11 July 2009

TENTUKAN MUHYIDDIN BALIK AWAL DI MANEK URAI

Oleh: mandor.blogspot.com

MAKA, berdegar-degar Muhyiddin berceramah di Manek Urai cabar Pas buktikan siapa lebih banyak buat kerja-kerja Islam kat negara ini termasuk di Kelantan. Umno bikin Universiti Islam, Bank Islam, masjid-masjid termasuk masjid kristal dan macam-macam lagi Umno buat untuk Islam. Aku ingatkan dia nak sebut juga pasal Pusat Judi Islam kat Genting, kedai-kedai judi Islam yang diberi lesen `halal' atau Undang-Undang Islam seperti Akta ISA tu.

Begitulah hebatnya kerja-kerja Islam yang telah dibuat oleh Umno, maka itulah dalil bahawa Umno adalah parti Islam. Kalau camtu aku rasa Singapura, Thailand malahan Negara China tu pun boleh dikatakan negara Islam juga lah pasal kat negara mereka ada banyak juga masjid-masjid malahan lebih moden dari kat negara kita.

Itu aku tak kisah pasal aku tahu benar standard Muhyiddin ni kalau bercakap. Tetapi yang aku pelik ialah dia mencabar Pas tapi masa bila Pas nak jawab cabaran dia kerana baru nak ajak berdebat menggeletar semua pemimpin Umno. Kalau pun takut sangat nak berdebat dengan Pas pasal Islam ni, sekurang-kurangnya berilah ruang pemimpin Pas bercakap kat TVuntuk menjawab cabaran Muhyiddin tu. Atau, beranikah Umno duduk sepentas dengan Pas di Manek Urai bagi membahaskan parti mana yang lebih menjalankan kerja-kerja Islam di negara ini? Sah lagi nyata Umno tak akan berani. Kalau berani, bukan Umno namanya.

Kerja mencabar orang di luar gelanggang ni adalah kerja orang penakut lagi dayus. Kalau nak bercerita pasal Islam, bukan di Kelantan tempatnya. Mungkin di Sabah dan Sarawak tempatnya. Aku yakin bahawa wacana ilmiah di antara Pemuda Umno dan Pemuda Pas yang dirancang akan diadakan selepas PRK Manek Urai ni nanti tidak akan menjadi kenyataan. Aku yakin sebab Pemuda Umno pun sama seperti parti induk mereka yang penakut. Meskipun di dalam Umno ada yang berstatus ustaz atau ulamak Umno, tetapi mereka juga tidak berani untuk menyahut cabaran Pas bersemuka dalam soal Islam ini.

Dalam perkara apa agaknya Umno berani berdebat? Soal ekonomi, Akta ISA, Pendidikan dan beberapa perkara lainnya, kesemuanya Umno tidak akan berani untuk berdebat pada waktu dan ketika ini. Umno hanya berani menuduh dan mencipta isu, tetapi Pas tidak diberi kesempatan untuk menjawab secara berdepan dengan mereka. Itulah kerja Umno yang menjadi salah satu sebab mengapa rakyat tidak lagi mempercayai parti sekular tersebut. Ini mungkin tidak disedari oleh pemimpin Umno kerana mereka mudah merasa syok sendiri.

Kalau ditanya kepada semua pemimpin parti di dalam komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan, mereka pun tahu sikap dan perangai Umno ni. Mereka pun sedar bahawa hayat Umno tidak beberapa lama saja lagi. Mereka pun tidak dapat menumpang serta mendapat faedah daripada Umno. Mereka tahu oleh kerana dasar Umno lah yang membuatkan ramai penyokong mereka tidak lagi menyokong MCA, MIC dan Gerakan. Oleh itu, rakyat di Manek Urai mesti mengajar dan memberi kesedaran kepada Umno.

Pada hari mengundi nanti, rakyat di Manek Urai mesti pastikan Muhyiddin dan kuncu-kuncunya balik awal meninggalkan Manek Urai sepertimana Najib di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terengganu. Pedulikan janji mereka untuk menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kununnya jika Umno menang nanti. Masuk akal ke parti yang sudah tidak berharga lagi ini ingin menjadikan Manek Urai `anak emas' sedangkan partinya sendiri sudah tidak mempunyai nilai ibarat`besi buruk' sahaja. Yang penting, talkinkan Umno di Manek Urai demi kebaikan ugama, bangsa dan negara.

