07 May 2009

TERKINI Jam 8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan

Ahli Parlimen Ampang,YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.




-Gambar-gambar ini menunjukkan situasi di Bangunan SUK dan gambar diambil dari BLOG anilnetto.com

TERKINI jAM 8.27 pagi:Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri

Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negerisaya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari DEwan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyushkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangungan Dewan Undangan Negeri

TERKINI Jam 8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak


Ipoh:Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami-sebelum bergerak ke dewan.

Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker

Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

Perbicaraan siapakah MB Perak ditangguh esok.

Kemelut yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak berakhir juga pada hari ini seperti yang diharapkan oleh BN bila ditangguhkan lagi perbicaraannya esok. Demikian maklumat yang saya terima dari Dato' Ngeh Khoo Ham sebentar tadi.

Tindakan BN di Perak kelihatan gopoh - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan. Mstar dengan sedikit edit.

Speaker DUN Perak baru menghabiskan sidang akhbarnya sebentar tadi.

IPOH : Satu sidang akhbar yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar diadakan di sini sebentar tadi. Berita akan emnyusul .

Pemimpin kanan PAS ditahan polis

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.


Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.

Sewaktu dihubungi, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.

Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Beliau bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang menganjurkan program tersebut di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru.

Isteri pemimpin PAS itu, Normah Alwi berkata seorang pegawai polis berpangkat ACP menghubunginya petang ini dan memaklumkan bahawa Mohamad akan dibawa ke Slim River, Perak untuk ditahan reman esok.

"Benda (program solat hajat) belum jadi, kenapa tangkap?" katanya kepada Malaysiakini.

TERKINI IPOH : Kebanyakan Hotel di Ipoh penuh.

Setakat ini saya menerima maklumat kebanyakan hotel di ipoh telah ditempah. Seorang kawan dari Kelantan yang duduk di sebuah hotel sederhana di sini memaklumkan hotel yang dia diami didiami sama oleh 2 bas pasukan Polis.

Saya tidak dapat menjangkakan bagaimanakah suasana sebenarnya yang akan disaksikan pada esok hari. Namun pada anggapan saya kalaulah ada yang berkumpul mereka akan sentiasa mematuhi arahan dari pasukan keselamatan. Apalagi kedatangan mereka dengan niat yang baik, berkumpul secara aman dan bersuraipun secara aman.

Sebaliknya saya amat bimbang dengan provokasi dari pihak yang tidak bertanggung jawab seperti yang berlaku pada 3 Mac lepas. Nasihat saya semua berada dalam keadaan bertenang dan kenal siapa kawan kita semasa berkumpul.

Berita tangkapan ke atas Naib Presiden PAS, Hj. Mohd Sabu saya terima tadi dengan keadaan agak terkejut. Apakah salah beliau sehingga rakyat seolah ditakut-takutkan dengan suasana yang kononnya genting sekarang.

Melihat kepada siapnya pagar besi penghadang yang diletakkan di semua arah utama menuju ke Dewan Negeri membuktikan bahawa sekali lagi kami ADUN disusahkan pada esok hari untuk masuk kebangunan Dewan Negeri.

Kalaulah sekatan yang dilakukan itu untuk kebaikan kami masuk ke dalam dewan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih, namun kalaulah secara tidak demokratik untuk menyusahkan rakyat untuk menyaksikan satu sidang yang penting itu adalah sesuatu yang agak malang.

apapun saya Yakin Allah bersama orang yang benar, kebenaran itu akan mengatasi kebatilan. Berdoalah....