09 June 2009

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan...

Muktamar PAS boleh jana ekonomi negeri dan usahawan

Rozmal bin Malakan

Saya telah berkesempatan menghadiri Muktamar PAS Pusat di Stadium Melawati , Shah Alam pada 5 ke 7 Jun 2009 yang lalu.

Satu perkara yang menarik di luar muktamar ini ialah kehadiran begitu ramai peniaga , yang majoriti besarnya usahawan Islam dan bumiputera dengan kepelbagaian produk yang bermutu.

Dikatakan terdapat lebih kurang 500 gerai ditempatkan di sekitar Stadium Melawati dan Stadium Shah Alam. Pengunjung begitu ramai sekali bukan sahaja mereka yang menghadiri muktamar malah mereka yang datang hanya untuk mencari produk usahawan Islam yang sukar didapati dalam variasi yang begini banyak dalam expo-expo yang lain.

Dari kepelbagaian produk kecantikan, produk kesihatan, produk percetakan dan multimedia, pakaian dan pelbagai citarasa makanan. Pertama kali merasa Nasi Ayam Roket yang diusahakan oleh Unit Amal Johor. Setakat ini belum jumpa lagi Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan, nasi yang dimasak dalam dulang dan disusun dalam rak dan ditutup dengan bekas seperti roket. Agaknya kalau buka restoran Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan boleh laris.

Anak gadis saya sempat membeli stokin 3 pasang RM 10. Katanya tak pernah jumpa stokin macam tu sebelum ni. Gadis penjual tersebut rasanya orang Terengganu dari loghat percakapannya.

Isteri pula beli produk kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikat dari Kelantan. Tanya taukeh gerai ada tak cawangan di Senawang. Dia kata akan buka. Tanya punya tanya rupanya taukeh orang Rembau , kakak ipar dia duduk satu taman.

Dalam fikiran saya , kalaulah Muktamar PAS Pusat pada masa akan datang dibuat di Negeri Sembilan , sudah pasti akan merancakkan ekonomi para peniaga di Negeri Sembilan. Tak payah lah perlu setiap kali cuti sekolah orang Negeri Sembilan pergi Melaka, pergi Kelantan, pergi Langkawi untuk membeli belah. Kadang-kadang rasa malu pada orang luar apa nak dipromosikan di Negeri Sembilan ini.

Bukan para peniaga sahaja akan untuk. Malah para pengusaha hotel di Seremban, di Nilai, di Rembau juga akan untuk kerana ramai perwakilan dan pemerhati akan mencari tempat untuk menginap sempena muktamar. Para pemandu teksi pun akan untung. Penjual aiskrim, ramai lagilah.

Sebab itulah dalam kegawatan ekonomi sekarang ini , kita kena yakin, yang beri rezeki ialah Allah. Untuk merancakkan ekonomi, mereka yang berduit perlulah berbelanja , berbelanja secara berhemah.

Agak-agaknya mahu tak kerajaan negeri , pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan ini membenarkan diadakan Muktamar PAS di negeri ini ? Bukankah yang akan untung nanti orang Negeri Sembilan juga, para peniaga Negeri Sembilan juga , hotel-hotel di Negeri Sembilan juga ?

KERAJAAN PERPADUAN

Assalamu'alaikum wm. wb!

YB! Saya Hj. Abdul Samad Mohd Zaini dan ahli-ahli PAS dari Kg. Aji Bota, amat bimbang dengan pegangan Prisiden dan TP kita mengenai isu ini.

Sekarang pemuda umno dah buat tawaran. Ini semua akhirnya akan MENJERUT tengkok kita sendiri. Saya/kami sudah letih dengan peal umno. Takkan pemimpin kita lupa kes MEMALI, KERPAN dan terkini RAMPAS KERAJAAN PERAK. Itu yang besar-besar. Yang kecil2 berbakul2/berlori2 kalau kita nak baca silat dan terajang mereka kepada kita, khususnya kami golongan marhain ini.

Tolong bagi email pemimpin2 kita untuk kami merayu dan mengubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut. Kami bimbang ahli-ahli pas akan lari dari kita khususnya yang atas pagar dan golongan2 yang berjinak-jinak dengan kita seperti Kelab Penyokong PAS. Adakah kita sudah selesa untuk berjaya dan menguasai PRaya ke 13?

Tolong tenangkan kerisauan ahli-ahli golongan marhain/akar umbi ini. Cukuplah penderitaan/kezaliman umno selama 52 tahun ini.

Sekian harap YB dapat berikan email pemimpin2 kita untuk kami mengadu masalah/rasa tidak senag ini.

Wassalam

Adnan Memperlekeh PAS Pahang

http://johornews.blogspot.com

KUANTAN - Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemilihan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi, masing-masing sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemuda Pas tidak memberikan sebarang implikasi kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin terbabit kurang mendapat sokongan rakyat dan mereka pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

''Bagaimanapun, pemilihan kedua-dua pemimpin ini dianggap sebagai sumber kekuatan baru kepada Pas di Pahang,'' katanya lagi. Beliau mengulas terpilihnya Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden dan Nasrudin Hassan sebagai Ketua Pemuda Pas yang baru pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam.

