13 May 2009

Status MB: Peguam Nizar kaji rayu keputusan Mahkamah Rayuan

IPOH: Peguam Datuk Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Salah seorang peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tersebut.

Ketika ditemui di sini pukul 3.30 petang pada sidang media bersama Nizar, Leong berkata, pihaknya akan meneliti kandungan keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


"Kami sedang meneliti kemungkinan itu, kemungkinan itu (peruntukan undang-undang)," kata beliau sambil menambah, aspek masa rayuan dikemukakan pihak defenden juga akan diteliti.

Nizar pula berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi nasihat mengenainya.

Kira-kira pukul 1.20 tengah hari kelmarin Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Hubungan baik Raja Nazrin dengan MB Nizar

Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tiba, DS. Nizar dan Isteri memasuki Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.



Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak," kata Abu Talib. Mstar.

Tidak ada kerajaan efektif di Perak?

IPOH: Tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian, memasuki bab baru tengah hari tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Ekoran keputusan semalam, Zambry berkata, beliau mengosongkan Pejabat Menteri Besar dan tidak hadir majlis kurnia pingat di Istana Iskandariah pagi tadi sebagai tanda hormat keputusan semalam.

Sambil menegaskan mahu menjalankan tugas Menteri Besar seperti biasa mulai hari ini dan memasuki pejabat pagi esok, Zambry memberitahu, "dalam kes ini bukan saya yang saman Nizar, Nizar yang mempertikaikan status saya."

Beliau memberi gambaran statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Sejam selepas sidang media itu, Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat pula mengadakan sidang media di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Antara lain Nizar memberitahu, perkembangan hari ini "menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan."

Ringkasnya kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ini, "mereka memanjangkan" kes ini dengan merujuk ke Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memperkatakan ingin mencari penyelesaian muktamad di peringkat menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata.

Katanya, parti-parti politik negeri ini perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran - salah satu yang digerakkan oleh Pakatan.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya lagi.

Hari ini Exco Pakatan Rakyat dalam tempoh tiga jam pertama meneliti, mempertimbang dan meluluskan 10 perkara.

Ia termasuklah sesi angkat sumpah melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan yang mahu diadakan esok, pelantikan ketua kampung dan menurunkan bayaran parkir dari 40 sen kepada 30 sen sejam.

Ia diumumkan oleh Exco Kanan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ngeh Khoo Ham.

Pun begitu ketika ditemui selepas sidang media Nizar petang tadi, Ngeh berkata, "tiada kerajaan efektif di Perak sekarang."

"Kami mempunyai status yang sah sebagai kerajaan tetapi dihalang (rayuan) daripada dilaksanakan dan mereka (BN) bukan kerajaan sah," katanya.

Ketika ditanya sama ada tiada kerajaan negeri langsung yang efektif, "ya, tiada kerajaan efektif."

Beliau senada dengan Nizar sambil mengatakan bahawa Sultan Perak mempunyai peranan dalam mencari penyelesaian.

"Ini peranan (Tuanku) dalam persekitaran sekarang," katanya.

Terdahulu, Zambry bertegas akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa mulai hari ini manakala Nizar yang kembali ke jawatan itu selepas 96 hari 'berehat' mengosongkan pejabatnya petang ini.

Nizar dan barisan Exconya seramai tujuh keluar dari bangunan SUK pukul 2.30 petang sebagai tanda menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami telah mengambil keputusan untuk keluar pukul 2.30 petang tadi dan kami hormati keputusan Mahkamah Rayuan walaupun belum lagi melihat kandungan keputusan lagi.

"Kami tidak mahu nanti ada pihak keluarkan notis minta kami kosongkan pejabat dan tinggalkan bangunan SUK," kata beliau pada sidang media pukul 3.30 petang tadi. Nizar diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar yang sah.

Selaku Menteri Besar beliau telah mempengerusikan mesyuarat Exco malam tadi yang memutuskan untuk menggantung tugas Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Malah pagi tadi beliau mengemukakan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selain menghadiri majlis istiadat kurnia pangkat selaku Menteri Besar.

Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exconya pagi esok. Tetapi ia telah dibatalkan petang ini.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu. Mstar.

KONON PERJUANGAN SEPERTI MANDELA & GANDHI....ZAMBRY JANGAN SYOK SENDIRI

oleh: Angkasanuri

Datuk Zambry Abdul Kadir hari ini menyifatkan 'perjuangannya 'seperti Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela.

Maaflah Zambry, perjuangan Mandela dan Mahathma Gandhi adalah perjuangan untuk rakyat. Membela dan mempertahankan tanah air dengan jiwa raga dan nyawa.

Mereka dianggap pejuang hak kebebasan dan demokrasi tulen.Mereka juga sanggup dipenjara dan menderita untuk kehidupan rakyat.

