06 March 2009

ADUN hulur bantuan kepada 30 pelajar dan 2 Persatuan Cina

TITI SERONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dengan ditemani Isteri telah menyampaikan bantuan keperluan alatan sekolah kepada 30 orang pelajar miskin dan sumbangan kepada 2 persatuan Cina dalam DUN Titi Serong.


Drs. Khalil ditemani Isteri menyampaikan sumbangan keperluan sekolah.

Bantuan tersebut telah disampaikan pada 27 Februari yang lepas di Pusat Tarbiyah Titi Serong. Hadir sama ialah wakil dari Ahli Parlimen Parit Buntar,En. hairul Nizam Ishak.



Semasa menyampaikan ucapan aluan, Drs. Khalil menyatakan keyakinan untuk merampas kembali hak Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan yang sah di Negeri Perak setelah dirampas oleh BN.



Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana rampasan kuasa itu telah menyebabkan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak hampir lumpuh. Selain itu beliau mempersoalkan kenapakah kerajaan rampasan kuasa masih tidak meyatakan sikap kepada Bajet 2009 yang banyak mengandungi unsur kebajikan kepada rakyat, adakah akan diteruskan atau ditolak.

Drs. Khalil menyatakan pada tahun 2008 kita telah sampaikan dermaisiswa sebanyak RM 4 juta kepada 4000 orang pelajar yang masuk IPTA.Dan pada tahun ini kita peruntukkan RM 6 Juta untuk 6000 orang pelajar.

Lagi gambar banjir di KL.

Saudara Zamri Kecik's telah mengirim 7 keping gambar suasana banjir di Kuala Lumpur pada 3Mac yang lepas. Saya terbitkan untuk menjadi tontonan pengunjung blog ini.














Hadits : Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat

Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.

ulama mengariskan mengenai apa yang dinamakan amal soleh. Paling kurang ianya mesti mencakupi dua perkara :

1. Setiap amalan itu tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah (Islam).

2. Mestilah dengan niat semata-mata kerana Allah SWT.

Setiap amalan yang bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah walaupun niatnya betul maka amalannya tertolak. Begitu juga amalan yang tidak bercanggah dengan Islam tetapi niatnya tidak betul juga adalah sia-sia disisi Allah SWT. Paling malang amalan yang bercanggah dengan Islam dan niatnya juga bukan kerana Allah.

Tazkirah Jumaat : Petunjuk


ذَلِكَ لِيَعْلَمَ أَنِّي لَمْ أَخُنْهُ بِالْغَيْبِ وَأَنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي كَيْدَ الْخَائِنِينَ

(Yusuf berkata): "Yang demikian itu agar dia (Al Aziz) mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahwasanya Allah tidak meridhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.(Yusuf : 52)



أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَآجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رِبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِـي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِـي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ


Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan." Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Baqarah: 258).

Setiap hari kita selalu memohon agar diberikan petunjuk oleh Allah SWT , namun tidak sedikit yang gagal mendapatkannya. Melalui sholat wajib lima kali sehari semalam, contohnya, kita mengucapkan banyak doa memohon petunjuk yang ada dalam surah Al Fatihah.Pada bagian akhir dari Surah Al Fatihah, kita mengucapkan, Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang benar. Iaitu, jalan yang pernah ditempuh oleh orang orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan orang orang yang Engkau murkai, juga bukan jalan orang orang sesat.”

Sekurang kurangnya, ada 17 kali setiap kita berdoa demikian, terutama dalam rakaat sembahyang fardhu. Belum lagi kalau dikira dalam rakaat rakaat sembahyang sunnat. Namun berapa banyakkah dari kita yang berhasil mendapatkan petunjukNya? Ukurannya ada pada firman Allah:


مَن يَهْدِ اللّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ



Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi. (Al Araf: 178).

Memang Allah berjanji tidak akan memberi petunjuk kepada orang orang berlaku khianat, berbuat aniaya, atau kafir.

