23 March 2009

Muafakat membawa berkat

Oleh : Naninu Sakun


BUKIT GANTANG ,22 Mac :- sehari sebelum parti PAS mengumumkan calonnya berbagai usaha telah dipergiatkan oleh para petugas dan penyokong PAS untuk menaikkan bendera PAS. Bertempat di Kampung Changkat Ibul Bukit Gantang dengan berbekalkan semangat "Muafakat membawa berkat" para petugas dan penyokong PAS berganding bahu untuk menaikkan bendera pas di kampung ini.

Dengan mendapat bantuan kren secara percuma walaupun hujan renyai-renyai sekitar jam 3.30 petang, para petugas dan penyokong PAS tetap meneruskan kerja tersebut. Menurut salah seorang wakil petugas telah menyatakan, "kami bekerja tidak kira masa dan berharap PAS akan menang, Insyaalah wang yang berbaki RM 2000 yang tinggal akan digunakan untuk membuat kenduri selepas kemenangan,kami tidak seperti be end (bn)tiada duit tiada kerja."

Lihatlah betapa murninya tugas mereka yang membuat kerja bukan untuk wang ringgit semuanya ikhlas untuk memastikan kemenangan PAS. Semoga PAS akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan mendapat majoriti yang lebih besar lagi. Insyaallah..AMIN...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1
<

Muthu: Pengerusi cawangan diminta tandatangani dua borang

Bekas Naib Presiden MIC Datuk M Muthupalaniappan, yang gagal dalam percubaannya hari ini untuk bertanding jawatan tertinggi parti, mengisytiharkan bahawa demokrasi telah mati dalam MIC.

Beliau berkata ini berdasarkan hakikat terdapat banyak pencalonannya yang dibatalkan.

Muthupalaniappan mengemukakan 53 pencalonan bagi menyokong beliau untuk bertanding jawatan presiden parti di ibu pejabat MIC pagi ini.

Sejumlah 48 daripada 53 pencalonan itu ditolak kerana tidak mematuhi perlembagaan dan undang-undang kecil pemilihan presiden MIC, lapor Bernama.

Kesudahannya, beliau hanya mempunyai lima pencalonan yang sah berbanding penyandang jawatan presiden Datuk Seri S. Samy Vellu iaitu 455. Samy Vellu diisytiharkan presiden parti untuk penggal ke-11 berturut-turut.

Mengikut perlembagaan parti, seseorang yang berhasrat bertanding jawatan presiden perlu memperoleh 50 pencalonan, dengan setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan lima penyokong, bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Semua pencadang dan penyokong mestilah pengerusi cawangan. Presiden MIC akan dipilih oleh kira-kira 3,700 pengerusi cawangan di seluruh negara jika ada pertandingan.

Muthupalaniappan mendakwa usahanya untuk bertanding jawatan presiden tidak disenangi oleh Samy Vellu 'sejak mula lagi' kerana beliau (Samy Vellu) mahu memenangi jawatan tertinggi parti tanpa bertanding bagi menunjukkan kepada rakan MIC dalam Barisan Nasional (BN) bahawa beliau menguasai parti dan anggota parti mahukan pemimpin berusia 73 tahun itu sebagai presiden.

Beliau mendakwa pengerusi cawangan yang telah menandatangani borang pencalonannya juga diminta supaya menandatangani borang untuk Samy Vellu, lantas menjadikan kedua-dua pencalonan itu batal dan tidak sah.

Beliau, yang telah menjangkakan perkara itu, meminta pengerusi cawangan yang mencalonkannya supaya membuat akuan bersumpah bahawa mereka mencalonkan beliau untuk jawatan presiden tetapi jawatankuasa pemandu pemilihan menolak akuan berkenaan.

"Dalam demokrasi sebenar, pertandingan mesti digalakkan dan bukan dipendamkan. Ini adalah peluang terakhir. Demokrasi sememangnya telah mati dalam MIC," katanya.

Muthupalaniappan turut mendakwa beliau diberikan hanya 65 borang pencalonan oleh ibu pejabat MIC manakala Samy Vellu pula diberikan lebih 550 borang.

