30 May 2009

Hukum mogok lapar menurut pandangan Islam.

Laman blog Salman Maskuri.

Mukaddimah

Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.

Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).

“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)

Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar

Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.


Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.

Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- )وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”

2.وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)


“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.

Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com

Manik Urai: Bilik kosong,rumah kosong,setor kosong..habis disewa

Laporan khas MEDIA BYPASS dari Kelantan

Nikmat dari Tuhan ada di mana-mana, memang ada yang datang mengolek. Ini gambaran untuk penduduk di kawasan PRK Manik Urai yang kini sibuk jadi "orang kaya baru".

Tinjauan krew MEDIA BYPASS yang tiba di situ semalam, mendapati hampir semua bilik kosong, rumah kosong, pondok kosong atau bilik stor sudah disewakan. Inilah rezeki sementara yang tidak dilepaskan mereka.

Manik Urai pada pandangan krew kami merupakan satu kawasan yang agak terpencil, tetapi kini menjadi tumpuan gerombolan orang luar yang akur tiada hotel pun di sini kecuali yang menyewakan bilik-bilik rumah secara "haram".

Difahamkan, sejak minggu lepas lagi kawasan tersebut telah "diserbu" wakil-wakil parti politik mencari rumah atau bilik sebagai markas atau tempat berihat tetamu dari luar.

Penduduk kampung buat pertama kali mencatat sejarah diri mereka apabila ada bilik kecil yang disewa dengan harga RM700 sebulan. Tidak pelik juga ada rumah tiga bilik diberi sewa sehingga mencecah RM3,000!

Tinjauan turut mendapati beberapa kumpulan penyokong parti terpaksa menyewa di Kuala Krai yang juga sedang menyaksikan peningkatan kadar sewanya mengikut permintaan semasa.

Krew MEDIA BYPASS dari Terengganu itu akan berada di Manik Urai sehingga Ahad depan bagi meninjau lebih dakat persiapan dan kempen pilihan raya yang bakal dimulakan oleh Pas menerusi kunjungan pemimpin masuk kampung.

PENANTI DAN MANIK URAI - `KATAK DUA SEJOLI' DAN SI TANGGANG

Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban). Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'. Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini. Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

PENANTI JGN JADI PENALTY...

Presiden Soekarno ada mengatakan: Sangkut kan cita-citamu di atas BULAN kerana kalau tak tercapainya akan tercapai lah bintang atau puncak gunung yang tinggi sekali, tetapi jangan sangkut kan cita-citamu diatas busut kerana kalau tak tercapainya akan jatuh ke dalam lubuk...Begitulah betapa keramatnya kata2 seorang Presiden terulung di Indonesia yang cekap berpidato hinggakan tangan2 petani yang sedang menuai padi terhenti secara tiba2 mendengar pidato ulungnya

Presiden Soekarno itu kemana-mana beliau pergi di dalam negeri dan di luar negara mendapat sambutan hebat kerana pidatonya yang terhebat dan telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai pemidato terunggul di dunia. Yang menariknya bahasa yang digunakan walau ke mana sahaja beliau berhujah dan berpidato ialah bahasa Indonesia. Di sini letaknya negarawan ulung yang tetap berpendirian tegas menggunakan bahasanya bagi menyuruh dunia mengiktiraf kedaulatan bahasa Indonesia.

Namun begitu, cuba kita lihat apa yang terjadi di negara ini. Bahasa Melayu dipinggirkan, Tulisan Jawi dihapuskan dan sebutan Bahasa Melayu Baku nampaknya tinggal nama sahaja. Yang menariknya perkara ini pada mulanya berlaku untuk meningkatkan BANGSA MELAYU agar semua tahu kedaulatannya tetapi ia dijatuhkan juga oleh mereka yang kononnya bergelar Melayu.

Saya masih ingat ketika Pertandingan Forum Remaja 1992 peringkat kebangsaan ada seorang Profesor berbangsa Melayu dan kalau saya sebut 1 Malaysia kenal cukup saya katakan beliau seorang perempuan Melayu yang kononnya memperjuangkan bahasa mengatakan kepada peserta pertandingan tersebut bahawa majlis penutup terpaksa kita tangguhkan agar dapat DBP memujuk Menteri Penerangan ketika itu bersetuju menggunakan sebutan Melayu Baku.

Beliau juga berkata ini antara perjuangan untuk kita mendaulatkan bahasa. TETAPI saya begitu terkejut dan kecewanya di saat2 sebutan Melayu Baku ini kecoh untuk dikuburkan oleh kerajaan almaklumlah sebutan ini ada berkaitan dengan DSAI, Profesor ini pula yang lantang bersuara memuji langkah yang dibuat oleh kerajaan kerana katanya memang tidak bagus untuk masyarakat di Malaysia.

Lihatlah Penanti, saya seru masyarakat Penanti, nyatakan protes anda melalui undi dengan memangkah calon Pakatan Rakyat. Kembalikan BAHASA MELAYU ke landasan yang sebenarnya kembali agar ia tidak terus terkubur seperti Tulisan Jawi. Ingatlah Bahasa Melayu Wahana Budaya Tinggi jangan disebabkan rakyat Penanti khususnya bangsa Melayu tidak menyedari maka bahasa Melayu akan menjadi PENALTY...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Alat Penjelajah Marikh China akan Dilancarkan pada Pertengahan Tahun Ke 2

"Mars-1", alat penjelajah Marikh yang pertama di China akan dilancarkan pada setengah tahun kedua tahun ini. Alat penjelajah itu akan berada di planet Marikh dan menjalankan penyelidikan pada tahun 2010.

