20 March 2009

PAS umum calon Bukit Gantang Isnin depan

KUALA TERENGGANU: PAS akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Isnin ini, kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon parti itu akan diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Perak.

"Kita akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac ini dan pengumuman calon akan dilakukan pada sebelah malamnya," kata Mustafa di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas.

Mengulas lanjut, Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata empat nama dicadangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu dan kesemua mereka merupakan anak tempatan.

Beliau berkata PAS mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal bagi membolehkan calonnya turun padang dan berkempen untuk menarik sokongan rakyat.

"Berbanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kita buat pengumuman lewat kerana calon kita sudah dikenali rakyat di sini," katanya.

Mustafa berkata PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu walaupun menjangkakan tentangan sengit daripada calon Barisan Nasional (BN).

"Daripada maklumat yang saya terima, jentera pilihan raya PAS berjalan lancar. Ada sedikit perkara yang perlu dimantapkan menjelang pilihan raya kecil itu," katanya.

Pada Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Saffian, 48, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April ini.Mstar.

Resipi Hari Ini - Mee Rebus Asli

Bahan-bahan A:
Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
4 sudu besar serbuk Ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cili blender agak2 dalam 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa
Air agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya.

Bahan-bahan B:
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus

Cara-cara memasak kuah:
1. Kisar halus keledek + air.
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih.
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/ b.lawang, masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing.
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.
5. Masukkan cili blender, sampai garing.
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.
7. Masukkan air.
8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .

Cara menghidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bawang, cili hijau, bawang goreng, taugeh, tauhu & telur

Abu Lahab Lebih Baik Dari Kita?

"Kita kini berada dalam bulan Rabi'ul awal, dan pada hari ini marilah kita bersama-sama mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t. yang mempertemukan kita lagi dengan Rabi'ul awal ini, bulan yang menjadi kebiasaan dan amalan tradisi kepada kita, bilamana masuk sahaja bulan ini kita akan sambut peristiwa Maulidul Rasul s.a.w., satu peristiwa yang cukup besar yang telah mengubah sejarah kemanusiaan di dunia ini. Ketika mana dunia sedang resah gelisah dengan penyakit dan virus jahiliah, Allah s.w.t telah mentakdirkan untuk mengutuskan, kelahiran seorang anak yang menerajui dan telah merubah landscape sejarah hingga waktu ini.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang kita sambut saban tahun dan kita tidak pernah lupa dengan pelbagai acara serta sambutan. Seorang penyair arab telah menyebut "Telah dilahirkan seorang 'al-huda' yakni penunjuk jalan, maka seluruh alam bercahaya dengan kelahiran Muhammad s.a.w. dan setiap manusia yang hidup pada zaman itu dan zaman ini mengukirkan senyuman dan memuji terhadap kelahiran baginda Nabi Muhammada s.a.w." Maka pada hari ini tidak kiralah pada berapa haribulan pun, ada sebahagian riwayat yang kuat menyatakan 12 Rabi'ul awal Nabi lahir, ada juga riwayat yang menyatakan bukan tarikh 12 Rabi'ul awal tetapi tarikh yang lain, namun dalam bulan Rabi'ul awal seluruh umat Islam tidak kira rupa paras, warna kulit, pangkat dan bangsa keturunan, kita semua bersepakat meraikan peristiwa yang dinamakan Maulidul Rasul. Ada yang membuat dengan sambutan perarakan, ada yang menyambutnya dengan ceramah agama, berbagai-bagai acara dan berbagai-bagai peringkat.

Persoalannya yang ingin dilontarkan dalam tulisan yang pendek ini, bagaimanakah, apakah cukup dengan untuk kita menyatakan rasa cinta, rasa sayang kita kepada Baginda Nabi s.a.w. dengan sekadar menyambut peristiwa sahaja. Apakah cukup untuk kita hanya mengaku dengan menyatakan kita umat nabi yang menyayangi dan menyintai Nabi s.a.w. dengan hanya membuat acara-acara sambutan Maulidul Rasul semata.

Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. dan menyambutnya dengan acara-acara sebegitu sahaja, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. Orang cerita kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w.

