11 March 2009

Speaker mohon deklarasi 3 DUN kosong

KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar semalam memfailkan permohonan untuk perintah deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong atas dakwaan peletakan jawatan tiga Adun itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dalam saman yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam, menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong sebagai responden pertama sehingga ketiga dan SPR sebagai responden keempat.

Beliau memohon writ bersifat 'quo warranto’ dikeluarkan kepada tiga Adun itu memerintahkan semua mereka memberikan tunjuk sebab, maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana mereka masih Adun kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas Adun.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong akibat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman pada 1 Februari lalu manakala Hee pada 3 Februari.

Sivakumar turut memohon satu perintah injunksi menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai Adun.

Sementara itu, dalam dokumen berasingan, tiga Exco, iaitu Adun Sungkai, A Sivanesan; Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng dan Adun Keranji, Chen Fook Chye bersama tiga lagi pengundi, Ahmad Sabri Wahab, Abdul Latip Afiffin dan Foo Hong Wai turut mengemukakan permohonan sama terhadap keempat-empat responden berkenaan.

Empat persoalan status MB Perak

KUALA LUMPUR, 10 Mac :-Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini mengumumkan empat persoalan berkaitan perlembagaan yang perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam pertikaian undang-undang antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Persoalan itu yang dibacakan oleh Hakim Lau Bee Lan, adalah seperti berikut:

*Sama ada perkara Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak di bawah perkara 16(6) dibaca bersama dengan perkara 18(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak boleh diadili?
*Sekiranya jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, persoalan seterusnya ialah sama ada perkara Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memberikan perkenan itu sah di sisi undang-undang?

*Sama ada pelantikan menteri besar Perak yang baru di bawah perkara 16(2) (a) dibaca bersama dengan perkara 18(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak boleh diadili?

*Sekiranya jawapan kepada persoalan di atas adalah ya, persoalan seterusnya ialah sama ada menteri besar yang baru itu dilantik secara sah di sisi undang-undang?

Persoalan berkenaan dirumuskan oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara sepertimana diminta Hakim Jumaat lalu, lapor Bernama.

Selepas persoalan berkenaan diumumkan, peguam kanan Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar mengemukakan bantahan atas alasan persoalan itu tidak relevan dengan permohonan mereka bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

"Persoalan itu tidak timbul daripada permohonan bagi pengisytiharan dalam semakan kehakiman, dan sehubungan itu, apa juga jawapan yang mungkin diberikan Mahkamah Persekutuan, ia bukan penentu muktamad terhadap isu yang telah dibangkitkan," katanya.

Permohonannya bagi penangguhan perintah rujukan kepada Mahkamah Persekutuan, sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan yang telah ditolak atas alasan bahawa permohonan sama (bagi penangguhan) telah dibangkitkan dan ditolak oleh Lau pada 6 Mac.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi diisytiharkan beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Nizar tidak hadir dalam prosuding mahkamah pada hari kerana mempunyai jadual yang ketat bertemu dengan rakyat. Difahamkan pada hari ini beliau berada di Parlimen Parit Buntar dalam siri jelajah menemui rakyat dan menjelaskan isu krisis perlembagaan tersebut.

Speaker Dewan Rakyat tolak usul bincang DUN Perak

Cubaan mengemukakan usul supaya persidangan Dewan Rakyat membincangkan tindakan pasukan keselamatan menghalang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada Pakatan Rakyat memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas tidak kesampaian apabila usul itu ditolak di dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam surat penolakan usul yang dikemukakan oleh Nga Kor Ming (DAP Taiping), Pandikar Amin berkata, beliau mendapati usul mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) itu kini dalam pertimbangan mahkamah dan belum diputuskan.

"Perkara-perkara yang berhubungan dengan persidangan Dewan Negeri Perak juga menjadi hal perkara tindakan mahkamah.

"Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar," kata Pandikar Amin dalam surat jawapannya berhubung usul yang dikemukakan oleh Nga dalam surat bertarikh 4 Mac.

Nga yang juga exco kerajaan Perak dan Ketua Pemuda DAP melahirkan rasa kecewa dengan penolakan usulnya itu.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita di lobi Parlimen, Nga mendakwa bahawa apa yang berlaku di Perak memperlihatkan bagaimana doktrin pengasingan kuasa di negara ini telah dicemari.

Petua-petua kampung.

Email dari: Alif Hafriz24

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.



