28 March 2009

Laporan tambahan terhadap penulis blog perakbangkit dilakukan.

Drs. Khalil bersama penyokong bergambar bersama penyokong di perkarangan balai Polis Changkat Jering setelah membuat laporan tambahan.


Satu laporan tambahan dan pembetulan tarikh pada laporan asal telah dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Bali Polis Changkat Jering kelmarin.

Semasa ditemui selepas membuat laporan beliau mengatakan telah melakukan semua langkah termasuklah memberikan alamat kepada pasukan keselamatan. Terpulanglah kepada pihak yang berwajib untuk bertindak sebaik mungkin.

"Saya rasa bertanggung jawab untuk memberikan maklumat tambahan kepada pihak keselamatan sebab itu saya datang sekali lagi ke balai ini" kata khalil.

Berikut ini adalah laporan yang dibuat oleh beliau kelmarin :-

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 27 Mac 2009
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah adalah pembetulan dan tambahan Laporan Polis saya ( No Repot : CHANGKAT JERING /000300/09) :-

1. Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.

Di ganti dengan pembetulan tahun 2006 kepada 2009 pada perenggan pertama repot seperti berikut:

Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2009 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik
Sekian laporan saya yang sebenarnya,

2. Saya juga ingin memberi maklumat tambahan mengenai pemilik blog: http://perakbangkit.blogspot.com/boleh di kesan dari blog : http://perisik-rakyat.com/

3. Maklumat pemilik blog perakbangkit ialah :

Kad Pengenalan 650805108057 / A0186427
Nama MOHD NAZMI BIN ROSLI
Tahun Lahir 05 Aug 1965
Jantina LELAKI
Alamat
LENGKUNG SRI SIANTAN 50
TAMAN SERI ANDALAS 1
SERI ANDALAS
KOTA RAJA 41200 KLANG
Negeri SELANGOR

Demikain sebenarnya laporan saya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Laporan ADUN Titi Serong ke SPRM.

Berikut ini disiarkan laporan penuh yang telah dilakukan di SPRM Ipoh oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Laporan ini mendapat reaksi yang baik dari pelbagai pihak namun tidak dinafikan ada segelintar penyokong BN khususnya penyokong Osman sendiri yang tidak senang dengan laporan yang telah dibuat.

PENGARAH
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Jalan Raja Musa Aziz
Peti Surat 6000
27 Mac 2009
Tuan;

MEMOHON SIASATAN JENAYAH SALAH GUNA KUASA ADUN BEBAS MOHD. OSMAN BIN MOHD JAILU.

Saya dengan ini memohon satu siasatan yang terperinci dilakukan ke atas ADUN Lompat, Mohd. Osman bin Mohd Jailu didapati menyalah guna kuasa semasa beliau memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak. Dengan maklumat dari saya seperti berikut :

1..Bukti dari Corporate / Business information SSM mengenai Pengarah dan Pegawai didapati beliau yang beralamat 26A Jalan Bahru Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak dengan No. KP : 510716-01-5647 sebagai Pengarah Tourism Perak Sdn. Bhd. Tarikh lantikan pada 24 Jun 2008.

2. Dari maklumat yang saya ketahui,semasa Mesyuarat Lembaga Bil 01/2008 pada hari Khamis 28 Ogos 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat G1B Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Ipoh jam 9.00 pagi , beliau selaku pengarah yang dilantik sebagai Pengerusi Syarikat telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat tersebut telah dilantik Noraini binti Samat (dari Star Career sdn. Bhd) sebagai Pengurus Besar , yang sepengetahuan saya adalah isteri kedua beliau pada masa itu. Oleh itu tindakan beliau yang tidak memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa Noraini binti Samat adalah isterinya adalah tindakan salah guna kuasa yang perlu disiasat oleh SPRM.

3. Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Majlis Mesyuarat Kerajaan, XVI (8) seperti dilampir, antaranya menyatakan seorang AMMK itu tidaklah boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertukangan (Trade). Oleh itu tindakan beliau menerima pelantikan sebagai penandatangan Akaun Semasa di MBB atas nama Tourism Perak Sdn. Bhd . adalah kesalahan yang perlu juga disiasat.

Dengan laporan di atas, saya memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh SPRM.

Sekian, terima kasih;

Yang benar;



(YB DRS KHALIL IDHAM LIM ABDULLAH)
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
KAWASAN TITI SERONG.

Kesesakan kenderaan dan keselamatan di Bukit Gantang, apa sudah jadi ?

Untuk apa kenderaan ini ? sejak gambar ini diambil kelmarin saya masih belum mendapatkan jawapannya ?

Semasa balik dari melapor kes salah guna kuasa Osman Jailu kelmarin dari Ipoh, sesampainya di tol Changkat Jering saya terkejut dengan deretan kenderaan pasukan keselamatan yang sampai di situ dan berbaris untuk bayar tol.

Kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh ramainya pengunjung datang tidak dapat dinafikan. namun apa yang saya lihat terdapat 2 faktor lain yang menyebabkan sejak kelmarin kenderaan mulai bergerak perlahan di sekitar Bukit Gantang.

1. Banyak sangat kenderaan Pasukan keselamatan yang sampai di sini seperti yang saya saksikan.Setiap satu DUN didirikan satu pusat penempatan sementara tapi serba lengkap dengan tempat idur, pejabat, tandas, kantin makan dan keperluan yang lain . Seorang polis yang saya temui mengatakan setiap penempatan boleh menampung lebih kurang 1000 orang pegawai.

Artinya paling kurang akan berkampung pasukan keselamatan dari luar paling kurang 3000 orang.Bayangkan deretan kenderaan mereka yang mula sampai kelmarin melapor diri menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.

2. Projek mee segera yang di dakwa oleh Najib tiada, rupanya makin menjadi sejak akhir-akhir ini . Akibatnya jalan ditutup selorong sedangkan kenderaan semakin banyak. macam mana jalan tidak sesak dan jem.

Begitulah suasana di Bukit Gantang. Saya jangkakan hari ini keadaan semakin ramai dan kemuncaknya tidak mustahil lebih 50,000 akan berada di tempat penamaan calon yang akan berlangsung di Majlis Perbandaraan Taiping pada jam 9.00 pagi.

Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun

SHAH ALAM, 27 Mac : - Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun.

Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat.

"Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac," katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi.

Sementara itu tambah beliau isteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor), Puan Sri Asbi Rohani Asnan akan dipanggil menjadi saksi pada Isnin, 30 Mac nanti.

Beliau memaklumkan, Selcat telah menerima surat pemberitahuan daripada Asbi pada pagi tadi yang memohon penangguhan menjadi saksi kerana mempunyai tugas-tugas rasmi.

Beberapa saksi lain akan dipanggil semula termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hasan dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPPN) pada Isnin dan Rabu.Harakahdaily.

Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Mac: - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.

Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.

Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.

"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.

Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.

Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar. Harakahdaily.

Mahathir dakwa rasuah cemari pemilihan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepatutnya hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2008 semalam mengubah fikiran kerana ia disertai ahli dan perwakilan yang mendukung amalan rasuah.

Sambil menekankan pemilihan Pemuda diselubungi politik wang, beliau berkata, persekitaran seumpama itu juga telah menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," kata beliau dalam blognya hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sebab proses pengiraan undi mengambil masa yang lama.

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.

"Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa," katanya.

Kelibat polis telah mula banyak dilihat di Bukit Gantang

Belum pun masuk tempoh berkempen, sudah kelihatan pondok-pondok polis yang biasanya menjadi budaya pada setiap kali pilihan raya kecil dijalankan.

Sewaktu mencari lokasi ceramah program Pakatan Rakyat pada 21 Mac lalu, krew web prk59 mendapati terdapat pondok polis yang sama dengan pondok yang didirikan di serata kawasan Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil di sana pada Januari lalu.

