30 March 2009

Perubahan Umno 'tiada kesan' di Bkt Gantang

Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu.

Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan.

"Sengketa Dr Mahathir-Abdullah itu adalah pergolakan dalaman parti, sedangkan pilihan raya kecil membabitkan parti-parti politik yang berbeza pendirian.

"Jadi, saya tidak fikir perdamaian itu akan mempengaruhi keputusan pengundi," katanya kepada Malaysiakini.

Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut.

"Ia tidak memberi kesan segera kepada para pengundi Melayu dan pengundi muda. Jadi, saya tidak dapat memberikan komen berhubung hal itu.

"Yang penting, biarlah pilihanraya kecil itu berlangsung terlebih dahulu dan barulah kita tahu apa kesan selanjutnya," katanya, sambil menegaskan bahawa dalam politik, tiada musuh yang kekal.

Perdamaian Abdullah-Dr Mahathir itu yang disifatkan langkah positif kepada Umno, tambah Dr Mohammad Agus, ahli-ahli Umno bermungkinan lebih bersemangat mendepani pilihanraya itu.

"Tapi, bukankah semua itu hanya sekadar sentimen," kata beliau. "Ia bukan ukuran yang tepat (untuk menunjukkan Umno akan menang)."

Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang bermula hari ini menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "referendum" terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu.

Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Sementara itu, mengulas pilihanraya kecil Bukit Selambau, Dr Ahmad Nidzamuddin berkata kemenangan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bagi penggal tidak memberikan kesan kerana pengundi Melayu memainkan peranan penentu di kerusi DUN itu.

"Pelantikan (kembali) Samy Vellu tidak memberi apa-apa kesan ke atas pilihanraya di sana kerana di situ ramai pengundi Melayu.

"Pengundi Melayu yang akan menentukan keputusannya nanti," katanya.

Calon MIc Datuk S Ganesan menggalas cabaran BN bagi berdepan dengan muka baru PKR S Manikumar bersama 13 calon bebas - menjadikan pilihanraya kecil ini merekodkan sejarah paling ramai di Malaysia.Malaysiakini.

Muhyiddin dalam keadaan ketakutan, nafi referendum rakyat.

"Pilihan raya kecil itu bukanlah satu referendum baik untuk pemimpin peringkat negeri Perak mahupun pemimpin peringkat Pusat." kata muhyiddin bila disoal oleh wartawan kelmarin.

Inilah bukti yang menggambarkan betapa takutnya BN kepada lautan manusia yang memenuhi Taiping kelmarin. Kalau bukan satu referendum, apa lagi alasan rakyat berkumpul dari dekatdan jauh dan tanpa diupah oleh mana-mana pihak.

Mereka datang sediri dari seluruh negara dengan biaya poket sendiri. Adakah datang dengan sia-sia sahaja ? tentunya mustahil kecuali dengan suatu referendum yang jelas bahawa "mengundi PAS untuk kali ini ialah undi untuk tolak Najib dan BN sebagai PM Malaysia yang baru ".

Referendum rakyat di Bukit Gantang, PAS menang pusingan pertama

Banyak yang mempersoalkan saya bila meletakkan jumlah penyokong BN sehingga 5000 orang,katanya sekitar 3000 orang sahaja. Begitulah sedikitnya orang BN yang keluar untuk memberi sokongan kepada calonnya.

Yang paling malang, laungan "hidup melayu" yang kedengaran sayup-sayup dari pihak BN bila diperiksa kembali adalah laungan dari seorang India. Baguslah masih ada orang India yang boleh diharap untuk melaungkan kalimat "berkarat" itu. Persoalannya kemanakah orang Melayu sehingga mereka semacam tidak mahu keluar di hari penamaan calon kelmarin.

Gelombang rakyat yang saya namakan satu "referendum rakyat" adalah suatu perkara yang tidak dapat dinafikan sehingga Timbalan Presiden UMNO yang hadir sama memberi gambaran sebaliknya dengan ramainya penyokong PR yang berkumpul.

Katanya ramainya orang bukan menggambarkan sokongan yang sebenarnya kepada PR, itulah yang saya faham.

