14 February 2009

Hampir 50,000 hadir ceramah perdana di Kota Bharu.

KOTA BHARU, 13 Feb :- Hampir 50,000 orang hadir dalam Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana disini malam tadi. Penceramah yang ditampilkan ialah YAB Menteri Besar Kelantan, TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj. Abdul Wahid Endut , ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Wakil Palestin, Sami Abu Zuhri.

Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik.

Hj, Abdul Wahid menceritakan pengalaman dalam kempen di Kula Terengganu hingga membantu kemenangan beliau. Khalil pula menerangkan kedudukan politik semasa Perak yang mendapat perhatian dari hadirin. Sementara Sami Abu Zuhri menceritakan kedudukan rakyat palestin dan Hammas dengan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Ust. Nasharuddin mat Isa. TG. Nik Aziz menutup ceramah berserta doa penutup.





Zambry dan Exco kudeta di lapor kepada Soeaker DUN.

IPOH, 13 Feb, : Tindakan Menteri Besar Kudeta di Perak, bersama Exco yang dilantiknya dilaporkan kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Sepucuk surat rasmi telah dihantar kerana mereka yang terlibat telah melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara 16(6).

ADUN Canning, Wong Kar Woh dalam sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bersama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Khesvinder Singh(Malim Nawar), Lim Phek Her (Mengelembu), Siva Subramaniam (Buntong)dan Chang Lih Kang hadir yang turut hadir.

"Mereka diminta supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perintah Tetap Dewan Perkara 72 " Kata Wong.

Tindakan Zambry dan Exco kudeta yang dilantik telah menimbul kekeliruan dan ketidak temteraman dalam negeri Perak, kerana itu atas sifat saya dan mereka yang terlibat adalah ahli dewan maka laporan tersebut telah dibuat kepada speaker.

Saya difahamkan Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat kelmarin setelah menerima surat dari saya itu" Jelas Wong.

Jawatankuasa Hak dan kebebasan di pengerusiakan oleh Speaker dan diangotai oleh 6 adun yang lain, termasuk seorang dari BN. 5 ADUn dari pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa itu ialah Selingsing, Tebing Tinggi, Simpang Pulai, Kepayang dan Bercam. Temenggor mewakili BN.

Ralat, gagal upload gambar.

Saya memohon maaf kerana banyak gambar yang hendak dipaparkan bersama tulis yang diterbitkan untuk petang ini gagal diterbitkan gambarnya. WM .

Ceramah di Kelantan.

Saya berada di Kelantan untuk menyampaikan Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana Kota Baharu.

Penceramah lain pada malam ini ialah TG. Nik Aziz Nik Mat, Ust. Nasharuddin Mat Isa dan Hj. Abdul Wahid Endut.



Nizar fail saman mohon injunksi halang Zambry jalan tugas MB

KUALA LUMPUR, 13 Jan :- Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman terhadap Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Turut hadir bersama beliau ialah, para peguam antaranya Hanipa Maiden; Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Ngeh Koo Ham; Nga Kor Ming; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali, Ir Khalid Samad (MP Shah Alam); Dato' Kamarul Baharin Abbas (MP Telok Kemang); Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi) dan Ahli MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin selain 200 penyokong.

Bercakap lanjut pada sidang media selepas memfailkan saman pada jam 11.30 pagi tadi, Nizar menegaskan beliau dan ahli Exco memfailkan saman untuk menuntut hak mereka selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Perak pada pilihan raya umum lalu secara sah.

"Umno-BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.

Perintah deklerasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, katanya.

Pertamanya beliau menuntut atas sebab dan dalam keadaan keadaan pertamanya beliau selaku MB Perak ingin dan telah memberi naishat kepada Sultan untuk pembubaran Dun Perak.

Keduanya kata beliau tidak terdapat pembubaran Dun Perak sehingga kini, dan ketiga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan terima pakai dalam atau oleh Dun Perak, terhadap MB Perak (Nizar).

Seterusnya, keempat tidak terdapat perletakan jawatan MB samada oleh atau telah dikosongkan sehingga kini, katanya.

Justeru, writ dikeluarkan kepada responden (Dr Zambry Kadir) memerintahkan responden untuk meminta responden menunjukkan sebab bagaimana di bawah dasar dan di dasar atau kuasa mana responden berhak pegang jawatan MB perak.

Selain responden kononnya bertindak atau menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab fungsi MB, katanya.

"Yang keempat responden tidak berhak atau untuk menjawat MB pada bila-bila masa yang material, dan yang kelima perintah injunksi untuk halang responden, agen-agen responden atau pengkhidmmat responden dari bertindak atau jalankan tugas-tugas MB Perak," katanya.

Maka kata Nizar, beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

"Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.

Selesai mengadakan sidang akhbar itu, Nizar bersalaman dengan para penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bagi memberikan sokongan kepada beliau.

Nizar meninggalkan pekarangan mahkamah dengan sempat melambai tangan kepada penyokong sambil melaungkan 'takbir, reformasi dan makkal sakhti' kepada penyokong.

Harakahdaily difahamkan bahawa Nizar akan menyertai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari ini.Harakahdaily.

Laungan takbir sambut Nizar di mahkamah.

KUALA LUMPUR, 13 Feb : -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau sempat dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju melayu berwarna kuning lengkap dengan sampin menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan.

Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.

Beliau hadir dengan diiringi oleh beberapa orang Exco Negeri Perak Pakatan Rakyat .Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar


Serah rumah dan kereta bukan arti kami mengalah, Nizar.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Keputusan untuk mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan berarti Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sini.

Ir.Nizar berkata, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi dan menghormati arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.

“Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali". Jelas Nizar.

Nizar hadir ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menfailkan saman keatas Zamry Abdul Kadir yang merampas haknya sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat yang sah.

Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

SPR lambatkan tarikh PR, pemilihan UMNO lebih penting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau diadakan serentak iaitu 29 Mac penamaan calon dan 7 April tarikh mengundi.

Inilah rekod yang menunjukkan SPR dipengaruhi oleh UMNO dan BN bila tarikh yang ditetapkan jelas mengambil kita terikh pemilihan Agung UMNO yang berlaku pada pertengahan MAC.

Dua pilihanraya kecil sebelum ini menyaksikan kecelaruan apabila pemimpin UMNO menggunakan tempat tersebut sebagai tempat berkempen pemilihan tersebut.

Nizar fail saman terhadap Zamry..

KUALA LUMPUR: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, jam 11.20 pagi ini untuk menfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak kudeta, Zambry Abdul Kadir.

Beliau menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, menamakan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai defendan.

Beliau juga menuntut perintah injunksi menghalang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Perak yang baru dan dibubarkan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta dadakan semula pilihan raya negeri.

Kelmarin dalam sidang akhbar di Ipoh mengenai masalah yang sama, Exco Kanan, Ngeh Khoo Ham mengatakan saman itu akan di lakukan oleh panel 12 orang peguam.


Siapa beradab dan siapa khianat?

Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.

Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato' Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato' Zainal Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.

Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.

Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan. Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.

Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.

Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.

Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini. Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.

Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang memanggil DYMM Sultan Terengganu "natang" (binatang)? Melayu hari ini tidak mudah lupa. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.

Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa. (Email)

NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan ADUN Seri Setia, Selangor dan turut menjawat Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor serta Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Beliau menulis blog di www.niknazmi.com. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi beliau