08 March 2009

Khalil : PASTI terus berkembang maju.

PARIT BUNTAR, 7 Mac.:- Institusi pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) terus berkembang maju berkat sokongan semua pihak khususnya ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada PASTI dengan menghantar anaknya belajar. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Sukan Tahunan PASTI Kawasan Parit Buntar 2009 disini.

Sukan tahunan PASTI itu menggabungkan 8 PASTI dalam Kawasan Parlimen Parit Buntar dengan jumlah pelajar berjumlah hampir 400 orang. Kemeriahan acara tahunan itu diserikan dengan kehadiran semua ibu bapa pelajar.

Hadir sama dalam majlis itu ialah YDP PAS Kawasan, Harun Hashim dan Naib YDP, Ahmad Azhar Sharin.

Drs. Khalil juga menyatakan keyakinannya PASTI akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti seperti yang diketahui umum sebelum ini. Kataanya di negeri Selangor bukan saja orang Melayu yang menghantar anaknya ke PASTI namun ada orang Cina dan India yang berbuat demikian.

Program tanam pokok demokrasi pagi ini

IPOH : Satu majlis ringkas menanam pokok demokrasi di tapak berlangsungnya sidang tergempar pada 3 mac 2009 yang lepas akan diadakan pagi ini pada jam 10.00 pagi.

YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin bersama dengan ADUN pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat dijangka hadir.Semua yang berkelapangan dijemput hadir sama untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Kisah Teladan : Lari Dari Maut

Tok Kenali pernah bercerita mengenai kisah orang yang ingin lari dari mati. Walaupun pada hakikatnya manusia mustahil dapat lari dari mati tetapi terdapat seorang kaya yang ingin lari dari mati.

Mustahil manusia dapat menghindarkan diri dari kematian yang sedang menunggu kita sebagaimana firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. " (Ali Imraan : 185)

Lalu beliau pun mencari tukang tilik untuk melihat bagaimana untuk mengelak dari kematian yang akan ditempuhnya. Tukang tilik mengatakan kematiannya adalah sebab digigit oleh jenkingkala, dan cara untuk mengelak gigitan jengking itu adalah membina sebuah rumah dalam lautan. kata tukang tilik jengkingkala mustahil dapat sampai kerumahnya nanti.

Dengan kekayaan yang ada padanya beliau membina rumah dalam laut dengan keyakinan dapat lari dari kematian yang dimaksudkan oleh tukang tilik.

Namun malang tidak berbau, maut datang juga semasa dia sedang tidur nyenyak seekor jengkingkala yang hanyut di atas selembar daun sampai ke istananya. Lalu mengigit kakinya dan membawa kepada kematian.

BAHAYA MICROWAVE OVEN……….

Email : ZAMRI kecik's

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

Pengalaman untuk perbandingan.

Email :ZAMRI" kecik's / www.saifulislam.com

Pengalaman saya, semasa isteri bersalin di Royal Maternity Hospital Belfast di Ireland Utara.

Semasa di dalam bilik bersalin hinggalah ke wad, tidak ada pekerja lelaki. Dari kakitangan perubatan, hinggalah kepada pekerja sokongan, kesemuanya wanita, kerana hospital itu adalah hospital wanita. Hanya pakar bius yang memberikan epidural sahaja lelaki yang saya temui dari kalangan kakitangannya.

Selepas selesai bersalin, jururawat memeriksa rekod dan telah ditandakan bahawa 10 minit mesti diperuntukkan untuk kami menyelesaikan tuntutan agama. Kami ditinggalkan bertiga di dalam bilik bersalin, dan semasa itulah saya mengazankan anak dan sujud syukur kerana semuanya selamat. Semua maklumat pesakit, diteliti dengan baik.

Permintaan saya agar placenta (uri) diberikan, dilayan dengan baik, di samping nasihat yang disertakan agar saya menguruskan placenta itu dengan sebaiknya.

