23 May 2009

Kenyataan Media ADUN Titi Serong.

Ekoran dari penghakiman di Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Dr. Zambry Abdul Kadir kelmarin dengan ini saya mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Saya menghormati dan menerima dengan hati yang terbuka segala keputusan yang telah diputuskan oleh 3 panel hakim yang semuanya memihak kepada Zambry dalam menentukan siapakah MB Perak yang sah, namun saya sangat kesal seolah-olah 3 panel hakim mahkamah rayuan itu seolah-olah tidak menghormati keputusan rakan sejawatnya di mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas..

2. Perkataan "khilaf" sebenarnya boleh diselesaikan dengan mengaitkan tafsiran Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz pada fasal 16(6) bahawa Nizar perlu dilucutkan dalam sidang tergempar dengan diadakan undian tidak percaya. Ini sekaligus menjawab Fasal 16(2) yang dikatakan oleh Panel Hakim mahkamah Rayuan tidak memperuntuk keadaan bilamana ada kelayakan seorang MB yang hilang kepercayaan ahli dewan.

3. Kerana itu saya tidak dapat memastikan adakah penyokong Pakatan Rakyat dapat menerima keputusan itu, saya menyerahkan kepada mereka untuk menilai sejauh manakah badan kehakiman negara masih perlu dihormati atau sebalik ?

4. Selain itu saya berharap semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berdiri teguh tanpa rasa luntur sedikitpun semangat juang di belakang DS.Muhamaad Nizar Jamaluddin dalam perjuangan mendapatkan kembali hak rakyat yang telah dirompak oleh BN sejak 6 Mac 2009.

5. Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada Ahli-ahli yang Berhormat supaya melakukan tugasan sebagai ADUN di kawasan masing-masing seperti biasa dengan menerangkan kepada rakyat dan terus memberi tekanan semaksima mungkin kepada BN sehingga ke satu tempoh pilihanraya akan datang,adakah di masa terdekat dan paling lama PR Umum ke 13 nanti.

6. Dengan ini saya juga menegaskan sekali lagi perjuangan kami Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat di Perak tidak akan luntur dan goyah dengan keputusan kelmarin.

Titi Serong, 23 Mei 2009,

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Tengku Mahkota Kelantan talipon saya ucap Takziah - Nik Aziz

KUALA KRAI : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan beberapa ketika sebelum solat jenazah ADUN Manek Urai beliau menerima pangilan talipon dari Tengku Mahkota Kelantan yang mengucapkan Takziah. Sehubungan itu beliau melahirkan ucapan penghargaan dengan ucapan dari Tengku mahkota yang disifatkannya sebagai berjiwa rakyat.

Sebelum itu Tuan Guru menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh lebih 3,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Ramainya yang hadir menyebabkan jemaah melimpah sampai keatas jalanraya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985.

Hairan, BN sudah umum tanding di Manek Urai, adakah mungkin BN letak calon di Penanti esok?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan di Singapura bahawa BN akan meletakkan calonnya bagi mencabar PAS di kerusi manek Urai Kelantan.

Sementara itu Barisan Nasional dikatakan akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, umum timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Tanpa ada mesyuarat rasmi dan sebagainya nampaknya UMNO sudah membuat keputusan "berani mati" @ berani kalah bila mengesahkan akan bertanding di DUN Manek Urai Kelantan itu setelah ada kekosongan bila ADUNnya kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

Sedang kenyataannya bagi mengumumkan tidak berlawan di Penanti BN dan UMNO melalui sekurang-kurang tiga mesyuarat penting.

Hairan dan ajaib cepat pula Najib dan Muhyiddin satu kepala membuat keputusan untuk bertanding sedangkan di penanti belia sangat takut kepada Pakatan rakyat.

Melihat kepada reaksi mereka berdua pada hari ini saya semacam tidak percaya mereka tidak akan meletakkan calon di Penanti esok. Apapun kita tunggu dan lihat adakah benar sangkaan saya , manalah tahu tiba-tiba Najib dan Muhyiddin akan muncul di Penanti dengan calonnya.

Alasan saya kalau boleh di Manek Urai, kenapa tidak boleh di Penanti ?

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar.

Foto misteri 'talkin untuk Umno'

Berita dan gambar ini menyusul selepas Zambry menang di Mahkamah Rayuan, Beginilah juga hakikat sebenarnya kepada BN dan UMNO di Semenanjung dan di Perak khususnya.



Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

"Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan naib presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," coretnya di blognya kelmarin.

Bagaimanapun Umno dan pihak pembangkang masing-masing menafikan terlibat menganjurkan majlis itu. Mereka malah tidak tahu-menahu langsung tentangnya.

Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri.

"Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.

Dihubungi hari ini, Mohamad mendakwa tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada 1999.

