13 March 2009

Kes Speaker Perak di Mahkamah Rayuan pagi ini

Kes rayuan mengenai keputusan Hakim Ridzuan Ibrahim yang memutuskan Speaker Kerajaan Negeri perak, V. Sivakumar tidak boleh diwakili oleh peguam pilihannya sendiri akan didengar di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur jam 9.00 pagi ini.

Wakil rakyat tidak setuju hapus imuniti di Parlimen

KUALA LUMPUR: Beberapa anggota Parlimen hari ini tidak setuju dengan cadangan wakil Bebas Datuk Ibrahim Ali supaya imuniti dan kekebalan anggota Parlimen dihapuskan.

Timbalan Pengerusi Kelab Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin berkata, cadangan itu tidak wajar memandangkan Dewan Rakyat adalah tempat anggota Parlimen berhujah dalam mengetengahkan masalah dengan menggunakan perkataan yang tidak boleh diungkap di luar Dewan.

"Apabila imuniti dan kekebalan ahli Parlimen ditarik bermakna kita (anggota Parlimen) seolah-olah berhujah di pentas biasa, tidak ada impak yang boleh beri penekanan seperti berceramah di tempat awam," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Bung Moktar (BN-Kinabatangan) berkata, persoalan mengenai imuniti seorang anggota Parlimen tidak perlu dikaji semula kerana anggota Parlimen di negara lain mempunyai imuniti dan kekebalan.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata displin setiap anggota Parlimen lebih penting daripada soal menghapuskan imuniti dan kekebalan.

"Pada pandangan saya, ahli Parlimen perlu berdisiplin dalam mengutarakan (pandangan ketika berhujah) atau semasa pertengkaran dan berselisih faham," katanya.

Beliau berkata, apabila seseorang anggota Parlimen membawa unsur provokasi dalam pengucapan, ia (provokasi) menyebabkan mereka menggunakan bahasa yang kurang baik, namun keadaan itu masih boleh dikawal.

Sementara itu, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata soal imuniti perlu disertai dengan tanggungjawab dan kesedaran setiap anggota Parlimen.

"Sudah tentu imuniti datang daripada peranan dan tugas yang berat. Kawalan terbaik kepada imuniti adalah perasaan tangungjawab dan integriti ahli Parlimen. Tidak ada makna imuniti sekiranya ahli Parlimen bawa maklumat tidak betul," katanya.

Semalam, Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 mencadangkan imuniti dan kekebalan ditarik balik agar anggota Parlimen lebih bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan. Mstar.

Wartawan baling kasut kepada Bush dihukum penjara 3 tahun

BAGHDAD: Wartawan Iraq, Muntadar al-Zeidi, 30, yang membaling kasut kepada bekas Presiden Amerika, George W. Bush dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula hari ini.

Mumtazer yang bertugas di saluran televisyen Al-Baghdadiya mendapat liputan meluas apabila dia membaling kasutnya kepada bekas Presiden Amerika Syarikat itu dalam satu sidang media Disember tahun lalu.

"Keputusan hari ini amat berat dan tidak selari dengan undang-undang, pihak kami akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini," kata ketua peguam bela Zaidi, Dhiaa al-Saadi.

Di dalam mahkamah, adik perempuan Zaidi, Ruqaiya menangis ketika keputusan dibacakan dan menjerit kepada hakim "jatuh seperti Maliki, agen Amerika," katanya merujuk kepada Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.


Sementara itu, adik lelaki Zaidi, Uday menyifatkan keputusan tersebut bermotifkan politik.

8 didakwa hina Sultan Perak

KUALA LUMPUR 12 Mac – Unit Jenayah Perdagangan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara buat pertama kalinya akan mengheret penulis blog yang memberi komen-komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, esok.

Dua penulis blog yang terdiri daripada orang awam itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan seorang lagi di Petaling Jaya, Selangor.

Pendakwaan ke atas beberapa individu lain yang menghina Sultan Perak juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah dan Butterworth, Pulau Pinang.

Sementara di Kuala Terengganu, pendakwaan akan dijalankan pada Ahad ini.

Difahamkan mereka yang terlibat akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen 233 akta tersebut menyatakan, pengendali laman web dan blog yang menyebar kandungan bersifat jelek, mengancam dan mengugut boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Sungguhpun begitu, andai kata mereka yang terbabit tidak hadir ke mahkamah seperti yang diarahkan maka pihak pendakwaan bercadang memohon supaya mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

Mereka ditangkap ekoran pemantauan yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laman blog yang banyak menyiarkan komen-komen menghina Sultan Azlan Shah.

