05 March 2009

Fakta-fakta yang kita tidak tahu.

Email : ZAMRI" kecik's

Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn
bungkah ais.

************************************************************

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana
pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana
buihnya yang naik ke atas.

************************************************************

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi
jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban tu
bila kita flush.

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap
bakal seorang pemimpin.

************************************************************

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.

***********************************************************

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma
darah.

***********************************************************

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

***********************************************************

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

***********************************************************

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

***********************************************************

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

***********************************************************

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd
tahun 1667

***********************************************************

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896.
Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.

***********************************************************

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan
kebanyakannya ialah kertas.

***********************************************************

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali. try ler
keme dah terai memang tak boleh

***********************************************************

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.

***********************************************************

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison
pada 1877 dan rakamanya ialah' Mary had a little lamb'

***********************************************************

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

***********************************************************

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

***********************************************************

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.

***********************************************************

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

***********************************************************
Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.

***********************************************************

Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang
tak ada misai.

***********************************************************

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.

***********************************************************

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam

***********************************************************

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987
tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad
di tempat penumpang kelas 1

***********************************************************

Kapalterbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.

***********************************************************

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut
arah jam.

***********************************************************

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen
(Born in USA)

***********************************************************

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang
lain

***********************************************************

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv,
2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.

***********************************************************

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam,
anda akhirnya akan pengsan.

***********************************************************

Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan
mesintaip.

***********************************************************

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati

***********************************************************

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser
paru-paru.

***********************************************************

JELI KULIT BABI



Kiriman :ZAMRI kecik's

Renungan Hadits



‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل وشاب نشأ بعبادة الله ورجل قلبه معلق في المساجد ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه


Dari Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya .

Hadits dia atas menjelaskan 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat iaitu

1. Pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang sentiasa menunaikan amanahnya sesuai dengan kemampuan yang ada padanya dengan mematuhi segala perintah Allah dan Rasul. Keadilan oleh seorang pemimpin mustahil ditegakkan tanpa berpandukan kepada Quran dan Sunnah. Oleh itu jika seorang pemimpin itu adil bermakna dia telah berlaku adil kepada Allah yakni dia telah menjadi khalifah yang telah memakmurkan muka bumi ini sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Adil. Lawan kepada adil adalah Zalim, berlaku Zalim bermakna memusnahkan tali rantai Islam yang sangat indah dan sempurna itu.

2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
seorang pemuda yang telah menggunakan waktu muda belia untuk beribadah kepada Allah adalah contoh terbaik di kalangan manusia. Patutlah mereka mendapat lindungan dan rahmat Allah di akhirat kelak. Sedangkan manusia pada kelazimannya menggunakan waktu mudanya untuk berseronok dan bersuka ria. Tetapi golongan ini menggunakan untuk beribadah dan mendekatkan diiri kepada Allah.

3. Seorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid dan sentiasa mengerjakan sembahyang berjemaah.
Sembahyang jemaah yang sangat di tuntut sehingga lebih baik 27 darjat dari sembahyang sendirian. Sembahyang jemaah yang terbaik adalah di Rumah Allah. Seorang yang sentiasa berpaut dengan rumah Allah adalah manusia yang mencari kesempurnaan beribadah. Membesarkan Allah SWT dengan sembahyang berjemaah menggambarkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Bila jemaah berkurang itulah gambaran lemahnya umat Islam.

2 orang yang saling mengasihi kerana Alah dengan bertemu dan berpisah kerana Allah.
Berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dalam hadits yang lain diterangkan adalah ciri-ciri orang yang telah mendapat kemanisan Iman. Kemanisan Iman adalah kemuncak bagi segala yang diidamkan oleh orang yang beriman. Jika sekiranya air dan makan yang dimakan memerlukan rasa manis, begitulah keimanan yang memerlukan apa yang dikatakan suatu kelazatan

5. Seorang yang diundang melakukan maksiat tetapi menolaknya dengan mengatakan aku takut kepada Allah
Menolak maksiat artinya menolak untuk melakukan dosa besar dan masuk neraka Allah. bayangkan betapa kesedaran ini muncul tidak lain hanya kepada orang yang sangat takut kan Allah. Mustahil orang yang tidak takut kepada Allah dengan sebenarnya akan menolak peluang yang demikian rupa