Kini, tidak sampai seminggu menuju ke tarikh penamaan pondok polis telah didirikan bagi mengawasi tindak tanduk pihak yang menjalankan kempen pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April akan datang.

Strategi yang sama dijangka akan digunakan iaitu menggerakkan jentera keselamatan termasuk anggota polis dan anggota simpanan persekutuan atau FRU bagi memastikan segalanya 'berjalan dengan lancar'.

Tidak cukup dengan itu, sejak daripada pengumuman tarikh pilihan raya bagi Bukit Gantang, pihak polis didapati 'aktif' menjalankan intimidasi terhadap program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat termasuklah ceramah-ceramah penjelasan isu-isu semasa.

Walau bagaimanapun, pada majlis pengumuman calon BN diadakan baru-baru ini tidak mengalami apa-apa gangguan sedangkan mereka tidak memiliki permit untuk mengadakan program berkenaan.

Permit menjadi alasan popular bagi pihak polis untuk membatalkan ceramah dan kempen bagi pakatan Rakyat walaupun ia tidak menjadi keperluan dalam tempoh kempen yakni selepas proses penamaan selesai dijalankan.

Sekali lagi, pihak polis akan menjadi tenaga utama yang akan 'sibuk' selain anggota FRU dan pegawai cawangan khas atau SB.

Jalan-jalan raya pula mengalami kesesakan apabila proses pembaikan dijalankan secara tiba-tiba sebaik pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian di Bukit Gantang.

Selain menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna jalan raya, ia turut menjejaskan mutu perkhidmatan banyak kemudahan di samping tidak menitik beratkan masa yang sesuai bagi pengguna jalan raya untuk keluar bekerja.Harakahdaily.

PAC syor bekukan gaji MB, exco kudeta Perak

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar kudeta Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kudetanya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.

Pengerusi jawatankuasa itu yang juga ADUN Canning, Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah.

"Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.

Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

PAC juga mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.

Gambar dan Peristiwa 27 Mac 2009

Drs. Khalil tiba bersama penyokongnya pada jam 3.00 petang di Pejabat SPRM Ipoh.

Kenyataan Media sebelum laporan di buat kepada SPRM mengenai salah guna kuasa ADUN lompat Osman Jailu.

Wawancara oleh TV Antara selepas membuat laporan.

Bergambar setelah melakukan laporan bersama Setiausaha Perhubungan PKR Perak(kiri) dan Ketua AMK (berbaju kuning/kanan).


Terkini 7.00 mlm :Nizar dan Anwar bertemu kaum Cina di Tokong Kuala Sepetang.

BUKIT GANTANG : Calon PAS, DS. Muhammad Nizar amaluddin dan DS. Anwar Ibrahim sekarang ini sedang bertemu dengan kaum Cina di Tokong Cina Kuala Sepang. Program berjalan lancar dengan dihadiri oleh ramai pengundi kaum Tionghua walaupun pada awalnya ditakuti program itu akan mendapat gangguan dari pasukan keselamatan.

Terkini : 3.00 Petang, ADUN Titi Serong lapor salah guna kuasa Osman Jailu.

IPOH : Satu laporan salah guna kuasa oleh ADUN lompat changkat Jering, Mohd Oslam Mohd. Jailu telah dilakukan oleh Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong di Pejabat Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Ipoh pada jam 3.00 petang tadi.

Khalil tiba bersama penyokong Pakatan Rakyat sempat memberi kenyataan media sebelum masuk ke dalam pejabat SPRM untuk menyerahkan laporannya kepada SPRM.

Khalil menyatakan dia pada hari ini melaporkan dua kesalahan Osman Jailu semasa memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

Pertama kata beliau kesalahan Osman Jailu yang duduk dalam mesyuarat yang melantik Noraini Samat sebagai Pengurus Besar Tourism Perak Sdn. Bhd dedangkan Noraini adalah isteri kedua beliau.

