18 May 2009

Drs. Khalil Lawat keluarga mangsa kanak-kanak 3 tahun kena bunuh.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak berumur 3 tahun, Lee Bee Chuan di Kuala Bagan Tiang menggemparkan kerana kanak-kanak tidak berdosa itu dicampak ke dalam sungai setelah dibunuh dengan kejam.

ADUN Titi Serong telah meluangkan masanya untuk melawat keluarga mangsa dan melahirkan rasa simpati dan memberi semangat kepada mereka supaya bersabar. Beliau juga memberi jaminan kes ini akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak polis dan berharap pembunuhnya akan ditangkap dengan segera

ADUN Titi Serong lawat Pasar Minggu Bagan Tiang

Jumpa lagi, muazzin surau Sungai Labu Bawah ini pernah disiarkan gambarnya dalam lawatan di pasar lain sebelum dari ini.

TITI SERONG, 16 Mei :- Lawatan bertemu rakyat yang dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim diteruskan oleh beliau dengan kali ini dia meluangkan masa untuk meninjau Pasar Minggu Pekan Bagan Tiang.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Lawatan sekitar sejam ini memberi peluang sekali lagi kepada Drs. Khalil bertanya khabar dengan para peniaga dan penduduk tempatan yang datang untuk membeli barang keperluan masing-masing.

Lawatan ADUN Titi Serong diatur oleh Ketua Kampung Bagan Tiang, Hj. Bahtiar Abdullah dan ditemani oleh beberapa penduduk tempatan serta pegawai dari pejabat ADUN berkenaan.

Pasar Minggu Bagan Tiang adalah pada setiap hari Rabu dari jam 7.00 pagi sehingga sekitar jam 11.00 pagi dan peniaga yang datang menjalankan peniagaan melibatkan peniaga dari Kedah, Pulau Pinang dan tidak ketinggalan dari Perak sendiri.

Pada kesempatan ini Drs.Khalil menerima aduan yang serius mengenai kerosakan jalan dihadapan pasar minggu tersebut yang memerlukan perhatian segera dari pihak berwajib.

Bertemu rakyat di kedai kopi berdekatan pasar.

Jalan yang rosak perlu dibaiki segera.

berdiri dihadapan takungan air yang menganggu pelanggan.

Bertanya khabar dengan seorang warga tionghua.

Apa khabar YB.

Seorang warga tionghua bemotosikal mengadu masalah kepada ADUN Titi Serong



Kenyataan Media Muslimat PAS Perak

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK BERHUBUNG KRISIS POLITIK DI PERAK.

DMPN Perak sangat memandang serius akan Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak bermula sejak berlakunya Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri oleh Regim Barisan Nasional pada 6 Februari 2009 yang lepas. Adalah suatu yang amat malang bilamana pemerintah sesebuah Kerajaan Negeri diizin untuk ditentukan oleh beberapa orang pengkhianat yang tanpa rasa bersalah mencabul serta mengkhianati mendat politik sebenar yang telah diberikan oleh rakyat (pengundi) Perak kepada mereka diatas kepercayaan rakyat terhadap parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


DMPN Perak menegaskan bahawa kemelut yang sudahpun berlangsung selama lebih 3 bulan ini akan dapat dielakkan seandainya pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik (Regim Barisan Nasional) dan pihak-pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi prinsip Keluhuran Perlembagaan yang menjadi salah satu daripada lima intipati penting yang termaktub didalam Rukun Negara. Di samping, seandainya mereka tahu dan belajar untuk menghormati serta mempraktikkan prinsip pemisahan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciary.

DMPN Perak menyelar keengganan Regim Barisan Nasional untuk menerima hakikat penolakan rakyat Perak terhadap pemerintahan mereka, kegilaan dan ketagihan kuasa BN serta kedayusan mereka yang tidak berani berdepan secara "anak jantan" di gelanggang pertaruhan pilihanraya.

Suatu yang sangat malang dalam pemerintahan Najib yang membawa slogan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Dan Pencapaian Diutamakan" tetapi secara jelasnya GAGAL untuk meletakkan "kuasa rakyat" melalui proses demokrasi yakni pilihanraya di kedudukan utama. DMPN Perak menyifatkan bahawa Najib dan Dzambry sabagai pemimpin yang cukup pengecut hatta tidak mempunyai keberanian untuk sejujurnya mandahulu dan mengutamakan rakyat. Ini jelas terbukti menerusi Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak yang dijuarai oleh mereka dan rakan persengkongkolan mereka.

