28 February 2009

Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.

Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Speaker : 3 Mac sidang tergempar DUN Perak

IPOH : Speaker Perak, V Sivakumar berkata beliau akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis Perlembagaan di negeri itu.

Pengumuman itu dibuat pada jam 3.00 petang tadi dipejabatnya disini.

Nizar serah kediaman rasmi MB Perak tetapi simpan kereta rasmi

IPOH: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.

Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.30 pagi tadi di kediaman berkenaan.

Majlis penyerahan ringkas itu mendapat perhatian ramai wartawan.

Amran Harun menjelaskan penyerahan kediaman itu bukan maksudnya pakatan rakyat mengalah, termasuklah kereta rasmi Menteri Besar tidak akan diserahkan lagi seperti yang diputuskan oleh pimpinan pakatan Rakyat sebelum selesai kes di mahkamah. Sekiranya mahkamah sudah membuat keputusan barulah kenderaan itu diserahkan.

Ugutan Najib, sedikit ulasan.

Banyak pihak merasa tidak puas hati mengenai kenyataan Najib yang disiarkan dalam media hari ini mengenai dua orang ADUN pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan rasuah yang melibatkan wang sehingga RM 20 juta supaya melompat kepada BN.

Apabila Najib menyebut "tidak masuk akal". Jangan sampai menganggap dia sahaja yang ada akal. Paling malang kalau tindakan seseorang itu diluar akal yang waras..

Walauopun dia mengatakan pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan sebaliknya dengan nada suatu ugutan beliau mengatkan bahawa pihak yang membuat dakwaan palsu akan didakwa.

Sebagai orang yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri malaysia ke 6, sepatutnya Najib mengambil peluang untuk memberi kenyataan yang menggambarkan dia adalah bakal negarawan yang melayakkan dia dilantik ke jawatan itu.

Walaupun ramai sudah melihat banyak "ranjau" dan "kubur besar" sedang menunggu sebelum dia dilantik ke jawatan itu. Banyak yang maklum tanpa disebutkan dengan jelas dalam perbahasan ringkas ini.

Alangkah manis kalau dia cuma berkata perkara itu terpulanglah kepada SPRM dan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan tuduhan itu bersedia untuk disiasat termasuklah dirinya sendiri. Jangan sesekali mengakhirinya dengan suatu ugutan dan semacam penafian pemimpin UMNO "maksum" dengan kesalahan.

Sebagaimana kami pimpinan Pakatan Rakyat sering membuka pintu untuk SPRM menyiasat apa saja tuduhan walaupun tiada asas langsung.

Sebenarnya asas laporan saya mengenai tuduhan 3 orang ADUN menerima rasuah sejumlah wang agar SPRM melakukan siasatan sehingga kepada beberapa laporan ahli Kelab Penyokong Kerajaan pakatan Rakyat (PR-BBC) yang lain kerana semuanya mesti ada kaitan.

Kaitannya tidak lain dari kejatuhan kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Politik kotor menghalalkan segala cara demi matlamat mendapatkan kuasa adalah tembelang yang tidak dapat disembunyikan lagi di Perak.

Insya Allah kebenaran akan menang juga cepat ataupun lambat.

Perang mulut, Parlimen dicemari.

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.

Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, menurut Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.

"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.

"Pada sesi pembukaan kali ini satu usul telah dikemukakan mengenai pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli Parlimen namun apa yang berlaku ia telah dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta maaf atas apa yang terjadi kepada Karpal hari ini.

"Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.

"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.

Sementara itu, Karpal dan Gobind Singh ketika dihubungi malam tadi masing-masing menafikan sudah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di bangunan Parlimen petang semalam.

"Saya belum buat apa-apa laporan kepada polis lagi setakat ini. Kita mahu lihat dulu bagaimana tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dan Parlimen dahulu,"kata Gobind kepada mStar Online malam tadi.mstar.

Perbezaan Ilmu dan Harta

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

Kembalilah Kepada Islam 2.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujuraat ayat ke 13:



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ




"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Keberadaan manusia di dunia sesungguhnya terdiri dari pelbagai bangsa dan suku yang berbeza dari segi budaya, bahasa, adat dan sebagainya. Contohnya di negeri China terdapat 56 suku yang berbeza-beza. Jumlah yang banyak setanding dengan jumlah penduduk melebihi 1.3 billion.

Setiap bangsa dan suku sering berbalah dengan meletakkan segala-galanya lebih baik dari suku dan bangsa yang lain. Keadaan berpuak-puak seperti ini berlaku sejak zaman nabi Adam as.lagi. Perbalahan antara Habil dan Qabil membawa peristiwa pembunuhan dan pertumpahan darah yang pertama. Tidak ada satu bangasa dan suku pun akan mudah melutut dan mengaku kalah apa lagi menyatakan mereka tidak baik dari orang lain. Allah menukilkan kisah tersebut dalam surah Al Maidah ayat 27 :




وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ




"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".

Perbalahan suku kaum Arab berlarutan ratusan tahun sehinggalah datangnya Islam. Khususnya perutusan Nabi Muhammad saw membawa sinar baru kepada tamaddun kehidupan manusia. Ikatan manusia bukan setakat kerana suku dan bangsa semata-mata tetapi setelah mengucap dua kalimah syahadah kita di anggap bersaudara.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujuraat ayat 10:






إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ





Ajaran Islam telah memurnikan seluruh corak kehidupan segala bangsa di dunia. Khususnya bangsa Arab yang terdiri dari berbagai suku telah dimurnikan oleh ajaran Islam. Mereka telah disatukan di bawah satu bumbung aqidah dan cara hidup. Segala cara hidup, sikap, perbuatan, adat dan sebagainya telah di "tapis" atau disaring oleh Islam. Maka lahirlah satu masyarakat Islam contoh di Madinah yang diasaskan sendiri oleh Baginda Rasulullah saw. Menyatukan suku kaun Muhajirin dan Ansar, menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang sering berbalah dan berperang walaupun kerana seekor unta.

Contohnya cara makan dan minum termasuk apa yang dimakan dan diminum telah dimurnikan oleh Islam.Indahnya Islam, sesuatu yang tidak bercanggah tetap diterima dan boleh dipakai. Bayangkan Islam tidak melarang orang Islam di Negeri China yang telah makan dengan menggunakan "chopstick" atau sepit yang telah digunakan beribu tahun lampau.

Demikianlah Indahnya Islam, mengajak menyeru manusia kembali kepada suatu kehidupan yang telah dimurnikan dalam satu ajaran dan acuan iaitun Al Quran dan Al Hadits.

Kembalilah kepada Islam, berjuanglah untuk menegakkan Islam, kembalilah tanpa ragu dan syak wasangka walaupun sebesar zarrah. Kembalilah....