15 February 2009

3 Adun 'melompat' di Perak hidup dalam tekanan

KOTA BHARU, 14 Feb : - Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.

Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.

Malah seorang daripada Adun terbabit tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.

Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim Abdullah berkata, rumah Adun Jelapang sekarang menjadi sasaran rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menjadi pembelot.

"Saya diberitahu setiap hari orang yang lalu lalang di depan rumahnya menghamburkan kata-kata kesat. Ada yang melemparkan telur busuk dan macam-macam lagi.

"Anaknya juga tidak dapat berniaga seperti biasa sekarang kerana tidak tahan berdepan dengan cemuhan orang ramai," katanya pada ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, anggota parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan wakil Hamas, Sami Abu Zahri.

Perkembangan isu di Perak sekarang ternyata menarik minat rakyat Kelantan apabila ribuan hadir. Padang Perdana dipenuhi 'lautan' manusia berkopiah dan bertudung putih.

Malam semalam lalu ribuan hadir pada ceramah di Kedai Kubang Kerian. Sebelum itu ceramah juga diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dan Markaz Tarbiah PAS Rantau Panjang.

Idham Lim yang juga Adun Titi Serong berkata, episod kehilangan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat berlainan dengan apa yang berlaku terhadap Adun Bota, Nasaruddin Hashim apabila berhijrah selama 11 hari kepada parti KeADILan.

"Dia datang sendiri kepada KeADILan tanpa diberi sebarang upah. Namun apa yang berlaku terhadap tiga bekas Adun Pakatan Rakyat mereka mengisytihar keluar parti dengan penuh misteri," ujarnya.

Timbalan Presiden PAS berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi alat kepada Umno apabila mengumumkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehari selepas berlangsung perhimpunan agung Umno.

Katanya, pemilihan tarikh tersebut seperti disepakati di antara SPR dan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS pula mempersoal mengapa Kementerian Dalam Negeri bertindak merampas Harakah dan Suara Keadilan kalau tidak bertujuan menyekat rakyat mendapat maklumat sebenar.

Katanya, berdasar kepada laporan, rampasan akhbar oposisi itu berlaku di Selangor, Perak dan Kedah yang dianggapnya tidak wajar sama sekali.

"Kalau KDN bertindak begitu lebih baik kita tidak lagi membeli akhbar harian yang lebih condong kepada Umno berdasar kepada laporan mereka yang berat sebelah.

"Banyak cara kita boleh mendapatkan maklumat tanpa membaca akhbar harian. Internet, SMS sudah diguna secara meluas sekarang. Biar mereka rasakan. Sekali sekala kita juga perlu bertindak keras," katanya.Harakahdaily.

Jamaluddin, Osman dan Hee tidak hadir Santapan Diraja.

KUALA KANGSAR, 14 Feb. :- Tiga ADUN lompat, Jamaluddin Md. Radzi, Osman Jailu dan Hee Yit Fong tidak hadir dalam majlis Santapan Diraja Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang berakhir pada jam 11.30 malam tadi di sini.

Kemanakah mereka bertiga hilang sehingga sekarang menjadi tanda tanya banyak pihak setakat ini.
Kehilangam dam kegagalan mereka untuk muncul bertemu dengan penduduk di DUN masing-masing dipertanyakan oleh pengundinya sendiri.

Nama Zambry tidak disebut dalam senarai pembesar yang masuk ke Dewan Santapan

KUALA KANGSAR , 14 Feb.:- Nama Zambry Abdul Kadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar rampasan kuasa tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke dewan Santapan Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak dan yang keluar dari dewan sesudah habis santapan Diraja pada malam ini.

Walaupun kedudukan YAB Menteri Perak yang sah, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin tidak ditempat yang sepatutnya saya beranggapan kemungkinan nama Zambry yang ke hulu dan ke hilir menamakan dia sebagai Menteri Besar mengambil tempat tersebut. Rupanya dia tidak mendapat pengiktirafan di majlis santapan pada malam ini.

DS. Nizar diletakkan bersama dengan orang kenamaan di meja kawasan tengah Balai Santapan dan ADUN Pakatan Rakyat diletakkan di meja bahagian belakang berdekatan dengan pentas nyanyian.

Tempat yang sama di meja yang berlainan ditempatkan Ahli Yang Berhormat ADUN BN.

Mereka yang dinamakan sebagai Exco kudeta ditempatkan di meja lebih ke hadapan berdekatan dengan meja Santapan Diraja.

Majlis Santapan Sempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Perak telah dihadiri oleh DYMM Sultan Perak dan seluruh ahli kerabatnya,DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan Brunai dan Permaisuri, Raja-Raja seluruh negara serta wakilnya, Yang Dipertua negeri,Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri, Menteri-Menteri Besar dan orang kenamaan yang lain.

Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak

IPOH, 14 Feb.:-Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.Malaysiakini.

Parlimen Bukit Gantang: PAS ada enam calon

PAS mempunyai enam calon berpotensi bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada April 7 depan dan kini dalam proses menentukan calon yang paling sesuai.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pandangan daripada akar umbi juga penting dalam pemilihan calon.

