26 March 2009

Sedikit musibah.

Kelmarin 25 Mac badan sedikit kurang selesa rasanya, makan pun kurang selera. Saya banyak berehat di rumah. Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini tidur tidak menentu dan kurang isterehat.

sekitar jam 6 semasa bersiap untuk ke Bukit Gantang saya masuk ke dalam tandas seperti biasa. Entah kenapa musibah mendatang, tergelincir dan saya sempat berpaut di singki namun ia tidak sekuat mana lalu ia jatuh berkecai bersama jatuhnya badan ini ke lantai.

Pembantu saya Razi dan Pak Din yang berada di bawah bergegas ke tingkat atas dengan bunyi singki yang jatuh, dan jeritan dari anak kesayangan Aiman, Abi jatuh, Abi jatuh....

Kalimat pertama setelah saya sedar dari keadaan yang belaku sekelip mata itu ialah, innalillah wa inna ilaihiraajiuun....

alhamdulillah hanya tangan yang mengalami sedikit luka namun sempat darah menitis deras sebelum dihentikan dengan tuangan minyak gamat. Belakang dan badan ini masih terasa sakit sampai pagi ini.

Malam tadi saya berangkat juga ke Bukit Gantang, sempat ceramah di UPU Jebong walaupun orang tidak seramai mana dalam keadaan hujan lebat yang berterusan.

Bila menerima talipon adakah saya berangkat atau tidak dalam keadaan kurang sihat, saya katakan "jumpa pembesar suara hilanglah sakit tuu".

Pemuda UMNO pilih rasuah - KJ menang Ketua Pemuda.

Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).

KJ dan KT disiasat oleh jawatankuasa disiplin berikutan aduan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi pertandingan ini. KJ didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran manakala KT diputuskan tidak bersalah. Mukhriz merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda yang tidak disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan pertandingan ini.

Kemenangan ini memberikan nafas baru kepada hayat politik KJ selepas pengumuman keputusan bapa mertuanya melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Sementara itu, keputusan ini dikatakan memberi tamparan kepada Dato' Seri Najib dan mentornya Tun Mahathir yang mahukan Mukhriz memenanginya.

Keputusan ini juga menandakan penghujung hayat politik KT yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri Selangor berhubung salah guna kuasa menggelapkan dan membazirkan jutaan wang kerajaan untuk kepentingan diri sepanjang menerajui negeri itu.

Jawatan Ketua Wanita dimenangi oleh Shahrizat Jalil manakala Rosnah Abdul Rashid Shirleen memenangi jawatan Ketua Puteri./Jeritan minda politik.

Kemenangan Khairy disambut dengan sorakan "Khairy rasuah"

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.

Khairy menafikan dakwaan tersebut kerana beliau masih berkelayakan bertanding bagi jawatan tersebut tanpa sebarang halangan.

"Tidak, tidak ada... saya layak bertanding," katanya ringkas ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda lewat malam tadi.

Minggu lalu Lembaga Disiplin mendapati Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan politik wang.

Dalam persaingan tiga penjuru merebut, Khairy memperoleh 304 undi meninggalkan dua lagi calon iaitu ahli Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Khairy dalam ucapan penangguhannya setelah diumumkan sebagai Ketua Pemuda berkata, dengan semangat setiakawan yang menjadi tema kempennya, beliau berjanji tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam barisan kepimpinannya.

"Tak bermakna yang tak bersama saya (bukan penyokong) akan dipinggirkan, semangat setiakawan akan sentiasa diterapkan," katanya.

Beliau mahu semua ahli Pemuda merapatkan semula barisan dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar.

"Kita akan berhadapan dengan tugas berat iaitu berhadapan dengan pilihan raya (kecil) nanti," katanya.

Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.

Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.

Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.

Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan.

Siapa pun ketua semua sayap UMNO sama saja !

Malam ini kita menerima berita kemenangan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO, Khairy sebagai Ketua Pemuda dan Rosnah sebagai Ketua Puteri.Disamping kemenangan Jawatan kuasa yang bertanding di ketiga-tiga sayap UMNO tersebut.

Beberapa hari lagi kita akan mengetahui pula siapakah yang akan dipilih sebagai Timbalan, Naib dan Ahli Majlis Teringgi UMNO Malaysia, disamping Najib yang cuma menunggu untuk disahkan sebagai Presiden UMNO yang baru.

Demikian lah senario dan wajah politik Melayu sehari dua ini, menyaksikan satu pertandingan sengit untuk semua jawatan dalam UMNO. Khabarnya jumlah dana yang dibelanjakan untuk pertandingan melebihi jumlah untuk pilihanraya umum. Jika dakwaan itu benar itulah realiti perebutan kuasa yang akan memangsakan rakyat Malaysia sebagai tebusannya nanti.

Saya sangat hairan dengan segelintir rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang mudah tertipu dengan wajah-wajah baru yang diangkat jadi peneraju UMNO. Mereka beranggapan sesuatu yang baru akan muncul bila pemimpin baru akan meneraju UMNO.

Sebenarnya perjuangan UMNO sudah tersasar jauh dari matlamat asal, kita ambil contoh dalam mempertahankan bahasa Melayu, apa yang diucapkan oleh ketiga-tiga sayap UMNO hambar, mungkin sedikit diselamatkan oleh usul menentang PPSMI oleh wanita, itupun saya yakin akan dibangkul sampahkan.

Bila Pak Lah jadi Presiden semua gelap mata, sehingga BN menang besar PR ke 11 tahun 2004. akhirnya Pak lah yang menjadi PM yang paling lemah dalam sejarah Malaysia.

Selain itu semua sudah faham apakah matlamat berjuang dengan UMNO, iaitu mengharapkan projek dan belas ihsan dari pemusatan khazanah negara oleh yang berkuasa dan tentunya diagihkan kepada kerabat dan kroni terdekat.

