02 May 2009

Mauizah: Mohon ampun, tutup keaiban dosa daripada terdedah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.

Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.

Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.

Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.

Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.

Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.

Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.

Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.

Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.

Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.

Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

Jusuf Kalla sah berganding dengan Wiranto pilihan raya Presiden Indonesia

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang juga pemimpin parti Golkar, malam ini mengumumkan sah bergandingan dengan pemimpin parti Hati Nurani Rakyat (Hanura), Wiranto dalam pilihan raya presiden (pilpres) 8 Julai ini.

Jusuf, 66, yang menawarkan diri sebagai calon presiden memilih Wiranto, 62, sebagai calon naib presidennya dan kedua-dua mereka membuat pengumuman bersama itu pada sidang media di sini.

Mereka menjadi pasangan pertama mengumumkan dan mengesahkan gandingan ketika parti besar lain termasuk Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDIP) pimpinan Megawati Soekarnoputri masih merahsiakan pilihan masing-masing.

Susilo sudah pasti bertanding untuk mengekalkan kerusi presiden bagi penggal kedua manakala Megawati juga sebelum ini membuat pengumuman menjadi calon presiden sekali lagi tahun ini, walaupun baru-baru ini timbul ura-ura PDIP akan memberi laluan kepada anak Megawati, Puan Maharani.

Puan Maharani pula dispekulasikan akan menjadi calon naib presiden bergandingan dengan pemimpin parti Gerindra, Prabowo Subianto sebagai calon presiden.

Jusuf yang bergandingan dengan Presiden Susilo pada pilpres 2004 mengambil langkah bergandingan dengan Wiranto kali ini atas keyakinan bahawa beliau dapat menjadi presiden yang lebih baik dan mengambil keputusan lebih cepat dalam tindakan dan dasar pemerintahan untuk kebaikan rakyat dan negara.

Wiranto pula berkata beliau tampil berganding dengan Jusuf kerana keyakinannya terhadap peribadi dan keupayaan Jusuf.

Jusuf pula berkata beliau dan Wiranto adalah pasangan yang memiliki kemampuan dan pengalaman berdasarkan latar belakang masing-masing iaitu beliau sebagai pengusaha, menteri dan naib presiden manakala Wiranto pernah memimpin angkatan tentera Indonesia.

Beberapa jam sebelum itu, Jusuf dan pemimpin sembilan parti termasuk PDIP, Hanura, Gerindra membentuk gabungan dan menjangka gabungan itu akan menguasai sekurang-kurangnya 45 peratus kerusi di Parlimen Indonesia yang berjumlah 560.

Parti lain ialah Parti Bintang Reformasi, Parti Damai Sejahtera, Parti Kebangkitan Nasional Ulama, Parti Buruh, Parti Peduli Rakyat Nasional dan Parti Persatuan Nahdatul Ummah Indonesia.

Drs. Khalil tinjau masalah peniaga di Pasar Awam Parit Buntar

Drs. Khalil mendengar rungutan dari seorang peniaga cina sambil diperhatikan oleh penguatkuasa MDK.


PARIT BUNTAR, 30 April :- Masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Parit Buntar mendapat perhatian dari ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim apabila beliau bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja bagi bertemu dan bertanyakan masalah mereka. Kehadiran Drs. Khalil disambut dengan mesra oleh semua peniaga yang cukup mengenali beliau.

Pada kesempatan itu beliau bersama dengan 2 orang penguatkuasa Majlis Daerah Kerian (MDK) yang bertanggung jawab kepada pasar itu telah mengadakan perbincangan mengenai peraturan dan masalah saman yang sering dilaporkan kepada Pejabat ADUN.

Drs. Khalil memberi jaminan untuk datang kembali pada Isnin akan datang bagi mengadakan perbincangan susulan dengan wakil peniaga bagi mengelakkan kekerapan saman yang mereka perolehi.