Kemudian, saya tidak perlu bersusah payah ke pejabat pendaftaran kerana setiap hari pegawai pejabat pendaftaran datang ke hospital untuk mendaftarkan anak-anak yang baru dilahirkan. Makanan halal juga disediakan sebaik mungkin. Wad pula tiada kelas satu, dua atau tiga. Semua rakyat beroleh layanan yang sama. Jika wang lebih, pembelian insurans membolehkan anda dirawat oleh doktor pakar secara keutamaan, namun keselesaan asas di hospital diberi sama rata.

Tegasnya, di hospital ‘Kristian’ itu, saya bertemu dengan Islam tanpa nama.

Apabila anak kedua saya dilahirkan di sebuah hospital bernama Islam, kehadiran saya sebagai suami untuk membantu isteri, tidak begitu disenangi. Wajah masam sudah terpaksa tidak diambil kira demi keselesaan hati sendiri.

Selepas bersalin, saya terpaksa meminta anak diserahkan seketika untuk diazankan, kerana sudah hampir satu jam anak saya dilahirkan. Selepas beberapa ketika, anak saya disuapkan susu formula tanpa langsung memaklumkannya kepada saya atau isteri.

Satu-satunya ‘nilai Islam’ yang saya temui, ialah doa-doa yang ditulis di Kad Manila, ditampal di dinding-dindingnya.

Jika Islam itu Rahmat bagi sekalian alam, anda mahu menebarkan nama Islam, atau inti dan nilainya?

Saya mengimpikan kedua-duanya, namun langkah pertama bermula dengan nilai dan kualiti, bukan syiar dan slogan kosong tanpa makna.

"moga dapat difikirkan.."

Pengalaman dan gambar dari seorang peserta demo GMP.



Saya mengikuti bantahan GMP. Terus terang inilah pertama kali saya mengikuti siri bantahan. Sebelum ini saya tidak mengikuti atau menghadiri mana-mana rapat umum. Pertama kali memang saya teruja dengan kehadiran orang-orang Melayu dan ada segelintir kaum lain.

Semasa saya mengikuti perarakan tersebut memang saya dapati ada kesungguhan yang betul-betul untuk membantah PPSMI. Saya agak gementar sedikit sebab saya lihat trak-trak FRU sudah mula berkeliaran. Tapi saya cuba gagah untuk menghampiri istana.

Dalam jarak lebih kurang 300 meter saya nampak bumbung istana. Serentak dengan itu juga saya nampak kepulan asap gas pemedih mata bersimpang siur di udara. Keadaan masa itu sudah menjadi panik. Tetapi syukur Alhamdulillah, sukarelawan PAS berbaju merah menenangkan keadaan. Dalam keadaan yang tertanya-tanya tiba-tiba saya nampak segerumbulan pemuda menghusung keranda. Dibelakang mereka terdapat FRU yang cuba memisahkan kumpulan mereka.

Saya perhatikan mereka tidak berganjak dan terus cuba untuk memecahkan benteng FRU. Apakan daya, nampaknya FRU menggunakan kawad tektikal untuk membuat pecahan kumpulan tersebut tetapi gagal. Kumpulan yang menggusung keranda menghampiri saya dan saya dapati mereka adalah golongan belia dan ada kemungkinan mahasiswa. Mata saya betul-betul asyik dengan tingkah laku mereka. Betapanya tidak, dalam kita mengatakan bahawa mahasiswa zaman sekarang lembik masih ada lagi mahasiswa yang betul-betul mempunyai ikltizam yang tinggi.

Dengan semangat dari generasi tua, seperti kata pakcik sebelah saya melaungkan pada kumpulan tersebut "Kamu muda lagi, kamu kedepan, kamulah yang akan memperjuangkan Melayu nanti". Perasaan saya mulai naik untuk bersama-sama berjuang dan untuk sekali lagi dari pakcik sebelah saya berkata " Kita kedepan untuk anak dan cucu kita, kita kedepan untuk orang-orang kampung. Mereka orang-orang kampong tidak tahu apa yang kita buat. dan mereka juga telah disumbat dengan dalil-dalil dari UMNO yang telah rosak". Inilah pengalaman saya yang pertama.

