam secara membabi buta adalah amat dikesali dan dikutuk oleh Islam," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, PAS katanya, menyeru seluruh umat Islam dan warga Indonesia supaya bersabar menghadapi cabaran besar tersebut.

"PAS sekali lagi menegaskan sikapnya bersama-sama dengan partai Islam lain di Indonesia seperti PKS dan PPP melahirkan kekesalan dan simpati kepada keluarga mangsa dari pelbagai negara," ujar beliau.

Harakahdaily.

SAIF terbakar,0.5 juta ditaksir rugi

JERAI, Kedah, 18 Julai- Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak, dekat sini terbakar jam 10.00 pagi tadi (17 Julai) menyebabkan kerugian anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

Menurut Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad, kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah

Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

Pihak Bomba dari Guar Chempedak dan bomba sukarela termasuk dari Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran dan berjayakan selamatkan bangunan surau serta asrama pelajar yang berada bersebelahan.

Menyedari kepulan asap yang tebal di bilik darjah selepas diberitahu pelajar, Musoddak yang berada di pejabat bergegas ke tempat tersebut dan mendapati api telah marak.

Katanya, pihak Lembaga tadbir mengadakan mesyuarat tergempat jam 1.00 petang tadi dan memutuskan memberi cuti kepada semua pelajar sehingga 27 Julai ini.

Dalam pada itu, ujarnya, bagi menggantikan dua buah bilik darjah yang musnah pihak sekolah akan memasang khemah sebagai bilik darjah sementara.

Sehubungan itu, tambahnya, pejabat sementara sekolah akan ditempat di tingkat bawah bangunan Tabung Haji yang bersebelahan dengan sekolah.

SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006.

Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf.

Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail (019- 4227323).Siasahdaily/-

Pakatan Rakyat Perak bantah kematian pembantu Exco Selangor dalam keadaan misteri.

17 Julai, 2009 Ipoh : Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan satu sidang akhbar pagi tadi bertempat di Wisma DAP , Medan Istana, Bandar Ipohraya.Sidang akhbar tersebut diadakan ekoran kematian dalam keadaan misteri Teoh Beng Hock, pembantu salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor , yang telah didapati mati akibat jatuh dari bangunan Wisma Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor petang kelmarin setelah memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Hadir dalam majlis tersebut ialah beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak. Antaranya ialah DS Nizar Jamaluddin, Datuk Ngeh Khoo Ham, Ngah Kor Meng, Drs.Khalil Idham Lim , Hj Mohd. Zainudin, Hj Hussin Din , Misbahul Munir, Chan Ming Kai,Leong Mee Meng dan sejumlah hampir 20 orang ADUN Pakatan Rakyat yang hadir..

DS Nizar berkata, “ Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan tanda tanya yang amat besar kerana beliau dijangka mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini.”

“Takkanlah orang yang sedang berasa seronok hendak berkahwin mahu membunuh diri?” tanya Nizar.

Nizar menuntut supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tragedi tersebut supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Sidang pagi ini adalah sebagai menunjukkan solidariti kita , Pakatan Rakyat, merakamkan rasa sedih dan protes keatas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku,” tambah Nizar.

Nizar meminta rakyat supaya membuka mata keatas kezaliman agensi-agensi kerajaan yang kerap kali berlaku.

“ Walaupun laporan demi laporan telah dibuat, namun tidak ada apa-apa yang dilakukan,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menghantar satu memorandum kepada SPRM sejurus selepas sidang media tersebut diadakan.

Selesai sahaja sidang akhbar itu, semua ADUN pakatan Rakyat telah bejalan kaki bersama rombongan untuk menyerahkan memorendum kepada pihak SPRM di pejabatnya yang terletak sekitar 1 kilimeter dari Wisma DAP tersebut.

Kehadiran hampir 50 orang rombongan yang diketuai oleh Dato' Ngewh Khoo Ham itu sempat mencuri perhatian dari pihak polis dari balai yang berdekatan untuk datang mengawal keadaan dengan jumlah pegawai sekitar 6 orang.