Beliau berkata menurut perlembagaan MIC, pengerusi bahagian dan negeri menjadi pegawai pengurus dalam pemilihan presiden dan mereka sepatutnya dilarang daripada membabitkan diri dalam sebarang tindakan melobi namun perkara itu tidak dilaksanakan. Malaysiakini

Siapa calon PAS di Bukit Gantang ?

Beberapa jam dari tulisan ini diterbitkan, calon PAS untuk PRK P059 Bukit Gantang akan diputuskan oleh pimpinan PAS yang akan bermesyuarat pada hari ini.

Setelah itu satu majlis raksasa akan diadakan bertempat di Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping bagi mengumumkan calon yang telah diputuskan pada jam 9.00 malam.Pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat yang lain akan hadir dalam majlis bersejarah itu.

Sejak akhir-akhir ini saya ditanyakan mengenai siapakah calon yang akan dipertaruhkan, namun saya tetap merahsiakan senarai calon yang paling pendek yang telah diputuskan dalam mesyuarat PAS Perak yang lepas.

Beberapa orang wartawan juga mengajukan soalan yang sama kepada saya, namun saya tetap merahsiakan apa yang saya ketahui, termasuklah bila ditanya calon tempatan atau orang luar saya hanya berkata dia akan diumumkan pada 23 Mac.

Secara berseloroh saya banyak kali mengumumkan dalam ceramah penerangan sepanjang minggu pelas..Calonnya saya katakan adalah waranegara Malaysia, ia tidak melakukan dosa besar dan dosa kecil secara berterusan, kalau dia ada anak dan isteri pasti semuanya bertudung, dia tidak tinggal ibadah yang wajib, itulah calon PAS.

Semasa berdailog dengan pengundi di Surau Pecah Batu petang sabtu 21 Mac, saya juga diajukan secara langsung dengan soalan calon Bukit Gantang. Dengan cara penuh berhemah saya katakan bahawa kita mengakui calon adalah penting namun yang terlebih penting ialah gerak kerja untuk memenangkan calon. Hadir sama bersama saya ialah ADUN Buntong, YB. Siva Subramanian dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chan Ming Kai.

Merujuk kepada UPU Jelutung tempat program itu diadakan. Pada Piliharaya 2008 calon PAS cuma menang dengan majoriti 11 undi dari jumlah undi keseluruhan sebanyak sekitar 900 undi.

Saya tekan betul-betul kepada pengundi dan jentera di situ bahawa gerak kerja untuk memenangkan calon adalah yang paling wahid.

Manakala undi dari 1919 orang pembaca yang ikut serta pada poll yang diadakan di blog ini adalah seperti berikut.

DS. Muhammad Nizar 46% (874 votes)

Ust. Idris Ahmad 21% (404 votes)

Hj. Mohd.Sabu 15% (286 votes)

Ust. Ahmad Awang 9% (173 votes)

Hj.Asmuni Awi 3% (53 votes)

Ust. Norazli Musa 3% (53 votes)

Calon selain diatas. 4% (76 votes)

Total Votes: 1919

Kita tunggu siapakah dalam senarai yang ada di atas adalah pilihan dari pimpinan PAS, sesudah itu kita tidak mahu lagi membiacarakan dan mempersoalkan tentang calon, kita mesti buat kerja untuk calon walau siapapun yang akan dipilih. Tamat.

Samy kekal Presiden tapi pemilihan dicemari duplikasi pencalonan

Sejak awal pagi lagi tiga kain rentang digantung pada tembok jalan berhampiran bangunan MIC di ibu negara sudah pun mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri S. Samy Vellu.

Salah satunya, dalam bahasa Tamil, berbunyi "jika bukan pasukan anda yang menang, siapa lagi yang boleh."

Menjelang 12 tengah hari tadi, Samy Vellu telah berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC buat penggal ke-11 berturut-turut, tetapi persoalan yang timbul pula berkaitan dengan fenomena duplikasi pencalonan.