Sahabat sejati beri manfaat dunia, akhirat

Email :mohd naim mohd zain
Oleh Masmawi Abdullah

Islam sedia panduan pilih rakan, elak mereka yang bawa kemungkaran

PERUMPAMAAN Melayu menyatakan 'sahabat baik umpama pohon rendang' membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan.

Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud: "Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya." (Surah Kahf, ayat 29)

Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya. "

Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya.

Katanya: "Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu. .

"Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

"Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.

"Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu. "

Saidina Ali menyatakan: "Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu. "

Saidina Ali membuktikan katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW ketika Baginda dan Saidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saidina Ali tahu risiko bakal dihadapinya kerana pemuda Quraisy bercadang menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuh Baginda, Saidina Ali sanggup menghadapi bahaya itu semata-mata atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah antara Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiyakan apa yang Rasulullah SAW katakan.

Ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kepada orang Makkah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW, malah menuduh Baginda pembohong.. Mereka berjumpa Saidina Abu Bakar untuk bertanya jika cerita itu benar atau sebaliknya.

Apabila Saidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya: "Apakah benar Rasulullah SAW bercerita begitu". Mereka menjawab 'ya'. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan benar.

Sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di depan dan di belakang Baginda SAW. Apabila Baginda bertanya hal ini, Saidina Abu Bakar menjawab:

"Aku berjalan di depanmu untuk memilih jalan yang baik selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatan daripada serangan musuh yang mengejarmu."

Perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan Islam. Katanya: "Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya."

Beruntungnya kita ..bersyukurlah

Email Oleh : Zamri Keciks

Jika anda fikir anda susah.. fikirkan kembali...











Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu pahit..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

DAP Kedah batal keputusan keluar Pakatan

KUALA LUMPUR, 10 Julai : - DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.

"Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

"Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.

"Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya. Harakahdaily/-

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Mal
ama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin. Malaysiakini/-

PPSMI: Kerajaan cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus - Pak Samad

Irwan Muhammad Zain foto Nasir Sudin
Thu Jul 09, 09 4:00:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.

Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.

Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012. - mns-HarakahDaily.Net-

Pemuda PAS Perak bersama polis, banteras jenayah

Harakahdaily
Fri Jul 10, 09 9:09:51 am MYT


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan berusaha memberikan kerjasama dengan pihak polis untuk membanteras dan membasmi kejadian jenayah yang telah meningkat sepanjang enam bulan pertama tahun ini di negeri Perak.

Setiausahanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata kadar jenayah di Perak meningkat kesan daripada kemelesetan ekonomi yang mana memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan.

"Kita akan membantu pihak Polis serta akan menyalurkan maklumat jenayah yang diperlukan.

"Ini bagi memastikan sasaran untuk enam bulan kedua tahun ini adalah untuk terus mengurangkan kadar jenayah di Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pihaknya akan mengarahkan semua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) seluruh negeri Perak untuk memberikan kerjasama kepada pihak Polis atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga komuniti masyarakat yang memberikan fokus kearah membanteras jenayah dapat diusahakan, kata Raja Ahmad.

"Kita akan mengadakan pertemuan dengan pihak Polis Perak untuk membincangkan ruang-ruang yang boleh digunakan untuk membanteras jenayah di Perak," katanya.-HarakahDaily.Net-

Kenyataan Media Gerakan Mansuhkan PPSMI

Harakahdaily
Fri Jul 10, 09 9:51:21 am MYT


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-
Iklan

Kenyataan Media 9 Julai 2009

Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.

-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.

- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.

- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.

- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.

- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr. Hassan Ahmad-HarakahDaily.Net-

HADITH HARIAN: Menjauhi Segala Bentuk Syirik

Email Oleh : Amier


Tajuk :
Menjauhi Segala Bentuk Syirik

BAB: Akidah

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.”
[Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad]

Huraian:
Pengajaran hadis:
i) Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di sisi Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
ii) Perbuatan ini adalah termasuk dalam perbuatan ‘syirik yang tersembunyi’ yang diertikan sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya disebabkan tangkal azimat yang digunakan itu maka seseorang itu terselamat daripada bahaya dan sebagainya.
iii) Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang demikian tidaklah diharamkan.
iv) Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;
a) Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
b) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
c) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
d) Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya” dan sebagainya.
e) Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri”.
f) Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan, perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu tujuan yang lain.
v) Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.

UMNO RINDU KEHADIRAN US NASHA, RINDU POSTER HJ HADI ?