Disamping itu beliau telah dilaporkan beberapa aduan yang perlu disegerakan untuk disampaikan dan diambil tindakan segera oleh pihak berkemaan iaitu :

1. Keadaan lantai yang berair, licin dan rosak
2. Bumbung yang mengalami kebocoran
3. Cucuran air yang kebanyakannya sudah berlubang, belum pernah ditukar sejak pasar itu digunakan.
4.Keadaan wayar letrik yang membahayakan pengunjung dan peniaga.

Pasar awam Parit Buntar yang terletak di tengah Pekan Parit Buntar itu menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada hari-hari cuti mingguan dan cuti umum. Pasar ini menyediakan pelbagai keperluan harian disamping pada sebelah paginya terdapat puluhan penjual kuih dari pelbagai bangsa.

Berikut ini adalah koleksi gambar semasa kunjungan tersebut.

































Drs. Khalil ziarah Cucu Dr. Burhanuddin Al Helmy yang sakit.


Dr. Rushdi mengalami penyakit misteri, setelah terkena penyakit angin ahmar beliau sehingga kini tidak mampu bertutur seperti biasa. Namun kelihatan beliau cuba memperkatakan sesuatu sambil diperhati oleh Drs. Khalil dan rombongan.


Apabila menyebut Dr. Buhanuddin Al Helmy semua pejuang PAS mesti mengingati jasa pejuang PAS yang pernah berada di kemuncaknya sebagai orang no. 1 dalam PAS di zamannya. Namun semasa saya mula menetap di Parit Buntar saya mula kenal dengan cucu kepada tokoh itu iaitu seorang pengamal perubatan heamopaty yang dikenali dengan panggilan Dr. Rushdi. Kesihatannya sejak akhir-akhir ini sudah tidak seperti dulu semasa mengenali beliau khususnya setelah beliau terkena penyakit angin ahmar sekitar lebih setahun yang lalu.

Sebelum PR Umum 2008 saya ada menziarahi beliau dan setelah kemenangan juga sempat saya menziarahi beliau kembali. pada 29 April lepas saya berkesempatan sekali lagi meninjau keadaan kesihatan beliau. Keadaan kesihatannya ternyata semakin menurun. Beliau juga adalah seoang aktivis PAS sebagaimana datuknya. Semuga jasanya tetap dikenang.

Titisan air mata mengakhiri perpisahan dalam ziarah penuh arti.

Gambar lawatan bertemu keluarga India

Berikut ini adalah koleksi gambar yang tidak sempat di upload keseluruhannya dalam posting berita mengenai lawatan ADUN Titi Serong ke rumah keluarga India di Simpang 5 di sini.

Drs. Khalil berkata sesuatu sambil memerhatikan cucu yang juga "terpaksa" dijaga oleh mereka. Katanya "anak-anak tak pandai jaga anak sendiri !"

Berbaju merah anak yang paling kecil, dan dua cucu yang dijaga.

Drs. Khalil mengangkat tangan seorang cucu yang lain yang dijaga keluarga ini.



ADUN Titi Serong bertanyakan sesuatu semasa mula-mula tiba sebelum rombongan dijemput masuk kedalam rumah.

TERKINI 11.00 PM : Mangsa serangan sedang buat laporan Polis

Mangsa serangan sedang berada di Balai Polis Kuala Kurau membuat laporan. Selain itu kereta kancil penyerang berjenama Kancil yang ditinggalkan oleh penyerang sedang dikawal ketat oleh pihak Polis ditempat berlakunya serangan.

Motif serangan masih lagi tidak dapat di kenal pasti setakat ini.

Mangsa juga mengalami sedikit kecederaan di bahagian tangan terkena pisau yang diambil dari kedai berdekatan untuk menyelamatkan diri dalam pergelutan yang berlaku dalam serangan itu. Abang kepada mangsa juga telah terkena tumbukan dari penyerang yang masih tidak dikenalpasti itu lagi.

