20 February 2009

Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco - Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 19 Feb : - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum ini.


"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.

"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker.

Derhaka: Umno ada sejarahnya

KUALA LUMPUR, 20 Feb : - Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu.

Apatah lagi, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.

Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis terhadapnya. Beliau segera dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.


Cepat sungguh Polis Diraja Malaysia bertindak atas laporan polis terhadap pemimpin pembangkang sebaliknya para pemimpin BN yang memang 'penjenayah' dan 'perompak' harta rakyat, laporan polis itu entah ke mana lesapnya!

Sikap hipokrit dan 'double-standard' Umno terserlah apabila mereka turut turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu di Perak walaupun mereka juga yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita.

Nampaknya, jika dilakukan oleh mereka, demonstrasi jalanan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Karpal sendiri mempertikaikan perkara ini. Katanya, demonstrasi Pakatan Rakyat dihalang, tetapi demonstrasi Umno-BN dibenarkan walaupun tanpa permit.

Menantu kesayangan Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin juga kini mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Beliau turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak.

Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet. Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet.

Semua orang tahu ini hanyalah sandiwara Khairy sahaja untuk meraih sokongan dalam pertandingan memilih Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti.

Demonstrasi bukan budaya kita. Bagaimanapun, ia menjadi budaya murni dan halal jika menyokong kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN!

Bandingkan dengan demonstrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Februari lalu. Tiada satu pun kain rentang oleh penunjuk perasaan berbunyi kasar serta menghina Sultan Perak dan Raja Muda.

Apa yang terpampang hanyalah ayat "Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan DUN Perak" dan "Menuntut Bubarkan DUN, Kembalikan Kuasa Rakyat".

Nizar menderhaka? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan. Tetapi, tidak menggunakan perkataan tidak bersetuju. Sebaliknya, beliau menggunakan perkataan "Sembah patik sembah derhaka."

Bukannya beliau menderhaka seperti yang ditafsirkan oleh akhbar arus perdana kroni kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. "Sembah derhaka" itu telah dijadikan isu, sedangkan selama ini pemimpin Umno yang kerap menderhaka kepada Sultan. Kepada Allah SWT pun mereka menderhaka, apatah lagi kepada Sultan yang juga manusia ciptaan Allah.

Nizar enggan meletakkan jawatan kerana jawatan dan kerajaan pimpinannya dirampas secara tidak bertamadun oleh pemimpin kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. Beliau dan kerajaan tidak dikalahkan, tetapi dinafikan secara haram menerusi rampasan kuasa yang sebenarnya memalukan Umno-BN.

Mana mungkin seorang yang bermaruah dan dipilih oleh rakyat mahu tunduk pada perbuatan tidak bermaruah dan penuh kehinaan? Siapa sahaja yang bermaruah akan mempertahankan diri jika dianiayai.

Berkaitan dengan isu di Perak ini, Umno-BN cuba menggambarkan imej buruk Pakatan Rakyat, iaitu tidak mendengar titah raja. Sejak bila pula Umno-BN begitu taat setia kepada raja dan menjadi pembela berani mati?

Umno biadap pada Raja-raja Melayu

Ingin ditanya, siapakah yang terlebih dahulu derhaka kepada raja? Kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN sudah lupa siapa yang menentang dan menghina Sultan Terengganu (yang juga Yang di-Pertuan Agong) dalam pemilihan Dato? Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu pada bulan Mac tahun lalu?

Cepatnya Umno-BN lupa pada demonstrasi oleh penentang pelantikan Ahmad itu? Ia adalah atas arahan Abdullah sendiri. Sehingga kini, langsung tiada siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.

Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar.

Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku.

Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan ?ketegangan? itu adalah seperti ?Kami Nak Idris, Natang? (binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.

Perkataan ?Natang? itu adalah dialek Terengganu yang bermaksud 'Binatang?. Ia ditujukan kepada siapa? Adakah kepada pihak Istana Terengganu atau Raja-raja Melayu yang menjadi sasaran emosi pemimpin serta penyokong tegar Umno/BN Terengganu? Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat Ahmad Said yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal.

Umno Terengganu yang diketuai Idris dan Rosol Wahid memprotes secara terang-terangan watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui MPPR. Sehingga kini, Abdullah tidak dibicarakan, apatah lagi dijatuhi hukuman setimpal. Bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia sudah menyedari bahawa Umno-BN yang sebenarnya adalah ?penderhaka? bertopengkan agenda perjuangan orang Melayu.

Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga lupa beliau pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.

Lupakah bahawa Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan, malah buat kali pertama selepas kemerdekaan, pemimpin kerajaan yang dikuasai Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum anjuran Umno itu telah menyebabkan raja dipandang hina oleh masyarakat awam.

Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

Seterusnya, pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.

Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.

Jadi, sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato? Mahfuz Omar membantah keras rampasan kuasa di Perak ini walaupun tidak hairan jika ada rasuah RM50 juta untuk membeli ADUN PR kerana rasuah memang sudah menjadi amalan pemimpin Umno/BN.

Oleh kerana Umno-BN merampas kuasa secara yang disifatkan oleh pakar undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai ?rompakan di siang hari yang terang-benderang', Mahfuz tegas mengatakan ada dua buah kerajaan haram di dunia sekarang. Pertama, katanya, kerajaan haram laknatullah Israel dan kedua, kerajaan haram BN di Perak.

Adun 'lompat' tidak berani pulang ke kawasan

Oleh kerana berkuasa secara haram, menurut Setiausaha Politik Nizar, Misbahul Munir Masduki, maka Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak berani menjenguk kawasan masing-masing.

"Bagaimana mereka boleh berkata mahu berkhidmat kepada pengundi sedangkan langsung tidak berani pulang ke kawasan masing-masing? Mereka tahu mereka telah mengkhianati pengundi,"tambah Misbahul.

?Sebab itulah mereka takut untuk menjenguk kawasan. Para pengundi mereka juga sedang menunggu dengan kasut,? jelas beliau secara berseloroh dalam satu ceramah di Kuala Lumpur baharu-baharu ini.

Tambah beliau, jika hasrat mengadakan pilihan raya semula dan tandatangan referendum rakyat Perak gagal, krisis yang berlaku diharap akan berterusan sehingga tiga kerusi Dun terbabit dikosongkan dan pilihan raya kecil diadakan.

Dilaporkan bahawa Speaker Dun Perak, V Sivakumar enggan menerima Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan enam orang Exco baharu kerana pelantikan mereka tidak mengikut Perlembagaan. Dalam perkataan lain, mereka adalah pemimpin kerajaan haram!

Namun, sikap 'double-standard' serta tidak tahu malu pemimpin Umno terserlah apabila Dr Zambry membantah tindakan Sivakumar itu. Katanya, perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Dun terlebih dahulu.

Tahu pula mahu membawa ke mesyuarat Dun. Semasa mahu merampas Perak pada 4 Februari lalu, tidak pula mahu menunggu mesyuarat DUN untuk mendapat undi tidak percaya terhadap Nizar. Inilah sikap Umno yang tidak bertamadun seperti lanun!

Walaupun akhirnya bersetuju keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerahkan semula kenderaan rasmi, Nizar dan barisan Exconya akan menjelajah seluruh negeri Perak (setiap Dun) untuk memberi penjelasan.

Menurut Misbahul lagi, Sultan Azlan dikhabarkan berdukacita atas kemarahan rakyat baginda. Sepatutnya baginda bergembira ketika menyambut perayaan Jubli Perak memerintah negeri Perak.

Malaysiaku.

Koleksi gambar dibawah dikirim oleh seorang yang memperkenalkan diri sebagai "Zamri" dengan emailnya <>, beginilah realitinya "Malaysiaku"memetik tajuk email yang dikirim kepada saya kelmarin.


Saya ucapkan terima kasih kepada sdr. Zamri dan izinkan saya paparkan koleksi gambar tersebut untuk kita kongsikan bersama maksud disebalik gambar-gambar tersebut.

























POLIGAMI ATAU PEREMPUAN SIMPANAN ?

Marilah kita mulakan dengan satu petikan Ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja.” (Sebahagian dari maksud Surah An Nisa’: Ayat 3)

Jelaslah di sini bahawa agama Islam satu agama fitrah. Ia praktikal. Islam menyediakan ruang yang sah untuk mengiktiraf kehendak hambanya yang berkemampuan. Penyediaan alternatif menggambarkan sikap keterbukaan agama termulia ini untuk sesuai diamalkan dalam apa jua keadaan, masa dan ketika dimana-mana. Bagaimanapun, ia disediakan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan, pakai, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Selaras dengan inilah saya menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan poligami yang sememangnya dihalalkan ini. Saya ada tekankan keperluan suami memberikan keadilan yang secukupnya dalam menggulung perbahasan Belanjawan 2003 pada 27 Oktober 2002 yang lalu. Ia keluar dalam akhbar-akhbar perdana. Jika perlu saya petik ia berbunyi:


“Saya bersetuju sangat kalau undang-undang yang dibuat ini berbentuk rotan dan bukan denda sahaja supaya dia berfikir dua kali. Berpoligami dalam Islam bukan untuk memuaskan nafsu.”

