05 June 2009

Forum Perdana sempena Muktamar.

Sempena sambutan Muktamar Tahunan PAS kali ke 55, Panatia Muktamar telah menganjurkan Forum Perdana yang membarisi ahli panelnya Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ust. Nik Zawawi. Manakala pengerusinya ialah Ust. Solehin Mohyi.

Pada mulanya ahli Panel yang akan ditampilkan ialah Dr. harun Din dan Ust. Ismail Kamus namun keduanya tidak dapat hadir atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan dan tempatnya digandikan oleh Drs. Khalil dan Ust. Nik Zawawi.

Ketiga-tiga ahli panel mengupas tajuk "PAS memimpin perubahan" dan menarik perhatian kehadiran yang memenuhi dataran forum sekitar 2 jam itu.

Sebelum Forum bermula penonton dihiburkan dengan lagu-lagu kerohanian dari kumpulan nasyid jemputan termasuklah nyanyian solo oleh Renggo.

Tiada pilihan, kecuali Pakatan Rakyat

A Shukur Harun

Jumaat, 5 Jun dibukalah tirai Muktamar PAS Ke-55 selama tiga hari seperti ditunggu-tunggu. Para perwakilan dan pemerhati telah pun tiba untuk menghadiri muktamar tersebut di Stadium Malawati di tengah-tengah bandar raya Shah Alam, Selangor.

Kalaulah tidak kerana kemenangan Pakatan Rakyat pada Mac 2008 lalu, tidak mungkin PAS dapat mengadakan muktamarnya di stadium sebesar itu, dengan datarannya yang luas, rimbunan pohon di sana sini dan berhampiran pusat membeli belah, hotel dan Masjid Negeri yang menjadi kemegahan umat, bukan saja di Selangor tetapi juga seluruh Malaysia.

Selangor sebuah negeri rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, di mana ibu negerinya sangat bersifat kosmopolitan dengan puluhan institusi pengajian tinggi di dalamnya.

Para perwakilan dan pemerhati yang datang dari jauh dan dekat akan menyaksikan bagaimana Selangor Darul Ehsan, sebuah negeri terkaya di Malaysia mampu ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Menteri Besarnya Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

Dengan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-12 dulu menyebabkan ia beroleh kemenangan besar dan mampu membentuk sebuah kerajaan stabil. PAS sendiri, yang memenangi enam kerusi Dun telah diberikan peranan besar dengan mememang tiga Exco penting � Dato' Dr Hasan Ali, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abd Samad.

Di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ini masjid dan surau dapat dimakmurkan dengan sebaik-baiknya, di mana para pendakwah bebas menyampaikan pelbagai kuliah mereka bila-bila masa. Sementara itu pelbagai dewan yang ada di negeri ini dapat digunakan dengan bebas bukan saja untuk kegiatan kemasyarakatan, tetapi juga untuk ceramah umum dan dakwah.

Rakyat bebas menikmati kebebasan dalam batas undang-undang yang sedia ada. Kehidupan malah lebih baik walaupun dalam keadaan kemelesetan ekonomi.

Saya melakarkan kembali mengenai kejayaan Negeri Selangor Darul Ehsan ini untuk menggambarkan bagaimana penduduk Selangor dapat menikmati kehidupan yang selesa ini di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, Muktamar PAS yang berlangsung di Selangor sekarang sewajarnya memperbaharui ikrar untuk memperkukuh lagi Kerajaan Pakatan Rakyat bukan saja di Selangor, tetapi juga di negeri lain yang diperintahnya.

Muktamar PAS Ke-54 di Ipoh tahun lalu mengambil keputusan memperkukuh Pakatan Rakyat, satu keputusan yang sangat bijaksana. Justeru selepas muktanar kali ini, siapapun yang dipilih memimpin PAS, sewajarnya memperkasa lagi Pakatan Rakyat.

Tidak ada pilihan lain bagi mereka melainkan bekerja keras untuk mempastikan kekukuhan Pakatan Rakyat. Ini kerana Pakatanlah yang menjadi 'government in waiting' � kerajaan menanti.

Jika kita mengamati, nampak jelas perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan BN yang ada, dari segi ketelusan, kebebasan, keadilan dan menyediakan kehidupan lebih baik.