Email Oleh : Zek RiY
Oleh: WFAUZDIN NS


SEPANJANG kempen Umno di Manek Urai, pemimpin-pemimpin Umno sentiasa menyuarakan persoalan mengapa poster Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang tidak dinaikkan seperti poster-poster calon dan poster Mursyidul Am Pas. Inilah kali pertama dalam sejarah kempen Umno yang sering menyentuh tentang poster parti pihak lawan. Umno terlalu ingin melihat poster Presiden Pas, mungkin kerana rindu atau pun kerana dapat menyejukkan hati dan jiwa mereka.

Memang benar, di Manek Urai poster yang lebih mendominasikan perang poster adalah poster calon Pas dan Mursyidul Am Pas. Begitu juga poster-poster Umno, Pas tidak pernah mempersoalkan mengapa kurang atau lebihnya poster Najib dari Muhyiddin. Pas juga tidak hairan walaupun Umno melambakkan poster Rosmah Mansor (wanita pertama?) di semua kawasan kempen di Manek Urai. Sekiranya Umno berhajat untuk menampal poster`Altantuya' bagi mengenang kisah sedih wanita tersebut, Pas juga tidak akan membantah. Oleh yang demikian, Umno tidak perlu mempertikaikan kerja-kerja atau kempen Pas. Sekiranya Umno terlalu takut, benci atau geram dengan wajah Tuan Guru Nik Aziz pada poster-poster yang banyak itu, dinasihatkan Umno berjalan di Manek Urai dengan cara kepala tunduk ke bawah.

Umno juga sering mempertikaikan mengapa Us Nasha Timbalan Presiden Pas tidak turun berkempen di Manek Urai. Ini pun menjadi masalah pada Umno kerana mungkin terlalu rindu mereka dengan suara lunak Us Nasha. Pas mempunyai ramai pemimpin dan tokoh yang mampu berhujah dan berpidato, oleh yang demikian Pas tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kempen dan penceramah. Bagi saya, Umno yang mempunyai masalah sehinggakan KJ terpaksa `merekrut'kan pemidato-pemidato mereka untuk dibawa ke Manek Urai. Usaha KJ tetap gagal kerana walau hebat bagaimanapun pemidato-pemidato mereka, mereka tidak mempunyai kekuatan hujah untuk menghadapi Pas apatah lagi di Kelantan. KJ sendiri tidak mampu menarik orang ramai dengan pidato dan hujah beliau kerana peribadi dan latarbelakang KJ sendiri telah di`rosak' serta dicemari dengan rasuah politik wang.

Jelas sekarang, Umno kini tertekan dan hilang arah untuk berdepan dengan Pas. Mereka benar-benar hilang punca di Manek Urai hinggakan perkara yang baik mereka lakukan dipandang sinis oleh masyarakat di Manek Urai. Mereka hadir dengan awal kempen mereka menghina golongan nelayan dan peniaga ikan. Mereka hadir di Manek Urai untuk `berlakon' menjadi seorang penoreh getah. Apabila sudah kekeringan idea, mereka menggunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk menggambarkan betapa Umno terlalu inginkan perpaduan, tetapi di dalam masa yang sama kerajaan yang di`curi' secara haram di Perak masih berada dalam poket mereka. Umno juga berkata agar kempen di Manek Urai ini dapat dijalankan dengan berhemah dan beretika serta bersih, tetapi dalam masa yang sama media mereka seperti TV dan akhbar setiap hari memburukkan Pas dengan berbagai berita yang berat sebelah. Inilah mainan Umno di Manek Urai dan mainan ini telah lama dapat dibaca oleh pengundi-pengundi di Manek Urai.

Sehubungan itu, suka atau tidak pengundi-pengundi di Manek Urai tiada pilihan lain. Umno hendaklah ditolak dan ditalkinkan sebagaimana Pas telah mentalkinkan Kerajaan Perpaduan. Jadikan Kelantan sebagai bumi yang pertama `bebas dari Umno' menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah. /wfauzdin.blogspot.com

Best Photo

Email Oleh : Zamri Keciks




















Malaysia negara panahan petir tertinggi di dunia

Email Oleh : Rozmal bin Malakan

Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.

Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.

Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?

Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.

Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.

Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut di baca ketika guruh dan petir.

Bak kata Encik Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikel akhbar The Star “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.” – Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.

