15 March 2009

Drs. Khalil rasmi pertandingan memancing di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 14 Mac :- Satu pertandingan memancing untuk katagori kanak-kanak dan dewasa telah diadakan di Kolam Pak Tam, Changkat Ibol di sini. Program tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Pertendingan yang dimulai pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu menarik seramai 75 orang penyertaaan dan penduduk setempat.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Khalil menjelaskan bahawa memancing dapat menyedarkan kita betapa Allahlah yang memberikan rezeki kepada makhluknya. Sebagai seorang yang beriman kita hendaklah beriktiar untuk mendapatkannya seperti usaha memancing yang dilakukan oleh peserta pada hari ini, katanya.

Drs. Khalil menyampaikan ucapan perasmian.

ADUN Titi Serong Rasmi Larian Maulidur Rasul DUN Tawang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang larian.

BACHOK, 13 Mac :- Saya bersyukur kerana kembali ke kampung kelahiran sendiri pada hari ini dan di amanahkan untuk merasmikan Program Maulidul Rasul yang mengumpulkan masyarakat Melayu dan Cina . Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim semasa merasmikan Larian Maulidul Rasul Peringkat DUN Tawang di Kampung Bekelam di sini.

Khalil mengimbau kejadian semasa kecil orang cina yang sering ditakut-takutkan oleh orang melayu yang tidak faham islam. Kononnya kalau menyokong Islam kemaluan kamu akan dipotong. Keadaan ini katanya sudah tidak relevan dan tidak dipercayai lagi sekarang.

Program tersebut juga dihadiri oleh Ahli Parlimen Bachok, Ust. Nasharuddin mat isa dan ADUN Tawang, ust. Hassan Mahmood.

Antara yang hadir.

Ust. Nasharuddin menyampaikan ucapan.

Drs. Khalil memberikan ucapan perasmian.

Jamuan sempena Maulidur Rasul diadakan dengan menyembelih seekor kerbau sumbangan ADUN Tawang dan di masak secara gotong royong oleh penduduk setempat.

Khalil ; Perak mejadi guru politik.

BACHOK ,12 Mac :- Perak menjadi guru politik kepada seluruh penyokong pakatan Rakyat dan pecinta keadilan dan keamanan,apabila kita diajar dengan krisis perlembagaan yang berlaku membuktikan bahawa BN dan UMNO akan melakukan apa saja untuk mendapatkan kuasanya yang hilang walaupun dengan membelakangi undang-undang dan memperkudakan institusi kehakiman, SPRM dan pihak keselamatan. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ceramah di Pekan Jelawat disini.

Beliau berceramah dengan Ahli Parlimen Bachok, Ust. Nasharuddin Mat Isa dan ADUN Jelawat. Hadir Sama Timbalan YDP Pas kawasan Bachok, Hj. Abdul Azizi dan Penghulu tanpa mukim, Tan Kee Ling.

Khalil juga menjelaskan rasa hairannya apabila beliau mendapati setelah 28 tahun meninggalkan pekan Jelawat, masih ramai penduduk Melayunya menyokong UMNO, sedangkan kita sudah maklum orang bukan Melayu telah meninggalkan UMNO dan BN dan meyokong parti-parti Pakatan Rakyat.

Pekan Jelawat di penuhi dengan masyarakat Melayu dan Cina setempat..

PAS punya 1,000 bukti berhubung rasuah Umno

IPOH, 14 Mac : - PAS mempunyai lebih 1,000 bukti kes rasuah yang melibatkan dalaman Umno.

Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata pihaknya mempunyai senarai lengkap aduan ahli-ahli Umno kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut.

"Kita mempunyai lebih 1,000 kes rasuah yang membabitkan orang dalam Umno dan kita juga mempunyai senarai lengkap aduan ahli-ahli Umno kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya pada majlis Ijtima' Gerak Kerja Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang di Bilik Gerakan PAS Kawasan Bukit Chempedak 9 Mac lalu.

Jelasnya, kesemua hal tersebut akan dimaklumkan dalam tempoh perjalanan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi.

"Sebahagian daripada maklumat tersebut akan didedahkan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini," katanya diiringi laungan takbir penggerak PAS yang hadir.

Beliau menyatakan bahawa Umno tidak layak untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara ini selepas mengorbankan bangsa dan bahasa Melayu.

