29 June 2009

BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.


PETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini. Diberitakan ceramah raja sesumpah sering disambut dengan ejekan oleh penyokong-penyokong PR yang turut hadir untuk mengikuti ceramah beliau. Seperti yang dijangka, setiap kali berlakunya pilihanraya, sudah pasti raja sesumpah akan muncul dan membuat kenyataan cuma kali ini beliau mungkin terlupa untuk bersumpah.

Apabila kita melihat kenyataan beliau di atas, ternyata Ezam raja sesumpah hanya mahu menenggek di dalam Pas apabila Pas dilihat benar-benar telah kuat. Persoalannya mahukah Pas menerima orang seperti itu? Ini bermaksud, Ezam tidak mahu bersusah payah seperti pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain untuk berjuang bertahun-tahun untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap Pas sehingga berjaya mendominasikan sokongan rakyat untuk Pas memerintah negara ini. Beliau hanya berjanji akan sertai Pas apabila Pas telah dilihat dapat menjadi tunjang di dalam PR. Inilah mentaliti ahli politik yang haprak yang hanya mahu mencari makan dan tidak mahu berjuang. Sebab itulah kita tidak hairan mengapa Ezam raja Sesumpah sanggup keluar dari PKR dan memasuki Umno walaupun beliau pernah berjanji tidak akan sertai Umno. (Lihat video klip Ezam di dalam blog saya).

Pada saya Ezam raja sesumpah ini ada kualiti sedikit sahaja dari Ibrahim Al-Kataki, itu pun kerana beliau pernah dididik oleh DS Anwar sebab itulah nampak lebih berakal sikit dari raja katak Pasir Mas. Namun, apabila menyertai parti yang pernah `diludah'nya dulu, Ezam raja sesumpah telah tertutup hati dan kini cakap-cakapnya tidak berkualiti lagi. Soal asas bangsa, ketuanan Melayu dan sebagainya yang sering dicanang oleh Ezam telah dimusnahkan sendiri oleh Najib dengan konsep `One Malaysia'nya. Dan, yang terbaru Najib sendiri berjanji akan menghapuskan sistem kuota kerana sistem ini sebenarnya banyak menipu, katanya. Ucapan Najib tersebut dibuat di dalam satu perhimpunan masyarakat Cina dan disiarkan di dalam berita TV hari ini. Apa pula komen Ezam lepas ini? Di mana NGO-NGO yang terlalu taksub dengan keMelayuannya itu selama ini? Di mana Perkasa, Pewaris, Pesaka dan entah apa-apa nama lagi tu? Mengapa membisu seribu bahasa?

Usaha Najib sudah terlewat kerana dasar mengamalkan keadilan untuk semua telah dipraktikkan oleh PR, sedangkan Umno baru sekadar berjanji dan berjanji. Di hadapan masyarakat Cina rentak pemimpin Umno lain, di depan masyarakat Melayu lain lah pula bunyinya. Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam parti yang dianggotai oleh Ezam raja sesumpah. Beliau telah kehabisan modal untuk memburukkan PKR, DAP dan kini beliau cuba pula untuk memburukkan Pas. Yang terbaik bagi raja sesumpah ini hanyalah Umno sahaja. Kita harap raja sesumpah sudi untuk hadir berceramah di Manek Urai nanti kerana di sanalah gelanggang terbaik buat Ezam untuk mengerjakan Pas. Tapi saya yakin, Ezam tidak akan berani menyentuh Pas seandainya beliau hadir di Manek Urai sekalipun kerana Ezam hanya mensasarkan DS Anwar sahaja walau di mana beliau berada. Tapi, Alhamdulillah, usaha raja sesumpah ini tidak pernah berjaya walau bersusah payah beliau membawa bukti, bersumpah bertegang urat lehernya, namun sokongan terhadap DS Anwar dan PR lagi bertambah kuat.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, saya ucapkan tahniah kepada Ezam raja sesumpah yang akhirnya mendapat simpati dan dilantik menjadi Ketua Penerangan di PJ tempat lubuknya dahulu. Walaupun nasib beliau tidak sebaik Lokman Noor Adam yang juga bekas musuhnya di dalam KeAdilan dahulu tetapi memadailah sebagai sagu hati dari Umno untuknya. Mudah-mudahan dengan jawatan tersebut boleh juga Ezam raja sesumpah bertemu dan berganding bahu dengan Khir Toyo di Selangor dan bergurulah dengan Khir Toyo bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bersih dan telus. Saya teringat kata-kata Ezam dahulu, "tolong bagitahu saya, mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?" Mungkin Ezam setuju juga apa yang diperkatakannya dulu. /wfauzdin.blogspot.com

DEBAT BUANG MASA?

