19 March 2009

PETUA IMAM SYAFI'E

Email : Adipati Kablen

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.

Beberapa persoalan yang perlu difikirkan kita semua.

Oleh : Nurul Huda Abdul Rahman

Politik… politik… pening memikirkan hal politik negara sekarang. Tak fakir, tak boleh pula. Nanti bagaimana kita nak buat pilihan mengundi. Tersalah pilih, kita yang rugi dunia akhirat. Dalam dok fikir2 itulah, terfikir nak berfikir dari sudut bertentangan (kontra). Mungkin anda pun patut fikirkan juga:

1. kenapa setiap berita yg bertentangan dgn bn dikatakan “hasutan”? Kenapa yg dtg dr bn tidak?

2. kenapa perhimpunan anjuran pr dikatakan rusuhan? kenapa perhimpunan bn tidak?

3. kenapa perhimpunan anjuran pr ada gas pemedih mata, provokasi pihak fru dan polis? Kenapa perhimpunan bn tidak?

4. benarkah kita tidak perlu masuk campur dalam hal politik negara dan biarkan pemimpin negara dan pembangkang sahaja yang terlibat? Kalau begitu, untuk apa kita mengundi? Bukankah untuk memilih kita mesti ada pengetahuan tentang pihak manakah yang sepatutnya kita pilih?

5. kenapa org yg dikatakan ‘menghina sultan di perak’ dikenakan tindakan mahkamah segera? Kenapa org yg ‘menghina agong di terengganu’ dulu tu sampai sekarang tidak?

6. kenapa umno tak nak laksanakan hukum hudud? Kenapa bagi alasan negara kita negara berbilang kaum, sedangkan di negara lain yang amalkan hukum Islam tu pun berbilang kaum jugak?

7. siapa yang selalu menakut-nakutkan orang tentang perlaksanaan hukum hudud? Siapa yang buat statement “kalau buat hukum hudud nanti ada yang kena potong tangan”? Apakah yang terjadi kepada keimanan kita kalau kita berpandangan seperti itu?

8. benarkah “tidak sependapat” akan membawa kepada “pecah belah” dan itu petanda “tidak baik”? Bukankah dalam Al-Qur’an ada mengatakan “berlainan pendapat itu manis”?

9. benarkah, kita kena ikut sahaja pemimpin negara kita kerana merekalah yang membawa kemajuan kepada negara? Kalau pemimpin negara kita adalah firaun (atau seumpama firaun), pun kita kena pilih mereka jugak kah? (zaman pemerintahan firaun adalah antara zaman kegemilangan negara mesir: negaranya aman, rakyatnya (orang mesir) hidup mewah, teknologi sains dan fiziknya tumbuh pesat, ekonominya kukuh – yang hidup tak aman cuma golongan yahudi sahaja dan pengikut nabi)

10. kenapa pengikut umno tak boleh tegur pemimpin mereka, tak boleh berlainan pendapat dengan pemimpin mereka? Nak tegur pula tak boleh nampak macam membuat teguran? Adakah pemimpin umno sentiasa benar?

11. benarkah, kita mesti mengundi bn kerana merekalah yang membawa kemajuan kepada negara, mereka lah yang membawa keamanan kepada kita, merekalah yang mengangkat martabat orang melayu dan kesultanan melayu?

12. benarkah kalau negara kita tidak diperintah bn, negara kita akan kucar-kacir, melayu akan terpinggir, ekonomi akan jatuh mundur, keamanan hilang, masalah perkauman akan menular?

13. benarkah, tiada apa yang akan berlaku kepada bahasa melayu jika ppsmi diteruskan? Benarkah bahasa melayu tidak mampu mengangkat sains dan matematik ke tahap yang lebih tinggi?

14. benarkah kita tidak boleh mencampur adukkan hal agama dengan hal dunia? Bukankah Islam itu “syumul” bermakna Islam boleh masuk dalam semua hal-hal dunia?

15. bolehkah umno guna polis, fru, jentera kerajaan dan peralatan kerajaan untuk proses pengundian? Bukankah “umno is umno”, umno bukan kerajaan dan kerajaan bukan umno? Umno dapat jadi kerajaan hanyalah kerana rating undian mereka lebih tinggi? jika nanti mereka kalah undian seluruh negara, bukankah mereka bukan lagi kerajaan?

16. kenapa pr selalu dianggap suka bermain dengan isu perkauman? Bn tak pernah kah? Dato’ Hishamuddin angkat keris bukan ada unsur perkaumankah? Orang melayu koyak gambar pemimpin mca di penang bukan unsur perkaumankah (boleh lihat dalam utusan)? Menakut-nakutkan orang awam tentang dap, bukan unsur perkaumankah? Bukankah Rasulullah tak bagi kita memberatkan isu perkauman/ asobiah?

17. tak mengapakah pemimpin negara kita tidak mahu ambil berat tentang kes murtad di negara kita? Benarkah itu urusan pihak jabatan agama sahaja?

18. benarkah perlembagaan tidak boleh ditukar? Benarkah kita kena ikut sahaja perlembagaan? Tetapi, kenapa jika perlembagaan yang ada merugikan pihak bn, boleh pula perlembagaan itu ditukar?

19. benarkah negara kita tidak mengamalkan konsep “pengasingan kuasa”? benarkah mahkamah boleh mengenakan tindakan kepada speaker dun? Kenapa apa yang dipelajari dalam sejarah negara dan pengajian am tak sama seperti yang berlaku sekarang?

20. kenapa kita mesti sekat sebarang ulasan, pandangan, kritikan yang bertentangan dengan bn? Bukankah dari situlah bn boleh memperbaiki diri?

21. benarkah negara kita tidak memerlukan pembangkang kerana mereka pembawa perpecahan? Bukankah dengan adanya pembangkang, pihak pemerintah dan jabatan kerajaan tidak dapat berbuat sesuatu yang merugikan rakyat?

22. benarkah siapa yang tidak menyokong bn, bermakna mereka tidak boleh menggunakan kemudahan awam? Bukankah kemudahan awam itu terbina dari duit semua rakyat termasuk yang tidak menyokong bn?

23. benarkah “hak kerajaan” bermaksud “hak pemimpin negara”? bukankah “hak kerajaan” bermaksud “hak rakyat Malaysia ”? Ini bermakna “duit kerajaan” adalah “duit semua warganegara Malaysia ”!

24. benarkah pemimpin negara boleh gunakan duit kerajaan untuk urusan peribadi seperti melancong, baiki kereta dan rumah, makan minum di hotel? Bukankah mereka semua sudah ada gaji dan elaun kerja? Bukankah dengan duit itu, kita boleh gunakan untuk bantu rakyat yang lebih susah dan lebih memerlukan? Bukankah duit itu adalah hak rakyat?