Tetapi Muhyiden mesti faham itulah realiti yang telah terbentang dihadapan matanya, semacam seorang yang dalam keadaan sakit tenat, UMNO dilihat sebagasi pesakitnya, apapun ubat yang dihulurkan dia akan makan walaupun terasa pahit ataupun manis.

Itulah realiti yang UMNO telah hadapi kelmarin. Semuanya mesti diterima oleh UMNO walaupun dia sudah banyak keluarkan "dalih" , namun "dalilnya" Umno telahpun ditolak oleh lautan manusia yang menyebelahi calon PAS.

Tersangat malang pergaduhan dengan saling lempar botol air sesama sendiri dan sempat disaksikan oleh banyak pihak termasuk wartawan adalah tragidi yang memperlihatan pertahanan BN dalam keadaan kucar kacir.

Serangan rakyat di Taiping kelmarin tidak mampu ditangkis sehingga pertahanan BN jadi kucar-kacir. Mereka berbalah sesama sendiri dengan alasan yang belum dipastikan.Namun jentera PAS sangat menyedari pangadil, penjaga garisan sedang memihak kepada BN.

Insya Allah apa yang disakasikan kelmari akan diterjemahkan oleh rakyat Bukit Gantang pada kertas undi maing-masing pada 7 April nanti. KIL.

Masa kempen di Bukit Gantang dikurangkan sejam

TAIPING: Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak dibenarkan berkempen selepas 11 malam di kawasan-kawasan luar bandar.

Langkah itu, yang agak berlainan berbanding sebelum ini termasuk ketika pilihan raya umum Mac 2008, diambil dipercayai bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun PAS kecewa dengan keputusan tersebut yang dibuat oleh polis.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, "kami agak kesal dengan keputusan ini."

"Kami dimaklumkan oleh polis bahawa kempen di kawasan luar bandar tidak boleh diadakan selepas 11 malam.

"Alasan yang diberikan ialah penduduk mengadu, mahu tidur awal...tetapi bagi kami, alasan ini sukar diterima," kata beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil PAS ketika ditemui di sini.

Lazimnya kempen dibenarkan dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada membuat aduan, beliau berkata, PAS tidak mahu berbuat demikian.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya ada memaklumkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi.

"Tetapi beliau memberitahu itu soal polis dan saya (Mahmud) hanya uruskan soal penamaan calon," katanya.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya tetapi ia kemungkinan sebahagian syarat ditentukan oleh polis.

"Lazimnya jika polis keluarkan permit kempen (di bawah Akta Polis) akan ada syarat seperti tempat dan tempoh berkempen.

"Kalau tamat pukul 11 malam, itu tertakluk di bawah kuasa polis.

"Itu memang hak dan kuasa polis, tiada kaitan dengan bidang kuasa SPR," katanya.
Mstar.

PKR yakin menang tidak risau 13 calon Bebas

SUNGAI PETANI:Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin calon mereka S. Manikumar berpeluang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Bukit Selambau pada 7 April ini atas kelebihannya dapat memancing pengundi baru dan golongan muda.

Pengarah Pilihan raya PKR DUN Bukit Selambau, Datuk Johari Abdul berkata, Manikumar, 35, seorang yang muda dan mudah bergaul dengan semua kaum.

"Kami yakin dapat memperoleh majoriti undi kerana calon PKR lebih muda dan berupaya mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, Sungai Lalang di sini hari ini.

Kata beliau, semua petugas parti itu telah mula berjumpa dengan pengundi di Bukit Selambau selepas proses penamaan calon berakhir tengah hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 22 bilik gerakan PKR telah dibuka dan para petugas akan memasuki semua kampung, ladang, pasar tani dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi memastikan calon mereka dikenali pengundi.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, walaupun polis melarang mana-mana parti mengadakan ceramah di tempat terbuka, pihaknya hanya meminta untuk mengadakan ceramah di premis terhad.

"Kita tidak pernah minta mengadakan ceramah di tempat-tempat terbuka. Kita hanya minta kebenaran mengadakan di premis-premis yang beralamat.

"Bagaimanapun, kalau dibuat dalam premis, mungkin hanya 30 orang yang boleh masuk dan yang lain-lain itu akan berkumpul luar.