Terjemahan Al Quran : “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya.”
(Surah Ar-Ra’d , ayat 13)

Rozmal bin Malakan
Seremban
http://waghih. blogspot. com


GURU-GURU MANIK URAI

Email Oleh : Naninu Sakun

Guru-guru Manik Urai! Sesungguhnya pilihanraya kecil akan diadakan di Manik Urai dan sudah pastilah ada guru-guru yang akan mengundi di sini, di Manik Urai. Saya yakin, guru-guru disini tahu membezakan yang mana intan yang mana permata dan yang mana kaca. Sudi saya ingin membawa renungan para guru di Manik Urai tentang peristiwa yang berlaku pada isteri saya sewaktu pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. Isteri saya merupakan seorang guru dan dihantar bermacam2 sms seperti menghasut isteri menyokong BN. Sampai sekarang saya masih menyimpan risalah yang dikirimkan oleh pengirim yang tak bernama terus ke sekolah tempat isteri saya mengajar. Nampak sangat bacul pengirim surat ini.
Bila dibaca nyata ia datang dari BN. Tapi tak beranilah nak menuduh almaklum pengirimnya memang penakut untuk meletakkan namanya. Isteri saya juga mendapat sms setiap hari terutama sampai saat untuk mengundipun diberi peringatan sampaikan isteri saya mulai rasa takut. Namun, saya kuatkan semangat isteri saya dengan berkata kita buat ini untuk kebenaran dan keadilan agar kita tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Alhamdulillah saya dan isteri mengundi untuk MB Rakyat MB Nizar. Yang hairannya kenapakah saya tidak mendapat mesej atau surat sedemikian? Jawapannya mungkin sayani lelakikot?

Kepada warga pendidik di Manik Urai, saya rasa mungkin, saya ulangi MUNGKIN, strategi ini digunakan sekali lagi di Manik Urai. Bukan menuduh tapi anggapan sahaja. Jangan pulak BN mengamuk bila saya keluarkan kenyataan ini. Ingat BN, adik saya bercerai berai disebabkan jerat anda. Saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak akan maafkan BN selama2nya. Insyaalah saya akan dedahkan perkara ini juga bila sampai masanya. Kepada warga pendidik yang mengundi di Manik Urai, ingatlah kita kena berani dalam menegakkan kebenaran. Jangan nanti bila jadi sesuatu pada keluarga kita barulah kita nak bertindak. Saya dan keluarga saya dah kena tapi Alhamdulillah memang kami tidak pernah mengundi Bn pun. Ingatlah warga pendidik, walau kita ini cikgu biasa saja tanpa ada pangkat atau kedudukan di jabatan, kita jangan takut untuk menegak kebenaran. Lakukan yang sebaiknya demi masa depan anak didik kita agar tidak terus dibohongi Bn. Teringat saya di Daerah Larut Matang dan Selama ini, kalau cikgu2 aktif dengan pembangkang, kena dipindahkan ke sekolah cinalah atau sekolah2 yang jauh2 TETAPI kalau gurubesar2 buat benda yang tak elok seperti berkhalwat, tau apa jawapannya, KITA TUTUP KES. Dimanakah keadilan? Wallahuaklam...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

BERSATU PERAK, umum Presiden baru.

Email Oleh : mohd hafez sabri

Ipoh, Perak Gabungan Mahasiswa Bersatu perak (BERSATU) baru-baru ini membuat pengumuman berikutan pertukaran presiden NGO tersebut.

Jawatan presiden yang sebelum ini disandang oleh Mohd Hafez bin Sabri mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya telah diserahkan kepada teraju baru iaitu Mohd Yusuf bin Ismail, mahasiswa Fakulti Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa.

Menurut sumber NGO yang juga mewakili suara seluruh anak muda dan mahasiswa Perak Darul Ridzuan tersebut, perlantikan tersebut dibuat memandangkan Mohd Hafez bin Sabri telah mengambil keputusan untuk berundur memimpin persatuan tersebut disamping telah menamatkan pengajian pada semester lepas.

Menurut bekas presiden NGO tersebut, Saudara Mohd Hafez bin Sabri yang kini menjadi pengerusi ahli lembaga pengarah merangkap pemegang amanah, perlantikan ini dibuat adalah berdasarkan klausa di dalam perlembagaan dimana Ahli Lembaga Pengarah (ALP) berhak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi presiden kepada persatuan tersebut.

Tambah beliau lagi, sebagai sebuah badan NGO yang dibuat melalui ikatan amanah juga, persatuan tersebut tidak memerlukan Mesyuarat Agung untuk melantik kepimpinan baru memandangkan ianya bukannya syarat yang terdapat di dalam perlembagaan badan NGO mahasiswa ini.