Walaupun begitu, mereka tetap terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka, tambahnya.

Katanya lagi, penduduk di beberapa bahagian parlimen di negeri itu juga tidak tidak berpuas hati pada kerajaan berhubung pemilikan tanah, termasuk di tempat tinggalnya di Tawau.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap tentang bantahan terkini penduduk di tempat-tempat tertentu di negeri itu.

Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik. Malaysiakini.

Nizar kalah : Kuasa Dewan dinafikan untuk tentukan kedudukan Menteri Besar.

PUTRAJAYA, 22 Mei : - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.

Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.

Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.

Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.

"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.

Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

Persidangan pada petang tadi dilihat me3ndapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan media yang kebanyakannya datang lebih awal. Selain itu Kelihatan ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut hadir bersama penyokong masing-masing berjumlah lebih 200 orang.

Keadaan bilik perbicaraan lebih awal penuh dengan tempat duduk yang dihadkan sebanyak 70 orang sahaja. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat masuk.

Sementara itu kawalan ketat dari pihak keselamatan menghiasi suasana di lantai bawah tempat bilik penghakiman diadakan. Kebanyakan rakan media yang tidak dapat masuk kedalam dewan hanya berligar di luar.

Ceramah saya malam ini di PJS.

TAKLIMAT POLITIK & TARBIYYAH HARAKI

Oleh

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK
" Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kerajaan Negeri Perak "

22 MEI 2009 ( JUMAAT )
9.00 MALAM
PEJABAT PAS KAWASAN PJS

MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
Anjuran : Lajnah Tarbiyyah DPPPJS

5 Minit untuk umumkan Zambry MB Perak.

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan lebih 200 orang di luar mahkamah, melaungkan "bubar DUN" dan "Allahuakbar" apabila rombongan peguan DS. Nizar keluar dari bilik maahkamah.

TERKINI 4.20 PM : Suasana di mahkamah masih belum lengang

Mahkamah masih tidak lengang. Wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat masih berada dikawasan ruang legar dimasa ini. Inilah gambaran sebenar yang saya rasakan bahawa ramai yang terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kepada apa yang diumumkan petang ini.

Peguam Nizar disambut dengan laungan "bubar DUN"

Apabila panel peguan DS. Nizar keluar dari kamar bicara, lebih 200 orang yang menunggu diluar telah melaungkan kalimat takbir" Allahuakbar" dan "Bubarkan DUN".

Suasana ini menyusul setelah penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Rayuan menyebelahi Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan menyebelahi Zambry, saya mohon semua bertenang.

Keputusan yang diterima sebentar tadi memang saya yakin mengecewakan banyak pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat di Perak. Jadi saya memohon supaya semua pihak bertenang dan menerima dengan hati terbuaka buat sementara waktu keputusan yang diumumkan sebentar tadi.

Zamry disahkan menang

Hakim dalam masa tidak sampai 10 minit mengumumkan zambry menang

Terkini .3.46 sidang bermula

sekarang ketiga tiga hakim memulakan pembacaan penghakimannya. Kamar pembacaraan penuh dengan pemerhati

Ceramah sempena Konvensyen PAS Perak.




Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding

KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.

"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah.


"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.

Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai.

Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.

Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004. Mstar.

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker

KOTA BHARU, 22 Mei : - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan memaklumkan secara rasmi kekosongan kerusi di Dun Manek Urai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini.

Beliau berkata, pemakluman secara rasmi akan dihantar pada tarikh terbabit disebabkan hari ini dan esok cuti mingguan di Kelantan. Manakala Ahad pula cuti mingguan di Kuala Lumpur.

Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

"Saya akan kempilkan bersama surat kematian Adun terbabit bagi memaklumkan kekosongan tersebut. Surat rasmi akan dihantar kepada Pengarah SPR Kelantan dan ibu pejabat SPR," katanya di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ismail mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi, manakala Zulkifli (4,394 undi).

Pada pilihan raya ke-11 tahun 2004, Zulkifli menang dengan majoriti tipis sebanyak 53undi mengatasi calon PAS ketika itu, Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Harakahdaily.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 0.26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

Wawancara dengan TV ANTARA




video

Jangan berkempen pada hari mengundi nanti masuk penjara.

BUTTERWORTH, 21 Mei :-Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi sehingga ada satu peraturan baru yang menyebabkan seseorang itu dipenjara kalau masih berkempen dihari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik memaklumkan jika ada individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan, katanya

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya kepada rakan media di sini hari ini.

Jelasnya lagi pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan. Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.

"Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi."

"Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil Penanti itu.

Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya.

Sebelum itu pemasuhan pondok panas pada hari mengundi yang diumumkan oleh SPR telah mendapat bantahan dari Pakatan Rakyat.