Jawatankuasa Pemilihan MIC terpaksa menolak lebih 40 pencalonan atas alasan ada pengerusi cawangan yang mengemukakan pencalonan bertindih iaitu mencalonkan lebih daripada seorang calon.
--------------------------------------------------------------------------------
[BERITA ASAL]

Samy Vellu menang lagi, tidak mahu tanding tahun 2012

Perkembangan tersebut membawa kepada kegagalan bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan untuk mencabar Samy Vellu, yang merupakan Presiden MIC paling lama menerajui parti tersebut.

Muthupalaniappan yang ditemui selepas mengemukakan borang penamaan calon berkata, beliau sudah menjangkakan perkembangan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Pun begitu sehingga 11.30 pagi tadi berkeyakinan borangnya akan diterima. Bagaimanapun beliau meninggalkan kawasan bangunan MIC selepas mengetahui bahawa sebahagian besar borang pencalonannya ditolak dan dianggap tidak sah.

Justeru, Muthupalaniappan hanya mendapat lima pencalonan sambil menyifatkannya "demokrasi sudah mati dalam MIC."

Mengapa fenomena sedemikian wujud? Apakah yang membawa kepada perkembangan ini?

Pengerusi-pengerusi cawangan yang terbabit bertindak atas tekanan dan desakan? Ataupun ada pengerusi cawangan yang tidak mengerti peraturan parti dan cuba mempermain-mainkan proses pemilihan Presiden parti. Apakah proses pemilihan sudah menjadi bahan permainan bagi pengerusi-pengerusi ini?

Pengerusi cawangan berhak menyokong mana-mana calon sama ada Samy Vellu ataupun Muthupalaniappan tetapi perkembangan hari ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan amalan demokrasi ini dilaksanakan.

Perlembagaan MIC menyebut bahawa seorang yang mahu bertanding jawatan Presiden perlu mendapat 50 pencalonan, dengan setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong.

Semua pencadang dan penyokong mesti terdiri daripada pengerusi cawangan. Di bawah sistem pemilihan MIC, Presiden dipilih kira-kira 3,700 pengerusi cawangan di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemlihan MIC, Datuk K. Vijayanathan berkata, Samy Vellu mendapat 572 pencalonan dengan 117 pencalonan ditolak kerana tidak mengikut perlembagaan parti dan undang-undang kecil pilihan raya presiden.

Kata beliau, Muthupalaniappan mendapat 53 pencalonan tetapi 48 daripadanya ditolak atas sebab yang sama.

"Jawatankuasa Pemilihan telah mengesahkan semua kertas-kertas pencalonan dan hasilnya kami telah menolak pencalonan dari kedua-kedua yang bertanding.

"Tugas kami adalah untuk mematuhi perlembagaan dan undang-undang kecil pilihan raya presiden dan pada akhirnya kami dapati hanya seorang calon yang layak bertanding.

"Kami terikat di bawah perlembagaan untuk mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Samy Vellu sebagai presiden bagi penggal 2009-2012," kata beliau ketika mengumumkan hasil proses penamaan calon.

Ketika ditemui kemudian, Vijayanathan mengakui bahawa majoriti pencalonan bagi kedua-dua Samy Vellu dan Muthupalaniappan ditolak disebabkan masalah duplikasi pencalonan.

Bagaimanapun beliau enggan menyatkan apa yang menyebabkan masalah sedemikian.

Difahamkan sesetengah pengerusi memutuskan untuk menyokong Muthupalaniappan tanpa pengetahuan ketua bahagian masing-masing. Pengerusi-pengerusi berkenaan dikatakan mengakui mahu menyokong Samy Vellu tetapi memutuskan untuk mencalonkan Muthupalaniappan.

Keadaan itu menyebabkan ada yang mengisi semula borang lalu turut menyalurkan pencalonan mereka kepada calon lain.

Apakah mereka sedar akan implikasi tindakan itu? Sudah pasti!

Wajarkah tindakan diambil ke atas mereka?

Jelas Vijayanathan, perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ini perkara baru dan kemungkinan CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) MIC boleh melihat selepas ini," kata beliau apabila ditanya sama ada wajar pengerusi-pengerusi yang memberikan pencalonan bertindih wajar dikenakan tindakan kerana mencemarkan nama parti.Mstar.

