16 June 2009

Gambar majlis jamuan negara presiden Iran

Mohamad Zaini Hassan

Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar2 ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara yang amat dibenci oleh US dan sekutunya.







Mahasiswa Perak desak PBB, Kerajaan Thailand selesai segera kemelut berdarah

Berikutan tragedi berdarah di Selatan Thailand Selasa lalu yang melibatkan 12 orang penduduk mati ditembak, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ( BERSATU PERAK ) tampil mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Thailand supaya menyelesaikan segera kemelut berdarah di wilayah itu.

Presiden persatuan tersebut, Mohd Hafez bin Sabri melalui kenyataan media yang dihantar semalam menyatakan konflik yang berlaku di Selatan Thailand sehingga kini masih belum dapat diselesaikan. Sejak 2004 berlakunya kemelut, hampir 3,700 jumlah umat Islam yang tidak berdosa dibunuh tanpa sebab. Bantuan ketenteraan yang disalurkan oleh kerajaan Thailand , menambahkan lagi parah konflik di wilayah bergolak itu.

Pada tarikh 9 Jun 2009 (Selasa), umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan 12 orang jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok telah ditembak mati oleh sekumpulan penyerang bersenjata rifel M-16 dan pump-gun, berseragam hitam dan bertopeng. Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit.

Dalam kenyataan media berkenaan, ( BERSATU PERAK ) berpendirian kemelut yang berlaku sejak 6 tahun dahulu itu tidak akan berkesudahan sehinggalah ketenteraan Thailand diundurkan dari wilayah tersebut dan umat Islam diberikan kuasa dan hak autonomi terhadap wilayah mereka.

“Kami ( BERSATU PERAK ) mendesak kerajaan Thailand yang diketuai oleh Abhisit Vejjajiva bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian berdarah tersebut. Kerajaan wajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan pembunuh tersebut disamping mengadakan tindakan pencegahan.

( BERSATU PERAK ) menggesa kerajaan Malaysia dengan segera bertindak membantu menyelesaikan konflik selatan negara tersebut. Kerajaan Malaysia digesa agar menyalurkan bantuan pendidikan kepada wilayah tersebut bagi menyelamatkan umat Islam di selatan Thailand .

( BERSATU PERAK ) juga mendesak konflik selatan Thailand ditamatkan dengan memberikan ruang dan kuasa kepada umat Islam menjalankan kehidupan mereka tanpa sekatan dan ancaman.

( BERSATU PERAK ) akan memanjangkan desakan ini dengan menghantar surat tuntutan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Pengerusi OIC dan ASEAN agar ada desakan di peringkat antarabangsa terhadap isu penindasan & jenayah kemanusiaan ini,” jelas Hafez Sabri.

Dalam pada itu, dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan senapang automatik memasuki masjid Al-Furqan di daerah Cho-i-Rong, wilayah Narathiwat ketika waktu solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah menyebabkan 12 orang termasuk imam Wan Abdullah Wan Latif terbunuh dan 19 lagi cedera.

Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Prof Ekmeleddin Ihsanoglu, menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand

"KERIS BERDARAH CINA" : NAJIB NAFI DAKWAAN KARPAL

oleh MEDIA BYPASS (laporan dipetik dari web akhbar Cina)
bypass308.blogspot.com

SERIUS, GEMPAR DAN TERKEJUT BERUK
"semasa ops lalang pada tahun 1987, adakah YB pernah sebut YB tidak akan simpan keris kecuali keris ini dapat rasa darah orang Cina?" Ini bukan cerita main-main, inilah soalan yang diajukan karpal sigh dalam dewan rakyat hari ini.

dengan bukan main-main juga, orang yang diajukan soalan tersebut, yang 1Malaysia sanjung, PM ds Najib berkata, "Perkara ini tidak pernah berlaku, saya tak pernah buat kenyataan seperti yang dikatakan oleh YB, oleh itu yang harus minta maaf bukan saya, tetapi beliau sendiri (karpal)."

ramai yang terkejut beruk apabila karpal ungkitkan soalan pasal peristiwa 22 tahun lalu, siapalah yang masih ingat, kalau masa tu ada akhbar laporkan ungkapan sedemikian, memang najib tak boleh nafi.

