05 July 2009

Solat Hajat Untuk Agar Wabak Influenza H1N1 Tidak Terus Merebak

PAS Pusat amat prihatin terhadap penularan wabak Influenza H1N1 yang pada hari meningkat kepada 291 kes dengan 47 kes baru dilaporkan hingga pagi tadi.

PAS melihat wabak ini satu ancaman baru kepada rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Justeru itu, pelbagai usaha harus dilakukan bagi membasmi penularan wabak ini.

PAS Pusat meminta agar semua ahli, penyokong dan rakyat yang beragama Islam beramai-ramai melakukan Solat Hajat di Masjid, Surau, Padang atau dirumah masing-masing dengan doa, semoga Allah membantu kita menghentikan wabak ini dari terus merebak.

Kepada yang bukan Islam, PAS Pusat menyeru agar mereka berdoa kepada tuhan masing-masing mengikut ritual agama mereka.

Semoga dengan kesatuan doa ini, wabak ini dapat disekat dari terus merebak. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, dan hikmahnya Allah mahu kita bersatu dan terus mengingatinya. Jadikan wabak Influenza H1N1 sebagai satu peringatan dari Allah. Sesungguhnya amat beruntung bagi mereka yang tidak pernah lupa menyembah tuhannya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada istilah ‘bohong sunat’

anuarani

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri...

Masih ingatkah lagi pantun lama ini? Sejak kecil, kita sering diajar bahawa bohong adalah perbuatan yang tidak baik atau dalam istilah yang paling mudah difahami, “bohong itu jahat”. Namun dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi orang dewasa, bohong kadangkala menjadi suatu perkara yang biasa yang tidak dapat dielakkan. Namun, betulkah kita memang tidak dapat mengelak daripada berbohong?

Mengapa berbohong? Jawapan yang paling tepat, kerana mahu menyelamatkan diri sendiri daripada sesuatu keadaan! Yang biasa berlaku, kita tersepit dalam sesuatu situasi dan situasi itu berlaku kerana kelalaian atauy kesalahan sendiri. Sekiranya kesulitan itu berlaku kerana kesilapan orang lain, tentulah kita tidak berbohong kerana kita dapat mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan itu.

Tetapi sebaliknya apabila kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri, maka kita terpaksa mereka-reka alasan supaya kita tidka dipersalahkan. Apabila ‘terlalu bijak’, mereka-reka alasan, maka terjadilah pembohongan. Nampak mudah, bukan?

Bohong bermaksud memberitahu susuatu yang tidak benar dan kita tahu bahawa hal itu tidak benar. Atau dengan kata lain, berdusta. Dari sudut pandangan Islam, sudah tentu hukumnya haram. Jika kita memberitahu orang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu bahawa hal itu tidak benar, perbuatan itu bukanlah bohong namanya.

Jangan Berbohong

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya, “Hanya dengan satu perkara: ‘Laa Takzib! (Jangan berbohong!).’ Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu. “Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum,” fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.”

Kalangan orang munafik

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada hadis yang disebutkan di atas, dapat kita fahami bahawa pembohong dikategorikan sebagai seorang munafik dan tempat mereka dalam neraka paling bawah. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai empat sifat orang munafik iaitu:

Apabila diamanahkan, dia mengkhianati amanah itu
Apabila bercakap, dia berbohong
Apabila berjanji, dia mungkiri
Apabila berkelahi, dia berlaku zalim atau melampau-lampau

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah AW bersabda yang bermaksud, “Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan tiu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang bohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu akan membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Selain itu, hayati juga firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, “Jangan kamu mengikuti sesuatu kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati – semua anggota itu akan tetap ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”

Oleh itu, secara moralnya, jika kita tidak tahu sesuatu perkara dengan jelas atau tidak sahih akan kebenarannya, jangan pandai-pandai bercakap apa-apa, kerana kita berkemungkinan boleh ditudih berbohong.

Bohong yang dibolehkan

Walaupun pada prinsipnya, berbohong hukumnya haram, tetapi dalam keadaan tertentu, Islam memberikan kelonggaran. Namun, ia bukan dalam konteks yang terlalu ketat. Rasulullah SAW ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat ingin mendamaikan orang lain atau untuk tujuan kebaikan dalam masyarakat, dia tidak dikira berbohong. Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara :

Ketika peperangan
Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah
Dalam perhubungan suami isteri

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya. Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.

Begitu juga untuk menjaga akidah, sekiranya seseorang dipaksa untuk mengucapkan sesuatu yang berlawanan dengan akidah, maka dia boleh berbohong. Namun, pembohongan itu dengan syarat, hatinya tetap dalam Islam. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah yang menimpa Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selspas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah. Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai kedudukan Ammar selepas itu, menyatakan bahawa Ammar tetap terpelihara akidahnya kerana dia dipaksa berbuat begitu dan hal itu di luar kerelaannya.

