09 March 2009

Kaya mengejut jadi tandatanya penduduk !

Makluman yang diperolehi dari Jelapang menyatakan terdapat penduduk di situ yang agak terkejut dengan "kekayaan mengejut" ADUN berkenaan yang kini telah menggunakan kereta Mercedes.

"Ramai beranggapan mungkin ia dibeli oleh Hee dengan wang yang diperolehi dari Najib ekoran melompat parti yang kita pasti ia satu jumlah yang besar, jutaan ringgit," kata sumber tersebut yang merujuk kepada aduan dan akuan bersumpah beberapa ADUN yang telah ditawarkan sehingga RM20 juta supaya melompat parti untuk Najib menjayakan misinya menawan Perak

Walaupun Najib pernah menafikan pernah menyogok wang, tetapi di dalam hal ini beliau belum bersumpah dengan ayat Quran sepertimana beraninya beliau melakukannya di dalam kes Altantuya.

Sebelum ini kami melaporkan bahawa pemilik kedai tempat Hee menyewa, yang hanya dikenali sebagai Mani, menamatkan kontrak penyewaannya dengan ADUN berkenaan.

Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.

“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di aman anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.

Nik Aziz : UMNO derhaka kepada raja.

BUKIT GANTANG : Mursyidul Am PAS, YAB.Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mendedahkan 15 bukti secara fakta bahawa UMNOlah penderhaka kepada Raja. Pendedahan itu diucapkan beliau dalam Pelancaran Geak Kerja Jentera Pilihanraya Bukit Gantang yang diadakan disini.

Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin UMNO penderhaka kepada sultan di negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan Rakyat.katanya.

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.

12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.

Hee Yit Fong sudah kaya tapi dalam ketakutan

IPOH, 8 Mac : Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 08 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.

Ucapan Presiden PAS.

Tidak ada guna menyambut mauludul rasul dengan dalam masa yang sama menipu diri sendiri.Antaranya kewajipan dalam politik. Di mana ada yang mengatakan politik bukan dari ajaran Islam. Kata TG. Hj. Abdul Hadi.

Beliau juga berkata sekiranya kita membaca sirah Nabi adalah peristiwa besar Rasulullah berpindah untuk mendirikan sebuah kerajaan iaitu politik, dengan makna mentadbir dan memerintah. Untuk menunaikan kewajipan memerintah negara.

Pilihanraya adalah tanggungjawab memilih pemimpin yang didengar dan dilihat oleh Allah SWT. UMNO telah membudayakan rakyat menjadi bodoh dengan menggunakan media untuk sebelah pihak sahaja.

Natijahnya rakyat dipendalaman tidak faham makna pilihanraya. Mereka tidak tahu untuk menghukum kerajaan yang salah. Mereka faham piliharaya adalah jalanraya. Sehingga kita tak sedar UMNO melakukan kesilapan yang besar.

UMNO telah melakukan banyak kesilapan kepada Islam, dengan menggambarkan Islam secara salah.

Rakyat Bukit Gasntang diberi peluang untuk mengajar rakyat lain apa makna demokrasi. Kita meminta rakyat Bukit Gantang memilih pakatan Rakyat. Almarhum ahli parlimen sebelum ini telah menunjukkan sikap sebangai wakil rakyat yang baik.

Kita akan meletakkan calon yang berwibawa dan pilihlah kami sekali lagi, seru Presiden PAS.

Ucapan YB. Nga Khor Ming.

Malam ini adalah malam bersejarah kerana inilah tahun pertama Pakatan Rakyat menyambut ulang tahun pertama menang di Perak.

Beliau menceritakan sikap bertamadun UMNO yang menghalang wakil rakyat untuk bersidang secara sah.

Di Perancis gelangang tenis pernah dijadikan tempat bersidang, kerana itu sidang di bawah pokok di Perak adalah sah, katanya.

Nga juga menegaskan DAP akan sokong 100 % calon PAS selagi ada langit dan bumi, kami telah menyediakan 100 orang petugas khusus untuk membantu jentera pilihanraya.

Jam 10.30 malam : Ceramah berjalan lancar .

Walaupun dalam keadaan renyai-renyai ceramah diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang.

Sekarang ini ucapan dari Ketua Dewan muslimat PAS Pusat, Ust. Nuridah Salleh.

Beliau menegaskan UMNOlah yang menderhaka kepada Raja dengan berselindung dengan mengatakan orang lain yang menderhaka kepada Raja.

Jam 9.50 malam : Orang Cina dan India turut hadir.

Ratusan kaum India dan Cina kelihatan hadir untuk mendengar amanat dari pemimpin PAS malam ini.

Sebentar tadi YB. Dato' Presiden PAS telah sampai dan ceramah sudah dimulai sekarang.

Terkini Jam 9.32 malam : Hujan renyai-renyai mula turun

BUKIT GANTANG : Hujan renyai-renyai yang turun tidak menghalang pergerakan arus manusia yang terdiri dari golongan dewasa, pertengahan umur, muda dan ada yang membawa anak kecil untuk terus memenuhi kawasan ceramah yang terletak dijalan utama berdekatan dengan Simpang. Sebahagiannya telah siap dengan payung.

