22 March 2009

ARTIKEL LUCU : MAHATHIR DAN ZAID, SIAPAKAH YANG TIDAK WARAS?

Dr Fikrah

Mahathir begitu marah dengan kenyataan Datuk Zaid yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Sehingga Mahathir menyifatkan Zaid sebagai katak, dan Yang Dipertuan Agong tidak akan dengan kata-kata katak. Selain itu, Zaid juga dikatakan sebagai tidak waras kerana mengemukakan kenyataan tersebut.

Soalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, siapakah yang tidak waras, dan siapakah yang dikatakan sebagai “katak”? Jawapannya, sudah pasti mereka yang menyebelahi pandangan Zaid, akan mengatakan bahawa Mahathir adalah tidak waras, dan katak. Manakala mereka yang menyebelahi Mahathir pula, akan mengatakan bahawa Zaid adalah tidak waras dan katak.

Mari kita ukur dengan pandangan kita pula. Terdapat sebuah cerita lucu yang saya petik daripada sebuah akhbar...

Satu ketika, seorang pemimpin negara melawat Hospital Sakit Jiwa. Di dalam hospital tersebut, terdapat pelbagai kelakuan yang pelik, dilihat oleh pimpinan negara tersebut. Sampai di satu bilik, beliau terlihat seorang pesakit yang sedang memancing tanpa kail di dalam sebuah baldi. Dia terasa geli hati melihat gelagat pesakit jiwa tersebut, lalu bertanya “ikan apakah yang sedang engkau pancing?” Orang gila tersebut menjawab dengan penuh perasaan “Engkau sudah gilakah, mana ada ikan di dalam baldi ini!”

Cerita ini, menceritakan bahawa orang gila telah menuduh seorang pemimpin sebagai gila, kerana bertanya soalan yang tidak masuk akal. Siapa sebenarnya gila? Adakah pesakit atau pemimpin? Atau kedua-duanya gila, atau kedua-duanya tidak gila? Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin kemukakan teori yang kedua, juga agak pelik.

“Orang gila tidak akan mengaku dia gila”

Saya bertanya semula, “orang yang waras pun tidak mengaku dia gila!” Jadi, siapakah yang gila sebenarnya?

Di dalam situasi yang sedang kita bincangkan hari ini, Mahathir telah menuduh “tidak waras” kepada Zaid adalah satu tuduhan yang agak memalukan dirinya sendiri. Seoalah-olah Mahathir tidak professional di dalam membuat kenyataan. Anda boleh baca sendiri kata-katanya yang terlalu kesat yang dilemparkan kepada Zaid.

Saya tidak menuduh sesiapun gila, sebaliknya, ingin menegur Mahathir supaya tidak menuduh orang “tidak waras”. Ini kerana Zaid adalah waras, dan dia dituduh tidak waras.. Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu tuduhan yang tidak berasas, dan tidak boleh digunapakai. Oleh itu, kata-kata Mahathir tersebut, langsung tidak boleh digunapakai.

Seperti pesakit jiwa tadi yang menuduh pemimpin tersebut sebagai gila, sedangkan dia mempunyai hujahnya untuk mengatakan pemimpin itu gila. Tetapi, Mahathir tidak punya bukti untuk mengesahkan ketidakwarasan Zaid. Jadi, adakah Mahathir lebih teruk daripada pesakit jiwa tadi? Saya tidak menuduhnya sebegitu, tetapi sekadar melontarkan sesuatu untuk dijadikan pengajaran bersama.

Selain itu, kenyataan Mahathir itu juga, adakala mencuit hati, apabila dia menyifatkan Zaid sebagai katak, dan Agong tidak akan mendengar kata-kata si katak. Tetapi yang saya peliknya, Mahathir mendengar kata-kata si katak dan mengambil perhatian pula dengannya. Tetapi, dia tidak membenarkan Agong berbuat sepertimana yang dilakukannya.