Berkata Imam an-Nawawi yang mengulas hadis ini, “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulama telah membuat batasan bagi pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong, maka ketika itu berbohong adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya).

Contohnya ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali, jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Suami isteri berbohong

Berbohong antara suami isteri pula, hanya dalam keadaan tertentu sahaja, maksudnya dalam perkara yang tidak menyentuh prinsip. Umpamanya, suami memuji masakan isteri kerana ingin ambil hati isteri, sedangkan masakan isterinya tidak kena langsung dengan seleranya. Atau isteri puji suaminya kacak, walaupun hakikatnya suami tidak setampan mana. Tetapi asalkan dengan niat menjaga keharmonian rumahtangga dan eratkan hubungan suami isteri, hal itu dibenarkan.

Kelonggaran dalam berbohong diistilahkan terutamanya oleh orang Melayu sebagai ‘bohong sunat’. Hakikatnya, dalam Islam tiada istilah ‘bohong sunat’, yang ada hanya kelonggaran yang diharuskan dalam keadaan tertentu. Sekiranya dapat mengelak daripada bohong, hal itu lebih digalakkan. Justeru, kelonggaran yang diberi atau dibenarkan untuk berbohong harus digunakan secara tepat untuk menyelesaikan hal rumahtangga.

Namun sebenarnya ramai yang menggunakan kelonggaran ini untuk tujuan yan gsalah. Umpamanya suami berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri dan mengambil pendekatan ‘bohong sunat’, kononnya supaya mereka suami isteri tidak bertelagah.

Berbohong satu pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafik. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Jangan dibudayakan

Dalam konteks hubungan majikan atau ketua denga para pekerja, bohong boleh berlaku jika majikan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengenai pentadbiran syarikat yang merosot. Tetapi jika majikan berbuat demikian kerana tidak mahu para pekerja bimbang dan pada masa yang sama ingin mencari jalan untuk membaiki keadaan, hal itu dianggap satu kelonggaran.

Namun sekiranya keadaan gagal dikendalikan, tidak wajar majikan atau ketua terus berbohong dan menyembunyikan hal sebenar keran itu seperti menganiaya pekerja.

Tidak kurang juga yang sering berlaku dalam organisasi, perbalahan sesama pekerja yang mungkin akan membawa mudarat jika tidak ditangani dengan segera. Justeru, jika pembohongan tertentu dapat menyelamatkan keadaan dan mewujudkan keharmonian sesama pekerja, ia dibolehkan.

Namun, bohong jangan dibudayakan kerana ia lambat-laun akan merosakkan keharmonian dan boleh meruntuhkan masyarakat. Walaupun ada kelonggaran berbohong, jika boleh dielakkan, adalah lebih baik dielakkan!

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

anuarani

Sesiapa yang mengekalkan mambaca AlFathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, makan fadhilatnya ialah:

Meminta pangkat melainkan dapat.
- Ia miskin melainkan kaya.
- Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
- Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
- Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
- Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”

“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat

AIR FATIHAH

Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.

MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT

Apabila sesaorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fathihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu.

Insyaallah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR

Sesiapa membaca Fathihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,kemudian ia membaca

Qulhuallah 3 kali,
surah alFalaq sekali
surah anNas sekali

terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuksemasa tidor.

FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI

Jika dibacakan Fatihah:

70 kali sehari selama 7 hari

pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati.

Insyaallah akan dibukakan allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."

Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.

WIRID FATIHAH

Sesiapa yang membaca alFathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:

- Dimurahkan allah rezkinya
- Diperbaikki hal ehwalnya.
- Dibersihkan hatinya.
- Diangkat darjatnya.
- Dimudahkan pekerjaannya.
- Dilepaskan ia daripada dukacita
- Dijauhkan dari mudharat.
- Diberi ia kerajinan dan semangat.
- Tidak kecewa.
- Dijauh dari hasutan syaitan.
- Diilham kepadanya kebajikan

FATIHAH - UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.

Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.

Insayallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:

Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.

Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.

Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

FATIHAH DI ATAS KAPAS

Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin AllahFatihah - Untuk Bereskan Pekerjaan

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.

Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.

FATIHAH - PENGHILANG DAHAGA

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.

Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

FATIHAH - UNTUK MENGUBAT SAKIT TELINGA

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallah afiat.

FATIHAH - MINYAK FATIHAH

Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.

FATIHAH - SEBAGAI PENAWAR

Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.

Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.
Wallahu a'lam.