GEMPAR ! Terkini jam 10.00 PM : PA ADUN Kuala Kurau diserang orang tidak dikenali dengan corta dan parang

KUALA KURAU : Pegawai Khas (PA) ADUN (PKR) Kuala Kurau, Sdr. Adnan (gambar) telah diserang oleh sekumpulan lelaki berkenderaan 3 buah kereta dengan senjata cotra dan parang di kedai makan di hadapan Pejabat ADUN di sini malam ini.

Pada jam 9.38 tadi saya menerima berita dari satu SMS yang dikirim oleh seorang ahli PAS Tanjung Piandang yang berada ditempat kejadian. Pengesahan juga saya perolihi dari ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari sebentar tadi.

Dari maklumat awal yang diperolihi pihak kami masih tidak dapat mengenal pasti motif serangan tersebut.

Selain itu maklumat yang disampaikan sebentar tadi memaklumkan mangsa dapat diselamatkan dan diletakkan ditempat yang dirahsiakan . Kecederaan masih belum dikenal pasti setakat ini.

Berita berikutnya akan menyusul...

(250) ABO @ Bukit Gantang - Leluasanya Fitnah dalam jamaah (muhasabah 1)

Jadikanlah apa yang diceritakan dari artikel ini, untuk dimuhasabahkan, renung dan fikirkan adakah watak yang diceritakan itu mencerminkan diri kita ? Jika dahulu fitnah membudaya di dalam UMNO, kini gejala itu kian menular dan amat mengasak pula di dalam jamaah PAS sendiri. Mengapa ? Adakah kerana sedikit kemenangan dan ujian Allah, maka kita mula melupakan dosa dan pahala dalam perjuangan ?

Terkini, khalayak dikejutkan dengan fitnah yang dilemparkan kepada YB Adun Titi Serong. Sesungguhnya saya amat tidak bersetuju dengan cara fitnah itu dilakukan. Risalah Fitnah. itulah budaya baru dan teknik fitnah ini telah diguna pakai untuk menyerang peribadi beliau. Hebat bukan ? Dalam entri ini saya tidak akan mengulas lanjut, tunggu artikel saya seterusnya. InsyaAllah. Ada isu yang mahu di bongkar kan. Saya akui, ia sangat kontroversi. Namun itulah hakikat yang telah berlaku. Siapa yang makan cili, akan rasa bahang pedasnya !

Dibawah mari bersama saya menghayati kisah ini di pagi jumaat yg mulia ini :

Abdullah Bin Ubai Bin Salul bersama pengikutnya amat kecewa dan menyimpan dendam terhadap jamaah Rasulullah S.A.W hanya kerana gagalnya harapan mereka untuk menjadi raja atau pemimpin terkemuka di Madinah dengan kemenangan Islam dan Hijrahnya Rasulullah S.A.W. Golongan munafiq ini merasakan bahawa Rasulullah dan jamaahnya telah merampas apa yang mereka cita-citakan selama ini. Maka tertanamlah di hati mereka perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang sentiasa membara serta mereka berusaha mencari setiap kesempatan untuk melakukan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah S.A.W dan umat Islam.

Apabila Islam mencapai kemengan dan mempunyai kekuatan maka mereka pun berpura-pura memeluk Islam. Setiap Jumaat apabila Rasulullah S.A.W duduk di atas "Abdullah Bin Ubai Bin Salul pun bangun bercakap kepada orang ramai untuk berpura-pura ; " Inilah dia Rasulullah berada bersama kamu, dengan sebabnyalah kamu diberi kemuliaan dan kemenangan oleh Allah, oleh itu tolonglah dia, berilah sokongan kepadanya, dengarlah dan taatlah perintahnya".

