31 March 2009

Seloka Tok Guru

BERI... SALAH, TAK BERI... KALAH, JADI UMNO SERBA SALAH.. Begitulah kata2 hikmah dari Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz kepada para pengundi di Malaysia khususnya di Parlimen Bukit Gantang. Wang dan rasuah memang menjadi madu berharga bagi mereka yang bergelar UMNO.

Seluruh Malaysia mengetahui tetapi kenapakah ada ahli2 Umno yang masih tetap menyokong pimpinan meraka yang terang2 mengamalkan rasuah? Tidakkah ahli Umno sedar mainan politik Ali Ketam yang akhirnya menjerat dirinya didalam pemilihan Umno kali in?

Tidakkah orang Umno yang tidak berada di PWTC dengar kata2 perwakilan di PWTC apabila Najib memperkenalkan Khairi selaku ketua pemuda Umno? Boooooo.....KJ rasuah......itulah yang kedengaran. Kepada para pengundi di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai, pilihlah pemimpin yang berhemah,amanah,jujur dan setia pada negara serta sanggup berkorban apa sahaja.

Yang penting, pemimpin itu berjiwa rakyat dan tidak meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga kita susah untuk menemuinya. Teringat saya petang tadi terserempak dengan YB Speaker Perak Sivakumar berhenti di warung tepi jalan Air Kuning untuk minum petang.

Terkejut tuan punya kedai menerima kedatangan pelanggan yang sedemikian. Di sinilah letaknya nilai-nilai moral yang luhur cuba ditampilkan oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat. Semoga Malaysia akan berwajah bahagia selepas ini...Amin

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

26,224 dibuang kerja

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac lalu, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,674 orang adalah rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu saja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Shamsuddin berkata, beliau menjangka lebih banyak pekerja akan hilang pekerjaan beberapa minggu akan datang sekiranya keadaan ekonomi semasa tidak segera diperbaiki.

Katanya, bajet mini yang diumumkan baru-baru ini juga tidak banyak memberi kesan terhadap syarikat atau memberi rangsangan segera kepada mereka bagi mengekalkan pekerja masing-masing.

“Selain pengurangan sumbangan sebanyak 0.5 peratus kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), tiada apa yang diperoleh daripada bajet itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pengurangan kadar sumbangan kepada tabung berkenaan boleh menyumbang kira-kira RM300 juta setahun kepada sektor pembuatan, namun ia tidak mencukupi kerana syarikat terjejas teruk akibat kejatuhan ekonomi kebelakangan ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar syarikat yang mengekalkan pekerja masing-masing diberi subsidi secara langsung, seperti yang dilaksanakan di negara jiran.

Shamsuddin berkata, majikan sedang berusaha sedaya upaya untuk tidak memberhentikan pekerja dan mengekalkan perniagaan masing-masing.

Mengenai cadangan bajet mini untuk menaikkan levi bagi pekerja asing, beliau berkata langkah itu tidak akan menghalang majikan daripada terus mengambil warga asing sebagai pekerja kerana rakyat tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor tertentu.

Contohnya, kata beliau, dalam sektor pembuatan kaca, rakyat Malaysia tidak mahu bekerja sebagai pengendali acuan kerana ia memerlukan mereka bekerja dalam persekitaran yang amat panas dan lembab bagi tempoh yang panjang.

Melalui bajet mini itu, kerajaan bercadang meningkatkan sekali ganda kadar levi terhadap pekerja asing iaitu daripada RM1,600 kepada RM3,600 setahun.

Satu lagi cadangan ialah levi yang sebelum ini dibayar pekerja akan dibayar majikan.

Harian Metro, 30 Mac 2009

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN. Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?-Harakahdaily.

Nizar seru rakyat tolak politik kaum,ugut BN

KAMUNTING, 30 Mac : - Calon PAS untuk kerusi parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Politik lama tegas beliau sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana ianya tidak mampu menjanjikan apa-apa perubahan kepada rakyat.

Nizar menjelaskan politik lama yang masih dibawa oleh Umno-BN ialah politik perkauman dan mengugut rakyat.

