25 March 2009



"Nizar calon terbaik" - DAP Perak

KUALA LUMPUR, 24 Mac : - Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham menyifatkan pencalonan Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Bukit Gantang adalah tepat dan terbaik.

Demikian katanya, ketika mengadakan sidang media di Parlimen hari ini, mengenai penerimaan DAP terhadap calon PAS itu.

Beliau yakin Nizar akan mendapat undi di kalangan rakyat kerana ketokohan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu menerajui Perak dengan pentadbiran yang baik dan berkesan.

Selama menerajui Perak 11 bulan, Nizar memperlihatkan kebajikan kepada rakyat dan beliau sangat disegani pelbagai lapisan masyarakat, katanya.

"Ini adalah calon yang sebaik sahaja bekas ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia, saya sendiri sebutkan bahawa Nizar adalah calon yang perlu diketengahkan bagi pilihan raya di Bukit Gantang, ternyata pilihan saya tepat dan benar," katanya.

Sebelum ini Ngeh pernah mencadangkan nama Nizar selaku calon terbaik bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang kerana ketokohan Nizar selaku MB Pakatan Rakyat yang diterima semua pihak.

Menyokong pandangan itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut melihat Nizar sebagai calon yang akan memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat menang 7 April nanti.

Dalam pada itu beliau turut mencabar Umno-BN meletakkan Dr Zambri Abdul Kadir selaku calon BN di Bukit Gantang bagi memperlihatkan siapa MB sebenar yang dipilih rakyat.

"Ini bukan setakat satu pilihan raya kecil, ia adalah juga referendum rakyat kepada kerajaan BN Perak yang ditubuhkan secara rampasan kuasa dan referandum kepada Najib Tun Razak yang bakal menjadi PM akan datang," ujarnya.Harakahdaily.

Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang

KUALA LUMPUR, 24 Mac :- Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya.

Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.Harakahdaily.

30,000 hadir beri tepukan gemuruh, sokong Nizar

Johari Jaffar dan Ekmal Yusoff

BUKIT GANTANG, 24 Mac : - Ketika Presiden PAS Dato' Serti Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengisyhtiharkan nama Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS untuk berhadapan dengan calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang serentak dengan itu 30,000 yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya, Taiping bangun dan memberikan tepukan yang bergemuruh sebagai tanda sokongan padu terhadap pemilihan Nizar sebagai calon.

Pengumuman itu disambut dengan takbir dan tepukan gemuruh dari 30,000 orang penyokong yang hadir dalam Majlis pengistiharan calon yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya malam tadi sekaligus menamatkan teka teki siapakah calon PAS yang bakal memberikan saingan paling hebat kepada BN.

Ir Mohamad Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat dan Adun Pasir Panjang dikatakan mampu 'mentalkinkan' Umno-BN di Bukit Gantang dan pemilihan itu dilihat amat tepat sekali

Sebelum ini, ketika Pengerusi DAP Perak, Datuk Nge Kor Ham dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berucap, masing masing secara terbuka akan memberikan sokongan paling padu kepada sesiapa sahaja calon PAS yang diletakkan bagi `mengajar' BN di kawasan itu.

Nizar dalam ucapan ringkas menyucapkan terima kasih kepada Presiden PAS dan PAS Pusat kerana memberikan kepercayaan kepadanya menjadi calon di Parlimen Bukit Gantang.

"Saya ucapkan penghargaan kepada Presiden PAS dan PAS Pusat yang telah mencalonkan saya , Insya-Allah saya akan meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Allahyarham Roslan Sharum" ," katanya disambut dengan takbir dan pepukan bergemuruh dari orang ramai yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya.

Dalam ucapan mengistiharkan calon, Tuan Guru Hadi menegaskan bahawa mengundi adalah satu amanah bagi memilih pemimpin dalam amalan negara demokrasi.