25. bukankah minyak petroleum adalah hak milik rakyat Malaysia kerana ia dikorek dari dalam tanah negara kita? Kenapa kita tiada hak untuk mengetahui kemana hasil carigali petroleum itu? Kenapa ada istilah duit “royalti minyak”? bukankah petronas sepatutnya menjadi “pekerja kepada rakyat Malaysia ” sebab minyak tu bukan mereka yang punya?

26. bukankah pemimpin negara merupakan “pekerja” kepada rakyat Malaysia kerana kita yang memilih mereka semasa mengundi? Ini bermakna mereka mesti bekerja untuk rakyat Malaysia bukannya rakyat bekerja untuk mereka? Ini juga bermakna mereka mesti meng’kaya’ kan dahulu rakyat sebelum mereka meng’kaya’ kan diri sendiri!

Banyak lagi yang perlu difikirkan dan kita mesti fikirkan pro dan kontra juga. Jika kita tidak mahu memikirkannya, bermakna hati kita mungkin buta dari melihat kebenaran.

Cuba kita kenang kisah Nabi Ibrahim. Walaupun disekeliling baginda orang mengagung-agungkan berhala dan bapanya sendiri adalah pengukir berhala. Baginda tetap berfikir akan wajarkah baginda juga menyembah berhala. Tidak ingatkah kita akan kisah bagaimana baginda mencari-cari tuhan yang sebenar sehingga disangkakan matahari adalah tuhan tetapi membatalkan andaiannya apabila malam menjelma dan matahari pun hilang. Kita juga mesti begitu!

Jangan berhenti berfikir walaupun kita lelah menghadapinya. Kerana ALLAH sentiasa mahukan kita berfikir tentang kejadian alam dan setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Kajian juga telah berjaya menunjukkan bahawa otak yang selalu berfikir akan menerima lebih banyak oksigen. Banyak sel otak terima oksigen, maka mudahlah kita membuat pertimbangan.


ANTARA DUA KEMASYHURAN

Email:Mazura

Berbagai-bagai cara orang boleh masyhur dan dikenali ramai. Ada yang masyhur kerana sikap hidup dan ada yang masyhur kerana diusahakan . Nabi Adam dan Siti Hawa terkenal kerana merupakan manusia yang terawal dijadikan Allah di kalangan umat manusia. Syaitan termasyhur kerana sikap sombong dan angkuhnya yang tldak mahu sujud pada Nabi Adam apabila disuruh oleh Allah S.W.T. Habil dan Qabil pula termasyhur kerana mencatit peristiwa pembunuhan yang terawal dl kalangan umat manusia.

Begitu juga Nabi dan Rasul a.s yang mulia (khususnya 25 orang rasul terutamanya Rasul yang bergelar Ulul Azmi) terkenal kerana kepatuhan kepada Allah serta kesabaran dalam memikul tugas untuk memimpin umat pada jalan yang lurus. Mereka sabar berhadapan dengan telatah umatnya yang berbagai-bagai ragam itu. Firaun dan Namrud pula terkenal kerana angkuh dan sombong kepada manusia dan kepada Allah lantas mengaku dirinya sebagai Tuhan. Haman, Qarun, Abu Jahal serta Abu Lahab pun terkenal kerana kedegilan mereka dalam menerima ajakan Rasul yang diutuskan kepada mereka. Bahkan mereka berusaha untuk menghalang gerakan rasul-rasul tersebut.

Dari kacamata syariat, sifat suka masyhur merupakan sifat terkeji (iaitu mazmumah) apabila kemasyhuran itu benar-benar dicari dan tamak untuk diperolehinya. Kalau kemasyhuran itu semata-mata merupakan kurnia dari Allah S.W.T tanpa usaha untuk memperolehinya, tidaklah tercela. Kurniaan ini hanyalah untuk orang-orang yang beriman. Bagaimana sikap orang-orang beriman ini sehingga mereka layak menerima anugerah dari Allah?

Sesungguhnya mereka adalah golongan yang bekerja dan berusaha semata-mata kerana Allah. Redha Allah yang mereka tuntut. Pangkah, darjat, kemasyhuran bukan jadi matlamat mereka. Mereka memiliki sebuah hati yang ikhlas untuk Allah. Mereka tahu ke arah mana tujuan mereka hidup. Dunia hanya sementara. Akhirat adalah kampung mereka yang kekal dan abadi.

Selagi mereka di dunia, mereka akan terus bekerja, berusaha, beribadah sesuai dengan peranan mereka sebagai duta Allah di dunia ini. Allah menyuruh mereka menyampaikan risalah Tauhid sebagai pewaris kepada para Rasul dan Nabi. Mereka adalah golongan yang memelihara dan mempastikan agar kalimah Allah diagung-­agungkan, perintah Allah dijunjung serta ditaati dan larangan Allah dihindari.

Tidak hairanlah kalau Allah memberi mereka keutamaan di dunia lagi. Di akhirat sudah pasti akan Allah beri lagi habuan-habuan yang berupa nikmat-nikmat yang kekal abadi. Keutamaan dunia yang jelas diperolehi oieh orang-orang yang ikhlas ini adalah dihormati oieh semua lapisan masyarakat. Mereka juga disegani oleh kawan dan lawan. Mereka tidak terliur akan kemasyhuran, tetapi mereka terkenal dalam masyarakat. Sedangkan ganjaran di akhirat yang bakal mereka terima adalah seperti firman Allah:

Itulah perumpamaan akhirat, yang Allah sediakan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian (pangkat atau nama) diatas bumi dan tidak pula membuat kerosakan. (- Surah Al ~Qashash : 83)

Amat jauh beza sikap orang beriman jika dibandingkan dengan orang yang tipis iman atau yang tiada iman langsung. Mereka mengejar dunia. Mereka mengumpulkan harta. Mereka perlengkapkan diri dengan kemewahan. Mereka mencari kemasyhuran. Tetapi tanpa mereka sedari semua yang mereka kejar itu akan memusnahkan diri mereka sendiri. Cuba kita singkap kembali sejarah dunia.

Hitler masyhur sebagai pemerintah dengan fahaman Nazinya. Dia dikagumi tetapi dibenci dan tidak dihormati sehingga ia ditembak mati oleh musuh-musuhnya. Marilyn Monroe, seorang yang jelita dan kaya-raya masih berasa tidak puas hati dengan kehidupannya. Dia hidup dalam resah gelisah. Kekayaan, kemasyhuran, telah meragut kebahagiaannya hingga sanggup ia membunuh diri dengan menelan pil tidur.

Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka dapat kemewahan dan kemasyhuran dalam hidup. Orang-orang kafir memang sudah jelaslah perbuatan mereka itu melanggar syariat. Tetapi sayangnya umat Islam juga terikut-ikut dengan cara hidup (millah) mereka. itupun umat Islam tidak sedar mereka sedang ditertawa­kan oleh musuh-musuh Islam kerana dalam kecerdikkan yang diiktiraf oleh sijil-sijil yang berjela-jela sebenarnya mereka telah ditipu. Musuh-musuh Islam berjaya mengalihkan pegangan beragama umat Islam kepada kehancuran akidah.