ASSALAMUALAIKUM YB!

DEBAT BUANG MASA? Itulah yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Beliau juga berkata tidak ada faedah debattu berlangsung malah membuang masa saja. Najib cakap Inggeris dan Tok Guru cakap Arab, jadi dua-dua xfaham. Debat di Malaysia katanya tidak sama dengan di Amerika dan juga Indonesia yang berdebat untuk calon Presiden, jadi ia akan buang masa saja...jadi satu hiburan, KITA BUKAN LANTIK PEMIMPIN UNTUK MENGHIBUR...begitulah kata2 seorang bekas PM Malaysia pada satu majlis di Kedah hari ini.


Wahai bekas PM, Kami rakyat Malaysia yang menyokong PAS dan PR, bukannya lantik pemimpin2 yang boleh mewakili suara hati kami ini untuk menghibur. Kalau macamtu baik cari penari2 ala separuh bogel waktu majlis Zahid Hamidi di Kuala Sepetang sewaktu pilihanraya Parlimen B.Gantang tempohari. Terhibur sungguh kalau Tun xpercaya tanya si Zahid. Sewaktu buletin tv3 malam ini Tun juga ada menyatakan akan datang ke Manik Urai jika dipinta oleh UMNO. Datanglah Tun ke sana kerana memang kedatangan anda dialu2kan oleh rakyat MELAYU di sana. Hari ini juga media2 pro UBN sibuk dok kata Tok Guru nak berdebat kerana isu kerajaan perpaduan tempohari. Isu Melayu juga dimainkan oleh media2 UBNni. Kalau betullah Umno ni Melayu kembalikan hak royalti rakyat Kelantan yang tidak dibayar sejak 2004. Royalti Trengganupun xbayar habis lagi wahai Umno. Sesungguhnya Kelantan dan Trengganu penuh dengan Melayu disitu tetapi hak Melayu dipinggirkan oleh Umno terutama di Kelamtan. Janganlah setiap kali nak berlaku pilihanraya sibuk dicanangkan nak buattu nak buat ini untuk Melayu, selepas pilihanraya Melayu masih dok macamtuje di Kelantan. Alhamdulillah dengan adanya kepimpinan Tok Gurulah Melayu dibela disana dan ekonomi di Kelantan terus meningkat. Kalau waktu Bn perintah 20 tahun yang lepas Kelantan terletak dalam kategori negeri termiskin sekarang tanyalah Menteri Penerangan siapa pulak negeri yang termiskin? Teringat saya majlis kesyukuran di rumah Mukhriz anak Melayu bernama Mahathir, ada majlis bacaan doa, lepastu menari...nilah menghibur TUN! Tanya mufti Perak apa hukum majlistu?

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

ZAMBRY PERLU BERSEKOLAH SEMULA

Oleh: WFAUZDIN NS

APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.


Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.

Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.

Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.

Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin. /wfauzdin.blogspot.com

12 lagi kes H1N1 disahkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lagi kes H1N1 dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, menjadikan keseluruhan 124 kes sehingga jam 8.00 pagi pagi tadi.

Kes terbaru itu membabitkan 11 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.

Namun belum ada kematian dilaporkan.

Sumbangan kepada Tabung amal DUN Titi Serong

Sehingga hari ini saya menerima dua email dari pihak Maybank memaklumkan terdapat dua orang penyumbang yang menyalurkan sumbangan sebanyak RM 300 dan RM 1000. Terima kasih kepada kedua Hamba Allah tersebut, semuga segala jasa baik anda semua mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT jua.


Seterusnya saya terus menyeru kepada semua pengunjung blog ini untuk sudi kiranya menyalurkan dana anda untuk membantu kegiatan kemasyarakatan DUN Titi Serong sebagaimana yang disiarkan dalam posting sebelum ini.

Manek Urai: Pengurus Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat calon BN

KUALA KRAI: Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Kelmarin Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Hj. Fauzi Abdullah , seorang peniaga sebagai calon yang akan mewakili PAS.

