14 May 2009

Anwar cabar Najib adakan p'raya di Perak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.


Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Najib salah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.

"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti. Malaysiakini.

CADANGAN PENYELESAIAN UNTUK KEMELUT DI PERAK

Saudara Pengarang,

Kemelut politik yang sedang berlaku di Perak adalah amat menyedihkan. Isu yang mana pada mulanya kelihatan mudah menjadi semakin kusut dan seolah tidak menampakkan jalan keluar. Ini meletakkan pentadbiran kerajaan Perak berada dalam keadaan terumbang ambing. Ini menjejaskan kesejahteraan rakyat perak secara keseluruhannya kerana jentera kerajaan tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Saya ingin mengemukakan satu cadangan untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku akibat isu politik yang semua orang telah sedia maklum dan tak payah saya ulas semula disini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Suka ditegaskan, sebagai seorang pensyarah, cadangan penyelesaian yang saya ingin kemukakan adalah sebagai pihak ketiga yang bersikap bebas dan berkecuali tanpa berpihak kepada mana-mana kumpulan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).

Cadangan Penyelesaian

1. Pihak BN dan PR perlu mengadakan pertemuan dan membuat ikrar untuk menyelesaikan serta merungkaikan kekusutan di Perak secara rundingan.

Justifikasi

Ikrar bersama itu penting untuk merungkaikan isu dan mengembalikan kerajaan Perak ke ”Status Quo” tanpa menjejaskan mana-mana kihak.

2. Kedua pihak perlu bersetuju agar DUN Perak dibubarkan tertapi kedua-dua pihak perlu memastikan bahawa semasa penamaan calun, 28 kerusi yang dimenangi oleh BN diberikan menang percuma tanpa dicabar oleh PR. Begitu juga 28 kerusi yang dimenangi oleh PR tidak dicabar oleh BN.

Justifikasi

Melalui persetujuan sebegini kedua-dua pihak BN dan PR akan mendapat jaminan bahawa status mereka sebelum Konflik di Perak itu timbul boleh dikekalkan. Semua pihak mahu merungkaikan kekusutan yang berlaku dan ini bukannya masa yang sesuai untuk melihat pihak mana yang lebih mendapat sokongan.

3. Kedudukan tiga ADUN yang melompat perlu kosongkan dan BN perlu pastikan agar kerusi tersebut diserahkan kepada PR tanpa perlu ditandingi.

Justifikasi

Kadangkala keputusah politik yang kita ambil menimbulkan keadaan buntu. Bila itu berlaku kita perlu kembali kepangkal agar masaalah tersebut dapat diselesaikan.

Tiga langkah di atas hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak mempunyai Iltizam untuk menyelesaikan masaalah dan dalam waktu yang sama dapat menjaga airmuka semua pihak.

Perlu diingat disini bukan kita ingin mencari siapa yang betul atau siapa yang salah, tertapi kita hanya ingin merungkaikan masalah .

Ular menyusur akar tidak akan hilang belangnya.
Mana-mana pihak yang mengalah tidak bermakna ia kalah.
Apabila perlu menarik rambut dalam tepong. Yang penting rambut dapat ditarik tertapi tepong tidak tumpah.

Didalam mana-mana perundingan perlu diutamakan ”situasi menang-menang”. Satu pihak diberikan kuasa memerintah dan sebelah pihak lagi dapat menjaga air muka dan menggunakan ruang yang ada untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada mereka.

Penyelesaian yang dicadangkan diatas, boleh mengembalikan keharmonian didalam DUN Perak.

Sekian

Mohd Nizam Bin Hj Badaruddin
sahaniza@oum.edu.my

Mahasiswa Perak Gesa Rakyat di Utamakan

Mohd Hafez Sabri

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pihak-pihak berkaitan agar menyelesaikan segera krisis di Perak yang sudah menjangkau tiga bulan. Krisis ini perlu diselesaikan dengan segera demi kebaikan semua pihak terutamanya rakyat.
Menurut Timbalan Presiden 2 Petubuhan tersenut Saudara Wong Yim Chan,krisis yang berpanjangan telah meninggalkan kesan yang negatif kepada rakyat, negeri dan Malaysia.