Kemudian 'Abdullah Bin Ubai pun duduk. Setelah berlaku peperangan Uhud, apabila 'Abdullah Bin Ubai telah membuktikan 'penyelewengannya', tiba-tiba Abdullah Bin Ubai bangun pada hari Jumaat seperti biasa, tetapi orang-orang Islam yang berada di dalam masjid menarik pakaiannya supaya duduk sambil berkata kepadanya ; " Wahai musuh Allah...!!! duduklah.., sebenarnya kamu tidak layak untuk bercakap, kerana kamu telah melakukan kerja-kerja jahat...!!!".

Lalu 'Abdullah Bin Ubai pun keluar dan merungut dengan kata-kata yang tidak baik. Seorang sahabat dikalangan Ansar berkata ; "Sungguh celaka kamu ini...!!! kembalilah bertemu Rasulullah supaya dia beristighfar untukmu." 'Abdullah Bin Ubai menjawab ; "Demi Allah...!!! aku tidak mahu dia beristighfar untukku."

"Abdullah Bin Ubai Bin Salul juga terlibat dengan peperangan Ahzab dengan meniupkan propaganda dan provokasi untuk melemahkan semangat umat Islam. Namun segala usahanya itu gagal. Rasulullah S.A.W masih memberi kepadanya peluang supaya sedar dan insaf namun dia terus juga dengan sifat munafiqnya.

Dalam peristiwa peperangan Bani Mustaliq, Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan pengikutnya keluar bersama pasukan tentera Islam, tetapi Allah S.W.T yang telah mendedahkan segala-galanya tentang kedudukan orang-orang munafiq, diantaranya firman Allah Ta'ala di dalam Surah At-Taubah ayat ke 47 yang bermaksud ;

" Kalaulah benar mereka ( golongan munafiq ) keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka menambahkan ( kekuatan ) kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan dan keretakkan hubungan ) di kalangan kamu, sedangkan diantara kamu ada orang-orang yang suka mendengar hasutan mereka, dan ingatlah Allah maha mengetahui akan orang-orang yang zalim " ( Surah At-Taubah ayat-47 )

'Abdullah Bin Ubai Bin Salul telah mengambil kesempatan daripada satu perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat, seorang dikalangan Muhajirin dan seorang lagi di kalangan Ansar. Ibnu Hisyam di dalam sirahnya meriwayatkan bahawa seorang budak suruhan kepada sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab Radiyallahu 'Anhu yang bernama Jahjah Bin Sa'id Al-Ghaffari telah bertengkar dengan Sunan Bin Wabir Al-Jahri. Mereka berdua di tengah-tengah kalangan orang ramai di telaga Al-Mu'araisi pada ketika Rasulullah S.A.W singgah di situ.

Kedua-dua mereka hampir berbunuh-bunuhan antara satu sama lain. Al-Jahri melaungkan ; "Wahai kaumku Ansar...!!!" dan Jahjah pula membalas laungan ; " Wahai kaum Muhajirin...!!!". Rasulullah S.A.W memarahi mereka berdua dengan bersabda ; " Adakah kamu kembali kepada jahiliyyah sedangkan aku masih berada dikalangan kamu ? Tinggalkanlah ia ( jahiliyyah ) kerana ia adalah sangat keji, busuk seperti bangkai." Alhamdulillah, kedua-dua orang sahabat itu menghentikan pergaduhan mereka.

Namun peristiwa itu didengari oleh 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul lalu marahlah ia dan dia berkata kepada orang sekelilingnya ; " Apakah mereka ( kaum Muhajirin ) sudah berbuat demikian...sudahlah mereka mengenepikan kita, mencuri masuk ke kampung kita, demi Allah mereka ini dan puak Quraisy ( maksudnya orang Islam dari keturunan Quraisy ) ini tidak ubah seperti kata orang ; Gemukkanlah anjing kamu, nanti dia akan menggigit kamu ( melepaskan anjing yang tersepit ), sesungguhnya demi Allah sekiranya kita pulang ke Madinah golongan termulia akan mengahalau golongan terhina...!!!"