Bila umat Islam sudah longgar sikap cinta pada agama Islam, maka tidak hairanlah kalau kita lihat mereka bergaul bebas, dedah aurat, terlibat dengan rasuah dan riba, sama seperti orang­ orang kafir. Mereka tidak sedar dengan sebab mereka tidak mahu mengikat diri mereka dengan hukum-hakam Allah, maka keindahan, kehebatan Islam sudah tercemar.

Tidak hairanlah bila isu purdah timbul suatu ketika dulu, bukan sahaja umat Islam membenci orang-orang berpurdah, bahkan sebenarnya tanpa mereka sedari mereka telah memberi peluang kepada orang-orang kafir supaya turut menghina orang-orang berpurdah. Kalau kita tanyakan pengalaman orang-orang yang berpurdah ketika itu, mereka akan berkata, "Kami telah dimarah, dicaci, diusik bukan sahaja oleh orang-orang Islam tetapi termasuk juga orang kafir. Ini menunjukkan betapa syariat Islam telah dihinakan sekarang ini. Orang bukan lslam sudah hilang gerun dan rasa hebat terhadap Islam kerana umat Islam sendiri sudah tidak mahu mengamalkan Islam bahkan mereka turut menghina seperti orang-orang kafir itu.

Begitulah manusia sekarang dalam mengejar kemasyhuran. Mereka sanggup mati seperti seorang "stunt-man" kerana ingin masyhur. Tetapi mereka takut untuk mati demi mempertahankan syiar Allah, atau takut periuk nasi tergugat. Namun ada yang takut mati kerana persiapan untuk berhadapan dengan Allah tidak cukup. Ada yang takut mati kerana hati sudah terikat dengan dunia. Maklumlah bukan mudah untuk tinggalkan rumah banglo, kereta Mercedes, rumah sewa, kelengkapan rumah yang "up­dated", cucu~cicit, anak menantu dan sebagainya. Bila mati harta tidak ikut ke kubur, orang yang disayangi tidak ikut masuk kubur.

Pada ketika itu, hanya amal taqwa yang akan membantu. Hanya kain putih pembalut tubuh. Bukan lagi baju-baju indah dan mahal, intan ­berlian, emas pertama, bintang-bintang kehormatan, pangkat dan darjat. Semuanya tinggal walaupun selama ni kita bersengkang mata kerana mengejar itu semua. Bahkan ada yang menyangka mati itu milik orang-orang tua sahaja Orang muda tidak mati. Firman Allah S.W.T:

Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya nescaya Kami berikan pada mereka balasan pekerjaan mereka didunia dengan sempurna dan mereka didunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi (nikmat) diakhirat kecuali neraka dan lenyaplah diakhirat itu apa yang telah mereka usahakan didunia dan sia-sialah terhadap apa yang mereka kerjakan.

Maksudnya, apa yang mereka usahakan di dunia itu tidak ada pahalanya di akhirat nanti. Sebenarnya di samping mengejar kemayhuran, ada penyakit sampingan yang timbul darinya. Bila sudah masyhur, hati mula berbunga. Jadilah mereka seperti burung merak yang sombong dan bangga dengan kecantikan dirinya. Kita rasa bangga kalau kita dikenali. Nama pula sentiasa disebut dari bibir ke bibir. Orang yang mengejar dunia, sudah tentulah jelas salahnya. Tetapi orang-orang yang melakukan kerja-kerja yang zahirnya keakhiratan juga boleh tertipu. Bagaimana? Mereka berdakwah , ceramah sana-sini, orang dengar kata-kata nasihatnya hingga mengalirkan air mata kesedaran, hatinya sudah bangga dan puas . Ia berpuas hati dapat memberi kesedaran pada masyarakat tetapi hakikatnya taufik dan hidayah itu adalah dari Allah S.W.T.

Kadang-kadang belum pun keluar dewan ceramah. Baru turun dari pentas ceramah, hati sudah berbunga dengan riak, ujub (hairan diri}, takabbur dan sebagainya.

Begitu juga dengan penulis yang berdakwah dengan penanya. Mereka bangga dengan hasil tulisan mereka. Hati mereka berbunga bila hasil tulisan mereka keluar dalam media massa dengan nama yang terpampang. Bila nama naik, tentu orang akan baca hasil tulisan tersebut. Maka pujian pun datang menggunung. Hanyutlah penulis dalam lautan pujian dan kemasyhuran melalui penanya.

Berbeza dengan seorang penulis yang bertaqwa. Dijadikan penanya sebagai senjata untuk berdakwah. Semakin banyak ia menulis semakin dekat hatinya dengan Allah. Bertambah gerun hatinya pada Allah. Takut-takut kalau hanya pandai menulis tetapi tidak melaksanakan apa yang ditulis. Kadang-kadang penulis diuji Allah untuk menilai sejauh mana ketakwaan hamba-Nya ini. Terujilah penulis dengan hasil tulisannya. Ka1au bahan tulisannya keluar di dada media massa, hatinya berdebar-debar, mulutnya banyak beristighfar. Kalau ada bahan untuk menulis, ia berfikir banyak kali sebelum menulis. Terasa berat dan takut unfuk menulis. Ia takut akan pandangan Allah padanya. Takut tidak terbuat apa yang ditulis.

Golongan pendakwah mahupun penulis takut diri mereka menjadi seperti petani yang menanam pokok. Hasi1 buah-buahannya dinikmati oleh orang lain. Sedangkan dirinya tidak dapat manfaat apa-apa, akibat dari tidak ikhlas dalam berdakwah secara lisan atau tulisan.Lihatlah betapa musuh-musuh lahir dan batin yang sentiasa melancarkan peperangan pada diri anak-anak Adam. Syaitan memang pandai menipu. Tetapi hanya hamba Allah yang ikhlas sahaja yang tidak tertipu.

Banyaklah lagi contoh-contoh ibadah-ibadah yang zahirnya untuk akhirat tetapi telah jadi sampah dunia. Sebab itu sifat suka akan kemasyhuran tergolong dalam kategori sifat-sifat yang tercela.Kalau kita sebagai pemimpin yang banyak terlibat dengan masyarakat, kita tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi masyhur. Biarlah masyarakat yang menilai. Tetapi hati kita kena jaga. Agar amal ibadah kita diterima Allah sebagai amal yang ikhlas untukNya.

