27 March 2009

Kalau Zambry tanding dialah orang ke 5 kalah !

Menteri Besar Perak yang tidak sah , Zambry Abdul Kadir menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu atas alasan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri.

Namun saya melihat sebenarnya dia takut kalah dalam pemilihan yang akan dihadapinya , rupanya langkahnya sedikit ada betulnya bila 4 MB kalah dalam persaingan sengit itu. Tindakannya melakukan rampasan kuasa di Perak sebenarnya telah menimbulkan kemarahan rakyat bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara.

Bila membaca berita empat MB kalah dalam perebutan kerusi MT UMNO teringat saya kepada ramalan saya , dan jelas kalau dia bertanding dialah orang yang ke 5 yang akan kalah.

Kalau Zambry ditolak oleh rakyat di Perak saya yakin dia juga akan ditolak oleh perwakilan UMNO.

Apakah Zambry lebih hebat dari Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).Mereka ini adalah MB yang naik secara sah dan kami mengiktirafnya. Pengaruhnya dalam UMNO lebih besar dan mereka orang lama dalam UMNO, itupun kalah.

Namun jauh sekali kepada Zambry kudeta yang naik secara rampasan kuasa.Dia dianggap muka baru dalam UMNO, Boleh jadi perwakilan Perak pun tidak akan sokong dia bila dia bertanding. Mana boleh menang kalau bertanding.

Azalina, Shahrir dan empat MB tewas

Dua menteri, tiga timbalan menteri dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek.

Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).

Hanya seorang ketua menteri yang berjaya terpilih kali ini iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sementara tujuh menteri yang berjaya dipilih: Datuk Mustapa Mohamad, Datuk Noh Omar, Datuk Ismail Sabri, Datuk Mohamad Zin Mohamed, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Zulhasnan Rafique dan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Manakala lima timbalan menteri yang berjaya dipilih: Datuk Saifudin Abdullah, Datuk SP Lajim Ukin, Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Idirs Haron.

Turut terpilih, dua bekas menteri besar: Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah).

Hanya seorang calon wanita yang terpilih iaitu Datuk Dr Norraesah Mohamad.

Turut menang di senarai terbawah, ketua Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.


Abdullah mendapat signal yang jelas sokongan ahli UMNO

Zulkifli Sulong.

MAC 26 — Tunggang terbalik. Itulah yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan Pemuda Umno. Khairy Jamaludin yang dianggap bakal kalah selepas mendapat surat amaran dari Lembaga Disiplin Umno kerana melakukan rasuah politik telah menang. Khairy memperolehi 304 undi dari 793 perwakilan Pemuda Umno.

Minggu lalu, seorang wartawan dari Merdeka Review bertanya kepada saya, siapa yang akan menang dalam pertandingan Pemuda Umno ini, saya tanpa berfikir panjang berkata,"Jika saya perwakilian Pemuda Umno, saya akan memberikan undi saya kepada Khairy."

Dan inilah yang berlaku, 304 perwakilan Pemuda Umno telah memberikan undi mereka kepada Khairy. Ia akan menjadi 305 undi untuk Khairy jika saya juga adalah anggota perwakilan mereka.

Pelbagai pandangan yang kita dengar dan baca sebaik sahaja Khairy diumumkan sebagai pemenang. Yang paling saya boleh terima adalah ahli Umno sebenarnya masih sayangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bapa mertua Khairy itu. Abdullah hanyalah mangsa kepada konspirasi politik dalam dan luar Umno. Kenapa saya katakan begini? Kerana, Khairy adalah lambang dan neraca sokongan atau penentangan ahli Umno terhadap Abdullah. Kemenangan Datuk Seri Shahrizat dengan majoriti yang begitu besar di Wanita Umno juga menunjukkan trend ini. Beberapa hari sebelum perhimpunan, rakan-rakan saya dari media alternatif juga terpengaruh bahawa Tan Sri Rafidah Aziz akan menang dalam perebutan jawatan Ketua Wanita Umno.

Sebelum ini saya telah menulis, kebimbangan untuk Shahrizat menang adalah kalau-kalau dia dikaitkan dengan team Abdullah. Ini kerana, ketika musim pencalonan dahulu, semua yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pencalonan paling banyak, termasuk anaknya Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan ketua pemuda.