Lebih daripada itu kejayaan besarnya ialah pendukung Pakatan Rakyat sudah melepasi batas-batas perkauman yang sangat berbahaya. Keharmonian telah terjamin dengan baik, sementara PAS sendiri sudah menunjukkan kemampuan berinteraksi dengan rakyat pelbagai kaum, begitu juga sebaliknya.

Majlis ceramah PAS, KeADILan dan DAP dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum, malah para pemimpin tiga parti ini sudah berada di pentas yang sama dan mennyampaikan ceramah bersama di banyak tempat, sesuatu yang amat sukar kita temui pada masa lalu.

Sementara itu, hasil daripada keterbukaan PAS dan slogannya 'PAS Untuk Semua' semakin menarik perhatian pelbagai kaum, malah Kelab Penyokong PAS yang berada di bawah payung Lajnah Perpaduan Nasional yang diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa telah menunjukkan kejayaan membanggakan. Menurut laporan terkini, Kelab tersebut sudah melebihi 20,000 orang ahli, malah ramai lagi berminat menyertainya.

Baru-baru ini lajnah tersebut bersama dengan Lajnah Peringkat Pemuda dan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan Program Konvensyen Kelab Penyokong PAS di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang dengan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.

Dalam ucapannya, Tuan Guru menegaskan bahawa PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Tuan Guru berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat, Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan konvensyen tersebut.

Program tersebut mendapat sambutan luar biasa di mana orang ramai telah memenuhi dewan tersebut hingga melimpah di luar dewan, suatu sambutan yang mencerminkan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap PAS. Selain daripada kehadiran ahli Kelab Penyokong PAS, turut hadir ahli Penyokong Muda PAS seluruh negara.

Menurut Dr Mujahid, tujuan program tersebut ialah untuk memberi penerangan mengenan pelan tindakan lajnah tersebut untuk menaiktarafkan Kelab Penyokong PAS (KPP) ke taraf Dewan di dalam PAS. Insya-Allah, katanya, hasrat ini akan dapat direaliasikan.

Ini membuktikan bahawa sejak PRU ke-12 hingga kini sokongan rakyat berbilang kaum terhadap Pakatan Rakyat terus bertambah. Program mereka baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, malah di Perak, sentiasa mendapat sambutan.

Ini bukti bahawa Pakatan telah menunjukkan kemampuannya menjadi pemerintah yang baik di beberapa negeri yang dimenanginya. Tidak mustahil, malah berpotensi besar, insya-Allah, pada PRU ke-13 nanti, Pakatan Rakyat akan dapat menawan negeri yang kini masih lagi dikuasai oleh Barisan Nasional.

Berdasarkan perkembangan sebelum ini, sekurang-kurangnya ada dua Muktamar PAS lagi sebelum PRU ke-13 nanti, iaitu tiga tahun lagi. Namun begitu, muktamar kali sewajarnya digunakan untuk mengatur strategi bagi memperkukuh Pakatan Rakyat.

Daripada gejolak politik yang berlaku sekarag, terbukti Pakatan Rakyat mempunyai kemampuan untuk menghadapi cabaran, khususnya dari Barisan Nasional. Justeru BN sentiasa mencari peluang untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, tidak syak lagi musuh PAS dan musuh Pakatan Rakyat sentiasa memerhatikan perjalanan Muktamar PAS ini baik ucapan mahupun perbahasan dan usulnya. Sebarang mesej yang salah disampaikan akan membawa akibat melemahkan Pakatan Rakyat dan sudah tentu merugikan PAS sendiri. Harakahdaily

Nurida kekal ketua Muslimat

Nurida Mohd Salleh berjaya mengekalkan jawatan ketua Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan tumpas kepada muka baru.

Nurida mendapat 136 undi manakala pencabarnya Asiah Ali mendapat 100 undi.


Manakala Siti Zailah Mohd Yusof mendapat 142 undi untuk menewaskan Wan Hasrina bagi jawatan timbalan ketua. Wan Hasrina mendapat 90 undi.

Jawatan naib ketua sebelum ini telah dimenangi tanpa bertanding oleh Mumtaz Md Nawi.