tapi karpal pun janganlah ingat najib dah nyanyok, nak buat tuduhan melampau sebegitu, sepatutnya masa nak tanya tu kenalah bawa sekali bukti yang ada, bukan tanya untuk sedap mulut je. lagi pun ni soalan jenis sensitif yang kalau silap langkah boleh cetus macam-macam insiden tak senang.

bagaimanapun, lim kit siang yang juga salah seorang tahanan ops lalang memberitahu bahawa menurut satu catatan dewan rakyat pada 3.3.1988 memang ada catatan yang menunjukkan Pada 17.10.1987, pada satu perhimpunan yang diketuai Najib selaku ketua pemuda umno ada menampilkan kain rentang yang tertulis ayat bermaksud merahkan keris dengan darah orang Cina.

pm ds najib menafikan beliau ada perkatakan soal "darah cina" dan "keris" seperti didakwa karpal, oleh itu beliau tidak perlu mohon maaf kepada masyarakat Cina. sebaliknya beliau kata karpal lah yang sepatutnya minta maaf.

NIZAR TELAH LAKUKAN DUA SUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah. Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn. Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun. Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak. Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya./ wfauzdin.blogspot.com

Lima lagi diserang H1N1, jumlah 17 kes

Lima lagi kes selesema A (H1N1) disahkan melanda negara hari ini, menjadikan kes semuanya 17 sejak 15 Mei lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semua kes terbaru itu dilaporkan akibat jangkitan di luar negara.

Mangsa ke-17 seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun yang pulang daripada melancong di Melbourne dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes ke-16 pula seorang penduduk Amerika Syarikat, pelajar 14 tahun yang pulang untuk melawat keluarganya di Sabah.

Pelajar perempuan itu kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Mangsa ke-15 seorang penduduk tetap Malaysia yang berusia 16 tahun dan kini belajar di Melbourne yang pulang untuk bercuti.

Keluarga pelajar kini sedang dikuarantin, sementara remaja lelaki itu dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Dua lagi membabitkan seorang pelajar lelaki 12 tahun yang pulang bercuti di Manila, dan seorang pelancong Britain, 25, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas mengalami tanda-tanda diserang selesema itu di Pulau Tioman.

Ibu pelajar itu dan teman wanita warga asing itu kini sedang dikuarantin. Malaysiakini.

Speaker Dewan Rakyat enggan teruskan agenda dewan mengalu-alu dan ucap tahniah kepada MP baru.

Apabila sampai kepada agenda mengalu-alu dan mengucapkan tahniah kepada seorang ahli dewan yang baru mengangkat sumpah dimana pada hari ini MP yang terlibat ialah DS. Muhammad Nizar Jamaluddin. Namun begitu Speaker Tan Sri Pandikat Amin enggan meneruskan agenda tersebut.

Mungkin inilah kali pertama dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat apabila Speaker enggan meneruskan agenda tersebut.

Semasa sampai ke agenda tersebut, DS. Nizar telahpun tidak berada di dalam dewan kerana diarah keluar sebelum dari itu.

Nizar, 6 MP digantung sidang parlimen

Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan

Kuala Lumpur: Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.

Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.

Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.

Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.

Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.

Selain itu saya ingin menanyakan kepada Hishamuddin, apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.

Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak.

Hishamuddin Menjawab Soalan Kewajaran Polis Ceroboh Dun Perak

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin memberi jawapan bahawa tindakan polis masuk ke dalam Dewan dengan arahan daro Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Speaker yang sah.

Dalam soalan tambahan, penanya soalan asal, DS.Anwar Ibrahim bertanya apa alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikannya.

Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankannya, kononnya tindakan polis adalah permintaan dari Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kami kalau tidak berpuashati.

Menjawab soalan tambahan dari tangga batu, Hishamuddin mengulangi sekali lagi supaya mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuashati.

TERKINI 10.25 pagi: DS.Nizar dan hampir 10 MP dihalau keluar dewan oleh Speaker

Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

YB.Mahfoz, Dr Hatta, Ust.Taib, YB Gobala dan YB.Zailah bergambar di luar dewan dengan memakai lilitan kepala Bubar Dun.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker mengarahkan keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

TERKINI: Dewan Kecoh bila DS Nizar laung 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun'

Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.

Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

TERKINI: 10.00am, DS Nizar Angkat Sumpah

DS.Nizar sedang menandatangani surat acara jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang


Kuala Lumpur; Ds.Nizar telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang Sebentar tadi