Tetapi Zambry, tindakan beliau di Perak bukan sahaja memalukan rakyat Perak dan Malaysia tetapi tindakan merampas kuasa kerajaan pilihan rakyat adalah perbuatan mengkhianati dan menghina demokrasi di negara ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hanya satu je yang saya nampak persamaan di antara Zambry Vs Mandela dan Gandhi iaitu warna kulit! Tak lebih dari itu....

(berikut merupakan kenyataan Zambry berhubung perjuangannya yang diibaratkan seperti Nelson Mandela dan Mahthama Gandhi)
PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya.

Namun Zambry sekali lagi menegaskan bahawa beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah semalam.

"Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini.

Bagaimanapun, jelas Zambry, beliau dan rakan-rakannya yang lain akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela rakyat kerana ia adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

Mengulas lanjut mengenainya, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata, jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan itu, perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau dan Exco yang lain tidak seteruk dua pemimpin tersebut.

"Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.

"Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya," katanya. Posted by byPASs at 8:28 PM

The true 'pemimpin berjiwa rakyat'

Ibnu mahmood al kalantani

Coretan seorang remaja Islam.

Helaian keenam belas buku Belajar Dari Dua Umar itu aku belek. Buku tulisan Hepi Andi Bastoni yang baru sahaja dibeli dari Nile Books, KL Sentral aku baca sambil menunggu bas aku ke Kota Bharu. Majlis graduasi baru sahaja selesai petang tersebut, diadakan di Putrajaya Internatioal Convention Centre. Gah sungguh tempat tu. Tapi, semua orang ke boleh merasai ke’GAH’an tempat itu. Soalan itu aku pendam ke dalam hati. Malaysia belum mampu berubah lagi.

Kalendar menunjukkan bulan Ogos 2008 semakin menghampiri hujungnya. sebulan lagi, aku akan meninggalkan Malaysia. Cuba menggapai cita-cita di bumi penjajah, UK. Moga segalanya dipermudahkan Ilahi, fikirku.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Suasana Hentian Putra terus hingar-bingar. Manusia pelbagai golongan semuanya sedang menunggu bas untuk menaiki bas ke negeri-negeri di Pantai Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Aku seperti berada di Kelantan dan bukan lagi di Kuala Lumpur. Hanya loghat Kelantan dan Terengganu yang aku dengar.

Sekali sekala, aku mengipas mukaku dengan buku tersebut. Panas. Pendingin hawa seakan tiada gunanya. Mungkin sudah terlalu lama digunakan. Tidak berganti baru. Aku hanya mampu mengeluh. Air menitik dengan lajunya di depan kerusi yang aku duduk. Turun dari siling. Sewaktu aku pergi ke Kem BTN baru-baru ini, keadaan siling itu juga sama. Tiris. Ketirisan itu seperti tiada siapa peduli. Hanya sebuah baldi disediakan untuk menadah air yang menerjah turun itu. Aku pelik, kan ni Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia? Takde pihak berkuasa yang patut menyelesaikan masalah pendingin hawa dan ketirisan tu ke? Adakah Menteri Pelancongan sibuk sangat membatalkan perjanjian persefahaman dengan negeri-ngeri yang dimenangi parti pembangkang, sehingga tidak ambil endah keadaan Hentian Putra yang menjadi antara pintu utama kemasukan pelancong-pelancong asing ke negeri-negeri pantai Timur?

Namun perkara ni tidak pelik pun, kalau isu ini timbul, jawapannya sama.. “Hentian Putra bukan di bawah tanggung jawab kementerian kami. Itu DBKL punya kerja”. Ini ‘habit’ pemimpin-pemimpin kita. Habis, pelancong-pelancong yang menggunakan Hentian Putra tu bawah tanggung jawab siapa? Malu rasanya aku kepada beberapa pelancong asing yang melalui tempat tiris itu. Baru sekejap tadi, aku melihat dua OKU cacat penglihatan yang berjalan bersama-sama hampir terlanggar baldi yang disediakan. Apabila melihat mereka terlalu hampir dengan baldi tersebut, aku bingkas bangun untuk membantu. Namun mereka sempat mengelak dengan bantuan tongkat yang dipegang. Mungkin dah biasa agaknya dengan suasana seperti itu.

Aku meneruskan bacaan. Tiba-tiba mata aku tertarik kepada seseorang yang sedang berjalan di hadapan aku. Dia berhenti sekejap di depan aku, mengangkat tangan sambil tersenyum kepada seseorang, mungkin orang yang dikenalinya. Dia kemudiannya meneruskan perjalanannya ke tempat bas menunggu. Basnya dah sampai mungkin. Aku seperti mengenali orang yang berhenti di depan aku tersebut. Mukanya pernah aku lihat beberapa kali sebelum ini. Tapi di mana ye? Bak kata Yasin ex-senario.