Ucapan jahat 'Abdullah Bin Ubai bin Salul ini di dengari oleh Zaid Bin Arqam, lalu beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan memaklumkan peristiwa itu. Kebetulan Sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab ada bersama. Lalu sayyidina 'Umar berkata ; " Suruh sahaja 'Abbad Bin Bisyr pergi membunuh dia." Rasulullah S.A.W bersabda ; " Bagaimana wahai 'Umar, nanti orang akan berkata Muhammad membunuh sahabtanya, biarkan dia pergi".

Berita Ucapan 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sampai kepada pengetahuan anaknya yang juga bernama 'Abdullah Radiyallahu 'Anhu, dia seorang soleh dan benar-benar beriman tidak seperti bapanya yang munafiq. Beliau meminta izin daripada Rasulullah S.A.W dengan berkata ; " Kalau Rasulullah mahu membunuh dia, biar saya yang membunuhnya dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah." Tetapi Rasulullah tidak mengizinkan 'Abdullah berbuat demikian kerana untuk mengelakkan fitnah.

Adapun 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul mengetahui bahawa ucapannya itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W dan terus berjumpa dengan baginda dengan bersumpah menafikan ucapannya itu. Tiba-tiba seorang daripada sahabat di kalangan Ansar berkata ; " Ya Rasulullah.., mungkin budak yang melaporkan berita itu tersalah dengar apa yang sebenarnya di ucapkan oleh 'Abdullah Bin Ubai."

Rasulullah S.A.W terus mengingatkanya. Maka Zaid Bin Arqam berdukacita dan merasakan dia telah diperbohongkan. Tetapi Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Adil menurunkan wahyu surah Al-Munafiqun kepada Rasulullah S.A.W mendedahkan perkara yang sebenar dilakukan oleh orang-orang munafiq khususnya 'Abdullah Bin Ubai. Wahyu itu membenarkan kata-kata Zaid bin Arqam yang didengarnya dari 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu.

Firman Allah Ta'ala mafhumnya ;
" Mereka ( golongan munafiq ) berkata ; Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah benar-benar orang-orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Pada hal bagi Allah dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui " ( Surah Al-Munafiqun ayat-8 )

Rasulullah S.A.W telah memanggil Zaid Bin Arqam dan membacakan Surah Al-Munafiqun kepadanya kemudian baginda bersabda ; "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kamu sebagai seorang yang benar."

Tunggu artikel saya seterusnya berhubung kemelut isu dan fitnah keatas YB Idham Lim..(albanjary) - InsyaAllah..

Sumber : http://politikbanjar.blogspot.com

Pemimpin Bn berlakun lagi...


KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana sehingga di Perak secara mengejut kereta Toyota Camry yang dibeli semasa Pakatan Rakyat memerintah dilelong namun kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Foto BERNAMA. (Berita asal dari siasahdaily)

Keputusan sekat media tanpa rujuk Speaker

Arahan membataskan wartawan membuat liputan sidang dewan itu Khamis depan - yang kedua selepas BN merampas kuasa Pakatan Rakyat, Feb lalu - sebagai campur tangan setiausaha kerajaan negeri.

"Perjalanan persidangan Dewan Negeri terletak di bawah bidang kuasa Speaker.

"Setiausaha Kerajaan Negeri (Abdul Rahman Hashim) tidak berunding dengan Speaker berkaitan dengan hal ini.

"Beliau membuat keputusan sendiri secara sewenang-wenangnya," kata Speaker, V Sivakumar.

"Sekali lagi, Setiausaha Kerajaan Negeri telah campur tangan dalam urusan perjalanan Dewan Negeri."

Malaysiakini semalam melaporkan hanya beberapa "media utama" sahaja diberikan kebenaran untuk membuat liputan sidang penting tersebut yang menentukan saat-saat getir perjuangan terakhir Pakatan dalam perebutan kuasa dengan BN - termasuk menentukan Speaker baru dan usul menyokong menteri besar kudeta BN Datuk Zambry Abd Kadir.