“Beliau menegaskan, undang-undang sebatan itu perlu diadakan kerana golongan terbabit berpoligami bukan kerana menolong janda atau isteri kedua, tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu. “Orang macam ini tidak boleh dibiarkan hukumannya serupa dengan orang yang berpoligami dengan baik.”

“Beliau banyak terdengar rayuan daripada saudari baru berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin, dan selepas itu mengalami nasib ibarat ‘madu habis sepah dibuang’. “Lelaki macam ini kena ada hukuman sebat mandatori selain denda.” (Lihat Utusan Malaysia 28 Oktober 2002)

Saya percaya ini adalah satu pembelaan terhadap kaum wanita. Semoga saya diberikan keadilan dalam ulasan oleh mana-mana pihak walaupun saya sudah mulai melihat tulisan-tulisan nakal yang suka mencari peluang dan mencuri-curi pukul dari belakang. Jika itu sahaja yang dicari, dia akan dapat apa yang dicarinya. Misalnya Dato’ Rais yang cuba menganggap cadangan saya sebagai melucukan.

Dato’ Mustafa Mohamad pula mengganggap itu remeh temeh manakala sahabat mereka yang bernama Astora pula membesar-besarkan unsur tidak lojiknya merotan sampai mati pucuk. Buat Dato’ Rais, apa pula yang melucukan (Berita Harian 29 Oktober 2002). Jika tiada undang-undang, mari kita wujudkan. Perkara amalan poligami yang terseleweng perlu ditangani. Ia serius. Perihal pentingnya isu di sekitar wanita ditangani turut diwajarkan oleh pengwujudan Kementerian Pembangunan Wanita. Tidak ada yang remeh apabila menyentuh soal wanita. Ia melibatkan rumah tangga, masa depan keluarga, zuriat, anak cucu, penyakit sosial dan acuan pembentukan generasi yang akan datang. Oleh kerana itulah ia diperbincangkan di Sidang Dewan pada 25 Oktober 2002 yang lalu. Kita dapat lihat respond Dato’ Shahrizat yang segera dari cadangan saya ini. Semua ini adalah jawapan kepada Dato’ Mustafa dan Dato’ Rais… itupun jika mereka mahu faham. Kitapun bukan setakat bahaskan penyelewengan poligami, malah seluruh sektor pembangunan yang mencakupi segala aspek Belanjawan Negeri. Remeh temeh macam mana apabila Dewan bergema dengan pelbagai perkara serius yang mendengar kritikan, muhasabah, menilai perancangan, mengikuti status pelaksanaan projek, mengenal pasti kelemahan dan berazam azam bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri untuk membawa Kelantan Darulnaim ke satu tahap pencapaian yang lebih gemilang ditahun 2003.

Mengenai “merotan sampai mati pucuk”, ini dipanggil orang sebagai unsur mahu mengukuhkan hujah. Ia cuba serius untuk empertegaskan lagi keperluan dengan ditambah elemen sebatan. Ia berunsur cadangan awal untuk disusuli oleh sama ada Peringkat Negeri atau Pusat. Saya amat jelas. Sebagaimana tidak perlu diambil kapak untuk dibelah dada bagi membuktikan kesetiaan cinta, begitulah juga maksudnya. Kadang kala ada perkara yang tidak membawa makna yang sesungguhnya. Ia cuma penegasan. Misalan lain ialah seperti “hidup berdua mati bersama” atau “biar mati anak jangan mati adat”. Demikianlah juga istilah “sampai mati pucuk”.