SATU LAGI "PILIHAN RAYA KECIL" DI KELANTAN !!!

oleh FAUZI IRWAN SHAH
bypass308.blogspot.com

Semalam saya menerima satu emel dari rakan media di Kelantan yang pada awalnya mengejutkan saya kerana beliau dengan bersungguh-sungguh memulakan ayat dengan perkataan Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Di Kelantan.....saya terkejut kerana sangka Adun mana pula meninggal.

Rupanya bukan, yang beliau maksudkan ialah pemilihan kepimpinan baru Gabungan Pertubuhan Cina Kelantan, satu badan tertinggi pertubuhan Cina negeri itu.

Yang seronoknya ialah, beliau memaklumkan bahawa pengerusi sekarang (yang telah menduduki jawatan selama 12 tahun)tidak lagi bertanding dan tarikh tutup pencalonan ialah semalam. Menurut rakan saya, pengerusi bernama Mr Yap itu merupakan Ketua MCA Bahagian Gua Musang.

Elok lah juga, dah lama sangat, biar orang lain pula mengetuai. Berdasarkan penamaan calon sehingga tamat tempoh semalam, nampak gayanya hampir semua jawatan ada pertandingan kecuali jawatan penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari.

Kebetulan Kelantan sedang hangat dengan PRK Manik Urai, tidak hairan pemilihan pertubuhan tertinggi Cina itu turut menarik perhatian semua pihak termasuk parti politik...nak dijadikan cerita...pemilihan kali ini seolah calon Pakatan Rakyat menentang BN.

Apa yang dimaklumkan oleh rakan saya itu bahawa, dua Mr Tan dicalon untuk jawatan pengerusi iaitu Tan Ken Ten, Pengerusi MCA Kota Bharu yang juga merupakan calon BN yang tewas kepada Datuk Anuar Tan (DUN Kota Lama)pada PRU lalu, manakala Tan Ah Chiaw pula merupakan Pengerusi DAP Kota Bharu yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Kota Lama.

hahhh...memang hangat macam tu, PRK Manik Urai undi pada 14 Julai, lepas tu mailah kita pakat perhati pula undi pertubuhan Cina itu pada 17 Julai...suspen gila sekarang nih. Kalau Pas menang di Manik Urai dan "DAP" pula menang di Kota Bharu, pasti ketawa sampai rabak mulut puak PR.

Tapi, jangan ingat sekali kalah bermakna kalah selamanya, Tan Ken Ten mungkin boleh rebut semula jawatan yang ditinggalkan rakannya dari Gua Musang tu kerana ramai juga ahli MCA yang menjadi ahli pertubuhan NGO Cina di Kelantan yang layak mengundi.

Dalam emel rakan saya itu, beliau juga sebut beberapa jawatan lain seperti Naib Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha memang memperlihatkan calon-calon yang mempunyai latar belakang parti MCA, DAP serta penyokong Pas.

Kalaulah pertandingan ini boleh dianggap sebagai kayu pengukur sokongan "rakyat" terhadap calon dengan latar parti tertentu, maka keputusan pemilihan nanti dengan sendirinya akan menyerlahkan sejauh mana penerima kaum Cina Kelantan terhadap parti terbabit, walaupun hakikatnya GPCK ini adalah sebuah pertubuhan NGO yang menghimpunkan ahli dengan pelbagai fahaman politik.

P/S: Gambar atas adalah Tan Ken Ten, mana-mana rakan media di kelantan yang ada gambar Tan Ah Chiaw, tlg emel mai kat saya. terima kasih banyak no...

SEJARAH TAK MUDAH DILUPA...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Hati ini begitu terpanggil untuk membawa pemikiran hadirin terhadap sejarah yang tak akan saya lupa sebagai seorang Melayu. 1. Tragedi penduduk Pantai Tanah Merah Tanjung Kling Melaka yang kini kampung tersebut telah berdiri Petronas yang gah di Melaka. Disini sewaktu kecil saya pernah bermain2 di pantai tersebut, berkelah, menjala ikan dan beramah mesra dengan penduduk di situ.

Teringat Nek Lijah yang sibuk melayan karenah kanak2 yang bermain di situ, Pak Bakau menyusun ikan di pelantar dan bermacam2 lagi. Namun, segala2nya di sini tinggal memori. Kerana apa? Petronas! Memang kita tidak menolak pembangunan tapi sejarah tidak pernah lupa bahawa itu adalah perkampungan MELAYU.

Siapa punya angkara? Tanya Rahim Tambi Chik dan Ali Rustam. Tanya juga Ali Rustam, apakah slogan penduduk kg tersebut menyambut ketibaannya ketika hendak memberitahu tanah tersebut di ambil untuk mendirikan Petronas. Tanya juga Ali Rustam dan Rahim Tambi Chik berapa pampasan yang dibayar? Adakah berbaloi? Tanya juga warga Malaysia, siapa punya angkara hingga hilang KG YANG MAJORITINYA MELAYU DI MELAKA?