Selain itu, Mahathir juga telah mengemukakan kenyataan yang memalukan buat kali kedua dengan penggelaran “katak” itu. Sudah pasti, sekiranya terdapat seorang pesakit jiwa yang mendengar kata-kata tersebut sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang yang gila, kerana Zaid dan katak langsung tiada persamaan, tetapi Mahathir boleh menyamakannya! Sama seperti cerita tadi bukan?

Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil daripada artikel ini ialah, janganlah menuduh orang sembarangan atau menggelar dengan sesuka hati. Orang yang gila pun, mereka tetap makhluk Allah, bahkan mereka tidak berdosa disebabkan gila mereka. Katak juga makhluk Allah yang menjalankan amanahnya setiap hari, sekiranya katak sudah tidak menuruti perintah Allah, sudah pasti manusia pun akan menjadi makanan katak! Tetapi manusia lebih teruk daripada itu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Persembahan Dikir Barat.


BUKIT GANTANG ,21 MAC :- TELAH BERLANGSUNG PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARI KUMPULAN PANTAI SURI KELANTAN BERHAMPIRAN MARKAS PAS BUKIT GANTANG. PERSEMBAHAN TELAH BERLANGSUNG JAM 9.30 MALAM DAN BERAKHIR KIRA2 JAM 11 MALAM.

LEBIH KURANG 2OO RATUS ORANG TELAH HADIR UNTUK MELIHAT PERSEMBAHAN DIKIR BARAT TERSEBUT YANG DIADAKAN KHUSUS UNTUK PENYOKONG2 PAS DAN MENARIK GOLONGAN ATAS PAGAR AGAR MENYOKONG PAS. DIAKHIR PERSEMBAHAN LAGU DIKIR BARAT YANG BERTAJUK MARI PAKAT SOKONG BULAN TELAH DINYANYIKAN BERSAMA2 PEMUDA KG BAGI MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM SESAMA INSAN. SESUNGGUHNYA DI DALAM PAS HIBURAN JUGA DIBENARKAN TAPI MESTILAH MENGIKUT LUNAS2NYA. PADA PERSEMBAHAN DIKIR BARAT INI TEMPAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIASINGKAN BAGI MENJAGA DAN MENUNJUKKAN KETERTIPAN PAS DALAM MEMBAWA UNSUR2 DAKWAH PERJUANGAN...................

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Keparahan politik perasuah yang merosakan negara !

Apa lagi yang harus diperkatakan tentang rasuah yang berlaku dalam Umno, walaupun sebelum ini ramai ahli Umno terutamanya di kampung menafikan pimpinan mereka menjalankan amalan yang tidak bermoral ini.

Ternyata sah pemimpin Umno menjalankan partinya dengan rasuah yang melingkari dalam pemilihan Umno sedang rancak kerana lobi-melobi dan sudah dijatuh hukum kepada ejen-ejen calon yang bertanding.

Namun hingga kini fungsi SPRM sebagai Suruhanjaya yang dikata telus menjalankan tugas membanteras rasuah masih gagal bertindak ke atas perasuah yang telah disahkan Lembaga Disiplin Umno termasuk Dato' Seri Mohd Ali Rsutam.

Ramai yang bertanyakan kemana hilangnya Ketua Pengarah SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan dalam permasalahan rasuah Umno, sedangkan dalam kes 45 ekor lembu Menteri Besar Selangor, Ahmad Said dilihat menjadi wira membanteras rasuah.

Persolan ini belum dikira dengan kes-kes rasuah membabitkan Khairy Jamaluddin, dan beberapa lain yang digolongkan dalam kelompok Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ada orang Umno termasuk ahli Parlimen merungut, kenapa hanya kelompok pro-Abdullah sahaja yang dikenakan tindakan, seolah-olah kelompok pro-Najib bersih dari persoalan rasuah.

Sedangkan kata mereka lagi, banyak juga laporan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan SPRM berhubung politik wang membabitkan kem-Najib.

Secara jelasnya seperti kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa bayangan rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin dan ahli Umno.