Memorendum telah diserahkan kepada pihak SPRM dan semasa memberi kenyataan ringkas kepada media sesudah itu, Dato' Ngeh menjelaskan inilah bukit bahawa Pakatan Rakyat tidak menimbulkan kekecohan sehingga selamat sampai ke SPRM dengan berjalan kaki dalam keadaan aman kalau tidak diganggu oleh pihak keselamatan.

Memorandum kepada SPRM

PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Bahagian sekretariat : 48A, Medan Istana 1, Bandar Ipohraya, 30000, Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531532 Fax : 05-2535803
____________________________
17-7-2009

Kepada :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
( Cawangan Negeri Perak )
Jalan Bukit Gantang Wahab,
Ipoh, Perak.

Tuan,

Per : KES KEMATIAN SDR TEO BENG HOCK ( 30 tahun ) semasa dibawah siasatan SPRM pada 16/7/2009

Pihak kami merujuk kepada kejadian tersebut di atas.

Sebagaimana sedia maklum, sdr Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli EXCO Selangor telah didapati meninggal dunia di perkarangan bangunan ibu pejabat MACC Selangor pada 16-7-2009 semasa beliaau dibawah tahanan dan siasatan pihak tuan sebagai seorang SAKSI membantu siasatan.

Pihak Kami memandang amat serius atas kejadian ini khususnya ia melibatkan seorang saksi yang membantu siasatan dan adalah wajib serta menjadi tanggungjawab pihak Tuan menjaga keselamatan saksi dibawah jagaan pihak tuan semasa dibawah siasatan.

Pihak kami meminta supaya persoalan-persoalan berikut diberi penjelasan yang jelas dan ketara demi membela kepentingan orang ramai serta keluarga mendiang Saudara Teo Beng Hock :-

1. Sebagai seorang saksi dan bukan suspect, apa sebab beliau diminta siasat dan beri kenyataan pada waktu malam?

2. Apakah tindakan pihak Tuan untuk melindungi keselamatan saksi yang membantu siasatan dan menjamin kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi?

3. Apakah rancangan serta tindakan pihak tuan untuk memberi pampasan kepada keluarga mendiang Sdr Teh Beng Hock?

4. Adakah pihak Tuan sedia untuk memohon maaf terhadap keluarga beliau?

5. Apa sebab MACC Selangor hanya menyiasa 7 orang ADUN di mana semuanya dari Pakatan Rakyat dan berketurunan cina sahaja? Bagaiman pihak Tuan boleh mengelakkan persepsi negatif orang umum bahawa ia adalah satu tindakan berbau politik dan penuh dengan diskriminasi kaum?

6. Apakah penjelasan pihak Tuan bahawa seorang pemuda yang akan berkahwin tidak lama lagi mempunyai hasrat untuk membunuh diri jika kes ini bukan kes bunuh?

7. Sejauh mana pihak Tuan sudah siasat dan ambil tindakan terhadap kes-kes lain seperti mahligai Khir Toyo di Shah Alam, kes Port Klang Free Zone (PKFZ), pembelian saham ECM Libra oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin sebanyak RM9.2 juta, kes rasuah yang diumumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka serta kes-kes lain yang melibatkan jutaan mahupun berbilion ringgit wang rakyat?

8. Semua laporan terhadap salah laku, penyelewengan serta rasuah yang disyaki melibatkan Barisan Nasional di Perak tidak nampak apa-apa tindakan undang-undang yang wajar dan antara contoh kes:-

(i) Kes laporan ADUN Jelapang, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang derhaka kepada rakyat dan melompat ke Barisan Nasional. Apa sudah berlaku?

(ii) Kes keruntuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang menelan be;anja RM4.9 juta di bawah pentadbiran Barisan Nasional, apa sudah berlaku?

