01 March 2009

Tegakkan makruf, cegah kemungkaran.

“Dan Dialah yang membuat kamu tidur di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan” (QS. Al-An‘am: 60).

Kalau ada waktu, luangkanlah masa untuk membayangkan saat-saat kita berada dalam keadaan tidak sedar pada setiap hari. Iaitu, di waktu terlelap tidur. Sepatutnya sebelum tidur, kita menyempatkan diri untuk menyerahkan diri kepada Sang Pencipta, Allah Ta‘ala.

Di saat tidur, tubuh kita benar-benar berada dalam keadaan sangat lemah. Kita juga tidak boleh memberi jaminan apakah akan dibangunkan kembali sesudah itu. Juga kita tidak pernah mengetahui apakah kita akan diberikan kesempatan untuk menikmati hari-hari selanjutnya dalam keadaan yang sama baiknya seperti sebelumnya kita tidur.

Bagaimana kalau seandainya kita terlelap dalam tidur untuk tempoh yang panjang atau tidak dibangunkan lagi di keesokan harinya setelah kita cuma tidur pada malam harinya dengan niat untuk bangun semula? Sedangkan banyak janji dan hutang telah kita buat kepada sekian banyak manusia. Siapa yang akan menunaikannya?

Kita wajib bersyukur kepada Allah di kala dibangunkan di keesokan harinya. Caranya bukan hanya dengan menunaikan kewajipan seperti sembahyang dan memohon doa agar mampu diberikan kekuatan untuk untuk melalui detik-detik kehidupan berikutnya, tetapi juga berjanji untuk melakukan yang terbaik pada hari ini.

Kewajipan itu ialah menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Bukan sebaliknya. Juga membuat janji kepada manusia dengan kata-kata insya Allah, kalau Allah mengizinkan.

Keadilan Tidak Mengira Bangsa.

Allah SWT mewajibkan kepada hamba untuk untuk berlaku adil kepada semua . Adil kepada diri sendiri, adil kepada anak isteri, adil kepada keluarga taulan, adil kepada semua manusia. Adil jua kepada alam sekitar dan seluruh makhluk yang lain.

Adil dalam pandangan Allah ialah menyampaikan amanah dan tanggung jawab sesuai dengan apa yang telah di pertanggunjawabkan kepadanya nya.

Firman Allah SWT.
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. " (Al Baqarah :143)

Menegakkan keadilan berarti telah menegakkan satu amanah yang telah dipertanggung jawabkan oleh Sang Pencipta kepada makhlukNya. Tidak ramai yang mampu melaksanakan tanggung jawab ini. Kebanyakan manusia jadi lupa daratan lantas jauh sekali untuk menegakkan keadilan.Bila sudah mendapatkan kuasa manusia sebegini menganggap sebagai suatu peluang sehingga berlaku zalim dan lupa kepada azab Allah yang sedang menunggu. Ingatlah, janji Allah itu adalah pasti.

Bila manusia itu diberi satu amanah kepimpinan mereka mestilah berlaku adil kepada semua rakyatnya. Tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Apa lagi mengutamakan keluarga dan orang yang terdekat, ini dilarang sama sekali.
Amanah ini sangat berat sebagaimana yang telah berlaku di zaman Umar Al Khattab. Beliau berlaku adil kepada semua rakyat nya sehingga tidak tidur malam untuk menjenguk rumah ke rumah mana kah ada rakyatnya yang tidak cukup makan dan mempunyai masaalah.

Lalu terkenal kisah beliau dengan seorang ibu yang terpaksa memasak ketulan batu untuk menidurkan anak-anak yang dalam keadaan yang kelaparan. Alangkah terkejutnya beliau mendapati rakyatnya dalam keadaan kesusahan yang demikian rupa sehingga dia balik mengambil gandum dalam simpanan baitulmal dan dipikulnya sendiri lalu diberikan kepada ibu yang daif itu. Kata ibu itu Khalifah seronok dan zalim tanpa menjengukpun kesusahan rakyat nya, sedangkan dia tidak tahu yang membantunya itu adalah Khalifah. Inilah contoh sepanjang zaman dari kepimpinan seorang sahabat yang langsung mendapat pendidikan dari Nabi Allah.

Memetik kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz yang disebut oleh ahli sejarah sebagai khalifah Islam yang kelima sekiranya ingin disebut setelah Khalifah Ar Rasyidin. Keadilan pemerintahnnya yang cuma berlangsung dalam 2 tahun sangat terserlah. Sejarah telah membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang adil kepada seluruh rakyatnya.

