21 February 2009

Zambry sembahyang Jumaat dengan kawalan ketat.

IPOH: Zambry Abdul Kadir muncul bersembahyang di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia Ipoh dengan dikawal ketat oleh polis . satu situasi yang mengambarkan ketakutannya untuk bertemu dengan rakyat." Mungkin dia takut dilempar dengan kasut ?" kata seorang warga setempat yang bersembahyang bersama Zambry dan mengirim maklumat ini kepada kami.


"Macam mana nak jadi MB kalau kemana pun kena dikawal ketat oleh polis" Kata penalifon tersebut.

Beliau berkata kepada wartawan bahawa beliau dan enam Exco Kudeta kerajaan negeri tidak mahu mengambil tindakan melulu berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar yang menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.
Beliau juga mengatakan akan menggunakan saluran undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Mengenai kenyataan presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengatakan keputusan penggantungan terhadap beliau dan enam Exco berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah, Zambry menyifatkan ia hanya satu pandangan.
"Banyak dan pelbagai lagi pandangan yang dapat dilihat hari ini, apapun saya tidak mahu diseret dalam persoalan ini kerana yang penting saya meneruskan tanggungjawab sebagai menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zambry kesal dan kecewa terhadap pihak tertentu yang didakwanya melemparkan pandangan hina dan rendah terhadap institusi mufti dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.
Dakwanya rakyat sepatutnya tidak terjerumus dalam polemik sehingga menyebabkan peribadi mufti yang mulia dicemarkan dan institusi mufti tidak dihormati.

AMINAH WADUD – ANTARA FAKTA DAN AGENDA TERSEMBUNYI

Oleh : ZAMRI kecik's

Islam sentiasa menjamin hak wanita. Malah Islamlah yang memulakan agenda mertabatkan kedudukan wanita sebagaimana yang boleh kita lihat pada hari ini. Malah ia telah menjadi ’benchmark’ kepada lain-lain pergerakan emansipasi wanita seluruh dunia. Insan yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan demikian juga yang pertama syahid di jalan Allah juga adalah wanita. Malangnya, banyak yang buta sejarah kerana tidak didedahkan dengan fakta dan percaya kepada dakyah perosak agama yang menopengkan Islam sebagai pelantarnya.

Antara yang paling berjaya memanipulasikan fakta dan paling digeruni peranannya ketika ini dalam menjahanamkan kemurnian dan kesucian agama adalah gerakan Islam Liberal. Kita juga sudah mula menerima impak yang bakal mencipta sejarah bila NGO Sisters In Islam menjemput Prof. Dr. Aminah Wadud pelopor imam Jumaat wanita pertama datang ke negara ini dan diberikan layanan kelas pertama

Beliau bukan sahaja dijemput, malah diberikan penghormatan menjadi ’Key Speaker’ dalam satu forum bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh mereka ”Musawah Confrence On Equality And Justice In The Muslim Family” di sebuah hotel bertaraf 5 bintang yakni Prince Hotel di Kuala Lumpur pada 13 hingga 17 Februari, 2009 yang lalu.

Alasan mudah yang mungkin menghalalkan tindakan berkenaan adalah mungkin disebabkan Aminah pernah menjadi tenaga pengajar di negara ini satu waktu dahulu.

Ekoran peristiwa September 11 Islam mula mahu disuntik kononnya dengan nafas baru oleh para penjenayah agama dengan menggunakan individu dan badan NGO Islam yang kononnya melihat pengamalan Islam oleh umatnya dewasa ini adalah berdasarkan kefahaman cetek dan tafsiran dangkal para ulama silam.

Isu GENDER EQUALITY dijadikan sebagai umpan demi meraih sokongan. Kerana ceteknya ilmu agama, sejarah dan peradaban telah mendorong gerakan ini menjadi pujaan sebahagian wanita yang berpendidikan sekular. Sesungguhnya peruntukkan terhadap hak wanita dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Kalau ada negara contohnya menafikan hak wanita untuk mengundi dalam pilihan raya, Islam lah yang memberikan hak ini tanpa sebarang halangan seperti yang berlaku di Malaysia dan Iran. Malah sudah muncul ahli politik wanita Islam yang sudah mencapai tahap sebagai Perdana Menteri.

Yang tidak dibenarkan dituntut oleh wanita Muslimah adalah perkara-perkara yang telah menjadi amalan Islam sebagaimana yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw, diamalkan dari zaman Baginda sehingga hari ini. Antaranya adalah bahawa Solat Jumaat cuma diwajibkan ke atas umat Islam lelaki kerana itu imam dan khatibnya juga adalah terdiri dari kaum lelaki.