Justeru, DMPN Perak sekali lagi mengulangi sokongan sepenuhnya serta berdiri teguh di samping Menteri Besar Perak yang sah iaitu YAB. Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang membuat pendirian untuk menasihati kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Nasihat MB Perak kebawah Duli Tuanku Sultan ini adalah wajar bagi membolehkan rakyat diberi ruang dan peluang seadilnya bagi membuktikan pihak mana yang mereka mahu pilih untuk memimpin kerajaan negeri dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang sah dan kukuh.

DMPN Perak menegaskan bahawa rakyat bagi negeri Perak tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Konsep Raja Berperlembagaan.

DMPN Perak sangat berdukacita terhadap segala kecerlaruan yang berlaku dan mendesak agar demokrasi negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihanraya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

Akhirnya, DMPN Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini. DMPN Perak juga menyeru semua warga Perak agar menolak politik gila kuasa dan politik memalukan yang dibawa oleh Regim Barisan Nasional. Hidup Perjuangan Rakyat! Hidup Islam!

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

Ketua DMPN Perak
HAJJAH BARIAH ALANG SAPRI

Naib Ketua DMPN Perak
AMIZAN BAHARUDDIN

Tutup hidung dan mulut depan menteri

Fauzi Irwan Shah

Beginilah suasana "berjaga-jaga" ketika petugas media menghadiri sidang akhbar Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang pulang dari Amerika Syarikat.

Tutup hidung badan mulut, selain pastikan jarak 10 kaki daripada menteri ini sebagai langkah berjaga-jaga, manalah tahu kalau-kalau terbawa bersama virus maut. (yang duduk sebelah menteri tidak boleh buat apa-apa, terserah kepada takdir sahajalah, kalau pakai penutup mulut, nanti kecil pulak hati menteri).

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Yang mencuit persoalan kita ialah adakah datuk menteri sudah "dibersihkan" sebelum melangkah keluarkan balai ketibaan, atau mentang-mentang beliau menteri maka boleh bolos begitu sahaja? Barangkali ada juga yang nak minta beliau dikuarantinkan, cuma tak berani nak bersuara.....

Jangan marah datuk, sekadar meluah kebimbangan. kita juga bimbang dengan keselamatan datuk andai ada kalangan media yang tidak memakai penutup hidung tu baru lepas interview mat salleh yang masuk sebelum pc datuk.

kebimbangan adalah wajar demi mengelak petaka.

bypass308.blogspot.com

Flu H1N1: 101 penumpang AirAsia dikurantin

Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.

Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar.

"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kurantin di rumah dua kali sehari," katanya.

Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.

Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.

Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikurantin di rumah masing-masing.

Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikurantin tempat kediaman.

Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.

"Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya. malaysiakini

Kemelut Perak: Husam jumpa Ku Li

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


"Tapi kalau dia nak datang atas kapasiti parti, kena dapat mandat parti dia lah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara, petang ini.

"Kita mesti bersama untuk menubuhkan satu barisan untuk mendesak pembubaran DUN Perak," katanya.

Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan.

Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin Umno yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Jumpa Ku Li petang ini

Lajnah Politik PAS, tambah Husam, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut.

Ditanya sama ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain telah dimaklumkan mengenai hasrat tersebut, Husam berkata:

"Pemimpin Pakatan telah dimaklumkan. Tetapi masa perundingan itu berlaku, saya terpaksa pulang tergesa-gesa ke Kota Bharu, saya belum tahu apa maklumat dalam perbincangan tersebut.

"Tetapi saya rasa pada umumnya ia tidak ada halangan," katanya.

Selain bekas presiden parti Semangat 46 itu, tambah Husam, beliau juga akan bertemu dengan Timbalan MCA, Dr Chua Soi Lek, dan pemimpin Gerakan yang turut mendesak agar DUN Perak dibubarkan.

Husam telah menemui Tengku Razaleigh petang tadi, dan akan menemui Dr Chua esok atau pada hari Isnin

Ketika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh selepas pertemuan mereka, Husam yang juga exco Kelantan, menyifatannya sebagai "positif".

Tengku Razaleigh dijangka mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut, kata Husam. Malaysiakini.

Kes kedua Influenza A (HINI) dikesan di P Pinang

Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang semalam.

Ia membabitkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya kelmarin.

Pelajar itu, yang merupakan teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Pelajar mangsa pertama itu - berusia 21 tahun - dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan semalam.