Manakala 12 orang yang terpilih ahli jawatankuasa kerja Muslimat ialah Wan ubaidah omar (196), mastura mohamad (173), halimah ali (173),
Aiman Athirah al Jundi (162), Najihatussalehah Ahmad (158), Siti Mariah Mahmud (156), Rosni Adam (155), Azizah Khatib Mat (147), Salbiah Abd Wahab (147), Nurul Huda Yusof Rawa (135), Wardatul Jannah as Sofea (125) dan Fatimah@Zainab Ibrahim (122).

Jawatan pengerusi tetap pula dimenangi oleh Nor Hashimah Deraman yang mendapat 154 undi, menewaskan Noraini hussin yang mendapat 81 undi.

Jawatan timbalan pengerusi tetap pula dimenangi Wan Hamidani Wan Ahmad yang mendapat 162 undi, menewaskan Faizah Ismail yang mendapat 72 undi. Malaysiakini.

Nik Abduh antara 12 AJK Pemuda

Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Aziz mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan ahli jawatankuasa kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Pusat yang diadakan di Taman Melawar hari ini.

Beliau mendapat 194 undi - kurang tiga undi daripada Riduan Mohd Noor yang mendapat undi terbanyak dengan 197 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Dewan Pemuda PAS, Hassan Shukri sebentar tadi.

Turut dipilih ialah Mohd Firdaus Jaafar (176); Mohd Nazri Chik Zain (165); Suhaizan Kaiat (165); Nasir Zakaria (150); Kamal Ashaari (145); Kamalrulzaman Mohamad (139); Khairul Faizil Ahmad Kamil (139); Mohd Adram Musa (135); Abdullah Abdul Karim (127) dan Raja Iskandar Raja Yaacob (120).

Seramai 229 perwakilan telah mengundi hari ini.

Tiga jawatan utama dalam pucuk pimpinan PAS dimenangi tanpa bertanding.

Ketua Pemuda dimenangi oleh Nashruddin Hassan, Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan) dan Ahmad Sabki Yusoff (naib). Malaysiakini.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

  • Mohd Nizam bin A. Badaruddin

    Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

    1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

    2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

    5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

    8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

    9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

    Kesimpulan
    Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

TERKINI 10:20: Semua diminta bersurai

Semua yang hadir diminta untuk bersurai setelah taklimat diberikan oleh Polis Glen sekitar 5 minit sahaja.

Bayangkan ianya betul-betul menyusahkan OKT yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Alasan polis siasatan belum diselesaikan lagi dan baru menerimanya kelmarin. Alasan itu kebanyakanya tidak boleh diterima oleh OKT.

TERKINI: OKT akan dipanggil bila siasatan siap

Pegawai Polis Glen mengumumkan menggunakan Hailer bahawa Siasatan oleh peguam negara belum diselesaikan, sama ada diteruskan atau tidak bergantung kepada siasatan itu.

Polis Glen juga memaklumkan bahawa dia menerima arahan semalan dan berharap difahami. Glen juga meminta maaf dengan kesulitan yang dihadapi bila ada bantahan dari beberapa orang yang datang.

Beliau juga memaklumkan jaminan tidak akan disambung dengan alasan semua OKT dianggap senang untuk dihubungi.


Polis Glen sedang memberi taklimat kepada OKT

Kawalan ketat di pintu masuk IPD Ipoh

Rakan media dan orang awam yang tidak dibenarkan masuk berada di luar pagar masuk IPD Ipoh

OKT yang dibenarkan masuk bergambar sambil melaungkan hidup rakyat

DS.NIzar dan rombongan OKT sampai di pintu masuk IPD Ipoh, tidak semua dibenarkan masuk


IPOH: Kawalan ketat yang diadakan di pintu masuk IPD Ipoh dengan rombongan OKT yang akan melapor di sini pagi ini.

Pasukan keselamatan dengan seragam lengkap kelihatan lebih awal berada di sini sebelum semua OKT datang melapor diri.

TERKINI:Hampir semua OKT berada di Ipoh untuk lapor di IPD

IPOH: OKT dalam kes persidangan DUN 7 Mei kebanyakaanya berada di Ipoh pagi ini untuk melapor di IPD seperti yang dinyatakan pada Surat Perjanjian dan Jaminan kepada PDRM.

Seramai 12 orang telah berada di IPD Ipoh dan selebihnya berkumpul di Wisma DAP dan mereka secara berkumpulan akan datang ke IPD.

Antara yang hadir melapor di IPD Ipoh pagi ini