Mendapat jawatan mestilah dengan membeli undi secara terang-terang kalau tidak pasti tidak akan menang. Siapa yang banyak melabur dialah yang menang. Ketokohan dan pengalaman politik dan sebagainya kelayakan yang sepatutnya dinilai akan tenggelam dengan kepingan kertas bersinar. Itulah nasib bangsa Melayu yang berjuang dalam UMNO.

Mahu tidak mahu semuanya terpaksa mengakui bahawa pemilihan adalah proses menukar cat bukan menukar pemandu kalau diibaratkan sebuah bas. Jangan tertipu dengan melihat bas telah bertukar warna kerana kelajuan, distinasi dan sebagainya masih sama.

Kalaupun ada ucapan ingin membawa perubahan, yakinlah ianya sebagai syarat dan gimik yang hasilnya bukan ke mana.

Tidak percaya tunggulah beberapa waktu kehadapan. Kita akan menyaksikan enjin bas itu akan tersendat walaupun diharapkan mati terus. Kerana apa ? kerana ianya sudah tidak diterima lagi oleh rakyat sebagai wadah memperjuangkan nasib mereka.

Maka benarnya mengikut satu kajian hanya 19 pratus sahaja lagi orang Melayu yang mahu BN dan UMNO memerintah, dan cuma 1 pratus dan 3 pratus saja lagi Cina dan India yang mahukan kepada BN dan UMNO memerintah.

Ertinya mudahlah kita menang di Bukit Gantang nanti.

Khairy menang ketua pemuda.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno dengan memperoleh 304 undi.

Sementara jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, 417 undi.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dua lagi pencabar beliau,bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memperoleh 254 undi manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 232 undi.

Ketika Khairy menyampaikan ucapan penggulungan petang tadi wujud suasana tegang di antara penyokong-penyokong Khairy dan Mukhriz di aras 1 bangunan PWTC.

Shahrizat menang, Wanita dapat ketua baru.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah memenangi jawatan Ketua Wanita Umno.

Beliau telah menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz. Keputusan rasmi menunjukkan beliau memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya, Rafidah yang memperoleh 280 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita, Tan Sri Napsiah Omar pada pukul 9:05malam.

Ucapan pemuda UMNO biadap, tidak hormat undang-undang.

Pembahas daripada Pulau Pinang Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" daripada penjara.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul menyentuh ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Demikianlah kebiadapan pembahas dalam perhimpunan Agong pemuda UMNO yang melangkaui bidang kuasa dan tugas sebenar sebagai seorang warga negara yang mesti menghormati maruah dan hak seorang warga negara Malaysia.

Anwar dibebaskan atau ditahan tidak ada kaitan dengan perhimpunan agong UMNO. Ia berkaitan dengan undang-undang dan perbicaraan di mahkamah yang masih diharapkan ada bibit keadilannya, walaupun yang jelas ianya difitnah dan dianaiya dan dipermalukan oleh musuh politiknya.

Adakah pemuda umno mahu mencadangkan Malaysia sebagai negara polis atau "kuku besi" demi mempertahankan kuasa yang hampir hilang. Bebas atau tidaknya seseorang dari penjara tidak semudah yang diucapkan kerana ianya adalah kaitan dengan kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah.

Ucapan sedemikian semacam seorang yang melihat rumahnya terbakar hangus, dalam keadaan kelam kelabut dia sudah tidak tahu apa yang hendak dibuat. Demikianlah pemuda umno yang tahu kapal umno hampir karam dan sudah tahu kubur umno sudah siap digali. Kerana itulah ucapan sedemikian diucapkan.

Pembahas inilah sebetulnya petualang bangsa yang disebutkan oleh tukang cium keris di atas.

Lima jalan ditutup untuk penamaan calon Bukit Gantang

IPOH: Polis trafik akan menutup lima jalan utama di bandar Taiping bagi membolehkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Ahad ini berjalan lancar.

Menurut kenyataan akhbar polis hari ini, jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek.

Jalan-jalan tersebut akan ditutup mulai Sabtu ini pukul 12 tengah malam hingga Ahad pukul 1 tengah hari.

Orang ramai dilarang melalui jalan tersebut serta tidak meletak kenderaan mereka di sepanjang jalan yang disebutkan itu sehingga proses penamaan calon selesai.

Kerjasama orang ramai adalah amat dihargai bagi melancarkan proses penamaan calon tersebut.

Cium keris, Terima kasih Hishamuddin

Sewaktu majlis perasmian Pemuda, ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih meneruskan tradisi baru tetapi kontroversinya yang mengarak dan mencium keris. Inilah lambang yang masih ada pada pemuda UMNO, keris itulah yang membunuh Bahasa Melayu.

Hishamuddin kononnya seorang pendekar.

Dr Fikrah
Hari ini, Hishamuddin telah mengubah wataknya daripada seorang yang “pemalu” kepada seorang pendekar yang garang. Gayanya itu sememangnya mencederakan perut-perut orang yang mendengarnya. Semua pendengar tercedera perut kerana tidak tahan gelak, melihat gayanya itu. Kata-kata tersebut diiringi dengan keris dan menciumnya. Kononnya dia seorang pendekar Melayu. Pendekar Melayu haprak yang menjahanamkan Bahasa Melayu ada la.

Dalam ucapannya itu, beliau menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan "16 September" yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya "petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul".

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia.

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan Ilahi menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak, bersifat sombong.

"Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul," katanya.

Tambahnya, "petualang" tersebut seorang yang "gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang."

"Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri," katanya.

"Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini."