Jauh sekali ingin mengambil dan menggunakan harta negara dengan jalan yang tidak betul atau rasuah. Suatu hari beliau sedang melakukan kerja-kerja negara dengan menggunakan pelita milik negara atau rakyat. Lalu datanglah anaknya ingin mengadu sesuatu hal, lantas beliau bertanya adakah ingin bercakap urusan keluarga atau negara kerana ia ingin memadamkan pelita minyak kalau urusan keluarga. Subhanallah inilah pemimpin yang adil yang telah menjalankan amanahnya dengan rasa takut dan penuh tanggungjawab kepada Allah SWT. Dia tahu kuasa dan pemerintahan itu milik Allah, bila-bila masa akan jatuh dan tersungkur jua. Sehebat manapun pemimpin di dunia pasti akan jatuh dan yang zalim terutamanya jatuh tersungkur dengan keadaan yang paling hina sekali. Hian di dunia dan terhina di akhirat.

Belaku adil dari seorang pemimpin akan mendapat ganjaran yang sangat istimewa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:-

"Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw., beliau bersabda : "Tujuh orang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya, yaitu : Imam yang adil, pemuda yang berkembang dalam beribadah kepada Allah Ta'ala, seseorang yang hatinya tergantung di masjid-masjid, dua orang laki-laki yang saling bercinta karena Allah, di mana keduanya berkumpul dan berpisah karena-Nya, orang laki-laki yng diajak oleh wanita yang berkedudukan cantik lalu laki-laki itu menjawab : "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", orang laki-laki yang mensedekahkan sedekah lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, dan orang laki-laki yang ingat kepada Allah di tempat yang sunyi lalu kedua matanya berlinang."(HR: Bukhari)

Semua pemimpin dalam segala bentuk dan keadaan akan dipertanggung jawabkan kepada apa yang telah dia pimpin, tidak ada satupun walau sebesar zarrah yang akan ditanya dihadapan Allah SWT.; Sabda Rasulullah s.a.w:-
"Dari Ibnu Umar r.a berkata: Saya mendengar Rasulullahsaw. Bersabda: "Masing-masing dari kamu adalah pemimpin dan masing-masing dari kamu bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu adalah pemimpin dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Seorang laki-laki pemimpin terhadap keluarganya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Perempuan itu pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Pelayan itu pemimpin dalam harta tuannya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya." Ia berkata: Dan saya menduga bahwa beliau telah bersabda: "Seorang laki-laki (anak) adalah pemimpin dalam harta ayahnya dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya. Dan masing-masing dari kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab akan kepemimpinannya."(HR: Bukhari)

Semuga fajar akan menyingsing jua dalam keadaan rakyat yang sedang dizalimi di akhir zaman ini. Ya Allah kembalikan makhluk Mu yang dizalimi ini kepada suatu pemerintah yang adil berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Aaamin......

Bercakap Dengan Anak

Anakku ingatlah kepada Allah yang menjadikan kita dan seisi dunia ini, hanya dia Yang Maha Esa. Alhamdulillah kita dijadikan sebagai seorang Islam, maka kita gunakan peluang ini untuk menjadi hambaNya yang taat.

Anakku ketahuilah dengan jalan Islam kita akan selamat. Dengan berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah kita akan selamat sampai ke akhirat nanti. Jangan sekali masuk dan cenderung kepada kumpulan yang tidak berpandukan Al Quran As Sunnah. Pasti ianya sesat. Seluruh dunia ada kumpulan macam ini, di Malaysia pun ada

Sayangku, sudah sembahyang kah belum. Jom mari kita ke mesjid berjemaah, Ingatlah sembahyang berjemaah itu lebih baik 27 kali dari sembahyang seorang. itu pesan Nabi. Kalau bukan kita yang ke sana siapa lagi anakku, mesjid makin kosong di akhir zaman. Jangan lupa sembahyang 5 waktu sehari semalam.

Ramadhan yang lepas bagaimana, puasa penuh kan ? alhamdulillah tahniah sayang ku. Ingat kepada orang susah dengan kita berlapar dalam bulan puasa. Paling penting kita tidak masuk neraka kerana telah puasa. Jangan jadi macam banyak orang yang sudah tua bangka tapi masih tidak puasa, malukan ?