Namun, sejak kebelakangan ini, terbukti sokongan kepada Abdullah meningkat. Mungkin sokongan ini bercampur dengan simpati kepada beliau.

Kenapa simpati? Saya rasa inilah yang tidak difahami oleh Dr Mahathir dalam membaca pemikiran rakyat biasa khasnya orang Melayu.

Ingat tak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim? Ketika Anwar di dalam Umno, Pas dan para pemimpinnyalah yang paling banyak menghentam Anwar. Cuba sebut apa yang tidak dikatakan mereka kepada Anwar.

Bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor pernah berkata, "menteri yang jaga kerbau lembu” kepada Anwar. Tetapi apabila Anwar dianiaya, beliaulah antara pemimpin pertama yang datang bertemu Anwar.

Keputusan pilihan raya 1999 adalah manifetasi dari rakyat yang simpatikan Anwar
dan marahkan Dr Mahathir.

Menjelang pemilihan Pemuda dan Wanita Umno, pelbagai jenis tekanan diberikan kepada mereka yang dikira penyokong Abdullah. Norza, Azalina, Ali Rustam bahkan Khairy sendiri semuanya dianggap sebagai penyokong atau mereka yang dekat dengan Abdullah.

Persepsi di kalangan orang ramai adalah Lembaga Disiplin diperalatkan untuk mengenepikan orang-orang Abdullah. Dalam masa yang sama, hampir setiap hari Mahathir akan menghentam Abdullah kiri dan kanan.

Namun, Pemuda Umno membuat keputusan, Khairy pilihan mereka, kedua adalah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan terbukti tidak rasuah itu dan yang mendapat undi tercorot adalah Mukhriz, yang tidak pun didakwa dan disiasat atas apa-apa kesalahan rasuah itu.

Kini perwakilan Pemuda Umno bolehlah memberitahu Dr Mahathir, kamu diam. Sebagaimana saya, kamu juga bukannya ahli Umno. Ha ha ha.

Sekarang, Abdullah mempunyai sedikit sahaja waktu. Dalam ucapan dasarnya, Abdullah tidak sebut pun soal bila dia akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Yang berlaku hanya perhimpunan agung Umno mengesahkan Najib adalah Presiden Umno yang baru menggantikan Abdullah.

Terbukti, melalui keputusan Pemuda dan Wanita, Abdullah mendapat sokongan dari perwakilan Umno. Namun yang mengawal Umno sekarang adalah orang luar Umno. Persoalannya, apakah Abdullah akan terus berlalu begitu sahaja atau dia akan berbuat sesuatu di saat-saat akhir ini selepas mendapat signal yang jelas dari para perwakilan.

Tuntutlah Ilmu.

Islam mewajibkan penganutnya untuk menuntut Ilmu, sekaligus bermaksud Islam adalah agama yang menganjurkan "sifar buta huruf". Sebagaimana Sabda Rasul : Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim.



Dengan memiliki ilmu seseorang itu akan mengenal Allah SWT, lalu memahami batas-batas halal dan haram. Punca rujukan Ilmu terpenting dalam Islam ialah Al Quran dan Hadits. Dengan berpegang kepada dua rujukan utama ini manusia tidak akan sesat selama-lamanya.

Kesesatan berlaku bila manusia berlepas dari berpandukan kepada dua perkara pokok ini. Mereka mementingkan akal dan nafsu semata-mata. Sedangkan nafsu dan akal mesti lah terbimbing oleh Al Quran Dan Sunnah barulah ianya menjadi sempurna sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Pentingnya menuntut Ilmu sehingga dalam keadaan perang tidak semua yang diperintah untuk berperang tetapi sebahagiannya disuruh pergi menuntut ilmu :


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Tidak sepatutnya bagi mu`minin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.(At-Taubah:123 )

Muhasabah Diri Sendiri

Kebanyakan manusia kebiasaannya melihat kepada keburukan orang lain tanpa menyedari diri sendiri memiliki banyak kelemahan dan dosa-dosa. Banyak masa yang dipergunakan untuk membicarakanya hal orang lain tanpa ada muhasabah untuk diri sendiri.