(iii) Kes perlantikan 3 orang penasihat Menteri Besar yang bertaraf EXCO yang tidak ada peruntukan sedemikian mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak oleh Dr. Zamry Abdul Kadir, apa sudah berlaku?

(iv) Kes tanah pertanian limau Tambun yang melibatkan bekas EXCO Pertanian Negeri Perak, Datuk Radzi Manan dan kemudian dijual dengan berjuta-juta ringgit, apa sudah terjadi?

Pihak kami berpendirian tegas bahawa institusi kerajaan mesti berkecuali dan TIDAK BOLEH SAMA SEKALI dipealatkan untuk menindas, mencabul penghormatan, menganiayai mana-mana individu atas fahaman polotik yang berbeza dan pihak kami berpendapat bahawa atas kegagalan dan dari siri tindakan pihak tuan, reputasi dan integriti SPRM sudah terjejas dan hampir tidak wujud lagi.

Kami pohon penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak

Kematian Teoh: Polis panggil 17 pegawai SPRM

Polis telah mengambil kenyataan daripada 23 saksi, termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati Khamis lalu selepas memberi keterangan kepada SPRM.

Teoh disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan ADUN dan exco Selangor.

"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, lapor Bernama.

Khalid berkata polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Bercakap kepada media di Kuala Langat, beliau berkata satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.

Sementara itu, Khalid berkata, keputusan awal laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh mendapati dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.

Bagaimanapun katanya, polis belum menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kematian Teoh yang merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Khalid berkata, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi. Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," katanya.

Malaysiakini.

Kabinet akan bincang penubuhan s'jaya diraja

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dalam mesyuaratnya akan datang.

Katanya pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya, dan ia akan diputuskan oleh kabinet nanti.

Beliau berkata demikian semasa mengulas desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh, lapor Bernama.

Kematian Teoh, 30, Khamis lalu, menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh hari ini, Muhyiddin berkata, kes berkenaan kini disiasat oleh polis.

Sementara itu, ketua penyelaras BN, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata hanya penjelasan dan siasatan yang meyakinkan akan memuaskan rakyat berhubung misteri kematian Teoh.

Katanya, rakyat mahu satu jawapan yang jelas bagaimana mendiang Teoh mati walaupun kejadian dikatakan berlaku selepas soal siasat oleh SPRM.

Penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan berupa langkah yang boleh meyakinkan rakyat selain mendapatkan penjelasan SPRM dan siasatan polis, katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau berkata keyakinan itu kerana suruhanjaya diraja mempunyai kuasa untuk memanggil sesiapa sahaja dalam proses siasatannya.

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang. Demikian satu laporan dari malaysiakini hari ini.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

SUDAH DIBERI AMARAN AKAN AKIBATNYA KALAU TERSALAH UNDI....

ANDAINYA RAKYAT MEMILIH PAKATAN RAKYAT HARI ITU SUDAH PASTI SEMUA INI TIDAK BERLAKU. SUDAH DIBERI AMARAN AKAN AKIBATNYA KALAU TERSALAH UNDI....

INILAH YANG SEDANG BERLAKU......

Kabinet kaji kadar tarif baru elektrik Oleh Azrina Ahzan dan Sharifah Salwa Syed Akil
bhnews@bharian.com.my
Dikuatkuasa Ogos jika lulus

PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membincangkan cadangan kenaikan kadar tarif elektrik baru pada Rabu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata Kertas Kabinet mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk perbincangan dan kelulusan.

Katanya, kenaikan itu dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu lagimenampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana kementerian mempunyai mekanisme khusus untuk meringankan beban mereka.

"Kertas kerja mengenai kadar tarif baru elektrik itu sudah diluluskan Majlis Penasihat Ekonomi Negara baru-baru ini dan kementerian perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet sebelum boleh mengumumkannya.

"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana kerajaan dan TNB sudah tidak mampu menampung kos subsidi berikutan ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran logo baru kementeriannya di sini, semalam.