Sudah makankah anak ku? ingatlah Islam hanya menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Ingatlah tanda halal bukan jaminan halal. Sekarang ni tanda halal boleh di beli dan ada yang menipu. Hari tu daging babi pun ada tanda halal. Makanlah makanan yang halal supaya jasad kita halal disisi Allah. Sebelum makan bacalah doa tanda bersyukur kepada Allah yang memberi kita makanan. Sesudah itu jangan lupa ucapkan alhamdulillah. Kenyang bukan sebarang kenyang tetapi kenyang yang diberkati.

Ambil Quran...nanti umi dan abi ajar mengaji nanti cepat khatam. Ingatlah Quran bukan hanya untuk di baca untuk pertandingan dan ditampal di dinding-dinding tapi untuk jadi panduan dan petunjuk untuk manusia. Kita pegang pun dapat pahala, apa lagi baca, tentu sekali selamat kalau berpegang kepadanya.

Anak ku, pakailah pakaian menutup aurat. Jangan pakai pakaian yang tidak sesuai dengan Islam. Kalau depan Allah kena pakai tutup aurat mana boleh depan manusia kita pakai sesuka hati. Tengok tu perempuan sekarang tidak bertudung, lelaki berseluar pendek, perempuan pakai baju ketat nampak pusat pula...salah tu, kalau tidak ubah selamnya dia berdosa.

Ingatlah, bila abi dan ummi mati jangan lupa baca Quran dekat mayat abi dan ummi, doakan roh abi dan ummi diberkati dan ditempatkan tempat roh orang-orang yang soleh dan solehah. Sering-seringlah ziarah kubur Abi dan Ummi, baca fatihah dan berdoa.

anak ku engkaulah permata hati tu, engkaulah harta dan amanah dari Allah sebagai penerus kepada perjuangan Islam yang murni ini.

Kadar Pelajar Sekolah Etnik Hui Mencapai 37.55% di Wilayah Autonomi Hui Ningxia

Menurut statistik terkini, terdapat 509 ribu pelajar etnik Hui yang sedang menuntut di pelbagai peringkat institusi pendidikan. Angka ini telah mencapai 37.55% daripada semua pelajar di wilayah itu. Sistem pendidikan etnik minoriti daripada pendidikan asas hingga pendidikan peringkat tinggi telah beransur-ansur dibentuk.

Saudara mungkin tidak berasa asing terhadap Ningxia, salah satu daripada lima wilayah autonomi etnik minoriti di seluruh negara China. Daripada kira-kira 6.1 juta orang penduduk di wilayah ini, 2.17 juta orang dari etnik Hui iaitu 35.57% daripada jumlah keseluruhan wilayah ini.

Ramai penduduk etnik tersebut tinggal di bahagian selatan Ningxia yang merupakan kawasan pergunungan yang miskin. Sehubungan dengan itu, pendidikan bagi etnik Hui diberi lebih banyak perhatian dalam usaha menggerakkan pendidikan di wilayah ini.

Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, pendidikan etnik di Ningxia jauh ketinggalan. Kadar pelajar yang masuk sekolah rendah di seluruh wilayah hanyalah 10% pada masa itu. Tiada jaminan kental terhadap penduduk etnik minoriti untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Oleh itu, kebanyakan penduduk etnik minoriti buta huruf sebelum China baru ditubuhkan.

Wilayah Autonomi Hui Ningxia ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak itu, dasar yang melibatkan penduduk etnik minoriti digubal dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sebagai langkah penting untuk meningkatkan mutu kecekapan penduduk etnik minoriti dan mendorong pembangunan sosioekonomi, usaha pendidikan wilayah itu digerakkan dengan pesat.

Banyak dasar dan peraturan dibuat untuk menjamin pembangunan pendidikan. Selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, "Peraturan Pendidikan Etnik Wilayah Autonomi Hui Ningxia" digubal dan dilaksanakan.

Pelaksanaan peraturan ini telah menyempurnakan sistem jaminan pendidikan etnik minoriti. Sistem pendidikan yang terdiri daripada pendidikan asas, pendidikan vokasional dan dewasa serta pendidikan peringkat tinggi diwujudkan melalui pelaksanaan peraturan tersebut.

China kenakan hukuman berat terhadap amalan rasuah dan jenayah komputer

China akan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap amalan rasuah dan jenayah komputer.

Ini terkandung dalam draf pindaan Undang-undang Jenayah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China hari ini.