Selain itu beliau turut memberi keyakinan bahawa kepimpinan Bersatu Perak yang baru akan lebih merancakkan lagi kebangkitan anak muda dalam mendepani segala rintangan perjuangan yang akan dilalui.

Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

Email Oleh : Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli
Oleh: Mohd Masri bin Mohd Ramli


(Semoga Allah menempatkan Marwa alSharbini di kalangan Syuhada')

Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung.

Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya". (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu `anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu `anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.

Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud "Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah". Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah.

Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam. Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bersabda: "Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian" (Muttafaq `Alaih). Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.

Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali,oleh kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab:59) "

Di dalam ayat di atas, Allah Tabaraka Wa Taala secara jelas menerangkan di antara objektif pensyariatan hukum menutup aurat adalah supaya orang beriman lebih mudah dikenali. Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman. Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala' (kesetiaan) dan al-Bara' (berlepas diri). Konsep al-Bara' yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka.

Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng. Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala' dan al-Bara' di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam.

Salah satu perkara yang mereka serang bagi melemahkan al-Wala' dan al-Bara' ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Serangan kedua inilah yang paling merbahaya. Ia merebak hatta di negara kita. Kempen-kempen kebebasan ditonjolkan di kaca televisyen sama ada melalui drama, telenovela mahupun iklan-iklan syampu yang cuba menonjolkan keayuan perempuan yang membuka aurat. Pemakaian menutup aurat digambarkan sebagai satu undang-undang yang kolot dan menyekat hak asasi manusia. Mereka lupa bahawa tindakan mereka menghalang wanita Islam menutup aurat juga bertentangan dengan hak asasi manusia.

Musuh Islam tidak pernah berputus asa. Tidak semua umat Islam dapat mereka pengaruhi untuk membuka aurat dan membenci hukum menutup aurat. Bagi mereka yang menutup aurat pula, mereka dikelirukan di dalam isu purdah. Kekeliruan yang muncul ini hingga menyebabkan segelintir umat Islam memandang wanita Islam yang memilih menutup wajah mereka daripada pandangan bukan mahram sebagai sekelompok manusia yang ekstrim dan melampau di dalam mengamalkan ajaran Islam.

Umat Islam seolah-olah lupa itulah pakaian isteri Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam. Para sarjana Islam berbeza pendapat di dalam isu wajah aurat atau tidak. Ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitab beliau Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah. Beliau berpegang bahawa wajah bukan aurat. Manakala untuk membaca hujah sarjana yang mewajibkan pula, bole dilihat di dalam kitab Risalah Al-Hijab susunan Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Tidak kiralah sama ada kita berpegang wajah aurat atau tidak, wajib atau tidak menutup wajah. Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pemakaian purdah menutup wajah adalah antara salah satu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin menyatakan: "Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahas an para imam ahli sunnah wal jama`ah." (http://drmaza. com/home/ ?p=68)

Umat Islam hendaklah sedar, serangan yang ditujukan kepada tudung dan purdah adalah salah satu cara untuk menghancurkan identiti Islam. Adalah amat malang apabila segelintir wanita Islam masih degil daripada menutup aurat walaupun tiada siapa yang akan membunuhnya seandainya dia menutup aurat di Malaysia. Mendukacitakan lagi, apabila pemakaian purdah di Malaysia masih dipandang sebagai sesuatu yang taboo dan di sesetengah tempat, pemakai purdah dinafikan hak untuk bekerja dan belajar. Semoga darah yang mengalir dari tubuh Marwa al-Sharbini akan membangkitkan umat Islam daripada tidurnya.

***Penulis adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Beliau aktif di dalam bidang kefasilitatoran bersama INTIS Consultant. Tulisan beliau boleh dibaca di http://lobaitampin.blogspot.com/

12 Billion PPSMI dah boleh bina 40000 Rumah Perlindungan

Email Oleh : Suara N9


RM 12 Billion kos PPSMI selama ini menurut laman web Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mari kita tengok boleh buat apa dengan RM 12 Billion :

- Boleh bina 40,000 Rumah Perlindungan untuk Saudara Baru , Golongan Fakir Miskin jika harga setiap rumah RM 300,000. Tak perlulah orang seperti Cikgu Adnan di Kuala Pilah merayu kepada umat Islam di Negeri Sembilan mengumpul dana untuk membeli sebuah rumah perlindungan di Kuala Pilah untuk saudara baru , fakir miskin , ibu tunggal.Baca di sini kesusahan Cikgu Adnan membeli sebuah Rumah Perlindungan http://yksn9.blogspot.com/2009/07/yksns-terpaksa-mengosongkan-beberapa.html

- Boleh bina 1200 dengan RM 12 Billion jika setiap sekolah baru RM 10 Juta.
- Boleh bina 4000 Sekolah Agama Rakyat jika setiap SARA baru RM 3 Juta
- Boleh bina 12 universiti dengan RM 12 Billion jika setiap universiti baru RM 1 Billion.