Kg Plentong Baru Johor. Banyak berita tidak diketahui dengan sebenarnya tentang peristiwa di situ. Ini kerana media arus kerajaan menutupnya agar 1 Malaysia tidak tahu. Adakah kita pernah bertanya kepada penduduk kg tersebut, betapa deritanya mereka dalam menghadapi FRU?

Sudi saya ingin bertanya kepada rakyat Johor yang dikatakan Umno begitu kukuh disitu, siapakah yang majoriti duduk di situ? Bukankah MELAYU. 1 Malaysia bukalah youtube, tengok kesengsaraan mereka menghadapi serangan demi serangan dalam mempertahankan kg tersebut. Tepuk dada tanya Umno? Kalau nak tahu lebih lanjut realiti kebenarannya tanya sahabat saya ketua pemuda pkr saudara Samsul Iskandar.

Hari ini kecoh di kg Buah Pala pula pengambilan tanah disitu. Saya lihat media kerajaan BN begitu memainkan peranannya seperti hendak menutup perkara yang sebenarnya. Gerakan pun berpura2lah kononnya nak membela. Mengikut sumber yang boleh dipercayai dan fakta sejarah, penyerahan tanah kg tersebut ditandatangani oleh Ketua menteri sebelum ini.

Betul atau tidak cuba tanya presiden gerakan tersebut. Teringat saya apa yang dikatakan oleh MB Rakyat MB Nizar, tanah di Lekir Perak tidak mampu diselamatkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia telah ditandatangani kerajaan BN sebelum ini. Jika hendak diselamatkan juga, kosnya terlalu tinggi yang tidak boleh ditampung oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

1 Malaysia, siapakah yang menipu kita selama ini? Tengok apa yang terjadi di Perak sekarang, pengeluaran balak begitu berleluasa sekarang. Sempat saya tanya kepada pemandu lori balak tersebut, tahu apa mereka kata? Takut dibubar dun Perakni tak masuuuuuklah...Apa yang saya cerita diatas sebagai renungan untuk kita berfikir. Sesungguhnya SEJARAH TAK MUDAH DILUPA.. Wallahuaklam.

Hukum hudud untuk elak jenayah

AHMAD BAEI JAAFAR

Apabila menyebut hudud ada yang rasa jelek dan tidak kurang juga yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya hudud itu. Yang demikian itu dirasai oleh umat Islam yang berbangsa Melayu apatah lagi yang belum beragama Islam.

Sesetengah orang tidak mahu bercakap soal hudud kerana terlalu sinonim dengan agenda parti politik. Pada mereka hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk. Manakala orang bukan Islam langsung tidak mahu menyebut hukum hudud kerana sering dinagatifkan oleh orang politik.

Hari ini saya ingin mengajak ahli jemaah sekalian keluar dari persepsi di atas dan melihat kembali hudud di sudut hukum Islam yang sebenar. Barangkali benarlah, “tidak kenal maka tidak cinta”, ramai yang tidak kenal dengan hudud lalu mereka membencinya, apatah lagi jika sering diberi gambaran salah tentang hudud.

Sebenarnya hudud ialah satu dari hukum-hukum Islam yang melibatkan kesalahan jenayah. Selain hudud ialah qisas dan takzir.

Hudud ialah hukum yang ditentukan oleh Allah atas beberapa kesalahan terhadap Allah dan ia telah ditetapkan bentuk hukumannya. Hukuman itu tidak boleh dimaafkan oleh manusia tetapi yang bersalah boleh bertaubat kepada Allah.

Kesalahan hudud

Apakah kesalahan seseorang manusia yang membabitkan Allah? Terdapat kesalahan yang disepakati oleh ulama dan ada juga yang masih khilaf.

Senarai yang sepakati ialah:

1. Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.

2. Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan.

3. Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.

4. Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.

Senarai yang tidak disepakati ialah:

1. Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.

2. Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.

Semua kesalahan di atas dianggap melakukan kesalahan terhadap Allah dan mereka wajar diberi hukuman hudud. Hukuman ini perlu dilaksanakan oleh pemerintah yang sah, bukan individu yang mendakwa dia berkuasa. Hukuman ini tidak boleh bertolak ansur apatah lagi dimaafkan oleh pihak tertentu.

Bentuk hukum itu juga telah ditentukan oleh Allah iaitu untuk kesalahan zina, sebat 100 kali rotan bagi yang bujang sama ada lelaki mahupun perempuan. Tetapi rejam dengan batu sehingga mati bagi mereka yang berkahwin.