Inilah beberapa kata-katanya yang sempat diciplak daripada Malaysiakini. Melucukan bukan. Sebelum saya mengulas kata-katanya, Malaysiakini juga menunjukkan gambar beliau menyarung keris, kononnya seorang pendekar. Tapi, pegang keris pun tak betul!!

Hisham mendakwa bahawa Anuar Ibrahim cuba mengajar anak ketam berjalan betul, sedangkan beliau lupa, PPSMI itulah contoh Hisham sendiri yang mengajar anak ketam belajar betul!! Memang memalukan. Kata-katanya terpalit ke mukanya sendiri. Seolah-olah mengambil najis kucing lalu ditempek ke muka sendiri sambil berkata, tahi kucing adalah najis yang perlu dihindari!

Beliau juga mengatakan bahawa Allah SWT telah menjadikan impian 16 september tersebut menjadi terbalik, iaitu kejatuhan Negeri Perak ke tangan BN. Inilah satu keaiban yang dituturkan oleh seorang yang merasakan dirinya seorang pendekar. Pendekar pun belajar agama, tetapi Hisham mungkin tersilap faham. Perbuatan Zambry merampas Perak adalah secara haram, mana mungkin perbuatan itu diredhai oleh Allah! Haprak punya Hisham.

Selain itu, Anuar juga dikatakan sebagai seorang yan gila kuasa, bersekongkol dengan musuh untuk menghina tanah air. Adakah Hisham lupa, beliau sendiri yang menghina Bahasa Malaysia sendiri! Mempersenda institusi Raja? Siapakah yang melakukan demikian kalau bukan UMNO sendiri. Memang kata-kata itu terpalit ke mukanya semula.

“cakap bohong lama-lama jual negeri”… Adakah Hisham tidak sedar, dia telah pun menjual Bangsa Melayu kepada mat saleh? Sudahlah cakap pun putar belit, bukan setakat menipu, jual bangsa pula. UMNO menentang politik kotor? Siapakah yang mengamalkan politik kotor, dan ia telah pun dibuktikan oleh Lembaga Disiplin sendiri. Haprak punya Hisham.

Nasihatku kepada Hisham, kononnya seorang pendekar yang memperjuangkan Melayu. Hindarkanlah diri anda daripada menuturkan kata-kata yang mengutuk diri sendiri. Sekiranya anda tidak mahu mengutuk diri sendiri, lebih baik diam. Apabila anda berkata, sudah nampaklah keaiban itu. Selain itu, Najib perlu mempelajari tatasusila dan adab sebagai seorang pendekar. Sedap mulut memanggil orang sebagai petualang sedangkan diri sendiri yang menjahanamkan anak Melayu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah
http://drfikrah.blogspot.com

UMNOlah petualang bangsa !

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh 'petualang bangsa' dan berikrar mempertahankan kedaulatan negara.

Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

"Kita tidak akan membiarkan sama sekali tiangtiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2008 di sini hari ini.

Beliau yang tidak menyebut nama siapa yang dilabelkan sebagai petualang itu, berkata orang berkenaan sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyemai benih kebencian, bersekongkol dengan musuh dan menidakkan hak bangsa sendiri, kerana gilakan kuasa.

"Selain itu beliau juga sanggup menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda institusi raja dan sesiapa juga untuk memenuhi nafsu rakusnya," katanya.

Hishammuddin yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua pergerakan itu kali ini kerana bertanding jawatan naib presiden Umno, berkata petualang bangsa itu bertindak sebagai manusia pelbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi.

Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak menyalahguna kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api perkauman kerana ia boleh memusnahkan negara.

"Kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu, janganlah mengambil kesempatan menonjol keberanian, bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat yang mulia untuk melontarkan tuduhan liar tidak berasas," katanya.

Beliau berkata pembangkang kini dilihat sedang menyusun usaha secara terancang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.

"Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputera. Kontrak sosial sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman," katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati orang Melayu sepanjang 11 tahun menerajui pergerakan itu.

"Saya sedar banyak SMS dan surat layang disebarkan menyerang peribadi saya...saya menyerahkan kepada penilaian Ilahi yang Maha Mengetahui."Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar pengasas Umno) ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu," katanya.

Beliau juga meminta barisan kepimpinan Pemuda yang baru supaya terus berusaha menarik minat golongan muda untuk menyertai Umno dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti.

Hishammuddin mahu pergerakan itu terus mendampingi rakyat dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa nasib mereka adalah sentiasa dibela.

Sehubungan itu faktor keikhlasan, kejujuran dan integriti amat penting dijadikan asas penilaian dalam memilih barisan kepimpinan Pemuda yang akan diamanahkan untuk menentukan masa depan dan hala tuju pergerakan itu, tambahnya. Mstar.

Kit Siang pula kena halau.

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap Umno dengan mengeluarkan kata-kata 'Umno Gila' dan 'Umno Gila Kuasa'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.

Lim sebaliknya bertegas dan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.

Bagaimanapun pandangan itu tidak diterima Ronald yang mengatakan bahawa terdapat ramai anggota Umno dalam dewan itu yang sakit hati dengan kenyataan itu.

"Saya tidak mahu ambil tindakan tetapi kalau Yang Berhormat (YB) berdegil seperti ini YB telah melanggar arahan saya. Saya tidak ada cara lain melainkan mengeluarkan YB daripada dewan ini sehingga jam 1 tengah hari ini," katanya.

Kali terakhir Lim diarah keluar dewan ialah sekitar 1990an apabila beliau digantung daripada menghadiri persidangan dewan selama lapan bulan.

Sebelum itu persidangan Dewan Rakyat kecoh hampir 30 minit apabila anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah ekoran kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menyifatkan Lim tidak tetap pendirian berhubung Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009, kerana menghalang pembentangannya hari ini walaupun sebelum ini mengakui kepentingan rang undang-undang itu.