"Bermakna diberi peluang untuk memilih wakil mereka khasnya dalam Kerusi Parlimen Bukit Gantang. Namun Pilihan Raya Kecil kali ini merupakan besar maknanya untuk pengundi-pengundi disini dan amnya seluruh Malaysia,"jelas Ustaz Hadi.

Jelasnya, ketika negara dilanda krisis politik ianya tidak boleh dipandang renggan, seperti mengamalkan gejala rasuah oleh Umno-Barisan Nasional.

"Umno menjadi tulang belakang kepada kerajaan BN tapi dinyatakan oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri partinya dilanda penyakit rasuah sejak dulu,"tegas Ahli Parlimen Marang itu.

Maka, Ustaz Hadi mendakwa bahawa pilihan raya itu memberi makna besar kerana rakyat diberi peluang untuk menolak pada awal untuk menyingkirkan Umno-BN yang mengamalkan rasuah itu.

"Selagi ada pertikaian dan tohmahan hendaklah dibersihkan segera. Orang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah selagi menimbulkan banyak keraguan. Maka harus bertindak segera untuk membersihkan nama baik pemimpin kita yang dilemparkan tohmahan dan tuduhan rambang itu.

Sementara itu majlis semalam cuba diganggu oleh sepasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyebabkan sebilangan yang berkunjung di situ melahirkan tidak puas hati dengan tindakan FRU itu.

Sewaktu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berucap pasukan keselamatan kelihatan berada di tangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS.

Akhirnya hasil dari perbincangan, pihak penganjur terpaksa akur dengan arahan menghadkan masa sehingga jam 11.00 malam sahaja walaupun masa asal yang dibenarkan sehingga jam 12.00 malam. Harakahdaily.

Nik Aziz akur dengan pemilihan Nizar sebagai calon PAS

KOTA BHARU, 24 Mac: Pemilihan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS Bukit Gantang mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas ia pilihan sebulat suara pemimpin PAS walaupun beliau tidak bersetuju Nizar menjadi calon sebelum ini.

"Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat.

"Saya takut berulang seperti kes dialami Dato' Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut.

"Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar," kata Nik Aziz ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Nizar diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April ini oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Padang Taman Kota Jaya, Taiping, malam tadi. Siasahdaily.

Ada Sifat Babi Yg Sangat Diharamkan Untuk Umat Islam

Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenai
haiwan babi ini...

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana
banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya
ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan
dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yg
bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yg
sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayam
jantan dan 1 ekor ayam bet ina . Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi
jantan dan 1 ekor babi bet ina . Apakah yg akan terjadi pada masing2 di
kandang tersebut? Bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor
ayam jantan dan 1 ekor ayam bet ina . Yg terjadi adalah 2 ekor ayam jantan
tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam bet ina tersebut
sampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrah
manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yg menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak
berkelahi untuk memperebutkan babi bet ina tersebut malahan menyetubuhi
secara beramai2 babi bet ina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual
antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si bet ina . Hal
inilah yg jelas2 bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islam
ikut2 kan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat &
karakteristik seperti babi ini..

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Al-Maidah (5): 3).

Penzina Ditimpa Empat Kecelakaan

Oleh emasperak

"Setiap kali membeli akhbar tempatan,sering kali kita dikejutkan dengan berita tentang pembuangan bayi,semua ini terjadi seolah-olah manusia sudah ketiadaan ilmu agama serta betapa tipisnya iman dan islam yang ada didalam hati mereka,mereka tanpa memikirkan akibatnya,nikmatnya hanyalah didunia tetapi fikirknlah diakhirat kelak,DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka."

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat." (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN

Mahfuz Omar

Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.

"Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'bergelumang' rasuah seperti Umno termasuk pemilihan parti dan pemimpinnya.