Oleh itu berhati-hatilah dalam kita bertindak. Kadangkala kita tidak sedar kita cuba menarik perhatian orang lain kepada kita. Itu adalah sekecil-kecil sifat ingin masyhur. Yang penting jaga hubungan kita dengan Allah.Agar apa yang kita lakukan itu bukan bertujuan mencari kemasyhuran atau pun atas kepentingan duniawi apatah lagi atas kepentingan peribadi tetapi anggaplah sebagai mempertingkatkan ketaqwaan pada Illahi dalam hubungan sesama manusia . Yakni hubungan Habluminallah dan habluminanas.

Dari Abu Huzaifah.

KELUASAN API NERAKA

Email: Mazura

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "


Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka
itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah
dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,

Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan." .

BANGUNAN UMNO DIJAMPI DAN AKAN DIBOM?

Oleh : Dr Fikrah

Hari ini, Malaysiakini memberitakan bahawa pihak polis menemui dua kertas putih yang mengandungi tulisan jawi dan satu kayu kecil yang dibalut dengan kertas putih. Kes ini masih belum dapat memastikan siapakah dalang yang melakukan perkara tersebut. Adakah Pak Lah gunakan jampi? Atau beliau cuba dipergunakan? Adakah Pak Lah kerap tidur sebelum ini disebabkan jampi ini?

Persoalan ini tidak dapat dijawab oleh mana-mana pihak walaupun pihak polis sendiri. Telah dilaporkan juga bahawa terdapat skuad pemusnah bom yang berkawal di situ, iaitu di bilik Pak Lah. Tetapi, dalang yang meletakkan jampi tersebut tidak diketahui oleh sesiapapun walaupun terdapat skuad pemusnah bom yang sedang berkawal di situ.

Apakah bangunan UMNO akan dibom? Atau ketika ini, ahli UMNO sedang dijampi? Atau.. atau.. dan atau… Tiada sebarang jawapan. Fail misteri ini, sepatutnya dikaji dengan teliti dan betul oleh pihak polis dengan segera memandangkan Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi. Adakah Pak Lah mati dibom? Atau dijampi? Atau apa sahaja andaian yang boleh dibuat.

Segala keputusan dan jawapan ini sudah berada di dalam pengetahuan Allah SWT. Dia Yang Maha Mengetahui, walaupun sehelai daun di Amazon gugur ke bumi. Siapakah dalang yang melakukan jampi ini? Siapakah yang merancang untuk mengebom Bangunan UMNO? Adakah mereka begitu mudah membuat perancangan jahat mereka?

Hakikatnya, mereka tidak sedar, makhluk di sekeliling mereka mendengar, dan melihat, bahkan menjadi saksi terhadap semua perancangan jahat tersebut. Adakah sekiranya Bangunan UMNO benar-benar meletup, adakah Pakatan Rakyat akan dituduh melakukan angkara tersebut? Tetapi, kita tidak perlu risau, semua makhluk akan menjadi saksi terhadap segala perancangan tersebut.

Sekiranya benar, Bangunan UMNO meletup dan Pak Lah telah dijampi, maka kita perlu sedar bahawa tiada seekor makhluk pun yang dapat memberi mudharat, atau memberi keuntungan, melainkan dengan izin Allah SWT sahaja. Sekiranya benar terdapat jampi-jampi di Bangunan UMNO hasil daripada perancangan jahat, maka sekiranya Allah tidak mengizinkan ianya memberi kesan, maka ia langsung tidak memberi kesan.

Begitu juga dengan bom. Sekiranya Allah tidak mengizinkan ia meletup, ia tidak akan meletup walaupun sudah diledakkan. Hakikat ini sudah pun terjadi, alat-alat jampi tersebut ditemui oleh pihak polis, menunjukkan bahawa Allah tidak mengizinkan ia memberi kesan dan mudharat. Maka, apakah kuasa manusia untuk dibandingkan dengan Allah SWT Yang Maha Kuasa? Siapakah manusia untuk dibandingkan dengan Allah SWT?

Anda juga jangan lupa, manusia-manusia merancang, tetapi Allah SWT mempunyai perancangannya, dan masa beredar berdasarkan perancangan Allah SWT, bukan berdasarkan perancangan yang diatur oleh manusia. Berwaspadalah supaya kita tidak lupa dengan Kuasa Allah SWT Yang Maha Besar. Bahkan segala tindakan tersebut disaksikan oleh semua benda walaupun kayu yang digunakan untuk menjampi tersebut.

Salam Perjuangan,

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka
jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat- ayat Allah) dan
mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu
sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang
boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki
ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak
menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa
ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah
bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir
di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat
iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan
khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ngatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala),
hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya
daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan
sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan
berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum).

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :-

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Kahwin Janda Palestin,Hamas beri US3,000

Email : Sirajuddin Abbas

Palestina (arrahmah.com) - Gerakan mujahidin Hamas menawarkan uang tunai sebesar tiga ribu dollar bagi setiap orang yang mau menikahi wanita janda yang ditinggal syahid (insya Allah) oleh suaminya akibat agresi militer negara Yahudi.

Tawaran itu diberikan oleh Hamas guna meringankan beban para wanita janda. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh situs resmi Hamas dan dikutip oleh situs Almokhtsar, Selasa (17/3).

Hanya saja, tidak setiap lelaki bisa menerima tawaran itu. Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan uang tunai itu harus memenuhi persyaratan. Dalam hal ini, persyaratan yang ditetapkan oleh Hamas adalah mereka harus mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin ia nikahi, ia harus berkomitmen terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat singgah bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya bila wanita janda itu telah memiliki anak.

Agresi militer yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah banyak memakan korban. Sedikitnya 960 warga sipil Palestina meninggal, 239 polisi dan 235 para mujahidin juga meninggal.

Dari jumlah itu sebanyak 288 anak-anak dan 121 wanita merupakan bagian dari korban sipil yang meninggal akibat pemboman dan penembakan.

Kementerian kesehatan juga mengkonfirmasi total korban luka sebanyak 5.303, termasuk di dalamnya 1.606 anak-anak dan 828 wanita.(Prince Muhammad/arrahmah/ alislamu)

Resdung berkaitan dengan kerosakan gigi

Oleh: PROF. MADYA DR. LOKMAN SAIM

Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungan dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat dan berbau busuk.

Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi?

Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis.

Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis. Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas.

Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi. Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi.

Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan 'sinusitis'.

Apakah perkara-perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis? Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Mencabut gigi meninggalkan kesan lubang pada gusi.

Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut.

Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan.

Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan 'fistula' di mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung. Sebaliknya, nanah dari dalam rongga sinus pula boleh meleleh melalui lubang tersebut ke dalam mulut.

Selain mencabut gigi, prosedur menampal gigi atau menanam gigi prostesis juga boleh menyebabkan sinusitis. Oleh itu, seseorang yang menjalani sebarang prosedur pada gigi bahagian atas haruslah waspada dan prihatin terhadap kemungkinan berlaku sinusitis atau resdung.