Kita kena faham yang setiap dasar awam memerlukan tinjauan, kajian, penyertaan orang ramai dan penelitian terlebih dahulu. Sama ada memadai dengan hanya mendenda atau disertai dengan sebatan. Bukan main pakai isytihar dalam Perhimpunan Agung lalu terus mahu dilaksanakan. Jika mahu tahu lebih lanjut, sila semak bagaimana keputusan untuk memaksa penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains atau dalam mengisytiharkan Malaysia Negara Islam. Saya bukan begitu. Ini lontaran awal. Belum perlu lagi untuk kononnya sedemikian pro-aktif hinggakan mahu analisa bagaimana pula mahu merotan dan pastikan pesalah dibelasah hingga mati pucuk. Cuba-cubalah matang sedikit dan memahami cadangan utama yang menjadi maudhu’ untuk mengenakan penalti tambahan dengan merotan selain dari denda. Lihat isu dan cadangan penyelesaian yang dikemukakan secara keseluruhan. Kata orang Inggeris “look at the trees.” Saya kira setakat itulah dahulu buat sementara waktu.

Sehubungan dengan ini, orang Eropah secara terbuka, sangat tidak bersetuju dengan poligami. Terdapat pelbagai alasan dan ulasan negatif yang boleh kita ikuti dalam pelbagai majalah, makalah dan buku-buku tulisan mereka. Ada juga kadangkalanya mereka disertai sama oleh ahli-ahli sosiologi tempatan. Bagaimanapun, masalah manusia tetap tidak selesai. Naluri semula jadi ini akhirnya tidak dapat dikekang. Ia mencari pintu belakang lalu tercetuslah skandal-skandal hubungan luar nikah dalam bentuk perempuan simpanan. Jalinan cinta rahsia segi tiga atau kadang-kadang bersegi-segi kemudian berakhir dengan kelahiran gejala anak haram.

Dalam merahsiakan hubungan sulit ini banyak pulalah wang saku kedua-dua pihak yang dibazirkan. Belanja hotel, rumah sewa/apartment, duit poket, alat make up, bil elektrik, air dan telefon tambahan adalah diantara sebahagian daripadanya. Mungkin penyediaan kereta ‘sport’ menjadi keperluan “mandotary” bagi perempuan simpanan yang berkelas tinggi.

Huru hara yang bermula dari amalan berbohong dengan isteri, telah merebak kepada pembaziran wang untuk mencapaikan hajat. Akibatnya, timbullah gejala zina, pelacuran, anak haram, amalan pengguguran, tidak mengaku anak, pembuangan bayi, pembunuhan berikutan dendam dan dengki serta berbagai-bagai penyakit kelamin seperti siplis, HIV dan AIDS. Wanita yang bersedia menjadi perempuan simpanan kadang kala menjadi simpanan dalam amalan bersilang pasangan pada satu-satu masa. Ini lebih mendatangkan kegawatan. Dalam kes-kes yang lebih kronik, amalan ini turut terbongkar di gereja-gereja yang boleh kita ikuti kisah-kisah kejinya dalam akhbar dan majalah. Presiden AS seperti Clinton dan PM Britain seperti John Major tidak terkecuali dari terseret dalam kancah ini.

Saya melihat poligami dalam seribu satu macam keindahan. Ia menyediakan segala-galanya secara halal melalui peraturan syariat. Tentunya segala syarat dan rukunnya wajib dipatuhi. Bagi mereka yang berkemampuan, Allah S.W.T sentiasa membuka ruang poligami dalam pengertian ibadah yang luas. Keadilannya boleh disaksikan dan dicontohi melalui setiap amalan Rasulullah S.A.W. Tetapi awas! Jangan sampai melakukan kezaliman kepada kaum wanita. Ini yang saya cadangkan supaya disebat bagi mereka yang cuma mahu gunakan poligami untuk memuaskan hawa nafsu berkelamin semata-mata. Ambilah wanita dua, tiga atau empat mengikut kemampuan dengan melaksanakan keadilan yang dituntut oleh syariat dengan sepenuhnya. Berpoligamilah jika mampu tetapi “jika kamu khuatir (takut) tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja.” Menternak “mistress” akan menelurkan maksiat dan menetaskan seribu satu macam malapetaka yang membinasakan seluruh umat manusia.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh:23 Syaaban 1423 / 30 Oktober 2002

Speaker Kedah pertahan Sivakumar

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata rakan sejawatannya di Perak, V Sivakumar, berhak untuk menggantung serta melarang menteri besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.