Menurut pindaan undang-undang itu, tindakan ahli keluarga dan sahabat kakitangan awam yang mendapat keuntungan daripada hubungan baik mereka akan disabitkan bersalah buat kali pertama

Menurut peraturan terkini, "hacker" yang mencuri maklumat dengan menggunakan teknologi komputer dan menguasai komputer orang lain secara haram pula akan dikenakan tindakan undang-undang. Badan kewangan dan telekomunikasi yang membocorkan maklumat peribadi juga akan di kena hukuman

Urutan detik krisis di Perak.

BERIKUT ialah perkembangan politik di Perak sejak berlakunya rampasan kuasa ke atas kerajaan Pakatan di negeri tersebut.

27 Februari: Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan sidang tergempar DUN akan berlangsung 3 Mac.

23 Februari: Polis mengambil keterangan Speaker DUN Perak V. Sivakumar berhubung laporan polis yang dibuat oleh sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat akan membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

22 Februari: Nizar mula mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh.

18 Februari: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung dan melarang Zambry serta enam anggota exconya daripada menghadiri sidang dewan antara 12dan 18 bulan berkuatkuasa serta-merta. Sivakumar mendakwa tindakan Zambry dan enam exco itu mengangkat sumpah jawatan mereka adalah bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri serta menghina DUN.

13 Februari: Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 6 Februari lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.

7 Februari: Kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pagi tadi mengadakan demonstrasi secara aman di Ipoh bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

6 Februari: Nizar dalam sidang medianya berkata, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan angkat sumpah Menteri Besar Kedeta, Dr Zambry sebagai tidak sah. Beliau enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak atas keyakinan yang beliau masih secara sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

6 Februari: Upacara mengangkat sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak kudeta.

6 Februari: Speaker V. Sivakumar berkata, beliau telah menghantar dua pucuk secara peribadi dan faks kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar dan menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru.

6 Februari: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi. Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk. Kemudian Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB. Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.

5 Februari: Perdana Menteri mengumumkan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak kudeta. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar kudeta.

5 Februari: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

5 Februari: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.

4 FEBRUARI, 9 MALAM: Di IPOH: Menteri Besar Perak menghadiri mesyuarat tergempar PAS.

4 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar Perak mengadap Sultan Perak di Istana Kinta untuk menjelaskan kedudukan senario politik di Perak dan meminta perkenan pembubaran DUN.

4 FEBRUARI, 5 PETANG:Di PUTRAJAYA: Sidang media di pejabat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sokongan empat ADUN Pakatan Rakyat kepada BN. BN mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

4 FEBRUARI, 3.50 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4 FEBRUARI, 3 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar membuat pegumuman dalam perjalan ke Istana untuk memohon dari Sultan supaya dibubarkan DUN .

4 FEBRUARI, 1 TENGAH HARI:Di IPOH: Menteri Besar Perak menangguhkan sidang media yang dijadual diadakan di pejabatnya.

4 FEBRUARI, 11.50 PAGI:Di KUALA LUMPUR: ADUN Behrang bertegas akan memasuki DUN Perak dan tiada siapa yang berhak menghalangnya.

2 FEBRUARI, PETANG-MALAM:Di IPOH: Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil. Menteri Besar Perak dikatakan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP dan PAS - dua komponen Pakatan juga mengadakan mesyuarat antara petang dan malam ini.

2 FEBRUARI, 4 PETANG:Di SEPANG: Dua ADUN yang disebut-sebut akan hadir membuat sidang media tidak muncul. Exco Kerajaan Perak Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri kerana masih sakit, kata pegawai khasnya, Firdaus Shaharudin.

2 FEBRUARI, 12.30 TENGAH HARI:Di PETALING JAYA: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan sudah dimaklumkan tentang kekosongan dan akan mengadakan mesyuarat esok.

2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat masuk mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh. Beliau keluar setengah jam kemudian selepas dipercayai memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri ini khususnya berkaitan isu percanggahan peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN.

2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Menurut Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

2 FEBRUARI, 8 PAGI:Di IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.

2 FEBRUARI, 1.30 PAGI:Di SHAH ALAM: Laporan polis dibuat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak, Mohd Osman Jailu melalui wakilnya berhubung isu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering. Laporan dibuat oleh wakil Mohd Osman, Mohd Farizal Umar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11.

1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.

1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.

1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

Sidang tergempar DUN Perak boleh diadakan, Najib beri kenyataan bercanggah.

Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah.

Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.

Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang. Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.

Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.

BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.

Demokrasi Dicincang

V.Sivakumar
Speaker, Dewan Negeri Perak.

Bukankah seorang Speaker berhak memanggil dewan bersidang? Kalau hak untuk memanggil dewan bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.

Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan-keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil dewan untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan.

Begitu juga, Perintah-perintah Tetap 11 memberi kuasa penuh kepada speaker untuk menetapkan tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan. Apakah lagi peruntukan undang-undang lain yang diperlukan bagi membolehkan seseorang speaker untuk memanggil Dewan bersidang? Undang-undang ini jelas menunjukkan speaker mempunyai budibicara dan hak untuk memanggil dewan bermesyuarat.

Tetapi, sekali lagi kuasa speaker dicabar dan dicabuli oleh pihak eksekutif. Penasihat Undang-undang Negeri Perak campurtangan dalam kuasa legislatif dengan cuba menghalang daripada mengadakan sidang dewan tergempar ini. Beliau memberi pelbagai alasan dan tafsiran undang-undang yang tidak munasabah untuk menghalang Setiausaha Dewan menghantar notis kepada Ahli-ahli Dewan Negeri bekenaan dengan sidang dewan tersebut.

Apakah kuasa yang ada pada Penasihat Undang-undang dalam menghalang persidangan dewan tergempar? Siapakan memberikan kuasa sedemikian untuk bertindak diluar bidangkuasanya? Tindakan beliau boleh disahihkan sebagai satu lagi penghinaan terhadap dewan undangan negeri Perak yang mulia. Beliau tidak ada kuasa untuk menasihat atau memaksa Speaker untuk tidak mengadakan persidangan Dewan Negeri.

Penasihat Undang-undang cuba mentafsir undang-undang bagaikan ‘ada udang disebalik batu’. Saya ingin mengingatkan beliau supaya jangan meniadakan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tunggak demokrasi sesebuah negara. Gangguan-gangguan seperti ini akan mencemarkan nama baik institusi perundanagan yang disanjungi tinggi di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap bersama-sama dengan beberapa pakar Undang-undang Perlembagaan sebelum memanggil persidangan dewan tergempar. Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidangkuasa speaker.

Saya telah menerima 2 usul daripada YB Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan YB Chang Li Kang (Teja) yang memerlukan perhatian dewan dengan serta merta. Oleh yang demikian, saya terikat kepada undang-undang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya untuk memanggil sidang dewan tergempar untuk membincangkan isu yang dibangkitkan. Ini juga merupakan amalan demokrasi yang perlu diberi pengiktirafan oleh semua pihak yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang.

Tuntutan Bersabar Menerima Ujian

Kehidupan manusia tidak lepas dari melalui pelbagai dugaan dan ujian. Bagi orang yang beriman semua ujian dan dugaan itu tidak lain hendaklah diyakini untuk menguji keimanan kita. Sebab itu lah segala ujian itu mestilah dilalui dengan sifat sabar dan berserah diri kepada Allah SWT.
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,."(Al Baqarah 155).

Setelah kita dapat melaui ujian seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dengan penuh sabar, Allah menjanjikan dengan janji yang pasti. Apa lagi kita yang berjuang di jalan Islam pasti akan menempuh ujian seperti di atas. Perjuangan suci ini bukan ditunggu dengan hamparan permaidani merah tetapi yakinlah ianya sampai kepada tuntuan titisan darah merah.

Perjuangan yang suci sering ditakutkan oleh kelompok yang berkuasa dan memperjuangkan nafsu. Kita yang berjuang juga tidak mengharapkan harta benda namun mengorbankannya untuk Islam. Hatta suatu masa kita akan dizalimi dengan sebegitu rupa sampai ada jiwa-jiwa pejuang yang hilang.