Keduanya tindakan Osman yang melangar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menyatakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak tidak boleh terlibat dengan trade. Sedangkan menurut beliau dalam satu mesyuarat memutuskan dia sebagai penandatangan pertama.

Kata Khalil kedua-dua keslahan itu hendaklah disiasat dengan segera oleh SPRM.

Program Penerangan 27 Mac 2009

1. DUN Terong- Ceramah Maulud/ Penceramah 1. DS Anwar Ibrahim dan 2.Dr. Lo' Lo' Ghazali di Mesjid Sungai Bemban Kuala Terong, Jam 9.00 malam.

2.DUN Kuala Sepetang - Ceramah Perdana / Penceramah 1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan 2. Mazlan Aliman , Tempat di : Bt. 9 Kepala Bukit Kuala Sepetang.Jam 9.00 malam.

3. DUN Kuala Sepetang - Forum Rakyat, Ahli Panel :-Yb. Dr. Mujahid, Yb. Yaib Azamudeen, Yb. Mohd Zainuddin dan Yb. Chan Ming Kai, Tempat : Tahfiz Ibnu Sina Kg. Rahmat Kamunting Station, jam 9.00 malam

4. DUN Cgkt. Jering - Ceramah Umum , Penceramah : Ust. Ahmad Awang dan Drs. Khalil Idham Lim, Tempat : Kampung Paya Gabungan Jelutung, Jam : 9.00 Malam.

Semua pengundi dan penyokong PR di jemput hadir.

Awas : Perangkap Laju di Bukit Gantang.

Naninu Sakun

Hari ini topik yang ingin diceritakan adalah tentang speed trap (perangkap had laju). Saya percaya ramai yang tidak tahu di kawasan Parlimen Bukit Gantang ini terdapat banyak perangkap had laju. Maklumlah penamaan calon dan hari pengundian pun makin hampir justeru, saya tidak menolak perangkap had laju ini akan dipasang oleh Polis lebih akrab seperti tatkala perayaan Hari Raya Aidil Fitri menjelma.

Kapada para pengguna laluan di Parlimen Bukit Gantang berhati-hati lah dengan perangkap had laju ini:-

1) Betul2 di hadapan JPJ Taiping.. Waktunya seawal jam 8pagi hingga 4.30 ptg. Di sini kerap ada.

2) Selepas Klinik Changkat Jering hala jalan ke Kuala Kangsar betul-betul di hadapan masjid.

3) Bawah pokok manggis di hadapan kuari sebelum laksa buyung.

4) Di depan masjid Bukit Gantang.

5) Turun jambatan Highway hala ke Trong sebelum Sekolah agama Bt 8 hingga Kolam Air Panas.

Kepada para pengguna perangkap had laju ini sentiasa dipasang oleh polis namun tempatnya senantiasa berubah-ubah . Yang pasti kalau nampak kereta proton wira warna biru ditempat2 yang dinyatakan bermakna adalah perangkap tersebut.

Ingat ! had lajunya adalah 60 km sejam.

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Gambar dan peristiwa.

Calon PAS, Dato' Seri Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin berceramah di UPU Pekan Terong pada jam 10.00 malam. Dalam ceramah itu Beliau mengajak seluruh rakyat Bukit Gantang untuk menunaikan tanggung jawab untuk memilih beliau sebagai Ahli Parlimen bagi mewakili dan menyuarakan masalah rakyat. Katanya kemenangan di Bukit Gantang bukan sahaja memberi kesan kepada politik Perak tetapi seluruh Malaysia amnya. Hadir sama ialah ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Bercam, Yb.Sum Chiok Ling.

ADUN Titi Serong , Drs. Khalil Idham Lim, turut berceramah. Kata beliau usaha untuk memilih adalah sebahagian dari ibadah dalam Islam dan memilih calon dari PAS yakin lah akan diberikan ganjaran pahala. Yang penting katanya "mengundi calon PAS adalah mengelak dari menyokong BN yang melaksanakan kezaliman yang boleh menyebabkan kita disambar oleh api neraka".