Kalau kita juga sambut cuma dengan seronok dengan sambutan Maulidul Rasul setakat itu sahaja, maka Abu Lahab sebenarnya lebih baik dari kita kerana dia juga seronok malah menumbangkan 100 ekor unta (100 ekor unta!!!, kalau kita 100 ekor ayam pun belum tentu). Abu Lahab dengan 100 ekor unta, tetapi orang yang samalah, Muhammad yang ia seronok ketika dilahirkan itulah setelah dilantik Allah s.w.t. menjadi Nabi dan menyeru kepada Islam maka Abu Lahablah orang pertama yang menolak kenabian serta ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Bayangkanlah, 40 tahun sebelum itu dialah orang yang paling gembira dan seronok, dialah yang mengeluarkan segala-galanya untuk sambut kelahiran Nabi s.a.w. bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, ia merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.

Satelah 40 tahun kelahiran Mumammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku! , adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" jawapan penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?". Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat, maka celakalah Abu Lahab bukan Muhammad s.a.w. yang celaka.

Jadi, apabila kita menyebut sambutan Maulidul Rasul, maka di situ mesti ada pengisian, pengisiannya adalah dengan mencari kesempatan yang diberi Allah s.w.t. untuk mengenang, mencari siapakah sebenarnya Nabi s.a.w., siapakan Nabi yang kita ikut. Apakah kita sekadar mengenali beliau benama Muhammad bin Abdullah? tetapi tidak tahu sejarah hidup serta perjalanan sirah Baginda s.a.w. Ambillah kesempatan disamping ceramah-ceramah, program-program, aturcara-aturcara yang kita buat disamping itu kita kembali menghayati, mengingati, kehidupan Nabi s.a.w. daripada mula Nabi s.a.w. dilahirkan hingga wafat kembali ke rahmatullah kerana Nabi s.a.w. adalah "Huswatun Hasanah" yakni "Contoh Tauladan Terbaik" kepada umat manusia.

Bilamana kita manusia mengetahui peribadi Nabi s.a.w., bagaimanakah kehidupan Nabi s.a.w., maka ketika itulah akan timbul rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w. dengan melaksanakan segala titah suruhan, yang diperintah Nabi s.a.w. dan sedaya-upaya meninggalkan segala ancaman-ancaman, tegahan-tegahan yang telah disebut Nabi s.a.w. lebih seribu empat ratus tahun dahulu.

Allah s.w.t. menyatakan sekiranya kamu cinta kepada Allah, sekiranya kamu cinta kepada Nabi maka ikutlah arahan Allah, ikut arahan Rasul "Wa'ati'ullah waatiurasul wa'ulil aamri minkum" kata Allah hendaklah kamu mentaati Allah dan hendaklah kamu mentaati Rasul dan juga pemimpin-pemimpin kamu. Ulama menafsirkan bahawa ketika mana Allah s.w.t. menyebutkan taat kepada Allah, Allah menyebut "A'ti'u", ketika mana Allah s.w.t. menyebutkan taat kepada Rasul, Allah menyebut "A'ti'u rasul", dan ketika mana Allah menyebut taat kepada pemimpin Allah cuma menyambung "wa'ulil aamri minkum" tanpa menyebut "A'ti'u". Maka di sana ulama membuat kesimpulan taat pada Allah, taat pada Rasul adalah mutlaq tanpa soal. Apabila Allah Ta'ala kata halal maka halallah, bilamana Nabi kata wajib maka wajiblah, apabila Nabi kata perkara ini tak boleh buat maka tak boleh buat kerana patuh kepada Allah dan Rasul adalah secara mutlaq, tunduk dan patuh. Adapun taat kepada "ulil aamri" kepimpinan maka di sana ada kaitan yakni pemimpin yang taat kepada Allah dan taat kepada Rasul yaitu berdasarkan kebenaran.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama bertekat dan menanam azam untuk kembali mengenal Nabi s.a.w. dengan sirah, kita ajar anak-anak kita, generasi kita untuk faham siapakah Nabi kita. Dengan menanamkan kefahaman kepada generasi ini daripada kecil, InsyaAllah generasi mendatang akan menjadi generasi yang lebih berpedoman dan beridolakan Rasulullah s.a.w., oleh kerana generasi dan umat yang ada pada waktu ini sudah hilang idolanya, mentornya, ikutannya, maka marilah bersama-sama kita kembali menjadikan Nabi s.a.w. sebagai ikutan dalam kehidupan, kita tanamkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w. dengan mengikut segala sunah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. samada perintah arahan ataupun tegahan yang diwarisi dalam hadis-hadis yang banyak disebut serta ditinggalkan Rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya, marilah kita kembali menghayati segala sunah Rasulullah s.a.w. dan kehidupan beragama kerana pepatah Arab ada menyatakan yang bermaksud "Orang Islam, bilamana ia meninggalkan agama, bilamana ia meninggalkan contoh tauladan kehidupan berpandukan kepada Nabi s.a.w., umat Islam pada ketika itu akan jadi mundur, terkebelakang walaupun manusia menyatakan semakin maju, tetapi yang meninggalkan agama sebenarnya akan menjadi mundur. Adapun orang yang bukan Islam, bilamana mereka meninggalkan ajaran agama mereka, mereka akan menjadi maju dan kehadapan"