Menafikan kenyataan Mohd Puad, Lim berkata beliau tidak menghalang rang undang-undang itu daripada dibahaskan, sebaliknya hanya mempertikaikan mengapa ia dibahaskan secara tergesa-gesa sehingga tidak memberi masa kepada anggota Parlimen untuk mengkaji pindaan yang akan dibuat.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

"Saya tahu semua ahli Umno sedang gila dengan perhimpunan Agung Umno sekarang... Umno gila kuasa," kata Lim yang menimbulkan kemarahan di kalangan anggota Parlimen kerajaan yang bangun menuntut supaya Lim menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan ada beberapa anggota Parlimen lain mengeluarkan perkataan kesat, termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan pembangkang sebagai "biadap".

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pembangkang yang tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap Lim bangun membantah dan terus mengulang-ulang perkataan 'Umno Gila Kuasa' sebelum sebahagian besar turut keluar dewan.Mstar.

Siapa yang paling banyak "melabur" dia akan menang !

Beginilah suasana yang sedang berlaku di PWTC. Perebutan jawatan dan sayap Wanita UMNO berada dikemuncaknya apabila perwakilan mula memilih. Lucunya suasana jadi macam pasar malam, tukang kempen berkeliaran disana-sini.

Sebetulnya semuanya sudah ada keputusan berdasarkan pertemuan dengan agen-agen calon yang telah "dimaksumkan" oleh lembaga displin. Kalau ada yang bertanya siapakah yang akan menang saya dengan spontan akan menjawab, yang menang adalah yang paling banyak "melabur".

Perwakilan ketiga-tiga sayap Umno mula mengundi bagi menentukan barisan kepimpinan baru mereka yang mula mengundi pada pukul 12 tengah hari tadi. Proses pengundian dijangka akan mengambil masa selama dua jam.

Proses pengundian bermula selepas ucapan ketua ketiga-tiga pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua, Naib Ketua dan juga Exco.(gambar : Mstar)

Kementerian Kewangan lulus 1,822 lesen judi, Majlis Fatwa tiada fungsi?

KUALA LUMPUR, 13 Mac : - Sebarang Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan tinggal panduan semata-mata sekiranya ia tidak diwartakan oleh negeri-negeri malah tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.

Itulah yang terjadi kepada 1,822 lesen judi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk cabutan khas (lucky draw) yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta.

Persoalan sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu.

Perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd. Yusoff sewaktu sesi soal jawab tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.

"Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya." kata Mashitah menjawab soalan Zailah.Harakahdaily.

Umno/Bn mula bertindak kotor di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 25 Mac : - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini

"Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam.

Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan.

"Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada sekeping gambar risalah berkenaan. Adakah ini perbuatan pemimpin atau ia dilakukan oleh yang berkaki empat memanjat dan melompat di atas pokok?" tanya Asmuni.

Beliau juga mendakwa majlis pengisytiharan calon pada 23 Mac kelmarin yang dilakukan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang diganggu sedangkan ia mendapat permit polis.

"Mengapa ketika majlis sedang rancak berjalan pihak polis dan FRU berpakaian lengkap dengan senapang gas pemedih matanya tiba-tiba hendak naik ke atas pentas untuk menghalang, padahal sebelum itu pun telah ditunjukkan bahawa PAS ada permit sah," jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keadaan dapat dan kira-kira 30,000 orang pelbagai kaum yang tidak berpuas hati di atas tindakan Umno/BN hendak menunjukkan kuasa belangnya yang tidak kena tempat itu dapat ditenteramkan.

Segala aktiviti dan maklumat Bilik Pengarah Operasi P-59 boleh dilihat melalui laman web: http://prk059.pas.org.my/. Harakahdaily.

Gantung permit Harakah - Kami tidak akan berhenti bersuara!

Rakyat dikejutkan dengan tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa 23 Mac baru-baru ini.

Tiada alasan kukuh untuk menyokong penggantungan yang dibuat KDN, melainkan ianya terdorong daripada sentimen kegusaran pemerintah Umno-BN terhadap keberkesanan Harakah.

Penggantungan permit ini amat tidak adil dan harus ditarik balik serta merta.

Sejak 1987 Harakah diterbitkan, sehingga kini sudah mencapai 22 tahun, tidak sekalipun permit Harakah digantung walaupun tohmahan, fitnah, kecaman dan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Harakah.

Dalam tempoh 22 tahun, Harakah sedia ditegur, termasuk oleh KDN, dan kita melakukan perubahan jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebagai sebuah organ parti Harakah juga mempunyai visi dan misi yang tersendiri.

Malangnya, banyak tuduhan kepada Harakah merupakan dakwaan liar yang tidak berasas. Ia juga jarang dibuktikan.

Justeru, kebanyakannya bersifat tekanan politik Umno-BN.

Tindakan menggantung permit Harakah adalah yang julungkalinya dibuat, menunjukkan KDN tidak bertindak adil dan mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.KDN dipergunakan untuk kepentingan politik mereka.

Meskipun Harakah kerap dilabel sebagai 'akhbar nyamuk' yang didakwa tidak berpengaruh, dengan jumlah jualannya tidak sebesar mana, edarannya tidak meluas seperti akhbar arus perdana, tetapi yang peliknya ia begitu ditakuti dan digeruni Umno-BN.

Apalah kedudukan Harakah, jika hendak dibandingkan dengan jumlah puluhan media cetak dan elektronik yang jelas memihak kepada Umno-BN?

Tidak cukupkah lagi dengan sokongan membabi-buta media pengampu itu sehingga mereka cukup alergik untuk menerima kahadiran akhbar alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan?

Mengapa Umno-BN takut dengan suara kebenaran sedangkan Malaysia dicanangkan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menerima perbezaan pandangan dan menghormati kepelbagaian?