"Adakah yang berkumpul di luar itu pun dikira perhimpunan haram? Memang ceramah kita selalunya popular," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Manikumar.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti politik, PKR bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej kepada rakyat melalui ceramah yang diadakan dan pihak polis perlu menjalankan tugas mereka untuk menjaga ketenteraman.

"Kerja polis menjaga keselamatan. Kita hormat kerja mereka seperti mana yang mereka minta kita hormati.

"Kalau parti politik tidak dibenarkan mengadakan ceramah, ia tidak masuk akal. Kita akan teruskan ceramah kita seperti biasa," katanya.

Berhubung sokongan terhadap PKR, Saifuddin berkata, walaupun ia adalah pertandingan 15 penjuru, beliau percaya, tidak akan wujud 'pecah undi' yang begitu besar kerana ia mempunyai tapak sokongan kukuh di Bukit Selambau.

"Kita akan kekalkan tapak sokongan itu malah akan menambah lagi.

"Dalam tempoh sembilan hari berkempen, kita akan mendekati 35,000 pengundi yang ada di kawasan ini," katanya.Mstar

BN dan PKR dihantui calon Bebas di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Banyaknya calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan adalah manifestasi suasana politik di Kedah yang masih tidak menentu, kata penganalisis politik tempatan hari ini.

Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruq, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata 13 calon Bebas yang bertanding bersama calon Barisan Nasional Datuk S.Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar akan mengakibatkan undi berpecah kepada banyak calon.

"Tetapi sekiranya BN menang, maknanya trend pengundi berubah kepada BN selepas kalah di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Inilah yang diingini BN iaitu melihat perubahan trend pengundi," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Azeem Fazwan berkata penyertaan banyak calon Bebas mungkin mencerminkan wujudnya perpecahan ekoran tidak dapat menerima calon yang dikemukakan parti dominan seperti PKR dan BN.

"Apabila parti bertanding memberi calon yang pada pandangan kumpulan tertentu tidak dapat diterima oleh mereka, maka timbullah calon Bebas... cuma sukar dipastikan mereka didalangi oleh sesiapa.

"Ini menunjukkan masyarakat itu berpecah kepada banyak puak," katanya.

Beliau berkata jika BN menang, ia juga boleh diterjemahkan sebagai penerimaan pengundi Bukit Selambau terhadap barisan baru pucuk pimpinan Umno yang dipilih pada Perhimpunan Agung yang baru berakhir.

Bagaimanapun, katanya, isu di Bukit Selambau lebih merupakan permasalahan tempatan dan bukannya isu nasional.

Beliau menjangka perpecahan dalaman PKR ketika kini mampu memberikan kelebihan kepada BN untuk menang.

Dr Azeem Fazwan menjangka pengundi Melayu yang merupakan separuh daripada 35,140 pemilih berdaftar bakal menjadi penentu pada 7 April nanti.

Ini kerana, katanya "mood" pengundi India yang merupakan 29.5 peratus pengundi sukar diramal walaupun ada kecenderungan mereka bersikap "antiestablishment".

"Tetapi kita tidak boleh jangka juga kerana mood mungkin berubah selepas Kedah dikuasai kerajaan Pas sejak pilihan raya umum tahun lepas," katanya.

Pengundi Cina pula merupakan 19.3 peratus manakala yang lain mewakili satu peratus daripada jumlah pengundi.

Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menyifatkan banyaknya calon Bebas memberi peluang kepada BN memenangi pilihan raya kecil itu.

"BN mempunyai saluran kempen yang lebih meluas berbanding calon Bebas yang ramai. Kebanyakan pengundi Bukit Selambau tinggal di pedalaman dan jumlah calon Bebas yang ramai boleh mengelirukan mereka," katanya.

Beliau juga setuju bahawa perpecahan dalam PKR juga sedikit sebanyak membantu calon BN untuk menang.

Bagaimanapun Ahmad Nidzamuddin tidak menafikan kemungkinan calon Bebas memenangi kerusi Bukit Selambau berdasarkan keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Sementara itu, tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata penyertaan calon Bebas yang banyak itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.

"Saya tak tau apa strategi di sebalik semua ini. Politik dulu bukan macam sekarang kerana orang dulu tak begitu kompleks," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya pilihan raya akan melibat pertandingan dua atau tiga penjuru sahaja.

