24 February 2009

36 laporan polis terhadap Ahmad Said

Sebanyak 36 laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya mengenai hasil siasatan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri besar Selangor itu berkaitan dakwaan sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya menggunakan dana kerajaan negeri.

AMK pusat membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Campbell di ibunegara hari ini.

Laporan itu dibuat oleh ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin pada kira-kira jam 12.10 tengahari tadi.

Hadir sama kira-kira 20 penyokong AMK, termasuk exco AMK, Hasmuzair Hassan, dan dua pemimpin AMK Wilayah Persekutuan.

Sehingga ini, kata Shamsul, 36 laporan polis telah dibuat oleh AMK negeri dan bahagian di seluruh negara.

Turut membuat laporan hari ialah AMK Selangor, Johor dan Perlis.

Di Selangor, laporan tersebut dibuat oleh ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 1.30 petang.

Menurut Ketua Penerangannya, Mazli Saring berkata, 22 bahagian AMK di negeri itu akan membuat laporan yang sama esok.

Manakala di Perlis pula, ketua AMK negeri, Zamri Sapar membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di Kangar.

Di Johor, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Johor Bahru Central kira-kira jam 1.15 petang tadi oleh ketua AMK negeri, Zabidie Abas.

Dalam laporan tersebut, Zabidie mendakwa Ahmad Said menyalahgunakan kuasa beliau dengan melanggar Akta SPRM yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa tindakan Ahmad Said itu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Selangor, di samping mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan kes-kes rasuah.malaysiakini.

PAS ada 'Baiah' elak lompat parti - Ustaz Hadi

KEPALA BATAS, 23 Feb : - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil."

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.Harakahdaily.

Gambar menarik 23/2/2008.

Sekitar perbicaraan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, kami sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan semua pengunjung.

mahkamah bergelap sekitar 15 minit..

Perjalananan pergi YAB MB bertemu hampir 100 %yang mengenalinya.

Berdoa selepas solat di hentian jejantas Sungai Buloh.

ADUN Titi Serong dipintu masuk kamar perbicaraan.

Minum petang dalam peerjalanan balik di hentian Rawang.

Rahsia budu terbongkar.....

Dikirim : ZAMRI" kecik's

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Peringatan untuk wanita dan para suami

Oleh : ZAMRI" kecik's

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta Anda, sangat lah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payu dara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payu dara,terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payu dara baru-baru ini.Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.Jadi tolong berhati hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirim kan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangat lah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payu dara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Pesuruhjaya Kehakiman tentukan Rabu ini sama ada dengar permohonan Nizar

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan Rabu ini untuk memutuskan sama ada perlu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu di Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini, selepas selesai mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said, yang mewakili Pejabat Peguam Negara berhubung isu itu.

Pada 18 Februari lalu, Mohamad Ariff menyatakan keinginannya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang untuk parti Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

Dua isu lain iaitu sama ada kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi penentuan persoalan undang-undang dan sama ada Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, boleh mewakili Zambry dalam kes itu, akan ditentukan selepas Mohamad Ariff mengumumkan keputusannya.

Speaker Perak beri keterangan kepada Polis.

IPOH, 23 Feb.:-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang demikian maklumat yang dilaporkan kepada WM Cina Islam oleh ADUN Buntong, Siva Subramaniam sebentar tadi.

Hadir sama di pejabat guaman itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong Sivasubramaniam sendiri, Adun Canning Wong Kah Woh, Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, dan Adun Pokok Assam Yee Seu Kai.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.

Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan.

"Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis berkenaan bahawa saya bersedia menemui beliau pada 23 Februari (hari ini) untuk kenyataan saya direkodkan," katanya.

Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis dalam proses tersebut.

"Dengan bertemu pegawai polis berkenaan hari ini untuk merekodkan kenyataan saya, saya telah memberikan sepenuh kerjasama sehingga ke tahap kerjasama saya itu tidak melanggari atau menyalahi apa-apa peruntukan undang-undang di negara ini," katanya.

Ke London, bazir duit rakyat, hina negara sendiri.

Zambry Abdul Kadir mengumumkan beliau mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Rombongan berkenaan dimaklumkan telah berlepas ke London termasuk di dalamnya salah seorang ADUN Kudeta yang terlibat.

Saya dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dari Mahhkamah Tinggi Kuala Lumpur berminat untuk mengulas perkara itu dalam beberapa sudut :-

1. Tindakan terdesak yang sedang dilakukan oleh ADUN Pangkor dan ADUN yang terlibat adalah untuk mempertahankan kerajaan haram yang diambil sejak 6 Feb yang lepas. Nampaknya dalam tempoh rampasan kuasa itu sehingga sekarang mereka telah mengkaji semua sudut perundangan yang ada bagi mempertahankan kedudukan haram itu. Bila sudah buat keputusan untuk ke London dan merujuk kepada peguam di sana bererti harapan kepada undang-undang yang ada di Malaysia sudah tidak ada lagi.

2. Tidakkah di Malaysia terdapat ribuan peguam dan ratusan hakim termasuk yang menjadi Ahli UMNO termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri. Ternyata tidak ada satu sudut pun dapat menolong kerja jahat mereka.Sebeb itu mereka ke London.