Saya benarkan kalau YB/Ustaz paparkan gambar tersebut di blog YB/Ustaz















































Jangan cenderung kepada kezaliman.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Hud [11:113]

Ayat diatas melarang sekali kita cenderung menyokong kepada sesuatu perbuatan yang dianggap suautu kezaliman, apa lagi dalam hal menyokong ,tambahan pula menegakkan kezaliman.

Sejak sekian lama kita menyaksikan rakyat dinegara kita yang berhimpun secara aman dalam masalah apa saja sering dizalimi.

Untuk hari ini rakyat yang menuntut supaya Sains dan matematik dikembalikan pengajarannya dari bahasa Inggeris kepada bahasa melayu telah dizalimi sedemikan rupa. Tanpa ada perikemanusia mereka di tembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air asid. Apakah dosa mereka ?

Semuga kita tidak termasuk ke dalam golongan orang yang redha dengan kerja-kerja zalim itu.

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

KUALA LUMPUR, 7 Mac: - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -Harakahdaily.

Bahasa Inggeris: PM mahu keputusan dibuat segera elak masalah besar

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Metematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan isu yang lebih besar tercetus.

Abdullah mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut.

GMP menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi manakala beribu-ribu penyokongnya merempuh sekatan polis berhampiran Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara tetapi berjaya disuraikan dengan kasar oleh pasukan polis dengan tembakan gas pemedih mata.

Polis tahan lapan peserta perarakan GMP.

KUALA LUMPUR: Seramai lapan lelaki ditahan manakala 119 lagi diperiksa kerana terbabit dalam perarakan GMP dari Masjid Negara ke Istana Negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mereka adalah antara puluhan ribu peserta perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Polis melepaskan gas pemedih mata dan pencutan air asid bagi menyuraikan mereka terbabit.

Mursyidul AM PAS dan Presiden PAS lancarkan gerak kerja Pilihanraya Bukit Gantang,esok

Pelancaran gerakkerja Pilihanraya P.059 Bukit Gantang akan dilancarkan oleh YAB.Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS dan YB. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada 8 Mac 2009 jam 9.00 malam di Simpang, Taiping. Turut berucap pada malam itu ialah YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin.

Program ini dijangka akan menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Mereka akan mendengar ucapan dan amanat penting dari pucuk pimpinan parti tertinggi selain mendengar ulasan dan kupasan isu-isu semasa di Perak itu sendiri.

Pada sebelah petangnya YAB Mursyidul AM akan melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihanraya Kelantan di Kuala Sepetang. Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi.

Dengan pelancaran ini, akan bermulalah gerakkerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat dari seluruh negara. Pilihanraya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran pengaruh yang sebenar kepada PR dan BN.
http://misabah.blogspot.com

Gas pemedih mata dan pancutan air asid warnai demo GMP.














Koleksi : http://haninasution.blogspot.com dan Mstar.

Derhaka bermula dari rumah Umno

Mohd Fadli Ghani

TINDAKAN biadap Umno/BN menculik dan membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bertukar menjadi pertembungan antara rakyat dan istana. Puncanya hanya satu ? media yang mengapi-apikan kononnya Menteri Besar PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membuat sembah derhaka kepada Sultan Perak.

Apakah benar Nizar menderhakai sultan saya tidak pasti, tetapi yang pasti media pro BN menggembar-gemburkan hal ini sehingga imej Sultan Perak tercalar teruk di hati rakyat kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mempertegaskan mereka tidak berniat derhaka, bahkan amat setia kepada raja.

Soal derhaka atau setia bukanlah hak saya untuk menentukannya. Biarlah sultan sendiri membuat perhitungan. Apa yang saya ingin lontarkan adalah derhaka bukanlah budaya dalam masyarakat Melayu di negara ini. Tetapi sejarah negara telah mencatatkan bahawa budaya menderhaka ini bermula di Rumah Umno dan merekalah yang membuatkan Raja-raja Melayu kehilangan wibawa sehingga rakyat bisa mentertawakan raja.

Bahkan, ketika Umno belum wujud, bakal presidennya yang pertama sudah dibuang negeri kerana derhaka kepada Sultan Johor. Dan pada Disember 1992, Umno jugalah yang membuat usul derhaka di Dewan Rakyat kerana marahkan Sultan Johor juga.