"Mereka tidak layak untuk menjaga bangsa, bahasa, agama dan negara ini.

"Kita hanya memerlukan Islam untuk menyelamatkan negara kita, bukan Umno," ujarnya yang hadir bersama ibu, isteri dan anak-anak.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan itu menegaskan bahawa peristiwa dan kemelut yang melanda negeri yang terkenal dengan bijih timah itu merupakan cerminan kepada keadaan Umno yang terdesak.

"Peristiwa di Perak merupakan cerminan kepada terdesaknya Umno dan inilah imej mereka yang sebenar iaitu seperti lanun Somalia yang merompak kerajaan Pakatan Rakyat di Perak," tambahnya.

Menurutnya, dalam satu undian yang dijalankan sebuah rancangan televisyen, 97 peratus menyatakan bahawa sidang Dun di bawah pokok adalah sah dan tidak memalukan negara.

"Malah, berdasarkan satu kajian juga Ir Nizar dan kepimpinan PAS Perak muncul sebagai model pemimpin masa depan Malaysia serta disegani kawan dan lawan di seluruh dunia," ujarnya lagi.

Turut berucap pada majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Perak, Asmuni Awi,

Hadir sama memeriahkan majlis, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa dan Ketua Muslimat Perak, Ustazah Bariah.

Meskipun hujan turun dengan begitu lebat sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus, majlis tersebut tetap berjaya diteruskan dan diakhiri dengan majlis baiah petugas oleh Timbalan Ketua Ulama' Perak, Ustaz Mustafa Mohd dan bacaan doa>Harakahdaily.

Malang ahli Umno berketua Hishammuddin

ISU PPSMI masih belum berakhir biarpun memorandum bantahan berjaya diserahkan wakil Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu sambil diiringi lebih 100,000 rakyat yang menolak dasar pelik tersebut. Namun begitu, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Hussein tetap mempertahankan dasar tersebut biarpun ditolak rakyat. Malah Perdana Menteri juga mahu ia diselesaikan segera

Bagi Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kedegilan Hishammuddin itu melambangkan beliau tidak layak untuk dijadikan pemimpin orang Melayu, termasuk oleh Umno. Dalam temu bual bersama Harakah, ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan kenapa Hishmamuddin tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin orang Melayu. Selain itu, beliau menjelaskan tentang isu Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment), pelawaan bekerjasama yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dan juga persiapan menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Ikuti temuramah wartawan Harakah, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Ustaz Nasharuddin yang diadakan di lobi Parlimen pada 12 Mac lalu.

HARAKAH: Baru-baru ini ketika membentangkan bajet mini, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mempelawa parti pembangkang untuk mengadakan kerjasama dalam menangani masalah kemelestan ekonomi yang sedang melanda.

USTAZ NASHARUDDIN: Hal yang berkaitan dengan kerjasama ini bukanlah perkara yang tak pernah kita lakukan. Kita mempunyai pengalaman dalam beberapa isu mengenai. Yang terbesar baru-baru ini adalah isu Palestin. Sikap kita jelas, sekiranya isu untuk kepentingan bersama, lebih-lebih lagi untuk kepentingan negara dan rakyat, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja. Malah ia telah dilontar oleh Dato' Seri Presiden PAS dalam beberapa siri kenyataan beliau mengenai Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) dan seumpamanya. Dan rakyat boleh menilai kejujuran PAS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Kita merasakan jalan terbaik untuk kita menghadapinya adalah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti yang berada dalam Dewan Rakyat.

Apa pula pendirian PAS dalam soal ini?

Kita acap kali menggunakan kalimat 'suasana yang kondusif'. Dalam soal berkaitan mewujudkan perpaduan, BN perlu mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan apa yang nak kita buat ini terlaksana. Mereka perlu bersikap terbuka dan tidak melampau sangat menekan kita dengan pelbagai peraturan, perundangan dan sebagainya bagi membolehkan hal ini dapat kita selesaikan bersama.

Mengenai kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS itu, boleh Ustaz perincikan hasrat beliau?