6. Seorang yang memberi sedekah secara ikhlas senyap-senyap
Tonggak kepada Ibadah apa pun adalah dengan apa yang dinamakan keikhlasan. Dengan Ikhlas maka ibadah kita diterima di sisi Allah. Tanpa Ikhlas automatik ibadah kita ditolak malah mendapat dosa dan seksa Allah

7. dan Seorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga kedua matanya mengalirkan air mata
Demikianlah kemuncak kehidupan manusia, sanggup mengalirkan air mata kerana Allah. Kerana itu golongan ke 7 ini sangat istemewa dan menutup hadis yang sangat menyentuh jiwa-jiwa kita.

Bayangkan betapa cantiknya masyarakat Islam yang terbina dari 7 golongan di atas, dari pemimpin sehinggakan rakyat semuanya terbina oleh ketakwaan kepada Allah.

Rezeki Hanya Dari Allah

Suatu hari seorang guru bernama Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada muridnya Hatim yang telah belajar dengannya selama 30 tahun lebih. Apakah yang telah muridnya itu perolehi setelah sekian lama belajar dengannya

Hatim menjelaskan dia mendapat lima perkara. Penulis akan mengemukakan apa yang Hatim katakan tentang keyakinannya mengenai rezeki yang datang dari Allah SWT.

Kata Hatim, dia memerhati manusia tidak yakin tentang rezeki. Walaupun Allah telah menjanjikan kepada manusia di dalam Al Quran :
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

(Hud : 6)

Daabah dalam ayat dia atas ditafsirkan sebagai sebagai binatang yang melata juga ditafsirkan sebagai manusia yang mendiami bumi Allah ini.

Demikianlah janji Allah tentang rezeki yang pasti telah tertulis dan ditentukan oleh Allah SWT. Apalagi sifat orang yang bertaqwa pasti akan diselesaikan masaalah hidupnya dan dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak diduga.

Bandinganya jika dua orang yang pergi memancing, walaupun kelengkapan, umpan, tempat atau kolam yang sama dan pada masa yang sama. Pasti hasil antara keduanya berbeza, mungkin seorang memperolihi hasil yang lumayan dari seorang lagi. Inilah gambaran bahawa rezeki itu dari Allah. Cuma manusia hanyalah mampu melakukan ikhtiar. Sesudah itu berserah kepada Allah SWT.

Bergantung harap sampai merempat dengan memohon dari manusia ada batas dan masanya, namun tidak ada batas dan masa permohonan kepada Allah yang Maha Kaya. Apalagi manusia sanggup mengadaikan maruah dan sehingga mengadaikan aqidah kerana sesuap nasi, natijahnya azablah yang selayak baginya. Dunia yang sementara ini jangan kita jadikan matlamat sehingga berlepas harap dengan Allah.

Yakinlah rezeki itu dari Allah.

Islam melarang gangsterism.

Berikut ini adalah komentar pembaca dalam tajuk "Zambry takut dunia saksikan kejahatan BN." yang saya terbitkan untuk bacaan umum. Penulis cuma memperkenalkan dirinya "El Azhar ex-student-93-98 El Zagazig". Terima kasih dengan komentar dari ustaz muda kita.

Di atas keberanian menegakkan Islam dari kalangan bukan Melayu dan saya Orang Melayu merasa malu dengan sikap sebahagian orang Melayu Umno dan Melayu Pekida yang buat onar baru-baru ini ...Saya nak bicarakan tentang budaya samseng dalam Umno ni ..Saya tujukan tulisan ini kepada samseng upahan UMNO marilah kita kembali pada firman Allah :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان .

Ertinya :
Dan hendaklah kamu tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

sesungguhnya setiap kumpulan yang dibina atas dasar menyemaikan benih Gangsterism dan pergaduhan merupakan kumpulan yang rosak akhlak dan dipenuhi dengan sifat jahiliyah..Ini adalah kerana di dalam Islam Nabi saw cukup benci dengan perangai samseng Jahiliyah sebagaimana suatu riwayat di mana Abu Zar Al-Ghifari telah mencela seorang hambanya lalu nabi saw menegurnya dengan sabdanya:

إن فيك أمر من الجاهلية

Ertinya: Sesungguhnya pada dirimu masih ada sifat-sifat Jahiliyah..Bila ditegur begitu Abu Zar Al-Ghufari merasa terlalu bersalah sehingga dia meletakkan kepalanya ke tanah lalu meminta hambanya itu memijak pipinya..tetapi hambanya itu memaafkannya..

Jelas wahai saudar-saudaraku..bahawa perbuatan samseng..bermegah-megah dengan kekuatan adalah perbuatan orang jahat di zaman Jahiliyah...sebagai suatu syair di zaman Jahiliyah yang berbunyi:

إن لم تثأروا لأخيكم فالقوا السلاح والأباريق والبسواالحلل النساء والمكاحل والمجاسد وذلك بئس المرهق

Ertinya :
Sekiranya kamu tidak membalas dendam untuk saudaramu maka buangkanlah pedangmu bersama kilauannya..dan pakailah olehmu perhiasan -perhiasan wanita..kerana sesungguhnya kamu sudah menjadi manusia yang kecundang...(syair Arabi)

Menurut Ulamak Adab Wan Nusus(Sastera Arab)syair ini merupakan suatu provokasi yang boleh dijumpai dalam banyak syair Arab dizaman jahiliyah menunjukkan kehidupan sosial mereka yang huru hara akibat suka bergaduh atau dengan kata lain suka menaikkan sentimen yang membawa kepada pergaduhan...dan yang lebih dahsyat lagi mereka ini suka bergaduh walaupun di dalam mempertahankan kejahatan dan ketidakadilan..bagi mereka tiada siapa yang benar atau salah asalkan kamu dari geng kami ..golongan kami..puak kami..kami akan mempertahankan kamu tidak kira kamu berada di puak yang benar atau salah.Inilah yang Islam larang dan Allah telah mengutuskan Nabi saw untuk mengajar manusia meninggalkan fahaman Jahiliyah itu dengan sabdanya:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يحب لنفسه

Ertinya :

Tidak beriman seorang pun daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu yang lain seumpama kamu mengasihi dirimu sendiri.

Adik-adikku hadis ini jelas melarang kita menyakiti saudara kita yang lain apatah lagi di atas dasar gangsterisme dan asbiyyah berkumpulan..kerana Islam menyatakan bekerjasama mesti di atas dasar kebenaran..bukan membuta tuli membela saudara kita secara tidak betul dan menzalimi orang lain...

Saudaraku...kita manusia tak kuat mana...kalau kita rasa kita kuat ada manusia yANG LEBIIH KUAT DARI KITA..oleh itu sifat merasakan diri kita lebih dari orang lain...adalah sifat Iblis yang merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Allah Adam...atau dengan bahasa yang kita selalu dengar''Takbur''dan dengan sifat inilah Iblis dilaknat selama-lamanya dan dihalau dari syurga.

Pakcik-pakcik ahli Pakida yang sebenarnya..saya tahu bukan semua ahli pakida yang bermasalah..kerana saya berkawan baik dengan seorang veteran pakida di Ipoh dan dia ni memang hebat dari segi ilmu perisai diri sampai dia boleh makan kaca botol di depan saya..dan itu first time saya tengok...tetapi dia taklah berlagak dengan ilmunya,...merendah diri..warak...tak suka menunjuk-nunjuk...dan dia bagitau urusan Pekida ialah membela umat Melayu Islam..mempertahankan mereka agar tidak dizalimi oleh musuh sebagaimana di Palestin dan Bosnia...menjaga kebajikan umat Islam Melayu...tapi katanya.

Sungguh malang apabila golongan muda sekarang ini yang menyalahgunakan dasar Pekida yang banyak merosakkan imej pekida dengan sikap dan tigkahlaku yang cukup menyedihkan..oleh itu kepada ayahanda-ayahanda...abanglong...otai=otai Pekida tolonglah pastikan anak buah ini mendapat ilmu agama dan tarbiyah Islam yang secukupnya agar Pekida menjadilebih bermakna dan selari penubuhannya dengan tuntutan Islam..dihormati dan boleh diharap sebagai pelindung kepada orang yang lemah...agar Pekida ini tidak disalahgunakan sebagai suatu kumpulan samseng Melayu..yang sah di sisi undang-undang.