Raja zalim disanggah

Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul. Islam jugalah yang mewajibkan ketaatan kepada ulil amri (pemimpin) tetapi dengan batasan yang tidak melangkaui ketaatan kepada Allah dan Rasul. Sebarang perselisihan padangan, tidak ada pendekatan lain, melainkan kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah). Inilah prinsip ketaatan dan kederhakaan dalam pemikiran Islam.

Walaupun orang-orang Melayu merasakan bahawa Raja tidak wajar diderhakai, sebenarnya budaya ketaatan Melayu sendiri bermula dengan 'wadat' antara Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana sebagai Raja dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat. Mitos Bukit Seguntang ini bermula dengan permintaan Demang Lebar Daun supaya Sri Tri Buana menerima anak cucunya (rakyat) sebagai hamba yang tidak akan dizalimi walaupun berlaku kesalahan, kecuali yang melanggar hukum syarak. Lalu Sri Tri Buana mengkabul permintaan rakyat dengan syarat semua jangan derhaka kepada keturunannya yang menjadi Raja.

"Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu yang mengubah dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah," demikian kedua-duanya bersetuju untuk berwadat itu.

Maknanya, ketaatan akan berakhir sekiranya istana tidak lagi mendukung prinsip keadilan kepada rakyat. Inilah garis antara hak dan tanggung jawab Raja dan rakyat yang berakhir dengan "dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, kaki tiang ke atas" dengan maksud memporak-perandakan negeri jika wadat ini dilanggari.

Sejarah Melayu telah merakamkan bahawa anak cucu Sri Tri Buana ini temasuklah Sultan Melaka. Kemudian berkembang membentuk Kesultanan Johor dan Perak pada abad ke-16. Kesultanan Perak dari keturunan Sultan Muzaffar Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka masih bertahan sehingga hari ini.

Adapun keturunan Sultan Mahmud Shah yang berkerajaan di Johor telah berakhir dalam peristiwa ?mangkat dijulang? yang terkenal itu. Mengapakah Sultan Mahmud Johor itu mangkat dijulang sehingga berakhirnya sebuah kesultanan pada 1699. Adil atau zalimkah baginda terhadap rakyat? Lalu 'terpaksalah' rakyat menderhakainya!

Salah sebuah kesultanan yang mempunyai hubungan dengan Melaka di bawah jurai keturunan Bendahara ialah Terengganu. Ketika negeri-negeri Melayu sedang dijajah pada awal abad ke-20, Sultan Zainal Abidin III dan para ulama telah menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang terkenal nama 'Itqanul Muluk bi Takdis Suluk' yang menetapkan Sultan Terengganu tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asing, jika demikian berlaku maka tidak wajib lagi rakyat taatkan rajanya.

Bukankah selepas British melantik penasihatnya di Terengganu pada 1919, berlaku pemberontakan besar pada 1924 hingga 1928 di Terengganu. Derhakakah rakyat atau zalimkah raja?

Pemimpin Umno mulakan sembah derhaka?

Politik Melayu moden selepas abad ke-20 telah memperlihatkan beberapa siri penderhakaan terhadap sultan. Di kalangan ahli politik, yang memulakannya ialah Dato? Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein), yang kemudiannya menjadi Presiden Umno. Derhaka pertama berlaku pada 1920 apabila Dato? Onn mengkritik Sultan Johor secara terbuka di mana sahaja. Beliau marahkan sultan kerana baginda melelong harta bapanya, Dato? Jaafar setelah Menteri Besar Johor itu gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.

Sultan Ibrahim sangat murka kepada Dato? Onn. Penderhakaan ini berterusan sehingga Dato? Onn dipecat jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada 1927.

Bukan Dato? Onn sahaja yang menderhaka, abangnya, Dato? Abdullah Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor turut menderhaka apabila menghina dan memburukkan nama Sultan Ibrahim di luar negeri pada 1927.