“Pendapat daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan turut dipertimbangkan sebelum calon dinamakan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam menganalisa calon PAS yang mungkin akan bertanding di Parlimen berkenaan, saya sebelum ini telah mengemukakan 3 nama awal iaitu DS. Muhammad Nizar Jamaluddin, Ust. Idris Ahmad dan Ust. Nor Azli Musa.

Dalam beberapa hari terakhir ini saya menerima beberapa csdangan lain dari komen pembaca. Nama lain yang disebut ialah Ust. misbahul Munir masduki, Dr. Khairuddin Dato' Malek, Hj. Asmuni Awi dan, Hj. Mohd Sabu.

Apun nama yang disenaraikan, InsyaAllah saya yakin TG. Hj. Abdul Hadi Awang akan menggunakan kaedah yang sama untuk memilih siapakah calon yang paling sesuai iaitu dengan menggunakan kaedah solat istiqarah.

Itulah yang terbaik dan paling tepat serta mengelakkan pertikaian panjang pelbagai pihak dengan cadangan dan hujah masing-masing.

Majlis Santapan Diraja Jubli Perak Malam ini.

IPOH, 14 Feb. : Sempena dengan Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Syah, satu majlis Santapan Di Raja akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar malam ini.

Seperti yang diumumkan beberapa hari yang lepas, YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat akan hadir bersama dengan EXCO dan ADUN PR yang lain, kecuali terdapat yang tidak dapat hadir seperti jawapan asal kepada kad jemputan dan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Setakat ini kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat akan hadir ke Majlis yang akan bermula pada jam 7.30 malam itu.-

Seorang ADUN Pakatan Rakyat yang dihubungi sebentar tadi memberikan jawapan untuk hadir dan mengatakan kehadiran ini penting bagi merayakan sama hari kemuncak sambutan Jubli Perak atas nama beliau sebagai wakil rakyat di Perak.

Bila ditanya mengenai kemelut yang berlaku, beliau menyatakan itu adalah dua perkara yang berbeza yang tidak perlu dicampur aduk.WMCI.

Siapa jadi jaguh ?

Setelah lama ditegah 'akhirnya' (ayat yang kerap disebut oleh Datuk Dr. Zambry semasa diwawancara secara langsung oleh tv1) Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Y.B. Karpal Singh menjadi wira tv3 dan Utusan Malaysia. Sehingga Dr. Mahathir menegur media tersebut kerana keterlaluan popularkan 2 tokoh ini. Saban hari, lebih 6 muka surat dan 20 minit khas buat 2 tokoh PR ini.

Namun 'akhirnya' setelah ditewaskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, bakal mantan PM telah diangurahkan Berek Hijau Komando. Mujurlah kejadian d ilif 'akhirnya' tidak mengundang bencana kepada bakal pesara PM itu. 'Akhirnya' bakas PM yang dimalukan itu biasanya mungkin / akan mendapat gelaran 'Tun' dari Yang dipertuan Agong.

Dikhabarnya Kongres PKR yang akan berlangsung Mac ini akan memberi impak yang besar kepada politik Malaysia. Kongres khas ini dikatakan bakal meluluskan satu dimensi baru untuk pemilihan Presiden dan Ketua Bahagian. 'Akhirnya' ia akan mengundang ikutan yang kepada pemilihan NGO , parti politik dan organisasi dan mungkin UMNO akan 'akhirnya' menirunya.
'Akhirnya' kemungkinan besar akan berakhir riwayat Datuk Seri Hisammuddin Tun Hussein, Syed Hamid Albar, Muhyidden Yassin, Khalid Nordin dipersada UMNO Mac ini ?

Email dari "Amk Johor" : amkjohor@yahoo.com

Khalil : Mari kita tawan dua bukit.

KOTA BHARU, 13 Feb :- ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menyeru supaya beramai-ramai hadir ke Bunti Gantang dan Bukit Selambau bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat . Demikian antara ucapan beliau dalam ceramah perdana di sini malam tadi.

Dalam ceramahnya Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu menjelaskkan suasana politik di Perak.

"Tukar kerajaan bukan macam tukar jual jagung dan etok tepi jalan" Tegas Khalil yang masih fasih dengan dilek Kelantan.

Nik Aziz ajak tinggalkan merokok.

KOTA BHARU, 14 Feb.:-YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak rakyat Kelantan supaya meninggalkan merokok.

"Malam ni nampak semua kopiah putih , tak ada UMNO tapi asap rokok berkepul" sindir Tok Guru memulai ceramahnya.

"Ramai yang hadir malam ni kerana rakyat Kelantan tidak suka berada dalam tidak reti" Ucap Nik Aziz.

Mengulas bagaimana hendak tinggalkan merokok, Tok Guru mengatakan persoalannya mahu atau tidak mahu.

Beliau juga mengatakan penyakit Rasuah adalah yang dihasilkan oleh UMNO sehingga dalam UMNO perlu ada JK yang ditubuh untuk benteras rasuah.

Mengulas suasana politik Malaysia,beliau menyatakan keyakinan generasi muda dalam DAP yang sudah boleh menerima hukum Hudud.

Ceramah perdana yang diadakan di Padang Perdana itu menampilkan penceramah lain iaitu, Ust.asharuddin Mat Isa, Hj. Abdul Wahid Endut, Khalil Idham Lim dan Sami Abu Zuri dari palistin.