24 May 2009

Konvensyen PAS Perak di Teluk Intan hari ini.

Konvensyen PAS Perak akan diadakan di Dewan Perbandaran Teluk Intan pada hari ini. Konvensyen sehari itu akan memuatkan program dalam bentuk perbentangan kertas kerja dan perbahasan dari perwakilan dari seluruh PAS Kawasan di Negeri Perak.

Peserta Konvensyen meliputi dari seluruh 24 PAS Kawasan di Perak mewakili kelompok Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS. Dijangkan hampir 1000 orang perwakilan akan hadir pada acara tahunan PAS Perak itu sebelum Muktamar PAS Pusat itu.

Pesurujjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang akan membentangkan Ucaptama disebelah pagi dan akan berakhir dengan Perasmian Penutup oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah petang.

Diakhir program dijangka sebayak 5 resolusi konvensyen akan di bentangkan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan. Harakahdaily.

Kuasa kini ditangan : Zambry tunggu apa lagi ?

MB Perak yang diperbaharui semula oleh Mahkamah Rayuan petang semalam pastinya bersyukur kerana masih menjadi MB. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan kerusi MB dengan hanya melalui mahkamah. Kebiasaannya, jawatan tersebut diperolehi dari mandat rakyat dan Zambry memperolehinya melalui mahkamah. Sememangnya wajar beliau bersyukur kerana sepanjang sejarah di negara ini, boleh dikira peristiwa sedemikian berlaku. Hanya yang bertuah sahaja yang boleh menikmatinya.

Tanpa perlu bubarkan Dun, tanpa melakukan undi tidak percaya Zambry mampu menjadi MB dengan hanya ` anggukkan kepala' 3 Adun lompat di dalam istana, maka hilanglah kerusi yang diduduki oleh Nizar. Sesungguhnya Dewan Undangan Negeri Perak seperti tidak lagi berfungsi untuk menentukan kuasa rakyat. Kita diminta untuk tidak mencemarkan istana mahupun mahkamah, tetapi tidak kepada dewan yang mulia itu. Apakah selepas ini dewan yang mulia itu hanya akan dijadikan tempat `bergurau senda' atau pun tempat untuk menunjukkan `seni silat'atau kung fu masing-masing? Saya tidak pasti apakah fungsi dewan tersebut selepas ini.

Sekiranya ditakdirkan berlaku lagi beberapa Adun yang `hilang' atau `ghaib' beberapa hari tanpa khabar berita, kemudian secara tiba-tiba muncul di depan istana menjerit memberitahu mereka telah hilang sokongan terhadap MB sekarang, apakah sekali lagi jawatan MB akan bertukar? Sehingga kini saya masih tidak mendapat jawapan mengapa begitu sukar untuk membuat pengakuan secara terbuka di dewan melalui undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Mengapa harus hilang beberapa hari dengan berbagai alasan yang tidak munasabah, kemudian muncul di dalam istana untuk menyatakan sokongan? Bertambah pelik lagi, seorang Adun yang belum habis edahnya `bercerai' dengan Umno, tiba-tiba `rujuk' kembali kepada Umno dan istihar sokongannya kepada Umno/Bn di dalam istana? Persoalannya, mengapa tidak menghormati dewan yang mulia itu?

Sesungguhnya istana telah menggunakan kuasanya, begitu juga mahkamah turut menggunakan bidang kuasanya. Kita hormati kuasa yang dimiliki oleh kedua-dua institusi tersebut. Yang masih belum menggunakan kuasanya lagi adalah rakyat. Adakah rakyat berpeluang untuk menggunakan kuasanya? Apa yang saya faham, seorang diktator tidak akan memperdulikan hak dan kuasa rakyat. Tidak mungkin Zambry bersifat sedemikian kerana Zambry sudah pasti akan mematuhi arahan PMR (Perdana Menteri Rakyat) agar `Rakyat Diutamakan'. Jika demikian halnya, Zambry tunggu apa lagi, kuasa sudah dimiliki kini dan bergegaslah ke istana untuk memohon agar Dun Perak dibubarkan.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

CERPEN : KISAH YANG ARIF SANG BERUK

Abd Wahid Zainol Abidin

Sebermula sebuah kisah terjadi di sebuah rimba belantara bernama “Maa’dan wasit”. Penghuninya hidup penuh rukun dan penuh persepakatan tiada cacat celanya. Kerukunan yang telah lama terjaga harmoni dan damainya mula menampakkan riak kocakan, keruh mula mengusik jernih, alir menuju muara mula tersekat dek kekusutan dan retak mula menanti belah.