Firman Allah SWT :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌلَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.(At-Tahrim:07 )

Sepatutnya kita lebih dahulu memperbetulkan diri sendiri dan orang yang terdekat sebelum membetul dan berbicara masalah orang lain. Apa lagi jika kita sudah menyatakan bahawa kitalah pejuang Islam yang sejati. Sudah sampai masanya kita kembali kelandasan yang sebenar dengan terlebih dulu membetulkan diri sendiri.

Pintu Rezeki dan Pintu Berkat

Sesungguhnya seseorang akan tertutup rezekinya karena melakukan suatu dosa?(HR. Ibnu Majah dan al-Hakim). Imam Ghazali menjelas maksud tertutup pintu rezeki dan pintu berkat adalah dijauhkan dari rahmat Allah SWT.

Harta yang banyak belum tentu merupakan rezeki yang boleh dibanggakan. Sebab, agama Allah bukan hanya melihat banyak mana harta yang kita perolehi , tetapi juga Allah akan menilai cara untuk mendapatkannya. Mungkin kerana jalannya bercanggah dengan Islam menyebabkan sebahagian atau seluruh harta yang kita peroleh adalah hasil dari pintu rezeki yang tidak berkat. Sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas, ada kalanya pintu berkat tertutup bagi seseorang hamba.

Sebab itu orang-orang beriman selalu tergerak hatinya untuk beribadah dan melakukan kebaikan dan selalu berusaha menjaga proses mencari rezeki . Rasulullah saw mengatakan bahwa orang-orang beriman mencari harta secukup untuk dapat menegakkan tulang bagi beribadah kepada Allah, menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Memakan harta yang tidak berkat memberi kesan sampingan yang amat buruk. Tanda-tanda bahwa kita sudah terjerat dengan harta haram adalah bila seseorang merasa mudah untuk melakukan keburukan atau kemaksiatan, namun merasa berat untuk melakukan ibadah serta perbuatan-perbuatan baik lainnya.


أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al Baqarah : 157)

Muhyiddin dipilih Timbalan Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menang jawatan Timbalan Presiden Umno yang baru dengan memperoleh 1575 undi.

Beliau menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menerima 916 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno sebentar tadi.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perpaduan, Kebudayaan,Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masing-masing memenangi tiga jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru Naib Presiden Umno.

Zahid memperolehi 1592 undi, Shafie (1445), manakala Hishammuddin 1515 undi.

Dalam pada itu, dua menteri dan seorang timbalan menteri kabinet iaitu, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Datuk Noraini Ahmad gagal dalam usaha merebut kerusi Majlis Tertinggi kali ini.

25 calon yang menang kerusi MT ialah:

- Ahmad Husni Mohd Hanadzlah

- Abdul Latiff Ahmad

- Awang Adek Hussain

- Idris Jusoh

- Abdul Azeez Abdul Rahim

- Tajuddin Abdul Rahman

- Lajim Ukim

- Mohd Puad Zarkashi

- Zulhasnan Rafique

- Ahmad Shabery Cheek

- Noh Omar

- Bung Mokhtar Radin

- Musa Aman

- Saifuddin Abdullah

- Hamzah Zainudin

- Mohd Zin Mohamed

- Azian Osman

- Shaziman Abu Mansor

- Jamaludin Jarjis

- Dr Norraesah Mohamad

- Zainal Abidin Osman

- Ismail Sabri Yaakob

- Mahadzir Khalid. Mstar.

ADUN Titi Serong lapor polis bolg tulis "Kill Nizar".

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai Blog yang menyiarkan satu tulisan dan belakang wanita yang ditulis dengan tatto "kill nizar" di Balai Polis Changkat Jering dan di IPD Taiping. Laporan itu telah dibuat oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Berikut ini adalah laporan penuh tersebut :

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 26 Mac 2009
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah Laporan Polis saya :-

Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com/ (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.

Saya mendapati tulisan bertajuk “Kill Nizar” dan tulisan “kill nizar” pada badan wanita seperti yang disiarkan oleh penulis blog tersebut adalah sangat tidak bertanggung jawab, menghasut dan satu penghinaan.

Dipercayai ianya diterbitkan kerana berkaitan dengan pengumuman Dato’Seri Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS bagi PRK Bukit Gantang seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS pada 23 Mac 2009 di Padang Taman Kota Jaya Simpang.

Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci kepada penulis blog tersebut kerana ianya mengandungi unsur-unsur menghasut yang melampau diluar batas undang-undang Negara.

Laporan ini juga adalah satu laporan untuk melindungi Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari sebarang ancaman keselamatan yang menyalahi undang-undang Negara , serta saya mendakwa sekiranya apa-apa yang berlaku kepada beliau selepas laporan ini dibuat adalah kesan dari laman blog yang menghasut ini, dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil kepada pemilik blog ini.

Sekian laporan saya yang sebenarnya,



(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Undi penentu , hidup mati UMNO bermula.

Pengundian untuk memilih jawatan atasan Umno bermula tidak lama lagi, sejurus selepas para perwakilan kembali jam 11.45 pagi setelah mendengar ucapan dasar presiden. Pengundian ini bagi saya akan menentukan hidup atau matinya UMNO.

Ramai peminat politik menantikan keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Bila Muhammad Taib menang maka lengkap lah satu barisan kepimp[inan UMNO yang bergelumang dengan jenayah rasuah dan mempercepatkan proses pereputan UMNO.

Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat.

Seramai 2,509 perwakilan ke perhimpunan agung Umno ke-59 akan menentukan corak kepemimpinan parti itu pada tahun-tahun mendatang melalui undi mereka hari ini - yang kemudiannya bakal diterajui oleh timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.

Saat-saat genting berkempen sudah berakhir, hanya tinggal debaran sehingga keputusan diumumkan malam ini.

Bagaimanapun para penyokong di luar bilik persidangan di Dewan Merdeka PWTC tetap rancak berkempen saat akhir sebentar tadi.

Selain menggamatkan suasana, kehadiran mereka juga turut menyulitkan pergerakan para perwakilan, wartawan dan pemerhati.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.

Selamat tinggal UMNO !

'Sekat rakyat cepatkan Umno berkubur'

Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan lama yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat, kata presidennya.

"Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama - kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga - dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

"Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mungkinkah ucapan ini melambangkan kesedaran dari hati yang semakin insaf bahawa UMNO setelah pemergian beliau tidak akan mendapat tempat lagi bagi orang Melayu. Kerana apa ? Kerana orang Melayu dan bangsa lain telah muak dengan lakonan pemimpin negara yang bercakap lain dan bertindak lain.

Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang.

"Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

Ucapan terakhir Abdullah sebagai Presiden UMNO pada hari ini dalam suasana para pendokong kebebasan media mengecam dasar kerajaan mengharamkan penerbitan akhbar rasmi PAS Harakah dan Suara Keadilan.

Debaran baru di perhimpunan Umno

Sekali lagi hari ini, perhimpunan agung Umno menjadi tumpuan negara apabila pengundian tokoh-tokoh kanan parti bermula selepas ucapan presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ucapan dasar terakhir beliau ini "Masa Depan dan Survival Parti" paling dinanti-nantikan untuk mengetahui arah tuju parti itu, kritikannya pada pembangkang dan sikapnya di penghujung kepemimpinan nasional.


Ia dijadual bermula jam 9.30 pagi ini, kemudian diikuti proses pengundian pada pukul 11 pagi.

Sesi perbahasan usul-usul juga menarik perhatian ramai apabila perwakilan - secara tradisi - mengajukan kritikan dengan pantun atau seloka, nada keras dan lawak jenaka.

Ramai peminat politik menantikan keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah dalam persidangan minggu ini.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan penting selepas sesi penggulung, tengahari Sabtu ini.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.Malayskaini.

Panduan jika anda ditahan polis

Ali Bukhari Amir Mar 25, 09 3:25pm

'Buku merah' Majlis Peguam - panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu.

Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu,www.malaysianbar. org.my.

Risalah dua halaman 'Polis dan Hak Asas Anda' disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).

Dalam buku kecil itu terdapat panduan:

Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas.

Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan,

Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan.

Buku panduan itu menjelaskan juga cara-cara memberikan keterangan kepada polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain prosedur tahanan reman dan tatacara pemeriksaan badan.

Ia juga memuatkan nombor telefon pejabat-pejabat Pusat Bantuan Guaman (LAC) badan profesional itu di seluruh Semenanjung.