************ ****
Dari Blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Berapa kos PPSMI?
Ramai rakan yang mahu tahu berapa kos PPSMI selama ini!

Dalam majlis perkahwinan anakda Datuk Dr. Hassan Ahmad pada 17 Mei lalu, ada ahli GMP, Datuk Abdu Bakar Hamid, Datuk A Samad Said, Dr. Shahrir Mohd. Zain, Prof. Abdullah dan Puan Ainon berkesempatan duduk semeja dengan YB. Datuk Puad Zarkashi dan bertanya pada Timbalan Menteri Pelajaran.

Paling tidak RM12 bilion!

Jawab beliau, beliau diberi tahu oleh seorang pegawai tinggi kmenterianya, “Easily RM 12 billion … ” (Paling tidak RM12 bilion … terjemahan bebas pengarang).

Wah banyaknya. Berapa banyak?

Sekiranya setiap universiti yang baru ditubuhkan, termasuk UPSI, diberi satu bilion, maka semua universiti baru kita ini sudah siap kampusnya dalam masa enam tahun lalu.

Bayangkan universiti di Perlis, di Tanjung Malim, di Kelantan, di Terengganu, di Pahang, dll. .. semua ada kampus sendiri yang siap dibina.

Itulah yang sudah tiada kerana PPSMI.

http://profabdullah 1.wordpress. com/2009/ 07/09/berapa- kos-ppsmi/

Jumaat, 2009 Julai 03
Bina sekolah baru guna IBS

SEPANG 2 Julai – Pembinaan sekolah-sekolah baru akan diberi keutamaan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi mengatasi masalah pembinaan sekolah yang tergendala.

Di bawah sistem itu, komponen pembinaan dibuat secara terkawal kerana ia disiapkan di kilang sebelum dipasang siap di tapak sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, dengan menggunakan sistem itu, sekolah mampu disiapkan dalam masa singkat di samping kualiti tinggi serta reka bentuk yang menjamin keselesaan pelajar.

‘‘Pembinaannya juga tidak memerlukan pekerja yang ramai bagi menghasilkan komponen atau untuk menyiapkan binaan di sekolah terbabit.

‘‘Ia boleh disiapkan hanya dalam tempoh tujuh bulan bagi pembinaan blok darjah manakala 12 hingga 15 bulan untuk sekolah baru,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana yang menjadi sekolah pertama dibina menggunakan IBS.

Menurut Puad, Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan 138 projek pembinaan sekolah baru dan blok tambahan menggunakan kaedah itu di seluruh negara yang melibatkan kos RM1.4 bilion bagi tempoh sehingga 2010.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 117 buah projek dibina secara pakej dengan melantik empat kontraktor utama manakala 21 projek lagi melalui kontraktor terpilih.

‘‘Setakat ini semua projek disiapkan mengikut jadual. Sebanyak tujuh buah sekolah sudah siap termasuk SMK Putra Perdana yang sudah mula beroperasi 15 Jun lalu dengan permulaan 531 pelajar bagi tingkatan 1 dan 2 membabitkan kos RM26 juta.

‘‘Selepas meninjau sekolah ini, saya amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan termasuk reka bentuk yang memberi keselesaan kepada pelajar yang hanya disiapkan selama 10 bulan,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 3 Julai 2009

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/07/bina-sekolah-baru-guna-ibs.html

ARTiKEL : Kenapa berkahwin?

Email Oleh : BawangGoreng®
C&P&D from : Isuhagat1.blogspot. com


Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran.





1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.

Allah SWT telah berfirman :
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)

2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Allah SWT telah berfirman :
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS at-Taubah)

3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.

Allah SWT telah berfirman :
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (QS an-Nur)

4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Allah SWT telah berfirman :
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS ar-Ruum)

5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.

Sabda Rasulullah SAW :
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda, “Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”

6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.