Begitu juga telahan Pensyarah Politik Universiti Utara Malaysia, Dr Mustafa Ishak bahawa kemelut rasuah dalam Umno tidak boleh dirawat dengan hanya memberi pil.

Sebaliknya satu vaksin imunisasi perlu diberikan bagi menyelesaikan kemelut rasuah yang menjadi darah daging Umno sejak 30 tahun lamanya.

Perihal rasuah yang kononnya ditentang bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas hanya sebuah serangan kepada kem Abdullah, sedangkan Tun yang kini secara jelas menyokong Najib untuk menggantikan Abdullah pernah berlaku sedemikian dalam zaman pemerintahannya.

Maka Ali Rustam atau Najib ataupun Abdullah bolehlah dilihat dilihat mempunyai penyakit yang bakal memudaratkan Umno dan paling ngeri kepada negara.

Hasil kajian rawak Merdeka Centre dengan kerjasama UIAM, turut mendedahkan keraguan orang Melayu dan responden seramai lebih 1,000 orang itu, sudah tidak yakin untuk Umno menjadi peneraju kepimpinan negara.

Dalam kemelut menanti rebah yang dihadapi Umno, tercetus pula, kenyataan berani oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim yang mencadangkan kepada Yang DiPertuan Agong agar menolak Najib sebagai Perdana Menteri selepas Abdullah Badawi berundur nanti.

Hakikatnya, ia selaras dengan apa yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu Abdullah kekal selaku PM.

Hakikat ini sebenarnya terjelma kerana betapa Umno di penghujung hayat ini mempunyai pelbagai rekod buruk yang mendera rakyat.

Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global turut menyengat keselesaan hidup rakyat Malaysia yang sudah pasti ia memerlukan pemimpin negara yang tulus ikhlas, dan berjiwa kental serta terhindar daripada sebarang salah laku mahupun perbuatan jenayah!!

Janji reform yang dikeluarkan lidah Najib seolah-olah mahu memberikan satu suntikan kepada rakyat yang melihatkan dengan pelbagai persepsi buruk.

Najib sendiri seolah-olah tidak sedar, dikelilingnya dipenuhi persepsi yang wujud kerana keenganannya menjawab isu dakwaan kes Altantuya Shaariibu, kes komisen kapal selam dan beberapa kes lain berhubung penyalahgunaan kuasa.

Pada rakyat reform dibibir Najib umpama 'menanam tebu ditepi bibir'.Sudah cukuplah rakyat mempercayai kata-kata manis pemimpin Umno yang jelas di sebalik bibir yang meleret senyum terbayang hati yang busuk untuk menjunjung amanah rakyat dan negara.

Demi Tuhan Yang Esa, pemimpin yang belot dengan amanahnya pasti akan di hukum.Harakahdaily.

Laporan akhbar Perancis, Nik Aziz gesa Najib bersihkan tuduhan

KOTA BHARU, 21 Mac : - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.

Katanya Nabi Muhammad saw sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya.

"Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad saw sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih.

"Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian MAPEX ; kempen pembelian rumah rasmi Kerajaan Negeri dan Expo Hartanah Malaysia 2009 di sebuah pasar raya di sini semalam.

Mengulas pengumuman Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berhubung kes Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang terbabit dengan politik wang namun beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, Mursyidul Am PAS itu berkata, memang beliau telah didapati bersalah.

"Memang pemimpin itu bersalah, tapi kenapa hendak memegang jawatan lagi.

"Kalau orang Melayu hendak menjadi pemimpin, tetapi tidak mahu meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw, hendak menjadi pemimpin buat apa,? katanya.

Mengulas cadangan kerajaan perpaduan Melayu (kerajaan campuran), beliau tetap berpendirian tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Oleh itu, persoalan 'bangsa' adalah persoalan kedua, sebaliknya persoalan utama ialah 'Islam' itu sendiri," katanya sambil merujuk pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah lebih 18 tahun diterima rakyat dengan baik.