Apa yang dapat saya fahami, ia merupakan satu cara untuk kita menyelesaikan kemelut negara sekarang, iaitu kemelut ekonomi, kemelut politik dan kemelut sosial. Kita rasa fahaman politik pertembungan antara pembangkang dan kerajaan tidak perlu dipanjangkan. Kita berpolitik sepertimana seperti yang saya selalu takrifkan daripada seorang alim yang menyebut siasah merupakan perbuatan yang kerana niat itu menjadikan manusia dekat kepada kebaikan. Jadi kita melibatkan diri dalam politik kerana mahu mengajak manusia dekat dengan kebaikan. Tiada siapa dapat menafikan kita kini menghadapi pelbagai kemelut. Salah satu penyelesaiannya ialah dengan cara kita mendekatkan parti-parti politik di Malaysia ini dan kita bangunkan bersama, dan selesaikan isu ekonomi, isu politik, isu sosial dan isu-isu lain. Kedua-dua belah pihak mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk mengangkat Malaysia berdepan cabaran semasa.

Apakah Ustaz merasakan pemimpin BN akan bersetuju atau menerima cadangan ini?

Saya membaca apa yang dilontarkan Timbalan Perdana Menteri dalam perbentangan mini bajet baru-baru ini sebagai respons terhadap apa yang dicadangkan Dato' Seri Presiden kita. Jadi saya juga telah berbincang secara tidak formal dengan rakan-rakan ahli Parlimen baik dalam Pakatan Rakyat dan juga BN. Kita melihat ini satu cadangan atau model di Malaysia untuk kita selesaikan masalah yang dihadapi.

Boleh Ustaz jelaskan bagaimana timbulnya idea kerajaan perpaduan ini?

Ini inisiatif dan cadangan Dato' Seri Presiden. Saya menjangkakan inilah pandangan Siasah Syariah daripada Presiden sebagai penyelesaian kepada permasalahan semasa. Apa yang kita harapkan, ia bukanlah satu penyelesaian ad-hoc untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh jangka pendek. Ia boleh dijadikan satu model berpanjangan sehingga negara kita dapat mendepani cabaran semasa dengan lebih baik daripada negara lain.

Apakah sudah ada perbincangan diadakan bagi kedua-dua pihak?

Belum ada perbincangan secara rasmi antara kedua-dua belah pihak. Kalau ada pun ia sekadar perbincangan di lobi Parlimen saja sesama ahli Parlimen atau ahli-ahli politik. Kita tengoklah perkembangannya dalam tempoh mendatang.

Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat yang lain bagaimana?

Belum ada sebarang kenyataan terbuka dari pimpinan Pakatan Rakyat yang menentang cadangan Dato' Seri Presiden ini.

Jika ia dipersetujui, apakah PAS akan mengetuai perbincangan dengan BN atau semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bersama berbincang?

Isu sekarang adalah kesediaan dahulu. Kesediaan untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu, barulah kita tengok dari segi yang lebih mendalam.

Beralih isu PPSMI. Sehari selepas perarakan aman Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) 7 Mac lalu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesa agar isu ini segera diselesaikan kerana ia mendapat bantahan meluas rakyat. Malangnya, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin Hussein dengan angkuhnya menolak cadangan Perdana Menteri itu.

Komen saya mudah. Beliau bersifat keras kepala kerana beliaulah yang menerima tamparan paling hebat menghadapi penentangan rakyat khususnya ketika perarakan aman 7 Mac lalu. Perarakan itu mendapat sambutan hebat rakyat. Jadi beliau merasakan tempias dan tamparan, sebab itu beliau masih berkeras untuk meneruskan dasar tersebut. Bagi PAS, kita tegaskan bahawa kita bukan anti bahasa Inggeris. Yang kita tentang adalah dasar PPSMI. Sepatutnya untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan mengajar mata pelajaran seperti kesusasteraan Inggeris dan bahasa Inggeris untuk komunikasi, bukan dalam Sains dan Matematik. Tidak betul bila dikatakan kita menentang atau anti bahasa Inggeris. Dalam isu PPSMI ini kita akan terus menentang dan menerangkan kepada rakyat apa yang kita tentang dan apa yang sepatutnya dilakukan sehingga dasar ini dimansuhkan.

Apakah sebab Hishamuddin terus berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI?