Khoo berkata, ada ketikanya terdapat percaturan untuk menggalakkan seorang calon Bebas bertanding bagi memecah undi dan mereka sering kali ditaja oleh pihak tertentu tetapi sekarang ini dengan 13 calon Bebas, ia sudah menjadi terlampau kompleks.

Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan perletakan jawatan V. Arumugam (PKR) pada 8 Feb lepas.

Arumugum memenangi kerusi itu atas tiket Bebas dengan menewaskan calon BN S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi.mstar.

20 tanding tiga pilihan raya kecil, 15 di Bukit Selambau

Tiga pilihan raya kecil serentak - di Perak, Kedah dan Sarawak - menyaksikan 20 calon bertanding termasuk seramai 15 orang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Daripada tiga kerusi yang dipertandingkan, 15 turun gelanggang Bukit Selambau dan tiga di kerusi Parlimen Bukit Gantang manakala dan dua lagi di DUN Batang Ai.

Ini kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini sehingga 15 orang bertanding.

Jumlah teramai sebelum ini ialah lapan calon pada pilihan raya umum negeri di Sabah.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan saingan tiga penjuru antara bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN); Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang.

Kamarul merupakan seorang usahawan berusia 41 tahun dari Taiping.

Pada sidang media di bangunan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping selepas proses penamaan calon berakhir, Nizar menganggap pilihan raya kecil ini sebagai refendum ekoran krisis politik yang membawa kepada tumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal bulan lalu.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassan pula berkata, pilihan raya kecil ini bukan satu refendum sebaliknya satu peluang merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS yang meninggal dunia awal bulan lalu.

Calon BN, Ismail pula berkata, beliau sudah bersemangat untuk menemui pengundi bagi mendapatkan sokongan.

"Saya anak tempatan dan kenal rapat budaya tempatan... jadi tidak nampak sebab mengapa saya tidak boleh mendapat mandat penduduk sini," katanya.

Kamarul pula berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memilih wakil rakyat di sebalik kemelut politik semasa.

Status sah ketiga-tiga calon ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi pukul 11.26 pagi tadi.

Penamaan calon berlangsung dari pukul 9 pagi selama sejam dan disusli oleh sesi bantahan yang menyaksikan tiga bantahan dibuat iaitu satu ke atas calon BN dan dua lagi ke atas calon Bebas.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN meletakkan muka baru Malcom Mussem Lamoh, 49, yang akan berdepan dengan Jawah Gerang, 55, dari PKR, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada pukul 11 pagi.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang kerusi dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Sementara itu seramai 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau.

Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau).

Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Pengundian akan diadakan 7 April ini. mstar.

Terkini : Sidang Media Pengarah Pilihanraya jam 3.00 petang

Saya bersyukur kepada Allah sebab proses penamaan calon berjalan lancar walaupun terdapat bantahan dari BN tetapi tidak kuat, Demikain antar kenyataan media Pengarah PRK PAS Bukit Gantang, Hj. asmuni Awi dalam sidang akhbar sebentar tadi di markaz Operasi Induk Ayer Kuning.

Beliau berkata jumlah yang hadir begitu besar dari seluruh tanah air dan ini satu gelombang baru sikap rakyat. Melihat kepada gelombang ini saya melihat akan berlaku juga di tempat lain bila didakan pilihanraya umum atau kecil, katanya.

"Kita mahu meninggalkan politik lama UMNO yang memainkan isu perkauman memecah belahkan rakyat. Isu yang kita bawa ialah perpaduan dan demokrasi tanpa melihat apa bangsanya, kalau kita berjaya diterjemahkan dalam PRK ini ia akan menjadi sesuatu yang boleh diterima oleh semua bangsa." Kata Asmuni.

Beliau menegaskan prinsip berteraskan kepada kebenaran dan demokrasi dengan pemimpin yang berakhlak dan amanah telah diperlihatkan dalam PR yang lalu.

"Saya menyeru kepada para pengundin di BG untuk memastikan calon PAS yang diterima dimenangkan".Katanya

Asmuni juga melahir rasa dukacira terbitnya risalah subersif yang melampau dari pihak sebelah sana yang mengibaratkan Pakatan Rakyat sebagai pihak komunis dengan menunjukkan risalah tersebut kepada rakan media. kita akan buat laporan polis supaya diadakan siasatan.