3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

Masjid di Yaman Menjadi Pusat Tarbiah Kanak-kanak

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)

Minggu lalu saya telah menulis tentang pelajar sekolah di Yaman diwajibkan hafaz al-Quran (Harakah-Fikrah, Edisi Jumaat, 27 Feb-1 Mac 2009, m/s F15). Saya juga membuat perbandingan dengan sistem pendidikan di Malaysia di mana subjek agama seakan-akan terpinggir dan bukan satu keutamaan dalam membentuk syakhsiah pelajar. Kemudian saya juga ada menyentuh tentang JQAF yang masih belum dapat memperkasakan pendidikan agama Islam. Lalu keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar sangat merunsingkan, membimbangkan dan membahayakan.

Kebetulan saya berhubung dengan seorang teman yang kini sedang berkhidmat mengajar JQAF di salah sebuah sekolah rendah di Malaysia . Setelah bertukar-tukar pandangan dengan beliau, saya perlu bersikap adil terhadap isu ini. Menurut beliau, JQAF yang merujuk kepada pengajaran tulisan Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain ini dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah. Sekiranya kita ingin menilai tahap keberkesanannya, kita perlu menunggu setelah 6 tahun ketika para pelajar ini memasuki sekolah menengah. Keruntuhan akhlak yang berlaku pada para pelajar sekolah menengah pada ketika ini tidak boleh disandarkan pada kelemahan JQAF. Menurut beliau lagi, sememangnya terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan sistem ini. Di mana waktu yang diperuntukkan kepada para pelajar untuk subjek-subjek tersebut dalam tempoh seminggu tidak mencukupi dan kadang kala pemilihan masa yang tidak sesuai membuatkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan dalam kelas. Teman saya ini mengakui bahawa sukatan pelajaran yang banyak perlu dihabiskan dalam tempoh yang singkat dan ini agak membebankan para pelajar.

Begitulah pendidikan Islam ini tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa. Apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah pendidikan agama ini juga perlu dibudayakan dalam masyarakat kita. Masjid-masjid juga harus berperanan menjadi pusat tarbiah kanak-kanak. Di Yaman, golongan pemuda memainkan peranan yang cukup besar dalam memakmurkan masjid-masjid. Pada musim cuti sekolah, mereka akan menganjurkan kem hafazan al-Quran untuk pelajar sekolah rendah. Setiap hari, para pelajar ini akan diberikan peluang memperdengarkan bacaan al-Quran daripada surah-surah yang telah dihafaz di hadapan para jemaah masjid selepas solat berjemaah. Bukan sekadar itu, mereka juga diajar untuk menghafaz hadis-hadis Nabi s.a.w berserta doa-doa harian.

Sebenarnya inilah yang dapat membantu keberkesanan pendidikan agama yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Para pelajar dapat menghayati apa yang dipelajari di sekolah dalam suasana kehidupan masyarakat. Di Yaman, di kebanyakan masjid, kita akan dapati terdapat pengajian kitab-kitab turath merangkumi ilmu fekah, tafsir, hadis dan lain-lain. Yang paling penting, satu ruang khas akan diperuntukkan bagi pengajian al-Quran untuk kanak-kanak.

Di sesetengah masjid, pengajian al-Quran ini tidak hanya tertumpu pada musim cuti sekolah. Malah, ianya sudah menjadi satu trend institusi masjid itu sendiri. Iaitu berperanan sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu agama. Setahu saya, pengajian ini dibuat secara percuma dan kebiasaannya dikendalikan oleh imam masjid atau anak-anak muda tempatan yang sudah dapat menguasai ilmu tajwid dan fardhu ain dengan baik. Selepas solat asar dan maghrib berjemaah, kanak-kanak akan beredar ke bahagian belakang masjid dan duduk dalam halaqah masing-masing.

Ada juga yang kelihatan memperdengarkan hafazan al-Quran di hadapan imam masjid. Melalui sistem ini, ada kanak-kanak yang sudah menghafal 10 juzuk sehingga seluruh 30 juzuk al-Quran al-Karim! Mereka juga akan memperolehi sanad al-Quran yang bersalasilah sampai kepada Rasulullah s.a.w sekiranya memperdengarkan bacaan di hadapan syeikh-syeikh yang memiliki sanad al-Quran.

Malah di masjid-masjid ini juga, kanak-kanak ini telah diasuh semenjak kecil untuk memahami tanggungjawab diri mereka terhadap umat Islam yang lain. Salah serang guru kami Syeikh Hilal Hizam Sanad pernah mempelawa kami menziarahi masjid beliau. Kami diminta menyampaikan sepatah dua kata di hadapan para pelajar yang berjumlah sekitar 100 orang untuk memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Salah seorang rakan saya dari Kosovo telah berucap suatu kata-kata yang meninggalkan kesan dalam hati mereka. Katanya, “..kita semua adalah umat yang satu. Tiada bezanya bangsa Arab, Asia atau Eropah melainkan dengan takwa.. kerana itu kita mesti mengembalikan kesatuan umat Islam ini di bawah pemerintahan khilafah pada suatu hari nanti.”