“Krisis di Perak tidak hanya memberi kesan kepada parti-parti politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat. Pembangunan di Perak akan terencat kerana krisis yang berpanjangan ini. Bahkan ianya turut memberi kesan kepada ekonomi sekiranya pelabur sudah tidak berasa selamat dengan krisis yang berpanjangan,” ujar beliau.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Gerakan Mahasiswa yang paling berpengaruh di Perak tersebut juga menggesa krisis ini diselesaikan segera kerana melihat kesan-kesan negatif kepada beberapa aspek. antara aspek tersebut ialah demokrasi di malaysia sudah mula dipertikaikan, institusi Sultan turut menjadi mangsa, perpecahan masyarakat semakin parah terutamanya apabila isu perkauman dimainkan, sosiopolitik di perak semakin tidak stabil, ekonomi perak dan malaysia akan terkesan, pembangunan dan kemajuan perak akan terencat.

Di samping itu, beliau menyatakan juga bahawa krisis di Perak telah mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Peristiwa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu sangat memalukan. Media seluruh dunia memaparkan sikap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang seperti kebudak-budakan. Ianya seolah-olah sejarah yang tidak dapat dilupakan di Malaysia. Pemecatan dan perlantikan Speaker Dewan yang tidak mengikut prosedur sepatutnya, keselamatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang terancam, dan kekecohan yang berpanjangan telah dipaparkan oleh media dalam dan luar negara,” tambah beliau.

Pengerusi Hal Ehwal Wanita (HELWA) BERSATU PERAK, saudari Khairul Izza bt Abdul Jalil turut melahirkan rasa dukacitanya terhadap apa yang berlaku di Perak.

“Rakyat tidak harus menjadi mangsa dalam krisis ini. Luahan mahasiswa bukanlah kerana emosi semata-mata, akan tetapi atas dasar simpati dan empati kepada rakyat dan negara,”ujar beliau.

Beliau juga berharap semua pihak menyedari hakikat ini dan menekankan bahawa krisis ini tidak harus dilihat memberikan kepada kesan parti-parti politik semata-mata, akan tetapi ianya perlu diselesaikan dengan segera demi keamanan dan kemakmuran yang diharapkan oleh semua pihak.

Mohon dibincangkan mengenai beer 'halal???' ini

Email yang saya paparkan ini sangat kira menarik ianya membincangkan mengenai beer yang dikatakan halal yang akan masuk di Malaysia secara sah. Tujuan saya paparkan adalah untuk menjadi medan perbicangan semacam forum untuk kita jadikan panduan dan mengambil kesimpulan sementara dalam persoalan ini

(Tanpa edit) Saya mohon YB bincangkan isu beer 'halal' ini. dan harapan saya agar beer ini diharamkan kerana ia amat mengelirukan umat ISlam khususnya anak2 muda di Malaysia.. Sedikit sebanyak penerimaan beer halal ini akan menyebabkan para remaja dan dewasa kita mempunyai kecenderungan untuk meminum beer yang sedia ada.. banyak kesan negatif lain yang saya nampak, tapi biarlah YB bawakan ia sebagai perbincangan kita semua..

Moga perjuangan Islam akan berterusan dari segala aspek kehidupan. Dan doa saya agar kekuatan Islam dapat mengatasi kekalutan politik di Perak dan Malaysia amnya

Salam dari perantauan,
EYU

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.

Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

Drs. Khalil : Krisis Perak selesai hanya dengan bubar DUN.