"Semua hendakkan kemenangan tetapi janganlah membawa unsur negetif dan menimbulkan kemarahn ramai."Mohon Asmuni.

Mengenai Calon, beliau menganggap pemilihan calon PAS sebagai satu yang tepat dan lambang kepada perpaduan untuk semua bangsa melayu, cina dan india. beliau adalah lambang yang memperjuangkan kebenaran yang sedang diperjuangkan.

Demeinsi politik baru megikut Asmuni adalah politik yang tidak ada unsur ugutan kepada orang kampung, seperti ugut tarik biasiswa, yang tinggal ditanah yang itdak ada hak milik, kepada perniagaan diancam tarik lesen. selainya politik yang tidak ada dendam.

Mengenai calon bebas dia mengatakan mungkin boleh memberi kesan sedikit kepada kertas undi, dan dia pernah berlaku sebelum ini.

mengulas mengenai peluang kemenangan, katanya " kita berhadapan dengan BN yang banyak dana,media dan sebagainya tetapi kita dalam keadaan harakah dan siasah disekat penerbitannya."

"Kita akan mengadakan kempen dari rumah kerumah, ceramah besar dan kecil. Mini ceramah dianggap efektif mungkin dalam sehari kita ada 20 ceramah kecil sehari.

Mengenai permit pihak pihak polis membenarkan sehingga 11.00 malam diluar bandar dan 12.00 malam dalam bandar. sebab itu kita katakan ceramah ditentukan oleh pihak polis, yang sepatutunya dikawal oleh SPR.

Sejarah dilakar di Bukit Gantang

Banyak pihak telah pun membuat kesimpulan bahawa penamaan calon PRK P059 Bukit Gantang adalah yang mempunyai kelebihan dan kehebatannya sendiri dalam sejarah PRK sebelum dari ini.

Kalau dibandingkan dengan PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu kita sudah melihat betapa ianya sudah boleh dianggap sejarah ramainya penyokong Pakatan Rakyat yang hadir, namun Kehadiran untuk penamaan calon PRK Bukit Gantang yang diadakan di Bandar Taiping mencatat suatu sejarah baru yang sukar dinafikan.

Sejak beberapa hari sebelum dari ini dan kemuncaknya pada malam tadi sebenarnya aliran arus manusia sudah bergerak ke Bukit Gantang. Mereka semacam tidak sabar untuk menghadirkan diri dalam majlis hari ini.

Yang tua, yang muda, lelaki, perempauan tak kira melayu, cina , india dan Sikh, anak-anak kecil juga di bawa untuk memastikan suasana lebih meriah. Itulah gambaran sebenar sokongan rakyat kepada calon dari PAS untuk PRK kali ini.

Kebetulan pula ruang ligar dan tanah lapang untuk sebelah Pakatan Rakyat lebih luas, selesa, berpokok dan segalnya sesuainya untuk menampung hampir 100,000 orang manusia itu.

Sejarah kedua ialah inilah berita menarik yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini. penyokong BN bertelagah sesama sendiri dan main lempar botol air. Namun pihak keselamatan sempat meredakan suasana.

Inilah yang akan berlaku di Bukit Gantang. kalau SPR jadi "barua" BN untuk melambatkan penamaan dan pengundian selepas pemilihan UMNO. Nampaknya tidak meredakan dan menyelesaikan masalah kempen pemilihan di Bukit Gantang.

Saya melihat mereka bertelagah akibat rasa tidak puas hati dalam pemilihan yang baru selesai. bayangkan bolehkan pihak yang kalah boleh menerima pihak yang lain menang walaupun diadapati terlibat dengan jenyah rasuah oleh Lembaga Displin Parti.

Sejarah ketiga adalah PRK Bukit Gantang berlangsung dalam keadaan Krisis Perlembagaan yang teruk di Negeri perak. Pertandingan tiga penjuru sebenarnya lebih kepada pertandingan satu lawan satu antara pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS menentang BN. PAS akan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada tahun 2008 .

Saya berseru kepada seluruh jentera parti disemua peringkat untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk memastikan seincipun bumi Bukit Gantang tidak dirampas oleh BN.

