22 February 2009

MB Nizar pilihan rakyat.

TANJUNG MALIM, 21 Feb :-YAB Menteri Besar Perak Pakatan rakyat terus mendapat sokongan padu dari rakyat jelata. Buktinya di mana saja beliau muncul rakyat sedia menunggu dengan kegembiraan dan penghormatan . "Aura" Menteri Besar saya yakin masih berada pada jasad DS. Nizar dan tidak berada pada jasad perampas kuasa Zamry.

Jadual ketat telah disusun oleh Skretariet Pakatan Rakyat supaya YAB Menteri Besar dapat menjelajah ke seluruh pelusuk Perak untuk kali yang kedua.

Kelmarin beliau berada di Daerah Tanjung Malim. Saya menerima kiriman gambar sekitar lawatan bertemu rakyat itu dari Mohamad Nazari Ibrahim. Ucapan terima kasih dengan keprihatinan beliau untuk berkongsi detik-detik menarik lawatan MB kesayangan itu.





















JKKK pertahan Pakatan Rakyat.

Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG, 21 Feb.:- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pakatan Rakyat di seluruh Perak disyor supaya mengadakan mesyuarat untuk mewujudkan permuafakatan bersama memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Setiausaha JKKK Kampung Luat, Mohd Rashidi Yusuf, berkata permuafakatan seluruh pemimpin peringkat akar umbi yang dilantik kerajaan Pakatan Rakyat sejak Ogos tahun lalu dari seluruh pelusuk negeri mampu menjadi suara yang kuat untuk mempertahankan kerajaan pilihan rakyat.

"Sepatutnya sejak awal lagi JKKK di seluruh negeri mewujudkan permuafakatan supaya gemblingan tenaga dan buah fikiran dapat menjadi pemangkin supaya kerajaan Pakatan Rakyat terus utuh. "Bagaimanapun dalam keadaan sekarang tindakan bersama masih boleh diwujudkan

Mohd Rashidi berkata, permuakatan juga wajar menjadi suara bersama untuk merayu supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mempertimbangkan semula untuk memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Katanya, dalam keadaan apa jua, lebih-lebih lagi ketika suasana bercelaru seperti sekarang ini, suara padu permuafakatan sangat perlu kerana ada kekuatan padanya berikutan ia adalah suara dari peringkat akar umbi.

Mengenai kenyataan akhbar Menteri Besar Kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta JKKK meneruskan khidmat sebagai pimpinan peringkat akar umbi, beliau berkata ketua kampung dan seluruh JKKK lantikan kerajaan Pakatan Rakyat memang meneruskan khidmat mereka.

Katanya, tempoh penamatan jawatan untuk pemilihan atau lantikan baru belum tiba, tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan dan tidak pula penerusan khidmat dibuat berikutan kenyataan Zambry.

"Kami berkhidmat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kefahaman politik, ikhlas kerana amanah Allah. "Kalau kami diminta meletakkan jawatan (mungkin juga atas sebab arahan pimpinan kami sendiri), kami sedia kerana kami tidak gila kuasa, tidak mabuk kuasa.

"Kalau kami diminta meneruskan khidmat tanpa sebarang elaun pun kami sanggup kerana bukan itu matlamat kami," katanya.

Mohd Rashidi berkata, sebagai pemimpin peringkat akar umbi, beliau melahirkan rasa sedih kerana agenda pembangunan yang telah disusun untuk peringkat berkenaan semuanya terbantut kerana rampasan kuasa kerajaan negeri.

Katanya, walaupun dengan peruntukan yang sedikit, banyak perubahan dasar telah, sedang dan akan dilaksanakan di peringkat akar umbi hanya dalam masa tidak sampai setahun.

"Sekiranya diberi masa sekurang-kurangnya satu penggal, mungkin rakyat akan nampak lebih ketara perubahannya berbanding lebih 50 tahun BN memerintah negeri ini.

"Walau apa pun, saya percaya Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti Pakatan Rakyat akan menang lebih besar kerana imej BN, terutama Umno sudah dinampak terlalu buruk dan hodoh," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Sapi, Mohd Husaini Ismail, berharap Yang Dipertua PAS dapat memanggil semua ketua kampung dan JKKK dalam Kawasan Parlimen Lenggong bagi mengadakan mesyuarat untuk selaras semula tindakan.

Beliau juga berharap semua JKKK dalam Parlimen Lenggong meneruskan program munajat setiap malam.

Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok

IPOH, 21 Feb.:- YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok. Kata beliau semasa Ketika kepada pemberita di sini Sempena majlis Kesyukuran dan majlis makan tengah hari bersama pemimpin dan penyokong PAS di sini, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi yang berdekatan pagi esok.

Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu antara 10 dan 11 pagi."Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini" Kata Nizar.
"Saya mempunyai tujuh orang anak, yang perlu bawa dari sini," kata beliau sambil bersenyum.

Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan pada 6 Febuari lalu, Nizar berkata, beliau dan PR membuat keputusan tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi menghormati atas permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memohon rumah itu dikosongkan paling lewat pada 27 Februari ini.

Sebelum itu dalam ceramah ringkas setelah majlis doa selamat yang diadakan ditempat yang saama, Nizar menjelaskan tarikh sebenar akan diserahkan kediaman itu ialah pada 27 Februari.


Majlis tahlil dan doa selamat.

Sementara itu, Pegawai Khas Nizar, Amran Harun berkata, penyerahan kunci berkenaan akan dibuat seperti yang diarahkan melalui surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkenaan sampai, pelbagai program keilmuan seperti sembahyang hajat, tahlil dan aktiviti keagaaman akan diadakan.

"Kita akan menggunakan sepenuh masa yang ada ini sebelum menyerahkan kunci kediaman seperti dalam surat yang dihantar minggu lalu," katanya.

Amran berkata, Nizar akan berpindah ke rumah baru yang disewa di bandar raya ini.

"Biarlah lokasinya dirahsiakan... untuk keselamatan dan menghormati keluarga beliau," katanya.

Beliau berkata, operasi memindahkan perkakas rumah milik bekas Menteri Besar telah dijalankan sebelum ini.


Amran berkata, satu majlis khas akan diadakan 10 pagi esok bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan mengenai rampasan kuasa kerajaan negeri Perak.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat," katanya.

Zambry dakwa dia MB yang sah.

IPOH, 21 Feb.:- Zambry Abdul Kadir hari ini sekali lagi mendakwa kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri Perak adalah jelas tetapi kononnya telah cuba diberi tanggapan yang sebaliknya oleh pihak tertentu.

"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar belitkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Membina Negara Bangsa peringkat negeri di sini hari ini.Satu kenyataan untuk melindungi pakatan jahyat yang menjatuhkan kerjaan yang sah sebelum dari ini.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas tentang pertanyaan peserta program berkenaan mengenai kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari pakatan Rakyat.
Beliau berkata, walaupun perkara berkenaan telah berkali-kali diperjelaskan namun disebabkan masih ada pihak yang didakwanya memutarbelitkan fakta maka tanggapan wujudnya krisis perlembagaan dan undang-undang dalam proses peralihan kuasa terus didengari.

Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Perak yang baru dan Zambry dilantik Menteri Besar selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila empat wakil rakyat Pakatan Rakyat berjaya dibeli dengan sejumlah wang, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan seorang menyertai Umno bulan lepas.

Beberapa hari yang lepas, ADUN Titi Serong telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) agar satu siasatan dilakukan secara terperinci kepada ADUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering kerana dituduh dibeli oleh Barisan Nasional.

Ditanya kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak tidak memberi kenyataan untuk menjelaskan kedudukan daripada segi perlembagaan dan undang-undang, Zambry berkata, sebagai pegawai kerajaan, beliau terikat dan tidak boleh membuat kenyataan kepada media.

Mengenai tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Zambry berkata, perkara itu akan ditentukan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai," katanya.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu.

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan daripada sidang terakhir.

Semalam, Zambry menunjukan keangkuhannya dengan berkata, beliau akan tetap menghadiri sidang DUN walaupun jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengambil tindakan menggantung dan melarang beliau dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengumumkan Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Tindakan Sivakumar itu disokong oleh pelbagai pihak termasuk Pengerusi Majlis Peguam, Speaker Negeri kedah, Aziz Bari dan sebagainya.

Nik Aziz enggan komen kemelut PAS, Ibrahim Ali

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan memberikan sebarang ulasan berhubung PAS Kelantan yang mahukan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan ekoran tindakannya yang sering mengkritik parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu juga enggan memberikan komen ketika ditanya berhubung permintaan Ibrahim supaya beliau mengesahkan sendiri bahawa PAS Kelantan mahukannya meletak jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri di sini, hari ini.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu telah diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.mstar.

PAS Kelantan desak Ibrahim Ali letak jawatan

KOTA BAHARU: PAS yang tidak berpuas hati dengan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, Ahli Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkatam Ibrahim meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.

Mengenai kemungkinan Ibrahim akan menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata, terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya. mstar.


Speaker diancam bunuh, laporan polis dilakukan.

IPOH, 21, Feb.:-Laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya di lapor kepada pihak keselamatan oleh ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Laporan Itu telah dibuat di Balai Polis Ipoh Barat pada jam 2.00 petang tadi.

Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."

Khalil dan Wong sebelum membuat laporan polis.

Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".

Laman web Mykmu.net ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas telah melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Nizar ; Beri sumbangan untuk selamatkan Perak.

IPOH, 21 Feb.:-Tolong sebarkan maklumat kepada orang ramai, dengan sms, email,talipon dan sebagainya. " Saudara wajib talipon kepada saudara yang UMNO dan beri penjelasan yang sebenarnya." jels YAB DS. Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar jamaluddin dalam majlis kesyukuran sempena perpindahan keluar dari kediaman rasmi MB di sini.