Tanda-tanda penyakit sinusitis biasanya mula timbul seminggu atau dua minggu selepas prosedur pada gigi dilakukan. Biasanya, jika disyaki gigi tersebut boleh mengakibatkan sinusitis, doktor gigi harus memberi antibiotik kepada pesakit selama sekurang-kurangnya seminggu.

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.

Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Sinusitis yang disebabkan oleh masalah pada gigi bahagian atas perlu mendapat rawatan tertentu untuk sembuh. Cara rawatannya harus terlebih dahulu menjurus kepada rawatan gigi kerana masalah gigi merupakan puncanya.

Oleh itu, pesakit harus berjumpa doktor gigi terlebih dahulu. Jika ia berpunca dari jangkitan kuman pada gigi, antibiotik harus diberi. Biasanya dengan rawatan gigi yang sempurna dan antibiotik, masalah sinusitis juga boleh sembuh.

Tetapi, jika sinusitis masih berterusan walaupun penyakit gigi telah sembuh, rawatan khusus untuk sinusitis harus dilakukan. Rawatan awal yang biasa dilakukan ialah mencuci rongga sinus untuk mengeluarkan hingus dan nanah.

Prosedur ini dipanggil 'antral washout'. Prosedur ini mungkin terpaksa dilakukan berulang kali sehingga rongga sinus betul-betul bersih dari jangkitan.

Jika ia masih belum sembuh, rawatan pada peringkat seterusnya memerlukan pembedahan sinus. Melalui pembedahan di antara bibir dan gusi bahagian atas, pakar bedah dapat meneroka ke dalam rongga sinus maxillary dan mengeluarkan segala kotoran dan kulit dalam sinus yang berpenyakit.

Kadangkala akan terdapat serpihan gigi atau bahan menampal gigi yang berada di dalam rongga sinus.

Melalui pembedahan ini juga jika terdapat lubang antara rongga sinus dan gusi boleh ditutup.

Oleh itu semua pesakit yang memerlukan rawatan pada gigi bahagian atas harus berwaspada dan peka terhadap kemungkinan berlaku sinusitis agar langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan dan rawatan awal dibuat.

Anwar: Keputusan Lembaga Disiplin Umno timbul prasangka

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tindakan Lembaga Disiplin Umno yang mengenakan tindakan terhadap ahli-ahli parti itu yang didapati bersalah berhubung politik wang di saat-saat akhir pemilihan hanya akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, jika Umno mahu membuktikan ketelusannya, penyelidikan berhubung gejala politik wang seharusnya dilakukan sebelum proses pemilihan bahagian dan bukannya menjelang pemilihan parti yang hanya akan berlangsung minggu depan.

"Sekarang bila dilakukan begitu (tindakan), tafsiran dan persepsi itu tidak nampak motif hendak bersihkan kotoran daripada politik wang, jadi motif itu mungkin dipertikai," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Lembaga Disiplin Umno semalam yang mengenakan tindakan terhadap 15 ahlinya berhubung politik wang.

Antara yang dikenakan tindakan adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno berhubung politik wang yang dijatuhkan hukuman dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Sementara itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah di bawah Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.

Selain itu, enam lagi ahli yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan digantung keahlian selama tiga tahun, lima ahli digantung selama setahun dan dua lagi diberi amaran.

Ditanya sama ada tindakan Lembaga Disiplin semalam bersikap selektif, Anwar berkata, beliau tidak pasti tentang hal itu tetapi ia tidak menghalang orang ramai mempunyai persepsi tersebut.

"Ini disebabkan ia melibatkan masa (yang suntuk), kerana bacaan umum berhubung siapa yang akan menang atau kalah, atau siapa yang akan menjadi pesaing paling besar dan siapa yang mewakili kumpulan yang memberi kesan kepada profesionalisme dan ketelusan kepada jawatankuasa (disiplin).

"Jika mereka profesional dan telus, mereka perlu melakukan tugas mereka lebih awal sebelum beberapa hari menjelang perhimpunan kerana ini akan menimbulkan prasangka dan persepsi negatif," katanya.

Anwar berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa Ketua Umno bahagian dan ahli-ahli Parlimen berhubung hal itu dan katanya mereka juga mempunyai prasangka terhadap cara yang digunakan Lembaga Disiplin.

"Mereka menyokong langkah membersihkan politik wang dalam Umno tetapi mempunyai prasangka terhadap cara yang digunakan serta kumpulan di bawah kepompong iaitu kumpulan yang tidak sejajar dengan (Datuk Seri) Najib Tun Razak.

"Saya hanya jadi pendengar," katanya.Mstar.

Bakal PM , Zaid mohon Agong jangan lantik najib

Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.

"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.

"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.

2 ADUN Bebas Perak beri keterangan polis

IPOH : Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas memberi keterangan kepada polis berhubung laporan mereka telah meletakkan jawatan ADUN bulan lalu.

ADUN Changkat Jering, Kapten (B) mohd osman mohd jailu dan rakan sejawatannya dari Behrang, Jamaluddin mohd radzi berada di Jabatan Komersial Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak kira-kira sejam bermula 2.30 petang.

"Kami berdua petang ini memberi keterangan kepada polis berhubung surat yang yang didakwa diserahkan oleh kami kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar," kata Jamaluddin kepada mStar Online.

Jamaluddin dan Osman telah membuat laporan polis pada hujung Januari lalu masing-masing di Ibu Pejabat Polis Bentong dan Shah Alam.

Minggu lalu Osman, Jamaluddin dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong telah memfailkan permohonan membatalkan keputusan Sivakumar yang menyatakan kerusi bagi kawasan masing-masing telah dikosongkan.

Sivakumar sebelum ini mengumumkan bahawa tiga kerusi DUN yang diwakili mereka telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN.Mstar.

Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 18 Mac z; - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan.

"Sepatutnya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib," katanya.

Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya.

Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk dan negara akan kehilangan kekayaan apabila Najib ambil alih pemerintahan, ujar Mahfuz.

Najib sendiri terlalu banyak dikaitkan dengan pelbagai skandal yang membuatkan kepercayaan rakyat dan negara luar kepadanya kini semakin berkurang, katanya.

Sebab itu bagi ahi Parlimen Pokok Sena itu dalam tempoh beberapa minggu ini (sebelum pemilihan Umno), Abdullah dan ahli Umno perlu buat sesuatu supaya halang Najib .

Jika tindakan menghalang Najib berjaya dilakukan, rakyat akan menyanjung Abdullah sebagai negarawan, katanya.

"Masyarakat akan sanjung Abdullah kerana menghalang negara daripada diurus oleh orang yang tidak boleh diberi kepercayaan, maknanya dia akan dilihat oleh seorang negarawan dan walaupun dia buat itu ada personal interests tetapi masyarakat akan lihat ini satu kepentingan semua pihak," katanya. Harakahdaily.