Marilah kita kembali menghayati serta menjalankan tugas yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan moga-moga dengan kita menghidupkan sunah dan mengamalkannya serta memperbanyakkan selawat keatas baginda, apalah kiranya Nabi s.a.w. sudi memberikan kita Syaffa'atnya semasa kita di Yaumil Masyar yang kita cukup yakini kehadirannya di akhirat nanti, InsyaAllah.

credits: utz. m.rodhi ab/m.al-ittihadiah
petikan: http://pandangbelak ang.blogspot. com/"

YB NIZAR BELA KAUM TERTENTU SAHAJA ?

salam sejahtera kpd semua..

DI sertakan di sini,bukti surat penghargaan dari Madrasah Addiniah Al-Latifiah di perak,yang sebelum dinafikan hak mereka,beratus2 sekolah agama rakyat dan pondok terpaksa ditutup selepas bantuan kewangan kepada mereka di tarik balik oleh kerajaan,atas alasan2 yang tak munasabah.Blog Madrasah tersebut di sini.


Ini adalah antara penganugerahan hak milik tanah,yang diklasifikasikan sebagai "perkauman" dan tidak adil oleh pemimpin kerajaan dan juga media masa yang berat sebelah macam dacing yang sedia senget sebelah.apakah makna adil bagi mereka?Inilah yang dikatakan betapa beratnya berlaku adil,kerana even berlaku adil pun ada yang mengatakannya tidak adil.Mungkin dengan adanya penganugerahan projek kepada kaum kerabat barulah adil namanya.

Sejak balik dr perak haritu,aku lihat ramai sgt even ahli keluarga sendiri yang salah faham isu pemberian tanah kepada org cina di perak.

Fakta pertama,pemberian tanah itu juga melibatkan kebanyakannya org melayu,tapi yang di paparkan di suratkhabar," Kerajaan Perak bagi tanah kpd org cina".

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli).

Fakta kedua,penipuan media yang mengatakan Hj Nizar dikawal dan dipaksa oleh DAP untuk bagi tanah tu.Sebenarnya salah sama sekali,manifesto pemberian hak tanah ini adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Persoalan lain : habis tu,tanah yang cina dapat tu,cmne melayu nak survive.

Jwpn : melayu takkan dapat survive smpai bila2 dengan sikap pemimpin yang masih ada masa sekarang.Tanah yuang di beri kepada kaum cina itu adalah kepada mereka yang memerlukan.Bukan cina yang sudah kaya raya,rumah banglo keta berderet-deret. Tetapi org cina yang dah tinggal berpuluh-puluh tahun,yang dah tua,yang sederhana dalam kehidupan mereka.Mereka pernah dijanjikan untuk diberi hakmilik tanah di bawah kerajaan perak pimpinan Bn sebelum ini.tetapi tak pernah ditunaikan.

Apakah mereka perlu dinafikan hak hanya semata-mata mereka "org cina"? Islam mengajar untuk kita bersama-sama hidup dalam dunia dengan muafakat.Ketika zaman Rasulullah juga,hak-hak orang2 yahudi juga dijaga dengan baik oleh Nabi,even merekalah penentang yang utama.Jadi apa hujah untuk menafikan orang cina untuk mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan?adakah ini satu "kezaliman" seperti yang diwarwarkan media?fikirkan sendiri.