TITI SERONG, 13 Mei :- Krisis yang di hadapi di Negeri Perak tidak akan berakhir melainkan dengan diberikan madat kepada rakyat untuk memilih semula dalam satu pilihan raya bila DUN Perak dibubarkan. Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam Program Jelajah UPU berkaitan krisis di Perak di UPU Sungai Labu bawah di sini malam tadi.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada semua jentera Parti disemua peringkat khususnya dalam DUN Titi Serong untuk bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi kemungkinan diadakan pilihanraya semula di Perak.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Titi Serong dengan kerjasama JKKK Tanah Baru itu menarik perhatian hampir 100 orang warga setempat. Hadir sama ialah Pengerusi JKKKnya, Hj. Osman dan Majlis dipengerusikan oleh Ketua Kampung Bagan Tiang, Hj. Bakhtiar Abdullah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Pada kesempatan itu Drs. Khalil telah menerangkan dengan panjang lebar persoalan yang berkisar dengan Sidang DUN pada 7 Mei dan Keputusan Mahkamah pada 11 Mei yang lepas.

"Saya tidak tahu apabila Dr. Zambry Abdul Kadir sangat kemaruk untuk masuk pejabat Menteri Besar sedangkan dia bukan Menteri Besar yang sah " Tanya Drs. Khalil.

Disamping itu beliau juga menyatakan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak sedang berada dalam keadaan tidak stabil bila Menteri Besar yang tidak sah berada di Pejabat kerana tidak ada perkeara penting boleh dilakukan melainkan mesyuarat dan merasmikan program sahaja.

Selain itu katanya Proses Sidang pada 7 Mei menyaksikan kuasa polis digunakan untuk menjayakan hasrat jahat BN untuk merampas kerusi Speaker. " Sehingga ada gambar dan saksi yang melihat polis yang masuk ke Dewan membawa senjata api" dedah Drs. Khalil dalam ceramah itu.

Sebahagian dari muslimin dan muslimat yang hadir.

Lompat parti : Ini juga berita bohong .

Petang ini saya menerima email yang berbunyi " Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar, kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini ' jangan harap kamu akan dipilih "

Katanya email ini mereka dapat dari blog Pembela Negara . Begitulah nasib pengirim email ini dia telah memperolehi berita dari blog yang pro BN. yang anehnya dia nampak percaya sangat dan saya mengambil sedikit ruangan di blog ini untuk menjawab kepada umum.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Saya telah menghubungi ADUN Kuala Kurau dan memaklumkan mengenai kandungan email ini, rupanya beliau telah sedia maklum dengan berita bohong yang disifatnya adalah tindakan terdesak UMNO dan BN setelah dipermalukan oleh keputusan mahkamah yang mengesahkan Nizar sebagai MB Perak.

Semasa bermesyuarat di IPOH kelmarin saya sempat berbual dengan Ahli Parlimen Bagan Serai seperti yang dimaksudkan.

Apapun saya ucapkan terima kasih kepada pengirim email, paling kurang dengan posting ini dapat menjawab kekusutan yang dialami.

5 ADUN PAS nak masuk Bebas ?

Sekitar jam 3.40 petang tadi saya dihubungi oleh rakan media dari akhbar Berita Harian bertanyakan satu berita yang diperolehi sekadar untuk mendapatkan pengesahan atas nama Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

soalannya mengejutkan "adakah benar 5 ADUN dari PAS nak keluar jadi Bebas?"

Sebenarnya diapun tidak percaya dengan berita itu, lalu saya pun menafikan dan menganggap satu cerita bohong dan tidak berasas. Selain itu saya mempertanyakan kenapakah hanya lima orang sedangkan ADUN PAS semuanya 6 orang, siapakah yang tercicir ?

Nampaknya musim sekarang adalah musim berita angin yang pelbagai bentuk, tidak dilayan tidak boleh , kita layan nampak macam buang masa saja...

Mahkamah Rayuan dengar rayuan Nizar 18 Mei ini

Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Menteri Besar Perak yang sah itu sempat memasuki pejabatnya pada 12 Mei kelmarin dan keluar kembali dari pejabatnya setelah Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Tinggi pada hari isnin lepas.