Selepas itu, salah seorang pemuda yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak ini bangun lalu berkata: “Mereka ini telah datang dari jauh untuk mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu Islam, adakah kamu semua yang berada di sini hendak bermain-main?” Mereka menjawab, “Tidak!” Sambungnya lagi, “Kamu semua mesti bersungguh-sungguh mempelajari al-Quran dan beramal dengan ajaran-ajaran Islam. Pada hari ini umat Islam menjadi hina apabila mereka meninggalkan al-Quran dan Sunnah. Kita mesti mengembalikan kekuatan umat Islam. Siapakah yang akan membebaskan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa?!” Mereka menjawab beramai-ramai, “Saya!!”. “Siapakah yang mahu mati sebagai syuhada?” Mereka menjawab lagi dengan suara yang deras, “Saya!!!”

Tujuan saya menceritakan ini semua bagi menggambarkan kepentingan masjid di Yaman sebagai pusat tarbiah untuk mendidik generasi muda mereka dengan al-Quran dan akhlak yang mulia. Kerana itu dalam peristiwa Hijrah, perkara yang utama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika sampai di Madinah ialah membina masjid. Di situlah pusat perpaduan dan kekuatan umat Islam. Di situlah tempat untuk kita mendidik generasi muda kita.

Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?


TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.


Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.


Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.


Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

http://msomelayu.blogspot.com

Seminar Halatuju PPSMI 14 Mac 2009 Bangi

Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) , Bandar Seri Putra , Bangi , 43000 , Kajang , Selangor ( keluar tol Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota, Lebuhraya KL – Seremban)


Para Pembentang Kertas Kerja;
1. Datuk Dr Hassan Ahmad - Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
2. Prof Dr Abdul Aziz Bari - Kuliyyah Undang-Undang , UIA
3. Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan - Institut Peradaban Melayu, UPSI
4. Prof Dr Shaharir Mohamad Zain - Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
5. Prof Dr Mat Rofa Ismail - Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM

Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo. com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo. com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@ yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo. com

Maklumat lanjut di http://seminar- ppsmi.blogspot. com

Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30) , Pelajar (RM15)
*Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!

(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)

Poligami, layakkah anda ?

Oleh :AHMAD BAEI JAAFAR
Email : Ummu Waheedah

Menyebut tentang poligami banyak pihak akan memandang serong kepada yang terlibat walaupun pada setiap hati kecil lelaki inginkan dua tiga isteri. Hal ini kerana poligami yang wujud hari ini dilihat keburukannya lebih terserlah daripada kebaikan.

Poligami dibenarkan oleh Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu takut boleh berlaku adil terhadap anak yatim, kahwinilah perempuan lain sama ada dua, tiga atau empat. Tetapi jika takut untuk berlaku adil, cukuplah satu,” (Surah an-Nisa’: 3).

Melihat pada ayat itu, jelas tiada hukum sunat berpoligami tetapi sekadar tawaran yang membolehkan mereka berpoligami jika mereka mahu. Sungguhpun ada tawaran tetapi disusuli pula dengan ingatan “kalau takut tidak boleh berlaku adil, cukuplah dengan seorang isteri”.

Amalan poligami pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula selepas kewafatan isteri Rasul, Khadijah. Setelah berkahwin dengan Aishah yang masih keanak-anakkan, baginda mengahwini wanita lain juga. Amalan pada waktu itu antara lain bertujuan membela ibu tunggal dan anak yatim iaitu dengan mengahwini ibu anak yatim itu.

Walau bagaimanapun amalan itu tidak lagi menjadi perkiraan umat Islam di akhir-akhir ini. Hal ini mungkin kerana anak yatim hari ini sudah ada pembelanya. Rumah anak yatim sudah mengambil peranan para lelaki yang prihatin.

Kini berlaku poligami secara tidak sihat sehingga orang ramai menganggap poligami sebagai menzalimi wanita dan anak-anak. Kesan poligami, keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran.

Demi mengawal amalan poligami yang mudah disalahgunakan pada zaman ini, kerajaan menggubal beberapa peruntukan undang-undang mengenai poligami. Terdapat syarat tertentu yang dimasukkan yang lazim telah menjadi amalan ulama terdahulu.

Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen 23(5) Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak di segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Sebenarnya berdasarkan peruntukan ini menunjukkan secara nyata bahawa tidak semua orang layak untuk berpoligami. Walaupun terdapat lelaki yang mempunyai pendapatan lebih, belum tentu mereka boleh meneruskan poligami.

Perlu dijelaskan di sini selain kewangan faktor iman dan takwa perlu diambil kira sebelum sesuatu perkahwinan poligami itu hendak diteruskan. Kalau tidak, syarat di atas boleh diputarbelitkan oleh pihak yang berkepen-tingan.

Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum hakam tentang poligami sendiri tidak difahami.

Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, “Madu Tiga”. Melalui filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami.

Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya) yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya.

Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain, padahal dia sendiri hendak berkahwin.

Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat.

Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama kejar mengejar.

Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu. Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik.

Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat.

Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami. Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat isteri muda tetapi isteri tua terus menderita.

Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela.

Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

dari laman : Fikrah Islamiah

INTIPATI PAKEJ RANGSANGAN KEDUA

BERIKUT intipati pakej rangsangan kedua yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion

* pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun * tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah * dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan.

* RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan

* RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan * Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion diterbitkan tahun ini * RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan mission school

* RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak

* RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar

* Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAs) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak

* RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi membantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah TEKUN

* Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

* RM20 juta untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak

* Pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan * Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta

* Kerajaan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bonbon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan

* Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti

* Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad

* Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk * Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori

* Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki aset bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan berkemahiran tinggi

* Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama

* Berkuat kuasa 1 Februari, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik

* Berkuat kuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun

* Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;

* Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;

* Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbangn syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion * RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang * Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April

* Untuk pelaburan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun * bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan di bawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010

* Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.

* RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong

* Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan

* RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur

* Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awamswasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu * Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan

* Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan

* Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya

* Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing

* Radio Televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

* Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam keskes khusus.

Nizar : Rampasan kuasa hanya untuk zaman tidak bertamaddun

PARIT BUNTAR : Rampasan kuasa jarang berlaku setelah manusia mengalami kemajuan tamadun, tetapi perkara itu berlaku di Perak untuk kita saksikan UMNO di kapan dan dikebumikan di Perak. Demikian antara ucapan YAB. Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sesi pertemuan dengan petugas PAS di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong di sini.

Taklimat yang diadakan dalam rangka lawatan rasmi YAB. Menteri Besar Perak ke Parlimen Parit Buntar. Jadual ketat yang disusun oleh Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dijangka mendapat sambutan kemuncak pada malam ini dengan majlis Hi-Tea yang juga akan dihadiri oleh Ahli majlis tertinggi PKR, YB. Saifuddin Hasution ada jam 9.00 malam..

Hadir sama dalam majlis petang ini ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan YDP PAS Kawasan, Hj. Harun Hashim.

TERKINI 2.40 petang: POLIS KAWAL ISTANA KINTA

IPOH: Polis mengadakan kawalan ketat di Istana Kinta dari pagi tadi lagi.Keadaan ini ekoran dari berita yang mengatakan YAB Menteri Besar, Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin akan menghantar surat mohon mengadap pada hari ini.

Tengah hari ini orang ramai yang tidak dapat dipastikan statusnya masih menunggu di depan kawasan pintu istana.

Visa pekerja Bangladesh dibatal serta-merta - Syed Hamid

PUTRAJAYA: Semua visa kemasukkan pekerja asing dari Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta merta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, beliau berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektorsektor tertentu yang kritikal.

"Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini.

"Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," katanya.

Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata, kerajaan akan mengembalikan wang para majikan untuk bayaran levi pekerja berkenaan.

"Kerajaan memberi jaminan bahawa wang levi itu akan dikembalikan semula kepada majikan dalam jangka masa terdekat dan berharap, isu ini tidak dipolitikkan oleh pihakpihak tertentu yang ingin menangguk di air keruh," katanya.

Syed Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Talat Mahmud Khan pada Ahad lepas bahawa lebih 70,000 pekerja Bangladesh akan datang ke Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja di dalam pelbagai sektor.

Membetulkan angka berkenaan, Syed Hamid berkata, berdasarkan kepada kelulusan kerajaan hingga 31 Disember 2007 jumlah sebenar pekerja yang diberikan kelulusan untuk memasuki negara ini tetapi masih belum berbuat demikian hanyalah 55,147 orang.

"Tidak ada kelulusan baru yang diberikan selepas tahun tersebut dan saya tidak tahu bagaimana angka itu diperolehi.

"Saya akan memanggil Konsul Bangladesh untuk berjumpa dengan Jabatan Imigresen bagi menjelaskan perkara ini.

"Keputusan untuk mengambil pekerja asing selepas tempoh tersebut akan ditentukan dengan teliti oleh kerajaan untuk sektor yang diklasifikasikan sebagai 3D (berbahaya, sukar dan kotor). Itupun jika ia benar-benar perlu," katanya. BERNAMA

Pengalaman rohani mengenali Rasulullah s.a.w

Oleh : Ali Bukhari Amir


Hari ini kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Kata orang, kisah baginda ini tak akan habis dan tak akan pernah tamat jika mahu diwacanakan keperibadiannya, kedudukannya sebagai kepala tentera, khalifah, pemimpin keluarga termasuk zaman sebelum baginda diangkat sebagai rasul.