Malangnya, amalan ini kononnya ingin diperbaharui oleh Professor Amina Wadud, yang pada waktu itu adalah seorang profesor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University. Beliau telah telah mengimamkan solat Jumaat (dalam gereja) dengan jemaah sekitar 100 lebih orang yang bercampur gaul lelaki dan wanita.

Mengambil pendapat dari Sheikhul Azhar yang dipetik oleh BBC mengatakan Islam tidak membenarkan wanita menjadi khatib dan imam kepada jemaah yang termasuk kaum lelaki. Kerana solat Jumaat itu sendiri tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Kerana itu, peruntukkan hukum berkenaan amatlah jelas dalam hal ini. Soal sama ada Aminah merupakan professor juga tidaklah boleh dijadikan lesen bagi beliau untuk memberikan tafsiran sesuka hatinya dalam hal ini.

Hukum hakam dalam Islam bukan boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut fikiran dan akal individu semata-mata. Ia perlu melalui proses yang teliti dan ada prosedur yang perlu dipatuhi termasuklah diperakukan oleh badan yang diiktiraf.

Lebih menjadi kebimbangan berikutan peristiwa ini adalah penerimaan mereka yang kurang jelas pemahaman Islamnya dan memang pula merupakan juara dalam bab-bab memberikan tafsiran yang mengelirukan terhadap Islam seperti yang berlaku pada pertubuhan Sisters in Islam. Sekiranya ia tidak diberi perhatian serius dan dibendung, jangan terkejut perkara ini kelak dituruti secara membuta tuli oleh anggota masyarakat Islam dalam negara kita.

Oleh itu para mufti perlu segera bertindak menyelamatkan maruah dan martabat serta kesucian Islam di negara kita, segerelah bertindak sebelum berlaku perkara tidak di ingini seperti Stadium Bukit Jalil menjadi lokasi solat Jumaat pertama yang diimamkan oleh individu wanita yang terkeliru dalam negara kita.

Tentunya dunia barat yang sememangnya tidak senang dengan Islam akan menaja dan menyokong usaha sesat ini dengan menyatakan bahawa tindakan mereka ini amat terpuji bagi menggambarkan Islam yang lebih sederhana. Sesuai dengan imej negara kita kononnya. Walhal, memang semua perkara ini merekalah perancang dan pendakyah bagi mempastikan umat Islam sentiasa dalam kesesatan dan sentiasa berpecah belah.

Sebagai ahli NGO yang berpelantarkan Islam sebagai motto perjuangannya, saya sebagai Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil pendekatan tidak mahu bersekongkol, malah menentang serta mengutuk sebarang tindakan yang diambil atas nama agama bagi menghalalkan cara.

Dengan itu, melalui kesempatan ini kami ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam isu di atas supaya kembali ke pangkal jalan dan tidak menjadikan umat Islam di negara ini sebagai mangsa kepada strategi subersif menjahanam serta memporak perandakan kesucian agama ini melalui tindakan yang tidak matang, tidak mempunyai justifikasi dan tidak berlandaskan amalah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Janganlah menambah lagi ribut terhadap kemelut yang sudah melanda negara kita dengan perkara furuq yang tidak disandarkan kepada sebarang kitab muktabar. Siapalah seorang individu jika dibandingkan dengan ribuan ulama semenjak zaman Rasulullah sehingga kini dan apakah istimewanya beliau dan apakah yang cuba dibuktikan kepada dunia sehingga kita memperjudikan nama Malaysia dengan menjemput wanita sesat berkenaan menjadi juara disanjung dan dipuja.

Keputusan kes Altantuya dibuat selepas Najib jadi PM

Oleh : Herman Samsudeen

Bulan Mac semakin hampir, Najib Razak bakal dimahkotakan sebagai Presiden Umno sekaligus menamatkan karier politik Abdullah Ahmad Badawi. Paling penting, Najib juga bakal menjadi PM sebelum keputusan perbicaraan kes Altantuya diumumkan pada 9 April 2009.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam mengesa supaya pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Abdullah kepada timbalannya Najib ditangguhkan untuk Abdullah melunaskan segala tugas dan agenda yang belum diselesaikan.

Selain itu, beberapa tuduhan terhadap Najib yang melibatkan kontraversi beliau bersama Altantuya juga menjadi sebab mengapa pandangan sedemikian dikemukakan. Sewajarnya pihak Polis mengambil serius tuduhan yang dibuat kepada Najib ini dan memanggil beliau untuk disoal siasat.



Kertas siasatan juga perlu dibuka selepas apa yang didedahkan oleh Raja Petra. Namun itu tidak berlaku dan Najib masih lagi menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini menanti peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Walaupun ramai yang mencadangkan Najib bercuti atau lepaskan jawatan untuk disiasat, namun segalanya dilihat umpama mencurah air didaun keladi.