Ustaz Jais Anwar meninggal dunia di London

KUALA LUMPUR, 18 Mac : - Bekas Ketua Pemuda PAS tahun 1969 sehingga 1971, Ustaz Jais Anwar meninggal dunia jam di Hospital Universiti Euston, London 5.30 petang semalam.

Beliau juga merupakan tokoh kepimpinan PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan serta menantu kepada bekas Yang Dipertua PAS Dato' Asri Muda

Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar ketika memberitahu Harakahdaily sebentar tadi turut merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga di atas kembalinya insan yang tersayang ke rahmatullah dan merupakan kehilangan amat besar kepada PAS.

"Sumbangan dan jasa bakti beliau kepada PAS tidak akan dilupakan oleh rakan-rakan. Kita mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

"PAS berharap agar kaum keluaraga Allahyarham bersabar dengan ujiuan getir ini dan tabah meneruskan kehidupan mendatang tanpa Allahyarham di sisi," katanya yang kini berada di Parlimen.

Sementara itu sahabat seperjuangan beliau iaitu bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri ketika dihubungi memberitahu bahawa Allahyarham merupakan aktivis dan pejuang parti sejak dari umur 15 tahun lagi dan sangat komited dengan gerak kerja memantapkan perjuangan PAS selama ini.

Katanya, beliau pernah memangku jawatan Ketua Pemuda PAS pada tahun 70 lantaran Allahyarham mahu melanjutkan pelajaran di London sungguhpun sebelum ini Jais merupakan lulusan daripada Universiti Al-Azhar Mesir.

"Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan menjadi Ketua Pemuda PAS sehinggalah saya memangkunya pada tahun 1970 kerana alasan beliau untuk melanjutkan pelajaran.

"Dan sejak itu, beliau menetap di London sehingga hari ini dan saya kenal dia dan tahu perjuangan beliau bersama PAS sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau tidak berganjak dan terus bersama kita. Justeru saya begitu menghormati dan menghargai jasa beliau yang begitu mendalam terhadap PAS," kata bekas Senator itu.

Al Faatihah.... Harakahdaily.

Hukuman berbeza, Ku Li pertikai Lembaga Disiplin Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin semalam yang menjatuhkan hukuman berbeza antara pemimpin tertinggi dan pemimpin peringkat bawah Umno walaupun kesalahan yang dilakukan seolah-olah sama.

Katanya, beliau khuatir orang ramai akan mempertikaikan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ramai yang merasa keliru dengan dengan keputusan yang diumumkan semalam.

Macam ada di peringkat bawah digantung keahlian tetapi yang terlibat secara tidak langsung, jadi dalang merancang penggunaan duit dalam politik ini terlepas begitu sahaja dengan amaran, cuma tidak dibenarkan bertanding begitu sahaja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin Umno semalam yang menjatuhkan hukuman ke atas 15 ahli daripada 29 kes yang disiasat berhubung politik wang.

Antara yang dikenakan hukuman adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.

Sementara itu, enam ahli yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan digantung keahlian selama tiga tahun, lima ahli digantung selama setahun dan dua lagi diberi amaran.

Mengulas lanjut, Ku Li berkata, beliau berdukacita kerana siasatan membuktikan gejala politik wang melibatkan ahli peringkat senior.

"Orang yang menawar diri adalah untuk jawatan nombor dua parti dan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri (merujuk Mohd Ali). Kalau menang, bukannya (jawatan) di peringkat rendah.

"Jadi kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jadi kalau tak bersalah, patut dia dibenarkan bertanding.

"Jangan pilih ikan bilis saja...jerung lepas. Ada sesuatu yang tidak kena sama ada silap maklumat tak cukup, saya tidak tahu tapi pandangan orang ramai akan keliru," katanya.

Ditanya kebarangkalian Mohd Ali akan dibenarkan bertanding sekiranya rayuan beliau hari ini berhubung keputusan Lembaga Disiplin semalam diterima, Tengku Razaleigh berkata, hal itu akan menyebabkan tindakan yang diambil Lembaga semalam dilihat sebagai 'tidak kena'.

"Kalau begitu, ahli-ahli Lembaga Disiplin kena berhenti. Mereka sudah pun menjejaskan kedudukan seorang calon untuk bertanding.

"Tiba-tiba selepas rayuan didengar, dia dibenarkan bertanding. Jadi saya rasa, di mana nak letak muka (ahli-ahli Lembaga).

"Mereka semua kena letak jawatan. Kalau begitu, semua tindakan Lembaga tidak kena," katanya.

Ditanya sama ada Khairy perlu menarik diri daripada bertanding kerana melibatkan hal moral dan etika, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak menyalahkan Khairy dalam hal itu sebaliknya hukuman itu sendiri yang sepatutnya dijatuhkan secara adil.

"Kalau betul bersalah, patut semua orang tidak boleh bertanding, patut dihukum.

"Tengok (Tan Sri) Isa Samad dihukum enam tahun. Kalau ada orang terlibat dengan politik wang patut dikenakan hukuman setimpal, tidak hanya amaran saja, patut digantung terus.Mstar.

Semua calon patut disiasat - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua calon yang bertanding pada pemilihan Umno, termasuk dirinya sepatutnya disiasat.

Calon Naib Presiden Umno itu berkata sekiranya ada bukti kukuh maka tindakan daripada Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlulah adil kerana kredibiliti mereka sentiasa diuji.

"Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat. Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Menara Parlimen di sini hari ini.

Keputusan yang dibuat mestilah bersandarkan bukti, hujah dan saksi kukuh, kata Hishammuddin sebagai mengulas dua calon ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin, yang disiasat Lembaga Disiplin Umno.

Hasilnya, Khairy diberikan amaran namun layak bertanding manakala Dr Mohamad Khir didapati tidak bersalah.

Mengenai Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikenakan tindakan tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana politik wang, Hishammuddin berkata persoalan tentang jawatan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka tidak timbul.

"(Ini) kerana apa (tindakan) diambil adalah di bawah (kuasa) parti... Apa yang didesak (supaya Mohd Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka) bagi saya tak perlu dipertimbangkan dalam konteks Lembaga Disiplin," katanya.

Beliau berkata Mohd Ali pada mesyuarat Jawatankusa Pengurusan hari ini dilihat tenang, tabah dan beliau menyatakan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu.

Hishammuddin berkata perkara itu sentiasa menjadi pegangan anggota Umno dan perkara sebegini telah berlaku sebelumnya.

"Sejarah telah buktikan dalam kes sebegini akhirnya parti jadi keutamaan dan akhirnya bila rapatkan barisan pejuang parti yang tulen, ikhlas akan terus bersama parti," katanya. Mstar.