Bagimanapun jika mereka bertaubat dalam tempoh kesalahan itu sama ada semasa menunggu hukuman dia terlepas lari atau kerana belum ada hukuman hudud dalam negara itu, Allah bersedia menerimanya. Mereka yang bertaubat adalah seperti tidak dosa lagi, demikian janji Allah.

Perlu diingat kesalahan zini tidak sampai melibatkan keceraan atau kematian seseorang. Jika berlaku begitu lelaki yang terlibat telah melakukan dua kesalahan iaitu kesalahan di bawah hudud dan satu lagi kesalahan di bawah qisas yang akan dibincangkan nanti.

Bagi kesalahan qazaf (menuduh), pelakunya dikenakan hukuman sebat 80 kali rotan. Kes ini sering berlaku dalam masyarakat kita tanpa mereka sedari bahawa yang demikian satu dosa qazab. Sebagai contoh, suami melihat isterinya keluar dengan seorang lelaki dan kebetulan isterinya mengandung, lalu dia menuduh isterinya curang kepadannya.

Perbuatan suami itu ada qazab dan boleh dihukum 80 kali rotan. Jika negara kita belum laksanakan hukum itu lagi maka dia perlu bertaubat dan hilangkan rasa curiga itu dan terima seadanya anak dalam kandungan isterinya itu. Begitulah ajaran Islam.

Bagi kesalahan mencuri, pelakunya perlu dihukum potong tangan sebelah untuk satu kesalahan. Tujuannya supaya dia tidak boleh mencuri lagi pada masa hadapan. Tetapi jika negera ini belum laksanakan hukum itu, dia wajib bertaubat sepenuhnya.

Bagaimanapun jika di samping mencuri dia turut mencederakan orang lain seperti meragut, merompak dan sebagainya, dia telah melakukan dua kesalahan iaitu mencuri di bawah hudud dan mencederakan di bawah qisas.

Bagi kesalahan minum arak, pesalah perlu dihukum dengan hukum sebat 40 kali rotan. Jika hukuman itu tidak dilaksanakan di negara itu, dia perlu bertaubat dengan sesungguhnya. Bagaimanapun jika dengan minum itu dia melakukan zina atau membunuh orang, maka banyak lagi hukuman yang mununggunya.

Jika semua umat Islam tahu hukum ini, pasti mereka tidak mahu melakukan kesalahan itu walaupun belum ada perlaksanaan hukum hudud. Tetapi jika ada manusia yang degil, terus melanggar hukum itu, maka di sinilah perlunya hukum hudud itu dilaksanakan oleh pemerintah.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

MALAYSIA DIJAJAH LAGI

anuarani

Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada.


Keranda Michael Jackson


Zailina Mahmud

LOS ANGELES: Majlis memberi penghormatan terakhir kepada Michael Jackson Selasa ini dijangka menjadi pertunjukan terbesar di dunia, seperti yang diramalkannya ketika hidup.

Kira-kira sejuta orang dijangka menghadiri majlis itu di arena Staples Center di Los Angeles dengan 750 juta lagi peminat menyaksikannya di televisyen.

Keluarga Michael semalam mengesahkan, upacara akan diserikan dengan persembahan dan dan penghargaan daripada beberapa legenda muzik.

Skrin besar akan dipasang di luar stadium yang menjadi gelanggang tuan rumah pasukan bola keranjang Los Angeles Lakers, untuk pengunjung yang dtidak dapat masuk.

Secara kebetulan, Michael menjalani latihan untuk pertunjukan This Is It di stadium itu 48 jam sebelum dia meninggal dunia.

Presiden Amerika Syarikat dipercayai turut dijemput menghadiri majlis berkenaan.

Begitu juga dengan bekas anggota Beatles, Sir Paul McCartney, penyanyi, Diana Ross, diva layar perak, Elizabeth Taylor.

Bagaimapun, Quincy Jones, orang yang bertanggungjawab menghasilkan album terhebat Michael Jackson, Thriller, Off The Wall dan BAD berkata, dia tidak akan menghadirinya.

“Ia bukan satu acara yang saya ingin lihat. Saya tidak akan menghadiri sebarang majlis pengebumian selagi saya hidup.

“Saya tidak dapat menahan perasaan,” katanya.

Menurut laporan media di Amerika Syarikat, Michael akan dikebumikan dalam keranda bersalut emas 14 karat berharga RM87,000.

Laman web hiburan, TMZ mendakwa, keranda gangsa yang dikenali sebagai Promethean itu dipesan daripada Syarikat Keranda Batesville.

Ia keranda yang sama yang digunakan untuk mengebumikan penyanyi legenda, James Brown pada Disember 2006.

Michael turut menghadiri majlis pengebumian itu.

Michael, pada 2002, ketika ditanya, bagaimana dia mahukan upacara pengebumiannya diadakan berkata: Ia akan menjadi pertunjukan terbesar di dunia.