Ingatlah bagi sebahagian kita yang belum mendapat petunjuk, penting sekali memahami diri kalau kalau selama ini telah berbuat aniaya, khianat, atau melakukan perbuatan kafir. Bersegeralah kembali kepada jalan yang benar sebelum terlambat.

FORUM INTELEKTUAL BERSATU PERAK

BERSATU PERAK dengan kerjasama Common Ground (ngo),akan menganjurkan Forum Politik Kini:Kupasan Intelektual Krisis dan Masa Depan Politik Perak dan Malaysia,Objektif forum ini ialah untuk memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan Perlembagaan Malaysia serta perbahasan ilmiah Krisis Politik Perak dan Malaysia punca dan jalan penyelesaiannya,

Menurut Presiden Bersatu Perak Saudara Mohd Hafez Sabri,Pihak Bersatu Perak menjemput semua Badan Gerakan Mahasiswa Malaysia samada peringkat Nasional,Negeri dan Kampus untuk menghadidri forum tersebut,sekaligus menunjukkan semangat dan kebersamaan kita dalam membawa agenda perubahan

Bagi Generasi Kita bakal membarisi kepimpinan Negara tidak lama lagi

Semoga dengan adanya Forum ini,sedikit sebanyak akan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia,berkaitan suasana politik Negara kita sekaligus membuka minda rakyat kearah agenda perubahan Negara Malaysia.



FORUM POLITIK KINI;KUPASAN INTELEKTUAL KRISIS DAN MASA DEPAN POLITIK PERAK DAN MALAYSIA

Moderator: Saudara Mohd Hafez Sabri (Persiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Malaysia) BERSATU PERAK

Panel 1: Prof Dr Aziz Bari (Pensyarah Undang-undang Universti Islam Antarabangsa)

Panel 2: Yb Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Sri setia,meangkap Setiusaha Politik MB Selangor)

Panel 3: Saudara Ibrahim (Unit Penyelidikan Merdeka Centre)

Tarikh: 6 /3 /2009 Jumaat ini

Masa: 8.00 Malam

Tempat: Bilik Andalas Tingkat 15,Menara PKNS Petaling Jaya(Berhampiran Hotel Hilton,Menghadap CIMB Bank)

Anjuran: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak dengan Kerjasama Common Ground

Sebarang Pertanyaan: 0133190807 (Unit Perhubungan Mahasiswa Bersatu Perak

Wujudkan kerajaan Perak yang stabil melalui dewan

KUALA LUMPUR, 5 Mac : - Krisis politik paling buruk di Perak memerlukan penyelesaian yang berpandukan kepada demokrasi dan kehendak rakyat. Dengan itu pertikaian dan perbahasan teknikal mengenai perlembagaan dan undang-undang tidak harus diperpanjang. Kita juga tidak memerlukan mahkamah untuk masuk campur.

Demikian ditegaskan oleh Dato Param Coomaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam yang juga pernah menjadi Jurulapor Sekretariat Kebebasan Kehakiman Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Krisis yang berlaku di Perak sekarang tidak akan berlaku sekiranya DYMM Sultan Perak berkenan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu," ujarnya.

Dengan itu beliau merayu supaya sultan bertindak membubarkan dewan bagi memberikan rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan.

Param menegaskan kemelut di negeri itu tidak harus dibiarkan melarat menjadi padang jarak padang tekukur yang tidak berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang.

"Ketika ini Perak tidak mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan diterima," keluhnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Dato Ambiga Sreenivasan turut menyeru supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar rakyat dapat membuat pilihan. Tambahnya ada hal-hal tertentu yang tidak jelas di sisi undang-undang, termasuk Peraturan Dewan dan ia seharusnya diselesaikan dengan memberikan ruang untuk speaker membuat keputusan.

Ambiga turut menyatakan rasa tidak senang kepada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu lalu yang tidak membenarkan Speaker S. Sivakumar menggunakan peguam yang dilantik, Tommy Thomas dan mengarahkannya menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri yang telah pun mewakili Dato Dr Zambry Kadir.