Kelmarin, Chin dilaporkan berkata, kadar tarif baru elektrik akan diumumkan tidak lama lagi kerana kajian mengenainya sudah siap.

Kali terakhir kerajaan mengumumkan tarif elektrik ialah pada 1 Mac lalu dan ia membabitkan penurunan antara 2.5 peratus hingga lima peratus.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan promosi teknologi hijau dalam usaha menggalakkan penggunaannya di kalangan orang ramai dan industri.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu berkata, pihaknya berharap tarif baru itu tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kita tahu kenaikan ini tidak dapat dielakkan tetapi jika benar ada kenaikan ia tidak sepatutnya menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Jika ada, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat tidak terus dibebani kenaikan ini.

"Mungkin juga kerajaan boleh memberikan permit teksi individu kepada golongan ini bagi memastikan mereka tidak terus berdepan dengan masalah kewangan," katanya ketika dihubungi.

Marimuthu berkata, rakyat boleh melakukan sesuatu sekiranya tidak mahu terus dibebani dengan kenaikan tarif baru elektrik kerana kuasa ada di tangan mereka dan sebagai pengguna mereka boleh berbuat sesuatu dengan berjimat cermat.


Tambang baru teksi bermula RM3
16/07/2009 1:12pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini mengumumkan kadar baru untuk tambang teksi di Lembah Klang.

Beliau berkata, kadar baru ini akan bermula dengan RM3 untuk satu kilometer yang pertama berbanding dahulu iaitu RM2.

Katanya, bagi jarak pula setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen berbanding dahulu 10 sen untuk setiap 150 kilometer.

Selain itu, untuk keadaan teksi ketika tidak bergerak pula, kadarnya sekarang adalah 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu 10 sen untuk 45 saat.- Utusan.


Tambang bas sekolah berhawa dingin naik 30 peratus
16/07/2009 2:38pm
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di sini hari ini.

- BERNAMA

'Kadar tambang baru terlalu tinggi'

KUALA LUMPUR: Orang ramai, khususnya ibu bapa pelajar berasakan kadar kenaikan tambang bas sekolah yang diumumkan kelmarin, terlalu tinggi dan membebankan keluarga mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.

Serentak itu, mereka meminta kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana berpendapat pengumuman terbabit adalah tidak sesuai ketika orang ramai terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barangan ketika kegawatan ekonomi.

Peniaga roti canai, Mohd Dalizan Yusuf, 29, berkata beliau tidak setuju kerana kenaikan tambang berlaku ketika kegawatan ekonomi dunia, walaupun tempiasnya di negara ini masih belum begitu ketara.

Katanya, kebanyakan pengguna pengangkutan awam terutama bas henti-henti dan bas sekolah, terdiri daripada golongan berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap, yang pastinya akan menambah beban mereka.

"Kenaikan tambang bas sekolah pasti akan memberi kesan kepada mereka yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan menggunakan kemudahan berkenaan," katanya.

Guru Tabika Kemas, Sarbiah Ngah, 47, berkata beliau tidak bersetuju dengan kenaikan tambang itu kerana ia membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

"Kenaikan tambang bas sekolah tidak praktikal pada masa sekarang kerana situasi ekonomi tidak begitu memberangsangkan dan pastinya membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya yang mempunyai tiga anak yang bersekolah.

S Saraswathy, 29, berkata beliau kecewa dengan kenaikan tambang bas sekolah kerana ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih berbanding pendapatan yang diperoleh setiap bulan.

"Pendapatan yang diterima masih sama tetapi perlu mengeluarkan lebih banyak belanja," katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat pembersihan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pergerakan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, berkata kerajaan perlu memastikan pengusaha pengangkutan awam meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya seimbang dengan kadar tambang baru.

Katanya, jika tiada perubahan perkhidmatan itu, kerajaan perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha, termasuk tidak memperbaharui permit.