“Itu yang saya mahukan. Lengkap dengan bunga api.”

Jurucakap keluarga Jackson mengakui upacara itu akan diadakan secara besar-besaran, bermula jam 10 pagi dan dijangka mengatasi majlis pengebumian Elvis Presley pada 1977yang dihadiri 75,000 orang di Memphis dan Puteri Diana yang dihadiri oleh 250,000 di Hyde.

http://zailina88. blogspot. com

PEMENTASAN DRAMA OLEH PELAKON JALALUDIN HASAN DI MANEK URAI?

Oleh: WFAUZDIN NS

MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan.

Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. /wfauzdin.blogspot.com

Duri Dalam Daging kepada Pakatan Rakyat.

PAS LENGGONG LENGGONG PERAK

Saya tercari-cari tajuk yang sesuai untuk menulis artikel ini. Adakala boleh dikatakan sesuai dengan musuh dalam selimut. Namun kedua-dua tajuk ini pada persepsi awal akan menimbul kecurigaan kepada ahli dan penyokong PR sendiri. Penulisan dan persepsi ini tidak kepada ahli dan penyokong PR.

Setelah kemenangan dalam PRU 12 dan setelah PR dijelmakan, kita boleh melihat rentetan ujian yang kita hadapi. Kita panjatkan kesyuluran kepada Ilahi kerana memberikan kapada PR pemimpin yang bijak menangani ujian-ujian yang diterima. Begitu juga kesyukuran kepada ahli kerana faham akan keadaan dan bijak dalam menghadapi sebarang ujian.

Rentetan Ujian Kepada PR

1. Sejak fitnah liwat keatas DS Anwar,

2. Muzakarah umno dan PAS

3. Masalah di Selangor ,

4. PRK Kuala Terengganu,

5. Tahanan ISA kepada Tresa Kok

6. Rampasan kerajaan Perak,

7. PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

8. Tuduhan rasuan TKM1 Pulau Pinang,

9. Cadangan Kerajaan Perpaduan

10. Peruntuhan Rumah penyembelihan babi di kedah dan

11. Masalah Perumahan Pulau Pinang

Dari rentetan tersebut ada ujian-ujian lain yang juga turut mencemaskan ahli dan penyokong PR.

Kesemua 9 ujian dapat dilalui dengan natijahnya menambah kesepakatan PR. Kita berdoa semoga ujian-ujian yang sedang dan akan kita hadapi akan mengukuhkan perpaduan dalam kesepakatan PR.

Kita boleh tunjuk dan buktikan perpaduan yang kita bina dibina atas asas yang kukuh iaitu persefahaman. Bukti yang hampir ialah

1. Majlis makan malam DAP di Air Kala ( Perkampungan cina)

Masyarakat melayu dan india turut hadir dan bergaul dalam suasana mesra dan ceria. Tiada rasa curiga dan takut serta prajudis bagi semua yang hadir.

2. Road Show Bubar dun Perak di markaz PAS Lawin (Kampong melayu)

Begitu kehadiran masyarakat cina dan india dalam keadaan aman dan mesra.

3. Semasa PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, PRK KT dan nun jauh di Sarawak.

4. Sidang DUN bawah pokok.

5. Banyak lagi bukti dan contoh yang boleh dikemukakan.

Berbalik kepada topic asal penjurusan artikal ini ialah kepada tindakan pegawai kerajaan yang tidak professional malah lebih-lebih dari umno/bn. Fenomena ini desebabkan kebanyakan pegawai kerajaan ini yang menjadi ahli umno dan parti komponen bn yang lain disamping telah 50 tahun bn menguasai kerajaan. Sikap tidak professional ini juga disebabkan oleh factor konflik kepentingan peribadi yang dihadapi oleh pegawai kerajaan berkenaan.

Kita bincangkan Kerajaan dalam 4 dimensi

1. Kerajaan ( Yang dipertuan Agong/Sultan)- Jelas kuasa dalam perlembagaan

2. Kerajaan Persekutuan - Jelas kuasa dalam perlembagaan

3. Kerajaan Negeri- Jelas kuasa dalam perlembagaan

4. Kerajaan Tempatan - Jelas kuasa dalam perlembagaan

Kita focus kepada kerajaan PR Perak,

Perangai dan tingkahlaku SUK, Penasihat Undang-undang, Setiausaha dewan, Mufti, Setiausaha Sultan merupakan watak-watak yang amat jelas dan terlalu amat difahami oleh masyarakat. Pegawai-pegawai kerajaan yang lain seperti di kerajaan tempatan yang lain bagaimana?