RAKYAT PERAK SUDAH BERSEDIA MENGHUKUM PENGKHIANAT DI PERAK

WFAUZDIN NS

Pendapat umum banyak menyatakan bahawa krisis politik yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak sendiri. Biarpun beribu kali Mahkamah atau Istana digunakan untuk mengatasi kemelut ini, namun sudah pasti krisis ini akan tetap berpanjangan. Krisis bermula dengan wujudnya kumpulan yang `tamak' serta khianat kepada amanah rakyat. Bukan masalah `lompat parti' yang dipertikaikan sangat oleh rakyat, tetapi kaedah yang digunakan oleh mereka terlalu jijik dan kotor bagi menggambarkan semangat demokrasi yangmereka dukungi selama ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Jika saya menjadi salah seorang dari mereka yang terlalu ghairah untuk `melompat' parti tersebut atas alasan memperjuangkan nasib rakyat yang kononnya tidak terbela di bawah kerajaan PR di Perak, saya sama sekali tidak akan melakukan perbuatan yang `sebodoh dan sehina' seperti itu. Apa yang akan saya lakukan, pertamanya saya tidak umumkan pendirian untuk keluar parti dan menyokong Umno/Bn di Perak sehinggalah apabila diadakan sidang Dun dan undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Ketika usul tersebut dibawa ke Dun Perak, saya yakin ketika itu Speaker sudah pasti membenarkan usul untuk dibuat pengiraan samada YAB Ir Nizar masih mendapat kepercayaan Ahli Dewan. Ketika itu barulah saya akan menyokong usul tersebut seterusnya mengumumkan keluar dari PR. Jika cara ini digunakan oleh Adun-Adun yang melompat tersebut, saya pasti krisis Perak tidak akan berlaku dan YAB Ir Nizar pasti akur kerana kepala dan mata beliau sendiri telah melihat bahawa beliau telah kehilangan majoriti di dalam Dun Perak. Proses seterusnya baru lah perkara tersebut di bawa ke Istana untuk makluman DYMM Sultan.

Kaedah kedua yang saya akan lakukan jika saya dari jenis spesis yang melompat itu, saya akan membuat pengumuman awal secara terbuka kepada media bahawa saya telah keluar dari parti saya dan menyokong Umno/Bn. Apabila sidang Dun dijalankan, pengakuan lisan tersebut akan saya zahirkan sewaktu usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Bukankah kedua-dua cara ini agak terhormat. Kaedah ini juga mungkin dirancang oleh DS Anwar untuk mengambil alih Putrajaya. Bukankah DS Anwar secara terbuka mengajak seluruh MP dari Umno/Bn berhijrah kepada PR tanpa syarat?

Mengapa mereka yang melompat ini memilih jalan yang begitu sukar sekali untuk memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka dakwa itu? Mengapa perlu `menyorokkan 'diri untuk beberapa lama sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga mereka sendiri? Jika mereka rasakan mereka benar, mereka perlu jujur untuk membuat pengakuan terbuka. Setelah `hilang' untuk beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama PM untuk mengistiharkan bahawa mereka menyokong Umno/Bn di Perak. Manusia yang berakal sudah pasti memikirkan bahawa tindakan mereka ini merupakan satu tindakan `bacul' dan `penakut'.

Lebih malang lagi, sokongan mereka yang melompat ini kepada Umno/Bn dizahirkan di dalam istana dan bukan di dewan. Oleh sebab itulah Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengesahkan bahawa tiada usul undi tidak percaya dilakukan terhadap YAB Ir Nizar selaku MB Perak di dewan. Oleh kerana tiada usul tersebut dan YAB Ir Nizar serta Adun-Adun PR yang lain tidak melihat dengan mata dan kepalanya sendiri serta tidak direkodkan di dalam sidang Dun, maka YAB Ir Nizar merasakan beliau adalah MB Perak yang sah. Sebab itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir yang kurang senang dengan tindakan gopoh Umno/Bn di Perak itu. Tindakan gopoh dan kurang cerdik itu akhirnya memakan diri dan rakyat terpaksa dikorbankan.

Apabila YAB Ir Nizar mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak, beliau dianggap `derhaka' kepada Sultan Perak. Apabila rakyat menentang tindakan Umno/Bn yang secara tidak demokratik mengambil kuasa di Perak, rakyat turut dianggap derhaka kepada Sultan. Kesemuanya Umno/Bn ingin lepaskan terhadap DYMM Sultan agar dapat dilihat seolah-olah rakyat Perak menderhaka kepada Sultan. Sebaliknya, Umno/Bn lah yang `menjual' nama Sultan demi survival politik mereka. Sehinggakan apabila didesak untuk bubarkan Dun Perak, Najib masih meletakkan tekanan itu kepada Sultan. Benar, DYMM Sultan punyai kuasa dan hak untuk bubarkan Dun tetapi alangkah baik dan beradabnya jika Najib atau pun Zambry berunding dengan YAB Ir Nizar berjumpa Sultan memohon agar Dun Perak dibubarkan demi mengatasi kemelut yang berlaku. Adakah Najib atau Zambry berani? Jika tidak berani berbuat demikian, janganlah lagi menggunakan nama DYMM Sultan.

Apabila peraturan telah dilanggar oleh mereka yang berkepentingan, maka rakyat terpaksa menjadi mangsa. Di Perak, mana lagi peraturan yang tidak dilanggar di dalam sistem demokrasi di negeri tersebut? Siapa punca permasalahan ini? Jika semua pihak tidak berani mengaku menjadi punca kepada kemelut yang dihadapi sekarang, maka tiada jalan lain melainkan rakyat sendiri yang bakal memulihkan negeri tercinta ini. Semua pihak harus berani memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan nasib mereka. Jika ada yang tidak berani menghadapi pilihanraya sekali lagi di Perak, sememangnya sahih mereka takut rakyat tidak lagi akan memilih mereka sebagai Wakil Rakyat. Apa yang pasti pengkhianat tetap akan menerima hukuman dari rakyat.


wfauzdin.blogspot.com

Hari Guru

Guru O Guru
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

LT Senai JB.

Nik Aziz : Bubar DUN langkah terbaik selesai krisis Perak

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah melahirkan sediaan untuk bertemu Najib dan mahu Najib menetapkan tarikh pertemuan. Pakatan Rakyat berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Pencalonan untuk AJK PAS Pusat.

Membaca posting Harkahdaily berkenaan dengan tajuk diatas sangat mengejutkan saya apabila saya dicalonkan dan layak bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat pada pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS pada awal Jun akan datang. Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan, Dato' Hj. Mustafa Ali melibatkan dari jawatan Pengerusi Tetap hinggalah kepada jawatan Pemeriksa Kira-kira..

InsyaAllah saya akan membuat keputusan setelah menghambil kira beberapa pertimbangan dan pandangan dalam tempoh terdekat samaada bertanding atau tidak dan menjawab kepada jawatankuasa pemilihan berdasarkan surat yang saya kita akan dihantar kepada tiap calon yang layak.

Posting di LT. Senai Johor Baharu.

Hadi kekal Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan Presiden PAS penggal ketiga berturut-turut.

Hadi disahkan menang tanpa bertanding apabila mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan PAS yang bermesyuarat sebelum 8 Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut hari ini.

"Bagi jawatan Presiden hanya satu calon yang layak iaitu Tuan Guru Hadi (Awang)dan beliau sudah menghantar surat jawapan kepada tawaran yang kami. Kalau ikut kaedahnya beliau (Hadi) telah menang tanpa bertanding," katanya ketika mengumumkan calon-calon yang layak bertanding dalam pemilihan parti Jun ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding, mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din, dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta termasuklah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa.

Manakala, 16 lagi layak bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden PAS sedia ada turut dicalonkan, mereka ialah, Ahmad Awang, Mohamad Sabu, dan Husam Musa.

Tiga belas calon lain terdiri daripada, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Dr Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali, Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar

Turut dicalonkan adalah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Mohamad Amar Abdullah, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Mustafa ini merupakan kali pertama, dalam sejarah pemilihan parti apabila begitu ramai calon layak bertanding jawatan tersebut.

Dalam pada itu, seramai 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Kenyataan Zahid saya sanggah

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pilihan raya negeri Perak tidak perlu diadakan dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ialah dengan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

Pandangan Zahid diatas nampaknya melawan arus dan menunjukkan sikap yang sebenar Zahid dalam menghadaqpi kemelut yang berlaku di negeri kelahirannya sendiri. Sepattutnya dia lebih bertanggung jawab kerana dialah Timbalan Pegerusi UMNO Perak dalam masa kudeta berlaku pada 5 Februari 2009 yang lepas.

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan," katanya kepada pemberita di sini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Anggapan akan berlakunya kekecohan politik bila diadakan pilihanraya adalah alasan kebudak-budakan dan alasan terdesak Zahid. Sepatutunya dia kena bertanggung jawab kepada situsi politik di Perak , bukan main lepas cakap sahaja.

Desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh Pakatan Rakyat mestilah diambil kira oleh Naib Presiden UMNO itu . Pandangan pelbagai pihak juga mengatakan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perkat dengan cara pembubaran DUN.

Posting di Lapangan Terbang Senai Johor.