Difahamkan, pada 16 Februari beberapa orang pegawai eksekutif Teknologi Maklumat yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas membaca komen yang menghina Sultan Perak dalam blog tersebut.

Menyampuk Speaker diarah keluar dewan, bagaimana pula di Perak ?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Ranau, Sabah, Datuk Siringan Gubal diarah keluar Dewan Rakyat pagi ini kerana 'menyampuk' percakapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau diarah Pandikar Amin supaya tidak bercakap sesuka hati terutama perkataan 'ngam Yang Dipertua' ternyata tidak disenangi Speaker.

Beliau diarah keluar jam 11.20 pagi dan hanya dibenar memasuki semula Dewan apabila sidang bersambung selepas rehat tengah hari jam 2.30 petang.

Itulah kuasa seorang Speaker yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa termasuklah di mahkamah. Namun BN mengajar rakyat dengan satu budaya baru iaitu Speaker akan jadi bersalah dan semuanya tindakan speaker jadi tidak betul jika menganggu kerja jahat mereka.

Demikianlah nasib malang yang berlaku di Perak. Berbagai hak Speaker di "kronyok" oleh BN termasuklah hakim Mahkamah Tinggi Ipoh yang sudah jadi hakin "coklat Hacks". Bagaikan beruk diberikan bunga manalah dia tahu untuk menilainya, demikianlah UMNO tidak menilai undang-undang yang ada.

Kejadian kelmarim menyaksikan mahkamah jadi macam "kartun" bila Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dipaksa untuk menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri dalam kes samannya mengenai status 3 ADUN lompat.

Sivakumar yang berhujah dikamar hakim telah bertegas menolak khidmat penasihat undang-undang negeri dan memohon membela dirinya sendiri, namun ditolak oleh hakim.

Dalam kes bunuh Altantuya pun, tertuduh Azilah, 33, dan Sirul, 37 yang diperintah membela diri telah dibenarkan oleh hakim untuk membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Ini pula seorang yang tinggi kedudukan dalam kerajaan negeri dan disebutkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan:

72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Namun di Perak nasi bukan saja menjadi bubur malah sudah basi dan busuk sekali, semua tindakan speaker dipersalahkan semuanya. Inilah perangai BN yang sebenarnya, langsung tidak menghormati undang-undaang yang sedia ada.

Bukankah itu "bangang" namanya.

Bukti baru Altantuya? Ketua Pemuda PKR dipanggil polis

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta hadir memberi keterangan oleh pihak polis pagi ini berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Shamsul berkata, beliau akan hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 pagi ini berikutan laporan polis yang dibuatnya Sabtu lalu berhubung bukti baru itu.

"Saya akan hadir untuk memberi keterangan susulan laporan yang dibuat saya Sabtu lalu di Balai Polis Dang Wangi.

"Ia mengenai bukti baru mengenai kes Altantuya melalui satu laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Perancis dalam akhbar mereka berhubung kes tersebut," katanya.

Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang menghadapi tuduhan membunuh Altantuya akan diketahui pada 9 April ini.

Mereka telah dibicarakan selama 159 hari bermula 18 Jun 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin, 48, memerintahkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.

Kos tambang udara Khir Toyo lebih RM300,000

SHAH ALAM: Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan.

Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar, katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Azmin bertanyakan jumlah kos perjalanan Menteri Besar ke luar negara yang ditanggung oleh kerajaan negeri bermula dari tahun 2000 hingga sekarang dan siapakah ejen yang menguruskan hal perjalanan Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, ejen yang terlibat bagi menguruskan perjalanan udara Khir ialah Green Adventure Holidays Sdn Bhd manakala ejen-ejen lain yang terlibat masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar.

Semasa menjawab soalan tambahan Mohamd Azmin sama ada terdapat hubungan kekeluargaan antara Dr Mohamad Khir dengan Green Adventure, beliau berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan syarikat ejen perjalanan itu.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat satu keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn. Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalualukan ejen-ejen perjalanan lain untuk turut serta.

Namun, Abdul Khalid berkata:"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan Exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui ejen." Mstar.

Ceramah di kampung sendiri, mengimbau sejarah alam persekolahan.