Ir. Nizar juga menyeru supaya semua memberi sumbangan untuk menyelamatkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

Pada kesempatan itu beliau juga mendedahkan seorang Sultan di sebuah negeri yang dirahsiakan, menyatakan tindakan yang dilakukan di Perak adalah "gopoh".

"Ternyata BN gopoh, 5 Februari suruh saya letak jawatan, 6 hb sudah angkat sumpah." Kata Nizar.

UMNO makin terdesak.

IPOH, 21 Feb.:- Sejak semalam tersebar mengenai satu sms dari pihak tertentu yang memaklumkan UMNO dan BN sedang merancangkan untuk menggunakan mimbar masjid untuk membela tindakan rakus dan jahat yang dilakukan.

Apabila melihat tindakan yang tidak halal itu gagal dihalalkan dengan berbagai cara, maka kita melihat mereka ingin menghalalkan dengan menyalah gunakan mimbar masjid di seluruh Perak.

Inilah gambaran dan sikap UMNO dengan menyalahgunakan Masjid yang terkeluar dari fungsinya sebenarnya .

Pejabat MB murung dan sepi.

IPOH, 21 Feb.:- Keadaan Pejabat Menteri Besar sesudah rampasan kuasa menyebabkan suasana selama ini yang ceria menjadi murung dan sepi. Tidak ada temujanji dan kunjungan hormat oleh tamu untuk ucap tahniah kepada Menteri Besar Kudeta. Demikian ulasan dari Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Masduki dalam majlis Kesyukuran sempena perpindahan Keluar YAB MB dari Kediaman rasmi di sini..

Majlis yang dimulai dengan Tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ust. Hj. Ahmad Awang. majlis itu itu dihadiri sama oleh YAB Menteri Besar Perak, Exco Agama, Hj. Zainuddin Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Hj. Ismail Yusof, Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, dan lebih 500 orang hadirin lain.

Ust. Misbah juga mendedahkan maklumat bahawa pejabat Menteri Besar telah ditukar karpet dan perabutnya. Sedangkan semasa kita masuk dulu kita berjimat dengan mengguna yang sedia ada.

Speaker ikut peraturan.

Berikut adalah petikan dari Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak untuk kita teliti bersama sebagai penerangan dan hujah kepada musuh kita yang setiap hari memutar belit isu ini sejak speaker Dun Perak, V. Sivakumar bersama jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan mengenakan tidakan mengagnatung Zamry selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan.

Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media mesti dijawab dan disebarkan oleh semua penyokong PR yang mendapatkan maklumat ini.

72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.

(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.

78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.

89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Pakatan Rakyat tuntut bubar DUN.

IPOH, 20 Feb.:- Pihak kami menyeru Zambry Abdul Kadir demi mengutamakan demokrasi di Negeri Perak dan juga kepentingan rakyat bahawa sepatutnyya memohon pembubaran DUN dalam masa 24 jam. Tidak ada cara lain melainkan dengan pembubaran DUN. Demikian antara Kenyataan Exco Kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat, Nga Kor Meng dalam sidang akhbar sini.

Beliau juga berkata pakatan Rakyat sekarang memiliki 28 ahli dan BN 21 ahli dalam DUN. Oleh itu demi kepentingan rakyat inilah masanya Zambry menunjukkan sikapnya.

Nga Kor Meng juga menjelaskan reaksi pelbagai pihak di kalangan pemimpin UMNO dan PM menunjukkan penghinaan kepada Dewan dan Speaker. " Dalam aspek pengasingan kuasa Speaker adalah ketua keluarga, di mana keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. Kita percaya kepada Rukun Negara iaitu Kedaulatan undang-undang termasuklah Perintah Tetap DUN Perak" Katanya.

Katanya juga Speaker hendaklah merujuk kepada jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan kenyataan menghina DUN Perak termasuk Perdana Menteri.

Keputusan Speaker merujuk kepada Perintah Tetap DUN Perak perkara 72, 78(3) dan 89 adalah secara jelas dan ketara kuasa speaker melakukan mengikut peraturan.

Beliau juga menyatakan menerima banyak aduan dari seluruh negeri Perak mengenai pemberiaan hak milik kekal yang te3lah ditangguhkan. "Saya mencabar BN samada nak terima atau tidak dasar ini" kata Nga.

"Sedangkan dia ada penasihat India dan Cina, Jika ya kata ya dan jika tidak kata tidak" Tegasnya.

Sedangkan pada Jumaat lepas Zambry mengatakan semua dasar yang baik dia akan teruskan.

Beliau juga menjawab tohmahan dalam SMS yang tidak bertanggungjawab mengenai Speaker yang kononnya ditangkap ISA. "Dia selamat dan ditempatkan ditempat yang selesa". Jelasnya.