Notis perintah larangan sidang diserah kepada Speaker

IPOH: Pasukan peguam yang mewakili Menteri Besar Perak Kudeta dan enam Exco kudetanya, sebentar tadi menyerahkan perintah Mahkamah Tinggi yang melarang diadakan sebarang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak sah kepada Speakernya, V. Sivakumar.

Ia diserahkan kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Semalam Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Speaker DUN Perak daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang didakwa tidak mengikut undang-undang.

Larangan itu dipertikaian oleh beberapa pihak termasuk penafian peguam swasta yang mewakili Speaker ditolak oleh hakim mahkamah Tinggi Ipoh. Penghujahan Wakil dari Penasihat Undang-undang Negeri yang mewakil Speaker diragui kerana pihak berkenaan juga mewakili Zambry dalam kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perintah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim setelah mendengar penghujahan dalam kamarnya oleh pihak Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kudeta kerajaan negeri yang diwakili sepasukan tujuh peguam diketuai oleh Firoz Husain Ahmad Jamaluddin.

Perintah larangan itu tidak mempunyai had tempoh.

Peguam Faizul Hilmi Ahmad Zamri menyerahkan arahan itu kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Wasu di bangunan SUK di sini.

Faizul pada mulanya menyerahkan notis perintah itu kepada Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada pukul 3.20 petang kerana pejabat Speaker ditutup.

Bagaimanpun apabila pejabat itu dibuka kemudian, notis tersebut diserahkan kepada Speaker.mstar

Tengku Razaleigh: Panggil pilihan raya selesaikan krisis politik Perak

PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.

Justeru beliau turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka bagi menyelesaikan krisis berusia lebih sebulan itu.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, "mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka."

"Ini perlu dihentikan," kata beliau, yang telah beberapa kali mempersoalkan isu itu sebelum ini, dalam tulisan terbaru blognya.

"Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan," kata beliau.

"Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi (ini) buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru)," katanya.

Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.mstar

Jumlah pelawat tertinggi kelmarin

Saya membuka kembali analisis pengunjung Blog Cina Islam , untuk kelamarin 3 Mac 2008saya mendapati adalah rekod tertinggi yang dicapai oleh blog kesayangan anda ini.


Page views : 41.169
Visitors : 12.375
new visitors : 3.245

Semasa meletus krisis rampasan kuasa pada 5 Februari merupakan kedua tertinggi setakat ini.

Page views : 38.566
Visitors : 10.113
new visitors : 3.637


Terima kasih dengan setiap kunjungan dari semua peminat blog ini. Juga terima kasih dengan komentar dan nasihat yang membina yang diberikan.

Jumlah keseluruhan"page Views" sudah mencapai 931,000 lebih setakat ini. Dalam waktu yang sesingkatnya Insya Allah akan mencecah angka sejuta. Saya bersyukur dengan jumlah ini kerana semasa saya mulai blog ini pada penghujung tahun 2007 saya mulai dengan angka kosong.

Semuga usaha murni ini adalah satu ibadah dari Allah SWT jua.

Zambry takut dunia saksikan kejahatan BN.

PARIT BUNTAR: Menteri Besar Kudeta , Dr Zambry Abdul Kadir, mendakwa tanpa asas Pakatan Rakyat sengaja mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok untuk memalukan negara di mata dunia.

Zambry menuduh dalam ucapannya, "tindakan mereka itu seolah-olah dirancang dan disusun untuk tatapan dunia".

Persoalannya kenapakah kalau dunia dapat menyaksikan peristiwa di Perak kelmarin dijadikan alasan sebagai perkara yang besar. kalau lah benar apa yang dibuat oleh BN kenapa dibisingkan sangat. Sepatutnya BN mesti rasa bangga dengan kejayaannya menunjukkan kepada dunia dapat menghalang Pakatan Rakyat bersidang ditempat yang sepatutnya.