Diluar system Kerajaan Negeri pula seperti yang tersenarai diatas ialah pegawai kerajaan yang tiga lagi. Segala tindakan tidak professional kakitangan kerajaan yang tiga lain itu menjadi penyumbang utama kepada kekusutan dan rampasan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak.

Bagaimana RTM berperanan?

Bagaimana Polis berperanan

Bagaimana mahkamah berperanan

Bagaimana pentadbiran guru berperanan

Zahid hamidi buat JKKP

Semuanya diketahui dan kita boleh lihat dan fahami.

Sedangkan kita hanya menguasai satu dari empat.

YAB Lim Guan Eng pernah mendedahkan sukarnya untuk membuka akaun amanah untuk rakyat pulau pinang. Sedangkan Khir Toyol buat hotel di makkah atas namakerajaan negeri tapi duit tak masuk ke kerajaan negeri.

Mantan TKM1 Pulau Pinang disiasat SPRM. SPRM minta sumbangan dari MB N Sembilan dan selepas beberapa kes siasatan SPRM selesai.

Di Perak segala kecalaruan dan keharuan dan tak tentu hala dibiarkan saja. Bn buat dek saja. Bn buat nohin saja. Apa orang nak kata dilantakkan saja. Bn menodai sesuka hati saja. Kerana mereka mendapat sokongan yang kuat dari tiga kerajaan yang di atas.

Kerana itu semua ahli dan penyokong PR sepatut faham situasi ini. Pemimpin PR hendaklah berusaha menerangkan konsep pengasingan kuasa ini kepada rakyat dengan jelas. Bila rakyat dapat melihat ini dengan jelas maka rakyat akan bersama PR.

Keadaan yang berlaku disemua keadaan ujian yang PR hadapi sekarang ini ialah menifestasi dari tidak professional pegawai kerajaan yang tiga tadi. Dan keadaan tersebut memerangkap Ahli dan pemimpin PR dalam kemelut. Pemimpin PR terpaksa buat kerja banyak untuk menerangkan dan menempis segala tuduhan dan dakyah. Ahli pula berada dalam kerisauan dan ketakutan serta kebimbangan sesuatu petaka kepada PR.

PR juga berdepan dengan duri diluar daging seperti media-media. Sememangnya sejak dari dulu-dulu lagi media sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kesepakatan kita.

Keadaan kecelaruan disemua negeri Pakatan Rakyat adalah disebabkan ketidak profesiaonal pegawai kerajaan negeri sendiri dan hasutan pegawai kerajaan persekutuan, dan ditambah oleh adu domba media.

Kes terbaru di Kedah dan Pulau Pinang ini juga dari tindakan penguasa kerajaan tempatan yang bertindak atas arahan bn. PR yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR harus bijak menghidu kelicikan bn ini.

Kita nak buat sidang DUN depa kunci polis jaga depa panggil geng pakida lanyak pemimpin kita. Depa panggil sidang dun depa panggil polis angkut dan angkat speaker kita dengan panggil polis dan bawa pistol masuk. YB karpal Singh diserang oleh samsing umno diparlimen polis tak buat apa-apa. Ada orang nak minum di restorant dibawah pejabat DAP perak di Ipohkena heret dan tangkap. Macam-macam lagi.

Di Pulau pinang TKM1 dan TKM2 dah pergi untuk membincangkan penyelesaian. Pihak media hasut juga rakyat untuk memaksa YAB Lim Guan Eng terpaksa membuat kenyataan.

Jadilah begitulah juga keadaah dikedah sekarang. PBT yang lebih dengan dokongan kerajaan persekutuan memerangkap kerajaan negeri .

Kalau dipulau pinang mereka memerangkap antara DAP dan PKR, Dikedah mereka memerangkap DAP dan PAS. Di Perak ketiga-tiga terperangkap namun dalam perak kita amat berpakat. Kesepakatan kita diperak kental dan utuh. Kita hendaklah menjadikan kesepakatan kita diperak ini sebagai satu model.

Diselangor mereka tidak Berjaya memerangkap berkat dari kecekapan kepimpinan PR negeri Selangor. TS Khalid PKR dibantu dengan saff kepimpinan PKR. DR Hasan Ali dibantu oleh saff kepimpinan PAS Selangor manakala Tressa Kok dengan saf kepimpinan DAP Selangor. Di Selangor lega buat masa ini mungkin disebabkan setelah diserang kita menyerang. TS Khalid Saman SPRM. Tressa Saman Menteri Dalam Negeri dan lain-lain.

Jadi sebagai kesimpulan mengikut suatu teory dalam permainan bolasepak ada yang menyebutkan bahawa menyerang adalah satu strategy pertahanan yang baik.

Semoga kepimpinan PR sentiasa faham dan bijak mengenal tektik dan strategi bn/umno

Dermasiswa anak Perak, arahan bodoh tolak permohonan ADUN Pakatan.