Aku memerah fikiran beberapa ketika, cuba mengingat kembali di mana aku pernah melihat wajah tersbut. Subhanallah! Jawapannya, mengejutkan aku. Orang yang aku lihat sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan aku, Kemuning. Ustaz WAN AHMAD LUTFI WAN SULAIMAN namanya (gambar). Dia bekas Imam Masjid kampung bersebelahan kampungku sebelum diminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi calon PAS untuk PRU-12 baru-baru ini. Ya Allah, aku tak sangka, seorang Yang Berhormat sanggup bersama-sama kami rakyat kebanyakan menaiki bas ekspres balik ke kampung. Pakaiannya terlalu simple, hanya mengenakan kain pelikat, baju melayu dan berkopiah. Tiada bezanya dengan jiran-jiranku yang kerja mereka hanya menanam padi dan menoreh getah. Langsung tiada ciri yang menunjukkan beliau seorang Yang Berhormat. Aku tidak pasti sama ada dia hanya berseorangan atau dengan keluarganya sebentar tadi, tapi yang pasti, tiada segerombolan orang yang mengiringinya. Tidak seperti kebiasaan YB-Yb lain yang kalau berjalan tanpa pengiring-pengiring, semacam tak sah. Dan anda hanya akan dapat berjumpa mereka apabila ada lawatan atau majlis rasmi, yang mana mereka dijemput sebagai VIP(very important person) hanya untuk tengok-tengok, berucap dan merasmikan majlis. Itu nenek aku pun boleh buat.

Anda semua bayangkan, betapa rendah dirinya beliau. Sanggup bersesak-sesak di stesen Putra, bersama-sama rakyat menaiki bas ekspres yang mengambil masa 6 jam, yang semestinya tidak seselesa menaiki kapal terbang untuk balik ke kampung halaman. Ditambah pula risiko kemalangan yang terlalu tinggi seperti kita biasa baca di dada-dada akhbar. Aku tahu, bukannya dia tak mampu untuk naik kenderaan yang lebih selesa. Gaji ADUN campur elaun-elaun yang diterima, lebih daripada sepuluh ribu. Boleh je kalau dia nak naik kapal terbang. Lagipun, kalau travel atas urusan rasmi, boleh claim mileage atau tiket. Tapi dia tetap memilih bas. Aku yakin, kalau YB-YB lain, paling lekeh pun akan naik flight, dan semestinya MAS. Air Asia jauh sekali. Kalau tak pun, mungkin akan menaiki kereta yang dipandu driver untuk ke KL. Kereta pula bukan sebarang kereta. Mercedes itu biasa. Itu aku yakin. Satu lagi perkara yang aku pasti, aku tidak akan jumpa Annuar Musa di Hentian Putra untuk menaiki bas. Tidak juga Awang Adek. Mustapa Mohamad tak mungkin. Tengku Razaleigh juga mustahil.

Kepada Ustaz Wan Lutfi, “Kullu ‘aam wa antum bi khairin ya Abi” (Setiap tahun anda sentiasa dalam kebaikan, wahai ayahanda)

Is this experience shows the new Malaysia which we all wait for? Let’s all work hard for this new Malaysia, with God’s willing. With more people like Ustaz Wan Lutfi in the forefront, I am sure we’ll achieve it. Soon.

dari: ibnu mahmood al kalantani
newcastle upon tyne
UK

Zambry masih MB, krisis Perak berlarutan

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu. Malaysiakini.

Taklimat penting oleh MB Nizar sedang berlangsung

YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan taklimat tentang perkembangan terkini mengenai Kerajaan Negeri Perak berikutan mengenai keputusan terkini Mahkamah . Hadir dalam taklimat penting ini ialah dikalangan Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua ADUN Pakatan Rakyat.

MB Nizar sekarang berada di Pejabat PAS IPOH.

YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang mendapat mendapat pengesahannya di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kembali meninggalkan pejabatnya yang dimasuki mulai hari ini setelah Mahkamah Rayuan mebenarkan pemohonan Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali hari ini yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

KSN: Penggantungan Abdul Rahman dan Ahmad Kamal tidak sah

PUTRAJAYA: Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat UndangUndang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan keduaduanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undangundang untuk menggantung kerja keduadua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.

"Bagi Penasihat UndangUndang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar dalam talian yang menyatakan sebaik mengambil alih semula pentadbiran negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Sidek berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh manamana Mahkamah Jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.

Justeru katanya dalam keadaan kes itu, memandangkan alasanalasan pengantungan tidak berbangkit maka keduadua pegawai tidak boleh digantung kerja.