"Pengguna tidak akan merungut jika perkhidmatan yang disediakan memuaskan. Jika selepas ini pengusaha masih menggunakan bas buruk dan tidak selesa, kerajaan perlu bertindak tegas," katanya.

Perasmian Karnival Makan Durian,Menggantikan Tn Hj Mat Sabu

Asalammualaikum wbkt YB

Mudah-mudahan YB sekeluarga berada di dalam sihat sejahtera,pertama-tamanya saya bersyukur kehadrat ilahi dapat khabar gembira daripada Tn Hj Zakaria Pembantu YB memberitahu YB insyaallah dapat hadir menjayakan program ini.Kerana kami sudah jenuh mencari pengganti Tn Hj Mat Sabu yang terpaksa ke London atas urusan lain yang tidak dapat di elakan.

Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB kerana sudi untuk menjayakan majlis in insyallah.Programnya seperti berikut:

Tarikh : 19 Julai 2009 (AHAD)
Masa : 10.00 pg
Tempat : Padang Permainan Taman Pauh Indah,Taman Pauh Indah Permatang Pauh
(Hadapan Politeknik Seberang Perai)
Perasmi : YB Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong,Parit Buntar Perak)

Anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh dan PAS Cawangan Taman Pauh Indah.

Email : Jamsari Samad, Ketua Cawangan merangkap AJK Kawasan dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan

Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah

www.iluvislam. com/Yussamir Yusof
Editor: arisHa27

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”

(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."

(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan .

Tuntutan CUEPACS

Email : anuarani

ANDAINYA RAKYAT MEMILIH PAKATAN RAKYAT HARI ITU SUDAH PASTI SEMUA TUNTUTAN SEPERTI INI AKAN DI TUNAIKAN. INSYAALAAH. NAMA PUN NEGARA KEBAJIKAN

Tuntutan CUEPACS

Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang

KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaanberdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.

Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.

Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

Tuntutan lain ialah:

Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. - Bernama

Bila kematian tidak lagi menginsafkan

Oleh :Ummu Waheedah

Manusia lahir setiap hari dan manusia mati setiap hari. Itu adalah fenomena alam kata sesetengah pihak.Tak ada apa yang pelik pada kematian atau kelahiran. Kelahiran adalah permulaan dan kematian adalah akhirnya sebuah kehidupan. Biasa sahaja, tetapi kebanyakan manusia meraikan kelahiran dan kematian dengan cara yang berbeza. Kelahiran disenangi manakala kematian ditangisi.

Namun tidak dinafikan ada manusia yang istimewa bermula dari saat kelahirannya sehinggalah saat kematiannya. Tentulah kelahiran para rasul merupakan suatu fenomena yang istimewa dan kematian mereka suatu tragedi kepada ummat mereka.Sesetengah manusia ada yg diistimewakan kelahirannya dan ada juga yang disanjung ketika matinya.

Kematian golongan artis seperti Michael Jackson baru-baru ini (2 Julai 2009) nampaknya suatu yang istimewa bagi media hiburan.Bukan sahaja berita berulang-ulang , malah berita yang disensasikan dengan khabar2 angin dan 'teka-teki' tentunya berjaya melariskan akhbar,itulah istimewanya segelintir manusia walaupun semasa kelahirannya mungkin tak ada siapa yang peduli.

Kelmarin salah seorang jiran saya juga telah kembali kepangkuan penciptaNya. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.. sampai ajal setelah diberikan usia yang panjang mencapai hampir 90 tahun. Sesungguhnya kematian kita tak dapat kita rancang atau ramalkan. Ada orang mahukan kematiannya disaksikan oleh anak cucu. Tetapi Allah s.w.t mempunyai rancanganNya tersendiri. Jika ditakdirkan mati seorang diri maka itulah ketentuanNya walaupun telah melahirkan 10 orang nak sekalipun.

