03 May 2009

Pondok panas tetap dilarang, penyokong hari undi tidak dihadkan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap akan menguatkuasakan peraturan melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Keputusan itu menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah muktamad.

Wan Ahmad menjelaskan, walaupun larangan mendirikan pondok panas dan meraih undi minit-minit terakhir akan dikuatkuasakan, namun pihaknya tidak menghalang kehadiran jumlah penyokong yang sejak kebelakangan semakin meningkat.

Ia ketara ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Larangan kita ialah agar tidak dirikan pondok panas dan tidak berkempen pada hari pengundian.

"Mengenai jumlah penyokong, kita tidak halang atau sekat mereka datang kerana kawasan di luar lingkungan 50 meter dari tempat mengundi adalah kawasan awam.

"Jadi jika mereka nak datang juga, pastikan bukan untuk berkempen," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau, tujuan SPR untuk menguatkuasakan larangan mengadakan pondok panas bermula pilihan raya kecil Penanti bulan ini ialah bagi mengelakkan parti-parti politik yang bertanding menjadikan ia sebagai medan berkempen.

"Ada parti yang gunakan pondok panas sebagai tempat untuk berkempen di saat-saat akhir... ini yang kita nak elakkan.

"Jadi kita harapkan apabila pondok panas ini sudah tidak dibenarkan, orang yang datang tidak ada tempat untuk berteduh dan secara tidak langsung kita boleh kurangkan kesesakan di sekitar tempat mengundi bagi memudahkan kehadiran pengundi," katanya.

Wan Ahmad berkata, jika ada mana-mana parti politik yang ingkar larangan tersebut, pihak polis akan mengambil tindakan.

"Jika ada yang masih tidak patuhi larangan ini nanti, kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan lanjut berdasarkan undang-undang yang ada," katanya.

PERTEMUAN MINGGU LALU

Pada pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat minggu lalu SPR menegaskan akan menguatkuasakan ketiga-tiga peruntukan tersebut bagi menguruskan pilihan raya dengan tenang dan terurus.

Kelmarin SPR mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menerangkan mengenai penguatkuasaan larangan mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari mengundi di Penanti mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr. Mohamad Shah Hussin Shah.

Tambah Wan Ahmad, berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak polis telah menyatakan kesediaan untuk menguatkuasakan peruntukan baru itu.

Dalam pada itu mengulas mengenai hasrat Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan dengan SPR Rabu ini, beliau berkata, SPR telah menerima makluman tersebut.

"Tapi mereka nytakan nak jumpa dengan Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Yusof).

"Tapi minggu depan Tan Sri (Abdul Aziz) tidak ada... jadi SPR dah pun memaklumkan tentang perkara tersebut kepada Pakatan Rakyat.

"Terpulanglah kepada mereka macam mana nanti, sama ada nak jumpa ataupun tidak SPR walaupun tanpa kehadiran Pengerusi," katanya.

KEPUTUSAN SPR MUKTAMAD

Bagaimanapun Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan tujuan Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan kali kedua adalah bagi menyatakan bantahan dan ingin menggesa supaya SPR menarik balik larangan tersebut.

"Saya difahamkan begitulah. Tapi sebenarnya begini... keputusan kita adalah muktamad dan kita tetap akan laksanakan larangan tersebut.

"Mereka nak datang jumpa tidak ada masalah, kita sentiasa terbuka, tapi mengenai larangan itu ia adalah muktamad," katanya.Mstar.

Kes gaduh di Kuala Kurau : 4 ditahan reman.

PARIT BUNTAR : Kes pergaduhan yang berlaku di Kula Kurau semalam telah ditangani oleh pihak Polis dengan menahan reman 4 orang yang terlibat dalam pergaduhan itu termasuklah seorang wanita. Pembantu Peribadi kepada ADUN Kuala Kurau, sdr. Adnan yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata corta dan senjata tajam juga termasuk yang di reman. Mereka direman bagi membantu Polis menyiasat kes tersebut.