Kira-kira 100,000 salinan 'buku merah' telah dicetak untuk edaran kali pertama bulan lepas.

Edisi bahasa Melayu buku merah akan diedarkan, termasuk di laman web, apabila ia siap disediakan.

Pilihanraya Kecil Parlimen P.59 Bukit Gantang: Mengapa Pakatan Rakyat Wajar Menang Majoriti Besar

1. Pendahuluan

1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shahrum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak.


1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %) India. Daftar pemilih Bukit Gantang mengandungi seramai 18,959 (34.12 %), iaitu melibatkan pertambahan 690 orang pengundi muda berbanding jumlah semasa PRU 2008. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati Melayu 68.68 %, Cina 23.91 % dan India 9.42 %. Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 lelaki (51.73 %) dan wanita 9,151 (48.27 %). Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU 12, maka pada pilihanraya kecil ini, pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang). Daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Warga emas jumlahnya merosot sejumlah 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu, kemungkinan disebabkan kematian pengundi tersebut.

2. Kenapa PAS wajar menang majoriti besar

2.1 Akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak secara keseluruhannya. Jika PAS memenangi pilihanraya kecil ini akan memberi kesan negatif kepada bakal PM dan jentera UMNO dan BN seterusnya. Ini bermakna para pengundi tidak mudah ditipu. Kemenangan PAS akan mendorong dan meningkat moral sokongan rakyat di semua lapisan peringkat dan negeri-negeri lain kerana rakyat boleh berubah haluan menyokong parti lawan.

2.2 Untuk memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat (PR). Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti adalah suatu ‘indication’ bahawa rakyat menolak pemainan “politik pintu belakang” yang diamalkan oleh BN. Rakyat Perak perlu menebus kembali maruah dan harga diri mereka. Kerajaan yang naik secara permainan politik kotor secara merampas kuasa dan seterusnya mentadbir negeri secara tidak demokratik sewajarnya dihukum oleh pengundi yang bermaruah. Ini adalah merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi wajar dipulihkan.

2.3 Sejarah kemenangan BN sehinggalah pada 8 mac, 2008 dianggap “a strong UMNO seat”, namun dapat dirampas oleh PR, maka pilihanraya kecil ini akan membuktikan rakyat tetap menolak UMNO/BN selama-lamanya.

2.4 Pertembungan dan Pertempuran di Bukit Gantang nanti bukannya suatu yang mudah, setelah BN kecundang di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, maka berbekalkan kepada momentum terkini, dipercayai rakyat tidak akan tunduk dengan ugutan dan rasuah politik. Peluang ini merupakan kemenangan berterusan dan tentunya akan mencipta sejarah tersendiri.

2.5 Membuktikan tohmahan Nizar kononnya menjadi tunggangan dan boneka DAP dan tidak mendapat restu kaum Melayu sewaktu menetapkan polisi dan tindakan yang dilakukan semasa mentadbir negeri selama 11 bulan adalah dakwaan palsu dan tuduhan tidak bertanggungjawab. Pengundi Melayu merupakan 63.28% akan tetap menyokong seorang calon yang mempunyai integriti dan akauntabiliti.

2.6 Sokongan pengundi muda dan demografi pemilih yang terdiri daripada orang Melayu mestilah dilakukan secara strategik bagi memastikan sokongan kepada PAS tidak berbelah bahagi. Mereka adalah penyumbang besar mengekalkan identiti permuafakatan politik yang bistari.

2.7 Sokongan pengundi kaum bukan Melayu adalah lambang perpaduan baru dalam politik yang merentasi ras, etnik, kaum, budaya dan agama. PR adalah satu barisan alternatif baru yang merubah ‘dimension and landscape of Malaysian politics’. Dengan keutuhan solidariti dan muafakatan di dalam PR serta komitmen para pemimpin tertinggi lambang keyakinan untuk menangani dan menyelesaikan semua permasalahan rakyat. PR is hoping to improve aspects of our current system or to ensure that they can address specific aspects of political reform.

2.8 Barisan pembangkang berusaha gigih meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu memberi sumbangan besar di dalam proses pembangunan negara jika diberi peluang. Ramai tokoh yang berkaliber dan berpotensi mampu diketengahkan.