Hari ini upacara tahlil diadakan tetapi dikhaskan untuk kaum lelaki , kaum wanita ada aktiviti menyediakan makanan dan dijemput untuk makan-makan. Saya telah tersalah mendapat maklumat, sangka saya,saya dijemput untuk turut sama bertahlil rupanya hanya dijemput makan-makan. Maka saya minta diri setelah melihat hidangan aneka macam jenisnya tak ubah menjamu selera kenduri kesyukuran. Rasanya tak layak saya datang hanya untuk menjamu selera dan bukan itu tujuan saya. Saya sudah menziarahi keluarga tersebut semalam di surau perumahan kami.

Sepanjang melangkah pulang saya terfikir betapa kematian tidak lagi menginsafkan. Rasanya tidak salah jika diadakan tahlil lebih2 lagi jika ditambah dengan ceramah/syarah mengenai kematian dan adab2 yang perlu dipatuhi berkaitan cara mengendalikan mayat dan menghormatinya. Tetapi masyarakat kita terus taksub dengan tradisi bertahlil dan jamuan makan semata tanpa ada inisiatif untuk menambahbaikan tradisi yg ada.

Lebih malang lagi jika kematian seseorang diiringi dengan tribute/kenangan yang mengulang kembali kegemilangan dan maksiat2 yang pernah dilakukan oleh si mati. Bagaimana keadaan roh si mati yang sedang melangkah ke alam barzah itu, apakah arwah (roh-roh) tersebut aman damai berehat (rest in peace) atau sedang bertarung dengan berbagai cabaran baru?. Apakah roh-roh itu gembira melihat aktiviti yang tidak lagi bermanfaat baginya? Sementara yang hidup terus lalai, yg sudah mati tidak pula kembali untuk memberi peringatan.

Firmah Allah s.w.t dalam surah al-ankabut ayat 59 :-

"Setiap yg bernyawa pasti akan mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. " Apakah bekal kita bila kembali kepada tuhan kita nanti?

Mafhumnya "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [ali imran ayat 185]

Laman Nurani : PRK Manek Urai

Selepas keputusan diumumkan, banyak pihak membuat pelbagai rumusan dan analisa berkaitannya. Tidak kurang juga yang memuji Najib Tun Razak dan Barisan Nasional. Katanya populariti beliau meningkat kepada 65% selepas PRK Manek Urai. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pula berkata anak-anak muda sudah mula mendekati UBN dan memberi undi kepada UBN.

Sementara itu, ada yang berkata PAS telah retak, kepercayaan orang terhadap PAS sudah mulai berkurangan. Konflik-konflik yang melanda dalaman PAS menyebabkan populariti hilang. Apapun, dalam pengamalan demokrasi, yang menang tetap menang, dan yang kalah tetap kalah biarpun dengan satu undi.

Bagi saya, sifirnya amat mudah. PAS telah memperoleh sebanyak 5,348 undi manakala BN memeperoleh sebanyak 5,283 undi. majoriti kemenangan PAS adalah 65 undi sahaja. Bagi saya, 65 undi inilah menunjukkan kekuatan PAS yang sebenarnya di Manek Urai setelah diasak begitu hebat dengan wang dan sebagainya.

Berbalik kepada angka-angka tadi. masihkah kita ingat Arwah Pak Su Mail dalam pilihanraya umum 2008, beliau memeperoleh majoriti 1,352 undi dengan undi diperoleh 5,746. Manakala Zulkifli Omar memeproleh 4,394 undi. Oleh itu, cuba kita kira angka-angka ini. Berbanding PRU 2008, PAS kekurangan 398 undi manakala BN undi bertambah sebanyak 889 undi. Apa yang ajaibnya di sini. Jika 398+889 akan keluar jumlah 1,287 undi. Dan jika ditambah dengan 65 undi majoriti PAS menang dalam PRK ini, ia akan menghsailkan 1,352. Jumlah ini sama dengan jumlah yang diperolehi oleh Arwah Pok Su mail dalam PRU 2008.