Dan, oleh kerana kisahnya terlalu banyak dan panjang, maka tentunya kita menemui kesulitan untuk menulisnya. Jarak kita dengan baginda sudah 1,500 lebih kurang. Jadi, dari mana saya harus bermula?

Dari itu izinkan saya menulis mengikut gerak hati. Biarlah saya tulis mengenai apa-apa yang saya faham tentang baginda ini. (Cara saya memandang agama ada sedikit berbeza dengan pandangan umum. Oleh itu, pembaca diharapkan supaya dapat bersabar.)

Seperti yang termaklum, sebelum kelahiran baginda, berlaku serangan ke atas Kaabah oleh bala tentera Raja Abrahah. Menurut riwayat, seperti yang tercantum di dalam Surah al-Fiil, gajah-gajah bersama tentera Abrahah itu dihancurkan melalui burung-burung Ababil yang mencengkam batu bara dari neraka.

Sampai sekarang, burung-burung itu tidak lagi kelihatan. Kemudian ketika baginda mengalami proses Isra' Mikraj, diriwayatkan bahawa baginda menunggang Buraq sejenis haiwan dari syurga.

Segala keganjilan seperti ini akan berlaku lagi bagi mereka yang bernasib baik. Insan terpilih sahaja yang akan berdepan dengan semua ini untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka.

Musa a.s dan Muhammad s.a.w ada persamaan

Sekitar tahun 1970-an, berlaku satu debat antara pelajar-pelajar Melayu di Universiti Al-Azhar. Seorang ustaz memberitahu, kalau tidak salah ingatan saya, antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam debat itu ialah Yusof Noor dan Abdul Fatah Haroon.

Yusof menyatakan keraguannya berhubung pengalaman Israk Mikraj Nabi Muhammad. Lalu, Abdul Fatah menjawab persoalan itu dengan mengemukakan konsep 'Jism al-Latiff'. Sehingga sekarang, saya masih mengkaji, bertanya kepada orang-orang tertentu dan meluaskan bacaan berhubung 'Jism al-Latiff' ini.

Dan, berdasarkan apa yang saya faham berdasarkan debat itu, 'Jism al-Latiff' inilah yang banyak memainkan peranan dalam peristiwa Isra' Mikraj itu. Saya tidaklah berhasrat mahu melanjutkan dan meluaskan lagi tajuk bincangan ini.

Seperti yang disebut pada awal-awal tadi, ada beberapa pandangan peribadi mengenai agama yang termuat di dalam tulisan ini akan sedikit berbeza dengan pandangan umum.

Kita mengetahui bahawa Umar r.a adalah orang yang Tuhan pun bersetuju dengan beberapa pandangannya. Dalam beberapa kejadian, ada ayat-ayat al-Quran yang mengesahkan sekali gus menyokong pandangan Umar sebagai pandangan yang tepat.

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, ada riwayat menyebutkan bahawa Umar berkata, "Muhammad tidak mati. Dia cuma menemui Tuhannya." Lebih kurang begitulah apa yang saya faham.

Timbul persoalan.. adakah kenyataan itu sekadar luahan Umar yang enggan mengakui hakikat bahawa Nabi Muhammad s.a.w sudah wafat, atau adakah Umar memang bermaksud demikian? Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w masih hidup? Tidak mengapa. Kita tinggalkan dahulu persoalan ini.

Sekarang, marilah kita berpindah babak pengkisahan Nabi Musa. Alkisahnya, setelah menjadi menantu kepada Nabi Syuaib, maka Nabi Musa membawa isterinya dari Madyan ke Mesir untuk kembali ke tanah kelahirannya. Dalam musafir pada malam hari, Musa a.s melihat cahaya api bersinar di atas Bukit Tursina.

Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Bukit Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri."

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. [al-Qashas: 29 - 30]

Di situ Nabi Musa diminta menanggalkan sepatunya kerana kawasan itu adalah daerah suci lagi diberkati. Di situlah, baginda diangkat sebagai rasul, diminta pergi berdakwah Fir'aun sekali gus meminta Fir'aun membebaskan Bani Israel daripada cengkaman perhambaan. Nabi Musa juga sempat membuat tuntutan agar Harun, saudaranya itu diangkat sebagai rasul untuk membantunya.

Di Bukit Thursina itu juga Allah s.w.t memberitahu bahawa baginda dibekalkan dengan mukjizat luarbiasa untuk merebahkan tembok keangkuhan Fir'aun. Dan yang paling penting di sini, di atas Bukit Thursina itulah Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan umatnya menunaikan solat.

Inilah barangkali titik persamaan antara Isra' Mikraj Nabi Muhammad dan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t di Bukit Thursina. Akhir matlamat pertemuan Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah s.w.t ialah perintah solat.