Mari kita lihat penjelasan isu tanah,undisclosed explanation yang pasti takkan masuk dalam utusan.Lihat disini.

Apa " keadilan" yang telah dilakukan kerajaan BN di perak sebelum ini?mari kita singkap semula
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.


5,000 ekar di Bruas

1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tenah rizab melayq di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Dan polisi "adil" ini dilaksanakan secara saksama di seluruh Malaysia :)

apa fakta tentang tanah rizab melayu yang kononnya diperjuangkan selama ini?

Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sekarang ni,Bekas MB Selangor,Khir Toyo pun nak jadi jaguh mempertahankan hak melayu konon2nya di Selangor.Tapi, memang beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menuduh pemberian lembu korban sebagai "corrupt".Satu persatu Corruption yang beliau lakukan sebelum ini terbongkar,isu elaun bernilai ratusan ribu dari PKNS,isu lawatan ke luar negara di sana sini,yang kdg2 tak releven sja antaranya London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.,kos yang ditanggung kerajaan negeri lebih 300 ribu untuk kos pengangkutan shj,tk termasuk yang lain2..penyalahguna an dana BALKIS melebihi 1 juta,dan sebagainya.bacaan lanjut disini.

oleh itu..adakah ini yang dinamakan keadilan?

tepuk dada,tanya iman.

Dipetik dari http://khallys. blogspot. com/

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Email : ZAMRI kecik's

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan (6) Tembakau
(2) Alkohol (7) Radiasi
(3) Sinaran cahaya matahari (8) Pekerjaan
(4) Pengambilan ubat (9) Pencemaran air dan udara
(5) Perokok yang tidak aktif (10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,
mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

Email : ZAMRI kecik's

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

ALI RUSTAM : SUDAH JATUH BARU NAK TEGADAH

Oleh : Dr Fikrah

Dr Mahathir menyarankan kepada Lembaga Disiplin UMNO supaya tidak melayan rayuan yang dikemukakan oleh Ali Rustam. Beliau sebelum ini telah dilarang bertanding kerana didapati bersalah di dalam politik wang. Selain itu, Ali Rustam turut diancam dengan penyerahan aduan kepada SPRM oleh Ketua Angkatan Muda PKR atas tuduhan rasuah. Selain itu, beliau telah ditempelak oleh Ustaz Abdul Ghani, Pesuruhjaya PAS Melaka, dengan mengatakan kepada beliau…

"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula”

Dalam masa beberapa hari, Allah SWT hendak menunjukkan kekuasaannya kepada rakyat Malaysia, khususnya Ali Rustam sendiri. Tidak sampai seminggu, beliau sudah menghadapi jutaan tekanan yang datang dari pelbagai pihak. Inilah apa yang dikatakan sebagai “kekuasaan itu milik Allah semata-mata”. Segala kejahatannya akan ditimpakan kembali kepada diri mereka sendiri.

Apalagi? Masih hendak mencabar kuasa Allah? Saya, Dr Fikrah, turut menempelak kepada beliau yang dahulunya banyak menyusahkan orang, akhirnya dalam masa sekelip mata, reputasinya merudum dengan teruk. Masih tidak sedar lagi siapakah Pemilik kuasa yang sebenar? Kes Ali Rustam ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pimpinan UMNO, janganlah anda rasa selesa dengan kedudukan yang ada. Sangat mudah bagi Allah SWT untuk menjatuhkan orang-orang yang sombong.

Kalam Ustaz Abdul Ghani itu penuh makna, yang mampu menyentak semua orang. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lihatlah kebesaran Allah SWT yang mengembalikan “hentaman” kepada seorang alim, kepada diri mereka semula. Sekiranya mereka sanggup menghentam seorang Tok Guru, tunggulah balasannya daripada Allah, mereka akan dihentam pula.

Sekiranya seorang Tok Guru telah dihentam, lalu Allah mengembalikan hentaman tersebut kepada diri mereka sendiri, bagaimana pula sebuah kesatuan yang besar yang menuntut keadilan? Mereka telah memfitnah PR dan menyekat daripada keadilan terbentuk, maka tunggulah, Allah akan mengembalikan segala bentuk kejahatan itu kepada diri mereka sendiri! Jangan fikir hidup di dunia ini tiada siapa yang Berkuasa terhadapnya.