Sudah terlambat : Mahathir cadang peluang akhir selamatkan Umno

KUALA LUMPUR: Nasi sudah menjadi bubur, itulah pepatah Melayu yang berligar di kepala saya dan saya kira itulah juga yang sebetulnya di fikirkan oleh TDM sehingga beliau pada akhir-akhir ini bercakap seakan-akan dia adalah penasihat kepada UMNO. Realitinya dia sudah tidak ada apa-apa kaitan dengan parti yang pernah berketuakan dia.

Penyakit UMNO sangatlah parah dan kronik. kalau pesakit dia sedang di ICU kan. Semua kerabat sedang membaca yaasin dan UMNO akan masuk kedalam kubur yang digali sendiri oleh pemimpin mereka.

Umno perlu menyerahkan kepada perwakilandalam perhimpunan agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr. Mahathir berkata, peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Dipetik Bernama, jelas beliau, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepasucaptamanya pada Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza.

"Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah... jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini.

Anak Perak di perantauan janji akan pulang sokong calon PAS


GOMBAK, 22 Mac: Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Yang berada di pentas adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mar, Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Ustaz Ahmad Awang, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaludin, bekas timbalan presiden PAS Ustaz Hassan Shukri, penulis Subky Latif dan juga anggota Parlimen Titiwangsa yang pernah bertanding di Bukit Gantang 2004 lalu, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Turut berada di pentas adalah Presiden Anak Perak Di Perantauan, Ahmad Idzhan Ahmad.

Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar.

Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti.

Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun.

Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno.

Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin mereka.

Ini merupakan satu episod terdesak yang mana membabitkan ramai pemimpin Umno yang terlibat di dalam rasuah.

Walaupun mereka secara terang terlibat di dalam rasuah, namun mereka masih dipilih, katanya.

Nizar yang turut berucap di majlis itu menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh krisis yang berlaku di Perak baru-baru ini dan yakin beliau dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri Perak yang sah.





http://siasahdaily.blogspot.com
gambar : http://ajijoi.blogspot.com

Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas

Oleh :Fahri Abdullah al-Masri

Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya, " demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.

Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.

Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.

Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.

Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.

Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.

Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya' , nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."

Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.

Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.

Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.

Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.

Masa makin singkat dan suntuk!

Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.

Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.

Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Bantu manusia menguruskan waktunya

Barangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.

Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.

Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.

Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.

"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya, " demikian pesan al-Banna lagi.

Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.

Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.

Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.

Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.

[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil."

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya) .

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.

Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)

Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.

Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain

Sebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.

Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.

Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.

Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.

Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.

Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin.

10:33 p.m, 21 Mac
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Lelongan plak demokrasi mencatat sejarah

IPOH, 22 Mac :- Acara lelongan 5 keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung dibawah pokok sena tersebut telah berjaya mengutip melebihi RM42,000. Bidaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli dan menyimpan plak demokrasi sebagai tanda kenangan.

Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Plak yang pertama telah dibida sebanyak RM6,800 manakala harga tertinggi diperolehi melalui plak yang kelima dengan nilai RM17,000.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Hampir 200 orang telah berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kehadiran Menteri Besar DS Nizar menyerikan lagi acara lelongan tersebut. DS Nizar menyatakan didalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.

Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.













http://ajijoi.blogspot.com

TERKINI : Bukit Gantang

Cuaca disebelah pagi yang panas terik sehingga sekitar jam 3 petang barulah hujan turun di sekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang. Namun ia tidak menghalang jadual kempen yang dilakukan oleh petugas PAS yang telah disusun lebih awal.

Di sebelah pagi tadi 6 PASTI di sekitar Bukit Gantang telah mengadakan sukaneka dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat.

Saya sempat berada di PASTI Sungai Tinggi menyampaikan hadiah sehingga jam 1 tengahari dan sempat mendapatkah khidmat pemeriksaan kesihatan percuma yang diadakan serenta dengan program itu semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah itu saya dan rombongan memenuhi hajat ahli PAS yang berdekatan untuk hadir dalam kenduri walimatul urus.