Kalau itulah demokrasi yang sebenarnya maka itulah yang akan menjadi saksi di seluruh dunia tentang kebenaran perjuangan parti cap kati.

Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi kita boleh lihat mereka sudah bersedia dengan poster "The World is Watching" supaya kejadian itu dilihat oleh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Setakat yang rakyat ketahui Zambry sebetulnya sudah malu dengan tindakan salah sejak 6 Februari yang lepas. Nampaknya satu tidak menjadi sehingga usaha untuk menggagalkan sidang juga meleset walaupun pihak keselamatan dan samseng dipergunakan sedemikian rupa.

Dunia menyaksikan rakyat semakin sayang dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pakatan Rakyat. Itulah yang menghantui Zambry sekarang. Kubur yang digali semakin besar untuk menguburkan parti cap kati.

Mana dia penyokong parti cap kati, yang datang buat kacau itupun saya kira yang terlepas dari "zoo" mana. Kalau lah kebenaran berada di pihak Zambry kenapa penyokongnya yang siuman tidak tampil membela.

Nampaknya pemimpin UMNO semakin penakut dengan berselindung di sebalik benteng FRU. makanya dunia telah menyaksikan siapakah yang benar dalam tindakannya.

Kenapa kita perlu balik kerja awal

Kiriman :ZAMRI kecik's

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai serentak 7 April

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Batang Ai terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Hari penamaan calon bagi kerusi DUN Batang Ai juga akan diadakan serentak pada 29 Mac, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching sebentar tadi.

Pada 13 Februari lalu, SPR memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April.

Pada 24 Februari lalu, kerusi Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 806 undi.mstar.

Gambar banjir di KL selepas sidang di Perak.

Berikut ini saya terbitkan 6 keping gambar yang dihatar oleh seorang rakan seperjuangan untuk menjadi tontonan kita semua.Menurut pengirim ini adalah gambar yang diambil disekitar PWTC.

Seakan ianya berlaku beriringan setelah rakyat Perak menintiskan air mata menyaksikan kezaliman parti cap kati merampas kuasa dan kemucaknya menghalang ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk Dewan. Berlakulah banjir di Kuala Lumpur.
















Zambry di Parit Buntar Hari ini.

Saya menerima beberapa talipon dari kawan seperjuangan mengenai lawatan dan taklimat yang diadakan oleh MB Kudeta di Parit Buntar pada hari ini. Saya tidak dapat kepastian dimana pertemuan diadakan. Tetapi yang pasti semua ketua jabatan telah dikerah dan diwajibkan ke sana.

Begitulah suasana di Perak kembali kepada takok lama. kalau selama 11 bulan kami memerintah Perak tidak ada arahan sebegitu sehinga menganggu kerja penjawat awam.

Kalau tidak cukup ramai, mereka sanggup untuk mengangkut pelajar sekolah untuk meramaikan majlis. kalau semasa ahli cap kati kena bayar dan bagi makan percuma baru kaki nak melangkah.

Ringgit bakal cecah RM4 sedolar?

Nilai mata wang Ringgit dijangka terus jatuh sehingga paras RM4.00 bagi sedolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua atau ketiga pada tahun ini berikutan mata wang asing itu kini menjadi rebutan pelabur di seluruh dunia.

Keadaan itu berlaku kerana pelabur-pelabur sejagat semakin meyakini dengan program-program pelan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh AS.

Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan, bagaimanapun berkata, kejatuhan nilai ringgit itu adalah bersifat sementara kerana krisis kewangan global semakin menghampiri penghujungnya.

Koleksi gambar sidang DUN tergempar.

Sidang akhbar di Pejabat DAP yang berdekatan.
Semua ADUN Pakatan Rakyat.
ADUN Titi Serong sedang membentang Usul pertama.
Suasana sidang.
Beginilah hasil dari penafian hak untuk bersidang di Dewan, kami terpaksa bersidang dibawah pokok jati tetapi ianya tetap sah.
Dato' Ngeh Khoo Ham.
Lebih 200 orang polis mengawalpintu masuk ke DUN
Unit amal dan petugas khas mengawal keadaan.