Manakala, dalam pertemuan Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t, perintah solat ditekankan juga di sini. Bezanya cuma tempat pertemuan. Nabi Musa bertemu Tuhan Bukit Thursina dan Nabi Muhammad bertemu Tuhan ke langit.

Sebab itu juga, mungkin, antara nabi-nabi, Nabi Musa inilah yang terpilih untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w mengenai pengurangan jumlah rakaat dan waktu solat.

Atas nasihat Musa, maka solat itu dikurangi daripada 50 waktu sehinggalah kepada 5 waktu walaupun sebelum itu baginda telah menjadi imam ketika mengepalai solat yang di belakangnya hadir sekalian arwah nabi-nabi dan rasul-rasul.

Diriwayatkan, ketika Nabi Muhammad s.a.w wafat, terlafaz doa pengharapan supaya baginda dipertemukan dengan saudaranya di langit. Kaum Kristian mendakwa bahawa sahabat baginda di langit itu adalah Nabi Isa (Jesus Christ) sebagai mengukuhkan dakwaan bahawa agama mereka itu benar.

Tapi, saya fikir, mungkin Nabi Musa a.s itulah orang yang dimaksudkan sebenarnya kerana memang pernah berlaku pertemuan antara kedua-dua rasul itu dalam Isra' Mikraj. Wallahu'alam. .

Kembara rohani Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidhir a.s ada persamaan dengan Nabi Muhammad s.a.w dengan Jibril a.s. Kisah Musa a.s menerima didikan asuhan Khidhir dalam surah al-Kahfi misalnya memiliki persamaan dengan kembara rohani Rasulullah bersama Jibril ketika melihat segala bentuk dan jenis siksaan neraka.

Jibril menerangkan segala seksaan neraka kepada Rasulullah seperti mana Khidhir menerangkan perihal tingkahlakunya yang bersalahan dalam fikiran Musa.

Sekali peristiwa, ketika Rasulullah menderita ujian berat kerana berdepan dengan karenah umatnya. Baginda bersabda, lebih kurang mafhumnya, "Semoga Tuhan merahmati saudaraku Musa. Beliau lebih kuat diuji Tuhan di atas kedegilan umatnya, tapi dia bersabar."

Bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w

Ketika itu usia saya belasan tahun. Sebagai termaklum, di sekolah agama, bercambah minat dan kecenderungan peribadi terhadap kisah-kisah kesufian, kewalian dan persoalan tarekat.

Diringkaskan cerita, pada suatu malam, hati saya digerakkan untuk berwuduk, bersolat sunat dan menyucikan diri dengan wuduk. Boleh jadi malam itu malam Jumaat juga. Nawaitu tetap tidak berganjak, semoga dapat bermimpi bertemu Rasulullah!

Tetapi, barangkali bukan rezeki saya. Ada suatu fikiran jahat yang masuk hinggap ke hati dan jiwa menjadi tidak tenang. Saya terjaga beberapa kali. Kejadian pada malam itu berlaku ketika saya dan adik lelaki sedang tidur di ruang tamu.

Saya cuba tidur mengikut cara sunnah, dalam keadaan berwuduk dengan harapan ada sesuatu yang istimewa akan berlaku. Impian saya hancur. Mimpi malam itu tiada kaitan langsung dengan Nabi Muhammad.

Barangkali, Tuhan mahu saya menjadi saksi.. Saya terbangun kerana fikiran kusut, lalu perlahan-lahan saya bangunkan tubuh lalu mengalihkan wajah ke arah adik. Subhanallah. .!! Tidurnya tenang sekali.

Dan, sempurna betul tubuhnya mengadap ke arah kiblat dan tidurnya dalam keadaan sunnah. Saya mengamati, mencermati wajahnya lama-lama. Tenang.. memang tenang. Lalu, saya kembali meneruskan amalan 'tafakur' yang terbengkalai.

Esoknya, pecah cerita besar di rumah kami. Adik saya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya! Umurnya ketika itu, belum masuk sekolah menengah. Dan saya tak fikir dia akan menipu kami. Menurut ceritanya, pada mulanya dia bermimpi bahawa dia sedang berjalan-jalan ke suatu tempat bersama kami sekeluarga.

Dengan tiba-tiba asap putih tebal yang datang menyelubunginya lalu dia terpisah daripada ayah, ibu dan kami sekeluarga. Dia terpinga-pinga kehairanan melihatkan keadaan itu. Maka, ketika itulah Baginda Rasulullah s.a.w muncul secara tiba-tiba lalu datang menghampirinya.