Dalam pada itu Prof. Dr Abdul Aziz Bari juga menyuarakan sentiman yang sama. Katanya kemelut yang berlarutan sejak hujung Januari itu tidak akan melarat sehingga membabitkan Dun dan mahkamah sekiranya sultan berkenan membubarkan dewan sebagaimana yang dipohon oleh Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Profesor undang-undang perlembagaan dari UIAM itu juga setuju dengan Param mengenai perlunya media berhenti melayan perbahasan teknikal undang-undang.

"Buat masa ini dengan tiba-tiba begitu ramai pakar muncul dan memberikan pelbagai tafsiran teknikal sehingga lupa masalah pokok yang asal, khususnya pemisahan kuasa, hak rakyat dan keadaan kritikal yang dihadapi sekarang," ujarnya.

Aziz berkata isu penting yang perlu ditangani sekarang ialah perlunya sebuah kerajaan yang stabil diwujudkan melalui dewan. Dalam rangka itu, jelasnya, peraturan tetap tidak harus dibaca begitu rigid sehingga menyebabkan usul undi percaya diketepikan.

Pendekatan yang rigid dan mengenepikan maksud asal perlembagaan itu juga meletakkan perkenan sultan sebagai syarat sedangkan ketika ini ia sedang digunakan untuk menghalang dewan bersidang.

Aziz juga bersetuju dengan Param tentang doktrin pengasingan kuasa.

"Mahkamah jelas tidak mengambil kira prinsip ini apabila ia mengeluarkan perintah terhadap dewan Rabu lalu. Ia jelas tidak memahami kedudukan dan autonomi dewan dalam kerangka perlembagaan," katanya.Harakahdaily.

MB Kudeta tidak hadir mesyuarat PAC.

IPOH: Menteri Besar Perak Kudeta ,Dr Zambry Abdul Kadir tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Darul Ridzuan di sini pada pukul 4 petang tadi.

Sebaliknya, hanya YAB. Menteri Besar pakatan Rakyat,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Dr Zambry dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media pada pukul 5.10 petang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak hadir kerana mesyuarat tersebut merupakan satu pelanggaran 'prinsip keadilan' disebabkan Pengerusi PAC Wong Kah Woh adalah juga pengadu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang telah bersidang pada 18 Feb lepas.

"Ini akan menimbulkan isu prejudis dan tidak adil terhadap Pengerusi PAC. Saya juga memohon untuk merujuk kepada kuasa untuk menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Kirakira Wang Negeri Perak berdasarkan Amalan Parlimen Erskine May Edisi Ke-23," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Katanya amalan Parlimen Erskine May tersebut menyatakan 'jawatankuasa kirakira wang tidak mempunyai kuasa untuk bersidang apabila dewan ditangguhkan walaupun ia mempunyai kuasa untuk bersidang di tempat lain.

Erskine May merupakan pihak berkuasa tatacara yang menyediakan deskripsi lengkap berhubung undang-undang, amalan dan keutamaan dalam Dewan Rakyat British di Westminster.

Edisi asalnya disediakan oleh kerani Dewan British Sir Thomas Erskine May pada 1844.Mstar.
.

Akhbar : Najib jumpa Altantuya di kelab.

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.


Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
http://www.malaysiakini.com/news/99621

Polis akan siasat 28 Adun Pakatan Rakyat.

Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V. Sivakumar, berhubung satu perhimpunan sebelum persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN.

Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan DUN, mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.

Mereka berbuat demikian apabila gagal memasuki bangunan rasmi DUN setelah dihalang oleh polis.

Adun DAP Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong semalam dipanggil ke balai polis Ipoh selama dua jam untuk siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

Beliau, yang juga exco kerajaan Perak bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, hadir bersama lima peguam.

Polis juga mencari enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama bangunan pentadbiran Perak, Selasa lalu, sewaktu wakil-wakil rakyat itu cuba memasuki DUN.

Enam orang ini dipercayai kehendaki berhubung dakwaan maki-hamun polis sewaktu pihak berwajib itu cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.