Malam ini saya akan menyampaikan ceramah berdekatan dengan Kampung kelahiran di Pekan Jelawat Bachok Kelantan. Menurut Maklumat terkini yang saya dapat dari penganjur yang ingin mengesahkan kehadiran saya, penceramah lain yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Ust. Nasaruddin Mat Isa dan ADUN Jelawat.

Inilah pertama kali saya berceramah politik di Jelawat. Ianya mengigatkan kenangan semasa alam persekolahan. Setelah menamatkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bekelam, saya meneruskan pendidkan sekolah menengah di Sekolah Menengah Jelawat yang terletak kira-kira 5 batu dari rumah.

Pekan Jelawat sangat tidak asing lagi dalam hidup ini kerana dari tahun 1977 hingga 1981 saya menamatkan persekolah sehingga tingkatan 5 di situ.

Tiap hari berulang alik ke sekolah dengan berbasikal. Kenangan berbasikal ke sekolah mengingatkan saya pada awalnya jalan masih belum berturap. Sehingga pada satu hari saya lewat sampai ke sekolah kerana banyak kali berhenti apabila tayar basikal sudah penuh bersalut tanah merah yang baru ditimbun untuk menurapkan jalan, sehingga tayar tidak berpusing lagi.

Bila sudah jem saya berhenti untuk mencungkil tanah itu dengan kayu, akhirnya sampailah ke sekolah kesayangan.

Teringat juga bagaimana pada hari terakhir Peperiksaan SPM pada tahun 1981, saya dihantar oleh ayah ke sekolah dengan menaiki sampan yang juga hampir dimasuki air. Balik dari sekolah saya dihantar oleh motor bot tentera.

Sekarang pekan Jelawat sudah banyak berubah, Alhamdulillah ceramah pada malam menemukan kembali saya dengan teman dan sahabat sepersekolahan yang lama tidak bertemu. Semasa itu saya belum Islam, sekarang saya kembali sebagai Cina Islam.

Sudah 20 tahun lebih saya berhijrah meninggalkan Jelawat. Hari ini saya kembali dengan satu misi yang murni serta dengan satu niat untuk menyampaikan ilmu dan maklumat supaya perjuangan UMNO ditolak teman dan taulan yang masih menyokongnya.

Sahabatku, kita jumpa malam ini.

Petua kesihatan .

Email : ZAMRI" kecik's

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4.. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara
berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.

3.. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.

6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.

7. Elakkan mandi selepas makan.

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam.

'sharing is caring....'

Menunggu Kematian.

Kematian adalah suatu yang pasti yang akan ditempuh oleh seorang insan. Sebab itulah Nabi Muhammad dalam beberapa hadits menjelaskan kepada kita orang yang paling baik ialah yang ingat kepada mati dan sentiasa bersedia dengan bekalan untuk menghadapi nya.




Sesungguhnya yang hidup akan ditutut oleh Malakul Maut untuk menemui Allah SWT. Nyawa kita akan dicabut oleh malaikatNya . Ini lah yang diperkatakan oleh Hatim kepada Gurunya apabila ditanya apakah yang beliau dapat dan faham selama 35 tahun berguru dengannya.
Firman Allah :-

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.....( Ali-Imran : 185)


Allah merahsiakan bilakan saat kematian untuk seorang insan, hikmat disebaliknya supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. alangkah bahagianya seorang insan jika sekiranya bila dia dipanggil menghadap Allah SWT, dia telahbersedia dengan sebanyak mungkin bekalan. Kerana Mati itu adalah berpindah dari satu alam kepada alam yang baru yakni dari alam duania ke alam barzah dan akhirat. Berpindah memerlu bekalan apalagi kematian yang sangat memerlukan bekalan.

Sekiranya ada manusia yang boleh diselamatkan dari kematian, tentulah para nabi dan rasul akan terselamat darinya dan dihidupkan sepanjang zaman untuk membimbing manusia. Namum ianya tetap di wafatkan oleh Allah SWT. Apa lagi kalau bagi ahli maksiat dan mahluk yang sering melakukan maksiat pastinya semuanya berhadapan dengan kematian.Firman Allah :-

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

(Ali-Imran :144)
Bekalan utama kematian adalah ketakwaan dan amal soleh . Itulah yang akan diterima oleh Allah SWT. Sebaik-baik bekalan yakni taqwa disebutkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.

Bersiaplah kita untuk menghadapinya, berbekallah sebanyak mungkin untuk kealam abdi...