Cerita gundah mula mengusik harmoni belantara ”maa’dan Wasit” apabila Sang Singa yang menjadi raja rimba mengejar Sang Arnab yang menjadi impiannya sekian lama. Sang Arnab yang didambakan ,sentiasa diintai peluang oleh Sang Singa agar dikecapi nikmat yang tiada tolok banding lazat dagingnya. Kejaran Sang singa yang tanpa lenguh dan penat setelah berliku jalan dipacu,berbagai rintangan dilalui Sang Singa mendapat apa yang diidamkan itu.

Tanpa disedari ketika Sang Singa mengejar Sang Arnab, Sang Harimau melalui jalan pintas untuk sama sama menerkam Sang Arnab yang telah letih dikejar Sang Singa. Ketika Sang Arnab telah di dakapan Sang Singa, cuma menanti masa ingin dipenuhkan seleranya tiba tiba Sang Harimau menghambur ngaumnya lantas mendakwa Sang Arnab itu miliknya juga sebab sama sama mengejar . Ketika mereka sama sama mengejar mungkin dengan kelajuan 28 KM sejam Sang Harimau mendakwa ,Sang Arnab mampu dicengkam sang Singa kerana letih teramat tetapi Sang Singa tidak boleh lupa itu hasil kejarannya sama. Justeru kata Sang Harimau tidak adil jika Sang Singa mendakwa Sang Arnab miliknya semua kerana dia juga berhak untuk memperolehinya.

Hakikatnya memang Sang Arnab milik sang Singa kerana dia di tangkap dengan tangannya sendiri dan Sang Singa tidak pun pernah membuat perjanjian untuk mengejar dan memburu bersama. Cuma mungkin Sang Singa ada berjanji dengan rakan rakan lain untuk kongsi sedikit daging Arnab yang lazat itu secara pakatan agar nanti kalau kawan kawan lain berupaya menangkap Arnab yang lain boleh Sang Singa berkongsi sama tapi bukan bersama sang Harimau yang badan berbelang kemerah merahan itu.

Sang Singa enggan menyerahkan Sang Arnab yang ditangkapnya bahkan berkongsi bersama Sang Harimau pun dia tak ingin. Sikap Sang Harimau nampaknya cuba menangguk di air yang keruh. Sang Singa yang berjaya memperolehi Sang Arnab dia pula yang hendak menentukan agihan tangkapan. Sungguh tidak bermaruah Sang Harimau berbadan merah itu. Nampak gayanya Sang harimau telah lama hidup di rimba berdasarkan warna badan yang cukup matang ,mungkin dah mencecah lebih 50 tahun tetapi sukar sungguh hendak menerima hakikat tangkapan itu Sang Singa yang empunya.

Sang Singa berkeras tidak sewenang wenangnya hendak menyerahkan tangkapannya kepada yang tidak berhak. Sang Singa lebih rela berkongsi dengan rakan rakan pakatan yang lain yang tidak sombong dan angkuh seperti Sang Harimau. Sang Harimau marah bukan kepalang,mahu rasanya dihambur Sang Singa dengan cengkamannya. Namun Sang Harimau terpaksa juga akur dengan undang undang rimba ”maa’dan Wasit”. Walaupun Sang Harimau pernah berkira kira hendak diabaikan segala undang undang rimba namun protes masyarakat rimba ”Maadan wasit” yang berterusan menentang kehidupan tak berundang undang menjadikan Sang Harimau cuak. Bimbang juga kalau kalau seluruh penghuni rimba menghambatnya keluar dari rimba ”Maadan Wasit”

Maka Sang Harimau menterjemahkan niatnya yang ingin sama meratah daging Sang Arnab dengan membawa kes yang berlaku ke mahkamah rimba ”Maadan wasit”. Kalau dibicara sepintas lalu nescaya Sang Singa yang memenangi kes tersebut namun undang undang rimba perlu dipatuhi dan apabila Sang Harimau membuat laporan dan pendakwaan mencukupi syarat maka kes perebutaan antaranya menjadi kes hangat di rimba ”Maadan Wasit”.