Johor Daily mendapati ketika ini PAS dan PKR Pahang telah membuka banyak cawangannya terutama dikawasan Felda. Semenjak isu yang diutarakan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) mengenai hak peneroka yang diabaikan dan perlantikkan Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai Ketua Perhubungan Negeri PKR Pahang. Pakatan Rakyat Pahang telah banyak menembusi kubu kuat BN-Umno.

Johor Daily mendapati persefahaman diantara PAS, PKR dan DAP Pahang semakin kukuh. malah kes mahkamah yang melibatkan Adnan telah menyababkan parti pembangkang itu mempunyai isu yang kuat untuk meluaskannya pengaruhnya.

PAS - PINTU TERBUKA ATAU KETUK PINTU

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA amat tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Pada saya intipati ucapan Tuan Guru amat bertepatan dengan ajaran Islam terutamanya di dalam perkara mengajak umat kepada perdamaian.

Cinta kepada perdamaian sememangnya ajaran Islam begitu juga mencintai kepada insan atau golongan yang juga mahukan perdamaian. Tuan Guru juga menyebut bahawa Pas sentiasa mengamalkan dasar `pintu terbuka' kepada semua samada dari mana-mana pertubuhan atau parti siasah. Itu juga amat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma, yang menjadi kemusykilan kepada saya adalah kerana pada waktu dan ketika ini saya melihat Pas seperti tidak melaksanakan dasar `pintu terbuka' seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru sebaliknya Pas dilihat lebih `mengetuk pintu rumah' orang lain. Seharusnya dasar pintu terbuka adalah mengajak mereka ke `rumah' kita dan bersama berjuang dengan kita, bukannya kita yang bersungguh-sungguh `mengetuk pintu rumah' nya. Isu Kerajaan Perpaduan sebagai contoh, secara terang-terangan menyebut Pas sedia berunding dengan Umno walaupun Pas tidak menyebut bahawa Pas akan menyertai Umno/Bn. Inilah yang menjadi keraguan kepada rakyat yang selama ini menyokong perjuangan Pas dan PR. Mereka mungkin tidak secerdik pimpinan Pas untuk mentafsir apakah tujuan sebenar Pas, tetapi `pengalaman' telah banyak mengajar mereka untuk menjadi lebih cerdik sedikit. Saya tidak mahu mengungkit peristiwa yang menjadi kontroversi yang berlaku di Selangor sejurus PR berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Pengalaman seperti ini amat menakutkan apatah lagi mereka yang terbabit masih berkuasa di dalam Pas. Bahkan, mereka ini lah yang lebih lantang menyokong Kerajaan Perpaduan ini meskipun Mursyidul Am Pas secara berterus terang menentang pendekatan tersebut.

Pada hemat saya, Pas tidak perlu melibatkan Umno untuk memperkasakan perjuangannya, tetapi Pas harus menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno sahaja. untuk bersama Pas. Lupakan sahaja jasad parti Umno atau kulitnya itu, tetapi ambillah isinya iaitu ahli-ahli Umno yang bukan kesemuanya kaki rasuah. Jika ini dapat dilakukan oleh Pas, nescaya tiada keraguan atau syak wasangka dari rakan-rakan di dalam PR bahkan juga ahli-ahli Pas sendiri. Pas, PKR dan DAP mesti berlumba-lumba untuk `memancing' mendapatkan ahli-ahli Umno demi memperkuatkan PR, bukannya `terpancing' oleh Umno dan media-medianya. Jangan dikaitkan samasekali nama tubuh Umno atas apa jua alasan, tetapi kerja dakwah Pas hendaklah ditumpukan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Inilah juga strategi yang dilakukan oleh DS Anwar untuk memperkuatkan PKR, dan tidak salah jika Pas menuruti strategi ini kerana ia terbukti berkesan. Strategi berpakat atas nama parti Umno tidak akan berjaya dan sejarah telah membuktikannya. Maka, benarlah apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas bahawa parti Umno tidak boleh diajak berpakat untuk kebaikan, tetapi ahli Umno tidak mustahil boleh dibimbing dan dibentuk. Sudah berapa ramai ahli-ahli Umno bahkan tokoh-tokoh mereka yang menyertai Pas hasil daripada strategi ini.

Paling penting perkuatkan dahulu PR yang terbukti telah banyak berjasa di antara satu sama lain. Kemudian usaha lebih giat perlu dilakukan untuk menarik ahli-ahli Umno bersama Pas. Percayalah, jika ini mampu dilaksanakan secara agresif oleh semua parti di dalam PR, maka di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti Umno sudah boleh kita `talkin'kan. Pimpinan Pas diharap akan dapat menyelesaikan isu Kerajaan Perpaduan ini dengan penerangan yang lebih tepat dan terperinci tanpa putar-belit yang menambahkan lagi keraguan rakyat. Barang harus diingat bahawa Pas kini telah mendapat sokongan rakyat Non Muslim melalui Kelab Penyokong Pas yang semakin berkembang sekarang. Jangan kerana silap percaturan dan strategi, Pas mendapat kerugian yang amat besar dan menjejaskan cita-cita Pas untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.

PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Malaysiakini