Media dalam talian termasuk Malaysiakini tidak diberikan peluang berbuat demikian.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Sivakumar berkata media "bukannya datang untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan."

"Mereka (media) hanya datang untuk membuat liputan persidangan. Rakyat berhak mengetahui apakah sebenarnya berlaku dalam persidangan hari itu," katanya.

"Rakyat tidak boleh diperdayakan dengan berita 'satu pihak' dengan hanya membenarkan media yang menyokong kerajaan.

"Tindakan Datuk Setiausaha jelas menunjukkan satu lagi usaha yang mengancam demokrasi negara kita." (Dengan sedikit ubahsuai berita asal dari Malaysiakini).

Demo bantah kabinet isu agama anak

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan ringkas membantah keputusan kabinet berhubung pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam.

Dengan plakad putih bertulisan "tarik balik", lebih kurang 100 penyokong parti itu berkumpul kira-kira 15 minit selepas solat Jumaat di perkarangan masjid Kampung Baru.

Dalam ucapan ringkasnya, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyifatkan keputusan kabinet itu tidak dibuat mengikut saluran yang betul.


"(Oleh itu) kita berikan tekanan kepada kabinet supaya tarik balik keputusan ini," katanya.

Selain dihalang polis, mereka juga memberhentikan dengan segera demonstrasi kecil itu selepas pentadbiran masjid menegur penganjur yang dianggap "tidak menghormati" satu majlis di pusat ibadat itu.

Selain Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, perhimpunan itu turut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam satu kenyataan awalnya, Kamaruzaman menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai "paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara."

"Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.

"Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama," katanya.

Keputusan jemaah menteri itu pernah dibantah oleh beberapa NGO Islam, termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban, atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah, dengan bekas isterinya M Indira Ghandi.

Lelaki itu menukar agama tiga anak mereka sejak penghujung tahun lepas. Malaysiakini

PAS Pusat tolak kehendak Pemuda tanding di Penanti

PULAU PINANG: PAS Pusat menolak hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang supaya PAS meletak calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Kerusi Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

PKR telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding. Barisan Nasional (BN) belum menamakan calon mereka.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata Pemuda PAS mahu PKR memberikan kerusi itu kepada PAS bertanding memandangkan prestasi Mohammad Fairus dari PKR sebelum ini tidak memuaskan.

Pilihan raya kecil Penanti ditetapkan pada 31 Mei ini sementara penamaan calon pada 23 Mei. Mstar.

Speaker DUN Perak: Adakah Siva terima usul pecat diri sendiri ?

Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut apabila DUN bersidang Khamis ini.

Persoalannya adakah usul untuk memecat dirinya sendiri akan diterima oleh Speaker yang masih sah , V. Sivakumar ? pembaca budiman boleh memberi jawapannya sendiri secara jujur. Sedangkan sebelum ini sejarah membukti berapa banyak usul yang dibangkul sampahkan oleh Speaker peringkat DUN dan parlimen.

Beliau mengatakan sudah menandatangani surat persetujuan, dalam keadaan Sepoeker yang ada masih berkuasa. Aneh tapi benar?

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dari tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungkai dengan menewaskan A. Sivanesan dari DAP pada pilihan raya umum 2004.

Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Kudetanya Hamidah Osman.

Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi. Sambil menegaskan bahawa speaker mempunyai kuasa untuk menerima dan menolak mana-mana usul.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk pertimbangan Speaker DUN Perak bagi melucutkan jawatannya sendiri yang masih sah seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.

Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu walaupun belum diputuskan lagi diterima atau ditolak oleh Speaker.

Sepatutunya Agenda sidang yang sampai kepada semua ADUN adalah ditentukan oleh Speaker, tetapi untuk sekian kalinya saya dimaklumkan Speaker dinafikan dalam menentukan agenda sidang termasuklah dalam hal usul yang semacam sudah diterima Sivakumar walaupun belum diputuskan kedudukannya seperti kenyataannya kelmarin.

Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lalu berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.

Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.

Nizar pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.

Exco Kanan Perak Pakatan Rakyat yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan Rakyat tidak akan memberi maklum balas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker bulan lalu.

Gila Yang Sebenarnya

Rasulullah pada suatu hari melihat orang mengerumuni sesuatu lalu mendekatinya dan bertanya apakah yang sedang dilihat. Jawab para sahabat mereka melihat orang gila.

Jawab Baginda sebetulnya orang yang dikerumuni itu bukan nya gila yang sebenarnya tetapi "berpenyakit mental" tetapi orang yang "gila" adalah orang yang mementingkan dunia dan lupa kepada akhirat . Kerananya dia dimasukkan neraka, itulah orang yang benar-benar gila.

Sesungguhnya orang yang berpenyakit mental mungkin boleh disembuhkan dan pulih seperti biasa, malah semasa dia sakit kalau melakukan sesuatu tidak dibebankan dosa walaupun melanggar tatasusila agama.

Namun awaslah kepada orang yang betul-betul gila iaitu melakukan kerja-kerja yang memastikan dia masuk neraka Allah.

Kisah Ibrahim Adham

Ibrahim Adham pernah berkerja disebuah kebun limau dalam tempoh yang agak lama. Suatu hari majikannya meminta dia memetik beberapa biji limau yang manis untuk dimakan.

Alangkah terkejut majikannya bila Ibrahim mengatakan dia tidak tahu mana buah yang manis dan mana yang masam. Berarti selama dia berkerja dia sedikit pun tidak menjamah hak majikannya kerana itu tidak halal katanya.

Inilah sosok tubuh wali Allah yang menjadi contoh kepada semua pekerja sehingga akhir zaman. Dia tidak berani menyentuh hak majikannya walaupun sebiji limau yang kecil sekali nilainya. Ibrahim sedar habuannya tidak lain adalah bakaran api neraka.

Sepatutnya dialah yang mengetahui mana buah yang manis dan mana yang masam, logik akal kita dia akan merasa dan makan hari hari. Tetapi tidak bagi Ibrahim. Dia betul-betul amanah dan tidak merasa walau seulas dari limau majikannya.

ADUN Titi Serong perihatin keluarga India terbiar miskin

Drs. Khalil "ketawa besar" melihat gelagat teman cilek semasa makan bersama.
Mungkin semua masih ingat mengenai sebuah keluarga India di Simpang 5 Parit Buntar yang telah disiarkan kesusahan dan kesempitan hidupnya dalam rancangan "Bersama Mu" di TV 3 sebelum sambutan Depavalli yang lepas. Saya yakin ramai yang menitiskan air mata mengiringi kesusahan hidup yang digambarkan dalam rancangan setengah jam kegemaran ramai itu.

Pejabat ADUN Titi Serong menerima maklumat mengenai kesempitan hidup keluarga tersebut yang memerlukan pembelaan seterusnya kerana ternyata apa yang berlaku sempena rancangan itu adalah bantuan bermusim dan bersifat 'kosmetik" sahaja. Oleh itu ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah meninjau keadaan sebenar yang berlaku kepada keluarga itu Rabu lepas.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil berkongsi kesusahan dengan mereka dengan membeli nasi bungkus dan sedikit buah-buahan dan menggunakan masa untuk makan bersama dengasn anak dan cucu keluarga India yang memerlukan bantuan itu.

Bantuan yang diterima dari pejabat JKM sebanyak RM 135 sebulan jauh dari keperluan sebenar.

Kesempitan hidup keluarga ini sangat mendapat perhatian dari Pejabat ADUN Titi Serong dan langkah yang perlu akan di ambil secepat mungkin untuk meringan kesusahan hidup mereka.