Mahkamah rimba pun menetapkan tarikh perbicaraan dan perbicaraan kes terpilih ini akan diadili oleh hakim yang terkenal dengan kepintarannya,kecerdikannya,kehormatannya iaitu Sang Beruk. Siapa yang tidak kenal Sang Beruk,seluruh masyarakat rimba mengenali. Maka hadirlah kedua dua pihak yang mendakwa dan yang didakwa. Hakim Sang beruk mempamirkan kecerdikannya menyelesaikan pertelingkahan sang Singa dan Sang Harimau.

Yang Arif Sang Beruk mengambil sebuah dacing yang pada perkiraannya dan pada perkiraan masyarakat rimba cukup adil untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Dacing keramat penimbang kes dan masalah masyarakat rimba telah sekian lama digunakan. Itulah satu satunya jalan penyelesaian seolah olah tiada kaedah penghakiman cara lain untuk menyelesaikan masalah masyarakat rimba ”Maadan Wasit”

Dacing keramat diletak di meja keadilan untuk memutuskan siapa yang berhak ke atas daging Sang Arnab. Yang Arif Tuan Hakim mengambil Sang Arnab yang sudah kaku tak bermaya lalu dipotong menjadi dua bahagian. Nampak zahirnya serba adil dan sama besar dan mungkin sama beratnya. Yang Arif Sang beruk memanggil Sang Singa dan Sang Harimau untuk duduk dipenjuru Dacing keramat . Sang Singa memilih untuk duduk di sebelah Timur dan sang Harimau memilah untuk duduk di sebelah Barat.

Yang Arif Sang Beruk pun meletakkan dua bahagian Sang Arnab yang dipotong dua ke atas dacing keramat. Satu bahagian di sebelah Timur dan satu bahagian di sebelah Barat. Apabila diletak sahaja kedua duanya di atas dacing keramat maka condonglah dacing keramat ke sebelah Timur ,berpihak kepada Sang Singa. Harapan sang Singa berbunga dengan timbang tara Yang Arif Sang Beruk.Namun harapan Sang Singa berbunga sementara sahaja kalau dihitung kurang lebih enam detik sahaja apabila Yang Arif Sang beruk dirayu oleh sang Harimau. Sang Harimau mendesak agar keadilah diberi sama rata.

Yang Arif Sang Beruk akur tuntutan sang Harimau lantas Tuan Yang Arif keluarkan pisau lalu dipotong bahagian yang memberati di pihak Sang Singa. Masyarakat pemerhati memerhati terlopong .Mereka tertanya tanya ”apa yang ingin Yang Arif lakukan?. Terperanjat bukan kepalang apabila Yang Arif Sang Beruk memasukkan bahagian yang dipotong ke dalam mulutnya, bukan menimbang sama rata antara sang Singa dan Sang Harimau seperti yang diharapkan.

Yang Arif Sang beruk menimbang lagi, berat pulakmenyebelahi Sang Harimau lalu dipotong bahagian yang berat dimasukkan ke dalam mulutnya. Sang Singa memerhati dengan penuh sakit hati namun jauh di sudut hati untuk digunakan kaedah yang tidak dihalalkan. Tidak terdetik di sudut hati untuk menyuap Sang Hakim yang bijak bestari. Berkata Sang Singa dalam hatinya, Sang Harimau barangkali sanggup menyuap Yang Arif Sang Beruk asalkan dapat habuan yang diimpi. Asyik kedua dua pihak berkira kira tentang penghakiman yang masih belum berhenti dang Yang Arif Sang Beruk masih menimbang dan memotong seterusnya memasukkan baki ke dalam mulutnya tanpa disedari hampir habis daging Arnab dilahap Yang Arif Sang Beruk.