Tuntutan bersabar ini terdapat dalam banyak ayat seperti di bawah :
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."(Al Baqarah 45)
وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ


"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. "(Al Anfal 46)
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. "(An Nahl 96)


"Bahwa sebahagian orang Ansar meminta kepada Rasulullah saw., maka beliau memberi mereka. Kemudian mereka meminta lagi, beliau pun memberi mereka, sampai ketika telah habis sesuatu yang ada pada beliau, beliau bersabda: Apapun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kalian. Barang siapa menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Barang siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya. Barang siapa yang bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Seseorang tidak diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran "

Tidak semua ujian yang diberikan oleh Allah dalam bentuk musibah atau kesusahan . Kadangkala ianya datang dalam bentuk nikmat yang melimpah ruah. Semuanya memerlukan kesabaran. Sabar dengan segala nikmat yang melimpah ruah adalah dengan mempergunakannya untuk jalan yang dihalalkan Allah. Sabar dengan nikmat kesihatan yang baik tentunya dipergunakan untuk menyempurnakan ibadah kepadaNya. Sabar dengan anak-anak yang ramai adalah dengan mendidiknya dengan sesempurna mungkin dan menganggapnya suatu amanah dari Allah

Namun pada hakikatnya tidak ramai manusia yang mampu bersabar. Ingatlah sikap putus asa dan berputus harap adalah sikap yang tercela dalam Islam. Jangan sekali-kali kita termasuk ke dalam golongan ini. Dengan berputus asa berarti kita telah berputus harap dengan Allah dan tidak yakin dengan janji-janji Nya. Sifat ini bukan nya milik orang beriman tetapi milik kaum yang kafir.Yakinlah dengan segala janji Allah kepada hambanya yang sentiasa sabar dalam keadaan susah dan senang. Sebagaimana pesanan nabi Yaacob kepada puteranya :
يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf 87)
Bersabarlah.....

Polis lerai penyokong Uthayakumar

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk meleraikan kira-kira 200 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan terhadap tahanan ISA, Uthayakumar.

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Pada masa ini, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripad lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

Sehingga jam 12.20 tengahari, polis menahan sembilan orang.


Kenaikan tol ditangguh kerana pilihanraya kecil ?

Kabinet hari ini menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya seperti yang diumumkan semalam.

Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan

Penangguhan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai usaha untuk menarik hari rakyat dari tidak menyokong calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kedua-dua tempat itu melibatkan Lebih Raya PLUS yang pada awalnya disenaraikan salah satu dari 5 lingkaran tol yang dinaikkan harganya.

Inilah taktik terdesak BN yang sering kita lihat. Sesudah Piliharaya mereka akanmw menaikkan harga TOL sebagaimana rencana asal yang telah diumumkan, itulah yang kita faham.

FRU surai penyokong tahanan ISA

KUALA LUMPUR: Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyuraikan kira-kira 200 orang penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P Uthayakumar, yang enggan beredar selepas berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk membuat laporan polis bagi mendesak beliau diberi rawatan lebih baik.

Pasukan FRU terpaksa menyembur air selepas mereka terbabit tidak menghiraukan arahan untuk bersurai.

Kira-kira 200 berarak ke IPD Brickfields

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 orang berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk membuat laporan polis bagi mendesak supaya P Uthayakumar yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diberikan rawatan sewajarnya.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Mencapai Kebahagiaan

Kebahagiaan adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan. Adakah ianya seorang yang beriman atau pun tidak beriman kebahagiaan adalah suatu matlamat hidup dan suatu yang amat diharapkan oleh setiap insan. Terkadang maruah dan perabadi hatta aqidah tergadai demi mencapai apa yang dikatakan kebahagian.

Tidak ada manusia yang tidak mahu kepada kebahagian, apalagi sebagai seorang yang beriman kita mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat dengan doa yang sentiasa kita panjatkan kehadrat Allah SWT..

Berbahagialah anda yang memiliki sifat-sifat seperti di bawah, sama-sama kerahkan sepenuh tenaga untuk mendapatkannya.

Beriman sesungguhnya kepada Allah SWT dan diiringkan dengan amal soleh pasti insan akan mendapat kebahagiaan yang hakiki dunia dan akhirat. Fiman Allah SWT:-
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ


"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al Baqarah : 62)

Janji Allah SWT adalah pasti kepada orang yang beriman dan beramal soleh sebagaimana firman Allah:-
وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُولَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya. " (Al Baqarah : 82)

Banyak peluang yang diberikan oleh Allah dalam hidup kita untuk berbuat baik kepada makhluk Nya, samada manusia , haiwan atau tumbuhan. Namun jarang diperhatikan sehingga ianya berlalu begitu sahaja.