Wahai UMNO! Berhati-hatilah dengan PR, sekiranya hari ini anda merasa senang mengutuk orang, belum tentu hari esok, kamu akan ditimpakan kembali kejahatan itu kepada diri kamu sendiri. Ambillah iktibar wahai yang berakal. Kes Ali Rustam ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi dirimu, dan pengajaran kepada semua ahli UMNO. Sedarlah sebelum terlambat.

Salam Perjuangan .

Khutbah Memadai 10 hingga 15 minit

SOAL JAWAB/KEMUSYKILAN AGAMA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Soalan :
Sejak akhir-akhir ini, kedapatan imam-imam dan khatib-khatib, apatah lagi imam/khatib jemputan pada hari Jumaat berkhutbah agak panjang, kadang-kadang sampai 40 minit ditambah pula dengan bacaan ayat-ayat yang panjang dalam sembahyang. Ramai makmum merungut dan tidak berpuas hati sehingga pernah berlaku ada diantara jemaah yang balik tanpa sempat menunaikan solat Jumaat. Soalan saya, apakah perbuatan imam atau khatib seperti itu menepati ajaran Islam?

Jawapan:
Beribadat dengan melakukan pelbagai amal sebagai bekalan untuk akhirat seperti sembahyang, puasa, membaca al-Quran, berzikir dan pelbagai lagi, adalah sangat dituntut. Malah ia adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.”-(Az-Zariyat: 56). Bagaimanapun, sebarang ‘amal ‘ibadat yang hendak dilakukan mestilah mengikut syarat rukun, peraturan dan adab-adabnya.

Di antara peraturan dan adabnya, mestilah ibadat yang dilakukan itu tidak menyusah dan menganggu orang lain. Sebagai contoh, orang yang ingin beribadat dengan membaca al-Quran, dia boleh melakukannya bila-bila masa dan sebanyak mana yang ia mahu, selama ia tidak mengganggu orang lain dengan suara bacaannya itu. Sebab itulah dia dilarang membacanya dengan suara yang kuat dan nyaring sehingga perbuatan itu boleh mengganggu orang yang sedang tidur. Begitu juga dalam sembahyang berjemaah, seseorang makmum dilarang membaca Fatihah atau ayat lain dalam sembahyang dengan suara yang kuat kerana perbuatan demikian boleh mengganggu dan mengelirukan makmum lain.

Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, di kalangan ‘ulama, berdasarkan kepada hadis sahih, sudah banyak memperkatakan mengenai syarat-syarat dan adab serta etika seorang imam dan khatib yang seharusnya diikuti supaya dia menjadi seorang imam atau khatib yang dihormati dan disegani.

Antara syarat seorang imam dan khatib itu mestilah mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi, khususnya dalam bab sembahyang dan mereka juga mesti fasih membaca al-Quran dengan makhraj dan tajwidnya yang betul. Manakala adab dan etikanya pula, seorang imam atau khatib itu mestilah peka dan prihatin dengan keadaan makmum di belakangnya yang sudah pasti terdiri daripada manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan kedudukan serta peringkat umur dan pengetahuan agamanya. Di samping itu, dia juga harus prihatin dan mengambil kira keadaan masa, tempat dan suasana. Ammar bin Yasir berkata: “Aku mendengar Rasullah bersabda: “Sesungguhnya panjang sembahyang seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran Islam), maka panjangkan sembahyang dan pendekkan khutbah”.

Maksud panjang sembahyang dalam hadis ini ialah sembahyang lebih panjang daripada khutbah, bukan bermaksud panjang sembahyang sehingga menyusahkan makmum. Ada riyawat lain menyebutkan bahawa khutbah Rasullah dan sembahyangnya adalah sederhana. Anas bin Malik pula berkata: “Aku tidak pernah melihat orang sembahyang lebih ringkas dan lebih sempurna selain daripada Rasulullah”. Dan dalam satu peristiwa dimana Rasullah pernah menegur sahabat agungnya, Muaz bin Jabal yang pernah menjadi imam sembahyang di sebuah perkampungan dan membaca surah yang panjang. Tindakannya itu menyebabkan seorang daripada makmum telah mufaraqah dan terus sembahyang bersendirian kerana beliau terlalu banyak kerja yang hendak diuruskan. Perbuatan makmum ini dimarahi oleh Muaz lalu memberitahu Rasulullah. Rasulullah pun bersabda kepada Muaz, maksudnya: “Apakah engkau hendak membuat fitnah” sambil diulanginya tiga kali dan terus bersabda lagi: “Kalau engkau membaca surah pendek-pendek, tentulah semua orang boleh mengikuti engkau kerana di antara kalangan makmum ada yang sakit, uzur, tua, kanak-kanak dan ada yang mempunyai banyak urusan”. Rasulullah sendiri pernah mempercepatkan sembahyang tatkala mengimamkan satu sembahyang semata-mata kerana terdengar tangisan seorang kanak-kanak, kerana takut ibunya tidak khusyuk.