Penghakiman bersambung lagi. Sang Singa dan sang harimau berpandangan.Bila akan perakhir pertikaaian antara keduanya,bila akan dikecapai keinginan yang diimpi. Kalau begini kaedahnya sampai bilapun tidak akan selesai,kedua pihak semakin kecewa. Sayup kedengaran di galeri awam penghuni rimba melontar cadangan ”Kembalikan kepada masyarakat rimba untuk membuat keputusan”.

ABUAFAF
Hulu Langat
23 Mei 2009. 9.45 am

Tayangan Skrin Besar




Penanti tanpa BN.


CALON DI PENANTI... Mereka yang turun gelanggang pilihan raya kecil DUN Penanti (dari kiri) pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris; Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti Nai Khan Ari Nai Keow.

Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari

Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.

Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Isnin seperti yang diumukan oleh ADUN Pantai Remis, Nga Kho Ming di Pejabat DAP Ipoh pagi tadi..

Nga berkata mogok itu bermula pada jam 10.00 pagi hari selasa 26 Mei dan berakhir pada hari Khamis pada waktu maghrib di Pejabat PAS Perak. Mereka dibenarkan minum selama setiap 6 jam dan tidak dibenarkan makan dalam tempoh itu.

Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan tindakan mereka itu ketika ditemui semasa beliau hadir dalam majlis aqiqah cucu pertamanya dirumah besan beliau di Tebuk Hj. Musa Titi Serong sebentar tadi.

DS. Nizar mengesahkan dalam majlis perasmian mogok lapar itu pada hari Selasa hadapan di Pejabat DAP Ipoh. Beliau juga mengesahkan akan berpuasa bermula hari selasa hingga hari Khamis.

Langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Kata beliau.

"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat)," kata beliau sambil menambah, tidak pasti berapa ramai yang akan mengambil bahagian.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."

Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Mahkamah Rayuan sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Krisis politik Perak bermula awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan negeri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Pada 7 Mei lalu, krisis politik menuju "era baru" apabila rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN terhadap kedudukan Speaker V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat disingkir secara paksa dan digantikan dengan wakil Barisan Nasional (BN) Ganesan.

Persidangan sepanjang sehari itu menyaksikan kekecohan yang berpunca dari campurtangan pihak yang tidak bertanggung jawab dengan membawa masuk hampir 100 orang polis bagi menjayakan rampasan kuasa Speaker itu.

TERKINI : Sah 4 penjuru di Penanti.

Sahlah sudah PRK DUN Penanti Pulau Pinang menyaksikan pertandingan 4 penjuru. Demikian seperti yang diumumkan oleh Pengurus Pilihantaya DUN Penanti sebentar tadi.

Calon dari PKR, Dr. Mansor Osman berdepan dengan 3 calon bebas .

Satu borang dari calon bebas telah ditolak oleh pengurus pilihanraya.

Suasana di Penanti

BERIKUT perkembangan proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang hari ini:

10.30 pagi: Suasana masih terkawal, jumlah penyokong yang hadir masih sama. Di luar pusat penamaan calon, IKBN, Wanita PKR melancarkan pasukan pilihan raya Wanita PKR, oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

10.05 pagi: Sesi kemukakan bantahan sedang berlangsung. Kesemua calon yang mengemukakan borang berada dalam dewan penamaan calon.



10.05 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya mengumumkan sesi kemukakan borang penamaan calon ditutup. Lima orang termasuk Mansor dari Pakatan telah memfailkan borang masing-masing.

9.30 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin parti itu memasuki kawasan pusat penamaan calon di IKBN.

9.20 pagi: Kamarul memasuki Dewan IKBN.

9.15 pagi: Calon Bebas, Kamarul Ramizu yang merupakan bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tiba di pusat penamaan calon.

9.10 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman tiba dan memasuki Dewan IKBN.

9 pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon dibuka. Mansor dan Aminah memasuki Dewan IKBN.

8.55 pagi: Mansor memasuki pekarangan IKBN diiringi Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohamad Sabu.

8.50 pagi: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

8.45 pagi: Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan hadir mengiringi Mansor.

8.20 pagi: Calon Bebas, Nair Khan Ari tiba di pusat penamaan calon.

8 pagi: Suasana terkawal dan lengang. Pihak polis ditempatkan beagi mengawal keadaan sekitar IKBN.