Umno bahagian Paya Besar mahu MB Pahang letak jawatan

KUANTAN: Umno Bahagian Paya Besar hari ini menggesa agar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas keputusan Lembaga Disiplin parti yang mendapati empat wakil rakyat Umno dari bahagian itu bersalah melanggar

Perlembagaan parti dan Tata Etika Ahli.Ketuanya Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendakwa pihaknya mempunyai saksi bahawa keberanian keempatempat wakil rakyat tersebut yang secara terbuka mencabar etika parti, adalah didalangi oleh Adnan sendiri.

"Umno Bahagian Paya Besar merakamkan rasa kesal terhadap tindak tanduk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang dan berpendapat beliau hendaklah mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan ke Bernama di sini, hari ini.

Ahmad Tajuddin berkata beliau percaya keputusan Lembaga Disiplin parti adalah berasaskan peraturan sedia ada dalam rangka mengembalikan integriti parti.

Sementara itu, Adnan menasihati anggota Umno Pahang yang telah didapati bersalah supaya lebih berhati hati pada masa depan untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang ke atas mereka.

Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini, beliau menasihatkan mereka, jika boleh, supaya menangguhkan sementara tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, ketika berlangsung pemilihan Umno minggu depan, agar tidak didakwa sebagai melakukan apaapa kesalahan.

Lembaga Disiplin Umno semalam memutuskan Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar diberikan amaran.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang menyedihkan bagi Umno Pahang namun beliau bertegas, bahawa pada dasarnya, mereka yang didapati terbabit itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

"Adalah menyedihkan bila menyaksikan rakanrakan kita dihukum kerana melampaui batasan kod etika parti tapi yang baiknya ialah mereka tidak melakukan apaapa bentuk jenayah, namun keputusan Lembaga Disiplin Umno mesti dihormati oleh semua ahli parti.

"Saya ingin jelaskan bahawa Ahli Parlimen Paya Besar yang digantung setahun dan tiga Ahli Dewan Undangan dari Sungai Lembing (Md Sohaimi), Lepar (Mohd Shohaimi) dan Panching (Mohd Zaili) yang dikenakan amaran bukanlah kerana menggunakan wang tetapi didapati telah menganjurkan dan menyertai perjumpaan dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa Umno bahagian yang lepas," kata beliau.Mstar.

Apa itu Penyakit Chikungunya?

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

Kereta paling murah di dunia: RM7370.00 sebuah dilancarkan

MUMBAI: Kereta paling murah di dunia, Tata Nano, akan dilancarkan minggu depan. Kereta jenis sukan berbentuk kacang itu menarik perhatian dunia kerana harganya yang murah, hanya 100,000 rupee (RM7370.00) bagi model asas. Harganya lebih murah daripada sesetengah komputer riba.

Para penaja berharap kemunculan kereta itu di tengah-tengah krisis ekonomi dunia tidak akan melemahkan minat para pembeli.

Meskipun ia diiklan sebagai kereta yang mampu dibeli jutaan penduduk India, para penganalisis berkata Nano dan syarikat pengeluarnya, Tata Motors, mungkin menghadapi kegenjotan disebabkan masalah pengeluaran, merosotnya permintaan dan krisis ekonomi dunia.

Besar kemungkinan hanya 30,000 hingga 50,000 kereta Nano akan terjual pada tahun pertama disebabkan keupayaan pengeluaran yang terhad, kata pakar-pakar industri kereta.

'Penjualan Nano bergantung kepada pengeluaran dan bukan kepada permintaan,' kata Encik Mahantesh Sabarad, seorang penganalisis dari firma Centrum Broking di Mumbai.

Kereta ini akan dilancarkan Isnin ini dan akan dipamerkan di kedai-kedai kereta mulai April. Nano kini dikeluarkan oleh dua loji pembuatan dalam 'operasi sementara' kata pengarah kumpulan Tata, Encik Ratan Tata.

'Ia merupakan pelancaran yang tergesa-gesa. Kilang utama di Gujarat masih belum siap,' kata Sabarad kepada AFP.

Pada Oktober tahun lepas, Tata Motors menarik keluar projek kereta Nano dari wilayah Bengal Barat, timur India, meskipun kilang dekat bandar Kolkota sudah 90 peratus siap.

Langkah itu diambil menyusuli tunjuk perasaan ganas selama sebulan oleh para aktivis dan petani yang dipindahkan keluar dari tanah mereka.

Ini mencetus kebimbangan tentang kemampuan India menarik para pelabur asing.

Kerajaan campuran: Nik Aziz tidak setuju.

KOTA BAHARU : "Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," kata Mursyidul Am PAS, YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Kajian: 4% kuasai BI melalui PPSMI

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.

Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.

"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.Malaysiakini.

Salah tapi tidak salah ?

Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan rasuah dan hanya diberikan amaran sahaja.

Namun begitu kesalahannya tidak menghalang kelayakannya untuk bertanding dalam pemilihan Umno minggu depan. Kesimpulannya Khairy didapati salah tetapi tidak bersalah, kerana itu dia masih dibenarkan bertanding..

Seorang lagi calon yang bertanding merebut jawatan itu serta disiasat ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Bagaimanapun Mohamad Khir yang disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan politik wang.

Yang pelik bin ajaibnya kesalahan rasuah oleh lembaga displin Umno bukan ada kaitan dengan kesalahan undang-undang negara, kerana itu mereka tidak akan disiasat oleh SPRM.

Kita masih ingat dengan kesalahan Muhd. Taib yang membawa lari wang rakyat ke Australia, namun sampai dia jadi menteri dan hendak bertanding lagi sebagai Timbalan Presiden Umno dia tidak pernah disiasat oleh SPRM walaupun laporan mengenainya sudah berjela-jela.

Itulah Umno.

UMNO, Dulu, kini dan selamanya rasuah !

Umno perlu membersihkan tanggapan sebahagian besar rakyat terhadap parti itu yang dilihat mengamalkan budaya tidak sihat serta mempunyai sikap angkuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita perlu membersihkannya. Saya nyatakannya secara terbuka dan bukannya sekadar ingin meluahkan dihadapan Ketua Menteri dari pihak lain,Jika kita tidak berubah, kita akan dihukum, jadi kita perlu berubah" Katanya.

Kenyataan Najib di atas menyusul setelah Ali Rustam dikenakan hukuman yang kononnya tidak pernah dikenakan kepada pemimpin Umno sebelum ini. Iaitu dilarang dari bertanding jawatan no 2 dalam Umno. Saya berminat untuk memberi sedikit ulasan tentang isu ini.

Ada beberapa perkara yang saya fikirkan untuk dikongsi bersama dengan pembaca :

1. Perlu saya tegaskan lebih awal supaya fikiran kita tidak terus diputar belit dan diracuni dengan istilah "politik wang" namun dengan tegas kita hendaklah menganggap ianya sangat jijik, kotor dan haram disisi agama kerana ianya adalah rasuah. Kenapa kita boleh tertipu dengan istilah itu.