Hakikatnya ketakutan Umno-BN kepada Harakah membuktikan bahawa Harakah merupakan akhbar alternatif yang berjaya.

Hasil sumbangan kecil Harakah, rakyat sudah semakin terbuka minda dan tidak lagi mempercayai media pengampu Umno-BN yang bersepah di pasaran.

Umno-BN menjangkakan usaha mereka melalui KDN menggantung permit Harakah, mampu untuk menyekat rakyat mendapatkan sumber berita yang benar, sahih dan berwibawa.

Sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ini, terutama menghadapi beberapa pilihan raya kecil yang cukup kritikal buat BN, rakyat dijangka akan kembali tertutup minda.

Ternyata sangkaan Umno-BN meleset. Rakyat Malaysia matang berfikir dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Justeru penggantungan penerbitan Harakah tidak akan mampu menghalang rakyat yang cintakan demokrasi serta dahagakan keadilan untuk terus mencari kebenaran.

Penggantungan ini juga sama sekali tidak akan mematahkan semangat warga kerja Harakah untuk terus bertungkus lumus memberikan sajian terbaik buat tatapan rakyat.

Walaupun tangan kami diikat, walaupun lidah kami dikunci, kami tetap akan berjuang untuk kebebasan bersuara, kami akan terus berjuang untuk membongkar kepincangan dan malapetaka yang dibawa Umno-BN terhadap rakyat dan negara.

Kami akan teruskan usaha mulia ini dengan beberapa penerbitan yang lain, termasuk dalam laporan harian melalui Harakahdaily.net.

Apa pun, KDN diharap dapat mengembalikan kewarasan bertindak dengan membatalkan arahan penggantungan itu, bagi memastikan imej negara tidak terus tercemar dengan sikap yang tidak demokratik itu.

Dalam suasana media baru, seperti internet, menguasai keadaan, tentulah memalukan jika kerajaan BN dilihat bertambah kerdil dan penakut untuk berdepan cabaran semasa sehingga menggunakan pendekatan primitif bagi menutup peluang buat rakyat menerima bahan-bahan berita atau maklumat alternatif.Harakahdaily.

Jadual kempen PRK Bukit Gantang 25 Mac

1. 9.00 malam / Perasmian Tapak Ekspo Perniagaan / Dataran Nik Aziz Simpang/ Penceramah : Calon, YB. Dato' mahfoz Omar dan Mazlan Aliman

2. 9.30 malam/ Pelancaran jentera PRK BG/ Bukit Cempedak/Penceramah : Calon, Presiden PAS, Ust.Azman Shapawi dan Sdr. Yahya Ali.

3. 9.30 malam / Makan Malam Bersama Kaum India/ Taman Mewah Kamunting Station/ Penceramah : Calon, Presiden PAS, Ust.Ahmad Awang, Dato' mahfoz Omar dan YB. Kasevan.

Halalkah Ayam Kita?

Email : Mohd Farizul Mohamad Radzi

Apalah nasib orang-orang Islam seperti aku yang sentiasa dibayangi oleh kedegilan orang-orang bukan Islam. Walaupun telah diajar berkali-kali bahawa cara hidup orang-orang Islam tidak sama dengan orang-orang bukan Islam, tapi apakan daya, tuntutan kehidupan membatasi segalanya. Ada yang sanggup ambil jalan mudah untuk menjayakan agenda tersendiri sehingga sanggup mempertaruhkan akidah orang Islam.

Aku merujuk kepada perkembangan yang berlaku sekitar beberapa hari ini apabila TV3 menyiarkan berita mengenai kedegilan seorang pengusaha tempat sembelihan ayam kerana tidak mengikut garis panduan yang betul apabila penyembelihan dilakukan. Menonton berita di TV3 tu, aku rasakan telah termakan ayam itu kerana tempat penyembelihan itu berada di negeri Selangor iaitu tempat aku duduki sekarang.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam yang berada di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat. Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.

Ini sama halnya dengan ayam cucuk, ayam yang tidak disembelih tetapi menggunakan alat untuk mencucuk di leher ayam tersebut supaya mati. Ayam ini tidak halal dimakan oleh umat Islam kerana dikategorikan sebagai bangkai. Untuk mengenal ayam cucuk ialah di leher ayam tersebut ada kesan lubang seperti dicucuk. Seperti gambar di bawah:


-Gambar diambil dari isuhangat.blogspot. com-

Kalau dalam Islam syarat sah sembelihan ialah mesti putus urat halkum dan urat merih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh di angkat pisau tersebut semasa proses penyembelihannya.


-Gambar diambil dari isuhangat.blogspot. com-

Tapi bagi pemimpin negara, aku amat kesal kerana tak ada sebarang tindakan susulan pun diambil ke atas berita itu. Malahan,pemimpin berkenaan rilek je, seolah-olah masalah tu bukan masalah utama umat Islam. Padahal itulah yang akan mengenerasikan umat Islam suatu hari nanti, yang kini sentiasa dipengaruhi oleh perbuatan yang tidak bermoral.

Seperti kata Imam Al-Ghazali, kalau kita mahu anak kita soleh dan solehah, makanlah dari apa yang HALAL sejak dari janin lagi. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka jika diberikan makanan dari sumber yang HARAM atau kotor! Biiznillah.. .

Pemilihan Nizar tidak mengejutkan tapi menggerunkan?

PEMILIHAN Nizar sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang tidak mengejutkan tetapi sebenarnya menggerunkan Barisan Nasional terutamanya Zambry sendiri. Hari ini dilaporkan Zambry berkata kepada bernama bahawa kononnya pemilihan Nizar tidak mengejutkan.