"Mereka berusaha menutup maklumat tentang politik gawat Umno yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai,"

Ianya bertujuan untuk menonjolkan 'kejaguhan' Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya dilihat mampu menyekat kemaraan pembangkang dengan mencantas media alternatif yang sedia ada kerana beliau mahu meraih sokongan untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan di perhimpunan parti itu. Walau apa jua tindakan defensif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan parti pemerintah, ia sama sekali tidak akan dapat memulihkan imej dan wajah Umno yang sudah terpalit dengan gejala rasuah yang parah dan kepimipinan yang bobrok.

"Jika ikut peruntukan yang sedia ada, KDN mesti memanggil Harakah dan bersedia mendengar penjelasan malah jika tidak puas hati atau Harakah tersilap lapor atau mana-mana pemimpin Umno rasa terjejas, mereka boleh ambil tindakan undang-undang sepert lazim yang dilakukan.

"Jelas tindakan ini akan memburukkan lagi imej BN-Umno di mata masyarakat dan juga antarabangsa yang tidak mendukung aspirasi dan melaksanakan amalan demokrasi dalam negara,"

Rakyat sudah pasti tidak berdiam diri apabila maklumat dan laporan tidak sampai kepada mereka dan akan beralih kepada internet seperti Harakahdaily. net, laman-laman web pembangkang dan blog-blog. "Apatah lagi kini kita bertembung dengan Umno dan BN di padang yang tidak sama rata apabila sumber media kita telah dicantas dan 'senjata' kita telah dilumpuhkan maka akan membangkitkan lagi kemarahan orang ramai yang mahukan maklumat yang sebenarnya.

"PAS akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan mengedarkan risalah, buletin-buletin tidak berkala dan akan memantapkan lagi Harakahdaily. net dan berharap agar semua blogger dan laman-laman web alternatif akan terus menyokong dan membantu kempen kita,"

Media internet gagal dapat pas Umno

Sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula hari ini.

Perhimpunan kali ini juga akan menyaksi pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - dari timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu.

Selain Malaysiakini, pertubuhan lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno ialah The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.

Bagaimanapun, Agenda Daily, sebuah portal berita politik berbahasa Melayu mendapat kad media Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini, editornya, Rosli Ismail mengesahkan mereka mendapat kad media untuk membuat liputan perhimpunan agung tahun ini.

Malaysiakini telah mengemukakan permohonan pada 27 Februari lalu dan secara tidak rasmi dimaklumkan semalam bahawa ia telah ditolak.

Difahamkan arahan menolak permohonan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Mesyuarat telah diadakan untuk menentukan media yang layak diberi kad media dan ia memutuskan untuk menolak permohonan dari enam 'blogger'," kata pegawai media Umno, Abdul Hamid Satar.

Yang anehnya, ada antara mereka, termasuk Malaysiakini, sebelum ini layak mendapatkan kad media rasmi dari Kementerian Penerangan.

Tanpa kad media Umno itu, wartawan Malaysiakini tidak boleh memasuki dewan utama tempat perhimpunan berlangsung atau menghadiri sidang akhbar para pemimpin Umno.

Bagaimanapun, wartawan Malaysiakni masih boleh berada di luar dewan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Selain pemilihan parti, perhimpunan agung Umno kali ini merupakan satu acara penting yang bakal menyaksikan peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysiakini berdepan masalah yang sama sejak beberapa tahun lalu. Wartawannya dilarang membuat liputan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, tetapi ia kemudiannya ditarik balik sejak kira-kira setahun lalu. Malaysiakini.

Terkini : Sidang akhbar 4.00 petang ini.

BUKIT GANTANG ; Satu sidang akhbar akan diadakan di Pejabat operasi Induk PAS di Markaz Tarbiyah PAS di Ayer Kuning petang ini pada jam 4.00 petang ini.

Sidang akhbar tersebut dijangka menjawab beberapa isu berkaitan PRK Bukit Gantang termasuklah gangguan pasukan polis terhadap ceramah umum calon PAS malam tadi.

Semua rakan media dan para bloggers dijemput hadir..

Biodata lengkap Ir. Nizar.

Mengenali Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.