Perbicaraan kes Altantuya langsung tidak melibatkan siasatan terhadap Najib, malah selepas Abdul Razak Baginda dibebaskan, beliau pula yang mengumumkan Najib dan isteri tidak terlibat dan tidak bersalah?

Ini mengelirukan rakyat kerana apa yang disebut beliau bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh RPK.

Sebaiknya Najib menamatkan krisis pertuduhan ini dengan beliau sendiri menawarkan dirinya disiasat sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

Tetapi apakah itu akan berlaku kerana beliau semakin hampir menjadi Perdana Menteri Mac hadapan. Maka rakyat melihat bahawa selepas Najib menjadi Perdana Menteri Mac nanti usaha untuk membawa beliau untuk menjawab pertuduhan ini semakin sukar kerana beliau sudah menjadi orang yang paling berkuasa dinegara ini.

Beliau akan memegang kuasa Eksekutif, Perundangan dan Mahkamah dengan begitu erat sekali. Walaupun beliau tidak mengetuai ke semua kuasa itu, namun dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai pengaruh besar dalam sudut Perundangan dan Mahkamah.

Oleh itu, keputusan Kes Altantuya April nanti juga dijangka sedikit sebanyak akan menimbulkan kesangsian rakyat kerana Najib masih tidak dipanggil bagi menjawab tuduhan yang beliau dakwa sebagai tuduhan palsu.

Ini akan menjadi rumit kerana rakyat dibawah ini akan terus memandang serong apda Najib sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, wajarlah peralihan kuasa ditangguhkan dan Najib perlulah bersihkan dirinya dahulu dari segala macam pertuduhan yang dikemukakan. Jika beliau benar,buktikan bahawa semua tuduhan itu palsu dan rakyat akan terima beliau dengan senang hati jika tidak bersalah.

PM ajar rakyat Malaysia tidak hormati undang-undang.

Sehingga pagi ini kita menyaksikan dalam media bercetak dan elektronik yang dikuasai oleh BN dan UMNO memutar belit semaksima mungkin Isu pegantungan 7 ADUN Perak dari mengikuti Sidang DUN Perak.

Saya yakin tanpa mendapat nasihat yang betul, Perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi menjadi guru kepada kelompok yang berselindung dari media yang bersekongkol menyiarkan putar belit mereka.Ternyata Abdullah hanya PM untuk BN sahaja bukannya untuk Rakyat malaysia, dia mengajar rakyat Malaysia supaya tidak menghormati undang-undang.

Bermula dengan tindakan Najib merampas kuasa sehinggalah kepada episod yang berlaku sekarang sebetulnya sangat mengajar kepada kita bahawa UMNO sangat kemaruk kuasa dan gilakan kuasa.

Dalam keadaan BN hendak bercakap soal menghormati undang-undang, dialah yang terlebih awal melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Bercakap siapa derhaka kepada raja, dialah yang menjadi pelopor dulu, kini dan selamanya.

bayangkan inilah kenyataan Pak Lah seperti disiarkan dalam Utusan malaysia hari ini:-

PUTRAJAYA 19 Feb. – Peduli kan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.

Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.

Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.

‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak."

Inilah kenyataan Pak Lah yang paling tidak bermaruah dan bertanggung jawab.

Teruskanlah kerja jahat itu kerana rakyat sudah muak dan tidak percaya lagi kepada pemberitaan yang berat sebelah itu.

Pimpinan Tertinggi pakatan Rakyat dan Semua ADUN dalam mesyuarat yang diadakan malam tadi. Kesimpulan dari mesyuarat itu kami dimaklumkan betapa keputusan Speaker menetapi dan tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada.

Sidang akhbar pagi ini jam 11.30 pagi.

Satu sidang akhbar akan diadakan bertempat di Kediaman YAB Menteri Besar pada pagi ini jam 11.30 pagi.

Sidang akhbar ini dijangka penting dalam suasana semua memperkatakan tindakan Speaker DUN Perak menggantung ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir dan 6 ADUN lain dari hadir sidang DUN selama 18 bulan dan 12 bulan.

Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa Umno cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin Umno juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mereka mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang

Ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukti-ibukti yang menyokong dakwaannya.

Beliau memberitahu pemberita di luar dewan kemudian bahawa beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen Umno menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

Menyentuh mengenai perkembangan politik di Perak, Anwar (PKR-Permatang Pauh) mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, sebaliknya bersetuju jika kerajaan negeri yang disifatkannya tidak sah, disaman.

Kerajaan Perak kini dikuasai BN selepas tiga Adun bebas di negeri itu menyatakan sokongan kepada BN yang mempunyai 28 kerusi, menumbangkan pakatan DAP, PAS dan PKR yang juga mempunyai 28 kerusi.