Saya bersama bekas ADUN Titi Serong pada tahun 1999 En. Ahmad Azhar Shshrin telah ke Balai Polis Parit Buntar tempat mangsa di reman. Mereka akan dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin nanti.

Sidang DUN 7 Mei : BN mula pakai bomoh ?

Saya menerima berita beberapa hari lepas dari beberapa orang teman termasuklah dengan sms pada hari ini mengenai tindakan BN yang telah membawa bomoh masuk dalam Dewan Undangan Negeri di Bangunan SUK.

Pertama kali setelah mendengar berita tersebut saya semacam tidak percaya. Namun sehingga hari ini saya menerima lagi satu sms yang mengatakan seorang bomoh Melayu dari Teluk Intan dibawa ke Dewan untuk jampikan sesuatu.

Pelik tetapi saya sudah percaya dengan berita tersebut pagi ini ?


"Sembunyi apa yang ada " : Sikap orang Cina yang saya ketahui.

Pada kesempatan kali ini saya akan menceritakan mengenai satu sikap orang Cina yang diajar kepada saya oleh kedua ibu-bapa tersayang dan demikianlah sikap ini menjadi amalan orang Cina sejak zaman berzaman serta masih diamalkan oleh orang Cina pada zaman sekarang. Keunikan sikap dan budaya orang Cina ini saya akan cuba menulis dalam beberapa tulisan berdasarkan kesempatam masa yang ada pada masa akan datang.

Kesempatan saya berada di China selama 4 tahun sebelum dari ini menyakinkan penulis betapa keunikan budaya dan sikap orang Cina ini tidak jauh tersasar dari ajaran Islam yang kita anut.

SEMBUNYI APA YANG ADA, NAMPAK MISKIN TAPI KAYA.

Berseluar pendik dan berbaju singlet bukan ukuran ada wang atau tidak. Berbasikal malah berjalan kaki bukan berarti "Apek" tidak ada wang. Begitulah sedikit gambaran sikap sebenar orang Cina yang sudah dilupakan oleh banyak pihak.

Terkadang banyak manusia sebenarnya mempertikaikan sesuatu yang ada dan dikecapi oleh seseorang. Sebab itu bila orang Cina mengajar sikap yang sedemikain, saya sentiasa bertanyakan apa yang seseorang itu ada dalam hidup ini.

Kerana itu bila kita sentiasa bertanya apa yang dia ada berarti berjumpalah kita dengan kebaikan dan kelebihan seseorang itu miliki. Pasti ada. Mustahil kalau tidak ada.

Bila menyoal apa yang seseorang itu miliki kita IsyaAllah tidak akan timbul perasaan iri hati dan dengki kepada apa saja yang kita lihat dibelanjakan oleh seseorang.

Sebab itu saya melihat dikalangan orang Cina sangat sedikit sesama mereka untuk mempertikaikan apa yang dilihat dan diperolihi oleh temannya sendiri. Mungkin mereka berpegang kepada prinsip "SEMBUNYI APA YANG ADA, NAMPAK MISKIN TAPI KAYA" untuk apa menyibuk mengenai orang lain. Pasti dia ada sesuatu walau tidak kelihatan.

Sebaliknya semua menyedari di luar dari orang Cina sekiranya mereka melihat sesuatu yang lebih termasuklah dalam hal harta benda kepada teman apa lagi lawannya, bersegaralah mereka akan menyelidik sampai keperingkat menfitnah dengan berbagai andaian. Berbagai andaian dan pengiraan yang sekadar memuaskan nafsu semata-mata berjela-jela akan dikarang dalam pemikiran dan dihambur-hamburkan secara "boros".

Fitnah dan pembohongan semacam sesuatu yang diwajibkan walaupun sangat terlarang dalam Islam. Mereka cuba memekakkan telinga dan memejamkan mata . Sudahkah lupa kepada asas ajaran Islam yang mengajar kita bersangka baik atau husnul dzan kepada saudara sesama Islam.

Realiti pengamalan dalam masyarakat hari ini mereka sangat menebal dengan sangka buruh atau su'ul dzan.