Ketika ditanya sekiranya Mohammad Nizar tetap berkeras dengan keputusannya itu, beliau berkata:

"Sebagai penjawat awam kita mengikut peraturan maka soal pertentangan tidak timbul, apa yang perlu ialah melaksanakan tugas mengikut peraturan".

Mohd Sidek berkata beliau akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada keduadua pegawai terbabit hari ini. BERNAMA

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh keputusan MB Perak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.

Pagi tadi, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

Mahasiswa Perak Mahu DUN di Bubar Segera.

Presiden Mahasiswa Perak saudara Mohd Hafez bin Sabri melihat Keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan petang tadi menyebabkan keadaan politik Perak yang bercelaru sebelum ini menjadi makin celaru dan mengelirukan. Keputusan itu juga menyebabkan Dato' Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar dan membuktikan selama ini kerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu rakyat Negeri Perak dengan mentadbir Perak secara haram.

Sehubungan itu kami diperingkat Mahasiswa Perak menggesa Dato' Zambry Abdul Kadir dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan.
Diperingkat mahasiswa Perak kami berpandangan bahawa, Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin tidak perlu meminta Dato' Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan ini kerana pengisytiharan mahkamah itu secara automatik menjelaskan kedudukan Dato' Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak kudeta sebelum ini dan kesemua Exconya gugur.Demikian ulasan dari Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Saudara Mohd Hafez bin Sabri selepas keputusan mahkamah dikeluarkan sebentar tadi.


Menurut beliau lagi, Sekiranya Dato' Zambry Abdul Kadir dan para Exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga.

Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Dato' Zambry Abdul Kadir dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.

Kami diperingkat mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak sedia menerima Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini kerana keputusan Mahkamah Tinggi telah membuktikan bahawa selama ini Dato' Zambry Abdul Kadir memerintah negeri Perak secara tidak sah.

Kami diperingkat Mahasiswa Perak mendoakan agar keputusan Mahkamah Tinggi tadi akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin selaku Menteri Besar yang sah itu.

Saya juga melihat bahawasanya atas kapasiti Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin sebagai MB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi, Sultan Perak tidak ada sebab untuk tidak menerima menghadap Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin, ini kerana kita menghormati prinsip demokrasi dan hak perlu dikembalikan kepada mereka yang berpihak kepada kebenaran.

Sekiranya Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dibenar menghadap dan beliau memohon agar DUN dibubarkan kami diperingkat Mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak bersetuju bagi menamatkan kemelut dan krisis politik di Perak inilah ketika dan masanya yang paling baik. Keputusan mahkamah tadi juga boleh dijadikan alasan konkrit untuk berbuat demikian.Bagi Mahasiswa Perak pembubaran DUN adalah penyelesaian yang paling berkesan dan adil.

Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati.Jelas beliau lagi.

Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya.Sekali lagi saya mewakili seluruh Mahasiswa Perak yang berada didalam negara mahupun diluar negara memohon agar mandat diberikan semula kepada rakyat untuyk menentukan siapa pemimpin mereka. sumber: www.siswaperak.com

"Mahasiswa Bersama Suara Rakyat"

Sidang khas DUN untuk singkir Nizar tidak benar.

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak sah pelantikannya , R Ganesan, berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan terserah kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tindakan bersesuaian dan relevan.

Ganesan menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah laman web berita bahawa BN sedang memikirkan bagaimana mahu mengadakan secara sah Sidang DUN tergempar untuk menyingkirkan Mohammad Nizar menerusi undi tidak percaya.

"Saya hanya komen kami menghormati keputusan mahkamah dan terserah kepada kepimpinan BN untuk melakukan tindakan yang relevan dan sewajarnya.

Ceramah Perdana : Isu Perak di Selangor.


Rayuan Zambry didengar jam 11.45 pagi tadi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguh perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 11.45 pagi ini.

Syukur Alhamdulillah.

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.

Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR.-MB Perak

http://kamparinn.blogspot.com/

Ku Li sokong DUN Perak dibubar.

Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tindakan kerajaan BN di Perak juga tidak sah menghalang sidang tergempar DUN pada awal Mac dan usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan Speaker, V Sivakumar pada persidangan paling kecoh, Khamis lepas.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

Nizar masuk pejabat MB

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar yang sah.

Terkini : Perkembangan pagi ini .

BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

9.50 pagi: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak. Mstar.

Nizar berada di Istana Kuala Kangsar pagi ini

Pada waktu ini DS. Nizar sedang berada di Istana Iskandariah Kuala Kangsar menghadiri majlis penganugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak. Dijangkakan beliau akan menduduki kerusi YAB Menteri Besar dalam Balai Rong Seri tempat majlis anugerah pingat yang akan di sempurna kan oleh Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Dr. Nazrin Syah.

Sementara itu pada sekitar jam 7.30 pagi tadi beliau telah masuk ke Pejabat Menteri besar di Ipoh bersama-sama dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.