Oleh itu kalau hendak menjadi seorang yang bahagia rebutlah peluang untuk berbuat baik. Kalau kita mempunyai pangkat dan kuasa berbuat baiklah dengan nya. kalau kita ada harta dan kemewahan besedekahlah dengannya. Jika Allah takdirkan kita bertemu dengan manusia dalam keadaan kelaparan bantulah dengan makanan keperluannya. Pastinya tidak akan habis bekalan kita kerana membantunya, tidak akan kelaparan anak-anak kita di rumah cuma dengan hanya memberi sepotong roti kepada orang yang memerlukan. Hatta jika Allah temukan anda dengan binatang yang sedang kelaparan berikan sedikit makanan untuknya tanda kita telah berbakti kepada makhluknya. Mudah-mudahan pintu rezeki kita terbuka luas kerananya.

Nescaya tidak akan sia-sia segala yang kita lakukan , kerana Allah telah berjanji dalan Al Quran :-


وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya." ( Al Baqarah :25)

Alangkah bahagia hidup ini dengan berbuat baik kepada semua. Pastinya terhindarlah insan sepertinya dengan perasaan tamak, dengki, bakhil , angkuh, sombong, takabbur dan sebagai nya sifat terpuji.

Orang yang paling bahagia adalah hidupnya bersandarkan kepada Allah SWT. Sentiasa berzikir dan berdoa kehadrat Allah SWT. Susah senang kehidupannya diyakini adalah dari Allah SWT setelah melakukan ikhtiar sebagai pelengkap tawakkal.

Berzikir dan berdoa dalam keadaan susah atau senang menyebab kan tercapai kebahagiaan yang diharapkan.Firman Allah SWT;-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. " (Al Ahzab : 41)

Berdoa dan berzikir bukan hanya di waktu susah sahaja. Jangan jadi sesorang insan yang banyak berdoa dan banyak berzikir kepada Allah bila dia ditimpa musibah dan dalam keadaan bahaya. Inilah kebiasaan yang berlaku. Bila dalm keadaan senang, masaalah telah selesai di kembali lupa kepada Allah. Golongan ini Allah sifatkan sebagao golongan yang melampaui batas :-
وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِداً أَوْ قَآئِماً فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. "(Yunus :12)

Bahagia dalam perjuangan bukan kerana telah mencapai kemenangan. Namun kerana telah berjuang dalam kelompok yang benar-benar memperjuangkan Al Quran dan Sunnah Rasul. Jika bahagia mereka yang berjuangan dengan idealogi yang salah tentunya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya dia sedang berdepan dengan tanggungjawab dan persoalan yang akan dijawab kelak dihadapan Allah SWT. Sesungguhnya kemenangan itu hanya dari Allah SWT:-

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
"Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." ( Ali 'Imraan : 126)
وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِداً أَوْ قَآئِماً فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

"(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisaa' : 13)

Semuga kita semua berbahagia....Berbahgialah....


Lebih 5000 dengar ceramah Nizar di Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR, Lebih 5000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah penerangan yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ir.Muhammad Nizar Jamluddin yang diadakan di Sayong disini.

Sambutan dari masyarakat berbilang kaum itu dianggap sebagai isyarat yang jelas bahawa dakwaan bahawa Ir. Nizar merupakan MB yang sah dan mewakili rakyat Perak buka dakwaan kosong pakatan Rakyat.

saya mencabar Dr. Zambry untuk mengadakan ceramah ditempat yang sama untuk melihat sejauh mana kekuatan dan penerimaan rakyat terhadap beliau.

Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj.Abdul Wahid Endut, Exco kanan, Dato'Ngeh Khoo Ham, Pengerusi BBC Perak, Drs. Khalil Idham Lim, dan Bendahari PAS Negeri, Dr. Khairuddin Abdul Malik.

Ceramah tersebut telah mendapat kerjasama yang baik dari 18 orang pegawai keselamatan yang dihantar untuk membantu kesesakan lalulintas.

Bekas Ahli Parlimen Tumpat meninggal dunia.

KOTA BHARU, 28 Feb : - Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang.

Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia. Isterinya juga berasal dari Bukit Tinggi.

Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan.

"Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat," katanya.

Jenazahnya akan disembahyang kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Pasir Pekan tidak jauh dari rumahnya. Ia dijangka diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut. Alfatihah. Harakahdaily.

Usul sokong Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Saya akan bentangkan usul pertama bila sidang DUN Tergempar diadakan pada 3 Mac ini seperti diumumkan oleh Speaker. Usul yang saya akan kemukakan berkaitan dengan menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Saya juga mengesahkan telah menghantar usul tersebut kepada speaker DUN Perak, V Sivakumar 24 Februari yang lepas.

BN persoal sidang DUN Tergempar.

Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mula mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN 3 Mac ini. Sedangkan sidang tergempar yang diumumkan oleh Sivakumar tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dulu.

Petang tadi, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco kudeta berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam reaksi segera daripada para Exco kudeta, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.

"Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.

"Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry," katanya kepada mStar Online hari ini.

Ramly mendakwa , tindakan Speaker hari ini adalah bertentangan dengan undang-undang kerana Speaker sepatutnya perlu memberi notis selama 14 hari kepada ADUN sebelum memanggil sidang DUN.

Lain pula ulasan dari ADUN MCA tunggal dalam BN Perak, Dr Mah yang menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.

"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?

"Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya.

Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.

Tindakan Speaker yang dilakukan beberapa kali cuma dipersoalkan oleh wakil BN dan pimpinannya tidak mematuhi undang-undang. namun semuanya tidak dapat bertindak dan mencabar keputusan itu kerana Keputusan Speaker tidak boleh dicabar melalui saluran undang-undang.

Sebelum ini nasihat PM supaya Zambry Abdul Kadir membuat laporan Polis di tempelak oleh Tun Dr. Mahadhir sebagai lucu.

Speaker Perak cuba dihalang panggil sidang tergempar

IPOH: Krisis perlembagaan di Perak semakin menarik apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, Selasa ini, dikatakan cuba dihalang oleh Penasihat Undang-Undang negeri. Satu tindakan yang melangkaui bidang tugas beliau yang sebenarnya.

Notis pemberitahuan bagi mengadakan sidang tergempar itu sudah dihantar kepada Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, tetapi Sivakumar mendakwa beliau dimaklumkan Penasihat Undang-Undang negeri cuba menghalang dengan tidak membenarkan notis itu diedarkan.

Pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, Sivakumar menyifatkan tindakan Penasihat Undang-Undang negeri mencampuri bidang kuasa Speaker sebagai pencabulan dan pertindihan kuasa antara eksekutif dan legislatif.

Speaker dari Pakatan Rakyat itu memanggil sidang berkenaan bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis perlembagaan negeri, tetapi Menteri Besar kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Ahli Exco kudetanya dan tiga wakil rakyat Bebas tidak dibenarkan hadir.

Dua usul berkenaan dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dan Adun Titi Serong (Pas), Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang diterima pada 24 Februari lalu.

Drs. Khalil mengemukakan usul menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, sementara Chang mengusulkan supaya persidangan diadakan bagi menyokong pembubaran DUN.

Sivakumar berkata, sidang itu turut diadakan bagi menolak pelantikan Zambry yang juga Adun Pangkor, sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata, Speaker mempunyai kuasa mengadakan persidangan tergempar mengikut Perintah Tetap 8 dan 11.

Mengikut Perintah Tetap 8, Speaker boleh mengadakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat dewan dengan notis 14 hari. Bagaimanapun, notis 14 hari tidak diperlukan jika Speaker mengadakan sidang tergempar dan mesyuarat boleh dilakukan seberapa segera.

Perintah Tetap 11 pula menyatakan mesyuarat dewan dalam setiap penggal hendaklah diadakan pada hari tertentu dan bermula dari suatu waktu, seperti yang ditetapkan oleh Speaker.

"Sebagai Speaker, saya meminta diadakan sidang DUN terlebih dulu untuk mendapatkan undi majoriti. Selepas mendapat keputusan undi itu, baru pelantikan boleh dibuat.

"Justeru, saya sudah menulis surat untuk memanggil semua anggota dewan bagi menghadiri sidang tergempar itu dan surat berkenaan diserahkan kepada setiausaha DUN untuk diedarkan," katanya.

Tiga wakil rakyat Bebas, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) pula sudah meletakkan jawatan sebagai Adun selepas meninggalkan parti masing-masing dalam Pakatan Rakyat.

Ditanya apakah tindakan memanggil sidang tergempar itu mencabar kuasa Sultan, Sivakumar menegaskan beliau hanya mengikut prosedur dan peraturan sebagai Speaker.

Katanya, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa.

Setiausaha Majlis,Abdullah antong berkata "Penasihat Undang-Undang masih dalam proses untuk menjawab permohonan itu sama ada persidangan tergempar itu boleh diadakan atau sebaliknya," katanya yang menjangka keputusan itu akan diperoleh selewat-lewatnya, Isnin ini.

Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau terpaksa mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-undang negeri kerana kes itu belum pernah dilakukan Speaker sebelum ini.