Majoriti rakyat Negeri Perak tidak berpuas hati dengan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Ini kerana kemampuan dan ketokohan Nizar jauh lebih hebat daripada Zambry. Rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang pastinya berbangga mempunyai seorang Menteri Besar berkebolehan seperti Nizar. Nizar umpama simbol penyatuan rakyat pelbagai kaum di Perak.

Penolakan Zambry oleh rakyat terbukti apabila diperolokkan dengan laungan "boo" oleh masyarakat Cina disitu, semasa menghadiri suatu majlis di Sekolah Rendah Yuk Choy, di Ipoh.

Zambry pastinya tidak mahu jika rakyat mendapat maklumat sebenar bagaimana kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah Dato Seri Nizar Jamaluddin di rampas. Zambry dan BN tahu jika rakyat mendapat maklumat yang betul, UMNO dan BN pasti akan menerima padahnya.

Walaubagaimanapun rakyat kini mula cerdik mendapatkan maklumat yang sahih, dan tidak hanya membaca maklumat daripada berita arus perdana. Mereka boleh memilih mana yang benar.

Pengisytiharan Nizar sebagai calon, bakal membangkitkan semula memori rakyat kepada kebiadapan UMNO dan BN, apabila merampas Negeri Perak secara haram. Pengundi Bukit Gantang pastinya bijak memilih orang yang sudah terbukti kebolehannya memimpin.

Walaupun 10 bulan suatu jangkamasa yang sangat pendek tetapi pelbagai pembaharuan yang telah dilakukan oleh YAB Nizar demi kesejahteraan rakyat. Selama pemerintahan tersebut membuktikan bahawa rakyat pelbagai kaum Melayu, India dan Cina mampu bersatu dan saling mempercayai.

Penyatuan pelbagai kaum ini yang sangat ditakuti UMNO kerana menimbulkan sentimen perkauman adalah senjata merbahaya mereka untuk kekal memerintah .HAZIQ FIRDAUS

Fikir Sebelum Mendukung Biawak Hidup

Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
http://mohdisa- abdrazak. blogspot. com/

1. Memang banyak bakal guru tidak memahami dasar PPSMI yang diwujudkan pada tahun 2002 dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu. Mereka ibarat orang ketinggalan komuter.

2. Ada banyak sebab mereka ketinggalan. Di sini dikemukakan dua sebab penting. Yang pertama, mereka sibuk. Yang kedua, mereka berpegang pada amalan bahawa semua yang dari atas itu baik. Hal ini sesuai dengan ajaran yang terserap dalam kalbu mereka. Ajaran itu ialah turuti apa-apa sahaja arahan dari atas dan mengangguk-angguk sahaja apabila mendengar suara orang atas.

3. Bakal guru itu orang muda. Sebahagian besar mereka belum mempunyai maklumat lengkap tentang dasar ini. Maka, eloklah mereka mengakses maklumat yang begitu banyak di Internet. Setelah mereka benar-benar memahami dasar itu serta pro dan kontranya, baru mereka boleh mengisytihar diri sebagai penyokong atau sebaliknya. Itu barulah dikatakan membuat keputusan dengan berdasarkan ilmu.

4. Memang ada orang menyokong sesuatu dasar secara sembarangan. Ada juga orang menyokong sesuatu dasar kerana kepentingan diri. Tidak kurang pula orang menyokong sesuatu dasar kerana takut. Persoalannya, adakah orang muda yang akan bergelar guru termasuk dalam golongan penakut?

5. Sebenarnya, ada perbezaan antara penyokong dengan pendukung. Penyokong ialah penegak dasar. Penyokong berpendirian, berprinsip dan sebagainya. Lazimnya penyokong sanggup mati mempertahankan pendiriannya. Sekadar contoh, Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Al-Maududi, Mariam Jamilah dan Ibrahim Libya berpendirian.

6. Mungkin ada ahli bahasa tidak bersetuju dengan pandangan ini. Mereka mungkin berkata kamus mentakrifkan penyokong sebagai pengikut. Konotasi pengikut ialah orang biasa, bukan penegak dasar. Namun, kamus juga mencatatkan sokong ialah tiang atau tonggak. Penyokong juga bermaksud alat untuk menyokong. Alat itu dapat bernama tiang, tonggak atau topang.

7. Mari kita gantikan perkataan penyokong dengan tonggak. Tonggak asal dasar itu ialah mantan Perdana Menteri. Kini tonggak itu ialah Perdana Menteri. Kalau bukan dia, siapa lagi? Menteri yang berkenaan ialah topang. Topang lain yang mengukuhteguhkan tonggak itu ialah pengurusan tertinggi kementerian yang berkenaan dan para pegawainya.

8. Cuba bayangkan, hari ini mantan Perdana Menteri menyatakan bahawa dia menarik diri daripada menyokong dasar itu. Dia mahu dasar itu dimansuhkan demi ketenangan jiwa senjanya. Jikalau dia berkata demikian, dasar itu akan goyah dan bakal tumbang. Begitulah pentingnya tonggak seperti Perdana Menteri.

9. Lain halnya dengan pendukung. Katakanlah 1,000 pendukung di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa mereka berhenti menjadi pendukung. Mulai saat itu mereka masuk dalam kelompok pembantah. Perbuatan mereka bagai sejuta orang kanak-kanak menghembuskan angin daripada mulut untuk menumbangkan tugu negara. Oleh sebab itu, untuk menggugat dasar kita perlukan gelombang besar. Gelombang besar itu kini berupa gabungan pelbagai unsur. Antara lain namanya termasuklah surat terbuka, memorandum, saman, gerakan, laporan kajian, perhimpunan dan kongres.