Khutbah juga tidak seharusnya dipanjangkan, cukuplah di antara 10 dan 15 minit sahaja. Khutbah yang pendek, padat ditambah dengan penggunaan bahasa yang baik adalah lebih berkesan daripada yang panjang berjela-jela sehingga menjemukan dan membosankan para jemaah. Apatah lagi di setengah masjid di Wilayah Persekutuan ini ketika sembahyang Jumaat terdapat ramai para jemaah yang terpaksa sembahyang di luar masjid sebab ruang dalam masjid telah penuh, dimana mereka terdedah dengan panas terik dan kadang-kadang hujan pula.

Kesimpulannya bahawa imam atau khatib yang sering sahaja membaca surah-surah dan berkhutbah panjang serta tidak mengambilkira kesesuaian waktunya sehingga menyusahkan para jemaah adalah tidak selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W. , Wallahu A’alam.

Umno Pahang Yang Tidak Pernah Serik

Oleh : Zukri Aksah

Ini cerita Umno Pahang, bukan cerita pasal beberapa orang wakil rakyat mereka dari negeri ini yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, itu semua orang dah tahu. Ini pasal anak syarikat di bawah PKNP yang diterajui oleh Adnan Yaakob. Semua orang Pahang kenal PASDEC Holdings Berhad, PASDEC ada banyak anak syarikat dan terlibat dengan banyak perniagaan, Pengerusi PASDEC adalah Adnan Yaakob.

Al-kisahnya jawatan GMD (Group Managing Director - Pengarah Urusan Kumpulan) PASDEC Holdings kosong. Maka PASDEC pun buatlah “head hunter,” mencari tokoh-tokoh korporat berkelayakan bagi mengemudi konglomerat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ini. Maka dapatlah empat orang calon yang disenarai-pendekkan, siap sudah dibuat penilaian dengan markahnya sekali, ringkasnya sudah ada yang terbaik di kalangan empat orang ini yang sepatutnya dipilih!

Tup-tup dengar ceritanya dari orang dalam, sekali Adnan Yaakob telah bawa orangnya untuk dijadikan GMD PASDEC Holdings. Khabarnya orang itu adalah Khairuddin Abdul Manan, bekas calon Umno dalam Pilihanraya Umum yang lepas di DUN Kuala Semantan yang kalah dengan calon PAS, Syed Hamid Syed Mohamad.

Mengikut biodata yang dihantar, Khairuddin dikatakan seorang tokoh korporat yang berpengalaman. Lalu orang dalam PASDEC yang curiga telah membuat carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Didapati bahawa syarikat yang pernah diterajui Khairuddin ini telah bankrap, dan Khairuddin sendiri telah disenarai-hitamkan (sama ada Khairuddin telah membersihkan dirinya dari senarai hitam ini, wallahu’alam). Tetapi yang pentingnya PASDEC adalah antara anak syarikat kerajaan negeri yang terbesar, apakah perhitungan logik yang digunakan untuk menyerahkan PASDEC kepada seorang yang pernah membangkrapkan syarikat yang diterajuinya?

Itulah saya kata Umno Pahang ini tidak serik-serik. Saham Hyatt Kuantan telah dijual, PASDEC Resources hilang tanpa nisan, Samudera Riverview Hotel memburuk di tengah bandar, yang terbaru Astana Golf disita, tidak belajar lagikah mereka?

Saya tahulah Umno Pahang masih menang bergaya dalam Pilihanraya Umum yang lepas. Kalau Umno di negeri lain sudah banyak yang berjalan tunduk muka, Adnan Yaakob masih berjalan mendabik dada. Namun sampai bila kita mampu hidup menongkat langit?