Arus kenderaan kedua-dua arah bergerak perlahan. Kecekapan kawalan pergerakan kenderaan oleh pasukan polis dan Unit Amal melicinkan lagi pergerakan kenderaan.

Terkini 9,00 malam dari Bukit Gantang.

BUKIT GANTANG : Pengunjung bertali arus sejak jam 8.00 malam tadi untuk mendengar amanat penting dari pemimpin tertinggi PAS .

Ceramah Pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya Bukit Gantang akan disempurnakan oleh YAB. Mursyidul Am PAS dan Dato' Presiden PAS. YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat juga akan hadir menyampaikan ceramah.

Dari keadaan aliran kehadiran malam ini , saya jangkakan kehadiran akan melebihi 10,000 orang.

Sejuta klik : Insya Allah pada hari ini.

Pada 25 Ogos 2007, pada ja 5.35 pagi setelah waktu subuh waktu China di wilayah Su Zhou China blog ini saya mulai dengan sedikit ucapan untuk kita imbau kembali.

Tanpa idea yang banyak saya menulis sebegini :-

Bermula dengan usaha yang sedikit ini doakan ianya akan memberi manfaat untuk teman-teman yang membaca blog ini di masa akan datang.

Doa dan harapan semuga usaha dakwah dan menegakkan keadilan dengan kalimah jihad yang tidak akan padam hingga hari kiamat, Islam pasti akan menang


Pada hari ini dengan izin Allah jua, blog kesayangan anda ini terus diberikan sokongan dan dokongan sebagai salah satu blog yang boleh memberi sedikit maklumat dan ilmu walaupun tidak sebaik mana.

Sejuta klik akan sampai pada hari ini sejak ia bermula dari angka kosong pada subuh dia dimulai.

Bahasa Inggeris: Kajian dasar tidak akan dipercepat, tegas Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, kajian tentang keberkesanan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Kita ikut jadual macam biasa kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu," kata beliau pada sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi.
Tambah Hishammuddin, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status PPSMI kerana hanya Jemaah Menteri yang akan membuat keputusan mengenainya.

"Ini bukan keputusan saya sebagai individu... kita kena tunggu Kabinet," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno.

Hishammuddin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang meminta supaya keputusan berhubung isu PPSMI dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar pada masa akan datang.Mstar.

Nizar : Selasa mohon perkenan Sultan.

IPOH: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.

"Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti jadi Selasa ini kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)... akan menghadap Tuanku sebaik dapat lampu hijau," kata menteri besar Perak kepada pemberita selepas merasmikan tugu berbentuk plak di bawah "pokok sena" di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan.

Gambar Majlis di Pokok Demokrasi.

Poko disiram .
Upacara menanam 5 pokon Sena(Rain Tree)

MB dan ADUN bergambar setelah tugu dirasmikan.



Upacara membuka kain penutup tanda perasmian.

ADUN Titi Serong mengepalai doa selamat.

YAB. MB sampai dilokasi.

Inilah gambar pokok Sena diambil dari jauh.

ADUN Titi Serong bergambar disisi tugu kecil.

Tulisan yang tertulis penuh makna dan nilai sejarah.

Sidang akhbar selepas perasmian.

Pokok demokrasi di namakan dengan satu tugu kecil



IPOH, 8 Mac :- Sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w juga berlaku di bawah sepohon pokok yang dikenali dengan Perjanjian Hudaibiyah sehingga selepas 2 tahun berikutnya Islam kembali gemilang dengan peristiwa Hijrah. Demikian antara ucapan YAB. Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis meletakkan Plet Tanda Pokok Demokrasi dan menanam 5 pokok baru di tempat berlangsungnya sidang pada 3 Mac yang lepas.

Harapan beliau dalam tempaoh paling lama 2 tahun pakatan Rakyat akan kembali berkuasa di Perak, sambil menerima tepukan gemuruh dari hampir 500 orang yang hadir.

Majlis ringkas tetapi bersejarah dan penuh arti itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Sdr. Lim Kit Siang, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat, ADUN Paktan Rakyat, Ahli-Ahl Parlimen Perak, pimpina Pakatan rakyat dari PAS, DAP dan PKR serta warga setempat termasukalah penghuni rumah kediaman yang tinggal di persekitaran pokok itu.

Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Pengerusi Majlis yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Selain YAB Menteri Besar, YB. Lim Kit Siang dan YB. Nga Kor Ming juga memberikan ucapannya..

Selepas itu daidakan upacara merasmikan pokok demokrasi dengan simbolik membuka kain merah yang menutup plet tanda pokok demokrasi.

Setelah itu diadakan upaca menanam 5 pokok "sena" atau nama saintifiknya "rain tree"
tidak berapa jauh dari itu.

Ucapan YAB. DS. Nizar.

Kita talkin UMNO di Bukit Gantang, saya mengajak rakan-rakan kita untuk menangkan calon PAS dengan menguburkan UMNO di sini.

Beliau juga menegaskan di dunia ini terdapat dua kerajaan haram, satu kerajaan Yahudi di Gaza dan satu lagi kerajaan rampasan kuasa di Perak.