10. Pendukung rendah sedikit tarafnya. Kebanyakan pendukung ialah pelaksana. Pelaksana mungkin menopang dan mungkin juga tidak menopang dasar itu. Sebagai bakal guru, pelajar yang berkenaan mesti mendukung sesuatu dasar walaupun dasar itu bagaikan biawak hidup yang siap untuk mencakar belakang mereka. Oleh sebab mereka sendiri memilih untuk menjadi guru, mereka sudah menandatangani perjanjian dan mereka sudah melafazkan ikrar, maka mereka hendaklah menepati janji dan ikrar itu. Mereka kenalah mendukung biawak hidup.

11. Pendukung pun ada kategorinya. Pendukung totok seakan-akan tonggak atau topang juga. Lihatlah ibu tulen mendukung bayi. Tidak akan dilepaskannya bayi daripada dukungannya kendatipun nyawanya terancam. Pendukung seperti ini tidak banyak.

12. Ada pula pendukung hipokrit. Jangan lupa, hipokrit itu bersinonim dengan munafik. Apabila ada faedah atau habuan, si hipokrit bersungguh-sungguhl ah mendukung dasar itu. Jumlah mereka sedikit tetapi pengaruh mereka besar. Jikalau dasar itu dimansuhkan, mereka akan gulung sehelai atau semua tikar.

13. Yang banyak ialah pendukung kasta rendah. Jumlah mereka banyak, sangat banyak. Mereka mendukung dasar itu tanpa rela dengan pengawasan yang rapi oleh pemantau atau pemerhati. Di belakang pemantau atau pemerhati, mereka letakkan dasar itu di atas lantai. Dalam golongan ini termasuklah juga pendukung yang mementingkan habuan. Mereka mempertontonkan dukungan apabila ada habuan. Jikalau tiada habuan, dukungan itu dikesampingkan.

14. Ada sekumpulan lagi pendukung yang tidak berapa faham sebab-sebab mereka mendukungnya. Apa-apa yang orang atas buat mereka ikut atau kata ya, ya, ya. Orang lurus bendul itu pandainya mengangguk sahaja.

15. Tidak dinafikan ada juga pendukung itu memang topang. Mereka dalam golongan ini hebat. Hebat itu dapat positif dan dapat juga negatif. Kelompok hebat yang pertama adalah seperti dalam senarai orang berprinsip di atas. Mari kita tambah senarai itu. Hitler, Yahudi dan George Bush hebat. Muammar al-Qadhafi dan Saddam hebat. Ustaz Ashaari Muhammad, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Karpal Singh pun hebat. Baka guru dalam kelompok mana? Kita khuatir bakal guru termasuk dalam kelompok Bush. Waduh, Bush sudah dibaling dengan kasut!

16. Akhirulkalam, fahamilah dasar itu secara mendalam. Fahamilah pertentangan dasar itu dengan Perlembagaan, Akta Pendidikan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Fahamilah implikasi dasar itu terhadap martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Fahamilah implikasi dasar itu terhadap masa hadapan generasi muda kini dan generasi yang akan datang.

17. Bahan untuk memahami perkara-perkara ini melambak di Internet. Surat terbuka ada, memorandum ada, laporan kajian ada, artikel sanggahan Dato' Baha Zain ada, tulisan panjang sanggahan Dr. Shaharil ada, laporan polis ada, usul PEMBINA ada, resolusi kongres ada, e-buku Mengapakah Kami Bantah ada dan bermacam-macam lagi ada. Bakal guru berijazah atau pemilik SPM dengan deretan A pasti mampu mengakses banyak lagi sumber lain tanpa perlu disuap-suap. Telitilah bahan-bahan itu, bukalah minda dan kemudian tetapkan pendirian dengan berdasarkan ilmu pengetahuan.

Perbanyak zikir elak budaya suka mengumpat

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENGUMPAT bermaksud bercerita serta menyatakan keburukan atau kekurangan individu kepada orang lain, sama ada dengan nama pelakunya atau individu terbabit memang dikenali orang yang mendengarnya. Mengumpat sememangnya boleh berlaku sama ada ia disedari orang yang melakukannya atau sebaliknya.

Rasulullah menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yang bermaksud, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan buruk dan hinanya sikap mengumpat ini, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama sendiri bagi seseorang yang melakukannya. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu lazim berlaku dalam kehidupan seharian.

Hakikat inilah yang perlu direnungkan kita semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain selalunya akan mendedahkan keaiban diri seseorang individu. Perlu diingat seseorang yang membuka keaiban rakan atau seseorang lain akan didedahkan segala keaiban mereka pula di hari akhirat kelak.

Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Jika pahala orang mengumpat tidak ada lagi diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang yang mengumpat adalah golongan manusia muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya iaitu, harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar; insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Perlu diingatkan ada beberapa kelakuan yang tidak dikatakan sebagai umpatan bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan.

Maka isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim. Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim. Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel juga bukanlah bersifat umpatan kerana ia terlalu umum demi membentuk naratif sebuah cerita dan kisah hidup sebagai teladan khalayak umum.

6 perkara yg Allah sembunyikan

Email : Nik Ipoh

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

After seeing, head felt itching! /Setelah lihat, kepala terasa gatal !

Email : ZAMRI kecik's


以後吃夾心餅乾還是要注意一下… Whenever eating biscuit that got sugar/cream in the middle, we must be extra carefully Saat makan biscuit yang mengapit gula di tengah, harus extra hati-hati打開—轉一轉….發現蟲卵………. When opened and turned....got Maggot inside.... Dibuka dan diputar….ada ulat di dalam….

以後不管吃什麼東西都還是先檢查看一下比較好XD
前天在床上看書 聽到房間一陣騷動
Whenever eat everything, better check it first, last Two-Day XD was reading book on bed, suddenly she heard noisy in the room
saat makan apapun, lebih baik dicek dulu, XD dua hari yang lalu sedang baca buku di atas ranjang, tiba-tiba mendengar keributan dalam kamar.