3. Rumusan

3.1 Seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong PAS wajib memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan dan mengekalkan kemenangan parlimen Bukit Gantang ini. Rakyat Perak wajar menghantar isyarat yang jelas kepada BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” adalah tidak bermoral. Suara rakyat yang menginginkan pembubaran DUN Perak tidak diendahkan, wajar diterjemahkan di peti undi dengan memangkah PAS. UMNO adalah parti yang sentiasa tak lekang dan penuh dengan tipudaya dan onah. Rakyat mesti merenung adat warisan kita, “bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru” bermaksud, sesuatu kejahatan yang besar tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Keadaan orang Melayu dan rakyat ketika ini terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan, bagai melukut di tepi gantang. Di mana dan dengan siapa rakyat hendak berlindung, ibarat kata, bagai anak ayam kehilangan ibu. Rakyat kini berada di dalam kesusahan, seolah-olah sudah kehilangan tempat bergantung. UMNO tidak mempedulikan sentimen rakyat.

3.2 Justru itu, UMNO mesti ditumbangkan, supaya mereka sedar peri pentingnya menunaikan tanggungjawab sebenar memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air. Aku menjangkakan undi majoriti melebihi 5,000 adalah tepat pada masanya. Khusus kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang, terimalah tawaran daripada PAS dan PR dengan hati yang terbuka dan rela. Percayalah bahawa UMNO bukan tawaran yang terbaik masa kini kerana jika terus menyokong UMNO, rezeki secupak takkan jadi segantang.

Daripada
Razali Tumirin
Hull, UK
http://razalitumirin-zali.blogspot.com/

Keampunan Allah

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya. "jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

" Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. email : seagator738

Enam pesanan khusus untuk wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat
solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidup kan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca
Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah
kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi
zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang
menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan. Email:Zamri kecik's

Ramalan saya, perang antara pemimpin UMNO akan berlaku di Bukit Gantang !

Kemenangan Khairy Jamluddin sebagai Ketua Pemuda umno akan menyaksikan satu protes dan serangan secara senyap kepada Khairy akan berlaku di Bukit Gantang. Malah PRK Bukit Gantang akan menjadi medan melepas geram kepada pemimpin Umno yang menang dengan cara rasuah pada pemilihan kali ini.

Kalau Khairy yang disambut dengan sorakan "khairy rasuah" bila dia diumumkan menang malam tadi, saya yakin sorakan itu akan dibawa ke Bukit Gantang.

Setahu saya Pemuda Bukit Gantang adalah penyokong kuat kepada Mukhriz yang kalah. Mukhriz kalah dalam keadaan Khairy sudah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO, tapi masih dibenarkan bertanding. Ini lagi faktor yang menyokong ramalan saya akan berlaku "perang" di Bukit Gantang.

'Setel' kan hutang kita, pangkah Hishamuddin esok! - Arahan pertama KJ

Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas boss mereka, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.

Katanya, amanah atau tugas yang diserahkan bekas Ketua Pemuda itu cukup berat.

“Besar tanggungjawab ini. Kalau silap, wajib tegur saya dan yang lain. Kita bukan pemimpin atau manusia terbaik. Pada bila-bila masa, kita perlu sedia ditegur,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengakui kemenangannya bukan majoriti dan itu jelas tanda barisan dalam Pemuda perlu dirapatkan antara setiakawan, pemuda berani dan berani berubah.

“Dalam barisan baru ini perlu ada pemuda yang berani untuk sama-sama masuk ke kubu lawan, perlu ada yang berani berubah untuk membawa perubahan kepada UMNO atau parti akan rebah,” ujarnya.

Dalam persaingan tiga penjuru itu, Khairy memperolehi 304 undi manakala Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir, 232 undi.

Katanya, kemenangan ini catat sejarah kerana pertandingan tersebut menunjukkan semangat demokrasi yang cukup tinggi dan matang oleh semua perwakilan. / Agendadai

Laporan Polis petang ini jam 2.30 petang.

Satu Laporan Polis atas isu yang akan dimaklum setelah laporan dibuat akan dilakukan oleh ADUN Titi Serong , Drs. Khalil Idham Lim di Balai Polis Changkat Jering pada jam 2.30 petang ini. Dijangka beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat akan ikut serta.