"Saya menyeru kepada pengundi-pengudi di Bukit Gantang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya agar menolak politik lama masih menjadi pegangan Umno-BN.

"Politik perkauman dan ugut mengugut tidak lagi relevan pada masa ini dan amat menjijikkan jika ia masih diteruskan," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Umno-BN tegas beliau dalam kempen-kempen mereka menjadikan isu perkauman sebagai senjata kempen untuk meraih undi orang Melayu dan mengugut mereka jika mengundi calon PAS seolah-olah nasib orang Melayu akan tergadai kepada kaum Cina.

Beliau juga menegaskan sepanjang 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak sebelum dirampas secara haram oleh BN, telah terbukti nasib orang Melayu terbela dan nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.

"Inilah yang Umno-BN tidak faham dan amat tidak senang bila Pakatan Rakyat memerintah kerana rakyat dapat merasai keadilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan rakyat," tegas Nizar.

Nizar seterusnya menegaskan Umno-BN amat tidak senang bila melihat PAS dan DAP serta KeADILan dapat bekerjasama dengan baik dan mampu membentuk kerajaan yang telus dan berintegriti.

Pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia tegas Nizar perlu mencontohi amalan politik baru yang semakin berkembang di negara-negara luar.

Nizar akan ditentang oleh Ismail Saffian yang mewakili Umno-BN dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris dalam pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyadangnya yang juga dari PAS, Roslan Shahrom pada 9 Februari lalu. Harakahdaily.

Warga Cina Kuala Sepetang sokong Nizar

KUALA SEPETANG, 30 Mac : - "Nizar dah sampai!" jerit seorang pemuda Cina sebaik saja kenderaan yang membawa Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba di pekan Kuala Sepetang pagi tadi.

Pekan yang lebih dikenal sebagai pekan nelayan itu merupakan lokasi pertama kempen Nizar pada hari ini. Penduduk Kuala Sepetang terdiri dari 90 peratus berbangsa Cina.

Beliau bersama bersama petugas PAS Bukit Gantang tiba di pekan tersebut tepat jam 11 pagi tadi.

Wajah-wajah penuh keceriaan menyambut kedatangan Nizar bersama rombongannya yang turut disertai beberapa penulis blog terkenal seperti Harris Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin menyambut ketibaan Nizar.

Nizar kemudiaannya dibawa mengelingi pekan tersebut bermula dari sebuah tadika Teck Teck Seah Chee Heong Koh. Sewaktu di tadika tersebut, Nizar telah bertemu ibubapa dan juga murid yang juga terkejut dengan kehadiran beliau.

Sebaik keluar dari tadika tersebut, Nizar terus bertemu rakyat di kawasan pemprosesan ikan Hong Teong Fish Dealers. Pengusaha di tempat pemprosesan itu ternyata gembira menyambut kedatangan Nizar.

Sewaktu berjalan kaki ke pekan itu juga, Nizar sempat singgah di Balai Polis Kuala Sepetang untuk bertemu dan beramah mesra dengan beberapa anggota Polis yang sedang bertugas.

Beliau juga sempat melihat kawasan 'parking' masjid yang sedang diturap oleh kontraktor.

"Agaknya inilah projek mee segera yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Kuala Sepetang,"gurau Nizar kepada semua yang hadir.

Suasana menjadi gamat apabila Nizar masuk ke dalam kedai kopi di pekan tersebut dan disambut dengan gembira sekali oleh pelanggan kedai makanan dan minuman di sana.

"Kami akan terus menyokong Pakatan Rakyat,"kata salah seorang pelangan di kedai kopi cina tersebut.

Orang ramai berpusu-pusu untuk berjabat tangan dengan Nizar dan ada juga yang sempat bergambar bersama tokoh Pas itu.

Nizar telah melapangkan masa lebih kurang dua jam bersama masyarakat di pekan tersebut dengan melawat semua kedai di sana.

Penduduk Kuala Sepetang begitu yakin dengan Nizar dan berharap agar kerusi parlimen Bukit Gantang akan terus kekal dibawah PAS.