Polis setakat ini membuka 31 kes siasatan sejak krisis politik di negeri itu awal bulan lalu, melibatkan 12 kes perhimpunan haram, dua (Akta Hasutan), tiga (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak) dan 14 (Kanun Keseksaan).

Semua siasatan kes ini sekarang di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pendakwaraya dalam waktu terdekat, kata Zulkifli. Mstar.

Pakatan Rakyat akan cabar perintah mahkamah - Nga

KUALA LUMPUR: Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh bagi mencegah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar daripada mengadakan persidangan akan dicabar, kata ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Beliau akan mengemukakan injuksi di Mahkamah Rayuan.

Jelasnya di bawah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan, kesahihan sebarang prosiding dalam perhimpunan yang legislatif tidak boleh dipersoal dalam sebarang mahkamah.

"Saya terkejut apabila badan kehakiman itu menyerahkan prosiding yang legislatif.

"Ia seperti mengolok-olokkan undang-undang," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Nga berkata tiga usul yang diluluskan dalam sidang tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok Selasa lalu telah diputuskan sebelum keputusan mahkamah.

Speaker adalah penjawat awam ?

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, hanya boleh diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri kerana beliau adalah seorang penjawat awam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim, memutuskan demikian berhubung permohonan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi ketiga-tiga DUN itu tidak kosong kerana mereka masih Adun yang sah serta berhak menghadiri sebarang sidang dewan.

Kedudukan Speaker sebenarnya adalah bukannya seorang penjawat awam. Dalam satu sidang akhbar peguam yang mewakili Speaker di Ipoh malam tadi, mereka menjelaskan bahawa speaker adalah bukan penjawat awam.

Tindakan hakim yang memihak kepada Penasihat undang-undang sebagai peguam yang mewakili Speaker dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada keputusan penghakiman kerana Penasihat undang-undang itu juga yang sedang mempertahankan kerajaan haram di Perak.

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 5 Mac :- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul. Harakahdaily.

NTV7 Polls : 93 % kata sidang tidak malukan negara.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, jika Speaker berkeras untuk mengadakan sidang DUN selepas dihalang memasuki bangunan yang menempatkan DUN semalam, mereka boleh mencari tempat lain termasuk dewan atau bangunan lain.

"Tindakan melakukannya di tempat terbuka seperti di bawah pokok semalam hanyalah usaha untuk meraih simpati. Kalau tidak boleh masuk dewan, mereka boleh cari tempat lain," katanya..

Rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS dalam NTV7 Polls membuktikan 93% menyatakan Sidang Tergempar semalam TIDAK langsung memalukan negara.

Selain Zambry, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar juga beranggapan sedemikian.

Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, pergolakan politik yang berterusan ini akan memberi kesan yang buruk kepada negeri termasuk urusan pentadbiran dan rakyat.

"Kalau keadaan seperti ini berterusan, banyak yang akan terganggu dan mangsanya adalah rakyat.

"Permohonan tanah atau kontrak tidak dapat diluluskan kerana itu semua memerlukan kelulusan Exco dan semua itu membantutkan urusan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Katanya lagi jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut di Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri.

Istana setuju terima memo anti-PPSMI

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.

Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.

GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.

Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir.

Menjelang perhimpunan besar itu, GMP akan menghabiskan empat programnya di seluruh negara sebelum ceramah akhir di Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini.

Malam ini, satu forum isu PPSMI akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Selain Dr Hassan, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen BN Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut membahaskan isu ini.

Ditanya tindakan lanjut GMP jika kerajaan tetap enggan melayan tuntutan mereka, Dr Hassan berkata gabungan itu akan terus memperjuangkan pemansuhan dasar kontroversi itu sehingga berjaya.

"Tidak ada tempoh tamat. Kita akan terus berjuang sehingga kembali kepada dasar asal (sebelum diperkenalkan PPSMI pada 2003)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha GMP Hasni Abas berkata 1,000 anggota Unit Amal PAS dikerahkan bagi mengawal keadaan dan lalulintas supaya perhimpunan itu terkawal dan aman.