Permohonan Nizar Panel penuh 11 hakim -- Mahkamah Persekutuan tolak tanpa sebab

Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.



"Surat yang difaks ke firma saya semalam (kelmarin), jawapan kepada permintaan kami ialah (panel) Mahkamah Persekutusan hanya akan terdiri daripada lima orang hakim.

"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.

Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.

Sehubungan itu, Leong memberitahu:

“Barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.”

Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.

"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.

Pimpinan PAS Perak sesi 2009-2011

IPOH, 28 Jun : - Teka-teki siapakah barisan kabinet PAS Perak bagi sesi 2009 - 2011 terjawab akhirnya apabila Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru, Ustaz Abu Bakar Huseein mengumumkan senarai kabinetnya selepas menyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di Pejabat PAS Negeri semalam.

Seperti yang dijangkakan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, manakala Dr. Khairudin Dato' Abdul Malik kembali ke posisi asalnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Sebelum ini Dr. Khairudin memegang jawatan Bendahari.


Timbalan Pesuruhjaya 3 merupakan muka baru iaitu Ustaz Mustafa Shaari yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga memegang Lajnah Pendidikan PAS Negeri.

Sebelum ini jawatan Setiausaha disandang oleh Abdul Rahim Mat Arip, tetapi kini jawatan itu disandang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Misbahul Munir Masduki.

Jawatan Penolong Setiausaha disandang oleh muka baru, Asmad Shahril Che Mat yang juga bekas pembantu khas kepada Exco Agama Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS kawasan Kuala Kangsar.

Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha PAS kawasan Gelang Patah, Johor dari tahun 2001 - 2003 serta bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Kangsar.

Manakala jawatan Bendahari menyaksikan Abdul Rahim Mat Arip kembali ke posisi asalnya.

Ketua Penerangan sebelum ini disandang oleh Misbahul Munir Masduki, kini disandang oleh muka baru yang juga Adun Titi serong, Khalil Idham Lim.

Pesuruhjaya PAS Perak yang baru turut memberikan amanah kepada penyandang jawatan Pengarah Pilihan raya Negeri (JPN) yang lalu Asmuni Awi untuk meneruskan tugasnya di posisi tersebut.

Empat daripada tujuh Ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan muka baru, iaitu Azhar Rifaie dari Teluk Intan dan memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Teluk Intan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Jawatan Dewan Pemuda PAs Perak selama 15 tahun, dan jawatan terakhirnya dalam Dewan Pemuda PAS Negeri sebagai ketua penerangan. pada tahun 2007. Dr. Najitossoleha Ahmad merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pusat yang juga Naib Dewan Muslimat PAS Negeri, disamping itu memegang jawatan Ketua Muslimat PAS kawasan Parit.

Seorang lagi muslimat yang dilantik, Hamizan Baharuddin merupakan bekas Naib Ketua Muslimnat PAS Negeri. kini menjawat jawatan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri. Beliau bergiat cergas dalam Dewan Muslimat PAS Negeri sejak tahun 1995 lagi.`

Di peringkat Dewan Muslimat PAS kawasan, beliau merupakan Timbalan Ketua Muslimat PAS kawasan Bukit Gantang.

Puan Hamizan juga pernah menjadi Pengarah Nisa' Negeri Perak.

Seorang lagi muka baru iaitu Khairul Anuar Ismail. Beliau merupakan salah seorang tenaga penggerak Jabatan Pilihan raya PAS (JPN) PAS kawasan Bukit Gantang.

Muka lama yang dilantik, Aminudin Zulkifli, Muhamad K. Y. Tiang Abdulah dan Osman Meseri.

Pada sesi lalu lalu Aminudin menjawat jawatan Ketua Lajnah Undang Undang PAS Negeri. Manakala Mohamad K.Y Tiang pula pada sesi yang lalu menjawat jawatan Timbalan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri.

Osman Maseri pula muka lama dalam PAS Negeri dan pada sesi lalu memegang jawatan Ketua Lajnah Ekonomi dan Usahawan. Beliau juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tapah. Harakahdaily.

PAS Kedah: Ustaz Taib dilantik TPJ III

ALOR SETAR, 28 Jun :- Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009 ? 2011 selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, di Seri Mentaloon, di sini semalam.

Pada pengumuman dibuatnya itu menyaksikan rombakan kecil dibuat kepada Jawatankuasa Dewan Harian apabila Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III yang sebelum ini disandang Ustaz Hassan Abdul Razak.


Sementara, Timbalan Pesuruhjaya I dan II dikekalkan masing-masing kepada Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dato' Mahfuz Omar.

Turut dikekalkan ialah Setiausaha, Senator Muhamad Yusuf Husain; Bendahari, Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul dan Ketua Penerangan, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Manakala tujuh lagi dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa sesi ini iaitu Ustaz Abu Kassim Abdullah, Sheikh Ismail Kamis, Ustaz Mohamad@Fauze Husin, Zakiah Baharom, Sobri Othman, Che Had Dhali dan Mohamed Hisham Mohamed Nordin. Harakahdaily.

Salah laku polis, Suhakam digesa siasat segera

KUALA LUMPUR, 28 Jun : - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa agar segera mengadakan siasatan awam (public inquiry) berhubung insiden keganasan ketika pelancaran kempen mogok lapar dan puasa sunat, di Wisma DAP, Ipoh, 26 Mei lalu.

Gesaan itu dibuat 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat ketika menyerahkan memorandum yang memuatkan salah laku polis pada program tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato' S. Sivasubramaniam dan Tan Sri Simon Sipaun, di pejabat Suhakam, baru-baru ini.


Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, yang mewakili mereka berkata program tersebut diadakan di Wisma DAP yang merupakan premis persendirian, selain ia tidak langsung mengganggu ketenteraman awam.

Bagaimanapun, sebelum sempat majlis pelancaran dijalankan, pihak polis bertindak menahan beberapa Adun dan petugas parti tanpa sebab munasabah dan walaupun perundingan diadakan.

Selain Adun Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum serta melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak polis, mereka turut menyediakan dua klip video dan beberapa gambar yang menunjukkan tindakan keterlaluan polis ketika menahan mereka.

Menyaksikan dua klip video tersebut, Simon kemudiannya memberikan respons bahawa gambaran yang ditunjukkan pada kedua-dua video itu menyamai insiden 'Perarakan 100,000 Jalan Kebun', di Lebuhraya Kesas pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan membawa aduan insiden ini ke mesyuarat bulanan badan itu awal bulan depan, sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung perkara ini.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan Pakatan Rakyat selepas majlis itu, Pengerusi DAP Perak, yang juga Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham secara sinis menyatakan polis di negara ini bukan lagi 'Polis DiRaja Malaysia' tetapi 'Polis Raja Di Malaysia'.

"Masalah yang melanda Perak selama ini telah digalakkan lagi kerajaan BN, dengan menjadikan pihak polis sebagai alat untuk mengelirukan rakyat serta mengasari orang awam dan Adun-Adun. Polis bukan lagi Polis DiRaja Malaysia, tetapi 'Polis 'Raja' Di Malaysia'," kata beliau, sinis.

Justeru, mereka mengharapkan Suhakam dapat meneliti perkara itu dan membuat siasatan awam berkenaan insiden tersebut, selain berjanji akan terus bekerjasama dengan Suhakam bagi membekalkan fakta dan maklumat berkenaan isu ini sekiranya diperlukan.

Selain Idham dan Ngeh, Speaker Dun Perak, Dato' Sivakumar; Adun Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Teja, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran; dan beberapa Adun lain turut hadir pada majlis itu. Harakahdaily.

Berita luar negara: China Tidak Akan Laksanakan Perlindungan Perdagangan

Alif H'ng
2009-06-27 16:01:45 Agensi Berita Xinhua China

China sentiasa menentang perlindungan perdagangan, dan tidak akan melaksanakan perlindungan perdagangan yang mendiskriminasi syarikat asing dan produknya.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Chen Deming ketika ditemui oleh Menteri Ekonomi yang Berasaskan Pengetahuan Republik Korea, Lee Youn-Ho di Beijing semalam.


Baru-baru ini, beberapa media menyatakan, kerajaan China akan melaksanakan dasar pembelian produk domestik dalam pakej rangsangan ekonomi. Chen Deming menyatakan, peraturan tentang kerajaan membeli produk domestik hanya dikuatkuasa dalam pembelian kerajaan yang menggunakan peruntukan kerajaan. Produk domestik juga termasuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat pelaburan asing di China. Beliau juga berharap agar anggota utama Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menurunkan piawaian, dan menyediakan syarat kepada China untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Kerajaan WTO agar menggalakkan pembukaan pasaran pembelihan kerajaan masing-masing.

