26 February 2009

SPR: 4 Mac putuskan pilihan raya kecil Batang Ai

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak pagi ini akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil kawasan itu 4 Mac ini.

Difahamkan pilihan raya kecil itu akan diadakan selepas dua pilihan raya kecil serentak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau awal April.

Mesyuarat itu akan diadakan di Kuching berbanding empat pertemuan sebelum ini yang berlangsung di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Oleh kerana ia melibatkan bahagian di Sarawak dan oleh kerana SPR juga bercadang mengunjungi pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, maka mesyuarat akan diadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya," kata Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

Wan Ahmad juga mengulangi kemungkinan pilihan raya kecil Batang Ai tidak akan diadakan serentak dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Kerusi Batang Ai melibatkan kawasan pedalaman dan ia terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung."Jadi, banyak persiapan perlu diadakan... jadi tidak mungkin diadakan serentak," katanya.Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil Batang Ai diadakan selepas 7 April, Wan Omar berkata, "secara peribadi saya merasakan kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masih ada masa (tempoh 60 hari).

"Bagaimanapun katanya, aspek itu akan ditentukan secara mendalam oleh panel SPR minggu depan.Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan berlangsung 7 April manakala penamaan calon pula 29 Mac.

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai perlu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN) semalam.

Terdahulu, Pengarah SPR Sarawak, Takun Sunggah memberitahu Bernama bahawa notis yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar itu dihantar melalui faks terus ke SPR di Putrajaya.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini pada 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.

Perbicaraan ditangguh.

KUALA LUMPUR : Perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arif setelah beliau mengumumkan menarik diri dan memberi pilihan kepada DS. Nizar samada ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau diMahkamah Persekutuan.

Jam 11.30 pagi : ADUN Malim Nawar sampai ke SPRM untuk membuat laporan.

IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim.

Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.

TERKINI JAM 11.15 pagi: ADUN Kuala Kurau Sedang Memberi Keterangan kepada SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.

TERKINI JAM 10.45 pagi:Hakim Mohd.Arif Tarik Diri

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir.

Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.

Kenyataan bodoh Muhd. Taib .

Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib mengeluarkan kenyataan bodoh dengan katanya tindakan Pakatan Rakyat bertujuan memastikan suasana politik Perak terus huru-hara dan memaksa Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pakatan Rakyat di Perak disifatkan menganggu pentadbiran kerajaan pimpinan Menteri Besar Kudeta,Zambry Abd. Kadir membuktikan mereka merancang penderhakaan bersiri terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Memanglah layaknya seorang perompak wang rakyat selangor yang dibawa lari ke Australia bercakap tanpa menghiraukan di Perak juga BN merompak kuasa dari rakyat dan pakatan Rakyat.

Muhd Taib menuduh tapa asas yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak (DUN), V. Sivakumar yang menggantung keanggotaan Zambry dan enam exco kerajaan negeri serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas baru-baru ini.

Isu derahaka yang sudah lapuk dan tidak dapat memancing undi orang melayu dimainkan kembali oleh beliau, ‘‘Cadangan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry merupakan tindakan penderhakaan bersiri kepada Sultan Perak,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.