"Yang paling berkuasa dalam konteks peraturan dewan adalah kita (Speaker) dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai," katanya, lapor Bernama

Beliau memberitahu demikian di Alor Star hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan enam anggota exco itu antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya mengenai kesan akibat tindakan Sivakumar itu, Abdul Isa berkata pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan wakil rakyat dari Barisan Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.

"Jika pada masa itu, ada satu usul ingin dibentangkan untuk diundi, maka keputusan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan daripada situ macam-macam implikasi lain mungkin timbul," katanya

Awas SMS mengarut.

Sehingga petang ini saya menerima tiga SMS yang tidak benar dan saya anggap mengarut dan sengaja direka-reka oleh pihak yang tidak bertanggung jawab iaitu :

1. Zambry dan Nizar sedang mengadap Sultan.

2. Jelapang dan Bota sudah letak jawatan

3. Speaker di pecat Sultan.

Harap abaikan bila anda menerima SMS seperti diatas. Saya nafikan dan sahkan ianya tidak benar.

Pemuda UMNO lapor ke SPRM keputusan Speaker

Petang tadi sekitar jam 3.00 petang saya ke SPRM bersama dengan seorang ADUN Pakatan Rakyat lain kerana urusan yang berkaitan dengan laporan rasuah 3 ADUN lompat kelmarin.

Saya terkejut melihat agak ramai orang di perkarangan pejabat SPRM antaranya seorang yang bersongkok tinggi ala Pemuda UMNO yang saya kenali.

Semasa di bilik SPRM di bangunan bahagian belakang saya bertanya kepada pegawai yang berurusan dengan kami siapakah mereka itu, pegawai itu mengagak mereka datang sebab saya datang lagi Ke SPRM. Saya jawab kepada pegawai itu memanglah mereka terkejut lihat kereta saya masuk tetapi saya fikir mereka ada hal lain.

Kebetulan ada seorang pegawai yang lain masuk dan memaklumkan ada Pemuda UMNO datang untuk buat laporan kononnya salah laku Speaker.

Tidak berapa lama sesudah itu masuk lah seorang yang mewakili mereka ke bangunan yang sama dan di bilik bersebelahan bilik kami berurusan mereka telah diminta keterangan.

Dari maklumat pemandu saya pemuda UMNO yang hadir sekitar 15 orang, selebihnya sekitar 5 orang wartawan dan hampir 20 orang pelajar yang ada urusan praktikal di SPRM.

Mereka yang dianggap pemimpin pemuda datang dengan kereta mewah. Keluar dari pejabat SPRM tidak pun sidang akhbar dan edaran kenyataan akhbar.

lain dari yang kami Pakatan Rakyat lakukan, turun naik pejabat SPRM sarat dengan bukti sekali . Kami sudah lakukan yang terbaik dan menunggu tindakan seterusnya dari SPRM.

PM dedah BN tidak cadang adakan p'raya di Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Katanya, kedudukan kerajaan negeri juga boleh stabil, dan yang penting, apa yang diharapkan oleh rakyat akan dapat dilaksanakan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar , Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Turut digantung daripada menghadiri sidang dewan ialah enam exco kerajaan negeri BN. Mereka digantung selama 12 bulan.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan mendakwa sebagai kerajaan yang sah.

"Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan MB dan exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah. Dakwa PM.

"Maka, bagi saya, tindakan speaker itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Bagi Kanak-kanak Gaza di kediamannya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Abdullah menuduh tindakan speaker itu sebagai satu cara untuk mengguling kerajaan Barisan Nasional di Perak.

"Kita tahulah apa dia punya rancangan dan muslihat sebenarnya. Apabila dewan bersidang dan jika exco itu tidak boleh hadir, bermakna pihak BN tinggal 21 ahli, dan jika ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ia satu muslihat...tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan," katanya.

Abdullah menuduh tindakan Sivakumar itu tidak disenangi rakyat negeri Perak.

"Mereka tentu sekali tidak senang hati dengan apa yang berlaku sehingga ke peringkat ini. Dulu bila mereka (pembangkang) menang, kita beri jalan kepada mereka untuk memerintah. Apabila situasi telah berubah dan sokongan kepada BN telah melebihi, maka BN pula yang akan memerintah.Dakwa Pak Lah.

"Saya harap kerajaan tidak akan diganggu dengan permainan politik untuk apa jua niat dan tujuan mereka itu," katanya.