3. Manakah semangat cintakan negara dan perlembagaaan dan sistem undang-undang yang kononnya dilaungkan selama ini. Atas prinsip Rukun Negara "Keluhuran Perlembagaan" tindakan Zambry dan kuncu-kuncunya adalah menghina sistem yang ada di Malaysia, mereka telah menghina sistem yang ada di negara sendiri.

4. Salah guna harta rakyat berlaku lagi, mereka ke London bukan dengan duit peribadi. Saya yakin puluhan ribu akan dibelanjakan untuk ini. Harta Rakyat nampaknya disalah guna untuk mempertahankan kerja jahat parti UMNO dan BN. Sepatutnya mereka pergi dengan duit parti bukanya duit rakyat.

5. Saya sangat bangga dan bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan untuk kami memperjuangkan kebenaran ini. Doakan kemenangan yang pasti akan tiba.

Jam 5.00 Petang : Perbicaraan ditangguh.

Sebutan kes Saman DS. Muhammad Nizar Jamaluddin terhadap Zambry Abdul Kadir ditangguhkan pembicaraannya sebentar tadi oleh Hakim Mohd. Arif.

Perbicaraan akan disambung kembali pada hari Rabu ini jam 9.00 di tempat yang sama.

Jam 3.42 Petang: Penghujahan Sedang Berlangsung

Penghujahan dari pihak Peguam Negara dan peguam yang mewakili DS Nizar sedang berlangsung bermula jam 2.50 petang tadi.

Hakim Mohd.Arif B.Mohd Yusuf sedang mendengar penghujahan dari kedua belah pihak mengenai persoalan pertama adakah kewajaran Mohd.Arif terus menjadi hakim dalam sebutan kes ini.

Sebelum ini timbul persoalan mengenai Moh.Arif yang pernah menjadi penasihat kepada PKR dan PAS.

Jam: 2.35 petang:Mahkamah Bergelap Sekitar 15 minit

Kuala Lumpur, 23 Feb; Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bergelap selama 15 minit sebentar tadi dalam keadaan semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak.

YAB Menteri Besar Perak,Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di mahkamah pada kira-kira jam 2.20 petang bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Khoo Ham, YB.Nga Kor Ming, YB.Sivanesan dan YB.Hj.Mohd Zainuddin, Pengerusi BBC Perak, YB.Drs.Khalil Idham Lim dan Pengerusi PKR, Hj.Osman beserta ahli rombongan lain.

Semua pihak sedang menunggu masa sebutan kes untuk kali yang kedua pada bila-bila masa oleh Hakim.

Kelihatan hadir ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri Perak, Ahmad Kamal yang mewakili Zambry Abdul Kadir, dimana mendapat bantahan dari peguam yang mewakili DS Nizar dalam sebutan pertama lalu.Hakim akan menentukan kewajaran beliau mewakili Zamry kerana dakwaan dikenakan atas batang tubuh Zamry sedangkan dia Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

Pada hari ini juga, Hakim akan memutuskan samaada kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

Panduan Peguam Diraja di London, kerajaan MB kudeta sudah pening kepala.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kudetanya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Satu tindakan yang mengelirukan seolah-olah sistem perundangan di Malaysia tidak mampu lagi menyelamatkan tindakan jahat mereka.

Paling memeranjatkan banyak pihak, tindakan ini memperlihatkan suatu penghinaan kepada sistem undang-undang yang ada di Malaysia. Adakah sesuai jika kita katakan mereka inilah yang penderhaka kepada negara sendiri ?

Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini.

Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata seorang sumber yang dipetik oleh The Star hari ini.

Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.

Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.

Pada Rabu lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula digantung selama 12 bulan.

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (ADUN Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd. Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang).

Pada keesokan hari, Zambry berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan tindakan menggantung mereka daripada menyertai mesyuarat DUN.

Sehubungan dengan itu juga Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan yang salah dan mengelirukan kepada Zambry suapaya membuat laporan Polis. Arahan itu dianggap lucu dan diluar bidang kuasa polis oleh Tun Dr. Mahadhir.

Nasihat PM lucu : Dr. Mahadhir.

Tindakan Abdullah Ahmad badawi mengarahkan Zambry membuat laporan polis kerana dikenakan tindakan gantung dari mengikuti mesyuarat Dewan bersama exco haram lain di tempelak oleh Dr. Mahadhir dalam blognya di bawah, kata Tun :-

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Nizar di mahkamah Tinggi KL jam 2.30 petang ini.

Terkini : YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2.30 petang ini bagi mengikuti sebutan untuk kali ke 2 kes saman yang difailkan di Mahkamah itu minggu lalu.

ADUN sampaikan risalah kepada Kaum Cina .

PARIT BUNTAR, 22 Feb.:- ADUN Titi Serong, Drs. Kahlil Idham Lim dengan dibantu oleh Kelab Penyokong PAS dan petugas Pejabat ADUN telah mengedarkan risalah Isu Perak kepada warga Cina Parit Buntar.

Lawatan yang bermula pada jam 8.00 malam itu melibat tempat tumpuan Kaum Cina di Parit Buntar. Drs. Khalil telah melawat Pusat Jualn makanan 99 di Pekan baru dan Pusat Jaualan makanan Tong Cai di Panggung Capitol Lama Parit Buntar.

Hadir bersama beliau ialah YDP PAS Kawasan, Hj. Harun Hashim dan Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Antara kaum dan NGO JPN Pulau Pinang, C.J. Ong.

>