Cerita pasal pekerja-pekerja Astana Golf pun ada juga lucunya. Hari ini kalau anda ingin ke Carrefour di East Coast Mall, Kuantan, di depan pintu masuknya ada sebuah kiosk menjual ais krim RM1.00 sebatang. Kiosk ini dibuka oleh PKNP bagi menempatkan bekas pekerja Astana Golf, dan mereka menerima gaji yang serupa sebagaimana mereka di Astana dahulu. Seorang pegawai ketika di Astana, maka dia dibayar RM1700 - RM1800 sebulan, seorang lagi kedi golf, dia dibayar lebih kurang RM700 sebulan. Anda bayangkan PKNP membayar RM2400 - RM2500 sebulan untuk penjual ais krim. Dengan harga RM1.00 sebatang, anda rasa bolehkah mereka menjual 2500 batang ais krim sebulan?

Anda tahu? Inilah kezaliman sebenar, bila meletak sesuatu bukan pada tempatnya. Habis kita yang berteriak KEADILAN siang-malam buat apa? Duduk diam? Saya rasa mungkin wajarlah desakan Umno Paya Besar supaya Adnan Yaakob meletak jawatan.

5 perkara...

Email : noranas

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل

1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak
3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang lena tanpa gangguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Gambar polis halang ceramah yang tidak jadi, macam nyamuk serang kelambu tidak berpenghuni.

BUKIT GANTANG : Sebelum sembahyang maghrib sebentar tadi saya sempat untuk mengambil gambar suasana di hadapan tapak ceramah yang dihalang oleh pihak keselamatan. Kelihatan hampir 30 kenderaan yang mengangkut pasukan keselamatan bagi mengawal ceramah yang tak jadi itu.

Apa sudah jadi ceramah dipindah tempat lain namun polis tetap tunjuk kekuatan untuk menghalang ceramah itu. Macamlah nyamuk menyerang kelambu namun di dalamnya tiada pun orang tidur....














Ratusan polis dan FRU berkawal di tapak ceramah yang dihalang.

BUKIT GANTANG : TERKINI 7.20 MALAM, Dianggarkan lebih dua ratus orang polis dan FRU mengadakan kawalan yang ketat di sekitar tapak ceramah di Simpang, Jalan Kuala Kangsar, yang telah dilarang oleh Polis dengan kenyataan pihak berkenaan permit tidak dibenarkan.

Kelihatan deretan kira-kira 30 kenderaan yang tertulis PDRM berwarna merah , hitam dan kereta biasa yang mengangkut mereka yang bertugas diletakkan disepanjang jalan berhampiran tapak ceramah itu.

Gambar menyusul....

Ceramah pindah ke Markaz Bukit Cempedak.

BUKIT GANTANG : Ceramah Umum yang melibatkan Ketua Pembangkang, DS. Anwar Ibrahim dan YAB. Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang tidak mendapat kebenaran polis dengan alasan yang tidak munasabah di pindahkan ke Markaz PAS Bukit Cempedak.

Semasa melawat tapak ceramah yang tidak dibenarkan itu pada sekitar jam 5.00 petang tadi, didapati beberapa orang peniaga yang sedang mengangkat kembali barang dagangan dan membuka khemah masing-masing dipercayai untuk berpindah ke tempat ceramah yang baru.

Perhimpunan PKR di Taiping malam ini tiada permit - Polis

IPOH: Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menghadiri atau menyertai satu perhimpunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Simpang, Taiping, 95 km dari sini, malam ini kerana tidak mendapat permit.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak berkata perhimpunan di tempat itu tidak sesuai kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan ataupun menyertai perhimpunan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Raja Musa berkata bagi mengelak sebarang kejadian, anggota polis akan ditempatkan di kawasan itu.

Sebelum ini satu ceramah pelancaran gerakkerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang yang dihadiri oleh Musyidul Am Pas dan Presiden PAS diadakan pada 8 Mac mendapat kerjasama yang baik dari pihak keselamatan dan tidak menimbulkan sebarang masalah.