Kenyataan dan dakwaan dari Pendana Menteri itu dilihat berat sebelah tanpa dia menyedari atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar bahawa BN lah yang memulakan tindakan yang melanggar undang-undang yang ada di Perak.

Tindakan yang disifatkan oleh banyak pihak termasuk oleh wartawan dari luar negara sebagai satu kudeta di Negeri Pewrak.

Kerajaan Sabah guna Volvo sebagai kenderaan rasmi

KOTA KINABALU 18 Feb. - Keputusan Kerajaan Sabah menggunakan kereta Volvo bagi menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan sejak awal tahun ini adalah berpunca daripada kos penyelenggaraan kenderaan tempatan itu yang tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, hanya 12 kereta Volvo digunakan oleh jemaah Menteri Kabinet Sabah manakala pegawai tertinggi kerajaan lain masih lagi menggunakan Proton Perdana.

''Kenderaan itu hanya digunakan menteri dan pembantu menteri negeri manakala semua pegawai kanan termasuk setiausaha tetap kementerian kekal menggunakan Proton Perdana,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Musa berkata, sebab lain kerajaan negeri menggunakan kereta asing itu ialah harganya yang hampir sama dengan Proton Perdana selain kos penyelenggaraan lebih rendah.

Katanya, pengimportan kenderaan berkenaan diurus oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri, Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

Langkah Kerajaan Sabah menukar kereta rasmi dari Proton Perdana kepada model lain buka buatan tempatan dilihat ,mengikuti langkah Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat dan Kerajan Negeri Selangor Pakatan Rakyat kepada Model Toyota Camry.

Osman dan jamaluddin muncul di mahkamah Ipoh.

IPOH, 19 Feb. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu hadir di Mahkamah Seksyen Ipoh, jam 8.50 pagi tadi bagi membatalkan waran tangkapnya kerana gagal hadir di mahkamah, Selasa.

Beliau ditemani Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Kelmarin, ADUN Titi Serong melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya siasatan rapi dilakukan keatas mereka berdua termasuk ADUN Jelapang, Hee Yit Fong kerana disyaki terlibat dengan sogokan sejumlah wang sehingga mereka melompat parti.

Gambar dan peristiwa.

Sebagai tatapan pengunjung blog cina islam, kami paparkan beberapa keping gambar yang diambil dalam 3 hari terakhir ini.
Jam 3.00 petang/18 Feb 09 - Laporan kepada SPRM terhadap Osman, Jamaluddin dan Hee.
Jam 4.00 ptang/17 Feb. 2009- Laporan Polis terhadap PM dan Pengerusi SPR di balai Polis Pekan Baru, Ipoh.


Jam 8.00 malam/16 Feb 09 - Taklimat Isu Perak degan LCD di Markaz Tg. Piandang.

Jam 5.00 petang/17 Feb 09 - Kenyataan Akhbar selepas laporan polis diBalai Polis Pekan Baru, Ipoh.

Bersama ADUN Menggelembu dan ADUN Canning di balai Polis Pekan Baru.


Jam 10.00malam/17 Feb 09 - Taklimat Isu Perak Markas UPU Sg. Megat Aris.


Jam 9.30 malam/18 Feb 09 - Taklimat isu Perak di Parit Tok Ngah.


Umno rampas kuasa Raja-raja, huru-harakan negara

KUALA LUMPUR, 18 Feb : - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja untuk menyalah guna kuasa serta mencelarukan negara.

"Apa yang berlaku di Perak, kita tidak mahu bertempur dengan raja, kita mendukung raja berperlembagaan yang sebenarnya. Tetapi apa yang berlaku, pemimpin umno mengambil kuasa mutlak dari raja-raja,"beliau berkata demikian sewaktu menjawab kenyataan Tahuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mencelah ucapannya sewaktu membawa usul menjunjung kasih titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, dalam pertanyaan yang sama Tajuddin meminta Abdul Hadi menjelaskan soal kezaliman yang ditunjukkan oleh kerajaan.

"Di manakah yang menunjukkan keadaan bersikap tidak adil dan di manakah yang dilaungkan sebagai kezaliman. Jika terdapat kes-kes tertentu bukan menunjukkan kezaliman. Mungkin terdapat kepincangan dari segi pelaksanaan dan pentadbiran.