Risalah fitnah terhadap PAS, laporan polis dibuat

BUKIT GANTANG, 21 Mac :- Menjelang pilihanraya kecil Parlimen Bukit yang tidak berapa lama lagi sudah terdapat usaha pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan melakukan provikasi dengan mengedarkan risalah berunsur fitnah risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertangongjawab .

Risalah fitnah yang berunsur provakasi itu dikatakan ditemui oleh seorang penyokong PAS sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat semalam lalu di Masjid Bendang Siam.

Menurut Ketua Penerangan Operasi Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang yang juga Adun Titi serong, Khalil Idham Lim risalah itu telah diberikan oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya PAs, Salman Salleh kepadanya bagi membuat tindakan selanjutnya..

Meneliti surat berwarna putih itu jelas dicetak gambar DYMM Sultan Perak Dan Mufti Kerajaan Perak yang ditulis dengan perkataan 'Ini Anjing Barisan Nasional"

Khalil Idham melahirkan rasa terkejut dengan risalah berunsur fitnah dan beliau yakin perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang .

"Saya menafikan sama sekali risalah fitnah ini dicetak dan dikeluarkan oleh Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang, saya percaya ini adalah kerja yang dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bermoral yang sengaja mahu membuat provokasi dan mahu melagakan PAS dengan DYMM Sultan Perak dan Mufti Kerajaan Perak," tegasnya.

Sehubungan itu beliau telah membuat satu laporan polis pada jam 5.15 petang semalam di Balai Polis Changkat Jering dan meminta pihak polis membuat siasatan terperinci siapakah yang bertanggungjawab mencetak dan mengedarkan risalah yang berunsur fitnah yang memburuk burukan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita mahu pihak yang bertanggungjawab dengan pengedaran risalah berunsur fitnah ini didakwa ke mahkamah, " katanya.Harkahdaily.

Ku Li: BN bakal diuji 6 juta pengundi baru...

Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan situasi yang sukar dalam pilihanraya umum akan datang, yang dijangka diadakan dalam tempoh tiga tahun lagi, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Jangan lupa, akan ada enam juta pengundi baru... dua juta yang tidak sempat mengundi dalam pilihanraya lalu dan empat juga lagi dalam tahun-tahun akan datang. Jadi, ada enam juga lebih (pengundi) yang akan menguji kita," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan, hampir menjadi perdana menteri pada 1987 tetapi beliau kalah tipis di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad - hanya dengan 43 undi - dalam merebut jawatan presiden Umno yang dilanda krisis ketika itu.

Sejak itu, beliau sudah dua lagi mencuba untuk bertanding jawatan presiden Umno - pada 2004 (untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan dalam pemilihan parti kali ini.

Bagaimanapun, dalam kedua-dua percubaan tersebut, Tengku Razaleigh gagal mendapatkan cukup pencalonan untuk dari bahagian Umno bagi layak bertanding jawatan tersebut.

Dalam wawancara tersebut juga, Tengku Razaleigh berkata beliau "tidak nampak" Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan yang keras terhadap para kritiknya apabila menjadi perdana menteri.

"Jika beliau mahu memperbaiki imejnya di mata rakyat, maka beliau perlu melakukan perkara-perkara yang akan diterima oleh rakyat - bukan menggunakan paksaan atau kuasa kerana itu akan memburukkan lagi kedudukannya yang dialaminya sekarang," katanya.Malaysiakini.

Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri, lanjut pengajian

Selepas spekulasi sejak Disember lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco negeri di sebalik siasatan isu dakwaan rasuah aktiviti kuari.

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Fairus telah meminta cuti untuk memikirkan kedudukannya dalam kerajaan selepas mendapat tawaran belajar.

"Dia telah pilih untuk teruskan pelajaran dan hal itu menyukarkan beliau untuk teruskan tugas sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Difahamkan beliau telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara.

--------------------------------------------------------------------------------
SIAPA SEBENARNYA FAIRUS
--------------------------------------------------------------------------------

Zahrain berkata, Fairus telah mengadakan perbincangan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengemukakan surat letak jawatan pagi ini.