Lebih 3000 pemohon Kampung Baru dan Kampung Tersusun tergendala di Pejabat Tanah oleh kerana tidak ada keputusan dari regim kerajaan negeri, ini belaku di Manjung dan Ipoh . Saya menggesa Dr. zambry memberi penjelasan dengan segara kerana ini adalah satu kezaliman. Demian antara kenyataan Yb. Nga Kor Ming.

Beliau juga mengatakan menerima aduan dari ibubapa mengenai peruntukan RM 6 juta untuk program dermasiswa semasa kita memerintah tanpa mengira bangsa dan agama, sumbangan masuk ke IPT sebanyak RM 1000 tanpa ada diskrimanasi. Sebaliknya kita telah terima maklumat adaz arahan bodoh oleh pemimpin BN supaya tidak melayan permohonan dari ADUN Pakatan Rakyat.

Jelas beliau lagi di Parlimen perkara ini telah dikecam seperti dilakukan oleh sharizat mengenai perkara sama. tetapi di perak BN membuat perkara berbeza. "Saya nak tanya kepada Zambry bukankah ADUN Pakatan Rakyat telah dipilih oleh rakyat, saya menggesa BN manarik balik arahan bodoh ini supaya tidak dinilai oleh masyarakat sebagai masyarakat jahiliyah, kalau mereka masih menerima arahan ini merwka masih berada dizaman jahiliyah.Katanya.

Pakatan Rakyat tolak pelantikan JK Dewan Perak, Sidang tidak sah.

IPOH, 4 July : Beberapa orang ADUN PR telah menerima surat perlantikan dalam beberapa jawatankuasa, PR menyangkal dan menolak perlantikan ini kerana perlantikan tanpa persetujuan.Demikian dinyatakan dalam kenyataan bersama oleh ADUN pakatan Rakyat yang diadakan di Wisma DAP Ipoh pagi ini.

Hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, ADUN PR lain, Nga Kor Ming(Pantai Remis), Khalil Idham Lim (Titi Serong), Anuar Sudin (Changkat Jong), Sum Chiok Lai (Bercam), Yee Siew Kai(Pokok Assam)dan Ong Boon Piow (Tebing Tinggi). ADUN Yang hadir adalah yang terlibat dengan JK Hak Kebebsan Dewam, JK Kewangan Negeri dan JK Perintah Tetap Dewan.

Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan persidangan 7 mei tidak sah dan perlantikan juga tidak sah malah penghinaan kepada DYTM Raja Muda Perak. Tidak ada apa-apa usul yang diluluskan dalam dewan, setahu kita selepas perasmian tidak boleh lagi ada agenda lain, Jelas YB. Nga Kor Ming.

Perlantikan secara iniletral adalah pelanggaran kepada sistem perundangan dan penghinaan kepada DYTM Raja Muda, Kata Nga.

Beliau juga meminta Zambry memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perlantikan yang tidak mengikut peraturan ini.

Pada sidang media itu dijelaskan DS. Nizar telah memohon 11 hakim dan kita menolak ketua hakim negara mendengar kes ini kerana dia bekas AJK umno.

"Oleh kerana kita tidak mahu lagi kes seperti yang didengar oleh hakim Datuk Ramli Ali menangguhkan keputusan MB Nizar sebagai MB yang sah. kita meminta penjelasan dari ketua Hakim Negara kenapa hanya didengar oleh seorang hakim, sedangkan pada hari itu ada 6 hakim sedang mendengar penghakiman lain" Tanya Nga.

"Jika ketua hakim gagal memberi pejelasan kita akan bangkitkan sekali lagi dalam parlimen. penghakiman sepenuh penting kerana ia menentukan keputusan berkaitan undang-undang kerajaan perak. selain itu 9 hakim akan melihat penghakiman yang lebih adil dan tidak dipengaruhi"tambahnya lagi.

Selain itu mengenai krisis yang berlaku di Kedah, ditegaskan Pakatan Rakyat Perak tetap dalam keadaan kukuh , erat dan terus membela nasib rakyat dan terbukti semasa kita mentadbir Kerajaan Perak.

Kita bukan saja kawan karib dan semangat perjuangan yang membara dalam diri kita. apa yang berlaku di Kedah tidak mempengaruhi pakatan rakyat Perak.Kata Nga.

Tambahnya masalah ini tidak perlu diperbesarkan kerana suami isteripun juga ada pergaduhan. perselisahan adalah sesuatu untuk memantapkan lagi pakatan rakyat dan yakin dapat diselesaikan oleh pemimpin pakatan rakyat. Hala tuju kita adalah Pakatan Rakyat adalah pengganti kepada kerajaan BN pada masa akan datang.