Seorang lagi kakak Dato? Onn, Che Dara Jaafar yang menjadi isteri Sultan Ibrahim turut menerima nasib malang akibat penderhakaan ini. Dato? Abdullah telah dipecat sebagai menteri besar dan dilucutkan gelarannya lalu di buang negeri bersama Che Dara oleh Sultan Johor.

Keluarga Dato? Onn terbuang kerana derhakakan sultan, akhirnya Dato? Onn menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura, sebuah akhbar yan begitu lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Selepas kembali ke Johor pada 1936, Dato? Onn mendapat semula kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau dilantik memangku tugas Menteri Besar Johor pada Oktober 1946, iaitu beberapa ketika selepas Umno ditubuhkan. Dato? Onn ketika itu adalah Presiden Umno yang pertama.

Setelah jawatannya sebagai Menteri Besar Johor disahkan pada September 1947, Dato? Onn telah mencadangkan supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan Umno ini kerana ia meletakkan seorang Melayu di atas daripada kedudukan Raja-raja Melayu Sendiri.

Raja-raja Melayu mengesyaki jawatan itu hendak diberikan kepada Dato? Onn dan ia dianggap satu penderhakaan Umno dan Dato? Onn terhadap Raja-raja Melayu. Sultan Kedah, Sultan Badlishah adalah antara yang paling lantang menentang tindakan derhaka Dato? Onn.

Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Dato? Onn sekali lagi melakukan derhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato? Onn menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai ?kacang lupakan kulit? dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato? Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.

Inilah pengalaman derhaka terawal dalam sejarah politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Umno melantik seorang yang mempunyai rekod derhaka sebagai Presidennya telah membentuk sikap derhaka yang berterusan Umno terhadap Raja-raja Melayu.

Dato? Onn semenjak mudanya mempunyai sikap menderhakai rajanya, kemudian dengan kekuatan sokongan ahli-ahli Umno pada 1948, beliau secara terbuka mencabar kuasa Raja-raja Melayu, dan menggunakan platform Umno untuk menghina dan menderhakai Raja-raja Melayu, termasuk membuat ugutan untuk mengajak ahli-ahli Umno menamatkan sahaja sistem beraja di negara ini! Bukankah derhaka ini bermula dari Rumah Umno? Harakahdaily.

Jagalah kata-kata mu.

“Wahai orang-orang beriman, takutlah kalian kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar” (QS. al-Ahzab: 70).

Banyak sekali kata-kata manis diucapkan di mana-mana, Ada berjuta janji dipampang dalam bentuk iklan dan slogan , sehingga tidak semua sempat di baca . Namun, perlu difahami, akan timbul rasa jemu yang muncul pada manusia bila terlalu banyak berhadapan dengan kata-kata dan janji manis. Rasulullah SAW juga menganjurkan kita untuk sentiasa berhati bila kata-kata, sebab tidak sedikit di antara kata-kata itu terkandung dosa dan mengundang bahaya.

Kerana dosa dan bahaya itulah, Rasulullah SAW mengajak kita untuk memelihara mulut, dengan selalu memilih dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang benar dan bermanfaat.

Sabda Rasul SAW, “Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya(tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah” (HR Tirmidzi).

Dalam hadits yang lain, Rasulullah bersabda, “Yang paling banyak membuat manusia masuk ke neraka adalah karena dua lubang, yaitu mulut dan kemaluan” (HR Tirmidzi).

Untuk menghindari dosa dan bahaya, lebih baik diam saja kalau apa yang diucapkan tidak bermanfaat bagi diri sendiri atau orang lain, kata Rasulullah SAW (HR. Bukhari dan Muslim). Tentunya, diam yang beginilah yang paling berarti.

Sedangkan diamnya seseorang terhadap kemungkaran yang terjadi di sekitarnya sama dengan ikut membiarkan kemungkaran itu terjadi. Sangat malang jika orang yang diam ketika kemungkaran terjadi di sekelilingnya.

TERKINI 3.42 : Presiden PAS arah semua bersurai.

Presiden PAS,Tuan Guru Dato'Seri Hj.Abdul Hadi Awang mengumumkan kepada yang hadir supaya bersurai sebentar tadi.