Dalam Pameran Penerbangan Shanghai ke-3 hari ini, wartawan diberitahu bahawa "Mars-1" seberat 115 kilogram akan beroperasi selama 2 tahun di planet tersebut. Alat penjelajah itu akan mengelilingi bumi Marikh mengikuti orbit elips.

China akan bekerjasama dengan Rusia untuk mengadakan penyelidikan di Marikh. Alat penjelajah China dan alat penjelajah Rusia akan dilancarkan bersama-sama.
BERMINAT UNTUK MELANCONG KE CHINA?
JOM BERSAMA YB KE CHINA




PAKEJ SHOPING DAN PENGENALAN PERNIAGAAN DI CHINA
( 29 Jun - 03 July 2009)

*** Berhubung dgn PRK Manek Urai tarikh diubah kepada 29 Jun - 03 July 2009- Harap maaf)
5 Hari 4 Malam Shenzhen/Guangzhou, China.
29/06 /09(ISNIN) ( D)
4.15 ptg Berlepas dengan AirAsia dari LCCT ke Shenzhen
8.45 mlm Tiba di Shenzhen bertolak dengan bas ke Guangzhou. Makan malam /Check-inn hotel / solat / istirehat.

30/06/09(SELASA) ( B / L / D).
8.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
10.00 pg. Lawatan bermula ke Mesjid Tertua di China ( Masjid Hui Sheng).Seterusnya lawatan ke Makam Saad Abi Waqas ( Sahabat Rasulullah)
1.00 tgh. Makan tengahari ( Qing Hai Fan Dian/ Restoran Abdullah)
2.30 ptg. Lawatan ke Pusat jualan Jam / Baju Berjenama ( Zhan Xi Lu)
6.00 ptg. Balik hotel / istirehat / solat.
8.00 mlm. Makan malam di Restoran Abdullah

01/07/09(RABU) ( B / L / D)
9.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
10.00 pg. Lawatan ke Pusat jualan kristal (Liwan Guangchang)
1.00 tgh. Makan tengahari ( Restoran Abdullah – Qing Hai Fan).
2.30 ptg. Pusat jualan Cenderamata ( Haiju Guangchang)
6.00 ptg. Balik hotel / istirehat / solat.
6.30 mlm. Makan malam di Restoran Abdullah.
7.45 malam Menaiki Feri Menyusur Sungai Guangzhou

02/07/09(KHAMIS) ( B / L / D)
9.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
10.00 pg. Pusat Jualan Sutera / Elektronik. ( Hai Yin Pu / Da Sha Tou Se Ma Lu)
1.00 tgh. Makan tengahari ( Restoran Abdullah – Qing Hai Fan Dian).
2.30 ptg. Pusat Jualan Beg ( San Yuan Li)
6.00 ptg. Balik hotel / istirehat / solat.
8.00 mlm. Makan malam di Restoran Abdulah.

03/07/09(JUMAAT) ( B / L/D )
8.00 pagi Sarapan pagi di Hui Min Fan Dian.
12.00 tgh solat jumaat/makan tengahhari
4.00 ptg. Check-out hotel / bertolak ke Shenzhen dengan bas.
8.45 mlm. Berlepas dengan AirAsia ke LCCT Kuala Lumpur.
12.40 mlm. Tiba di LCCT Kuala Lumpur. ( Pakej Tamat).

Harga Pakej:
Dewasa ( Bilik berdua) RM 2200 seorang.

Hotel : (3 Stars) :

Harga lawatan termasuk:
- Tiket penerbangan pergi dan balik (Air Asia)
- Visa single entry
- Pengangkutan sepanjang lawatan di Guangzhou, China .
- Penginapan hotel 3*
- 3 kali makan setiap hari: Muslim’s food, lunch and dinner di restoren muslim tempatan..
- Pengangkutan dengan bas berhawa dingin and dan 2 pemandu pelancong yang boleh bertutur dalam Melayu atau Inggeris..

Harga lawatan tidak termasuk:
- Perbelanjaan peribadi dan bayaran tambahan untuk bagasi.
- Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu bas: RMB 10/CLIENT/DAY

Syarat Lain :

- Pembayaran deposit 50 % sebelum atau pada 15 Jun 2009
- Bayaran penuh pada atau sebelum 19 Jun 2009
- Penyerahan pasport untuk urusan visa pada atau sebelum 19 Jun 2009
- Gambar ukuran pasport 2 keping

kepada yang berminat, bolehlah menghubungi:

No tel: 019-4759697
email:idhamlim@yahoo.com.my
Tarikh tutup pendaftaran: 19 Jun 2009
PERHATIAN : Terhad kepada 35 orang pertama.

ULAMA PRO UMNO JANGAN CEPAT MELATAH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )

Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?

Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?

Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :-

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan kepada beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?

d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta Dun Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

f. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakana kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun mengormati mayat seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). Lihatlah
Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang Islam !!!

g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.

h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?

PAS lancar jentera pilihan raya Dun Manek Urai hari ini.

KUALA KRAI, 28 Mei : - Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai kini semakin rancak. PAS akan melancarkan jentera kempennya hari ini di Kampung Manek Urai Baru.

Pelancarannya dijangka disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh.

"Pada pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini.

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk.

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka.

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

(Berita asal harakahdaily)