Saya tidak tahu masalah peribadi beliau tapi dalam soal ini beliau cuba menjadi hero untuk mempertahankan dan untuk mendapatkan undi perwakilan Umno dalam menghadapi pemilihan parti itu. Dengan sikap kerasnya itu beliau memberikan signal bahawa semangat Melayunya tidak setebal mana kerana masih berbangga dengan bahasa asing. Hishammuddin cuba membina imej sebagai seorang pemimpin orang Melayu. Beliau dalam beberapa perhimpunan Umno sering mengangkat keris untuk menunjukkan beliau membela Melayu tapi dalam soal bahasa beliau menentangnya apabila pejuang bahasa berusaha memartabatkan bahasa ibunda. Keris yang dijulang itu melambangkan Melayu tapi lambang Melayu yang sebenarnya terletak pada bahasa kerana pepatah juga ada menyebut "bahasa jiwa bangsa". Bangsa Melayu sekarang sudah hilang jiwanya kerana bahasanya sudah dipermainkan pemimpin Melayu itu sendiri.

Perlukah ahli-ahli Umno dan orang Melayu menerima pemimpin seperti Hishammuddin yang dianggap pengkhianat bahasa itu?

Teramat malang bagi ahli Umno dan orang Melayu memiliki seorang pemimpin yang jiwa bangsanya dan jiwa agamanya tidak dapat dizahirkan untuk membela bahasa, bangsa dan agama sendiri. Kalau beliau berbangga dengan bahasa orang lain sudah tentulah bahasa ibunda bagi beliau tidak penting. Kalau beliau berbangga dengan budaya orang lain sudah tentu bagi beliau budaya bangsa sendiri itu tidak penting. Jadi tidak ada harapan yang boleh diberikan kepada seorang pemimpin yang sedemikian sifatnya. Dalam konteks Umno pula, teramat malang bagi ahli-ahli dan parti itu sendiri jika memberi peluang kepada pemimpin seperti ini untuk memegang jawatan tinggi dalam parti mereka.

Kita beralih pula kepada soal pertemuan antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Hulu Langat baru-baru ini. Apa komen Ustaz dan apa yang Ustaz tahu mengenai pertemuan tersebut?

Saya tidak tahu apa yang dibincangkan dan apakah program itu dirancangkan atau secara kebetulan sahaja. Yang saya dimaklumkan majlis itu merupakan sambutan Maulidur Rasul. Itu saja maklumat yang saya dapat.

Pendirian Ustaz jika benar terdapat perbincangan antara Anwar dan Abdullah?

Bagi saya, perbincangan kalau memberi manafaat kepada negara dan rakyat, tidak ada salahnya. Sebab itulah saya mengambil sikap bahawa perbincangan adalah sesuatu yang patut digalakkan. Berbincang dengan sesiapa saja, kalau ia boleh mendatang kebaikan agama, bangsa dan negara, maka ia patut dihormati. Kita tidak sewajarnya memiliki sifat dan sikap untuk tidak mahu mengadakan dialog atau perbincangan dengan musuh-musuh kita hanya kerana kita bermusuh dalam politik. Hanya kerana kita bermusuh dari segi pendekatan politik maka kita tutup ruang untuk perbincangan, bagi saya, itu tidak betul.

Bila kita bercakap tentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak dapat tidak akan ada cerita atau spekulasi mengatakan beliau mungkin tidak akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno nanti.

Macam-macam teori yang berkisar di bawah. Pelbagai teori dan bermacam cerita boleh kita dengar. Banyak khabar angin dan banyak spekulasi dan andaian oleh pelbagai pihak boleh kita dengar. Bagi saya mudah saja. Bukan orang itu sebenarnya boleh merubah keadaan, tak kiralah sama ada A, B atau C. Selagi mana dasar sesuatu organisasi itu tidak berubah, kalau hanya orang saja yang berubah, ia tak ke mana. Yang penting, bagi saya, dasar sesuatu organisasi itu perlu dilihat semula dan dinilai untuk menjamin negara kita bebas daripada ancaman yang tidak baik. Kita dengar sekarang isu politik wang masih berleluasa. Calon-calon yang bertanding jawatan di peringkat tertinggi masih mengamalkan politik wang. Saya difahamkan oleh ahli-ahli Umno itu sendiri mengatakan ada antara calon-calon itu dari segi kelayakannya dipertikaikan tapi kerana poketnya tebal, kerana tangannya panjang untuk memberikan 'sumbangan', sudah tentulah ia mampu mencapai kemenangan. Ini yang dikatakan 'money talk', wang itu yang berbicara.

Selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Ustaz Abdul Hadi Awang mencadangkan agar Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Pada Ustaz, kenapa Presiden PAS membuat cadangan tersebut?