Selepas itu Jentera Kempen dikumpulkan dalam satu taklimat yang diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Markaz PAS Bukit Cempedak. Hampir 300 orang petugas hadir mendengar taklimat dari Saya sediri , YB. Hj.Mohd Zainuddin dan Ust.Misbahul Munir.

Pada jam 5.30 petang pula satu program penerangan bersama degan Naib Presiden PAS, Hj. Mohd Sabu diadakan di Simpang Halt yang dihadiri oleh sekitar 200 orang kebanyakannya Kaum India. Saya sempat menyampaikan ceramah sekitar 30 minit sebelum kehadiran Hj. Mohd Sabu.Hadir sama ialah ADUN Kuala Sepetang , YB. Tai dan ADUN Aulong, YB.Yew.

Setelah itu saya bergegas ke Taman Kaya disebuah Restoran Cina di adakan Majlis Minum Teh yang dihadiri oleh hampir 150 orang . Penceramahnya ialah Bendahari PAS Perak, Dr. Khairuddin, Pengerusi DAP, Dato' Ngeh Khoo Ham dan saya sendiri.

Malam ini jadual kempen dalam bentuk ceramah akan berjalan seperti biasa , Hj. Mohd Sabu akan berada di dua tempat berbeza untuk menyapaikan ceramahnya. Penceramah DAP yang saya gandingkan bersama beliau ialah ADUN Buntong, YB. Siva Subramaniam. Tamat

Biar Anwar jelaskan - Guan Eng

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, biarlah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai timbalan ketua menteri dan anggota exco berkuatkuasa 8 April.

Mohammad Fairus bagaimanapun masih kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dan juga anggota PKR.

Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.

Mengenai sebab peletakan jawatan timbalan ketua menteri oleh Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya.

"Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut.

"Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.

Beliau turut berkata sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus perlu dirujuk kepada Anwar.Mstar.

Nik Aziz kini blogger

Oleh Mohd Sayuti Omar

TOK GURU Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia siber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.

Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.

Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.


Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba'ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.


Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.

Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.

Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).

Ada juga penulis ini bersifat yang molek ditulis, tak molek ditinggal atau ambil hak mana dia berkenan saja.

Apakah Tok Guru ada masa nak tulis sendiri blog tu nanti? Atau ada yang tukang kendalikannya? Barangkali tidak munasabah kalau Tok Guru nak tulis sendiri. Tentulah ada yang jadi tukang mengisinya.

Sangat diharap kepada orang memegang password blog Tok Guru seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan pula guna blog itu nanti untuk tujuan lain. Saya tak jamin Tok Guru akan memantaunya sepanjang masa. Kalau salah guna nanti nyanyalah Tok Guru.

Saya taruh kebimbangan ini, al maklumlah... . manusia ini apa-apa saja boleh jadi. Diharap pengisinya nanti benar-benar dari dhamir dan lidah Tok Guru sendiri jangan cuba nak tuil-tuil ke tujuan lain. Malang sekali kalau penjaga password itu nanti menyeleweng diselit apa-apa yang ada kepentingan atau agenda politiknya.

Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku.

Nasi Kerabu

Email : Orang Kampong

Bahan Nasi:
4 cawan beras

Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur

Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

Cara Menyediakan:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.

Panas: Mahathir komen Zaid, Ali dan pilihannya untuk calon timbalan presiden

Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar jangan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri datangnya daripada orang yang bukan betul-betul waras pemikirannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis.

"Dia berhak berkata. Dia (cuma) satu orang (sahaja). Sama ada Yang di-Pertuan Agong mendengar pendapat satu orang itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong," katanya kepadamedia ketika diminta mengulas tentang rayuan itu yang dibuat oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim semalam.

Beliau ditemui di satu sidang akhbar berkaitan penganjuran Forum dan Pameran Pembunuhan di Gaza: Penyelesaian untuk Palestin di sini.

"Orang yang membuat cadangan ini pun bukanlah orang yang disanjung tinggi (dan) dianggap orang yang betul-betul waras pemikiran dia."