Lee Youn-Ho menyatakan, Republik Korea bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Dasar perdagangan China adil dan telus.

Berita luar negara: Bank Komersial Perlu Kawal Penggunaan Pinjaman untuk Cegah Risiko

Alif H'ng
2009-06-26 17:18:24 Agensi Berita Xinhua China

Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Perbankan China (CBRC) mengeluarkan arahan baru-baru ini, meminta supaya pemberian pinjaman daripada bank komersial memenuhi permintaan ekonomi sebenar, dan mencegah pinjaman disalahgunakan di pasaran saham dan sektor hartanah. Penilaian terhadap bank-bank komersial dari segi jumlah dan proses pemberian pinjaman juga menjadi lebih longgar. Pakar yang berkaitan menyatakan bahawa arahan CBRC itu adalah untuk mencegah bank-bank komersial daripada memberikan pinjaman secara mendadak pada penghujung suku ini dan mencegah risiko kewangan.


Untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa, China telah mengambil dasar mata wang yang agak longgar sejak awal tahun ini. Ini menyebabkan pinjaman wang banyak bertambah sehingga mencapai jumlah 5840 bilion yuan RMB dalam tempoh lima bulan lalu. Angka ini sudah melebihi rancangan pinjaman untuk sepanjang tahun ini, iaitu 5000 bilion yuan RMB. Pertumbuhan pinjaman yang terlalu pesat telah meningkatkan risiko kewangan.

Naib Ketua Pengarah Penyelidikan Pasaran Kewangan Akademi Sains Sosial China, Yin Zhongli menyatakan bahawa "Sekiranya dana pinjaman memasuki pasaran saham dan hartanah, ia akan menghadapi risiko yang besar, kerana harga saham dan hartanah tidak mungkin naik selama-lamanya. Sekiranya ia berturun, kerugian pelabur akan menjadi sangat besar, dan ini mengakibatkan risiko pinjaman pihak bank. CBRC selalu berwaspada terhadap hal itu."

Semalam, Jabatan Audit Negara menunjukkan bahawa pada tahun lalu, badan-badan kewangan seperti Bank Perindustrian dan Perdagangan China (ICBC) telah memberikan pinjaman sebanyak 21.5 bilion yuan RMB kepada syarikat hartanah, tindakan ini telah melanggar peraturan berkenaan. Penganalisis berpendapat bahawa dana spekulasi ini telah mengganggu penurunan harga hartanah kea rah yang rasional. Pada bulan April dan Mei yang lalu, penurunan kadar hartanah telah menjadi perlahan, dan indeks di bursa saham Shanghai juga meningkat lebih 50% dibandingkan dengan masa yang sama tahun lalu. Kelonggaran dana yang memasuki bidang bukan ekonomi sebenar telah mendatangkan risiko terhadap ekonomi sebenar. Yin Zhongli berkata, "Pertumbuhan pinjaman pada bulan Mac lalu banyak yang melebihi jangkaan. Sebab utamanya ialah bank komersial memberikan pinjaman secara besar-besaran pada hujung suku tahun untuk meningkatkan jumlah pinjamannya. Terdapat juga unsur manusia di dalamnya. Jadi, CBRC telah mengeluarkan arahan sebelum penghujung bulan ini untuk mencegah keadaan yang berlaku pada bulan Mac itu daripada berulang."

Kerana saiz pinjaman meningkat dengan besar 6 bulan pertama tahun ini, kecairan pasaran di China agak menjadi-jadi. Bank Pusat China dikatakan akan mengadakan Sidang Kerja Presiden Bank Cawangan untuk menetapkan kerja berkait dengan rancangan pinjaman pada setengah tahun kedua ini. Yin Zhongli menyatakan, "Ditinjau dari keadaan sekarang, masih belum sampai waktunya untuk penyesuaian dasar mata wang. Pada 17 Jun, Perdana Menteri Wen Jiabao mengadakan sidang Dewan Negara dan menerangkan pendiriannya untuk terus melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar mata wang yang longgar sederhana. Pelabur tidak perlu bimbang terhadap penurunan kecairan pasaran, malah patut memberikan perhatian kepada perubahan dasar makro."

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Alif H'ng

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.

Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.

Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.

Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.

Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.