Oleh yang demikian, PAS masih bertahan dengan 65 undi inilah. Bagi saya, Manek Urai ialah kubu Arwah Pok Su Mail, bukan kubu PAS seperti yang didakwa. Sebanyak 1,287 pengundi yang mengundi arwah dahulu adalah pengundi atas pagar yang segan dan menghormati arwah. Nak tak nak, undi juga arwah pada masa itu. Nah, sekarang dalam PRK, bukan Pak Su Mail yang tanding, bukan Zuki yang tanding. Kedua-dua parti meletakkan calon yang 'fresh'. Maka terserlahlah siapa sokong siapa.

Selain itu, apa yang saya nak katakan di sini ialah faktor penduduk manek urai yang rata-rata adalah peneroka Kesedar dan Felda yang sentiasa dikongkong oleh kerajaan pusat. Ini kerana kedua-dua agensi ini adalah dibawah kerajaan UBN. Kehidupan mereka adalah kebergantungan kepada ehsan Kesedar dan Felda. Hanya sedikit peratusan sahaja yang bekerja sendiri, menoreh getah yang tidak terikat dengan agensi ini.

Bagi pengundi luar pula, sebanyak hampir 10% penduduk Manek Urai berada di luar Dun. Pendapatan mereka rata-rata antara RM650 - RM1,500 sebulan. Mana tidak gelap mata jika pengundi-pengundi luar ini dibayar antara RM300 hingga RM1000 untuk pulang semata-mata mengundi BN. Itu dah dikira gaji sebulan. Banyak laman blog menceritakan hal membeli undi ini yang berlaku berleluasa semasa kempen dan shingga ke hari mengundi di Manek Urai. Sehinggakan telah memaksa PAS Kawasan Kuala Krai membuat laporan polis kes sogokan wang ini.

Disamping itu juga, apa yang paling hebat ialah janji seorang Timbalan Perdana Menteri untuk membina jambatan baru bernilai 7 juta. Masakan orang Manek Urai tak percaya, yang datang berjanji ialah seorang Timbalan Perdana Menteri, takkan pemimpin negara ini hendak menipu kita.

Maka, kita dapati seperti apa yang kita semua maklum. Serangan hebat dan diasak teruk dari segenap segi ini, hanya 65 undi mempertahankan Manek Urai. Inilah yang mampu meneruskan legasi PAS pada masa-masa akan datang di Manek Urai.

Kepada Abe Uji, ADUN Manek Urai, saudara memang hebat. Hanya seperkara yang saya hendak sampaikan kepada semua jentera parti PAS di Manek Urai. Manek Urai kubu Arwah Pok Su Mail, bukan kubu PAS. Oleh itu, mulai sekarang perhebatkan program-program tarbiyah kepada ahli-ahli PAS dan kepada seluruh penduduk supaya kita betul-betul bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti. Sebab dengan 65 undi yang kita perolehi, UBN tidak akan duduk diam. Jikalau dilaburkan tiap-tiap seorang RM1,000, maka jumlahnya baru RM65,000. Ingatlah.

Hanya dengan tarbiyyah yang mantap mampu menangkis pemikiran duniawi. Bukan kata kita tidak perlu buat agenda pembangunan dan pembaharuan, tetapi ingat pesan Tok Guru, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Kematian Teoh- Perhimpunan Rakyat di Stadium Kelana Jaya

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti �Perhimpunan Rakyat� untuk menuntut keadilan bagi mendiang Teoh Beng Hock yang mati di Plaza Massalam, Shah Alam pada Ahad, 19 Julai di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya jam 4.30 petang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pihak polis bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam dalam perhimpunan tersebut serta dapat memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

Beliau berkata, kerajan negeri akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.

Selain itu beliau menegaskan, kerajaan negeri menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian pegawai kerajaan Teoh Beng Hock di Plaza Masallam ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, proses siasatan wajar dianggotai panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab di atas kematian tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian proses itu penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

"Kematian Beng Hock menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan. Kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat," tegasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM dan arahan itu akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian mendiang Teoh. Harakahdaily

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP