13 July 2009

Tahniah kerana tiada kekecohan kali ini

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Sebelum penamaan calon di Pilihan raya kecil DUN Manik Urai, anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak bertindak di luar batasan dan sebaliknya mereka perlu mengutamakan perpaduan dan bersikap rasional dan profesional. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun PAS mengganggap Umno dan BN sebagai musuh utama, namun Umno dan BN tetap mengajak kepada perpaduan dan semangat 1Malaysia.

Kesan nasihat itu, kini suasana berkempen berjayan dengan baik tanpa ada masalah yang boleh dikaitkan dengan keganasan dan sebagainya. Hal ini diakui oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin sewaktu berada di Manik Urai. Tahniah diucapkan kepada Pemimpin Umno dan BN dan anggota masing-masing kerana berjaya merealisasikan demokrasi.

Persoalannya bolehkah keadaan ini dikekalkan sampai bila-bila dalam mana-mana pilihan raya akan datang. Adakah semua ini boleh direalisasikan hanya setelah pemimpin membuat arahan, baru didengari oleh ahli semua. Bolehkah ahli Umno menilai sendiri mana yang baik mana yang baik walaupun tanpa mendapat arahan pemimpin?

Tetapi pada masa yang sama, kita tidak pula dengar arahan yang seserius itu untuk ahli PAS. Memang ada juga arahan seumpama itu setiap kali berlaku pilihan raya, namun arahan itu sekadar mengulangi tradisi sebelumnya. Di sini timbul persoalan akan anggota PAS tidak membuat kekacauan pada hari penamaan calon dan kempen kerana menghormati arahan pemimpin BN atau arahan pemimpin PAS?

Logiknya, tidak mungkin mereka mendengar arahan pemimpin BN. Kalau hendak dikatakan mereka dengar arahan pemimpin PAS, kenapa pada kali ini boleh sedangkan pada pilihan raya sebelumnya tidak boleh patuh? Inilah yang perlu dianalisis.

Ya, kalau benarlah kekecohan dahulu itu dicetuskan oleh PAS, tentu keadaan itu menunjukkan mereka tidak patuh kepada pemimpin mereka. Tetapi kalau mereka menafikannya, sebaliknya mengaku mematuh arahan pemimpin, ada beberapa kemungkinan berikut:

1. Selama ini pemimpin BN tidak pernah memberi arahan dan nasihat seperti itu, atau nasihat juga tetapi seperti cakap-cakap terbuang.
2. Ahli Umno yang membuat kecoh dengan menggunakan orang lain untuk mengelirukan anggota polis.
3. Ahli Umno yang membuat provokasi untuk menimbulkan kemarahan ahli PAS.

Analisis ini sekadar membuka fikiran temanku dan pengunjung Fikrah Islamiah. Saya bukan menuduh tetapi kalau benar begitu, tahniah sekali lagi kepada pemimpin BN. Semoga keinsafan itu boleh dikekalkan pada masa hadapan.

Bagaimanapun kalau semua itu salah, diharapkan kejayaan kali ini dapat diambil iktibar oleh semua pihak bahawa politik sepatutnya bukan mencari musuh tetapi untuk merapatkan jurang. Yang salah pada kerajaan di tegur oleh pembangkang demi kebaikan negara dan rakyat.

Gaji adalah hak individu

Email Oleh : mohd naim mohd zain

Soalan:
ADAKAH gaji isteri adalah hak mutlak suami, bermakna setiap perbelanjaan isteri terhadap gajinya sendiri perlu meminta izin suami terlebih dahulu dan isteri tidak boleh berbelanja tanpa pengetahuan suami?

Jawapan:

Gaji isteri bukan hak mutlak suami, begitu juga gaji suami bukan hak mutlak isteri. Gaji yang diperoleh oleh setiap individu melalui pekerjaan yang dilakukan adalah hak individu.

Ini adalah kerana gaji adalah hasil titik peluh masing-masing dan tidak boleh dianggap gaji isteri sebagai gaji suami dan gaji suami sebagai gaji isteri.

Dalam urusan rumah tangga maka suamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyedia makan minum, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas bagi sebuah keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya) . Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(al-Nisa':34)

Namun hari ini, kita lihat kebanyakan suami isteri berkerja. Adakalanya selepas perkahwinan suami meminta isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada urusan rumah, lebih-lebih lagi sekiranya sudah mempunyai zuriat.

Ada pula suami yang meminta isterinya kerja supaya dapat meringankan tanggungannya memandangkan pendapatannya yang sangat terhad.

Biarpun kaum lelaki sepatutnya bertanggungjawab dalam semua hal urusan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, namun tidak salah kalau dibantu oleh isteri bagi meringankan bebanan suami.

Kadang-kadang lahir pandangan bahawa duit gaji masing-masing punya, gaji suami untuk keperluan suami manakala gaji isteri bagi keperluan isteri, maksudnya suami jangan campur pendapatan isteri dan isteri tidak akan mencampuri pendapatan suami.

Sebenarnya pandangan sebegini boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, ini kerana suami isteri mula hidup berkiblatkan material dan hidup untuk kepentingan peribadi.

Dari awal lagi, sebagai seorang suami kena faham bahawa isteri berkerja untuk meringankan suami bukan untuk melepaskan tanggungjawab suami. Adalah salah sekiranya suami menggangap bahawa gaji isteri adalah hak mutlaknya.

Antara yang perlu difahami ialah suami berpendapatan tinggi dan isterinya juga berkerja tidak melepaskan si suami daripada menanggung keperluan isteri, anak-anak dan rumah.

Soalan 2:

Sekiranya gaji isteri adalah hak mutlak suami, bolehkah disamakan gaji isteri sebagai nafkah? Bermaksud sudah memadai sekiranya isteri menggunakan gaji sendiri untuk keperluan diri dan anak-anak, maka suami tidak perlu lagi memberi nafkah?

Jawapan:

Pendapatan isteri tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak suami ini kerana pendapatan itu hak isteri secara mutlak. Hak mentadbir kewangan isteri akan berpindah sekiranya isteri gagal mentadbir kewangan secara betul. Selain dari itu adalah hak isteri mengurus kewangannya.

Pendapatan isteri atau gaji isteri adalah untuk membantu suami dalam meringankan bebanan itupun jika suami tidak mampu menanggung kesemua kos pengurusan keluarga.

Namun, sekiranya ada suami yang beranggapan gaji isteri untuk menanggung segala kos keluarga dan suami lepas tangan adalah tidak betul dan sikap sebegini sikap yang tidak bertanggungjawab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.(al-Talaq: 6-7).

Di dalam kedua-dua ayat ini Allah SWT memperincikan tanggungjawab seorang suami ke atas isteri dan keluarganya. Apa yang penting dalam mengemudi bahtera rumah tangga, ialah memahami peranan masing-masing, suami memahami peranannya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri juga perlu faham dan memahami tanggungjawabnya dalam membantu dan meringankan bebanan suami. Inilah di antara kunci keharmonian rumah tangga.

Kontroversi tanah kubur ‘tergadai’

Email Oleh : mohd naim mohd zain
Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo. .com.my



MELAKA – Nasib kira-kira 200 kubur di Tanah Perkuburan Datuk Rambun, Limbongan di sini kini dalam keadaan tidak menentu apabila kawasan tanah wakaf tersebut dilaporkan ‘dijual’ kepada individu tertentu.

Kontroversi bermula apabila individu tersebut mendakwa membeli tanah itu tanpa mengetahui ia adalah sebuah tanah perkuburan.



Berikutan itu, pemilik tanah berkenaan kini menuntut supaya semua kubur di situ dipindahkan dan pihak jawatankuasa penduduk Kampung Limbongan pula sukar mempertahankan tanah berkenaan kerana ia diwakafkan tanpa dokumen yang sah.

Sidang Kampung Limbongan, Mohamad Abdullah (gambar), 60, ketika ditemui berkata, tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun dengan keluasan 557 meter persegi itu adalah sebahagian daripada tanah beralamat Lot 469.

Menurutnya, dia diberitahu, tanah itu dibeli oleh seorang individu menerusi satu lelongan bank pada tahun 2002 setelah pemilik asal gagal menjelaskan pinjaman bank.

MANEK URAI - ANTARA DUA JAMBATAN, MANA ANDA PILIH?

Oleh: Mandor.blogspot.com

Aku mendapat berita terbaru dari blog Pinkturle, bahawasanya Umno telah mula memainkan taktik lamanya iaitu rasuah pilihanraya akibat terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai. TPM di dalam pengumuman pentingnya sebentar tadi mengumumkan projek jambatan bernilai RM7 juta untuk Manek Urai SEKIRANYA Umno menang di dalam PRK Manek Urai Selasa ini. Aku sudah agak, akhirnya Umno akanmengekalkan budaya lamanya iaitu `merasuah' pengundi-pengundi di Manek Urai. Tidakkah itu rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya.


Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno. Ternyata 11 bungkusan `hadiah' dari Najib yang baru diumumkan semalam tidak sedikit pun mempengaruhi selera rakyat terutamanya di Manek Urai. Penghapusan PPSMI yang diumumkan oleh TPM juga tidak memberi kesan langsung malahan dipandang penuh curiga oleh rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan yang saban hari dimainkan oleh Umno di dalam kempen di Manek Urai ini ternyata memakan diri Umno sendiri. Mereka `terbogel' di Manek Urai. Lakonan `penoreh-penoreh getah' taraf `mee segera' juga dijadikan bahan lawak jenaka penduduk Manek Urai.

Hanya tinggal esok dan lusa hari penentu, Umno begitu tertekan di Manek Urai. Umno tidak lagi sanggup `ditelanjang'kan dan dipertontonkan kepada umat Melayu khususnya dan juga akan dijadikan bahan ketawa oleh rakan-rakan mereka di dalam Bn jika Umno tewas kali ini. Maka, Umno tiada pilihan dan mereka terpaksa `merasuah' pengundi dengan sebuah jambatan. Rakyat Manek Urai akan makan dan hidup dengan jambatan itu nanti, fikir Umno. Umno tetap dengan janji keduniaannya.

Pas juga menjanjikan `jambatan' kepada Manek Urai. Jambatan yang dijanjikan oleh Pas adalah `Jambatan Siratul Mustaqeem'. Inilah jambatan yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. Pas menjanjikan dunia dan akhirat, maka `jambatan Siratul Mustaqeem' adalah penghubungnya. Apakah rakyat di Manek Urai masih mahu kepada jambatan bernilai 7 juta itu jika dibandingkan dengan `jambatan' ciptaan Allah ini? Memilih jambatan bernilai 7 juta yang ditawarkan secara `rasuah' ini sama erti dengan menerima rasuah. Penerima rasuah sudah tentu ditempatkan di Neraka Jahannam. Nau'zubillah.

Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua jambatan yang ditawarkan oleh Umno dan Pas ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan jambatan ini, maka undilah Pas kerana jambatan tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Manek Urai tidak pernah diajar oleh MB Kelantan untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.

MUHYIDDIN ASYIK MENCABAR PAS DI LUAR GELANGGANG

Oleh: Mandor.blogspot.com

SEMENJAK semalam aku tengok kat TV, TPM asyik mengulangi cabaran beliau terhadap Pas di Manek Urai. Beliau mencabar Pas untuk menunjukkan bukti di mana Pas buat kemajuan atau pembangunan dari segi Islam di Kelantan. Bagi Umno, beliau dah tunjukkan betapa Umno buat Universiti Islam, Bank Islam, masjid-masjid yang banyak termasuk masjid kristal kat Terengganu tu. Itulah Islam pada Umno. Tak ubah macam di Singapura, bahkan di sana masjid-masjid lebih canggih dan moden lagi. Agaknya Islam Singapura tu sama la dengan Islam kat Malaysia ni.

SEMENJAK semalam aku tengok kat TV, TPM asyik mengulangi cabaran beliau terhadap Pas di Manek Urai. Beliau mencabar Pas untuk menunjukkan bukti di mana Pas buat kemajuan atau pembangunan dari segi Islam di Kelantan. Bagi Umno, beliau dah tunjukkan betapa Umno buat Universiti Islam, Bank Islam, masjid-masjid yang banyak termasuk masjid kristal kat Terengganu tu. Itulah Islam pada Umno. Tak ubah macam di Singapura, bahkan di sana masjid-masjid lebih canggih dan moden lagi. Agaknya Islam Singapura tu sama la dengan Islam kat Malaysia ni.

Yang aku pelik, Muhyiddin ni kuat sangat `menyalak' di luar gelanggang. Sama cam KJ juga lah. Bila ajak berdebat dan berforum, terketar lutut masing-masing. Sepatutnya semasa debat atau forum itulah yang paling baik untuk Muhyiddin nak tahu apa yang Pas telah lakukan untuk Islam di Kelantan. Hujah lawan hujah. Tetapi mengapa Muhyiddin suka bercakap dengan bayang-bayang? Mencabar orang bertarung di luar gelanggang itu kerja orang penakut lagi dayus. Memang Umno penakut. Itu buktinya. Debat pasal Islam, Najib tak mahu. Debat pasal royalti minyak di Kelantan, Tok Pa pula takut. Inikah pemimpin dan parti yang rakyat Kelantan nak lantik jadi pemimpin? Pemimpin yang penakut lagi dayus usahkan nak jadi pemimpin masyarakat, jadi suami dan ketua rumahtangga pun tak layak. Rakyat Kelantan kena fikir semua ni. Kalau Umno itu benar-benar jujur dan ikhlas, mengapa takut untuk menyuarakan kebenaran secara berdepan dengan Pas? Mereka takut kerana mereka tahu bahawa Umno tiada hujah untuk berdepan dengan Pas.

Apabila dah tiada isu dan tiada apa lagi yang mereka boleh buat, akhirnya Umno kembali kepada cara lama mereka. Umpan pengundi dengan janji. Ugut pengundi dengan janji pembangunan. Guna segala jentera kerajaan yang mereka ada untuk politik mereka. Itu taktik lama Umno yang bakal berulang di Manek Urai. Umno sangka rakyat di Manek Urai boleh dirasuah seperti merekamelakukan rasuah politik di dalam pemilihan parti mereka sendiri. Kirim salam, wahai Umno. Kamu silap tempat. Kelantan bukan seperti Sabah dan Sarawak.

Pas pasti menang di Manek Urai, InsyaAllah. Persetankan jambatan bernilai 7 juta itu kerana harga dan maruah diri rakyat Manek Urai bukan boleh ditukar dengan jambatan yang belum tentu dapat itu. Aku pasti Umno akan disemadikan dan nisannya akan dipacakkan berhampiran tapak perancangan projek jambatan 7 juta nanti. Mari kita lakukan.