Fairus dikatakan tidak menghubungi Zahrain yang menggantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

"Datuk Seri Anwar juga ada menghubungi saya dan memaklumkan mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai pengganti, Zahrain menjelaskan, pucuk kepimpinan akan membincangkan soal tersebut selepas selesainya tiga pilihan raya kecil serentak 7 April ini.

"Tumpuan parti (PKR) sekarang ialah pilihan raya kecil dan ia akan dibincangkan selepas itu," katanya sambil menambah, Ketua Menteri Pulau Pinang akan memangku jawatankuasa yang dipegang Fairus sebelum ini.

Apabila ditanya sama ada Fairus juga akan mengosongkan kerusi ADUN Penanti, Zahrain memberitahu: "Tidak... itu cuma spekulasi sahaja."

Fairus dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

DIARAH ANWAR

Sebenarnya desas-desus Fairus akan meletakkan jawatan itu sudah kedengaran sejak Disember lalu.

Sejak pertengahan minggu ini sudah kedengaran desas-desus Fairus sudah diarahkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Bagaimanapun Fairus akan kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimile awal pagi ini.

"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim," kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," kata beliau.

Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: "kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa."

Beliau berkata, Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa.

Penanti merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Permatang Pauh yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya.

Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab Fairus meletakkan jawatan.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas-desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.Mstar.

PAS Perak terima siapa sahaja calon Bukit Gantang


TAIPING: PAS Perak akan menerima siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 7 April ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Asmuni Awi berkata, sentimen anak tempatan tidak menjadi isu kerana PAS percaya pengundi kini telah matang untuk memilih calon anggota Parlimen berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan bekerja.

Kita telah menyenaraikan lima nama... PAS Perak berfikiran terbuka dan para penyokong PAS juga boleh menerima siapa sahaja calon.

Anak tempatan bukan menjadi faktor kerana para pengundi kini sudah matang," katanya ketika ditanya sama ada PAS akan mengutamakan anak tempatan sebagai calon.

Barisan Nasional (BN) telah menamakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Saffian sebagai calon anak tempatan selepas mendapati faktor calon luar pada pilihan raya umum lepas menjadi antara punca kekalahan.

Asmuni yang juga Pengarah Jentera PAS bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang berkata, calon parti itu akan diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di padang Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini pada Isnin ini.

Pucuk pimpinan akan bermesyuarat mengenai pemilihan calon pada petang Isnin sebelum calon diumumkan pada sebelah malam... tempat berkenaan adalah tempat sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan calon BN Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata Majlis Perbandaran Taiping telah membenarkan PAS menganjurkan majlis berkenaan dan permohonan juga sedang dibuat kepada polis.

Asmuni berkata, PAS akan mensasarkan sokongan daripada pengundi semua kaum sejajar dengan tema PAS bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan iaitu " kekalkan kemenangan untuk rakyat".

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, PAS telah membuat sebanyak 10 aduan polis sejak 13 Mac lepas berkaitan perbuatan merosakkan dan membakar bendera dan poster parti itu serta penyebaran risalah berbau perkauman dan berunsur sabotaj.

Asmuni berkata, antara risalah yang diedarkan oleh pihak tertentu yang dipercayai bertujuan mensabotaj PAS ialah risalah bergambar karikatur Sultan Perak dan Mufti Perak serta risalah yang mendakwa Pakatan Rakyat berhasrat membuat persempadanan semula bagi memastikan kerusi majoriti Cina sama banyak dengan Melayu.

Kita telah membuat laporan dan meminta polis membuat siasatan... kita kesal dengan taktik seperti ini malah PAS turut digambarkan sebagai zionis," katanya.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 8 Februari lalu.

Roslan mengalahkan Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1,566pada pilihan raya umum tahun lalu.

Seorang lagi calon bebas M. Mogan hilang wang pertaruhan dengan hanya 882 undi. Mstar.