Merujuk apa yang disebut Dato' Seri Presiden bahawa beliau melihat masih banyak perkara yang telah dimulakan dan sedang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi perlu dilanjutkan tempohnya. Jadi dalam konteks itu, isu-isu yang masih belum selesai dilaksanakan Perdana Menteri maka cadangan Dato' Seri Presiden PAS supaya beliau melanjutkan tempoh sebagai Perdana Menteri. Andaian saya ialah sebab utamanya kerana banyak perkara-perkara positif yang dibuat, yang perlu dipanjangkan seperti isu menangani rasuah dan ketelusan dan kerana itu timbul cadangan tersebut daripada Dato' Seri Presiden.

Abdullah Ahmad Badawi dilihat lebih bersifat terbuka terhadap pembangkang, dan bila berlakunya peralihan kuasa antara beliau dan Dato' Seri Najib Tun Razak, apakah Ustaz harap keterbukaan itu akan diteruskan?

Harapan saya, siapa pun akan jadi Perdana Menteri selepas ini, sama ada Abdullah kekal atau tidak, yang paling penting adalah satu suasana yang kondusif, satu suasana yang terbuka perlu diwujudkan dalam kita tangani cabaran politik semasa. Kita tidak harus terus menerus dilihat sebagai musuh politik yang tidak boleh diberikan ruang untuk berperanan. Kita harus dilihat sebagai penyumbang juga dalam kestabilan politik, ekonomi dan sosial walaupun kita berada di pihak pembangkang.

Merujuk pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai, sejauh mana persiapan telah dilakukan?

Saya sudah ke Bukit Gantang beberapa kali dan melancarkan jentera di peringkat MTD. Selaku pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya menerima laporan khasnya daripada pengarah operasi, Asmuni Awi. Persiapan operasi telahpun berjalan. Begitu juga kumpulan penyokong daripada seluruh negeri mula turun ke Bukit Gantang. Persiapan sudah berjalan sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau dan Batang Ai.

Bagaimana harapan PAS di Bukit Gantang?

Peluang dan harapan di Bukit Gantang, insya-Allah tinggi. Ada beberapa faktor saya berkeyakinan begitu. Apa yang berlaku di Perak masih mendapat simpati rakyat dan faktor sumbangan yang ditinggalkan Allahyarham Roslan Shahrom juga merupakan faktor yang boleh memberikan kita kemenangan. Sumbangan dan kerja yang dijalankan Allahyarham selama lapan bulan tidak boleh dinafikan dan amat disanjungi penduduk Bukit Gantang. Faktor ini memberikan harapan untuk calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS untuk mencapai kemenangan.

Pesanan Ustaz kepada petugas parti dan pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut?

Saya berharap agar petugas parti pada semua pilihan raya kecil ini, baik di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai, agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat. Untuk pengundi pula saya berharap mereka terus mengekalkan kemenangan dan rekod pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 yang diperolehi Pakatan Rakyat agar kita dapat membawakan suara rakyat ke Parlimen dan juga Dewan Negeri.Harakahdaily.

Pilihan raya: BN umum calon tiga kawasan serentak

CALON-CALON BN.. bagi pilihan raya kecil tiga kawasan,Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai..Dari (kiri),bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Saffian, bekas ADUN Lunas, Datuk S.Ganesan dan Malcolm Mussen anak Lamoh.

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan calon bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, BN akan diwakili oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagiannya, Ismail Saffian.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Bagi DUN Batang Ai, Barisan Nasional akan meletakkan Malcolm Mussen anak Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak sebagai calon.

Bagaimanapun, pemilihan Malcolm sebagai calon telah diperakui oleh kepimpinan Barisan Nasional Sarawak.

Di Taiping, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Ismail sebagai calon BN Bukit Gantang pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.

Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.

Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.

Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.

Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lainlain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dan pada pilihan raya umum lepas BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Di Sungai Petani, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Timbalan Perdana Menteri hari ini, beberapa jam selepas beliau mengumumkan Ismail Saffian sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Ganesan, 49, tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Beliau yang dilahirkan di ladang Sungai Division di Sungai Petani merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.

Beliau yang kini merupakan seorang peguam mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan R.Vatsala, 42, yang juga merupakan seorang peguam. Ganesan menyertai MIC sejak 1983 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pergerakan itu.