原來室友到7-11買了巧克力口味的歐reo
在她要咬下去的那瞬間 看了一下
結果,發現歐reo該不會出新的口味了
那是糖粉嗎??怎麼有白白的顆粒?而且還做成吸盤狀的??
附吸盤的歐reo圖片
Her roommate just bought OREO biscuit with chocolate taste from 7-11, before she bite it, she saw something strange in the middle cream, got many small holes with white color , she thought it's impossible that OREO got new product with new taste? Is it the sugar? But how come it's looked like this?
ternyata, teman sekamar baru beli biscuit oreo rasa coklat di 7-11, sebelum digigit, dia lihat ada sesuatu yang aneh pada krim/gula coklat yang diapit di tengah kedua biscuit tsb, sepertinya ada lubang putih putih,dia rasa oreo tidak mungkin memproduksi biscuit rasa baru, apakah itu butiran gula? Tapi bentuknya kog begini?

於是大家找了找盒子(See attached file: 002.JPG)
Then she took the pack
lalu dia ambil bungkusannya

沒錯,是巧克力口味,不是白巧克力也沒加果醬,
It's correct, chocolate taste, not white chocolate and there's no fruit added in it.
benar, rasa coklat, bukan coklat putih dan tidak ada tambahan buah di dalamnya.

有過期嗎? 離過期還很遠
Expired? Still long time
kadaluarsa? Masih lama


包裝也很完整
The pack still very good

想說發揮一下實驗精神 該不會只有外面怪怪的其實內在是完美的??!!
Is it possible, the look is awful but actually the taste is yummy?
mungkin ga, luarnya kelihatan aneh tapi rasanya hmm…enak…??!!
結果打開後(原諒我手震)
Finally she opened the biscuit (Sorry for my trembling hand)
akhirnya dibuka (maafkan saya, tangan saya gemetaran)

滿滿的白色圓形顆粒 有些還像已經破殼的蛋就像蟲卵!!....
這實在太噁心了~~~還好室友眼睛亮,咬了一口才發現還得了( ′-`)y-∼
Full of white small holes, look like the spoiled eggs as maggot's nest, so disgusting....luckily my friend's eyesight is sharp, how if she has bite it?
penuh dengan putih-putih, ada lubang-lubang kecil seperti telur ulat
terlalu menjijikkan....untung penglihatan teman saya tajam, bagaimana jika dia sampai menggigitnya?

於是,我們發揮鄉民的本色,上網辜狗、癡識+、批萬、批兔都找一找
then we investigate via internet
lalu, kami selidiki via internet

結果居然在癡識+查到
and we found it
dan ternyata kami menemukan

天啊 ~~原來在1月時就有受害者怎麼都過了半年多我們還會拿到同樣的產品??
OMG....actually there's victim on January, and after passing ½ year, we still find same product?
omg…ternyata pada bulan Januari sudah ada korban, dan setelah melewati ½ tahun, kami masih menemukan produk yang sama?

後來強者我室友 硬著頭皮拿著兩片疑似佈滿蟲卵的歐reo加原始包裝
在深夜時刻拿到7-11 可是正要跟店員申訴時
Later, at midnight my friend bring 2 biscuit along with its pack return to the 7-11 shop
lalu, tengah malam teman saya bawa 2 biskuit beserta bungkusannya kembali ke toko 7-11 tsb

卻發現巧克力上的章魚燒都不見了!!!!!!!!!已經和巧克力融為一體
But the white spots have disappear, it's been dissolved into the cream
tapi butir butir tsb sudah hilang!!!!!sudah larut dalam krim coklat tsb

趕緊再拆包裝裡新的歐reo 一打開~~滿滿都是啊!!!
Quickly, my friend opened the pack and took out another 1 biscuit again, opened and there's full of that disgusting thing
dengan cepat, teman saya membuka bungkusan dan keluarkan 1 biskuit lagi, dibuka dan penuh dengan hal menjijikkan tsb.

還好店員退了錢 但也不知什麼時候才會下架(大夜班的似乎比較忙吼)
Luckily the shop staff was willing to give the money back, but don't know when the goods will be wiped out from their rack (maybe the staff who in charge in the midnight shift are busier)
untungnya staf toko tsb mau mengembalikan duit teman saya, tetapi tidak tahu kapan barang tsb akan dilenyapkan dari rak mereka (mungkin yang masuk shift tengah malam terlalu sibuk)

他給室友一個理由:因為是進口產品可能運輸過程中出現問題
He gave us the reason is: the goods are import product, probably there's problem during the process of shipment
alasan yang dia berikan adalah: ini merupakan produk import, mungkin saat shipment terjadi masalah...

天啊!!一個大公司,廣告又打那麼大,怎麼會發生這種事??
OMG, one of the giant companies with the huge advertisement, why such problem can happens?
omg, satu perusahaan yang begitu besar, iklan yang begitu besar, kenapa bisa terjadi hal seperti ini?

歐reo的品管到底怎麼了??半年前已經有人發現這個問題
難道他沒有申訴還是廠商完全沒有改進??
How is the OREO production company? Last ½ year the same problem has happened. There's no reason for them to not improving the quality of their products?
Gimana dengan perusahaan yang memproduksi Oreo? ½ tahun yang lalu sudah terjadi hal tsb? Tidak ada alasan baginya untuk tidak melakukan perbaikan mutu produk mereka?

奉勸各位喜歡吃歐reo的鄉民們要咬下去之前請睜大眼睛
For all friend who like to consume OREO biscuit, before bite it, hope to open your eyes widely to see beforehand.
untuk semua teman yang suka mengkonsumsi biscuit oreo, sebelum digigit, harap buka mata lebar-lebar untuk melihat terlebih dahulu.