Ali Rustam bukan 'kambing hitam' - Najib

PUTRAJAYA: Tiada unsur sabotaj dan kambing hitam dalam tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung kesalahan politik wang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata lembaga itu bertindak berdasarkan maklumat dan Mohd Ali tidak dijadikan kambing korban dalam usaha parti itu membanteras gejala rasuah politik wang.

"Kita tidak boleh persoalkan nawaitu (niat) Lembaga Disiplin dan perlu memberi kepercayaan kepadanya sekiranya kita nak bersihkan Umno," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kementerian Kewangan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus segelintir anggota Umno mempersoalkan kredibiliti lembaga itu serta cakap-cakap politik kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dan kambing korban dalam kes Mohd Ali itu.

Najib berkata lembaga itu diwujudkan hasil persidangan khas dan manakala anggotanya dilantik oleh parti.

Semalam lembaga itu mengumumkan 15 daripada 29 anggota Umno yang disiasat didapati bersalah berhubung amalan politik wang.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana tiga ejennya mengamalkan politik wang.

Beliau dilarang bertanding dalam pemilihan Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu depan.

Mohd Ali, yang Naib Presiden Umno, adalah calon Timbalan Presiden.

Ditanya sama ada tindakan kerajaan mengekalkan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka boleh memberi isyarat yang silap kepada orang ramai bahawa "seorang pemimpin korup" masih boleh menerajui kerajaan negeri, Najib berkata:

"Dia punya fakta berlainan sebab kerjakerja (amalan politik wang) dilakukan oleh orangorang tertentu. Sebab itu berdasarkan fakta lembaga disiplin buat keputusan dia boleh pegang jawatan (dalam parti)."

Mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rayuan mereka yang didapati bersalah oleh lembaga itu tidak perlu dilayan bagi membuktikan kesungguhan Umno membanteras gejala politik wang, Najib berkata Umno tidak boleh menafikan hak mereka untuk merayu dan terpulanglah kepada Lembaga Rayuan untuk memutuskannya.

Ditanya mengenai kekeliruan sebilangan anggota Umno bahawa terdapat anggota yang didakwa di mahkamah kerana kesalahan politik wang dan anggota yang didapati bersalah oleh lembaga itu hanya diberi amaran tetapi mereka masih boleh bertanding pada pemilihan minggu depan, Najib berkata:

"Itu pertimbangan Lembaga Disiplin. Ia badan bebas. Kita tidak campur tangan."

SUARA MAHASISWA PERAK UNITED KINGDOM

0leh : Hafez Sabri

UNITED KINGDOM : Konflik yang berlaku di Perak sekarang tidak ada kesudahannya melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) kata Saudara Afiq Khazar (koordinator Mahasiswa BERSATU PERAK United Kingdom).

Beliau berkata, nampaknya masalah yang berlaku semakin rumit apabila wujud dua kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Sewajarnya Dun Perak dibubarkan kerana hanya cara tersebut sahaja paling selamat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul sekarang. Biarlah segala yang berlaku dihakimi rakyat.

“Ini sesuai dengan amalan demokrasi yang dipraktik di negara ini.. Sekiranya rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu, bererti Umno dan BN yang akan menguasai negeri terbabit dan begitu juga sebaliknya,” katanya selepas di hubungi Unit Media BERSATU PERAK melalui perbualan telefon.

“Janganlah dibiar rakyat terus tertekan akibat kedegilan pihak tertentu untuk menyerahkan mandat kepada mereka untuk membuat pemilihan semula.

“Saya fikir inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan suasana yang berlaku di Perak sekarang,” ujarnya.

Beliau yang di amanahkan untuk memobilasi mahasiswa Perak di United Kingdom juga menyatakan, tindakan kerajaan BN di Perak sehingga terpaksa ke luar negara untuk mencari pakar undang-undang bagi mempertahankan kerajaan BN sebagai tindakan terdesak.

Kata beliau, biar apa pun cara yang dilakukan kerajaan BN bagi memulihkan keadaan, rakyat tetap tidak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku, kecuali diadakan semula pilihan raya,bagi mengembalikan haka rakyat yang di nafikan secara kotor

“Hanya pilihan raya cara yang paling manis, bijak, bersopan serta mengikut lunas demokrasi berbanding cara lain sebagaimana yang dilakukan termasuk mendapat khidmat pakar undang-undang di England,” ujarnya.