"Assalamualaikum. .Saya Nabi Muhammad," sabda Rasulullah s.a.w ketika memperkenal diri kepada adik saya. Kemudian baginda memimpin tangannya ke suatu tempat bercuaca panas. Adik saya berasa makin pelik melihat suasana itu. Hatinya digaru-garu beberapa bilah pertanyaan yang kian tercacak di hatinya.

"Kita kat mana ni?" tanya adik saya kepada baginda.

"Kita sekarang berada di Mesir," balas baginda. Kemudian, adik saya mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w sehingga tiba di sebuah tempat. Di situ ada sebuah istana besar yang mengkagumkan.

"Istana siapa ini?" adik bertanya lagi setelah dilihatnya bangunan istana yang besar itu.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Inilah istana Fir'aun.."

Nabi Muhammad s.a.w bakar istana Fir'aun
"Kemudian, Nabi Muhammad bawa kayu-kayu sekeliling istana Fir'aun dan dia cucuh api sampai terbakar hangus semuanya," cerita adik saya kepada kami semua pada pagi Jumaat itu.

Selesai membakar istana Fir'aun, Rasulullah s.a.w memimpin tangan adik saya ke sebuah tempat lain. Kali ini mereka pergi ke dalam sebuah gua yang gelap. Tapi dengan tiba-tiba gua itu diterangi cahaya yang sangat terang. Gua itu dihuni oleh orang-orang yang berpakaian serba putih.

"Siapa mereka ini?" adik saya makin galak bertanya baginda.

"Mereka inilah orang-orang yang soleh, orang-orang yang baik-baik," sabda baginda menjelaskan kepada budak kecil yang menagih jawapan itu. Tidak saya ketahui dengan jelasnya; mereka ini penghuni syurga mana, umat Muhammad atau umat terdahulu sebelum baginda, dan lain-lain persoalan.

"Bersih sungguh muka depa," kata adik lelaki saya, "Bersinar betul muka depa.. kalau ada sehelai bulu kening depa yang masuk dalam gua yang gelap, mesti gua tu jadi terang benderang." Begitulah adik saya menjelaskan.

"Habis tu apa jadi?" tanya kami lagi, menagih sambungan ceritanya.

"Kami keluar gua. Jalan-jalan sikit, kemudian Nabi Muhammad kata, kita berpisah di sini dulu," demikian balas adik.

Selepas berbalas ucapan salam, asap putih mula tiba. Perlahan-lahan bayangan tubuh Rasulullah s.a.w menghilang dalam kepulan asap itu. Apabila asap itu hilang maka adik saya ternampak kelibat ayah, ibu dan kami sekeluarga yang tadinya menghilang di sebalik kepulan asap putih itu. Tamat cerita..

Kisah ini berlaku ketika saya di usia remaja. Itulah dua cerita yang saya masih ingat; cerita Nabi Muhammad membakar istana Fir'aun dan kisah orang-orang soleh di dalam gua yang putih berseri dan terang benderang wajah suci mereka. Daripada kisah ini saya membuat beberapa kesimpulan awal.

Kenapa Rasulullah s.a.w tidak hadir menyinggah dalam mimpi saya? Pertama, mungkin jiwa kusut. Kedua, mungkin Tuhan mahu saya menjadi saksi ke atas kisah itu ketika saya terlihat adik tidur mengadap kiblat dan tidurnya mengikut cara sunnah nabi.

Kesaksian saya (sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan agama di dalam keluarga kami) mengesahkan kisah adik saya itu sebagai kisah yang benar.

Ketiga, adik saya masih muda. Bagaimana dia boleh menyebut Mesir sebagai tempat pemerintahan Fir'aun? Kalaulah saya (yang ada sedikit pengetahuan agama dan agak suka membaca), menyebutkan nama Mesir sebagai tempat letaknya istana Fir'aun, maka mungkin orang menuduh saya merekacipta kisah mimpi saya berjumpa nabi itu.

Keempat, mutakhir ini, sejak usia makin meningkat, barulah perlahan-lahan saya memahami bahawa kisah mimpi adik ketika saya berusia belasan tahun itu adalah suatu isyarat yang mengesahkan hubungan erat Nabi Muhammad s.a.w dengan saudaranya Nabi Musa a.s.

Ini kerana, digambarkan dalam mimpi itu bahawa, Nabi Muhammad s.a.w turut membakar istana Fir'aun sebagai lambang protes ke atas kekejaman raja yang maha zalim itu.

Mengingatkan semua ini, saya teringat lafaz wirid di dalam al-Ma'thurat, "Aku rela Allah sebagai Tuhanku, dan aku rela Islam sebagai agamaku, dan Muhammad itu sebagai nabi dan rasulku."