Pada mulanya, kata Hasni, GMP telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit berhimpun ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan itu kepada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pada 17 Februari lalu, seramai 20 aktivis bahasa dan sastera GMP berarak ke Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada ahli-ahli parlimen, termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala pada 31 Januari pula, tokoh-tokoh utama GMP buat pertama kali turun ke jalanraya sempena pelancaran kempennya di pusat membeli-belah Sogo.

Mereka juga menabur 50,000 risalah mengenai kempen menentang dasar itu ketika pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas.mstar.

Kompromi hanya dengan Pilihanraya semula.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.

apakah maksud sebenar pandangan mukhriz tidaklah saya dapat agak. Namun yang difahami ramai kompromi hanya boleh diselesaikan dengan cara diadakan pilihanraya semula. Itulah jalan yang terbaik seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan rakyat di Perak.

Biarlah rakyat menjadi hakim kepada kemelut dan krisis perlembagaan ini. kami Pakatan Rakyat sedia dihukum sekiranya kami tidak benar.Namun sangat malang parti cap kati takut untuk berdepan dengan rakyat.

Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.

"Buat masa ini seolah-olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat," katanya ketika ditemubual dalam program "Kerusi Panas" di Radio 24 petang ini.

Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat "sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan" untuk mentadbir negara dengan berkesan.

"Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak," katanya.

Namun Mukhriz berkatam memandangkan kedua-dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang-undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.

Bukit Gantang: PAS senarai pendek calon.

Badan Perhubungan PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk menyenarai pendek calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan PAS negeri, Ustaz Ahmad Awang kepada mStar Online hari ini.

Menurut Ustaz Ahmad, senarai nama calon-calon kawasan Parlimen Bukit Gantang akan diteliti oleh jawatankuasa kecil senarai calon yang dipengerusikan oleh beliau sendiri serta beberapa ahli jawatankuasa daripada Badan Perhubungan negeri.

"Terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen Bukit Gantang dan setiap DUN akan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga atau empat orang calon yang sesuai.

"Kami akan meneliti calon-calon yang sesuai untuk disenarai pendek dan dikemukakan kepada PAs Pusat yang akan bermesyuarat pada 8 Mac ini," katanya.

Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada tiga DUN, iaitu Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Jelasnya, PAS Pusat berhak untuk memutuskan siapa calon yang sesuai untuk mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Gantang.

"Siapa jua calon yang akan diluluskan oleh PAS Pusat harus mendapat kelulusan daripada Majlis Syura parti terlebih dahulu.

"Kriteria calon masih sama, kita mahu calon anak tempatan. Namun apa yang lebih penting dia (calon) harus punya peluang untuk menang dan mempertahankan kerusi tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah calon yang akan disenarai pendek untuk diserah kepada Pas Pusat.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian Roslan Shaharum daripada PAS awal bulan ini akibat sakit jantung.

Penamaan calon akan diadakan 29 Mac manakala hari pengundian, jika ada pertandingan, akan berlangsung pada 7 April depan.Mstar.

Black n White

Email :ANNUR

TWINS Ryan and Leo Gerth share a mum and dad - but not the same colour skin. Born to a Ghanaian mother and a German father, Ryan is white and Leo is black. Experts say pairs of black and white twins are so rare they only occur in one in a MILLION births.

Senior doctor Birgit Weber, who helped deliver the tots by caesarean section in Berlin , said that in 20 years of practice this was the first time she had seen different coloured twins.


Inflasi di Zimbabwe

Kiriman : ZAMRI kecik's

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.




Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.



Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.

sehari dalam kehidupan mayarakat disana


Barangan keperluan harian


Harga bagi sayur-sayuran


Telur ayam.
Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup....


Wang yg diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan....
dan sebotol bir


setiap bulan bila terima gaji...kena sewa teksi atau lori le gamaknya....


"pengemis" yg boleh dianggap "kaya" sbb dapat juta2 setiap hari...hihihi....


kalau anak org kaya jgn cakap laa....


kalau susah nak bawak duit banyak2 tukarkan ke USD...dapat sekeping je...


kilang buat wallet dengan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah....