15 May 2009

Tanda-Tanda Akhir Zaman.

Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.


Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula .

Hadits: Jangan Tertipu Dengan Dunia

Hadis Umar bin Auf r.a: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain.

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan
Al-Ala' bin Al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka .

Inilah yang dikatakan fahaman kebendaan atau maddiyah sehingga menusia sanggup mengadaikan agama kerananya. Dengan sedikit kebendaan boleh menyebabkan manusia lupa daratan. Jika dunia dan benda menjadi matlamat hidup manusia pasti ianya akan menhancurkan dan membinasakan. Namun jika dunia hanyalah alat semata-mata untuk sampai kepada Allah , selamatlah seseorang itu, dengan dunia kita pergunakan untuk mendekatkan diri kepadaAllah SWT.

UNDI TIDAK PERCAYA BAKAL SELAMATKAN UBN? (2)

Oleh : Tapai

Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam Reformasi,

Krisis di Perak sesungguhnya menarik perhatian dan mengundang komen bukan sahaja dari ahli politik, tetapi juga dari pelbagai pihak termasuk para bloggers, ahli akademik, professional, pelayar internet penyokong kedua-dua belah pihak dan rakyat marhaen amnya.

Di dalam artikel saya (12/05/2009), pada hari DS Nizar disiytiharkan sebagai MB Perak yang sah, saya telah menyentuh mengenai undi tidak percaya yang mungkin dibuat oleh gerombolan UBN. Soalnya apakah ia akan menjadi kenyataan?

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hari ini Tun Dr. Mahathir (TDM) juga mencadangkan agar undi tidak percaya ini dilakukan terhadap MB yang sah malah yang lucunya TDM sendiri mengakui bahawa dari pengamatan beliau UBN akan tewas sekiranya dibubarkan DUN Perak dan diadakan pilihanraya semula. Mesej yang sangat jelas di sini adalah meskipun UBN tahu mereka tidak akan disokong untuk terus memerintah negeri Perak, mereka masih ingin membolot kuasa yang tidak direstui rakyat. Jadi, apakah maksud kata-kata pemimpin mereka bahawa UBN sentiasa mendahulukan kehendak rakyat? Omong kosonglah jawapnya!!

Dalam perbincangan di Astro Awani, sdr Nobisha pula turut mengulas dengan agak bernas berkaitan isu di Perak ini. Beliau mengupas tentang perlunya politik permuafakatan menggantikan politik pertentangan. Saya menghormati pandangan idealis beliau yang dikira menarik juga yang ingin meneroka segala kemungkinan kepada langkah penyelesaian terhadap isu ini, antaranya ialah DS Nizar kekal MB kepada kerajaan minoriti, DUN bersidang bagi memutuskan kedudukan, membubarkan DUN, melalui proses mahkamah hingga selesai atau menyerahkan bulat-bulat kepada 59 ADUN menyelesaikannya kerana mereka dianggap memulakan krisis ini.

Namun secara realitinya tolak ansur sebegitu tinggi jika dilihat dari sudut politik permuafakatan masih belum wujud secara total di dalam politik Malaysia apatah lagi dengan sikap UBN terutamanya dalam isu rompakan kuasa ini. Kesinambungan kepada ulasan beliau boleh dilihat di : http://nobisha.blogspot.com/2009/05/siapa-ahli-politik-siapa-negarawan-di.html, mengundang pelbagai komen dari pengunjung blognya yang tidak kurang juga menariknya. Saya tidak hendak komen dalam blog beliau tetapi lebih selesa menulis komen saya untuk tatapan umum di sini.

Untuk itu, berbalik kepada isu undi tidak percaya tadi, mungkin sdr Nobisha dan para penjenguk blognya tertinggal sedikit fakta yang boleh dibahaskan dan tidak boleh tidak, perlu dikaitkan dengan isu undi tidak percaya terhadap DS Nizar tersebut. Ianya berkaitan kerana saya yakin ramai di luar sana berpendapat bahawa satu-satunya cara terbaik untuk menamatkan krisis ini secara tuntas adalah dengan pembubaran DUN serta mengembalikan hak demokratik pengundi di Perak. Undi tidak percaya terhadap DS Nizar tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan mengundang lebih banyak persoalan, kesangsian dan perbalahan yang mungkin hanya bakal disusuli dengan cabar mencabar di mahkamah yang berpanjangan.

Fakta yang saya maksudkan adalah persoalan, isu-isu teknikal dan perundangan yang bakal timbul seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel sebelum ini.
Samada undi tidak percaya akan berjaya menyelamatkan UBN atau tidak adalah sesuatu yang UBN sendiri belum pasti kerana sekiranya ia berlaku pun, krisis ini akan hanya berterusan disebabkan pihak PR boleh saja terus mempertikaikan di mahkamah berkaitan :

1) Kedudukan 3 ADUN (Bebas) melompat yang belum disahkan statusnya. Adakah mereka ini layak mengundi dalam DUN?

2) Kedudukan 7 ADUN BN yang digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sememangnya YB Speaker tidak punyai kuasa untuk menggantung mereka tetapi jawatankuasa tersebut memilki kuasa ini. Jadi, adakah mereka ini juga masih layak mengundi dalam DUN?


3) Kedudukan Ganeson yang merupakan Speaker haram tidak layak mempengerusikan sidang DUN. Adakah “pemecatan” YB Sivakumar yang dilaksanakan sebegitu rupa dianggap sah?

4) Akan banyak lagi persoalan berbangkit yang akan mencabar keabsahan undi tidak percaya terhadap DS Nizar.


Seandainya YB Sivakumar kekal sebagai Speaker DUN dalam keadaan 10 ADUN tadi enggan mengiktiraf hukuman terhadap mereka atau status mereka, adakah YB Speaker akan menerima usul untuk undi tidak percaya ini? Sudah tentu tidak!! Sekiranya 10 ADUN tadi akur dengan satus mereka yang hilang hak mengundi, maka UBN akan akan “dilaukkan” di dalam DUN. Mereka tidak akan sekali-sekali membenarkan ini berlaku.

Penyelesaian yang paling masuk akal untuk menamatkan krisis adalah pembubaran DUN. Kini UBN sendiri sudah tidak yakin undi tidak percaya akan menyelamatkan mereka. UBN kini telah tersepit, dalam dilema dan ketakutan. Membubarkan DUN bererti mereka mungkin kalah dan kehilangan kuasa, mengadakan undi tidak percaya bakal menyebabkan mereka akan terus bergelut di mahkamah dengan PR. Sekalipun jika akhirnya mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka, rakyat akan amat terluka dan natijahnya akan dapat dilihat di PRU-13.

Jadi, apakah strategi pilihan UBN sekarang untuk terus bergayut di anjung kuasa di Perak? Sama-sama kita saksikan episod seterusnya.

Wassalam.

Benarkah BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak seperti kata Najib ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya baru di negeri Perak jika diadakan.

Benarkah ini hakikat yang sebenarnya sedangkan masalah Penanti masih dalam keadaan samar walaupun untuk satu DUN inikan 59 DUN BN tidak gentar ?

Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Kalau benar itu hasrat Najib kita cadangkan dia melakukan sesuatu untuk mempercepat proses kea arah pembubaran DUN yang ditunggu oleh banyak pihak termasuk Ku Li, Suhakam dan banyak lagi.

Hamidah buat laporan terhadap Speaker Sivakumar.

Exco Haram Perak Hamidah Osman yang juga ADUN Sungai Rapat yang pernah menimbulkan kotroversi berkaitan dengan "ular" membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dengan menghalau tujuh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas keluar dari dewan pada persidangan DUN 7 Mei lepas.

Laporan Hamidah ini menimbulkan tafsiran yang sebaliknya bahawa sebenarnya Sivakumarlah Speaker yang masih sah sehingga sekarang.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hamidah berkata tindakan Sivakumar jelas menunjukkan ia tidak menerima keputusan yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini yang boleh dianggap sebagai menghina kredibiliti dan integriti mahkamah.

Sedangkan pada hakikatnya Sivakumar juga pada persidangan tersebut perlu diingatkan berkali-kalai mengumumkan tindakannya menghalau mereka itu atas dasar untuk menghormati Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dilantik secara sah dalam Dewan Negeri Perak yang telah memeutuskan keputusan itu.

Hamidah mendakwa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya dengan menghalau 10 ADUN yang sepatutnya bersidang dan enggan memulakan persidangan walaupun mahkamah telah membuat keputusan sebelum ini. Dian membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini malam tadi.

Selain itu tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang berdiri di hadapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ketika baginda hendak memulakan titah perasmian persidangan itu juga dianggap oleh Hamidah menghina institusi diraja.

Sedangkan Pihak Pakatan Rakyat telah memaklumkan tindakan itu cuba diputar belit oleh BN dan sekali ini oleh Hamidah pula walaupun tujuan ADUN PR adalah untuk melaporkan apa yang berlaku di dalam Dewan kepada Raja Nazrin.

Saya suka memaklumkan dalam keadaan ADUN PR berdiri lebih ramai dikalangan polis yang dibawa masuk oleh BN dengan membuat benteng rantai tangan mengelelilingi pentas Diraja dan telah dititahkan DYTM Raja Nazrin untuk keluar dewan setelah mendapat sembah laporan dari DS. Nizar.

Hamidah terlibat dengan kegiatan samseng ?

Satu kenyataan media dan laporan polis telah dibuat oleh Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat berhubung salah laku ADUN Sg. Rapat, Hamidah Othman yang dikatakan terlibat dengan kumpulan samseng Melayu.

Hamidah didakwa mengarahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa ditarik balik dan kes berkenaan ditutup. Berkaitan dengan arahan itu, 4 laporan polis juga telah dibuat membantah salah laku ADUN berkenaan dan juga pegawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kes ini.

Laporan selengkapnya lihat blog Budak Ipoh Timur.