Persimpangan Hotel Meridian, kenderaan bergerak perlahan.

Saya dalam perjalan dari tempat letak kereta di tempat penamaan calon bergerak sejak jam 11.50 tadi. Sekarang ini sudah sejam bergerak baru sampai dihadapan Hotel Meridian/HSBC Bank. Keadaan mendapat kawalan yang baik dari pihak polis dan saya ucapkan tahniah kepada mereka dengan kesanggupan berada dibawah sinar matahari yang terik demi untuk kebaikan pengunjung bandar Taiping hari ini.

Kenderaan nampaknya bergerak dalam keadaan sangat perlahan. Perut pun sudah berkeroncong, kebetulan saya menerima talipon dari saudara sekampung Ust. mokhtar yang itnggal di Taman Seri Kota. Mengajak kami makan tengah hari dirumahnya.

Setiausaha Akhbar YAB MB Pakatan Rakyat, Hj. Anuar Hashim juga berada disna untuk makan bersama. Sdr. Zulkifli Sulong juga akan sampai untuk makan bersama .

Ramainya orang.....

Penamaan calon telah pun tamat, keadaan kenderaan masih bergerak perlahan di dalam Bandar Taiping. Bagi yang telah ditugaskan khusus untuk berkempen mereka dengan segera balik ke pos masing-masing.

Bagi yang cuma dapat hadir dalam perhimpunan penamaan calon ini mereka mungkin terus menuju ke Lebuhraya untuk balik ke distinasi masing-masing.

Penamaan Calon PRK 059 Bukit Gantang untuk kali ini mencatat sejarah baru dalam politk Malaysia apabila kita menyaksikan lebih 60,000 orang penyokong pakatan Rakyat yang berkumpul bersama dengan pimpinan masing-masing berarak mengiringi calon PAS, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

Jika ingin bandingkan ramai mana yang hadir ada beberapa orang yang ditemui mengesahkan bahawa jumlaahnya jauh lebih ramai dari kehadiran di Permatang pauh.

Namun begitu jauh sekali dengan kehadiran penyokong BN, yang saya yakin datang dengan "diupah". Termasuklah mereka diangkut dengan bas percuma dan sebagainya. Saya hanya memberi angka sekitar 5000 orang sahaja.

Selain itu kalau kita melihat bahan kempen seperti sepanduk, bendera dan sebagainya yang diangkat semasa perarakan oleh penyokong pakatan rakyat dibawa oleh mereka sendiri. Tetapi BN terpaksa mengangkut dengan lori kecil bahan yang ingin digunakan dan diangkat.

Saya baru melintasi Hospital Taiping yang terletak sekitar 1.5 kilometer dari tempat penamaan, kelihatan banyak kenderaan yang diletakkan didalam kawasan hospital.

TERKINI: Calon PAS diarak keluar dari tempat penaman calon

Penyokong-Penyokong Pakatan Rakyat yang menunggu dengan sabar mengiringi YB.Ir.Nizar keluar dar tempat penamaan Calon sambil berarak dengan laungan takbir sebentar tadi. Dijangka lebih 50, 000 orang mengiringi YB.Ir.Nizar.

TERKINI: DIUMUMKAN 3 LAYAK BERTANDING

Pegawai Pilihanraya, Dato' Mahmud B.Mahsudi telah mengumumkan 3 Borang Percalonan telah diterima, iaitu daripada YB Ir.Nizar Jamaluddin, PAS pada pukul 9.06 pagi,permohonan kedua pula oleh Ismail Safian pada pukul 9.20 pagi dan permohonan ketiga dari Bebas iaitu En.Kamirul Amizul Idris. Pegawai telah mengumumkan ketiga-tiga 3 Permohonan ini layak bertanding di PRK Bukit Gantang.

Ketika pengumuman nama Ir.Nizar dibuat,laungan Takbir dan sorakan yang bergemuruh dari penyokong Pakatan Rakyat kedengaran dimana kedudukan mereka hampir menghampiri pagar dewan. Bila selesai pengumunan diumumkan,semua penyokong bersurai ketempat mereka kembali. Pada ketika ini calon dan pimpinan masing-masing sedang bergambar dan calon-calon yang bertanding melambaikan tangan.