Polis tembak gas kepada penentang PPSMI

Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis.

Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.

Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut, orang ramai berpakaian putih - sebagai lambang membantah PPSMI - bertempiaran lari. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.

Walaupun mereka bersurai seketika cuba mengelak asap gas pemedih mata, sebahagian terus berdegil cuba berarak ke istana.

Manakala polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra.

Sebahagian peserta demonstrasi cuba bergerak kembali ke Masjid Negara.

Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

Polis menutup Lebuhraya Mahameru - dari arah Sungai Besi - bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut.

Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.

Kawasan tersebut, yang dijadikan daya tarikan pelancong, kini dikawal ketat oleh polis.

TERKINI 3.34 PM.

3.34 pm
Laporan dari harakah

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

3.32 pm
Terkini !!! menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

3.29 pm
Pihak FRU memberi amaran melalui pembesar suara melarang orang ramai masuk ke kawasan masjid dan di arah meninggalkan masjid.

laporan dari tukar tiub -
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

3.28 pm
Blogger Mat Comot yang berada di dalam masjid telah terkena gas pemedih mata. Ramai yang menjerit jerit ke arah Polis dan FRU yang berada di luar pagar. Dalam masjid pun tak selamat lagi.

3.23 pm
Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan.

3.19 pm : Polis tembak gas pemedih mata dalam Masjid Negara.



Sekarang polis tembak gas pemedih mata dalam masjid negara.Semua berkumpul dalam masjid negara.

Sekarang suasana huru hara .....Pedih mata.... Budak kecil yang berteduh dalam masjid pun terkena semburan gas pemedih mata. Pemuda Besut.

TERKINI 3.21 PM.

3.21 pm
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. - tukar tiub

3.19 pm
DI laporkan satu tembakan pemedih mata masuk ke kawasan masjid. Laporan terperinci sedang di nanti.

3.17 pm
Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.
Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. - laporan harakah .

Terkini 3.09.

3.09 pm
laporan dari tukartiub

Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.

3.06 pm
Seorang wanita jatuh pengsan. sementara pakcik yang pengsan tadi adalah dari pahang. Masih mendapatkan rawatan dari unit amal.

3.05 pm
Mat comot sedang meriba seorang tua yang pengsan akibat gas pemedih mata, Sementara wakil blogger perak sedang berpatah balik. Terdapat sekatan di roundabout public bank.

Terkini sehingga 2.59 pm.

2.59 pm
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.
- laporan dari tukartiub

2.56 pm
Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.
Rombongan mendapat arahan dari TG Haji Hadi untuk berundur ke Masjid Negara.
Kumpulan kini di anggarkan kesemuanya mencecah 150,000 orang - laporan dari Harakah
Tuan Haji Mahfuz pun ada di lokasi2.59 pm
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.
- laporan dari tukartiub

2.56 pm
Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.
Rombongan mendapat arahan dari TG Haji Hadi untuk berundur ke Masjid Negara.
Kumpulan kini di anggarkan kesemuanya mencecah 150,000 orang - laporan dari Harakah
Tuan Haji Mahfuz pun ada di lokasi

2.52 pm
Ledakan gas pemedih mata berdentum dentam. FRU menyerang di celah celah bangunan. Rakyat sedang berhadapan dengan FRU. Semua masih berusaha untruk ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Raja mereka.
Halangan terus berlaku. Unit amal sedang membantu untuk meneruskan rombongan.

2.52 pm
Ledakan gas pemedih mata berdentum dentam. FRU menyerang di celah celah bangunan. Rakyat sedang berhadapan dengan FRU. Semua masih berusaha untruk ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Raja mereka.
Halangan terus berlaku. Unit amal sedang membantu untuk meneruskan rombongan.

2.59 pm
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

Terkini sehingga 2.42 pm.

2.42 pm
Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini. - laporan malaysiakini.

2.40 pm
laporan dari tukar tiub -
PARA DEMONSTRAN YANG DI GANGU OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA KINI
TELAH BERJAYA BERKUMPUL KEMBALI.