7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.

8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.

9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.

10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.

11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.

12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.

13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.

14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.


Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah SAW katakan bila berbicara tentang perkahwinan, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), Nasaie (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari al-Quran mahu pun dari hadis Rasulullah SAW, ianya telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin? Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?

1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah ali-Imran yang bermaksud : [3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali hadis Rasulullah SAW bahawa wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah SWT.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

Kata BawangGoreng ---> Suka saya memetik quote paling menarik yang pernah saya baca :

Jangan pernah percaya pada ucapan manis wanita, kerana wanita mempunyai dua mulut yang dapat membuatmu terpikat dan tersepit dalam dusta. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan pujuk rayu lelaki, kerana lelaki mempunyai dua kepala yang selalu mencari alasan untuk berdusta.

Jangan pernah percaya dengan perbuatan baik wanita yang selalu ingin menonjolkan tonjolannya, kerana wanita ingin menunjukkan bahawa tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perbuatan baik lelaki yang selalu menonjolkan kelelakiannya, kerana perbuatan baik lelaki ingin menunjukkan bahawa tangan yang di atas lebih baik menjalar dan meraba yang di bawah.

Jangan pernah percaya dengan akal dan fikiran wanita tentang dirimu, kerana wanita selalu merasa sebelum berfikir tentangmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perasaan lelaki tentang dirimu, kerana lelaki selalu berfikir bagaimana untuk merasakan indah tubuhmu.

Jangan pernah percaya dengan tangisan wanita di saat meminta maaf, kerana air mata wanita lebih sakti dan ampuh dari air mata buaya. Tapi jangan sekali-kali percaya akan tangisan lelaki, kerana tangisan lelaki akan menambahkan lagi tangisan wanita.

Jangan pernah percaya dengan gaya wanita yang sedang bergaya di depanmu, kerana gaya wanita membuatmu hilang akal dan mampu mengempiskan dompetmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan gaya lelaki yang mencari muka di depanmu, kerana gaya lelaki mencari muka dengan maksud mencari kesempatan di belakang untuk mencuri hatimu.

Jangan sekali-kali percaya dengan kecantikan wanita, kerana kecantikan wanita adalah kejelekannya yang terbesar yang terpalit oleh gincu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan kegagahan lelaki, kerana kegagahan akan lebih besar peluangnya untuk memcuit segala keburukkan dalam memperoleh kecantikan.

Apakah matlamat perkahwinan anda?

BawangGoreng -
http://bawangorengnet.blogspot.com/
http://mambangdiawan-kiosk.blogspot.com/

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Teknik menulis pantun dan bahasa berirama

Email Oleh : studioperintis@perintis.com.my

Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu sterotaip dan hambar.

Mencipta Pantun

Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama suku kata akhir ialah –kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga ialah –kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah –ri (b) maka suku kata akhir keempat juga semestinya –ri (b).

3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.

4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.

Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.

Contoh pantun:

Memasang pukat terkena lo
kan,
Lokan dibawa ke Tanjung Pu
ri; } Pembayang
Selamat datang kami ucap
kan,
Ke Majlis Anugerah Guru Besta
ri. } Maksud

Mencipta Bahasa Berirama

Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.

Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu aaaa. Yang penting dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan acara.

Contoh:

Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara dan sebagainya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Sunan Abu dawud

Email Oleh :

Sunan Abu Dawud merupakan kitab hadits yang disusun oleh Imam Abu Dawud, merupakan salah satu dari Kutubut Tis'ah (sembilan kitab hadits utama).

Sunan Abu Dawud terbagi menjadi beberapa kitab dimana tiap kitab terdiri dari beberapa bab. Beberapa judul bab menunjukkan fiqih Imam Abu Dawud terhadap hadits-hadits yang termuat di dalamnya.

Abu Dawud menyusun kitabnya di Baghdad. Minat utamanya adalah syariat, jadi kumpulan hadits-nya berfokus murni pada hadits tentang syariat. Setiap hadits dalam kumpulannya diperiksa kesesuaiannya dengan Al-Qur'an, begitu pula sanadnya. Dia pernah memperlihatkan kitab tersebut kepada Imam Ahmad untuk meminta saran perbaikan.

Kitab Sunan Abu Dawud diakui oleh mayoritas dunia Muslim sebagai salah satu kitab hadits yang paling autentik. Namun, diketahui bahwa kitab ini mengandung beberapa hadits lemah (yang sebagian ditandai beliau, sebagian tidak).