TERKINI : Bila-bila masa, SPR akan Umum siapa layak bertanding

Penyokong semua pihak dalam keadaan penuh debaran menunggu pengumuman pengurus Pilhanraya bila-bila masa dari sekarang dalam keadaan cuaca panas terik.

Semua wartawan telah berkumpul di hadapan dewan tempat pembesar suara yang akan mengumumkan berita penting tersebut.

TERKINI:Penyokong BN bertelagah sesama Sendiri ?

Kelihatan dipihak penyokong BN sebentar tadi dalam keadaan Kecoh dan berlaku lempar melempar botol air sesama sndiri dan sempat dileraikan oleh pihak FRU.

Kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang baru selesai.

Ulasan :

Mengikut maklumat kejadian itu adalah akibat dari Karpal Singh yang tersalah jalan masuk melalui arah jalan kelompok BN.

TERKINI: Gambar Penyokong Pakatan Rakyat yang Teguh,Jitu dan bersatu padu















TERKINI:SPR umum 3 borang permohonan telah diterima

Pengurus pilihanraya mengumumkan jam 10 tadi sebanyak 3 borang percalonan telah diterima iaitu daripada PAS, BN dan Bebas.

Kami masih lagi menunggu pengumuman daripada pengurus PilihanRaya pada jam 11 pagi nanti siapakah yang akan disahkan bertanding.

TERKINI: Dijangka jam 11.00 pagi Umum Pengesahan siapa yang akan bertanding oleh SPR

Dijangkakan Pegawai Pengurus SPR akan mengumumkan siapakan yg akan disahkan untuk bertanding di PRK Bukit Gantang.

Penyokong Pakatan Rakyat iaitu terdiri dari PAS, DAP dan PKR kelihatan bertambah ramai dan saya jangkakan hampir 100, 000 ribu orang

TERKINI: Pegawai PR umum penyerahan borang ditutup jam 10.00 pagi tadi

Pegawai pengurusan Pilihanraya umumkan sebentar tadi proses penerimaan borang pencalonan ditutup sebentar tadi jam 10.00 pagi setelah dibuka sejak 9.00 pagi tadi.

Sekarang ini adalah masa bantahan.

Lebih 60, 000 Penyokong Iringi Calon PAS, kehadiran Hadirin lebih Ramai dari keadaan semasa PRK Permatang Pauh

TAIPING; Saya menjangkakan lebih 60, 000 orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul disekitar bandar Taiping tempat diadakan penamaan calon bagi PRK Bukit Gantang Pagi ini. Banyak pihak mengatakan kehadiran kali ini lebih ramai berbanding semasa PRK Permatang Pauh.

Manakala bagi Calon BN pula hanya kelihatan sekitar 5000 orang bagi mengiringi calon mereka. Saya bertanya kepada mereka yang menyaksikan sendiri kedatangan penyokong BN, mereka mengatakan hanya seramai 5000 orang sahaja.

Calon PAS dan Presiden PAS sampai kesini sekitar jam 8.30 pagi dengan kawalan ketat dari ratusan unit Amal. YB. Ir.Nizar yang ditemani isteri kelihatan ceria sambil melambaikan tangan kepada penyokong.








Keadaan tempat penamaan calon semakin panas dan kedua belah pihak penyokong sedang melaungkan semangat untuk penyokong masing-masing

Ceramah umum diadakan bersilih ganti di tengah panas terik telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar.

Sekitar 10, 000 orang sedang berkumpul di bahagian belakang Wisma MPT, di sebatang jalan mendengar ceramah dari penceramah-penceramah yang bertukar ganti.

Suasana ini menarik perhatian ramai yang berkumpul sejak awal lagi. Gambar-gambar yang dipamerkan adalah menunjukkan suasana Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Bukit Gantang.

harakahdsaily,,,,

klikdi sini

TERKINI:Suasana hangat di Bukit Gantang









TERKINI: Ir.NIzar menuju ke dewan bagi menyerahkan borang


YB.Nizar melambaikan tangan sambil menuju ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan

TERKINI:SPR Umum serah borang



Pegawai SPR umum serah borang pada jam 9.00 pagi

TERKINI: Ramai penyokong yang hadir untuk menyokong Ir.Nizar