Mari Sembahyang Berjemaah.

Sembahyang Berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehingga pernah suatu masa Rasulullah menyuruh para sahabat untuk mengambil api dan membakar rumah orang yang enggan datang berjemaah sebagaimana hadits dibawah:-



Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak melihat beberapa orang sahabatnya dalam beberapa waktu sembahyang jemaah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya aku mengambil berat untuk menyuruh seseorang supaya mendirikan sembahyang secara berjemaah bersama orang ramai. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang yang tidak mendirikan sembahyang secara berjemaah. Lalu baginda menyuruh supaya membakar rumah mereka dengan seikat kayu. Sekiranya salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa dia akan mendapat segumpal daging yang gempal, pasti dia akan mendirikan sembahyang itu iaitu sembahyang Isyak "


di akhir zaman ini realitinya rumah Allah seperti mesjid dan Surau makin kurang digemari oleh penganut Islam untuk mengerjakan sembahyang berjemaah. Sedangkan tuntutan sembahyang berjemaah itu menyebabkan gandaan pahala sehingga 27 darjat berbanding sembahyang sendirian:-


Hadis Ibnu Umar r.a: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat"


Walaupun tawaran yang sebegini baik yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, namun manusia sentiasa mengabaikan semabhyang berjemaah. Akibatnya kedudukan umat Islam kelihatan lemah dan tidak bermaya apabila mesjid dan surau sangat sedikit jemaah yang datang bersolat. Malah yang menyedihkan terdapat setengah mesjid dan surau yang telah tidak mampu untuk diadakan sembahyang 5 waktu berjemaah. Terutamnya sembahyang Zohor dan Asar.


Apabila ditanya kepada rasulullah mengenai apakah pekerjaanatau amalan apa yang paling utama , dalam satu hadis dijelaskan bahawa Rasulullah menjelaskan 1. sembahyang pada waktunya, 2. Berbakti kepada ibu bapa, 3. Berjihad dijalan Allah.


Sembahyang pada waktunya kelaziman dilakukan secara berjemaah di mesjid dan surau. Kesedaran untuk meningkatkan kehadiran para jemaah mestilah bermula dari didikan awal oleh ketua keluarga , sehinggakan menimbulkan minat generasi muda untuk hadir berjeamaah. Sekiranya ibu bapa membiarkan anak-anaknya tanpa dipupuk dengan cintakan berjemaah lambat laun kosonglah mesjid dan surau.


Sembahyang dirumah jika terpaksa hendaklah juga dengan berjemaah. Kelaziman ini juga memberi kesan kepada minat anak-anak untuk pergi berjemaah di mesjid.


Allah mewajibkan setiap lelaki yang mukallaf untuk datang ke mesjid pada setiap hari Jumaat untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Di sana terdapat khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bagi mendidik masyarakat untuk bertaqwa kepada Allah SWT. Sebetulnya kewajipan ini adalah menifistasi dari pentingnya sembahyang berjemaah itu sendiri sehingga paling kurang perlu dilakukan seminggu sekali.

PM nafi adakan perbincangan dengan Anwar.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat, semalam.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau menghadiri majlis itu atas undangan seorang tokoh agama, Syeikh Mahmud al-Majzub sempena sambutan ke-40 "Ritual Building Strength".

"Saya dijemput dan saya pergilah, dan semasa kami sedang makan tengah hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang. Beliau dijemput duduk dan menikmati hidangan. Itu saja.

"Tidak ada perbincangan. Syeikh Mahmud ada memberi pandangan kepada saya mengenai pelbagai masalah yang berlaku di dunia sekarang dan menekankan keperluan pemimpin negara ini untuk bersikap adil dan memastikan keamanan.

"Dia(Syeikh Mahmud) cakap dengan saya, dia tak cakap dengan Anwar. Tidak lebih daripada itu," katanya kepada pemberita semasa melawat pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar, dekat sini.

Ketika ditanya sama ada laporan portal berita Malaysiakini cuba menimbulkan spekulasi mengenai perkara itu, beliau menjawab, "Dia (Malaysiakini) agak-agak aje".

Abdullah turut ditanya mengenai laporan Malaysian Insider yang mendakwabahawa beliau telah menyatakan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tarikh peralihan kuasa.

"Saya perlu membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu. Kami berbincang tentang banyak perkara," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah mempunyai satu tarikh tertentu, Abdullah berkata: "Kita mesti ada tarikh".