PARA DEMONSTRAN BERTEKAD UNTUK SAMPAI KE MASJID NEGARA

2.38 pm
Di laporkan ada blogger yang kena gas pemedih mata dan ramai antara mereka terpaksa berpatah balik. Sebahagian sudah melepasi dan tidak dapat di ketahui siapa yang berjaya melepaskan diri dari sekatan. Laporan sedang di nanti.

2.36 pm
Mat comot melaporkan GAS PEMEDIH MATA sudah di lepaskan di sekitar kampong atap untuk menghalang rombongan. Orang ramai bertempiaran dan berpecah. Keadaan menjadi kecoh. Wak suruh mat comot pergi ke depan, tapi dia kata dah lupa bawak topeng muka.

2.33 pm
Rombongan dari SOGO sudah bersatu dengan rombongan dari Daya bumi. Di anggarkan 5,000orang mengikut laporan dari harakahdaily.

Sementara itu rombongan sudah melepasi kampong atas dan tidak lama lagi akan sampai ke istana negara. anggaran masa lagi 3 ke 5 minit.

Trak FRU sedang bergerak untuk membuat sekatan menghala ke istana.

2.30 pm
Blogger mat comot melaporkan keadaan berjalan dengan baik. mengikut pengiraan dia, jumlah rombongan di anggarkan sekitara 20,000 ke 30,000. Panjang !!! dan melalui tepian jalan.

Hanya kelihatan 1 helikopter di ruang atas dan berita sedang di nantikan dari rombongan dari sogo.

2.25 pm
pada jam 2.20 pm tadi, Dianggarkan lebih 1,000 orang sedang berarak daripada Pasar Seni ke arah dataran Merdeka dengan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik.

2.24 pm
Blogger perak berada di sana dan sedang mengambil gambar dan video untuk di download kemudian.

2.22 pm
Selain dari pemimpin anti PPSMI, dilaporkan oleh tukartiub bahawa Chegubard kelihatan berada di depan.

Sepanjang jalan riuh rendah dengan bunyi hon dari kenderaan termasuk bas dan lori.

Sedang menanti berita dari SOGO.

2.21 pm
Sepanjang perjalanan, banyak kenderaan yang membunyi kan honk tanda sokongan. Cuaca masih lagi hujan rintik rintik dan mereka sedang menuju ke istana.... laporan dari blogger topeng perak.

2.16 pm
Sejumlah hampir 13,000 orang sedang bergerak dari Masjid Negara dan menuju ke Istana.
Kumpulan yang sedang menanti di Sogo juga turut bergerak ke arah yang sama.

Helikopter berpecah kepada 2, satu di atas rombongan istana dan sebuah lagi mungkin menuju ke Sogo.

2.13 pm
Perbincangan dengan pihak polis untuk ke istana negara beramai ramai gagal !!!
FRU menghalang orang ramai meninggalkan kawasan Masjid.

Rempuhan di buat dan pihak FRU tidak dapat mengawal keadaan dan sekarang rombongan sudah bergerak ke Istana Negara.

1 anggota UNIT AMAL telah di pukul oleh anggota FRU dan beberapa orang lagi di tahan.

2.10 pm
Jumlah FRU teramat kurang berbanding mana mana perhimpunan yang di lakukan sebelum ini.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

2.01 pm
laporan dari tukar tiub pada jam 1.39
AINON MUHAMAD BARU MENALIPON:
Tok Batin dan isterinya dari Pos Dipang Tapah Perak telah sampai ke Masjid Negara.
Tok Batin ini datang dengan kereta maka beliau tidak di tahan.

sebelum itu pada pada jam 1.35 tgh tadi,
Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.
http://notoumno.blogspot.com

Terkini ! Demo GMP - 2.07 pm

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai ...
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun ... bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.48 pm
Keadaan cuaca yang tidak berapa cantik ni sedikit mengganggu
talian broadband. Internet sering terputus putus.


1.45 pm
Di beritahu sekatan jalanraya oleh Pihak polis di sepanjang jalan menuju ke Kuala lumpur masih di teruskan.