"Saya berterima kasih kerana pucuk pimpinan memberi keyakinan dan saya akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumumannya sebagai calon BN.

Sementara itu Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dalam satu kenyataan berkata Ganesan dipilih setelah tinjauan MIC mendapati beliau adalah calon kegemaran di kawasan Bukit Selambau.

"Saya sudah berada di Bukit Selambau dua tiga minggu lepas dan saya dapat maklum balas orang ramai tentang calon, saya yakin dia diterima oleh semua kaum," katanya.

Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.

Di Kuching, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai telah dikenal pasti dan akan diumumkan minggu depan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kami sebulat suara telah memperakui calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini hari ini.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, enggan mendedahkan nama calon itu, menyatakan ia akan diserahkan kepada perdana menteri untuk kelulusan dan dijangka diumumkan pada Isnin.

Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengesahkan PRS telah mencalonkan Malcom Mussen Lamoh, 49, jurutera di Jabatan Pertanian, sebagai calon BN bagi Batang Ai.

Bapa kepada tiga cahaya mata, Mussen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pembuatan Sistem Kejuruteraan dari Universiti Warwick dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) dari Univerisiti Putra Malaysia (UPM).

Kerusi Batang Ai kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu selepas berada dalam keadaan koma akibat serangan angin ahmar selama sembilan bulan.

Dalam pilihan raya negeri pada Mei 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 20 Mei, 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi.DAP menang enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua dan calon Bebas di satu kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan pada 29 Mac dan hari pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.Mstar.

Dr. Mahadhir : UMNO bertindak di luar perlembagaan.

KUALA LUMPUR ,14 Mac :- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tidak mengikut perlembagaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM DS Najib sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.

"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.

"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."

Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara, terutama Perlembagaan, katanya sambil menegaskan bahawa sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang akan menyebabkan rakyat tidak menerimanya.

"Kita telah membuat kesilapan dalam tindakan yang diambil, jadi kini rakyat menentang kita,"katanya yang keluar daripada Umno pada tahun lepas

Gambar terkini dari Bukit Gantang

BUKIT GANTANG : Setelah blog cina islam menyiarkan gambar banner mengenai ADUN lompat Changkat Jering yang menjadi minat ramai pihak termasuk beberapa akhbar parti dalam Pakatan Rakyat yang menyiarkan gambar tersebut.

Kini unit jurugambar kami menampil gambar terkini dari Bukit Gantang hasil lukisan dari artis yang tidak denali yang digaantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakankan sekitar jam 11 pagi tadi.

BN Umum calon Bukit Gantang.

BUKIT GANTANG : Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian diumumkan sebagai calon Barisan Nasional kawasan Parlimen tersebut.

Beliau yang berusia 49 tahun merupakan bekas Ketua Penerangan dan Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Taiping pagi ini.

Tiga Dewan Undangan Negeri terletak di bawah Parlimen Bukit Gantang, iaitu Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Roslan Shaharum daripada PAS awal bulan lalu akibat sakit jantung.

Penamaan calon akan diadakan 29 Mac manakala hari pengundian, jika ada pertandingan, akan berlangsung pada 7 April.

Sementara itu PAS yang akan meletakkakn calonnya bagi mewakili Pakatan Rakyat telah memaklumkan pada minggu lepas akan mengumumkan calonnya pada 26 Mac ini.

Pokok Demokrasi diceroboh kali ke 2

IPOH : Plak Pokok Demokrasi terus menjadi mangsa pencerobohan pihak yang tidak bertanggung jawab apabila sekali lagi tindakan yang tidak bertamadun dilakukan untuk kali ke 2 dengan menyimbah plak tersebut dengan cat hitam. Demikian saya menerima talipon dari ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Yb. Chan memaklumkan dia sangat menyesali tindakan tersebut dalam keadaan hari ini ada satu rombongan dari PKR Pusat yang akan melawat tempat bersejarah itu.

Kelamrin plak pokok tersebut telah dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan semakin mendapat perhatian dan simpati dari pelbagai pihak.

Dilaporkan sejak berlakunya sidang di bawah pokok demokrasi tersebut pada 3 Mac yang lepas, hari demi hari semakin ramai yang berkunjung ke situ untuk melawat dan bergambar.

Kelarin sahaja dilaporkan terdapat pelawat dari beberapa negara asing melawat pokok bersejarah itu.