Banyak ulama yang meriwayatkan hadits dari beliau, di antaranya Imam Turmudzi dan Imam Nasa'i. Al Khatoby mengomentari bahwa kitab tersebut adalah sebaik-baik tulisan dan isinya lebih banyak memuat fiqh daripada kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Ibnul A'raby berkata, barangsiapa yang sudah menguasai Al-Qur'an dan kitab "Sunan Abu Dawud", maka dia tidak membutuhkan kitab-kitab lain lagi. Imam Al-Ghazali juga mengatakan bahwa kitab "Sunan Abu Dawud" sudah cukup bagi seorang mujtahid untuk menjadi landasan hukum.

Baca Sunan Abu dawud di Rumah Islam : http://rumahislam.com/sunan-abu-dawud.html

INFO:GELATIN

Email Oleh : anuarani

Gelatin Halal adalah satu fenomena yang semakin ramai yang memperkatakannya. Dunia hari ini terus hangat berbincang tentang isu sihat ini. Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak.Misi kita di sini adalah untuk memahami dan mengenalinya dengan lebih lanjut lagi, seterusnya memilih jalan yang terbaik, suci dan HALAL. Di dalam pertemuan pertama kita ini, kami akan cuba untuk memberi informasi untuk anda sebanyak-banyak yang termampu. Insya-ALLAH.

APA ITU GELATIN ??

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

* Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
* Puding, kek dan pai
* Gummi jelli, Pastil berperisa
* Yogurt, keju dan butter
* Ais-krim
* Pencuci mulut segera
* Gula-gula getah (Chewing gum)
* Produk-produk daging yang diproses

Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

HALAL ATAU TIDAK ??
Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.
Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.
BIMBANG!, RISAU!, RESAH...
Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!

Adakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:

* Kapsul penyalut ubatan
* Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
* Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
* Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
* Semua Minyak Wangi
* Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
* Losen Badan, kaki dan tangan

"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"


BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~

* Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.
Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.
* Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti.
* Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.
* Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH
* Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
* Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.
* Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.

5 Bandar Kos Sara Hidup Termahal Di Dunia 2009

Email Oleh : Zailina Mahmud


Menurut Business Week, kehidupan taraf tinggi di’beberapa negara seperti Jepun telah menyebab’kan harga barangan harian menjadi mahal, sehingga 4 bandar utama’nya menduduki tangga top 5 dalam senarai.Dalam masa yang sama, ibu negara Angola (Luanda), mengekal’kan kedudukan sebagai bandar paling mahal dalam dunia. Kami menyaran’kan anda agar tidak melawat kelima-lima bandar di’atas, melain’kan kalau anda mampu membayar satu set makanan tengah hari pada harga RM200, kami okay je..

1. Luanda, Angola
2. Tokyo
3. Nagoya, Japan
4. Yokohama, Japan
5. Kobe, Japan
6. Copenhagen
7. Oslo
8. Geneva
9. Zurich
10. Basel, Switzerland



No. 1 Luanda, Angola


2008 rank: 1

Tiket wayang (US$): 16.85
Makan tengah hari (in US$): 57.92
Mesin basuh (in US$): 1090.47
1 kilo beras (in US$): 5.65
1 tin Coke (in US$): 1.30


No. 2 Tokyo, Japan


2008 rank: 13

Tiket wayang: 19.16
Makan tengah hari: 16.48
Mesin basuh: 886.77
1 kilo beras: 8.45
1 tin Coke: 1.75


No. 3 Nagoya, Japan


2008 rank: 20

Tiket wayang: 17.46
Makan tengah hari: 15.33
Mesin basuh: 899.97
1 kilo beras: 8.80
1 tin Coke: 1.57


No. 4 Yokohama, Japan


2008 rank: 15

Tiket wayang: 18.48
Makan tengah hari: 17.11
Mesin basuh: 910.04
1 kilo beras: 6.28
1 tin Coke: 1.18



No. 5 Kobe, Japan


2008 rank: 29

Tiket wayang: 16.92
Makan tengah hari: 14.96
Mesin basuh: 588.32
1 kilo beras: 7.09
1 tin Coke: 1.38

Ingin tahu lagi senarai 30 bandar termahal di’ dunia? Kunjungi World’s Most Expensive Cities 2009.

Stop Smoking....

Email oleh : Zamri Keciks

PLEASE STOP SMOKING!!








MOUTH CANCER











LEADS TO DEATH


PLEASE....