"Saya fikir kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong saya tak mahu baca apapun pasal ini. Bodoh sangat. Siapa dia nak (jadi Perdana Menteri)?

"Dia (Zaid) tak terpilih untuk bertanding pun....orang macam ini dia lompat sehari 10 kali?macam katak aja. Tak kan (Yang di-Pertuan) Agong nak dengar cakap katak."

Ditanya sama ada beliau memberi sokongan penuh kepada Najib supaya dilantik sebagai Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri itu berkata, "Saya akan menyokong Datuk Najib tapi ia mempunyai syarat di mana beliau hendaklah jangan melantik mana-mana pemimpin yang korup dalam kabinetnya.

Beliau turut mengulas tentang persepsi umum yang mengatakan Najib adalah seorang yang korup.

"Saya bercakap mengenai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya bukan bercakap tentang apa yang orang ramai percaya. Ramai orang percaya tentang sesuatu tapi tiada keputusan dari segi undang-undang sama ada Najib korup atau tidak.

Ditanya tentang calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang..ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia..jadi pilihan saya ialah (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).

Perebutan jawatan itu meninggalkan Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berikutan penggantungan Datuk Seri Ali Rustam untuk bertanding kerana terlibat dalam rasuah politik.

Dr Mahathir turut mengulas kenyataan Mohd Ali yang mengatakan beliau turut terlibat dalam keputusan Lembaga Disiplin baru-baru ini.

"Saya harap saya boleh tapi saya bukan anggota Umno. Jika saya terbabit, saya akan menghumban beliau keluar sejak awal lagi tapi saya tidak terlibat jadi..minta maaf.

"Saya berasa berat hati untuk tunggu keputusan oleh lembaga itu dan saya tidak cukup gembira dengan keputusan," katanya.

Beliau berkata "layanan" yang sama perlu diberi kepada Mohd Ali sebagaimana yang diberi kepada bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, dahulu.

"Ada satu kes (di mana) Isa Samad, yang dikeluarkan kerana terbabit dalam politik wang tapi dia juga hilang kedudukannya sebagai menteri. Tapi di sini kita ada keputusan yang pelik.

"Dia didapati korup tapi dia kekal sebagai Ketua Menteri (Melaka). Sekarang kita ada seorang yang disahkan sebagai korup tapi parti menerima beliau sebagai Ketua Menteri.

"Jika anda buat keputusan, ia mesti konsisten. Dalam cara yang sama, ia perlu meliputi semua orang, dengan jumlah yang sama. Anda tak boleh berkata, baiklah, dia bunuh orang itu dia patut digantung. Dia bunuh orang lain tapi orang itu tidak penting, jadi lepaskan dia," katanya.

Antara lain, bekas Presiden UMNO itu turut tidak menolak kemungkinan berlakunya usul "undi percaya" di Parlimen bagi mengekalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

"Ia ada kemungkinan. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Undang-undang membenarkan bahawa anda mesti mendapat undi majoriti dalam Parlimen tapi ia tidak sebut dari parti mana.

"Menurut perlembagaan, seseorang yang akan dijadikan Perdana Menteri adalah seseorang yang akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Jika anda lantik seseorang yang gagal untuk mendapat sokongan majoriti, ia akan terkeluar.

Dr Mahathir berkata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa Presiden Umno mesti menjadi perdana menteri.

"Tiada peruntukan. Ia merupakan aturan kita," katanya.

Dr Mahathir berkata bahawa dari segi undang-undang, perdana menteri sekarang boleh meneruskan tugas sehingga pilihan raya umum akan datang jika beliau mahu.

"Tapi sudah tentu beliau akan berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Jika dia pergi ke Parlimen, dia (Abdullah) punya peluang yang baik untuk menang dengan sokongan pembangkang tapi dia akan menjadi PM pembangkang, " katanya.

Dr Mahathir berkata pembangkang juga mempunyai undi di Parlimen dan jika pembangkang, bersama-sama dengan sebahagian anggota Barisan Nasional, bagi mengundi Abdullah, "ketika itu dia akan menjadi PM".