7.45 pagi: Calon Parti Keadilan Rakytat (PKR), Mansor Othman tiba di pusat penamaan calon. Beliau masih menunggu kehadiran penyokong parti lain dari jarak 300 meter dari kawasan penamaan.

7.40 pagi: Calon Bebas, Aminah Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam bersama suami dan tiga anaknya.

Cerita di Mahkamah Rayuan.

Saya sampai di Mahkamah Rayuan Putrajaya sekitar jam 2.30 petang. Suasana diluar Mahkamah Persekutuan "Istana kehakiman" kelihatan agak lengang dan tempat letak kereta masih banyak yang kosong.

Sesampainya dilobi mahkamah saya melihat sudah ramai yang berkerumun dan mereka kebanyakannya terhalang untuk masuk ke dalam bilik perbicaraan. Saya dimaklumkan tempat duduk terhad kepada 70 orang sahaja dan semuanya telah penuh di isi.


Berbekalkan beg yang ada di dalamnya komputer kesayangan saya sudah membuat keputusan berada diluar kamar untuk menunggu keputusan penghakiman yang penting itu. Sebelum jam 3.30 saya sempat ke cafe pada aras yang sama dan makan tengahari bersama pemandu yang tetap setia bersama saya kehulu-kehilir sejak sekian lama.

Siap mengalas perut dengan nasi dan segelas barli suam saya menerima talipon dari sdr. Alias mengatakan tempat DS. Nizar kosong dan disahkan dia tidak hadir jadi dia akan keluar menjemput saya bagi mengisi tempat duduk itu.

Alhamdulillah saya dapat masuk juga ke kamar bicara dengan ketentuan dari Allah jua. Keadaan tempat pemerhati tidak sebanyak mana. Mereka duduk dalam keadaan berhimpit-himpit. Kalau sebelum ini saya menggantikan DS. Nizar berceramah dan resmikan program, pagi kelmarin saya duduk ditempat duduknya menanti pengumuman hakim.

Setelah hakim mengumumkan Zambry sebagai pemenangnya, saya sempat update berita tersebut di blog cina islam mengguna handphone kesayangan. Mahkamah senyap semasa hamin membaca penghakimannya.

Tidak sampai 5 minit keputusan dibaca, boleh peraya atau tidak saya serahkan kepada anda menilainya? Yang penting saya anggap semua mempunyai sikap dan prinsip apa lagi pendapat mereka sendiri terhadap keputusan itu.

Setelah sidang ditamatkan saya terus berada dikamar itu sambil memikirkan posting seterusnya sehinggalah sayalah orang yang terakhir disapa oleh seorang petugas dengan sopan "encik maaf ya, saya nak kunci bilik ini" barulah saya keluar dari kamar itu. Masa sangat cepat berlalu rasanya.

Diluar kamar suasana hangat dan memecahkan kesunyaian, ucapan reformasi dan bubar DUN dilaungkan dan ada lagi beberapa laungan yang tidak mahu saya siarkan disini.

Keluarnya peguam-peguam DS. Nizar antaranya Hj. Sulaiman dan Hanifa Maidin serta 7 peguam yang lain disambut sebagai wira. Sebaliknya di kem Zambry mereka berlalu tanpa sambutan dan kerumunan dari wartawan, menang tapi nampak macam malu-malu, apakah sebabnya mungkin pembaca boleh mengangaknya, jawapan yang benarnya rakyat mungkin dapat menekanya?

Aneh tapi nyata, yang dikalahkan di mahkamah disambut sebagai wira, yang menang semacam tidak dipedulikan. Mungkinkah ini lah Kerjaan yang akan terus bertahan di Perak ?

Apapun saya masih bersama komputer riba menyiapkan beberapa tulisan baru sehingga saya tersentak dengan kehadiran krew TV Pas untuk mewawancara saya seperti yang disiarkan.
bersambung....

5 penjuru di Penanti ?

PRK Penanti mungkin menyaksikan pertandingan 5 penjuru apabila calon dari PKR, Dr. Mansor Osman berdepan dengan 4 calon bebas mengemukan borang sebentar tadi.

Mahkamah rakyat tentukan kerajaan lebih stabil.




video