Inilah "pengacau" upahan yang menghalang kami.
YAB.MB dan ADUN lain didepan hotel sebelum berangkat ke sidang.
YAB. MB ,Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat.
"Kami pasti berjaya" ucap ADUN Titi Serong>


KSN pula nak berpolitik !

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, Abdullah tidak boleh dianggap mengingkari arahan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar kerana beliau hanya menjalankan tugasnya berasaskan peraturan sedia ada.

Mungkin sudah banyak hari KSN sudah gatal mulut untuk mengeluarkan kenyataan, namun walaupun lambat kita ucapkan syabas kepada beliau yang menambahkan lagi koleksi kenyataan "bodoh" dalam isu Sidang Tergempar di Perak.

Kata beliau , Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri yang digantung tugasnya telah bertindak betul berdasarkan peraturan apabila mengeluarkan kenyataan bahawa persidangan tergempar DUN negeri itu tidak boleh diadakan tanpa perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Satu kenyataan yang sama nada dengan kenyataan pemimpin UMNO.

Kalau begitu saya cadangkan dia bertanding di Parlimen Bukit Gantang atau di Bukit Selambau untuk mewakili lambang kati. Tahulah nanti rakyat mengajarnya dengan kenyataan yang sangat tidak bertanggung jawab.

Sidang tergempar DUN Perak bawah pokok atau pemimpin Umno tidak bertamadun.

Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said hari ini berkata, tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

Persoalannya siapakah yang tidak bertamadun dalam perkara ini, pemimpin UMNO atau sidang itu sendiri ?

Siapakah yang merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kami pada 8 Mac 2008.

Menggunakan pasukan keselamatan untuk menghalang satu sidang yang sah adalah kerja yang benar-benar tidak bertamadun oleh pemimpin UMNO. Tidak cukup dengan itu badan kehakiman dipergunakan untuk meghalalkan semua kerja jahat mereka.

Lawan kami adalah kamu wahai UMNO , bukannya pasukan keselamatan.

Selain itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata persidangan DUN di bawah pokok adalah satu penghinaan kepada sistem demokrasi serta tidak menghormati perlembagaan negara dan negeri.

Beliau yang yakin ia merupakan gimik politik pakatan pembangkang berkata rakyat Perak tidak perlu panik dengan strategi pembangkang itu kerana Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Apa yang dilakukan berbentuk politik, tidak memberi kesan kepada Menteri Besar dan Exco yang sah dan mereka (pembangkang) jelas tidak menghormati demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Arab City di Pulau Melaka di Melaka.

Inilah antara ulasan awal pemimpin UMNO yang betul-betul tidak bertamadun demi melindungi kerja jahat yang dilakukan oleh pemimpin mereka di Perak.

Anugerah "Tun" untuk P. Ramlee?

Sekembalinya dari menghadiri sidang Tergempar DUN Perak kelmarin saya rasa sangat letih dan berada di kediaman bersama keluarga. Maklumlah sudah hampir 2 minggu merancang dan memikirkan perkara penting itu. Teringat cerita Laksmana Do Re Mi. Akhirnya saya juga tertidur dengan ulikan cerita komidi mencuit hati itu.

Negeri Pasir Sebutir dan Menteri Pasola dalam filem tersebut adalah antara sebutan dan watak yang mula disebut kelmarin selepas sidang DUN bersejarah itu. Beberapa orang kawan saya mengaitkan dengan filem tersebut yang katanya sudah lama P Ramlee jangkakan akan berlaku benda pelik itu di Malaysia, rupanya di Perak..

Kelmarin juga Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyokong penuh saranan supaya seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dianugerahkan dengan gelaran Tun selaras dengan sumbangan beliau dalam bidang seni negara.

Timbalan Menterinya, Teng Boon Soon berkata, P. Ramlee merupakan seorang tokoh yang mempunyai kepelbagaian bakat iaitu sebagai pemuzik, penyanyi, pencipta lagu, pelakon dan pelawak.

"Beliau pernah menerima tujuh anugerah dalam bidang perfileman dalam Festival Filem Asia pada tahun 50an dan 60-an iaitu sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Fotografi Terbaik dan tiga anugerah Filem Komedi Terbaik dan Most Versatile Talent," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementerian itu.