"Saya dapati kontra apa yang dinyatakan YB Marang dengan apa yang dipraktikkan pimpinan PAS. Saya ingin bertanya jika atas dasar tidak asabiyyah dan tidak fanatik, bolehkah YB mengutuk dan tidak merestui apa yang dilakukan oleh pengikut PAS di Istana Kuala Kangsar tempoh hari," kata Tajuddin.

Sementara itu, Abdul Hadi menjelaskan terdapat persepsi terhadap makna keadilan dan kezaliman.

"Tanggapan orang kampung apabila dipukul dan dibelasah maknanya zalim. Tidak meletakkan pada yang sewajarnya maknanya juga zalim. Kita melihat langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam mengagihkan pelaburan dan ada kempen tidak menggalakkan pelabur ke negeri-negeri selain di bawah BN.

"Kita sebagai sebuah negara yang mengamal federalisma yang mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal tertentu, sebagai contoh di Terengganu sewaktu kita memerintah, dirampasnya royalti petroleum. Walaupun ada perjanjian. Kami tidak lupa peristiwa ini. Begitu juga dengan apa yang telah disebut oleh YB Kinabatangan. Di Sabah masih tidak terdapat pembangunan walaupun sudah merdeka lebih 50 tahun dan kemiskinan belum lagi diatasi. Ini termasuk dalam kezaliman," tegas Abdul Hadi.

Jelas Abdul Hadi dalam menghadapi krisis ekonomi, satu pembelaan yang sewajarnya harus diberikan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja.

Beliau memberi contoh, sebuah negara komunis yang zalim turut menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Dalam isu ini katanya, amalan tersebut perlu dijadikan contoh oleh kerajaan.

Abdul Hadi juga menegaskan, beliau tidak menyanggah titah Yang DiPertuan Agung yang mana titah tersebut menggambarkan perpaduan yang makin rapuh yang perlu ditegakkan.

"Dalam membina perpaduan rakyat, kita mesti membina modal insan. Untuk membina modal insan kita harus membinanya dengan akhlak. Dan ilmu adalah asas untuk membangun manusia yang menjadi masyakat madani dan bertamadun.

"Jika kita lihat ramai anak muda berada di pusat serenti, ini menunjukan modal insan kita dalam keadaan bercelaru. Sebab itu kita mesti mengilmukan rakyat,"katanya.

Sehubungan itu dalam ucapannya Abdul Hadi menekankan pentingnya ilmu diajar dalam bahasa ibunda.

"Tidak salah kita mendalami bahasa asing. Tetapi untuk mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya haruslah dengan bahasa ibunda. Kita sendiri telah menonjolkan slogan 'bahasa jiwa bangsa'. Apabila kita membuang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita.

"Kita telah menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mengilmukan rakyat. Pada masa yang sama, kita menerima bahasa ibunda yang digunakan oleh bangsa-bangsa di Malaysia ini,"katanya.Harakahdaily.

Khabar angin tentang Hee Yit Fong dan Nasharuddin.

Perak dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong dan ADUN Bota, Nasharuddin Hashim telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari pakatan Rakyat. Hee menjadi Adun bebas yang menyokong BN, Nasharuddin kembali kepangkuan UMNO.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu. Begitu juga saya mendapatkan penafian dari Parit.



Perak lakukan kejutan .

Tidak sampai pun sebulan dilantik menjadi MB Perak secara tidak sah dan melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6), nampaknya satu demi satu tembelang dan bukti kesalahan itu dibuktikan kepada umum.

Kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Demikianlah tindakan Najib, Zambry dan teman-teman yang melakukan kudeta.

Tindakannya sebenarnya mendedahkannya kepada banyak masalah dan isu yang perlu dihadapi secara fakta dan undang-undang yang sedia ada.

Kalau dia naik takhta secara emosi dan gengsi, dia akan turun dengan malu dan tersipu-sipu. Apakan tidak semua yang dilakukan adalah salah kerana naiknya pun secara salah.

Dalam banyak hal Zambry dan 6 Exco kudeta yang dihukum masih perlu berterima kasih kerana hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dipengerusikan oleh Speaker masih agak normal dan tidak terlalu berat.

Penafian sekeras-kerasnya mesti dilakukan kepada sebarang kenyataan yang tidak mahu mengiktiraf dan mempertikaikan keputusan speaker itu. Keputusan itu mestilah dihormati kerana tidak bercanggah dengan semangat undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

Semuga kejutan baru akan berlaku sekali lagi di Perak, kita tunggu dan lihat.