Perlahan-lahan. . saya mula mengerti akan makna hidup ini. Saya mula meredai Allah sebagai Tuhan saya, meredai Islam sebagai agama saya, dan tidak dilupakan juga, Nabi Muhammad itu nabi dan rasul ikutan dan contoh saya walaupun dalam kehidupan saya, jauh panggang dari api untuk menghidupkan sunnah nabi!

(Insya Allah akan ada lagi sambungannya. . memang panjang betul bahasan mengenai Rasulullah s.a.w ini; watak agung, sosok kental spiritual yang tahan diuji, cekal hatinya membawa perubahan. Dengan sebab bagindalah, orang Melayu memutuskan dalam Perlembagaan Persekutuan, bahawa Melayu itu Islam!)

7:00 a.m, 9 Mac


Kemalangan semasa bekerja

Oleh : Ernesto

Nama Majikan: Parkson Corporation

Tuan Editor,

Sebelum saya adukan masalah saya pada pihak tuan, saya mahu tuan merujuk akta ini:

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan yang didapati bersalah atas kesalahan gagal atau lewat melapor kemalangan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali - Pertubuhan Keselamatan Sosial (hotline: 0342575755 - www.perkeso. gov.my)

Pada 16.05.08 saya mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tidak sampai setengah jam selepas kemalangan, pihak majikan datang ke tempat kejadian, mereka adalah terdiri dari senior stor manager, level 6 manager, wakil dari HQ, account executive dan beberapa staf biasa. Ini kerana kemalangan itu berlaku betul2 di hadapan Pavilion.

Apa yang mengecewakan saya. Majikan saya gagal melaporkan kepada PERKESO (borang 21- laporan kemalangan).

Mengapa gagal?

Ini kerana saya sendiri yang hantar pada PERKESO (HQ) pada 10.02.09, tuan kiralah berapa bulan saya tak mendapat faedah PERKESO. Adakah kerana saya seorang kerani, saya dilayan sebegini rupa? untuk pengetahuan tuan, majikan saya menyediakan company insurans hanya untuk executive ke atas sahaja.

Gaji saya hanya dibayar 2 bulan dalam tempoh saya menjalani rawatan dan saya menghadapi masalah kewangan kerana tidak dibayar gaji untuk 6 bulan seterusnya. Majikan saya juga cuai kerana menghilangkan Medical certificate (original copy) saya.

Apa yang saya minta dari pihak editor....

1)Menyiarkan artikel saya ini untuk sebagai pengajaran untuk pihak majikan seluruh negara, agar mengambil berat pekerja mereka

2)Menyeru Malaysian Retail Association menarik balik anugerah Best Retail Outlet kepada Parkson Pavilion Kuala Lumpur.

3) Pada mana2 ahli parlimen yang membaca artikel ini, mohon Akta Keselamatan Sosial Pekerja dibahaskan, naikkan kadar kompaun

pertimbangan dari pihak tuan amat saya hargai
.

PPSMI: Pas nafi jadi dalang

GOMBAK: Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan himpunan dan perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeri (PPSMI) anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di dalangi parti pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan GMP turun membawa isu ini di jalanan adalah atas dasar kemahuan peribadi tanpa didalangi mana-mana pihak.

"Saya hairan macam mana (Datuk Seri) Hishamuddin (Tun Hussein) boleh katakan GMP didalangi parti pembangkang.

"Anggota GMP kebanyakan mereka ialah golongan cerdik pandai, pakar bahasa malah Sasterawan Negara, jadi bagaimana beliau kata kita dalang kepada apa yang berlaku?" soalnya ketika menyampaikan Ceramah Perdana sempena Pelancaran Dana Pusat Aduan Rakyat (PAR), PAS Johor di Markas PAS, Taman Melewar malam tadi.

Kelmarin, Hishamuddin selaku Menteri Pelajaran mendakwa bantahan GMP terhadap dasar PPSMI didalangi parti pembangkang untuk tujuan politik.

Kenyataan Hishamuddin itu merujuk kepada insiden kekecohan yang berlaku Sabtu lalu apabila himpunan aman bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong bertukar menjadi kecoh apabila orang ramai yang hadir merempuh halangan polis untuk berarak menuju ke Istana Negara.

Mohamad berkata, GMP merupakan satu badan yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah pelaksanaan PPSMI.

"GMP bukan pertubuhan politik, sesiapa sahaja boleh sertainya tak kiralah dari PAS, PKR, DAP atau Umno sekalipun," katanya.

Walaubagaimanapun Mohamad berkata, perkembangan yang berlaku itu menunjukkan PAS sentiasa didampingi oleh pelbagai pihak termasuk golongn cerdik pandai kerana dilihat menjadi wadah untuk menyuarakan kepentingan rakyat.

"Ini menunjukkan orang-orang cerdik pandai bersama kita, mereka sedar kemampuan kita untuk bantu memperjuangkan hak rakyat," katanya.Mstar