2. Saya merasa hairan dan kehairanan ini saya rasa sama difikirkan walaupun kita tidak diajak untuk memikirkan perkara ini. Hairannya kenapa Kalau Ali Rustam didapati bersalah dia dilarang bertanding, kenapa Khairy juga bersalah namun hanya diberi amaran sahaja.

3. Demikian pula hukuman pesalah yang lain semacam keputusannya sudah diatur dan terpilih sahaja. Mana lagi kes yang dilapur melibatkan ribuah kes dan 100 yang besar seperti dilaporkan oleh Dato' Mazlan dan Dato' Kadar.

4. Kalau sudah bersalah dalam rasuah kenapa masih dianggap tidak bersalah mengikut undang-undang negara. Sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah menyiasat sama kepada semua yang terlibat, dari mana wang perolehan mereka. Bukankah ini tugas SPRM. Umno bukannya "kerajaan langit" seperti didakwa oleh ayah pin!

5. Sampai bilakah Umno akan bersih kalau lembaga displinnya sahaja yang menentukan seseorang pemimpin Umno bersalah atau tidak, namun dia dianggap masih belum bersalah dengan undang-undang negara. Jijik sungguh. Sampai bila rakyat Malaysia hendak ditipu dengan lawak bodoh ini ? hairannya masih ada yang boleh terima.

6. Tidak mustahil yang dihukum kelmarin akan dimaafkan dan dengan alasan sudah "taubat nasuha" dalam perspektif Umno. Hukuman kelmarin sekadar "acah-acah ayam", kita tungu dan lihat.

7. Tindakan dan hukuman terhadap Ali Rustam yang dikatakan Najib tidak melibatkan jawatan ketua menteri, dan akan merayu dan masih akan hadir ke Mesyuarat Agong minggu depan adalah gambaran dia akan segera dibersihkan dalam tempoh terdekat. Mudah-mudahan jangkaan saya tidak meleset. Apalagi Ali yang saya faham adalah kem Najib.

Ternyata Umno hidup dan akan mati dengan rasuah, walaupun semua agensi dan pihak yang sepatut bertindak kepada mereka berdiam diri, ingatlah rakyat sudah sedia menghukum Umno dan BN.

Kenyataan Najib tidak akan memepengaruhi tanggapan sebenar rakyat kepada Umno sebagai "bapa rasuah" terunggul dibumi ini. Dulu, kini dan selamanya?

Ali Rustam buat rayuan hari ini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarangnya bertanding jawatan timbalan presiden minggu depan.

Beliau bagaimanapun menafikan melakukan sebarang kesalahan dan mengemukakan rayuan hari ini.

Mohd Ali turut memohon maaf kepada para penyokongnya dan meminta mereka supaya bertenang dan bersatu demi perpaduan parti.

Walaupun dilarang bertanding, beliau akan menghadiri perhimpunan agung Umno dan terus bekerja untuk kebaikan Umno.

Kongres Melayu mahu PPSMI dibatalkan

Pertemuan bersejarah cendekiawan Melayu dalam kongres kebudayaan kedua hari ini meluluskan 10 resolusi penting, termasuk membawa akibat pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Deraf resolusi-resolusi yang menyentuh pelbagai bidang termasuk pendidikan, politik, keperlembagaan, ekonomi dan agama diedarkan di hujung pertemuan dua hari di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

"Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh kapisan masyarakat; pelaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan martabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara," resolusi kelima dipetik.

Sementara resolusi keenam mengenai 'bahasa, kesusasteraan dan kesenian' berbunyi:

"Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuatkuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan daripada tahap rendah kepada tahap universiti."

Kongres kedua itu yang diadakan selepas pertemuan pertama pada Disember 1957 juga menegaskan kembali peri pentingnya sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi didaulatkan kerana kedua-dua unsur itu "bahagian sempurna dan utuh bagi kerajaan Malaysia."

"Institusi raja dan Majlis Raja-raja adalah menjadi bahagian utuh daripada sistem pemerintahan Malaysia, maka segala kemuliaan dan kuasa yang termaktub sebagai 'pemerintah tertinggi' mestilah dipelihara dan dijunjung tinggi oleh semua pihak," kata profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Datuk Dr Zainal Kling sewaktu membacakan resolusi mengenai politik.

Kongres itu, yang turut mendapat inspirasi resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1970 - yang menghasilkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan - turut menentang gagasan multikulturalisme yang dianggap "mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebudayaan bangsa."

Sewaktu membentangkan hujahnya di kongres tersebut semalam, Dr Zainal berkata gagasan itu yang disebarkan oleh golongan sosialis dan Marxis menggalakkan kebangkitan penentangan kumpulan-kumpulan budaya kecil terhadap dasar-dasar kerajaan.

Tindakan seumpama ini, tambahnya, seperti gagasan Ketuanan Rakyat yang diseru oleh pakatan pembangkang dan idea-idea perjuangan hak asasi manusia yang dibawa NGO boleh menghancurkan negara.

"Kebudayaan Melayu-Bumiputera adalah visi dan kerangka budaya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi landasan pembangunan dan kemajuan kebudayaan Malaysia, maka dengan itu, kami menolak segala gagasan dan tafisran yang berkait dengan multikulturalisme sebagai kerangka pemikiran dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang akan mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebudayaan bangsa," resolusi pertama dipetik.

Kongres menyokong kembali tiga prinsip asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan utama kemajuan kebudayaan nasional:

kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan pribumi di rantau Alam Melayu,

unsur-unsur kebudayaan lain boleh disesuaikan dengan kebudayaan kebangsaan, dan

Islam adalah unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan.

Kumpulan cendekiawan Melayu ini juga melahirkan kebimbangan berhubung pindaan perlembagaan negara secara sewenang- wenangnya yang boleh mendorong kemuliaan raja, kepentingan rakyat, hak istimewa Melayu dan hak asasi semua rakyat dilemahkan dan diremehkan.

"Keluhuran perlembagaan dan dasar-dasar utama negara yakni dasar pendidikan, dasar kebudayaan, Rukun Negara dan dasar bahasa kebangsaan dikembalikan sebagai asas tindakan semasa terutama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai keseimbangan ekonomi antara kaum," dokumen setebal lapan halaman itu dipetik.

Mereka juga mendesak agar semua kakitangan pentadbiran awam dan penggubal undang-undang "mesti diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan (Melayu) yang baik dan fasih demi pencapaian keadilan dalam masyarakat."

Kongres mencadangkan media filem dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneguhkan jati diri bangsa dan menyaring keselamatan bangsa dan negara, selain mendesak kerajaan mengawal kerencaman pemikiran Islam yang boleh menggugat kedudukan agama dan Melayu sebagai "bangsa penakrif" Malaysia.

Kongres ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).