Setiap kali Nizar mengunjungi restoran atau mana-mana kedai di pekan Kuala Sepetang beliau menerima sorakan yang kuat dari penyokong golongan Cina. Harakahdaily.

PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas

PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan bahawa menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam.

Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad Nizar juga merupakan calon PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan. Kempen bermula selepas penamaan calon semalam.

"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib.

"Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata dalam sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah, sedangkan ketika itu adalah majlis anjuran BN.

Dr Mohd Zambry berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian.

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

http://kamparinn.blogspot.com/

Imam jawab 'isu rampas kuasa' di Masjid Simpang

Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata..

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :

Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada.. Posted by anak sengat. Albanjari.

Harta yang Halal

Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana orang tidak peduli lagi terhadap harta yang diperoleh, apakah ia halal atau haram." (HR Bukhari).

Empat belas abad lebih, setelah Rasulullah menyatakan hadist ini, kini kita sedang menyaksikan sebuah kenyataan dimana orang sangat berani melakukan rasuah, penipuan, penggelembungan nilai projek, pemerasan, penyuapan,barang tiruan dsb. Sehingga banyak orang yang menjadi korban kerananya. Bahkan tak jarang orang mengatakan "mencari yang haram aja sulit apalagi yang halal".

Allah SWT sebenarnya telah memanggil hamba-Nya yang mukmin untuk mencari harta yang halal dan tidak makan kecuali yang halal: "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik, yang Kami berikan kepadamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah kadapa-Nya (QS. 2:172). Dalam ayat lain Allah berfirman: "Wahai manusia! Makanlah yang halal dan baik dari makanan yang ada di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan,sungguh setan itu musuh yang nyata bagimu (QS. 2:168).

Ada beberapa hal yang bisa disimpulkan dari ayat-ayat di atas:

Allah yang menciptakan manusia tentu Dialah yang paling tahu apa yang terbaik bagi manusia. Barang-barang yang Allah haramkan itu bisa dipastikan bila dilanggar akan merusak tubuh kita. Dan kita telah menyaksikan betapa orang yang korupsi, meski sedikit, telah menghancurkan negara dan nasib berjuta rakyat, sebagaimana orang yang mabuk-mabukan telah merusak dirinya, akalnya, dan masa depannya.

Harta yang haram ada dua macam: pertama, haram secara zat, seperti daging babi, bangkai, meniuman yang memabukkan. Kedua, haram secara proses pendapatan, seperti harta hasil korupsi, curian, judi, penipuan, dsb. Kedua macam harta ini sama-sama membawa malapetaka bagi manusia dan kemanusiaan.

Memperoleh harta secara halal adalah perjuangan yang sangat mulia, karena pada ayat di atas, Allah menganggapnya sebagai ekspresi keimanan dan bukti mensyukuri nikmat-Nya.
Rasulullah SAW pernah bercerita tentang seorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut, pakaiannya kotor, ia menadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata: Ya Rabb! Ya Rabb! Sedangkan makanan, minuman, dan pakaiannya haram. Mana mungkin, kata abi, permohonannya akan dikabulkan oleh Allah (HR Muslim). Ketika menyebut hadist ini Ibnu Katsir mengatakan: makanan halal adalah penyebab diterimanya doa dan ibadah, sebagaimana makanan haram penyebab ditolaknya doa dan ibadah.

Mengingat saat ini begitu banyak makanan yang terkontaminasi oleh zat yang diharamkan, bahkan coklat dan ice cream sekalipun, maka sudah selayaknya kita lebih memperhatikan siapa produsen/pededagang nya, apakah ada label/sertifikat halal atau tidak, dan bagaimanana komposisinya. Semoga kita diberikan kelapangan dan kekuatan oleh Allah untuk mendapatkan rizki dengan jalan yang halal. Dan semoga kita juga bisa saling mengingatkan ketika akan mengkonsumsi makanan maupun minuman sehingga terhindar dari zat yang diharamkan.

Best Regard
Erwin Arianto,SE