Berikutan dengan itu keadaan politik di Perak nampaknya semakin kusut dan tiada jalan penyelesaian. Kebanyakan penganalisa politik memberi pandangannya termasuklah Suhakam dan Tengku Razaligh mencadangkan langkah terbaik dengan diadakan pilihanraya semula.

Nizar hadir Forum di PJ malam ini.

IPOH, 13 Mei : - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dijadualkan ke Kuala Lumpur petang ini bagi menghadiri forum di Petaling Jaya malam ini.

Menurut Setiausaha Politiknya, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Nizar akan menyertai forum itu bersama beberapa panelis lain bagi membincangkan pergolakan politik di Perak.

Sementara esok, Nizar juga akan menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut difahamkan berhubung strategi terkini selepas isu Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi

'Pistol dibawa masuk ke sidang DUN 7 Mei'

Wakil rakyat DAP menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mereka bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, senjata itu dibiarkan dibawa masuk walaupun terdapat kawalan keselamatan yang ketat dan pengesan logam turut dipasang pada hari berkenaan.

Beliau juga menyebutkan contoh ADUN Jelapang, Hee Yit Fong memiliki satu alat penyembur pemedih mata, sebagai satu lagi contoh senjata dibawa masuk ke dalam dewan.


Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3



"Mungkin (kakitangan keselamatan) hanya berminat memeriksa Pakatan (Rakyat)," kata Nga dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Perak di Ipoh hari ini.

Satu klip video turut ditayangkan dalam sidang akhbar tersebut yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian putih, dilihat seperti mencapai satu objek yang terselit di belakang seluarnya. Objek itu bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas.

Insiden tersebut berlaku sejurus selepas berbelas individu yang tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam dewan untuk membawa keluar Speaker V Sivakumar.

Ditanya sama ada terdapat sebarang peraturan tetap dewan yang melarang senjatapi dibawa masuk ke dalam DUN, Sivakumar berkata, tidak ada, tetapi larangan itu merupakan amalan yang digunakan di seluruh dunia.

Katanya, terdapat sebuah bilik khas yang disediakan di bangunan SUK bagi membolehkan individu menyimpan senjata mereka sebelum masuk ke dalam DUN.Malaysiakini

PENGALAMAN 6 JAM DI PEJABAT MB

YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.

http://misabah.blogspot.com

Takziah

Takziah kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah dan seluruh kaum kerabatnya di atas kembalinya kekanda Tuanku YM Raja Baharom jam 10.45 pagi. Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. YAB Dato' Seri Hj Nizar akan menziarahi jenazahnya dan akan turut mengerjakan solat jenazah sebentar lagi.



Menteri Besar Haram dibenar jalankan tugas Menteri Besar Halal

Hanipa Maydin

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.

Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.

"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.

Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.

Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.

Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.

Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.

Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.

Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.

Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.

Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN. Harakahdaily.

Team peguam Nizar siap untuk failkan di Mahkamah Rayuan.

Kumpulan Peguam yang mewakili DS. Nizar telah siap untuk menfailkan permohonan di mahkamah Rayuan pada hari ini mencabar keputusan yang diputuskan mengenai penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kedudukan DS. Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Terkini dari Ipoh.

11.10 pagi: Peguam Nizar mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

10.20 pagi: Zambry mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.

9.17 pagi: Zambry tiba di bangunan SUK untuk kembali mula bertugas sebagai Menteri Besar Perak.

9.10 pagi: Wartawan masih menunggu ketibaan Zambry.

8.45 pagi: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir belum kelihatan.

8 pagi: Wartawan menunggu kedatangan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Bangunan SUK.

7.30 pagi: sebahagian anggota FRU meninggalkan kawasan pekarangan Bangunan SUK, tugas kawalan diambil alih oleh pasukan polis.