Dato' Seri Nizar pada jam 5.30 petang berada di Kuala Terong dalam majlis Minum Petang bersama warga setempat dari pelbagai kaum. Beliau menerangkan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat selama 10 bulan memerintah Negeri perak. Hadir Sama ADUN Lubok Merbau, Hj. Mohd Zainuddin Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Bercham, Sum Chiok Ling.

Pelbagai bangsa dari kaum Melayu, Cina dan India yang hadir menunjukkan sokongan kepada calon PAS.

Drs. Khalil juga memberikan ucapan. katanya kehadiran pelbagai bangsa pada petang ini menunjukkan mereka tidak takut lagi kepada perjuangan PAS.

ADUN Titi Serong sedang diwawancara oleh TV Antara dan rakan media yang lain . Mendamping beliau dari kir, Setiausaha Akhbar MB Perak, Hj. Anuar Hashim, ADUN Selingsing, Hj. Hussin Din, dan ADUN Gunung Semanggol, Hj.Ramli Tusin.

Ukhuwah Islamiayah, Sokongan dari ADUN Selingsing dan ADUN Gunung Semanggol terhadap laporan polis "kill Nizar". Mereka bertiga sampai pda jam 2.30 di Balai Polis Changkat Jering untuk membuat laporan.

Drs. Khalil menyampaikan ceramah di UPU Jebong,DUN Kuala Sepetang pada malam 25 Mac 2009.

Berceramah di UPUN Sungai Limau, DUN Kuala Sepetang pada malam 24 Mac. Turut Berceramah ialah ADUN Gual Ipoh Kelantan, Wan Yusof, dan Ketua penerangan Pemuda PAS Perak, Azhar Saud.


Laporan terbaru terhadap Osman Jailu di SPRM Ipoh petang ini.

IPOH: Satu laporan terbaru mengenai salah guna kuasa ADUN lompat Changkat Jering, Mohd Osman Jailu akan dilakukan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia(SPRM) Ipoh petang ini pada jam 3.00 petang. Demikian kenyataan rasmi dari pejabat ADUN Titi Serong sebentar tadi ,Drs. Khalil idham Lim yang akan membuat laporan tersebut.

Dijangka beliau akan hadir dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak, ADUN dan para penyokong. Rakan Media juga telah dimaklumkan untuk hadir sama.

Orang Najib kuasai Umno

Semua "orang presiden" Umno, Datuk Seri Najib Razak akhirnya sampai di garis kemenangan dengan bergaya.

Debaran sepanjang hari ini di kalangan perwakilan dan penyokong berakhir apabila keputusan rasmi diumumkan jam 10.40 malam ini:

Timbalan presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,575 undi)

Naib presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1,592 undi)
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (1,515 undi)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (1,445)

Pengundian untuk memilih jawatan tertinggi Umno memakan masa kira-kira tiga jam dan berakhir jam 3 petang ini, melibatkan lebih 2,500 perwakilan.

Ia diadakan tidak lama selepas para perwakilan berhenti rehat mulai jam 11.15 pagi setelah mendengar ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Lapan orang calon bersaing untuk mengisi tiga kerusi naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat 1,397), Datuk Seri Rais Yatim (491), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (432), Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar (410) dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (192).

Manakala 49 orang lain bertanding untuk 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Perwakilan dua bahagian yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga 7 April ini diberikan keutamaan untuk membuang undi sebelum pulang ke Bukit Gantang dan Merbok.

Keputusan dijangka diumumkan lewat malam ini.

Proses pengundian disiarkan secara langsung di televisyen litar tertutup di PWTC, tempat berlangsung perhimpunan agung parti sehingga Sabtu ini.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Sesi perbahasan usul oleh para perwakilan dimulakan jam 3.30 petang dan tamat tiga jam kemudian.Malaysiakini.