1.42 pm
Rombongan seramai 100 atau lebih dari Central Market sedang menuju ke Masjid Negara.
Di sepanjang perjalanan, pertambahan dalam setiap langkah. rombongan menjadi semakin ramai.
Hujan turun setitik setitik .. bukan renyai dan tidak lebat.
Helikopter berlegar di atas

1.25 pm
Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.. - harakah

1.15 pm
Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis.
Laporan dari Pahangdaily Online

Gambar terkini himpunan GMP.










http://pemudabesut.blogspot.com/

6000 penyokong himpunan bantah dasar bahasa Inggeris rempuh polis

Kira-kira 6,000 penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), di ibu negara petang ini merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara.

Kira-kira pukul 2.20 petang tadi mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.

Kira-kira 2.30 petang. sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Istana-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang hanya membenarkan tujuh orang wakil perhimpunan itu bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.

Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.
mstar

Susulan sidang bawah pokok, Nizar mohon menghadap Sultan Perak

YAB. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon perkenan untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tergempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Nga Kor Ming, dokumen berkaitan ketiga-tiga resolusi berkenaan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Sultan Perak.

Kata beliau, pihaknya juga telah mengemukakan notis bagi tujuan tersebut.

Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik ,Mohd Misbahul Munir Masduki mengantikan Setiusaha Dewan yang digantung tugas,Abdullah Antong Sabri dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di persimpangan jalan itu dipagari oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat manakala lebih 500 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.Mstar.

RAYUAN DERMA MANGSA RIBUT

CATATAN WM 7/3/09 : Untuk kelmarin 6 Mac sebanyak RM 810 sumbangan telah diterima dari pelbagai pihak. Terima kasih .

Dalam kejadian ribut beberapa hari lepas yang saya siarkan sebagaimana dengan lawatan yang dilakukan dalam blog ini. sebanyak 25 rumah dalam DUN Titi Serong yang mengalami kerosakan yang memerlukan bantuan segera.Bersama ini disiarkan gambar keadaan 4 dari rumah yang mengalami kerosakan teruk.

Rumah seorang OKU yang ranap menyembah bumi, bantuan segera diperlukan.

Pihak kami telah mengeluarkan bantuan segera berupa sedikit sumbangan kewangan dan bantuan barang keperluan seharian untuk meringankan bebanan mangsa.Itulah kemampuan kami setakat ini.

Namun jauh dari itu kami masih menyedari ianya jauh dari mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang dialami mangsa walaupun bukan untuk 100%.

Oleh itu atas nama Pusat Khidmat ADUN Titi Serong kami memohon bantuan dari semua pihak, apalah sudi kiranya disalurkan derma kepada magsa tersebut. Insya Allah segala sumbangan dari semua penderama yang budiman akan kami salurkan kepada semua mangsa dengan seamanah dan sebaik mungkin.

Derma tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut :-

1. Bank Islam- Pusat Khidmat ADUN Titi Serong- No.Akaun : 08022010043634
2. Maybank - Khalil Idham Lim/Norainah - No.Akaun : 158417019430


Bantulah mereka yang memerlukan.


Semua bumbung diterbangkan angin.


Simpati anda meringankan bebanan mereka.

Halang sidang DUN artinya suruh diadakan pilihanraya ?

Selasa 3 Mac yang lalu, Zambry Abdul Kadir memperoleh perintah Mahkamah Tinggi bagi menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada memanggil sebarang persidangan dewan itu lagi.

Dengan keputusan ini berarti memberi laluan kepada satu Pilihan raya tanpa kita sedar. Melarang diadakan sidang arti menyuruh diadakan pilihanraya.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim setengah jam lalu selepas mendengar permohonan baru yang dikemukakan oleh pasukan peguam Zambry dan enam Exco yang lain pagi tadi.

Keputusan diumumkan kira-kira 4.45 petang. Lucunya pada sebelah paginya Sidang DUN yang ditelah dipanggil oleh Speaker telah berjalan dengan lancar dan meluluskan 3 usul walaupun dibawah sebatang pokok dan tanpa meja dan kerusi, ianya tetap sah mengikut majoriti banyak pihak.